Satu lagi ya walupun sekitar Nabi itu gak ada tempat untuk
berenang,tapi beliau memerintahkan begini:
Kalau kalian punya anak laki2 maka ajarilah dia :
Berenang,menunggang kuda dan memanah.
1.Berenang:nilai aerobiknya tertinggi.
Tak heran dulu ketika perang salib sebagian tentara Salahudin disuruh
menyeberangi danau Tiberia dg berenang.
2.Menunggang kuda:mungkin kalau sekarang mobil atau motor.
3.Memanah:mungkin jaman sekarang menembak.
Padahal madinah waktu itu gak ada kolam renang,jadi Visi Rasul itu
memang jauh kedepan.

Shalom,
Tawangalun.

- In zamanku@yahoogroups.com, MunafikBanget Munafik
<[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> cerita dongeng apa pengelihatan si iblis ya [?]
> 
> On Fri, Nov 7, 2008 at 5:42 AM, tawangalun <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> >   Tatkala Rasulullah SAW mengorak langkah untuk menyebarkan dakwah
> > secara terbuka, orang-orang musyrikin Quraisy menuduh baginda yang
> > mencipta ayat-ayat Al-Quran. Jika difikirkan secara logik, Rasulullah
> > SAW adalah seorang yang buta huruf.
> >
> > Tambahan pula, sepanjang hayat baginda menetap di jazirah Arab yang
> > mengalami purata hujan tahunan yang amat rendah. Bagaimanakah baginda
> > tahu-menahu tentang gumpalan awan seperti gunung serta pembentukan
> > ketulan ais akibat proses pengumpulan awan?
> >
> > Sudah tentu terdapat `penyampai' yang menitip maklumat kepada
> > Rasulullah SAW perihal suasana di atmosfera dan cakerawala.
> > `Penyampai' yang dimaksudkan adalah malaikat Jibrail yang mula membawa
> > wahyu, tanggal 6 Ogos (17 Ramadan) tahun 610 Masihi.
> >
> > Ini membuktikan bahawa Al-Quran bukanlah suatu kitab ketinggalan zaman
> > yang perlu diubah mengikut perkembangan semasa kerana pelbagai bidang
> > sains seperti astronomi, kosmologi, oseanografi mahupun zoologi sudah
> > pun termaktub di dalamnya.
> >
> > Saintis Barat seperti Luke Howard, Francis Beaufort, Cleveland Abbe
> > dan Vilhelm Bjerknes terkial-kial membuat kajian tentang meteorologi
> > sejak 300 tahun lepas, ilmu tersebut sudah pun termaktub dalam Al-
> > Quran sejak 1400 tahun dahulu.
> >
> > Meteorologi merupakan kajian saintifik tentang atmosfera dan pelbagai
> > proses yang berlaku di dalamnya. Apabila disebut meteorologi, sudah
> > pasti masih ramai yang tidak tahu maksud istilah tersebut berbanding
> > "ramalan cuaca".
> >
> > Setelah kajian dilaksanakan oleh stesen kaji cuaca dengan bantuan
> > satelit dan beberapa perkakasan canggih, barulah ramalan cuaca
> > dikeluarkan. Berapakah peratus daripada penonton televisyen yang
> > memberi perhatian terhadap segmen ramalan cuaca yang disiarkan di
> > dalam rancangan televisyen atau radio setiap hari?
> >
> > Di Malaysia, meteorologi tidak begitu menonjol jika dibandingkan
> > dengan cabang ilmu sains yang lain. Hakikatnya, bertitik tolak dari
> > meteorologi, ia menghasilkan pelbagai kajian sains seperti climatology
> > (kajian tentang iklim), hidrologi, strata vegetasi, botani, zoologi
> > dan biogeografi.
> >
> > Allah SWT telah mencipta air yang berupaya wujud dalam tiga fasa pada
> > masa yang sama iaitu pepejal, cecair dan gas. Ciri unik ini
> > menghasilkan pelbagai bentuk kehidupan di eko sistem daratan mahupun
> > akuatik. Selain daripada air, parameter seperti keamatan cahaya, suhu,
> > arah pergerakan angin, radiasi elektro magnetik dan tekanan udara
> > turut diambil kira.
> >
> > Tahukah anda bahawa terdapat beberapa ayat Quran yang memberi gambaran
> > tentang meteorologi? Rujuklah kepada : Surah Al Araaf (7: 57), An Nahl
> > (16: 65), Al Mukminun (23: 18), An-Nur (24: 43), Al Furqaan (25:
> > 48-50), Ar Rum (30: 48), As-Sajdah (32: 27), Fushshilat (41: 39) dan
> > Al Mulk (67: 30).
> > Kesemua ayat-ayat tersebut adalah di bawah kategori ayat Makiyah
> > kecuali An-Nur (24: 43) merupakan ayat Madaniyah. Surah Ar Rum (30:
> > 48) yang membawa maksud: "Allah, Dialah yang mengirimkan angin, lalu
> > angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit
> > menurut yang dikehendaki- Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal,
> > lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan
> > itu turun pada hamba-hamba yang dikehendaki- Nya, tiba-tiba mereka
> > menjadi gembira."
> >
> > Jika diteliti ayat di atas, terdapat beberapa proses yang berlaku di
> > dalam atmosfera sebelum hujan turun: Awan Bergerak (Dengan Bantuan
> > Angin) –> Awan Membentang –> Awan Bergumpal –> Hujan Turun.
> >
> > Surah An-Nur (24: 43) yang membawa maksud: Tidakkah kamu melihat
> > bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara
> > (bahagian-bahagian) nya, kemudian menjadikan bertindih-tindih, maka
> > kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah juga
> > menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, iaitu dari
> > gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya
> > butiran ais kepada sesiapa yang dikehendaki- Nya dan dipalingkan dari
> > sesiapa yang dikehendaki- Nya.
> >
> > Terdapat sedikit perbezaan di antara ayat pertama dan kedua,
> > diringkaskan seperti berikut: Awan Bergerak –> Awan Berkumpul–> Awan
> > Bergumpal/bertindih –> Hujan/butiran Ais Turun.
> > Surah Ar-Rum (30: 48) menggambarkan tentang klasifikasi awan manakala
> > An-Nur (24: 43) menerangkan tentang proses kerpasan (precipitation) .
> >
> > Ahli-ahli meteorologi telah merumuskan bahawa awan terbahagi kepada
> > dua kategori:
> > i) Awan membentang: sirus, sirokumulus, altokumulus, altostratus,
> > stratus dan stratokumulus
> > ii) Awan bergumpal: kumulonimbus, kumulus dan nimbostratus
> >
> > Awan kumulus tidak bertahan lama. Apabila angin kuat yang mengandungi
> > udara lembap bergerak ke atas, ia akan membentuk awan kumulonimbus
> > yang membawa hujan lebat, petir dan guruh. Awan jenis ini kadangkala
> > mempunyai bahagian atas dan bawah yang leper.
> >
> > Jika angin bertiup kencang, bahagian atas akan membentuk satu lapisan
> > awan yang dikenali sebagai stratokumulus. Awan stratus terbentuk
> > apabila satu lapisan udara disejukkan pada titik tepu. Selain daripada
> > kumulonimbus, nimbostratus turut ditakuti oleh manusia kerana membawa
> > hujan bagi jangkamasa yang lama. Lantaran itu, ia menyebabkan tanah
> > runtuh, jalan raya merekah serta banjir yang lambat surut.
> >
> > Kerpasan berlaku ketika titisan air atau hablur ais menjadi cukup
> > berat dalam gumpalan awan dan udara tidak berdaya lagi untuk
> > menghalangnya daripada jatuh ke bumi. Fenomena ini boleh
> > diklasifikasikan kepada dua kategori:
> > i) bentuk cecair: hujan dan gerimis
> > ii) hablur ais: salji, hujan beku (freezing rain), untal ais (ice
> > pellets) dan hujan batu (hail)
> > Hujan beku adalah air hujan yang akan membeku apabila jatuh ke bumi
> > manakala hujan batu terdiri daripada ketulan ais yang mungkin mencapai
> > saiz bola golf. Yang pasti kedua-dua jenis hujan ini membawa
> > kemusnahan kepada tanaman ladang, menumbangkan pokok, merosakkan
> > pencawang elektrik serta bumbung rumah.
> > Firman Allah SWT dalam Surah Al Mukminun (23: 18): Dan Kami turunkan
> > air dari langit menurut suatu ukuran, lalu Kami jadikan air itu
> > menetap di bumi dan sesungguhnya Kami benar berkuasa menghilangkannya.
> >
> > Ada pihak yang merujuk istilah `suatu ukuran' atau `biqadarin' (Bahasa
> > Arab) kepada air yang meliputi kira-kira 71% daripada permukaan bumi.
> > Tafsiran itu tidak salah dan boleh diterima tetapi `biqadarin' perlu
> > dilihat dari sudut lain iaitu:
> >
> > 1. Saiz (diameter) titisan air hujan dan hablur ais yang turun akibat
> > kerpasan
> >
> > - Gerimis adalah titisan air yang berdiameter 0.2-0.5 mm, berasal dari
> > awan stratus. Kedudukan stratus yang rendah membatasi titisan air
> > daripada membesar akibat proses perlanggaran sesama sendiri.
> >
> > - Titisan air hujan berasal dari nimbostratus berukuran berdiameter
> > 1-2 mm sementara titisan dari kumulonimbus berdiameter 3-6 mm.
> >
> > - Untal ais adalah partikel berwarna putih dalam bentuk kon atau
> > sfera, berdiameter 1-5 mm. Ia terbentuk apabila itisan air dalam awan
> > berada pada suhu -10C (14F) hingga -20C (-4F).
> >
> > - Hujan batu (hail) terbentuk ketika hujan lebat, diikuti dengan angin
> > kencang. Proses perolakan angin menolak butiran ais ke arah atas,
> > kembali ke lapisan atas dan tengah awan kumulonimbus. Butiran ais
> > menjadi besar setelah bergabung dengan titisan air.
> >
> > 2. Ukuran purata air hujan yang turun di pelbagai tempat
> > - Di Lembah Amazon dan Lembah Congo, purata hujan tahunan adalah
> > melebihi 250 sm. Di Pulau Madagascar dan Gunung Kilimanjaro, purata
> > hujan tahunan adalah di antara 50 - 100 sm manakala di Gurun Gobi dan
> > Gurun Great Victoria, purata hujan tahunan hanya mencecah 25sm.
> >
> > Dengan wujudnya pelbagai purata hujan tahunan serata dunia, maka
> > terbentuklah tujuh kumpulan iklim: Tropika Lembap, Kering, Subtropika,
> > Temperat, Boreal, Kutub dan Tanah Tinggi.
> >
> > Firman Allah dalam Surah as-Sajdah (32: 27): "Dan apakah mereka tidak
> > memerhatikan bahawa Kami menghalau awan yang mengandungi air ke bumi
> > yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu dengan tanaman
> > yang menjadi sumber makanan binatang ternakan dan mereka sendiri. Maka
> > apakah mereka tidak memerhatikan?"
> >
> > Ayat di atas menggambarkan satu rantai makanan (food chain) yang
> > ringkas: Air Hujan –> Tumbuh-tumbuhan
> > (Autotrof) –> Haiwan (Heterotrof)
> >
> > Autotrof atau pengeluar, membuat makanan sendiri melalui proses
> > fotosintesis. Haiwan tidak boleh menjadi autotrof kerana ia tidak
> > boleh membuat makanan sendiri. Heterotrof yang terdiri daripada
> > herbivor, karnivor dan omnivor memerlukan autotrof untuk meneruskan
> > kelangsungan hidup.
> >
> > Semakin tinggi purata hujan tahunan bagi suatu kawasan, maka rantai
> > makanan menjadi lebih kompleks. Dua jenis biogeografi dipilih sebagai
> > perbandingan:
> >
> > (a) Hutan Amazon dan Kalimantan: berhampiran dengan garis Khatulistiwa
> > (hutan hujan tropika).
> >
> > Kawasan ini mendapat cahaya matahari sepanjang tahun dan purata hujan
> > tahunan melebihi 250 sm. Oleh itu, kepelbagaian spesies flora dan
> > fauna adalah tinggi, rantai makanan menjadi lebih kompleks, berubah
> > menjadi jaringan makanan. Lebih banyak kitaran biogeokimia berlaku
> > untuk memberi keseimbangan gas dan nutrient, antara organisma dan
> > persekitaran. Misalnya kitaran karbon, kitaran nitrogen, fosforus dan
> > sulfur.
> >
> > (b) Siberia dan Alaska: berhampiran dengan Kutub Utara (tundra).
> >
> > Kawasan ini pula memperoleh cahaya matahari enam bulan sekali dan
> > purata hujan tahunan kurang daripada 25 sm. Lantaran itu, kepelbagaian
> > spesies flora dan fauna adalah rendah, rantai makanan adalah ringkas.
> > Semasa musim panas dan lapisan air mencair, beberapa spesies
> > bunga-bunga kecil, rumput dan herba akan kelihatan.
> >
> > Apa yang jelas, Quran bukannya diturunkan untuk satu umat atau satu
> > abad, tetapi untuk seluruh umat manusia sehingga hari Kiamat kelak.
> > Bagi sesetengah pihak yang menuduh kandungan Quran tidak sesuai
> > diamalkan pada zaman sekarang adalah mereka yang tidak mengkaji Quran
> > secara menyeluruh. Golongan pemikiran cetek dan dangkal ini hanya
> > mengkaji dan mentafsir ayat-ayat yang tertentu sahaja.
> >
> > Shalom,
> > Tawangalun.
> >
> >  
> >
>


Kirim email ke