[islah-net] FORMULA CEMERLANG (24 April 2006)

2006-04-23 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY
Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan 
perancangan yang teliti. Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, "Manfaatkan yang 
lima sebelum datang yang lima, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum 
sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu 
sebelum mati." Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang 
merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang 
ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. 

Nabi Yusof adalah contoh yang baik berhubung perkara ini. Berdasarkan mimpi 
yang dialami oleh raja Mesir, baginda menyedari bumi Mesir bakal mengalami 
musim kemarau yang gawat justeru baginda mengutarakan beberapa strategi ekonomi 
untuk menghadapinya. Strategi Menghadapi Kegawatan ini difirmankan Allah dalam 
surah Yusof ayat 47-49 yang bermaksud, "Yusof berkata, 'Hendaklah kamu bertanam 
selama tujuh tahun sebagaimana biasa dan apa yang kamu tuai hendaklah kamu 
biarkan di bulirnya kecuali sedikit yang kamu ambil untuk dimakan. Kemudian 
sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit yang memerlukan kamu 
memakan apa yang kamu simpan kecuali sedikit yang kamu biarkan dalam simpanan. 
Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia dikurniakan hujan 
dan ketika itu mereka memerah anggur'."

Ayat-ayat ini menunjukkan Allah menuntut umat Islam merancang kehidupan mereka 
dengan baik sebelum bertawakal. Strategi menghadapi kegawatan yang diutarakan 
oleh Nabi Yusof begitu relevan dengan kehidupan kita pada hari ini. Baginda 
menyarankan agar perancangan dibuat ketika iklim ekonomi berada di tahap yang 
baik sebelum kegawatan menimpa masyarakat. Baginda juga menunjukkan perancangan 
yang baik ialah yang mempunyai keterikatan dengan jangka masa tertentu  atau 
timeframe kerana ia akan melahirkan kesungguhan atau sense of urgency untuk 
mencapai matlamat di kalangan setiap orang yang terlibat. Ia juga dapat 
memastikan agar setiap individu tidak cuai dan leka dalam melaksanakan tugas. 
Di samping itu nabi Yusof juga mementingkan amalan menabung dalam semua keadaan 
sama ada di waktu senang atau gawat. Mereka yang cemerlang ialah mereka yang 
tidak mengabaikan perancangan yang strategik dalam hidup. Gagal untuk merancang 
bermaksud, merancang untuk gagal.

Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/(SUDAH BEROPERASI!!)

Diari: Motivasi Mutiara di Mutiara FM 7.30 pagi Selasa 25 April 2006.

[Non-text portions of this message have been removed]

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] FORMULA CEMERLANG (20 April 2006)

2006-04-19 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY
"Otak adalah satu organ istimewa yang dikurniakan Allah kepada manusia. 
Mengikut Making The Most Of Your Brain terbitan Reader's Digest, ketika 
seseorang bayi berumur 7 minggu di dalam rahim ibu, struktur utama otak sudah 
dapat dilihat dengan jelas. Ketika bayi berumur 3 bulan, urat tunjang (spinal 
cord) pula mula berkembang. Di dalam rahim ibu, pertumbuhan sel-sel otak 
berlaku dengan pesatnya. Lebih kurang 2.5 juta sel otak yang baru (neurones) 
tumbuh pada  setiap minit. Ketika dilahirkan jumlah sel-sel otak ini mencecah 
100 bilion. 100 bilion ini merupakan aset yang besar yang perlu manusia terokai 
untuk mencapai kecemerlangan.

Potensi otak manusia memang mengagumkan. Mengikut Institut Kajian Otak UCLA, 
potensi ini memang tidak terbatas. Ia mempunyai kemampuan untuk mencipta, 
menyimpan dan mempelajari apa-apa saja yang dikehendaki oleh manusia. Mengikut 
seorang tokoh akademik dari Rusia, Dr. Ivan Yefremov, dengan kemampuan otak 
kita mampu mempelajari 40 bahasa, mampu menghafaz satu set ensiklopedia dari 
A-Z dan mampu mengikuti dan menamatkan kursus-kursus yang dianjurkan oleh 
puluhan kolej. 

Dalam konteks agama, Islam menyuruh umatnya mencari ilmu dari buaian hingga ke 
liang lahad. Salah satu contoh yang baik ialah tokoh Islam yang bernama 
Al-Biruni. Ketika beliau sedang nazak, beliau telah diziarahi oleh sahabatnya. 
Ketika itu beliau terus bertanya tentang satu hukum yang agak sulit berhubung 
dengan masalah waris pusaka. Berkata sahabatnya, "Sesuaikah untuk kita 
berbincang tentang perkara ini sekarang?" Al-Biruni menjawab, "Aku lebih suka 
mati dalam keadaan berilmu daripada jahil." Selepas menerangkan tentang masalah 
itu sahabat Al-Biruni pun bangun untuk balik. Ketika beliau sampai di pintu 
rumah tiba-tiba terdengar suara tangisan dari dalam rumah, menandakan Al-Biruni 
baru saja meninggal dunia. Begitulah peribadi manusia yang menyedari tentang 
betapa pentingnya ilmu untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat."

Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/(SUDAH BEROPERASI!!)

Diari: Khutbah Jumaat Dr Danial di Masjid Sg Ara pada 21 April, 2006.

[Non-text portions of this message have been removed]

 Yahoo! Groups Sponsor ~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/wpWolB/TM
~-> 

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] FORMULA CEMERLANG (18 April 2006)

2006-04-17 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY

"Rugilah mereka yang memperkecilkan takwa dan bergelumang dengan maksiat. 
Berhubung dengan ini nabi bersabda, 'Sesungguhnya Allah mengharamkan rezeki ke 
atas seseorang yang melakukan maksiat. Dan tidak ada sesuatu yang mampu menolak 
takdir melainkan doa, dan tidak akan bertambah umur melainkan dengan melakukan 
kebaikan.' Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, An-Nasai dan Ibn Majah.

Demikianlah juga keadaannya dengan kota atau negeri yang penduduk-penduduknya 
mengabaikan takwa. Allah akan menimpakan bala serta menyempitkan pintu-pintu 
rezeki ke atas penduduk-penduduk itu. Berhubung dengan ini Allah berfirman 
dalam surah An-Nahl ayat 112 yang bermaksud, Dan Allah membuat satu perumpamaan 
dengan sebuah negeri yang dulunya aman lagi tenteram, rezeki datang secara 
mencurah-curah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari 
nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah menimpakan pakaian kelaparan dan 
ketakutan ke atas mereka, disebabkan  apa yang mereka lakukan.' Justeru bagi 
kita yang hidup di negara yang makmur ini janganlah alpa dan terpedaya dengan 
kemakmuran yang ada sehingga menjadikan kita lupa tentang ancaman Allah ini. 
Nikmat hari ini boleh bertukar kepada bala besok. Mereka yang cemerlang tidak 
lupa untuk terus mengabdikan diri kepada Dia yang mengurniakan nikmat. Syukur 
mereka semarakkan dan kufur mereka pinggirkan."

Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/(LAMAN WEB FORMULA CEMERLANG BERWAJAH 
BARU!!!)

Diari: Dr. Danial di Mutiara FM Rabu 19 April 5.15 ptg dlm "Islam Moden".

[Non-text portions of this message have been removed]

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] FORMULA CEMERLANG (17 April 2006)

2006-04-16 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY
 
"Takwa merupakan kekuatan dalaman yang hebat lagi unik. Ledakannya mampu 
mengukir sejarah baru di dunia.  Apakah maksud takwa? Sahabat Omar Al-Khattab 
pernah bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab tentang maksud takwa. Ubai 
berkata, "Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan 
duri?" Jawab Omar, "Ya, pernah." Ubai bertanya lagi, "Apa yang kamu lakukan 
ketika itu?" Omar berkata, "Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu 
wajtahadtu)." Berkata Ubai, "Itulah takwa." Dari jawapan Ubai bin Kaab ini 
dapatlah difahami bahawa takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup agar tidak 
melakukan sesuatu yang haram serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap 
amal ibadah yang dituntut.

Tidak kesemua mereka yang beriman bertakwa kepada Allah. Justeru, dalam surah 
Ali Imran ayat 102-103, Allah mengarahkan mereka yang beriman agar bertakwa 
melalui firmanNya yang bermaksud, "Wahai mereka yang beriman bertakwalah kamu 
kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam 
keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah 
kamu bercerai-berai.." Sahabat Abdullah ibn Masud mentafsirkan "sebenar-benar 
takwa" sebagai "melaksanakan taat jangan bermaksiat, sentiasa mengingatiNya 
jangan alpa dan sentiasa bersyukur jangan kufur." Inilah dia kekuatan yang kita 
perlukan unutk melahirkan insan Kelas Pertama di dunia ini."

Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/   (BARU!! SUDAH SIAP UNTUK DIZIARAHI !!!)

Diari: Dr. Danial di Mutiara FM Selasa 18 April 7.30 am dlm Motivasi Mutiara

[Non-text portions of this message have been removed]

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] FORMULA CEMERLANG (13 April 2006)

2006-04-12 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY
"Kecemerlangan tidak akan tercapai tanpa kebersihan hati. Untuk memantapkan 
hati beberapa ramuan diperlukan antaranya ialah ilmu, mujahadah dan zikrullah. 
Ilmu yang berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah akan memastikan landasan yang 
digunakan untuk membersihkan hati tidak terbabas dari garis panduan syariat. 
Untuk membersihkan hati mujahadah diperlukan. Mujahadah mengawal perjalanan 
hawa nafsu sehingga hati tidak terpengaruh dengannya. Dengan itu, mujahadah 
menyediakan hati untuk di tingkatkan ke tahap yang lebih tinggi. Peningkatan 
itu dicapai melalui zikrullah kerana zikrullah boleh dikiaskan seperti cahaya 
yang mampu menyinari hati. Cahaya ini akan menyerap masuk ke seluruh jasad dan 
anggota badan sehingga mempengaruhi setiap tindak tanduk yang dilakukan 
manusia. Zikrullah yang paling penting ialah solat. Berhubung dengan ini, Allah 
berfirman dalam surah Taha ayat 14, "Tegakkanlah solat agar kamu dapat 
mengingatiKu." Imam Abul Laith As-Samaqandi dalam kitab Tanbihul Ghafilin 
mengutarakan lima penawar yang dapat membersihkan hati iaitu,

1.  Bergaul dengan orang-orang yang soleh.  

2.  Sentiasa membaca Al-Quran. 

3.  Memelihara perut dari makanan haram.   

4.  Melakukan solat malam. 

5.  Zikir dan berdoa kepada Allah selalu terutamanya ketika waktu subuh. 

Berbekalkan ramuan-ramuan ini potensi dan prestasi hati akan meningkat sehingga 
akhirnya manusia mencapai makam yang amat mulia, iaitu takwa."

Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/  (Dalam proses penyenggaraan)

Diari: Dr. Danial di Perlis FM Jumaat 14 April 7.45 am dlm Motivasi Pagi

[Non-text portions of this message have been removed]

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] FORMULA CEMERLANG (12 April 2006)

2006-04-11 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY

[islah-net] FORMULA CEMERLANG (7 April 2006)

2006-04-06 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY

"Percayakah anda jika saya mengatakan dalam diri anda ada permata berlian yang 
berharga? Ya, sebenarnya dalam diri anda memang terdapat berlian yang berharga. 
Berlian atau diamonds merupakan batu permata yang paling berharga di dunia. 
Dalam bentuk yang asli, ia adalah karbon dalam bentuk yang paling pekat. 
Berlian terhasil lebih kurang 161 kilometer (100 batu) di dalam bumi. Untuk 
menghasilkan berlian, karbon di dalam bumi perlu mendapat tekanan (pressure) 
seberat 435,113 paun bagi setiap inci persegi (psi) dan dipanaskan pada suhu 
yang tidak kurang dari 752 darjah Fahrenheit bersamaan dengan 400 darjah 
Celsius. Jika kedua-dua tekanan dan suhu ini tidak mencapai tahap yang telah 
disebutkan, berlian tidak akan terhasil sebaliknya yang akan terhasil ialah 
grafit (graphite). Grafit ialah karbon yang lembut yang boleh anda beli di tepi 
jalan dalam bentuk pensel dan alat pelincir. Kebanyakan berlian yang kita lihat 
pada hari ini terhasil di bawah bumi jutaan tahun dahulu. Ini menjadikannya 
bahan mineral yang paling keras di muka bumi. 

Sebenarnya manusia memiliki berlian dalam dirinya kerana lebih daripada 18% 
dari jasad manusia adalah karbon. Namun berlian dalam diri manusia tidak akan 
terhasil tanpa tekanan dan ujian sebagaimana berlian di dalam bumi tidak akan 
terhasil tanpa tekanan yang kuat dan suhu yang tinggi. Berlian dalam diri 
manusia hanya akan terhasil apabila kesabarannya diuji, kecekalannya dicabar, 
kesungguhan dan kegigihannya disuling dan keimanan serta ketakwaannya ditapis. 
Apabila manusia berjaya melepasi ujian-ujian ini, dia akan menjadi permata umat 
yang mampu mengukir sejarah kecemerlangan dalam hidupnya. Ketika itulah dia 
akan mencapai hasanah di dunia dan hasanah di akhirat."

Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/  (Dalam proses penyenggaraan)

DIARI: Bacalah artikel 'Hadis lalat & Sains' oleh Dr Danial dalam Majalah-i 
bulan April, 2006.

[Non-text portions of this message have been removed]

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] FORMULA CEMERLANG (6 April 2006)

2006-04-05 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY

"Kasihan pada umat Islam hari ini. Mereka tidak menyedari bahawa agama ISLAM 
IALAH LOMBONG BERLIAN yang tidak ada tolok bandingannya jika dibandingkan 
dengan ajaran serta agama lain. Mereka keluar mencari kemuliaan dengan mengikut 
budaya asing. Mereka mengagumi isme-isme sesat yang bercanggah dengan Islam, 
dan mereka berbangga jika dapat mengikut cara hidup golongan yang bukan Islam. 
Akhirnya mereka menjadi lemas dan hancur dan ketika keadaan sudah terlambat 
barulah mereka sedar bahawa kemuliaan, kebanggaan, keunggulan dan kebahagiaan 
yang dicari selama ini berada di depan mata mereka, iaitu Islam. 

Dalam surah Al-Baqarah ayat 211 Allah berfirman, 'Barang siapa menukar nikmat 
Allah setelah datang nikmat itu kepadanya, maka sesungguhnya Allah sangat keras 
seksaanNya.' Dalam kitab Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, nikmat yang 
paling besar yang dikurniakan Allah kepada kita ialah ayat-ayat dan syariatNya. 
Inilah berlian yang kita perlukan. Apabila umat Islam mengetepikan 
nikmat-nikmat ini, mereka menjadi golongan yang terpinggir lagi terhina."

Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang',

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/  (Dalam proses penyenggaraan)

DIARI DR DANIAL: Motivasi di Perlis FM 7.45 pagi Jumaat 7 April. Menyampaikan 
Khutbah Jumaat di Masjid USM.

[Non-text portions of this message have been removed]

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] FORMULA CEMERLANG (5 April 2006)

2006-04-04 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY
"Segala kurniaan yang dikurniakan Allah kepada umat Islam merupakan nikmat yang 
wajib disyukuri. Jika tidak nikmat ini akan digantikan dengan azab dan bala. 
Para sahabat merupakan golongan yang berjaya kerana mereka menghargai serta 
mensyukuri nikmat-nikmat ini. Mereka bersyukur kepada Allah dengan cara 
MENTAATI ALLAH MENGIKUT FORMULA ALLAH. Pada suatu ketika, seorang lelaki 
bertanya kepada Nabi tentang sifat manusia yang terbaik. Nabi menjawab, 
'Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling pandai membaca Al-Quran, paling 
bertakwa kepada Allah, paling bersungguh-sungguh mengajak kepada makruf, paling 
bersungguh-sungguh mencegah kemungkaran dan paling suka menghubungkan 
silaturahim.' Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasai dan Al-Hakim. Inilah 
formula keunggulan yang dihayati oleh para sahabat nabi. 
 
Berasaskan formula ini sahabat-sahabat nabi berjaya menguasai dunia. Mereka 
berjaya melakukannya kerana mereka tidak hanya menganuti agama Islam, lebih 
dari itu mereka berbangga hidup dengan cara hidup Islam. Sahabat Omar 
Al-Khattab pernah berkata, 'Kita merupakan satu golongan yang telah dimuliakan 
Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain 
daripada Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita.' Memang benar, 
mereka yang berasa mulia dengan Islam akan berada di kedudukan yang tinggi 
walaupun sebelum itu mereka berada di kedudukan yang rendah."

Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang' Bab 1,

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/  (Dalam proses penyenggaraan)

[Non-text portions of this message have been removed]

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] FORMULA CEMERLANG (4 April 2006)

2006-04-03 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY

"Kejayaan tidak berlaku secara magis. Ia juga tidak berlaku secara spontan. Ia 
dicapai kerana formula yang digunakan ialah formula Allah Yang Maha Mengetahui. 
Formula ini mementingkan perubahan dalaman. Ia mementingkan iman serta 
kebersihan hati. Dengan kedua-dua ini segala bisikan yang menyesatkan akan 
dapat ditangkis dan segala kealpaan akan dapat dikawal. Dalam surah An-Nahl 
ayat 99-100 Allah berfirman, 'Sesungguhnya syaitan tidak ada kekuasaan ke atas 
orang-orang yang beriman serta bertawakal kepada Tuhannya. Sesungguhnya 
kekuasaan syaitan hanyalah ke atas mereka yang mengambilnya menjadi pemimpin 
dan mereka yang mempersekutukannya dengan Allah.' 

Dalam perjalanan menuju keunggulan, aset utama yang perlu dimanfaatkan ialah 
diri sendiri. Manusia dijadikan Allah dengan pelbagai potensi. Untuk berjaya 
potensi-potensi ini perlu digilap dengan menggunakan ramuan yang betul. JANGAN 
JADI SEPERTI FIRAUN DAN QARUN. Mereka membina istana kecemerlangan dengan 
menggunakan formula yang salah. Firaun diberi kuasa dan dia menggilap 
kekuasaannya dengan kebongkakan. Demikian juga dengan Qarun. Dia menggilap 
kekayaannya dengan kesombongan. Kedua-dua mereka akhirnya tenggelam, Firaun 
tenggelam di lautan dan Qarun di dalam bumi, penuh kehinaan. Mereka tenggelam."

Dari buku 'bestseller' bertajuk '7 Formula Individu Cemerlang'

Karangan Dr. Danial Zainal Abidin, (M.B.Ch.B. University of Alexandria)

Beliau merupakan Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,

Pengamal Perubatan Selama 20 Tahun,

Motivator di Radio Mutiara FM Selama 10 Tahun dalam slot 'Motivasi Mutiara' dan 
'Islam Moden,'

Motivator di Radio Perlis FM dalam slot 'Motivasi Pagi.'

Penulis 10 buah buku, 

Kolumnis Majalah i bahagian 'Islam dan Sains'  

Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa

Pemudah cara Pelbagai Korporat dan Institusi

WeB:   http://formulacemerlang.com/

[Non-text portions of this message have been removed]

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: 
http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
[EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/islah-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
 
[islah-net] FORMULA CEMERLANG BERIMEJ BARU

2005-05-14 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY

BENARKAH ISLAM MEMULIAKAN WANITA?Apa 
buktinya Islam memuliakan wanita? Mohon penjelasan.SITI
 
APAKAH MAKSUD DARURAT DALAM ISLAM?Saya 
sering mendengar ustaz berkata, kita boleh mengambil kelonggaran di saat 
darurat. 
Apakah maksud darurat dan apakah bentuk kelonggarannya? Minta 
tuan perjelaskan.RAFIK
 
Jawapannya di  http://formulacemerlang.com/modules/articles/

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
    [EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
    [EMAIL PROTECTED]

Yahoo! Groups Links

To visit your group on the web, go to:http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ 
To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED] 
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

<>

[islah-net] FORMULA CEMERLANG BERWAJAH BARU

2005-05-02 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY

Di:   http://formulacemerlang.com/modules/articles/
Selamat mencuba. Thanks.

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
    [EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
    [EMAIL PROTECTED]

Yahoo! Groups Links

To visit your group on the web, go to:http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ 
To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED] 
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

<>

[islah-net] FORMULA CEMERLANG

2004-09-18 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY

Salam

  Soalan: "Assalamualaikum Dr. Danial. Saya banyak menghisap 
  rokok. Ustaz saya pun menghisap rokok Dari contoh-contoh ini saya meyakini 
  perbuatan merokok adalah tidak salah. Betulkah pendapat ini?" 
  Dari Sarbani, Pulau 
  Pinang.
  
  Ibadah Melonjakkan ISO 
  Kualiti Menuju 
  Kecemerlangan
Semuanya di http://www.formulacemerlang.com
 
Puan Siti Salmiyah
Mewakili Maintainer Formula 
Cemerlang

/ MEDIA JIM: Memurnikan Tanggapan Umum Melalui Penyebaran Ilmu dan Maklumat
//

Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan
Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian.

Berminat menjadi ahli JIM? Sila isi borang keahlian "online" di: http://www.jim.org.my/forms/borang_keahlian.htm

Langganan : Hantar E-mail kosong ke  
    [EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke  
    [EMAIL PROTECTED]

Yahoo! Groups Sponsor

  ADVERTISEMENT 

Yahoo! Groups Links

To visit your group on the web, go to:http://groups.yahoo.com/group/islah-net/ 
To unsubscribe from this group, send an email to:[EMAIL PROTECTED] 
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

<>

[islah-net] FORMULA CEMERLANG

2004-09-11 Terurut Topik DZ.CONSULTANCY

Di Laman Web Formula Cemerlang 
Terdapat:

  Harta Haram, Amal 
karam. 
  Tanpa Ilmu, Perjuangan 
  Keliru. 
  Menjauhi Kebekuan Minda Untuk 
  Cemerlang.
  The 10 Principles of 
  Excellence. 
  Download kaunseling & ceramah Dr 
  Danial.
  Chriatianity According to St. Paul or 
  Jesus?
  Introduction to the Bible and Biblical 
  Problems 
  Jangan lupa "Rangsang Minda," 
  antaranya, "Manusia 
  boleh dibahagikan kepada dua, pertama golongan termometer (iaitu alat pengukur 
  suhu) dan kedua golongan termostat (iaitu alat pengatur 
  suhu).."