Apapun terima kasih banyak untuk semua respon anda yang lebih cepat berbanding
membuat pertanyaan emel kepada pihak JAKIM mahupun institusi2 agama islam yang
lain, sampai sekarang takda respon. Dua hari lepas dalam Akhbar KOSMO
(12.03.2008) berita utama ahli agama ini dikenali sebagai Gerakan Al-Kahfi
menggunakan Al-Qur'an dan terjemahan untuk mengelirukan pengikutnya masuk dalam
sesi/kelas ceramah mereka. Malahan anggota mereka adalah dikalangan ahli
profesional seperti pensyarah,doktor, guru dan sebagainya. Setelah tamat semua
sesi kelas yang diadakan mereka akan meminta ahli baru menyumbang RM4000.00
untuk perjuangan agama islam. Oleh itu sahabat-sahabat dalam jenaka
yahooogroups ini tolong sebar-sebarkan emel ini kepada rakan-rakan lain supaya
mereka dapat info berkenaan isu ini.
pro contra <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
budak baik contra
saya rasa la elok kita cari [EMAIL PROTECTED] yg memang comfirm ada tauliah
dari pejabat agama..rasanya tiap pejabat agama di setiap negeri ada
mengeluarkan tauliah kepada tenaga pengajar..
bukannya apa takut ada orang yang ambil kesempatan,dan menaruh anggapan
buruk pulak kat orang agama ne...maklum la kadang2 orang yg x tau nak wat tau
pon ramai...
so nak senang cerita cari la orang yg betul ..
iheart2003 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Firman haruddin..
Saya pernah mengalami keadaan sama seperti anda.Atas kenginan ingin
menambahkan pengetahuan agama di saat2 saya terumbang ambing pada
usia awal 20an ini..teringinla hati nak kembali kepada-Nya.Saya
dikenalkan dengan seorang kawan untuk mengikuti satu kelas Al-Quran
dan pemahaman.Kelas tu di buat malam.Pada mulanya saya seronok sebab
dapat seorang kawan dan ajak kita kembali ke jalan yg benar.Bila
mula2 ikut kelas tu (kat damansara damai di rumahnya sendiri)sy prnah
tanya kawan sy tuh adakah kelas ini berbayar..dia katakan percuma..
Saya datang dlm 3-4x kelas pemahaman Al-Quran dgn org tenaga
pengajar.Timbul jga pelik hati saya sbb 2 org ni sanggup ajar saya yg
cuma seorang.Mgkin mereka ni nak kutip pahala..n beribadah.. klau dr
agensi mesti dia ambil kira tak banyak pun sedikit duit minyak atau
makan diorang.Ini percuma lagi saya dihantar dan dijemput pula...Sy
jga kagum dgn tenaga pengajar tu sbb ingat ayat mana n surah mana..sy
yg masih baru ni terkial-kial mencari dlm buku tafsir Ar Rahman..
Slpas 3-4 x dtg ke kelas tu dia kata berakhirla sesi penganalan dan
menyatakan banyak lg rahsia Al-Quran yg perlu dketahui..dan bertanya
pd sy adakah sy berminat untuk mengetahuinya lebih lanjut..memangla
kita minat kan?then dia tiba2 bg perumpamaan klau sedaramara kta
sakit dan memerlukan pembedahan,kos pembedahan adlh sebanyak
RM4000.Adakah kita nak biarkan je atau kta usaha cari duit tuh..Ada 1
lagi,kalau ilmu dunia n kita nak dapatkan ijazah dan perlu bayar
RM4000 adakah kita tak bayar..n tak belajar?
Nyatalah kata2 ni dia tujukan kepada saya sbb kalau nak belajar lg
rahsia Al-Quran ni saya kena bayar RM4000 kepada mereka...Camana tuh?
Sy berniat nak mendekatkan diri kepada Nya.Nak tambah lg pengetahuan
sy mengenai Al-Quran yg selama ni kita khatam je tp tak tau
maksudnya..Saya ni baru bekerja manala saya nak dptkan duit RM4000
untuk tuh..Lantas kelas seterusnya sy tak pegi n banyak kali gak
diorang call suruh datang..Biarla sy pergi ke masjid2 je dgr usrah
atau tazkirah..
Camana tuh?Salh ke tindakan sy tak bayar?n let go je?
Cik Siti,Subang.
--- In [email protected], firman haruddin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
> ASSALAMUALAIKUM..
>
> Baru-baru ini saya didatangi oleh dua orang ahli agama berpangkat
ustaz berumur dalam lingkungan 50-an dan 60-an dari Shah Alam dan
ditemani 2 orang perempuan (anak didik)pada sebelah pagi hari ahad.
Kedatangan mereka ke rumah saya di Pandan Jaya di alu-alukan setelah
isteri saya melalui kawan dia memberikan sebab ingin memperkenalkan
seseorang yang bercerita tentang Al-Qur'an dan terjemahannya. Mula-
mula saya rasa berat hati juga nak menerima kedatangan mereka kerana
anngapan awal mereka ini cuma ingin menjual produk dengan menggunakan
al-Qur'an sebagai kekuatan produk mereka. Iyalah, saya ragu juga
dengan keikhlasan mereka yang sanggup datang dari jauh (Shah Alam) ke
tempat saya. Setelah memberikan ceramah khas hanya untuk kami berdua
suami isteri berkenaan Al-Qur'an dan terjemahan selama 2 jam, mereka
meminta supaya kami meneruskan lagi kelas dan bimbingan mereka untuk
3 sesi berikutnya yang berkaitan dengan Akhlak, Sirah Nabi dan
Akidah. Kali ini mereka meminta supaya
> diadakan pada waktu malam. Pelbagai keraguan muncul di kepala pada
waktu itu, samaada mereka ini benar-benar ikhlas memberikan ceramah
dan kelas ini semata-mata kerana ibadat. Saya ada bertanyakan samada
mereka ini ada pusat ataupun kelas-kelas khas di kawasan Lembah
Klang? Jawapan mereka, tiada. Malahan mereka datang hanya
memperkenalkan nama tanpa memberitahu mereka mewakili mana-mana
institusi agama atau agensi. Cara pakaian mereka pun tidaklah
menunjukkan mereka ini adalah seorang ahli agama seperti memakai
kopiah hanya berbaju melayu. Oleh itu, saya ingin bertanyakan pihak
Jakim wajarkah saya meneruskan kelas kerana saya berasa ragu akan
niat mereka. Antaranya, mengapa mereka sanggup datang begitu jauh
semata-mata memberikan kelas dan ceramah kepada saya? Sedangkan di
Shah Alam sendiri ada banyak lagi yang perlu dilakukan di sana?
mengapa hanya memilih kami dua orang suami isteri tanpa melibatkan
satu kelompok ataupun kumpulan? Mengapa perlu dilakukan di rumah,
> mengapa tidak digunakan surau-surau atau masjid untuk memberikan
ceramah? Satu perkara yang paling saya risaukan ialah terjerumus ke
fahaman agama ajaran sesat,kalau bukanpun fahaman agama yang bersifat
radikal/ekstrimis. Fahaman Ayah Pin sendiri menggunakan Al-Qur'an
menyesatkan pengikutnya.
>
> Tok Mod <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
>
> Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com
>
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile. Try it now.
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com