sebenarnya masalah bus ni memang x kan sudah selagi kita sbg pengguna sendiri x 
gunakan kuasa kita... klu pegi puduraya tu diingatkan jgn layan ulat2 tiket yg 
sibuk bertanya..blh dikatakan semua bus yg dijual tidak serupa bikin..
kwn saya penah beli tiket ke JB.. bayar dengan harga RM35, bila bus 
sampai, rupanya bus kilang.. so kita sebagai pengguna mmpunyai kuasa 
memilih setimpal dngan duit yg kita keluar..
 
siTI NuRR



----- Original Message ----
From: Agaseh Lahad Datu <[EMAIL PROTECTED]>
To: [email protected]
Sent: Sunday, June 8, 2008 8:21:32 AM
Subject: Re: [(jdk)] Fw: [Taman2Syurga] Bas Durian Burung tipu penumpang



Memang betul syarikat bas Durian burung tu menipu. Saya pun pernah ditipunya. 
Kisah tu berlaku tahun lepas.
Saya kerja di Kuching. Jadi bila balik semenanjung,  mana ada kenderaan. Kereta 
semua tinggal di Kuchinglah. Satu ketika, dalam tahun 2007, saya sekeluarga 
(bertiga) balik ke semenanjung. Nak ke Taiping. Bertolak dari Kuching, ambik 
flight paling awal. Jam 5.30 pg. Dari KLIA ambik bas ke KL Sentral. Kemudian ke 
Puduraya.  Masa tu jam 11 pagi. Beli tiket bas durian burung di kaunter bawah, 
dekat jejambat ke bangunan puduraya. Dia kata bas jam 2 ptg. Tunggu. Bila jam 
dua, dia kata bas dah penuh. Tunggu next bas. Tak dapat ke mana mana sbb dia 
akan call. Tunggu punya tunggu sampai jam 4 tak dapat bas. Siap marah marah 
lagi. Dia tanya, mengapa tak nak bas jam 2 tadi, kerana skrg dah jam 4. 
Punyalah mangkuk ayun. Bagilah tahu dengan sabar sahaja. Tiket dah beli. Tak 
kan nak beli lain. Bukan murah. Kalau setakat RM 10.00 saya pergi aje ke 
transnasional. Menyesal tak beli trannasional. (Kami belum sempat masuk ke 
Puduraya dah di dorong oleh ulat-ulat  
 supaya beli tiket di kaunter durian burung). Jam 6 petang baru ada bas. Itu 
pun dia kata, ada dua seat sahaja. Kalau nak, boleh naik. Kalau tak nak, tunggu 
next bas. Boleh percaya ke? Lantas saya suruh isteri dan anak  naik bas dulu. 
Mereka fikir mungkin dengan tawaran  bersyarat tu saya akan tolak? Saya lelaki, 
tak kisah. Bayangkanlah kami dengan beg pakaian besar, ke sana sini. Susah nak 
bergerak. 
Akhirnya saya dapat bas, jam 8 malam. Itu pun puas bertanya dari semasa  ke 
semasa.
Ambil tiket jam utk perjalanan jam 2 ptg, naiknya jam 8.00 mlm. Memang sakit 
hatilah.
Syarikat tu tak nak kembalikan duit kita, Dia akan cakap, bas ada. Sabar. 
Padahal, fikirlah, bila sampai ke taiping pada jam satu pagi, bukan ada bas 
pun. Teksi adalah. Tahulah bayarannya selepas jam 12, jadi double. Cepatlah 
bankrap syarikat itu. Tak saya halalkan dunia akhirat  dengan servisnya itu. 
Memang penipu. Tiket mahal satu hal.
Jadi, siapa kata syarikat tu tak menipu? Cuma anda belum terkena lagi. 
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger .yahoo.com  


      

Kirim email ke