Memang betul syarikat bas Durian burung tu menipu. Saya pun pernah ditipunya. Kisah tu berlaku tahun lepas. Saya kerja di Kuching. Jadi bila balik semenanjung, mana ada kenderaan. Kereta semua tinggal di Kuchinglah. Satu ketika, dalam tahun 2007, saya sekeluarga (bertiga) balik ke semenanjung. Nak ke Taiping. Bertolak dari Kuching, ambik flight paling awal. Jam 5.30 pg. Dari KLIA ambik bas ke KL Sentral. Kemudian ke Puduraya. Masa tu jam 11 pagi. Beli tiket bas durian burung di kaunter bawah, dekat jejambat ke bangunan puduraya. Dia kata bas jam 2 ptg. Tunggu. Bila jam dua, dia kata bas dah penuh. Tunggu next bas. Tak dapat ke mana mana sbb dia akan call. Tunggu punya tunggu sampai jam 4 tak dapat bas. Siap marah marah lagi. Dia tanya, mengapa tak nak bas jam 2 tadi, kerana skrg dah jam 4. Punyalah mangkuk ayun. Bagilah tahu dengan sabar sahaja. Tiket dah beli. Tak kan nak beli lain. Bukan murah. Kalau setakat RM 10.00 saya pergi aje ke transnasional. Menyesal tak beli trannasional. (Kami belum sempat masuk ke Puduraya dah di dorong oleh ulat-ulat supaya beli tiket di kaunter durian burung). Jam 6 petang baru ada bas. Itu pun dia kata, ada dua seat sahaja. Kalau nak, boleh naik. Kalau tak nak, tunggu next bas. Boleh percaya ke? Lantas saya suruh isteri dan anak naik bas dulu. Mereka fikir mungkin dengan tawaran bersyarat tu saya akan tolak? Saya lelaki, tak kisah. Bayangkanlah kami dengan beg pakaian besar, ke sana sini. Susah nak bergerak. Akhirnya saya dapat bas, jam 8 malam. Itu pun puas bertanya dari semasa ke semasa. Ambil tiket jam utk perjalanan jam 2 ptg, naiknya jam 8.00 mlm. Memang sakit hatilah. Syarikat tu tak nak kembalikan duit kita, Dia akan cakap, bas ada. Sabar. Padahal, fikirlah, bila sampai ke taiping pada jam satu pagi, bukan ada bas pun. Teksi adalah. Tahulah bayarannya selepas jam 12, jadi double. Cepatlah bankrap syarikat itu. Tak saya halalkan dunia akhirat dengan servisnya itu. Memang penipu. Tiket mahal satu hal. Jadi, siapa kata syarikat tu tak menipu? Cuma anda belum terkena lagi.
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
