RAMAI MUSLIM menjadi bodoh kerana terlalunya percaya ke Al Qur'an. Di
paragraph kesatu ditulis bahawa Muhammad tidaklah mungkin, mustahil
mencipta ayat2 Qur'an kerana dia tak pandai baca-tulis. Mungkin dia tak
pandai tulis tapi dia boleh suruh orang laen guna tulsi fikiran dia.
Rupanya umat Islam tak pernah dengar mengenai Homer, saorang penulsi
cerita yang amat indah 'The Odyssey" sedangkan dia adalah buta, tidak
hanya buta-huruf tapi benar2 buta.

'Penemuan' mengenai meteorolgi yg katanya disebut di dalam Qur'an ialah
dusta. Kerana yg disebut oleh ayat2 Qur'an adalah sekedar hasil
observation setiap orang yaitu sebelum hujan turun ada awan2 yg
mengandung cecair terkumpul dan kemudian cecair yang sudah terlalu
banyak itu jatuh sebagai hujan. Semua petani dan orang2 yang hidupnya
tergantung ke hujan sejak ribuan tahun yang liwat sudah mengenali
fenomena ini.

Para 'spin doctors' daripada Islam menambahkan bumbu sehingga
seolah-olah apa yang disebut di ayat2 Qur'an itu bermakna scientific.
Ini dusta - ini ialah bukti bahawa banyak umat Islam yang tidak malu
untuk berdusta suapay Islam kelihatan baik.

Inilah celakanya umat Islam yang kerana menyadari bahawa ramai ayat
Qur'antak memberi ajaran yang baik, yang tolerant, yang adil, maka dari
itu mereka mencuba menjadikan Qur'an sebagai kitab sains.

Bagaimana mungkin Qur'an itu bersifat scientific kerana ayat2nya salah
menyatakan bahwa matahari itu terbenam air mata keruh di ujung barat
bumi , bahawa bumi itu datar, bahawa bintang ialah lampu bagi sorga yang
terendah, bahawa perekmbangan janin manusia melalui peringkat ketika
semua tengkorak dan tulang2 sudah terbentuk tetapi belum pula dililit
ato dibungkus oleh daging dan kulit, dst. dsb.

Gabriela Rantau

.
--- In zamanku@yahoogroups.com, "tawangalun" <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> Tatkala Rasulullah SAW mengorak langkah untuk menyebarkan dakwah
> secara terbuka, orang-orang musyrikin Quraisy menuduh baginda yang
> mencipta ayat-ayat Al-Quran. Jika difikirkan secara logik, Rasulullah
> SAW adalah seorang yang buta huruf.
>
> Tambahan pula, sepanjang hayat baginda menetap di jazirah Arab yang
> mengalami purata hujan tahunan yang amat rendah. Bagaimanakah baginda
> tahu-menahu tentang gumpalan awan seperti gunung serta pembentukan
> ketulan ais akibat proses pengumpulan awan?
>
> Sudah tentu terdapat `penyampai' yang menitip maklumat kepada
> Rasulullah SAW perihal suasana di atmosfera dan cakerawala.
> `Penyampai' yang dimaksudkan adalah malaikat Jibrail yang mula membawa
> wahyu, tanggal 6 Ogos (17 Ramadan) tahun 610 Masihi.
>
> Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukanlah suatu kitab ketinggalan zaman
> yang perlu diubah mengikut perkembangan semasa kerana pelbagai bidang
> sains seperti astronomi, kosmologi, oseanografi mahupun zoologi sudah
> pun termaktub di dalamnya.
>
> Saintis Barat seperti Luke Howard, Francis Beaufort, Cleveland Abbe
> dan Vilhelm Bjerknes terkial-kial membuat kajian tentang meteorologi
> sejak 300 tahun lepas, ilmu tersebut sudah pun termaktub dalam Al-
> Quran sejak 1400 tahun dahulu.
>
> Meteorologi merupakan kajian saintifik tentang atmosfera dan pelbagai
> proses yang berlaku di dalamnya. Apabila disebut meteorologi, sudah
> pasti masih ramai yang tidak tahu maksud istilah tersebut berbanding
> "ramalan cuaca".
>
> Setelah kajian dilaksanakan oleh stesen kaji cuaca dengan bantuan
> satelit dan beberapa perkakasan canggih, barulah ramalan cuaca
> dikeluarkan. Berapakah peratus daripada penonton televisyen yang
> memberi perhatian terhadap segmen ramalan cuaca yang disiarkan di
> dalam rancangan televisyen atau radio setiap hari?
>
> Di Malaysia, meteorologi tidak begitu menonjol jika dibandingkan
> dengan cabang ilmu sains yang lain. Hakikatnya, bertitik tolak dari
> meteorologi, ia menghasilkan pelbagai kajian sains seperti climatology
> (kajian tentang iklim), hidrologi, strata vegetasi, botani, zoologi
> dan biogeografi.
>
> Allah SWT telah mencipta air yang berupaya wujud dalam tiga fasa pada
> masa yang sama iaitu pepejal, cecair dan gas. Ciri unik ini
> menghasilkan pelbagai bentuk kehidupan di eko sistem daratan mahupun
> akuatik. Selain daripada air, parameter seperti keamatan cahaya, suhu,
> arah pergerakan angin, radiasi elektro magnetik dan tekanan udara
> turut diambil kira.
>
> Tahukah anda bahawa terdapat beberapa ayat Quran yang memberi gambaran
> tentang meteorologi? Rujuklah kepada : Surah Al Araaf (7: 57), An Nahl
> (16: 65), Al Mukminun (23: 18), An-Nur (24: 43), Al Furqaan (25:
> 48-50), Ar Rum (30: 48), As-Sajdah (32: 27), Fushshilat (41: 39) dan
> Al Mulk (67: 30).
> Kesemua ayat-ayat tersebut adalah di bawah kategori ayat Makiyah
> kecuali An-Nur (24: 43) merupakan ayat Madaniyah. Surah Ar Rum (30:
> 48) yang membawa maksud: "Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu
> angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit
> menurut yang dikehendaki- Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal,
> lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan
> itu turun pada hamba-hamba yang dikehendaki- Nya, tiba-tiba mereka
> menjadi gembira."
>
> Jika diteliti ayat di atas, terdapat beberapa proses yang berlaku di
> dalam atmosfera sebelum hujan turun: Awan Bergerak (Dengan Bantuan
> Angin) –> Awan Membentang –> Awan Bergumpal –> Hujan
Turun.
>
> Surah An-Nur (24: 43) yang membawa maksud: Tidakkah kamu melihat
> bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara
> (bahagian-bahagian) nya, kemudian menjadikan bertindih-tindih, maka
> kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga
> menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, iaitu dari
> gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya
> butiran ais kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan dipalingkan dari
> sesiapa yang dikehendaki- Nya.
>
> Terdapat sedikit perbezaan di antara ayat pertama dan kedua,
> diringkaskan seperti berikut: Awan Bergerak –> Awan
Berkumpul–> Awan
> Bergumpal/bertindih –> Hujan/butiran Ais Turun.
> Surah Ar-Rum (30: 48) menggambarkan tentang klasifikasi awan manakala
> An-Nur (24: 43) menerangkan tentang proses kerpasan (precipitation) .
>
> Ahli-ahli meteorologi telah merumuskan bahawa awan terbahagi kepada
> dua kategori:
> i) Awan membentang: sirus, sirokumulus, altokumulus, altostratus,
> stratus dan stratokumulus
> ii) Awan bergumpal: kumulonimbus, kumulus dan nimbostratus
>
> Awan kumulus tidak bertahan lama. Apabila angin kuat yang mengandungi
> udara lembap bergerak ke atas, ia akan membentuk awan kumulonimbus
> yang membawa hujan lebat, petir dan guruh. Awan jenis ini kadangkala
> mempunyai bahagian atas dan bawah yang leper.
>
> Jika angin bertiup kencang, bahagian atas akan membentuk satu lapisan
> awan yang dikenali sebagai stratokumulus. Awan stratus terbentuk
> apabila satu lapisan udara disejukkan pada titik tepu. Selain daripada
> kumulonimbus, nimbostratus turut ditakuti oleh manusia kerana membawa
> hujan bagi jangkamasa yang lama. Lantaran itu, ia menyebabkan tanah
> runtuh, jalan raya merekah serta banjir yang lambat surut.
>
> Kerpasan berlaku ketika titisan air atau hablur ais menjadi cukup
> berat dalam gumpalan awan dan udara tidak berdaya lagi untuk
> menghalangnya daripada jatuh ke bumi. Fenomena ini boleh
> diklasifikasikan kepada dua kategori:
> i) bentuk cecair: hujan dan gerimis
> ii) hablur ais: salji, hujan beku (freezing rain), untal ais (ice
> pellets) dan hujan batu (hail)
> Hujan beku adalah air hujan yang akan membeku apabila jatuh ke bumi
> manakala hujan batu terdiri daripada ketulan ais yang mungkin mencapai
> saiz bola golf. Yang pasti kedua-dua jenis hujan ini membawa
> kemusnahan kepada tanaman ladang, menumbangkan pokok, merosakkan
> pencawang elektrik serta bumbung rumah.
> Firman Allah SWT dalam Surah Al Mukminun (23: 18): Dan Kami turunkan
> air dari langit menurut suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu
> menetap di bumi dan sesungguhnya Kami benar berkuasa menghilangkannya.
>
> Ada pihak yang merujuk istilah `suatu ukuran' atau `biqadarin' (Bahasa
> Arab) kepada air yang meliputi kira-kira 71% daripada permukaan bumi.
> Tafsiran itu tidak salah dan boleh diterima tetapi `biqadarin' perlu
> dilihat dari sudut lain iaitu:
>
> 1. Saiz (diameter) titisan air hujan dan hablur ais yang turun akibat
> kerpasan
>
> - Gerimis adalah titisan air yang berdiameter 0.2-0.5 mm, berasal dari
> awan stratus. Kedudukan stratus yang rendah membatasi titisan air
> daripada membesar akibat proses perlanggaran sesama sendiri.
>
> - Titisan air hujan berasal dari nimbostratus berukuran berdiameter
> 1-2 mm sementara titisan dari kumulonimbus berdiameter 3-6 mm.
>
> - Untal ais adalah partikel berwarna putih dalam bentuk kon atau
> sfera, berdiameter 1-5 mm. Ia terbentuk apabila itisan air dalam awan
> berada pada suhu -10C (14F) hingga -20C (-4F).
>
> - Hujan batu (hail) terbentuk ketika hujan lebat, diikuti dengan angin
> kencang. Proses perolakan angin menolak butiran ais ke arah atas,
> kembali ke lapisan atas dan tengah awan kumulonimbus. Butiran ais
> menjadi besar setelah bergabung dengan titisan air.
>
> 2. Ukuran purata air hujan yang turun di pelbagai tempat
> - Di Lembah Amazon dan Lembah Congo, purata hujan tahunan adalah
> melebihi 250 sm. Di Pulau Madagascar dan Gunung Kilimanjaro, purata
> hujan tahunan adalah di antara 50 - 100 sm manakala di Gurun Gobi dan
> Gurun Great Victoria, purata hujan tahunan hanya mencecah 25sm.
>
> Dengan wujudnya pelbagai purata hujan tahunan serata dunia, maka
> terbentuklah tujuh kumpulan iklim: Tropika Lembap, Kering, Subtropika,
> Temperat, Boreal, Kutub dan Tanah Tinggi.
>
> Firman Allah dalam Surah as-Sajdah (32: 27): "Dan apakah mereka tidak
> memerhatikan bahawa Kami menghalau awan yang mengandungi air ke bumi
> yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu dengan tanaman
> yang menjadi sumber makanan binatang ternakan dan mereka sendiri. Maka
> apakah mereka tidak memerhatikan?"
>
> Ayat di atas menggambarkan satu rantai makanan (food chain) yang
> ringkas: Air Hujan –> Tumbuh-tumbuhan
> (Autotrof) –> Haiwan (Heterotrof)
>
> Autotrof atau pengeluar, membuat makanan sendiri melalui proses
> fotosintesis. Haiwan tidak boleh menjadi autotrof kerana ia tidak
> boleh membuat makanan sendiri. Heterotrof yang terdiri daripada
> herbivor, karnivor dan omnivor memerlukan autotrof untuk meneruskan
> kelangsungan hidup.
>
> Semakin tinggi purata hujan tahunan bagi suatu kawasan, maka rantai
> makanan menjadi lebih kompleks. Dua jenis biogeografi dipilih sebagai
> perbandingan:
>
> (a) Hutan Amazon dan Kalimantan: berhampiran dengan garis Khatulistiwa
> (hutan hujan tropika).
>
> Kawasan ini mendapat cahaya matahari sepanjang tahun dan purata hujan
> tahunan melebihi 250 sm. Oleh itu, kepelbagaian spesies flora dan
> fauna adalah tinggi, rantai makanan menjadi lebih kompleks, berubah
> menjadi jaringan makanan. Lebih banyak kitaran biogeokimia berlaku
> untuk memberi keseimbangan gas dan nutrient, antara organisma dan
> persekitaran. Misalnya kitaran karbon, kitaran nitrogen, fosforus dan
> sulfur.
>
> (b) Siberia dan Alaska: berhampiran dengan Kutub Utara (tundra).
>
> Kawasan ini pula memperoleh cahaya matahari enam bulan sekali dan
> purata hujan tahunan kurang daripada 25 sm. Lantaran itu, kepelbagaian
> spesies flora dan fauna adalah rendah, rantai makanan adalah ringkas.
> Semasa musim panas dan lapisan air mencair, beberapa spesies
> bunga-bunga kecil, rumput dan herba akan kelihatan.
>
> Apa yang jelas, Quran bukannya diturunkan untuk satu umat atau satu
> abad, tetapi untuk seluruh umat manusia sehingga hari Kiamat kelak.
> Bagi sesetengah pihak yang menuduh kandungan Quran tidak sesuai
> diamalkan pada zaman sekarang adalah mereka yang tidak mengkaji Quran
> secara menyeluruh. Golongan pemikiran cetek dan dangkal ini hanya
> mengkaji dan mentafsir ayat-ayat yang tertentu sahaja.
>
> Shalom,
> Tawangalun.
>

Kirim email ke