NAK CAKAP PASAL BAS GAK.....

SAYA SELALU GAK BALIK KAMPUNG DENGAN BAS (KL-TRG)..
TAPI SKANG NI PAYAH BETUL NAK DAPATKAN TIKET.. TAK KIRA LAAA BAS BRAND APA... 
SEMUANYA FULL...
SELALUNYA KENA BELI 2-3 MINGGU LEBIH AWAL...
CUBA BAYANGKAN.... MACAMANA KALO TIBA2 ADA HAL EMERGENCY KAT KG, NAK KENA BALIK 
DAN2 TU GAAAK.... 
BAS ABES TIKET........ HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA........ CAMNO??
TAKKAN NAK NAEK FLIGHT KOT... TAK MAMPU DEN!!!!

  




----- Original Message ----
From: azam azraimi <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Monday, 9 June, 2008 10:27:31 AM
Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Taman2Syurga] Bas Durian Burung tipu penumpang


dina fiiyaa, saya pun mengalami nasib yang lebih kurang sama dengan situasi yg 
awak hadapi...kejadian ni berlaku pada tahun 2006 semasa saya menuntut di UTM 
skudai.saya membeli 3 tiket durian burung tuk perjalanan ke JB...bas yg 
dijadualkan berlepas adalah pada pukul 12 tengah hari. saya tiba awal di 
perhentian puduraya, tunggu lebih kurang sejam dan ramai penumpang 
mengeluh.kami berpakat ramai2 tuk bertanya kepada penjual tiket mengenai 
masalah kelewatan bas tersebut, namun jawapan yg diberi sama dengan jawapan yg 
anda berikan yakni bas mengalami kerosakan.. sejam kemudian tiba sebuah bas 
lain yg bukannyer dari syarikat bas durian burung..bilangan penumpang melebihi 
dari jumlah muatan penumpang.Kami yg lewat menaiki bas diarah menaiki bas yg 
akan tiba sejam kemudian. cuba teka dh berapa jam kitorg tunggu? (jwpannya 3 
jam)... kita guna bahasa pasar la...ok pastu kan, ak dgn kwn2 mula x puas hati, 
jumpa la sorang mamat berambut panjang dan badannyer agak
 gempal dan pendek2. kitorg tanya la kenapa lewat..brader tu blh lak marah2 
kitorg balik...masa tu keadaan mnjadi tegang la jgk...blh la pulak sorang apek 
ni lagak mcm nk redakan keadaan...x lama pastu dia pulak yg kene marah dengan 
mamat rmbut panjang tu...disusuli pulak dgn sorang student UTM ni....masa tu 
keadaan mmg dh nk gaduh...aku ni yg cuma bertanya kenapa bas lambat pun kene 
herdik caw2 punya...kitorg amik keputusan pergi ke kaunter tiket mintak blk 
duit...naik bas lain...tunggu lg sejam setengah... taubat x naik bas durian 
burung... hampeh !!!... diharap aduan yg dina fiiya kemukakan kepada pihak 
berkuasa mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya.. . jangan perlekehkan 
masalah sebegini disebabkan status anda (pihak berkuasa). cuba tempatkan diri 
anda di situasi sebegini dan anda akan rasakan betapa zalimnya 
pengusaha-pengusaha bas yang dimaksudkan. ...

--- On Sat, 6/7/08, dina fiiyya <deena_fiyya@ yahoo.com> wrote:

From: dina fiiyya <deena_fiyya@ yahoo.com>
Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Taman2Syurga] Bas Durian Burung tipu penumpang
To: [EMAIL PROTECTED] com
Date: Saturday, June 7, 2008, 5:41 AM


risaunye dgn kes cmni,sy kt kL,nk blk taiping slalu naik bas trans ngn 
konsortium je..lps kes bas konsortium yg masuk paper ri tu, dh x brani dh nk 
naik bas lain..so plhn cume tinggl bas trans je la..tetibe bas trans dh 
full,trpaksa jg amik konsortium,pegi stiap kounter,sume penuh,cume satu je 
tinggal,ntah syarikat bas mane ntah,xpenah tahu pon,risau jg nk naik 
lusa...hrp2 pe yg trjadi pd encik yg kene psl bas durian burung tu x trjadi 
pada sy,risau ssgt

--- On Thu, 6/5/08, Datuk Dr. R <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:

From: Datuk Dr. R <[EMAIL PROTECTED] com>
Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Taman2Syurga] Bas Durian Burung tipu penumpang
To: [EMAIL PROTECTED] com
Date: Thursday, June 5, 2008, 8:08 AM


Saya bukanlah memihak kepada pengusaha bas ekspress.
Saya juga pernah melalui pengalaman buruk bersama beberapa syarikat bas 
ekspress.
Saya cuma ingin mengetahui reaksi rakan rakan dalam JDK.
Lagipun, Tok Mod kata akhir akhir ini JDK membosankan.
Hehehe....

Isu yang saya ingin timbulkan di sini adalah saya agak keliru dengan cerita ini 
yang saya rasa tidak konsisten.
Pada perenggan pertama dalam kisah ini, pencerita mengatakan 
"Saya memilih bas Durian Burung kerana memandangkan bas tersebut digambarkan 
sebagai bas yang selesa dan tepat waktu perjalanannya" 

Tetapi pada perenggan kedua terakhir, pencerita menyatakan
"Saya mendapat maklumbalas dari rakan-rakan yang lain bahawa bas Durian Burung 
memang terkenal dengan penipuan menjual tiket tanpa had dan waktu yang tetap"

Dari manakah pencerita tersebut mendapat gambaran bahawa bas durian burung 
adalah bas yang selesa dan tepat waktu perjalanannya sedangkan syarikat bas 
durian burung memang terkenal dengan penipuan? Bila terkenal, sudah tentulah 
diketahui orang banyak.Huhu. ..

Harga minyak dah naik,
tambang bas pasti naik tak lama lagi.
Dari KL ke Penang kita pakat pakat kayuh perahu la nanti.






  

 
Subject: [rotu92-95] Bas Durian Burung tipu penumpang


 
 
Saya nak kisahkan disini tentang mimpi ngeri saya baru-baru ini ketika menjadi 
penumpang bas ekspress Durian Burung. Diharap dengan pengalaman saya ini akan 
menjadi panduan kepada kawan-kawan yang lain agar berhati-hati dengan 
perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pengendali bas ekspres 
terutamanya Bas Durian Burung.

Kisahnya begini......

Pada 17 Mei 2008 yang lalu saya telah membeli tiket untuk perjalanan ke Perlis 
untuk satu tugas resmi disana. Saya memilih bas Durian Burung kerana 
memandangkan bas tersebut digambarkan sebagai bas yang selesa dan tepat waktu 
perjalanannya. Saya membeli tiket untuk perjalanan pada pukul 10.30 malam 
dikaunter tiket Durian Burung. Bas yang akan saya naiki bernombor KBG 7000 
seperti yang tercatat ditiket yang saya beli.

Lebih kurang jam 10.00 malam saya turun ke Platform 15 Stesen Puduraya untuk 
menaiki bas. Sehingga jam 10.40 malam saya tidak nampak bas Durian Burung 
berada di platform tersebut. Saya naik semula keatas dan bertanya di kaunter 
tiket samada bas telah tiba. Saya diberitahu bahawa bas dalam perjalanan dan 
akan tiba pada bila-bila masa. Sehingga jam 11.20 malam bas masih belum 
kelihatan. Saya naik semula dan bertanyakan dikaunter. Jawapan yang sama saya 
terima iaitu bas masih dalam perjalanan masuk ke Puduraya dan akan tiba pada 
bila-bila masa. Saya turun semula ke Platform 15 dan disana terdapat 5 orang 
penumpang lain yang juga menunggu bas Durian Burung bernombor KBG 7000.

Salah seorang penumpang menceritakan kepada saya bahawa malam sebelumnya beliau 
juga mengalami masalah yang sama. Beliau menunggu sehingga jam 2.00 pagi dan 
akhirnya terpaksa membatalkan perjalanan kerana sudah tidak sanggup lagi 
menunggu bas yang sepatutnya beliau naiki pada jam 10.30 malam. Beliau telah 
ditawarkan untuk "ditumpangkan" kepada bas yang lain. Beliau sebaliknya menolak 
tawaran tersebut dan menunda perjalanan kepada malam ini. Atas sebab itulah 
beliau ada bersama-sama penumpang bas Durian Burung untuk perjalanan malam ini.

Lebih kurang jam 11.45 malam kami berlima telah diarahkan penjual tiket Durian 
Burung untuk keluar menunggu diluar perhentian Puduraya. Pada jam 12.15 pagi 
bas Durian Burung bernombor KBY 2000 tiba ditempat tersebut. Saya dan 
penumpang-penumpang untuk perjalanan 12.30 pagi diarahkan untuk menaiki bas 
tersebut. Apabila kami telah mendapat tempat duduk masing-masing tiba-tiba kami 
berlima dari bas KBG 7000 diarahkan turun kerana tidak cukup tempat duduk. 
Beberapa orang penumpang telah bertengkar dengan penjual tiket. Mereka tidak 
puashati dengan apa yang telah dijanjikan. Saya sendiri tidak mahu masuk campur 
kerana saya telah keletihan dan ingin agar perjalanan dapat disegerakan. 
Penjual tiket tadi mula berkasar dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap 
kami. Kami seolah-olah penumpang yang tidak dikehendaki didalam bas tersebut. 
Antara kata-katanya ialah "Awak semua tak boleh naik bas ni sebab bas yang 
sepatutnya awak semua naik telah rosak. Bas ini
 adalah untuk yang membeli tiket untuk perjalanan pukul 12.30 . " . Beberapa 
penumpang lain yang panas hati kemudiannya meminta supaya wang mereka 
dipulangkan dan penjual tiket bersetuju berbuat demikian. Saya sendiri tidak 
bersetuju untuk membatalkan perjalanan kerana saya mempunyai tugas penting di 
Kangar pada jam 8.00 pagi nanti.

Penjual tiket itu mula mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada saya. Saya 
kemudiannya meminta penjual tiket tersebut supaya menjelaskan kepada saya 
dimanakah bas Durian Burung bernombor KBG 7000 yang sepatutnya saya naik untuk 
ke Perlis. Dia dengan kasarnya berkata " Mana saya tahu bas itu pergi mana 
sebab bukan saya yang bawa bas tu".

Saya membuat rumusan bahawa tiket dijual untuk perjalanan yang tidak pasti 
waktunya. Tiket akan dijual untuk perjalanan jam 10.30 malam, tetapi disebabkan 
jumlah penumpang tidak mencukupi untuk sebuah bas maka ianya ditunda dari jam 
ke jam yang lain sehinggalah penuh untuk sebuah bas. Disebabkan taktik menjual 
tiket cara ini dilakukan dikaunter-kaunter di Kajang dan Puduraya akhirnya 
terjadilah kes terjual lebih tiket dari tempat duduk..

Oleh sebab saya dah penat dan tak mahu melengahkan perjalanan 
penumpang-penumpang yang lain maka saya meminta supaya saya diberikan tempat 
duduk pemandu ganti (reserve seat). Setelah berdolak dalik beberapa ketika 
akhirnya penjual tiket tersebut bersetuju dengan permintaan saya. Bas 
kemudiannya mula bergerak dan saya turun ketingkat bawah untuk mendapatkan 
tempat duduk yang dijanjikan. Apabila saya bertanyakan tempat duduk saya , 
pemandu bas menyuruh saya duduk sebentar diatas tangga dan berjanji akan 
memberikan tempat duduk kepada saya apabila bas telah keluar dari kawasan Kuala 
Lumpur.. Saya bersetuju dan hanya duduk diatas tangga bas.

Apabila sampai dihadapan Kompleks Kotaraya bas tersebut tiba-tiba berhenti dan 
menumpangkan seorang lagi penumpang. Saya lihat penumpang tersebut menghulurkan 
wang RM20..00 kepada pemandu untuk perjalanan sehingga Butterworth. Penumpang 
tersebut juga duduk bersama-sama saya diatas tangga.

Apabila tiba di stesen minyak Shell selepas Tol Jalan Duta pemandu bas 
menawarkan sebuah kerusi plastik rendah untuk saya duduk. Oleh sebab kerusi 
tersebut terlalu sempit dan rendah maka saya mengambil keputusan untuk terus 
duduk diatas tangga. Saya langsung tidak dapat tidur sepanjang perjalanan 
sehinggalah tiba di Butterworth, Pulau Pinang apabila ada penumpang mula turun. 
Saya naik ketingkat atas untuk mendapatkan tempat duduk. Saya kemudiannya 
tertidur sehinggalah bas tiba di Stesen Bas Alor Star. Semua penumpang turun 
kerana mereka mengambil tiket sehingga Alor Star sahaja. Saya kemudiannya 
diarahkan oleh pemandu untuk turun disini. Saya bertanya kepada pemandu mengapa 
saya harus turun di Alor Star sedangkan saya mengambil membayar tambang 
sehingga ke Kangar, Perlis. Pemandu hanya berkata "Bas ini hanya sehingga sini 
saja".

Oleh sebab saya malas nak bertengkar dan saya ingin cepat sampai ke Kangar maka 
saya turun dan mengambil teksi untuk ke Kangar.

Hari ini saya telah membuat laporan bertulis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan 
(JPJ) , Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan juga Biro Pengaduan 
Awam mengenai perkhidmatan bas Durian Burung dan sikap kurang ajar penjual 
tiket di Kaunter Tiket Bas Durian Burung, Kaunter No. 39 Kompleks Puduraya, 
Kuala Lumpur. Saya juga ada mengepilkan salinan tiket, gambar-gambar bas yang 
saya naiki, kedua-dua pemandunya serta penjual tiket tersebut.

Saya berharap dengan laporan tersebut pihak-pihak yang berkenaan akan segera 
mengambil tindakan kepada syarikat-syarikat bas yang sudah banyak kali menipu 
penumpang. Saya mendapat maklumbalas dari rakan-rakan yang lain bahawa bas 
Durian Burung memang terkenal dengan penipuan menjual tiket tanpa had dan waktu 
yang tetap. Tapi mungkin penumpang lain malas atau rasa tak berbaloi untuk 
membuat laporan kepada pihak berkuasa. Atau mungkin juga laporan telah dibuat 
tetapi tiada tindakan susulan yang telah diambil...

Saya paparkan kisah ini supaya perkara ini tidak berulang dimasa akan datang 
kepada orang lain dan berharap anda menjauhi diri dari menjadi penumpang kepada 
BAS EKSPRES DURIAN BURUNG.
GAMBAR BAS DURIAN BURUNG SEMASA BERHENTI DI R&R BUKIT GANTANG

GAMBAR BAS DURIAN BURUNG SEPERTI DALAM IKLAN






________________________________
 
 
 
 
Messages in this topic  (5)  Reply  (via web post)  | Start a new topic  
Messages 
                                          
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
                    Jenaka dot kom
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  This piece of (mis)information was brought to you by              

              Jenaka dot kom V2.0  (Jdk²)

    "Routing junks into your inbox since 1st June 1999"

           http://groups.yahoo.com/group/jenaka
        http://groups.google.com/group/jenakadotkom
                http://tokmod.blogspot.com/


Jika anda perlu memenuhkan "inbox" anda dengan berbagai
benda yang tidak berkaitan dengan masalah sejagat, sila
    email ke Pegawai Bahagian Langganan Jdk di alamat:

           [EMAIL PROTECTED]
                (U.P. Encik Dol bin Lah)


   Sebaliknya, jika anda rasa TIDAK mahu lagi menerima
   hal-ehwal karut-mengarut dan tiada masa nak melayan
     cerita-cerita dongeng seperti ini, sila beritahu
               anak Encik Dol di alamat:

         [EMAIL PROTECTED]
                (U.P. Encik Sam bin Dol)


Untuk masalah-masalah lain, sila email ke:

# [EMAIL PROTECTED]   
     -[ Berhenti terima email Jdk buat sementara waktu ]-

# [EMAIL PROTECTED]
     -[ Untuk terima ringkasan harian sahaja ]-
      [ Attachment TIDAK disertakan dalam Email ]

# [EMAIL PROTECTED]
     -[ Kembali kepada biasa ]-


MARKETPLACE

________________________________
You rock! Blockbuster wants to give you a complimentary trial of - Blockbuster 
Total Access. <img width="0" height="0" border="0" 
src="https://media.adrevolver.com/adrevolver/trace?adpath=11959";>  
 
Change settings via the Web (Yahoo! ID required) 
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to 
Traditional 
Visit Your Group  | Yahoo! Groups Terms of Use  | Unsubscribe  
Recent Activity
        *  60
New MembersVisit Your Group  
Yahoo! Groups
Cat Zone
Connect w/ others
who love cats.
Yahoo! Search
Start Searching 
Find exactly
what you want.
Yahoo! Groups
Find balance
between nutrition,
activity & well-being.
. 
__,_.._,___    


      __________________________________________________________
Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Email http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Kirim email ke