Fuuhhhhhhhhhhhhhhh.....................nasib baik 1st time nek bas tuh aku x
kna tipu. bas durian burung betul & bas baru + 2 tingkat tapi lambat hampir 1/2
jam.
lps nih mmg x naik bas durian burung lagilah gamaknyerrrrrrrr.
azam azraimi <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
dina fiiyaa, saya pun mengalami nasib yang lebih kurang sama
dengan situasi yg awak hadapi...kejadian ni berlaku pada tahun 2006 semasa saya
menuntut di UTM skudai.saya membeli 3 tiket durian burung tuk perjalanan ke
JB...bas yg dijadualkan berlepas adalah pada pukul 12 tengah hari. saya tiba
awal di perhentian puduraya, tunggu lebih kurang sejam dan ramai penumpang
mengeluh.kami berpakat ramai2 tuk bertanya kepada penjual tiket mengenai
masalah kelewatan bas tersebut, namun jawapan yg diberi sama dengan jawapan yg
anda berikan yakni bas mengalami kerosakan.. sejam kemudian tiba sebuah bas
lain yg bukannyer dari syarikat bas durian burung..bilangan penumpang melebihi
dari jumlah muatan penumpang.Kami yg lewat menaiki bas diarah menaiki bas yg
akan tiba sejam kemudian. cuba teka dh berapa jam kitorg tunggu? (jwpannya 3
jam)... kita guna bahasa pasar la...ok pastu kan, ak dgn kwn2 mula x puas hati,
jumpa la sorang mamat berambut panjang dan badannyer agak
gempal dan pendek2. kitorg tanya la kenapa lewat..brader tu blh lak marah2
kitorg balik...masa tu keadaan mnjadi tegang la jgk...blh la pulak sorang apek
ni lagak mcm nk redakan keadaan...x lama pastu dia pulak yg kene marah dengan
mamat rmbut panjang tu...disusuli pulak dgn sorang student UTM ni...masa tu
keadaan mmg dh nk gaduh...aku ni yg cuma bertanya kenapa bas lambat pun kene
herdik caw2 punya...kitorg amik keputusan pergi ke kaunter tiket mintak blk
duit...naik bas lain...tunggu lg sejam setengah... taubat x naik bas durian
burung... hampeh !!!... diharap aduan yg dina fiiya kemukakan kepada pihak
berkuasa mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya... jangan perlekehkan
masalah sebegini disebabkan status anda (pihak berkuasa). cuba tempatkan diri
anda di situasi sebegini dan anda akan rasakan betapa zalimnya
pengusaha-pengusaha bas yang dimaksudkan....
--- On Sat, 6/7/08, dina fiiyya <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: dina fiiyya <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Taman2Syurga] Bas Durian Burung tipu penumpang
To: [email protected]
Date: Saturday, June 7, 2008, 5:41 AM
risaunye dgn kes cmni,sy kt kL,nk blk taiping slalu naik bas
trans ngn konsortium je..lps kes bas konsortium yg masuk paper ri tu, dh x
brani dh nk naik bas lain..so plhn cume tinggl bas trans je la..tetibe bas
trans dh full,trpaksa jg amik konsortium,pegi stiap kounter,sume penuh,cume
satu je tinggal,ntah syarikat bas mane ntah,xpenah tahu pon,risau jg nk naik
lusa...hrp2 pe yg trjadi pd encik yg kene psl bas durian burung tu x trjadi
pada sy,risau ssgt
--- On Thu, 6/5/08, Datuk Dr. R <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
From: Datuk Dr. R <[EMAIL PROTECTED] com>
Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Taman2Syurga] Bas Durian Burung tipu penumpang
To: [EMAIL PROTECTED] com
Date: Thursday, June 5, 2008, 8:08 AM
Saya bukanlah memihak kepada pengusaha bas ekspress.
Saya juga pernah melalui pengalaman buruk bersama beberapa syarikat bas
ekspress.
Saya cuma ingin mengetahui reaksi rakan rakan dalam JDK.
Lagipun, Tok Mod kata akhir akhir ini JDK membosankan.
Hehehe....
Isu yang saya ingin timbulkan di sini adalah saya agak keliru dengan cerita ini
yang saya rasa tidak konsisten.
Pada perenggan pertama dalam kisah ini, pencerita mengatakan
"Saya memilih bas Durian Burung kerana memandangkan bas tersebut digambarkan
sebagai bas yang selesa dan tepat waktu perjalanannya"
Tetapi pada perenggan kedua terakhir, pencerita menyatakan
"Saya mendapat maklumbalas dari rakan-rakan yang lain bahawa bas Durian Burung
memang terkenal dengan penipuan menjual tiket tanpa had dan waktu yang tetap"
Dari manakah pencerita tersebut mendapat gambaran bahawa bas durian burung
adalah bas yang selesa dan tepat waktu perjalanannya sedangkan syarikat bas
durian burung memang terkenal dengan penipuan? Bila terkenal, sudah tentulah
diketahui orang banyak.Huhu. ..
Harga minyak dah naik,
tambang bas pasti naik tak lama lagi.
Dari KL ke Penang kita pakat pakat kayuh perahu la nanti.
Subject: [rotu92-95] Bas Durian Burung tipu penumpang
Saya nak kisahkan disini tentang mimpi ngeri saya baru-baru ini ketika
menjadi penumpang bas ekspress Durian Burung. Diharap dengan pengalaman saya
ini akan menjadi panduan kepada kawan-kawan yang lain agar berhati-hati dengan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pengendali bas ekspres
terutamanya Bas Durian Burung.
Kisahnya begini.....
Pada 17 Mei 2008 yang lalu saya telah membeli tiket untuk perjalanan ke Perlis
untuk satu tugas resmi disana. Saya memilih bas Durian Burung kerana
memandangkan bas tersebut digambarkan sebagai bas yang selesa dan tepat waktu
perjalanannya. Saya membeli tiket untuk perjalanan pada pukul 10.30 malam
dikaunter tiket Durian Burung. Bas yang akan saya naiki bernombor KBG 7000
seperti yang tercatat ditiket yang saya beli.
Lebih kurang jam 10.00 malam saya turun ke Platform 15 Stesen Puduraya untuk
menaiki bas. Sehingga jam 10.40 malam saya tidak nampak bas Durian Burung
berada di platform tersebut. Saya naik semula keatas dan bertanya di kaunter
tiket samada bas telah tiba. Saya diberitahu bahawa bas dalam perjalanan dan
akan tiba pada bila-bila masa. Sehingga jam 11.20 malam bas masih belum
kelihatan. Saya naik semula dan bertanyakan dikaunter. Jawapan yang sama saya
terima iaitu bas masih dalam perjalanan masuk ke Puduraya dan akan tiba pada
bila-bila masa. Saya turun semula ke Platform 15 dan disana terdapat 5 orang
penumpang lain yang juga menunggu bas Durian Burung bernombor KBG 7000.
Salah seorang penumpang menceritakan kepada saya bahawa malam sebelumnya beliau
juga mengalami masalah yang sama. Beliau menunggu sehingga jam 2.00 pagi dan
akhirnya terpaksa membatalkan perjalanan kerana sudah tidak sanggup lagi
menunggu bas yang sepatutnya beliau naiki pada jam 10.30 malam. Beliau telah
ditawarkan untuk "ditumpangkan" kepada bas yang lain. Beliau sebaliknya menolak
tawaran tersebut dan menunda perjalanan kepada malam ini. Atas sebab itulah
beliau ada bersama-sama penumpang bas Durian Burung untuk perjalanan malam ini.
Lebih kurang jam 11.45 malam kami berlima telah diarahkan penjual tiket Durian
Burung untuk keluar menunggu diluar perhentian Puduraya. Pada jam 12.15 pagi
bas Durian Burung bernombor KBY 2000 tiba ditempat tersebut. Saya dan
penumpang-penumpang untuk perjalanan 12.30 pagi diarahkan untuk menaiki bas
tersebut. Apabila kami telah mendapat tempat duduk masing-masing tiba-tiba kami
berlima dari bas KBG 7000 diarahkan turun kerana tidak cukup tempat duduk.
Beberapa orang penumpang telah bertengkar dengan penjual tiket. Mereka tidak
puashati dengan apa yang telah dijanjikan. Saya sendiri tidak mahu masuk campur
kerana saya telah keletihan dan ingin agar perjalanan dapat disegerakan.
Penjual tiket tadi mula berkasar dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap
kami. Kami seolah-olah penumpang yang tidak dikehendaki didalam bas tersebut.
Antara kata-katanya ialah "Awak semua tak boleh naik bas ni sebab bas yang
sepatutnya awak semua naik telah rosak. Bas ini adalah untuk yang membeli
tiket untuk perjalanan pukul 12.30 . " . Beberapa penumpang lain yang panas
hati kemudiannya meminta supaya wang mereka dipulangkan dan penjual tiket
bersetuju berbuat demikian. Saya sendiri tidak bersetuju untuk membatalkan
perjalanan kerana saya mempunyai tugas penting di Kangar pada jam 8.00 pagi
nanti.
Penjual tiket itu mula mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada saya. Saya
kemudiannya meminta penjual tiket tersebut supaya menjelaskan kepada saya
dimanakah bas Durian Burung bernombor KBG 7000 yang sepatutnya saya naik untuk
ke Perlis. Dia dengan kasarnya berkata " Mana saya tahu bas itu pergi mana
sebab bukan saya yang bawa bas tu".
Saya membuat rumusan bahawa tiket dijual untuk perjalanan yang tidak pasti
waktunya. Tiket akan dijual untuk perjalanan jam 10.30 malam, tetapi disebabkan
jumlah penumpang tidak mencukupi untuk sebuah bas maka ianya ditunda dari jam
ke jam yang lain sehinggalah penuh untuk sebuah bas. Disebabkan taktik menjual
tiket cara ini dilakukan dikaunter-kaunter di Kajang dan Puduraya akhirnya
terjadilah kes terjual lebih tiket dari tempat duduk.
Oleh sebab saya dah penat dan tak mahu melengahkan perjalanan
penumpang-penumpang yang lain maka saya meminta supaya saya diberikan tempat
duduk pemandu ganti (reserve seat). Setelah berdolak dalik beberapa ketika
akhirnya penjual tiket tersebut bersetuju dengan permintaan saya. Bas
kemudiannya mula bergerak dan saya turun ketingkat bawah untuk mendapatkan
tempat duduk yang dijanjikan. Apabila saya bertanyakan tempat duduk saya ,
pemandu bas menyuruh saya duduk sebentar diatas tangga dan berjanji akan
memberikan tempat duduk kepada saya apabila bas telah keluar dari kawasan Kuala
Lumpur. Saya bersetuju dan hanya duduk diatas tangga bas.
Apabila sampai dihadapan Kompleks Kotaraya bas tersebut tiba-tiba berhenti dan
menumpangkan seorang lagi penumpang. Saya lihat penumpang tersebut menghulurkan
wang RM20.00 kepada pemandu untuk perjalanan sehingga Butterworth. Penumpang
tersebut juga duduk bersama-sama saya diatas tangga.
Apabila tiba di stesen minyak Shell selepas Tol Jalan Duta pemandu bas
menawarkan sebuah kerusi plastik rendah untuk saya duduk. Oleh sebab kerusi
tersebut terlalu sempit dan rendah maka saya mengambil keputusan untuk terus
duduk diatas tangga. Saya langsung tidak dapat tidur sepanjang perjalanan
sehinggalah tiba di Butterworth, Pulau Pinang apabila ada penumpang mula turun.
Saya naik ketingkat atas untuk mendapatkan tempat duduk. Saya kemudiannya
tertidur sehinggalah bas tiba di Stesen Bas Alor Star. Semua penumpang turun
kerana mereka mengambil tiket sehingga Alor Star sahaja. Saya kemudiannya
diarahkan oleh pemandu untuk turun disini. Saya bertanya kepada pemandu mengapa
saya harus turun di Alor Star sedangkan saya mengambil membayar tambang
sehingga ke Kangar, Perlis. Pemandu hanya berkata "Bas ini hanya sehingga sini
saja".
Oleh sebab saya malas nak bertengkar dan saya ingin cepat sampai ke Kangar maka
saya turun dan mengambil teksi untuk ke Kangar.
Hari ini saya telah membuat laporan bertulis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) , Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan juga Biro Pengaduan
Awam mengenai perkhidmatan bas Durian Burung dan sikap kurang ajar penjual
tiket di Kaunter Tiket Bas Durian Burung, Kaunter No. 39 Kompleks Puduraya,
Kuala Lumpur. Saya juga ada mengepilkan salinan tiket, gambar-gambar bas yang
saya naiki, kedua-dua pemandunya serta penjual tiket tersebut.
Saya berharap dengan laporan tersebut pihak-pihak yang berkenaan akan segera
mengambil tindakan kepada syarikat-syarikat bas yang sudah banyak kali menipu
penumpang. Saya mendapat maklumbalas dari rakan-rakan yang lain bahawa bas
Durian Burung memang terkenal dengan penipuan menjual tiket tanpa had dan waktu
yang tetap. Tapi mungkin penumpang lain malas atau rasa tak berbaloi untuk
membuat laporan kepada pihak berkuasa. Atau mungkin juga laporan telah dibuat
tetapi tiada tindakan susulan yang telah diambil...
Saya paparkan kisah ini supaya perkara ini tidak berulang dimasa akan datang
kepada orang lain dan berharap anda menjauhi diri dari menjadi penumpang kepada
BAS EKSPRES DURIAN BURUNG.
GAMBAR BAS DURIAN BURUNG SEMASA BERHENTI DI R&R BUKIT GANTANG
GAMBAR BAS DURIAN BURUNG SEPERTI DALAM IKLAN
---------------------------------