dina fiiyaa, saya pun mengalami nasib yang lebih kurang sama dengan situasi yg awak hadapi...kejadian ni berlaku pada tahun 2006 semasa saya menuntut di UTM skudai.saya membeli 3 tiket durian burung tuk perjalanan ke JB...bas yg dijadualkan berlepas adalah pada pukul 12 tengah hari. saya tiba awal di perhentian puduraya, tunggu lebih kurang sejam dan ramai penumpang mengeluh.kami berpakat ramai2 tuk bertanya kepada penjual tiket mengenai masalah kelewatan bas tersebut, namun jawapan yg diberi sama dengan jawapan yg anda berikan yakni bas mengalami kerosakan.. sejam kemudian tiba sebuah bas lain yg bukannyer dari syarikat bas durian burung..bilangan penumpang melebihi dari jumlah muatan penumpang.Kami yg lewat menaiki bas diarah menaiki bas yg akan tiba sejam kemudian. cuba teka dh berapa jam kitorg tunggu? (jwpannya 3 jam)... kita guna bahasa pasar la...ok pastu kan, ak dgn kwn2 mula x puas hati, jumpa la sorang mamat berambut panjang dan badannyer agak gempal dan pendek2. kitorg tanya la kenapa lewat..brader tu blh lak marah2 kitorg balik...masa tu keadaan mnjadi tegang la jgk...blh la pulak sorang apek ni lagak mcm nk redakan keadaan...x lama pastu dia pulak yg kene marah dengan mamat rmbut panjang tu...disusuli pulak dgn sorang student UTM ni....masa tu keadaan mmg dh nk gaduh...aku ni yg cuma bertanya kenapa bas lambat pun kene herdik caw2 punya...kitorg amik keputusan pergi ke kaunter tiket mintak blk duit...naik bas lain...tunggu lg sejam setengah... taubat x naik bas durian burung... hampeh !!!... diharap aduan yg dina fiiya kemukakan kepada pihak berkuasa mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya... jangan perlekehkan masalah sebegini disebabkan status anda (pihak berkuasa). cuba tempatkan diri anda di situasi sebegini dan anda akan rasakan betapa zalimnya pengusaha-pengusaha bas yang dimaksudkan....
--- On Sat, 6/7/08, dina fiiyya <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: dina fiiyya <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Taman2Syurga] Bas Durian Burung tipu penumpang To: [email protected] Date: Saturday, June 7, 2008, 5:41 AM risaunye dgn kes cmni,sy kt kL,nk blk taiping slalu naik bas trans ngn konsortium je..lps kes bas konsortium yg masuk paper ri tu, dh x brani dh nk naik bas lain..so plhn cume tinggl bas trans je la..tetibe bas trans dh full,trpaksa jg amik konsortium,pegi stiap kounter,sume penuh,cume satu je tinggal,ntah syarikat bas mane ntah,xpenah tahu pon,risau jg nk naik lusa...hrp2 pe yg trjadi pd encik yg kene psl bas durian burung tu x trjadi pada sy,risau ssgt --- On Thu, 6/5/08, Datuk Dr. R <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: From: Datuk Dr. R <[EMAIL PROTECTED] com> Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Taman2Syurga] Bas Durian Burung tipu penumpang To: [EMAIL PROTECTED] com Date: Thursday, June 5, 2008, 8:08 AM Saya bukanlah memihak kepada pengusaha bas ekspress. Saya juga pernah melalui pengalaman buruk bersama beberapa syarikat bas ekspress. Saya cuma ingin mengetahui reaksi rakan rakan dalam JDK. Lagipun, Tok Mod kata akhir akhir ini JDK membosankan. Hehehe.... Isu yang saya ingin timbulkan di sini adalah saya agak keliru dengan cerita ini yang saya rasa tidak konsisten. Pada perenggan pertama dalam kisah ini, pencerita mengatakan "Saya memilih bas Durian Burung kerana memandangkan bas tersebut digambarkan sebagai bas yang selesa dan tepat waktu perjalanannya" Tetapi pada perenggan kedua terakhir, pencerita menyatakan "Saya mendapat maklumbalas dari rakan-rakan yang lain bahawa bas Durian Burung memang terkenal dengan penipuan menjual tiket tanpa had dan waktu yang tetap" Dari manakah pencerita tersebut mendapat gambaran bahawa bas durian burung adalah bas yang selesa dan tepat waktu perjalanannya sedangkan syarikat bas durian burung memang terkenal dengan penipuan? Bila terkenal, sudah tentulah diketahui orang banyak.Huhu. .. Harga minyak dah naik, tambang bas pasti naik tak lama lagi. Dari KL ke Penang kita pakat pakat kayuh perahu la nanti. Subject: [rotu92-95] Bas Durian Burung tipu penumpang Saya nak kisahkan disini tentang mimpi ngeri saya baru-baru ini ketika menjadi penumpang bas ekspress Durian Burung. Diharap dengan pengalaman saya ini akan menjadi panduan kepada kawan-kawan yang lain agar berhati-hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pengendali bas ekspres terutamanya Bas Durian Burung. Kisahnya begini..... Pada 17 Mei 2008 yang lalu saya telah membeli tiket untuk perjalanan ke Perlis untuk satu tugas resmi disana. Saya memilih bas Durian Burung kerana memandangkan bas tersebut digambarkan sebagai bas yang selesa dan tepat waktu perjalanannya. Saya membeli tiket untuk perjalanan pada pukul 10.30 malam dikaunter tiket Durian Burung. Bas yang akan saya naiki bernombor KBG 7000 seperti yang tercatat ditiket yang saya beli.. Lebih kurang jam 10.00 malam saya turun ke Platform 15 Stesen Puduraya untuk menaiki bas. Sehingga jam 10.40 malam saya tidak nampak bas Durian Burung berada di platform tersebut. Saya naik semula keatas dan bertanya di kaunter tiket samada bas telah tiba. Saya diberitahu bahawa bas dalam perjalanan dan akan tiba pada bila-bila masa. Sehingga jam 11.20 malam bas masih belum kelihatan. Saya naik semula dan bertanyakan dikaunter. Jawapan yang sama saya terima iaitu bas masih dalam perjalanan masuk ke Puduraya dan akan tiba pada bila-bila masa. Saya turun semula ke Platform 15 dan disana terdapat 5 orang penumpang lain yang juga menunggu bas Durian Burung bernombor KBG 7000. Salah seorang penumpang menceritakan kepada saya bahawa malam sebelumnya beliau juga mengalami masalah yang sama. Beliau menunggu sehingga jam 2.00 pagi dan akhirnya terpaksa membatalkan perjalanan kerana sudah tidak sanggup lagi menunggu bas yang sepatutnya beliau naiki pada jam 10.30 malam. Beliau telah ditawarkan untuk "ditumpangkan" kepada bas yang lain. Beliau sebaliknya menolak tawaran tersebut dan menunda perjalanan kepada malam ini. Atas sebab itulah beliau ada bersama-sama penumpang bas Durian Burung untuk perjalanan malam ini. Lebih kurang jam 11.45 malam kami berlima telah diarahkan penjual tiket Durian Burung untuk keluar menunggu diluar perhentian Puduraya. Pada jam 12.15 pagi bas Durian Burung bernombor KBY 2000 tiba ditempat tersebut. Saya dan penumpang-penumpang untuk perjalanan 12.30 pagi diarahkan untuk menaiki bas tersebut. Apabila kami telah mendapat tempat duduk masing-masing tiba-tiba kami berlima dari bas KBG 7000 diarahkan turun kerana tidak cukup tempat duduk. Beberapa orang penumpang telah bertengkar dengan penjual tiket. Mereka tidak puashati dengan apa yang telah dijanjikan. Saya sendiri tidak mahu masuk campur kerana saya telah keletihan dan ingin agar perjalanan dapat disegerakan. Penjual tiket tadi mula berkasar dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kami. Kami seolah-olah penumpang yang tidak dikehendaki didalam bas tersebut. Antara kata-katanya ialah "Awak semua tak boleh naik bas ni sebab bas yang sepatutnya awak semua naik telah rosak. Bas ini adalah untuk yang membeli tiket untuk perjalanan pukul 12.30 . " . Beberapa penumpang lain yang panas hati kemudiannya meminta supaya wang mereka dipulangkan dan penjual tiket bersetuju berbuat demikian. Saya sendiri tidak bersetuju untuk membatalkan perjalanan kerana saya mempunyai tugas penting di Kangar pada jam 8.00 pagi nanti. Penjual tiket itu mula mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada saya. Saya kemudiannya meminta penjual tiket tersebut supaya menjelaskan kepada saya dimanakah bas Durian Burung bernombor KBG 7000 yang sepatutnya saya naik untuk ke Perlis. Dia dengan kasarnya berkata " Mana saya tahu bas itu pergi mana sebab bukan saya yang bawa bas tu". Saya membuat rumusan bahawa tiket dijual untuk perjalanan yang tidak pasti waktunya. Tiket akan dijual untuk perjalanan jam 10.30 malam, tetapi disebabkan jumlah penumpang tidak mencukupi untuk sebuah bas maka ianya ditunda dari jam ke jam yang lain sehinggalah penuh untuk sebuah bas. Disebabkan taktik menjual tiket cara ini dilakukan dikaunter-kaunter di Kajang dan Puduraya akhirnya terjadilah kes terjual lebih tiket dari tempat duduk. Oleh sebab saya dah penat dan tak mahu melengahkan perjalanan penumpang-penumpang yang lain maka saya meminta supaya saya diberikan tempat duduk pemandu ganti (reserve seat). Setelah berdolak dalik beberapa ketika akhirnya penjual tiket tersebut bersetuju dengan permintaan saya. Bas kemudiannya mula bergerak dan saya turun ketingkat bawah untuk mendapatkan tempat duduk yang dijanjikan. Apabila saya bertanyakan tempat duduk saya , pemandu bas menyuruh saya duduk sebentar diatas tangga dan berjanji akan memberikan tempat duduk kepada saya apabila bas telah keluar dari kawasan Kuala Lumpur. Saya bersetuju dan hanya duduk diatas tangga bas. Apabila sampai dihadapan Kompleks Kotaraya bas tersebut tiba-tiba berhenti dan menumpangkan seorang lagi penumpang. Saya lihat penumpang tersebut menghulurkan wang RM20.00 kepada pemandu untuk perjalanan sehingga Butterworth. Penumpang tersebut juga duduk bersama-sama saya diatas tangga. Apabila tiba di stesen minyak Shell selepas Tol Jalan Duta pemandu bas menawarkan sebuah kerusi plastik rendah untuk saya duduk. Oleh sebab kerusi tersebut terlalu sempit dan rendah maka saya mengambil keputusan untuk terus duduk diatas tangga. Saya langsung tidak dapat tidur sepanjang perjalanan sehinggalah tiba di Butterworth, Pulau Pinang apabila ada penumpang mula turun. Saya naik ketingkat atas untuk mendapatkan tempat duduk. Saya kemudiannya tertidur sehinggalah bas tiba di Stesen Bas Alor Star. Semua penumpang turun kerana mereka mengambil tiket sehingga Alor Star sahaja. Saya kemudiannya diarahkan oleh pemandu untuk turun disini. Saya bertanya kepada pemandu mengapa saya harus turun di Alor Star sedangkan saya mengambil membayar tambang sehingga ke Kangar, Perlis. Pemandu hanya berkata "Bas ini hanya sehingga sini saja". Oleh sebab saya malas nak bertengkar dan saya ingin cepat sampai ke Kangar maka saya turun dan mengambil teksi untuk ke Kangar. Hari ini saya telah membuat laporan bertulis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan juga Biro Pengaduan Awam mengenai perkhidmatan bas Durian Burung dan sikap kurang ajar penjual tiket di Kaunter Tiket Bas Durian Burung, Kaunter No. 39 Kompleks Puduraya, Kuala Lumpur. Saya juga ada mengepilkan salinan tiket, gambar-gambar bas yang saya naiki, kedua-dua pemandunya serta penjual tiket tersebut. Saya berharap dengan laporan tersebut pihak-pihak yang berkenaan akan segera mengambil tindakan kepada syarikat-syarikat bas yang sudah banyak kali menipu penumpang. Saya mendapat maklumbalas dari rakan-rakan yang lain bahawa bas Durian Burung memang terkenal dengan penipuan menjual tiket tanpa had dan waktu yang tetap. Tapi mungkin penumpang lain malas atau rasa tak berbaloi untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Atau mungkin juga laporan telah dibuat tetapi tiada tindakan susulan yang telah diambil... Saya paparkan kisah ini supaya perkara ini tidak berulang dimasa akan datang kepada orang lain dan berharap anda menjauhi diri dari menjadi penumpang kepada BAS EKSPRES DURIAN BURUNG. GAMBAR BAS DURIAN BURUNG SEMASA BERHENTI DI R&R BUKIT GANTANG GAMBAR BAS DURIAN BURUNG SEPERTI DALAM IKLAN
