sebut pasal tiket JB ni, saya penah naek bas JB-KL... masa kat kaunter kita byr 
sekian2 harga, bila naek bas, kelendan dia akan kasi tiket baru dengan harga 
yang sebenar dan amek balik tiket yang kita beli kat kaunter dengan harga yang 
mahal tuuu....

pendapat saya, mereka buat macam tu supaya kita tak boleh nak charge apa2 kat 
depa sebab bahan bukti dah tak ada... 

  




----- Original Message ----
From: nUrUl HiDaYaH <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Monday, 9 June, 2008 1:45:31 PM
Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Taman2Syurga] Bas Durian Burung tipu penumpang


sebenarnya masalah bus ni memang x kan sudah selagi kita sbg pengguna sendiri x 
gunakan kuasa kita... klu pegi puduraya tu diingatkan jgn layan ulat2 tiket yg 
sibuk bertanya..blh dikatakan semua bus yg dijual tidak serupa bikin..
 
kwn saya penah beli tiket ke JB.. bayar dengan harga RM35, bila bus sampai, 
rupanya bus kilang.. so kita sebagai pengguna mmpunyai kuasa memilih setimpal 
dngan duit yg kita keluar..
 
siTI NuRR



----- Original Message ----
From: Agaseh Lahad Datu <agasehlahaddatu@ yahoo.com>
To: [EMAIL PROTECTED] com
Sent: Sunday, June 8, 2008 8:21:32 AM
Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Taman2Syurga] Bas Durian Burung tipu penumpang



Memang betul syarikat bas Durian burung tu menipu. Saya pun pernah ditipunya. 
Kisah tu berlaku tahun lepas.
Saya kerja di Kuching. Jadi bila balik semenanjung,  mana ada kenderaan. Kereta 
semua tinggal di Kuchinglah. Satu ketika, dalam tahun 2007, saya sekeluarga 
(bertiga) balik ke semenanjung. Nak ke Taiping. Bertolak dari Kuching, ambik 
flight paling awal. Jam 5.30 pg. Dari KLIA ambik bas ke KL Sentral. Kemudian ke 
Puduraya.  Masa tu jam 11 pagi. Beli tiket bas durian burung di kaunter bawah, 
dekat jejambat ke bangunan puduraya. Dia kata bas jam 2 ptg. Tunggu.. Bila jam 
dua, dia kata bas dah penuh. Tunggu next bas. Tak dapat ke mana mana sbb dia 
akan call. Tunggu punya tunggu sampai jam 4 tak dapat bas. Siap marah marah 
lagi. Dia tanya, mengapa tak nak bas jam 2 tadi, kerana skrg dah jam 4. 
Punyalah mangkuk ayun. Bagilah tahu dengan sabar sahaja. Tiket dah beli. Tak 
kan nak beli lain. Bukan murah. Kalau setakat RM 10.00 saya pergi aje ke 
transnasional. Menyesal tak beli trannasional. (Kami belum sempat masuk ke 
Puduraya dah di dorong oleh ulat-ulat   supaya
 beli tiket di kaunter durian burung). Jam 6 petang baru ada bas. Itu pun dia 
kata, ada dua seat sahaja. Kalau nak, boleh naik. Kalau tak nak, tunggu next 
bas. Boleh percaya ke? Lantas saya suruh isteri dan anak  naik bas dulu. Mereka 
fikir mungkin dengan tawaran  bersyarat tu saya akan tolak? Saya lelaki, tak 
kisah. Bayangkanlah kami dengan beg pakaian besar, ke sana sini.. Susah nak 
bergerak. 
Akhirnya saya dapat bas, jam 8 malam. Itu pun puas bertanya dari semasa  ke 
semasa.
Ambil tiket jam utk perjalanan jam 2 ptg, naiknya jam 8.00 mlm. Memang sakit 
hatilah.
Syarikat tu tak nak kembalikan duit kita, Dia akan cakap, bas ada. Sabar. 
Padahal, fikirlah, bila sampai ke taiping pada jam satu pagi, bukan ada bas 
pun. Teksi adalah. Tahulah bayarannya selepas jam 12, jadi double. Cepatlah 
bankrap syarikat itu. Tak saya halalkan dunia akhirat  dengan servisnya itu. 
Memang penipu. Tiket mahal satu hal.
Jadi, siapa kata syarikat tu tak menipu? Cuma anda belum terkena lagi. 
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger .yahoo.com 
    


      __________________________________________________________
Sent from Yahoo! Mail.
A Smarter Email http://uk.docs.yahoo.com/nowyoucan.html

Kirim email ke