Anugerah khas lelaki poligami ibu tunggal Oleh Nazura Ngah dan Baharom Bakar
KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam gamat dengan tepukan ahli termasuk dari parti pembangkang apabila kerajaan mengumumkan untuk memberi anugerah khas kepada lelaki yang berkahwin empat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita negeri, Wan Mohd Wan Hassan, berkata anugerah khas akan diberikan kepada lelaki berkahwin empat yang isteri kedua dan ketiganya mestilah ibu tunggal mempunyai anak. Berucap menggulung perbahasan, beliau berkata, anugerah itu bukan bertujuan menggalakkan lelaki berpoligami, tetapi sebagai penghargaan kepada mereka yang memperisterikan ibu tunggal. Sehubungan itu, katanya, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sudah diminta membuat kajian dan mendaftar nama lelaki di negeri ini yang mempunyai empat isteri. Kerajaan ingin mengetahui rahsia kebahagiaan rumah tangga dan cara kehidupan keluarga yang mengamalkan poligami. Kerajaan menganggap lelaki beristeri empat dan lelaki berkahwin dengan wanita lebih tua boleh dijadikan model sekiranya mereka bertanggungjawab menjaga keluarga. "Oleh itu, kerajaan memberi anugerah khas kepada Muhammad Noor Che Musa berusia 33 tahun, yang menggemparkan negara kerana mengahwini seorang warga emas, Wook Kundor berumur 104 tahun, awal tahun ini," katanya. Wan Mohd berkata, kerajaan berusaha bersungguh-sungguh untuk membela nasib ibu tunggal di negeri itu dan kita bersetuju memperkenalkan anugerah berkenaan. "Anugerah ini hanya diberikan kepada lelaki yang mengambil ibu tunggal sebagai isteri ...jika kahwin anak dara kita tak beri ...itulah keputusan kerajaan negeri membela nasib ibu tunggal, katanya. Sumber: Berita Harian (http://www.bharian.com.my/) ___ _ _ _ ___ ____ ___/ __| |_ _ _ __| (_)___| __|__ / _ \\__ \ _| || / _` | / _ \__ \ / /\_, /|___/\__|\_,_\__,_|_\___/___//_/ /_/ __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com

