Help Palestine [hidayahnet] Pakatan Rakyat N.Sembilan waris hutang RM 3 Billion ?

2010-10-12 Terurut Topik Suara Rakyat
Andaikata Pakatarn Rakyat memerintah Negeri Sembilan dalam masa yang terdekat, 
perkara utama yang perlu difikirkan ialah bagaimana hendak menjelaskan hutang 
kerajaan Negeri Sembilan yang mungkin mencecah RM 3 Billion.  Dimana RM 1.6 
Billion untuk Rancangan Bekalan Air.

Sudah RM 1.6 Billion dibelanjakan untuk rancangan bekalan air di Negeri 
Sembilan, tapi masih banyak kedengaran rungutan masalah bekalan air di beberapa 
tempat di Negeri Sembilan ini terutamanya sekitar Kuala Pilah dan kawasan Felda.

Dan terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air 
Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air Negeri 
Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011.

Siapakah yang akan untung dari pinjaman projek bekalan air di N.Sembilan ini 
sebanyak RM 1.6 Billion dan tambahan peruntukan RM345.2 juta ini.

Rakyat atau siapa ?

Kalau BN masih menerajui N.Sembilan , bagaimana pula mereka hendak melunaskan 
hutang berbillion ringgit ini ?

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA UNTUK N.SEMBILAN TAHUN 2008

Berikut beberapa petikan dari laman web http://www.audit.gov.my/

Pada akhir tahun 2008, baki hutang Kerajaan Negeri telah meningkat sejumlah 
RM289.79 juta atau 15.7% kepada RM2.14 bilion berbanding RM1.85 bilion pada 
tahun 2007.

Baki berjumlah RM2.14 bilion tersebut adalah merupakan baki pinjaman pokok yang 
belum dijelaskan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan Projek Rancangan Bekalan Air, 
Perumahan Awam Kos Rendah, Projek Perbadanan Kemajuan Negeri, Projek Ladang 
Hutan dan Projek Pelbagai.

Sumber :  
http://pasns.blogspot.com/2009/10/hutang-kerajaan-nsembilan-rm214-billion.html

RM345.2 juta biaya program air di NS

SEREMBAN 13 Sept. - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan 
Aset Air Bhd (PAAB) meluluskan peruntukan RM345.2 juta kepada Syarikat Air 
Negeri Sembilan Bhd (Sains) bagi tahun 2010 dan 2011.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, 
peruntukan itu untuk membiayai program pembaikan serta pembinaan infrastruktur 
air baru di Negeri Sembilan.

Program itu termasuk projek pembinaan loji rawatan air baru, peningkatan 
kapasiti loji rawatan air sedia ada dan penggantian paip asbestos semen yang 
lama, katanya.

Menurutnya, projek-projek ini akan dilaksanakan secara bersama di antara Sains 
dan PAAB.

Azlan berkata, Sains yakin dengan program pembaikan serta pembinaan 
infrastruktur air baru ini, ia akan dapat mengurangkan gangguan bekalan air 
terutama semasa musim perayaan. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0914pub=Utusan_Malaysiasec=Selatanpg=ws_05.htm

Gangguan air beban penduduk
Sinar Harian 30 Ogos 2010

PARIT TINGGI – Masalah gangguan bekalan air di Kuala Pilah bukan isu baru 
sehingga menimbulkan keresahan dan kekecewaan penduduk khususnya di Kampung 
Parit Tinggi, Juasseh.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Tinggi, 
Abdul Mutalip Mohd Nor berkata, 2010 adalah tahun yang kerap berlaku gangguan 
air dan boleh menjejaskan amal ibadah terutama dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, paling ketara masalah itu berlaku pada awal Ogos ketika umat Islam 
sedang menyambut Ramadan.

“Saya kecewa apabila hendak mandi air kolah tiada. Di surau juga sama, ketika 
hendak mengambil wuduk untuk solat tarawih, air tiada. Bagaimana kita hendak 
melakukan ibadah jika air tiada dan mengundang rasa tidak selesa penduduk, 
dekat sini.

“Saya sudah menghubungi pihak berkenaan, namun alasan sama diberikan, tekanan 
air rendah. Di kampung ini sudah dua hari tiada air. Bekalan air sering 
terputus,” katanya

Mutalip berkata, timbul rasa kasihan kepada keluarga yang mempunyai anak kecil.

“Mereka mengadu kepada saya tentang kesulitan dihadapi apabila bekalan air 
tiada. Menguruskan anak kecil memerlukan air yang banyak dan membebankan 
keluarga mereka.

“Saya hanya boleh membantu menghubungi pihak berkenaan, namun tiada kuasa untuk 
memperbetulkan keadaan. Berikutan itu, saya berharap pihak berkaitan perlu 
mengambil serius perkara ini terutama menjelang hari raya.

“Penggunaan air akan bertambah jika musim perayaan. Bagi mengelakkan berlaku 
gangguan air, pihak terbabit perlu bersedia lebih awal untuk mengatasi masalah 
berkenaan supaya kami dapat hidup aman dan selesa dengan kemudahan air dalam 
musim perayaan,” katanya.

Menurutnya, pihak pe-ngurusan terbabit tidak memaklumkan sebarang notis 
berhubung gangguan air di kampung itu sehingga menyebabkan 400 penduduk 
terpaksa menghubungi pihak terbabit untuk menghantar bekalan air.

“Mereka sepatutnya menghantar notis pemberitahuan sekiranya berlaku gangguan 
air supaya penduduk boleh bersedia lebih awal dengan menyediakan bekalan air. 
Dengan ketiadaan notis itu, membebankan penduduk jika air di rumah sudah 
kehabisan.

“Oleh itu, pihak berkai-tan dapat maklum lebih awal supaya persediaan dapat 
dilakukan jika berlaku masalah air selama beberapa hari,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk 

Help Palestine [hidayahnet] Kerajaan berkhidmat kpd Rakyat atau kpd Barat ?

2010-10-12 Terurut Topik Suara Rakyat
Dari Blog Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Naib Presiden ISMA (Ikatan Muslimin 
Malaysia) merangkap Ketua Perhubungan ISMA N.Sembilan 

Kerajaan-kerajaan di negara-negara umat Islam hari ini sepatutnya merenung 
kepada diri sendiri dengan penuh insaf dan tanggungjawab bahawa rakyat memilih 
mereka untuk mereka berkhidmat kepada umat, bukan berkhidmat untuk pihak lain 
terutama kepada Barat dan Kuasa-kuasa Besar.

Sebab utama banyak pemimpin dan kerajaan umat Islam merujuk, bahkan ada ke 
tahap melutut kepada Barat adalah kerana jahilnya mereka terhadap Islam yang 
hakiki, lemah jiwa, tiada agenda umat, rosak akhlak, cinta dunia dan sayang 
kepada kerusi tampuk kekuasaan. 

Bagi mereka, mereka akan lebih kekal di tampuk kuasa hanya jika sekiranya 
mereka mendapat dokongan Barat dan Kuasa-kuasa Besar, itu yang lebih penting. 
Jika tidak, Barat akan menggangu gugat kestabilan karier politik dan periuk 
nasi mereka, memporak perandakan ekonomi yang banyak bergantung kepada Barat 
bahkan akan menyerang mereka sekiranya mereka terus engkar. 

Oleh itu kemahuan Barat diutamakan, dan hak dan kehendak raakyat di 
belakangkan. 

Tidakkah mereka melihat bahawa hakikatnya kestabilan, kekuatan ekonomi dan 
keselamatan negara banyak bergantung kepada umat di dalam negara itu sendiri. 

Lebih dari itu, di sana ada kuasa yang lebih besar yang menentukan 
segala-galanya iaitu Yang Maha Pencipta lagi Maha Perkasa. 

Walaupun Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Agama Resmi negara adalah 
Islam, tetapi banyak undang-undang tidak digubal oleh wakil-wakil rakyat ke 
arah itu. 

Begitu juga banyak undang-unang yang bertentangan dengan Agama Resmi negara 
tidak cuba diubah oleh wakil-wakil di Parlimen dan DUN. 

Kebanyakan ibu bapa tidak suka anak-anak muda mudi mereka terjebak di dalam 
Budaya Kuning yang merosakkan. Mereka mengundi wakil mereka ke DUN dan 
Parlimen. Adakah wakil mereka memperjuangkan harapan dan ideologi mereka atau 
mereka lebih melayan agenda pihak lain ?

Adalah lebih baik pemimpin negara umat Islam berkhidmat kepada Rakyat daripada 
berkhidmat kepada Barat. 

Artikel sepenuhnya di 
http://inijalanku.wordpress.com/2010/10/05/kerajaan-berkhidmat-kpd-rakyat-atau-kpd-barat/
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Kenapa Ketua Puteri Umno lobi Pendidikan Seks di Sekolah ?

2010-09-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Beria-ia nampaknya Ketua Puteri Umno melobi agar Pendidikan Seks diajar di 
sekolah-sekolah. Untuk apa ? Untuk mengajar remaja bagaimana cara untuk berzina 
tapi tak berlaku kehamilan luar nikah ? Tidak yakinkah dengan pendidikan seks 
menurut kacamata Islam yang telah lama ada dalam bab Feqah ?

Artikel berkaitan bahaya pendidikan seks kepada umat Islam di bawah ini :

Pendidikan Seks untuk Pelatih PLKN
http://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-seks-untuk-pelatih-plkn.html

Muhyiddin sokong Pendidikan Seks Cegah Kehamilan ?
http://amkns.blogspot.com/2010/08/muhyiddin-sokong-pendidikan-seks-cegah.html

Objektif Utama Pendidikan Seks Ialah Mencegah Hamil
http://amkns.blogspot.com/2010/08/objektif-utama-pendidikan-seks-ialah.html

Pendidikan Sex di sekolah untuk kurang kehamilan
http://amkns.blogspot.com/2010/08/pendidikan-sex-di-sekolah-untuk-kurang.html

Jom ajar pelajar kita BERZINA cara Selamat ?
http://amkns.blogspot.com/2010/08/jom-ajar-pelajar-kita-berzina-cara.html

Rabu September 1, 2010
Pendidikan Mampu Atasi Gejala Buang Bayi – Rosnah

SHAH ALAM: Masalah pembuangan bayi perlu ditangani menerusi pendidikan dan 
bukan semata-mata melalui pendekatan berbentuk hukuman, kata Ketua Puteri Umno 
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata kaedah terbaik ialah mendidik remaja yang dimulakan dari rumah 
sebelum dikembangkan di sekolah, agar tidak terjerumus dalam kancah maksiat 
sehingga membawa pelbagai masalah sosial, termasuk membuang bayi.

SAYA SOKONG SEKIRANYA PENDEKATAN PENDIDIKAN SEKS DIPERKENAL DI SEKOLAH DENGAN 
LEBIH BAIK. KALAU SENSITIF, BOLEH GUNAKAN PENDEKATAN LAIN SEPERTI KESIHATAN 
REPRODUKTIF.

Apa sahaja yang berlaku, seorang anak adalah suci. Ibu bapalah yang 
mencorakkannya, justeru itu, aspek kekeluargaan juga harus diberikan 
penekanan, katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan 
Aidilfitri kepada 30 penerima asnaf di Bangunan UMNO Selangor di sini pada 
Selasa.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata demikian ketika mengulas 
kejadian pembuangan bayi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang semakin 
berleluasa sejak akhir-akhir ini.

Terbaru, seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan, ditemui dalam sebuah 
beg kertas yang digantung pada sebatang tiang papan tanda di persimpangan lampu 
isyarat berhampiran kondominium Brunsfield, Seksyen 13 di sini Ahad lepas.

Beliau berkata pelbagai pihak, termasuk swasta, dialu-alukan untuk tampil 
membantu bukan sahaja melalui kempen, malah menyediakan prasarana yang sesuai 
untuk menangani gejala buang bayi.

Katanya, penggabungan tenaga semua pihak perlu dilakukan dan tanggungjawab 
berkenaan tidak sepatutnya dibebankan kepada kerajaan sahaja.

Terdahulu, pada majlis itu, Rosnah turut melancarkan bilik gerakan Puteri UMNO 
Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 serta merasmikan Sambutan Hari 
Kemerdekaan ke-53 peringkat Puteri UMNO Selangor. -BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/1/mstar_berita/20100831211143sec=mstar_berita






Help Palestine [hidayahnet] Indonesia buat kapal selam sendiri

2010-09-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Indonesia akan buat kapal selam mereka sendiri untuk tentera laut mereka. 
Sebelum ini Indonesia telah berjaya membuat senapang tempur, roket, kereta 
perisai, kapal perang terbesar di Asia Tenggara, kapalterbang dan helikopter. 
Indonesia juga akan membangunkan jet pejuang dengan kerjasama Korea Selatan. 
Institut Teknologi Bandung ialah universiti terbaik dalam bidang kejuruteraan 
di kalangan negara Islam OIC.


Wednesday, September 01, 2010
Menhan: Kapal Selam Buatan Indonesia Akan di Umumkan ke Publik Tahun Ini 

JAKARTA - Guna memperkuat armada tempur untuk menjaga kedaulatan NKRI serta 
menjaga perbatasan RI dengan negara lain, Menteri Pertahanan (Menhan) Purnomo 
Yusgiantoro menyatakan segera membuat kapal selam tempur. Kapal selam tempur 
tersebut akan menjadi yang pertama kali dibuat di Indonesia.

Setelah berhasil membuat kapal perang terbesar se-Asia Tenggara dengan 
dilengkapi peralatan tempur canggih, kini Kementerian Pertahanan mulai serius 
mempersiapkan rencana pembuatan kapal selam yang merupakan alat tempur bawah 
laut tersebut. Bahkan, Purnomo menjadwalkan kapal tempur dasar laut tersebut 
akan rampung pada tahun ini.

Pada tahun ini kami akan deklarasikan untuk membangun kapal selam di 
Indonesia. Kami akan bekerja keras mewujudkannya. Saya, Wakil Menhan, segenap 
Sekjen, Dirjen di lingkup Kemenhan saat ini sedang mencari satu program, satu 
master plan bagaimana kami bisa membangun kapal selam di Indonesia, ujar 
Purnomo saat memberikan sambutannya dalam acara buka puasa bersama di kantor 
Kemenhan, Selasa (31/8).

Purnomo juga menjelaskan, hingga saat ini produk-produk hasil industri 
pertahanan dalam negeri yang terus dikembangkan sudah mendapat respons positif 
dunia internasional. Karena selain untuk memenuhi kuota persediaan peralatan 
tempur dalam negeri, peralatan serta kendaraan tempur yang diproduksi nasional 
juga dipasarkan ke negara lain.

Beberapa produk seperti helikopter, pesawat tempur, hingga kapal tempur 
teknologi canggih serta persenjataan lainnya juga kerap mendapat pujian 
negara-negara lain. Beberapa hasil industri pertahanan hingga saat ini memang 
terus kami pasarkan ke luar negeri, ujar Menhan.

Sumber : 
http://alutsista.blogspot.com/2010/09/menhan-kapal-selam-buatan-indonesia.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] Ketua Paderi sembahyang dalam masjid, pakai salib

2010-09-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Ketua Paderi Kristian Sedunia Pope Benedict XVI telah mengadakan acara 
sembahyang dalam masjid di Turki dengan memakai lambang salib yang besar di 
dadanya. Kemudian Pope pula telah melawat masjid di Jordan dengan memakai kasut 
masuk dalam masjid. Kalau perkara ini berlaku di Malaysia bagaimana ? Adakah 
ianya akan menjadi tajuk utama akhbar, TV1 dan TV3 untuk dikutuk oleh orang 
Melayu?

Gambar Pope di masjid Turki dan Jordan pada pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2010/09/ketua-paderi-sembahyang-dalam-masjid.html



Amman (AsiaNews) – Benedict XVI’s late morning visit to the “al-Hussein 
bin-Talal” mosque in  Amman, beyond being a gesture of openness towards Islam 
and an opportunity for the Pope to reiterate his lesson on faith.
In a meeting with Vatican press office director Father Federico Lombardi, 
curiosity over the fact the Pope did not remove his shoes as he entered the 
mosque, predominated.
http://www.asianews.it/news-en/Pope-wears-shoes-in-mosque-visit,-as-he-was-told-to-15201.html


ISTANBUL, Turkey (CNS) – In a gesture of respect to Muslims in Turkey and 
around the world, Pope Benedict XVI prayed in Istanbul's famed Blue Mosque, his 
first papal visit to an Islamic place of worship.
http://www.catholic.org/international/international_story.php?id=22182






Help Palestine [hidayahnet] Kem PLKN Anak Emas, Kem Tentera di Anak Tiri ?

2010-09-07 Terurut Topik Suara Rakyat
Kolam renang memang elok. Kalau ada duit lebih apa salahnya. Adakah Kementerian 
Pertahanan mempunyai banyak lebihan duit ? Tapi adakah ianya lebih utama. 
Apakah semua kem tentera di Malaysia ada kolam renang ? Macamana nak senggara 
kolam renang bersaiz olimpik dalam hutan ? Pasti kosnya lebih tinggi daripada 
nak senggara kolam renang yang terdapat di bandar. Siapa pula yang akan dapat 
kontrak senggera semua kolam renang ini, yang mungkin lebih tinggi dari kos 
membina kolam renang.

* 
Kolam renang di kem PLKN
Utusan Malaysia 31 Ogos 2010 

PULAU PINANG 30 Ogos - Semua 78 kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di 
negara ini bakal mempunyai sebuah kolam renang bersaiz olimpik sekiranya 
cadangan pembinaannya dipersetujui Kementerian Pertahanan kelak.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang 
Kechil berkata, cadangan itu bertujuan menambah keyakinan pelatih apabila 
menjalankan aktiviti dalam air. 

Menurutnya, langkah membina kolam renang yang dianggarkan bernilai RM500,000 
setiap satu juga merupakan satu pelan jangka panjang bagi memastikan setiap 
program yang melibatkan penggunaannya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sekarang ini di semua kem PLKN kita ada kolam latihan untuk melakukan aktiviti 
seperti berkayak dan ia masih tetap akan digunakan walaupun kita ada cadangan 
hendak bina kolam renang.

Pembinaan kolam renang itu juga antara lain bagi mengelakkan sebarang ancaman 
pencemaran seperti leptospirosis ketika mereka (pelatih) membuat latihan, 
katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Ambang 
Merdeka sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 di Dewan PLKN Seri Mutiara di 
Balik Pulau, dekat sini, hari ini. 

Pada majlis tersebut, sebanyak tujuh kumpulan yang mewakili dua buah kem iaitu 
masing-masing Kem PLKN Seri Mutiara dan Kem PLKN White Resort di sini membuat 
persembahan bertemakan Warisan Negara.

Mengulas lanjut, tambahnya, pembinaan kolam renang berkenaan dicadangkan oleh 
beberapa pengusaha kem dan buat masa ini kem PLKN di Junaco Park, Sibu, Sarawak 
telah memulakan inisiatif tersebut.

Perkara ini masih di peringkat awal dan kita akan meminta nasihat daripada 
Kementerian Pertahanan sama ada langkah membina kolam renang di kem PLKN sesuai 
atau tidak.

Sehubungan itu, JLKN akan membentangkan cadangan yang baik ini kepada pihak 
kementerian pada mesyuarat yang bakal diadakan sebelum hujung bulan ini, 
katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0831pub=Utusan_Malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_17.htm
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Mufti bantah pendidikan seks tapi Muhyiddin nak kaji

2010-09-06 Terurut Topik Suara Rakyat
Mufti Perak Tan Sri Datuk Seri Harussani Zakaria menyatakan nikah gantung hanya 
diamalkan oleh orang Islam terutama orang Melayu di negara ini. Beliau 
menegaskan yang penting untuk menangani gejala sosial ialah iman yang kukuh. 
Pendidikan seks tidak diperlukan apabila ada iman yang kukuh. Tapi sebaliknya 
Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengkaji Pendidikan Seks yang diberi nama 
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial untuk dijadikan mata pelajaran 
teras di sekolah.

Apa Tan Sri Muhyiddin Yassin tak nak dengar cakap mufti ke untuk memperkukuhkan 
iman di kalangan para pelajar di sekolah, bukannya untuk mengkaji pendidikan 
seks di sekolah ?

Nampaknya Dato Seri Najib masih tidak bersuara lantang dalam isu Nikah Gantung, 
Pendidikan Seks, Buang Bayi dan cara untuk menangani gejala sosial dan untuk 
menyelamatkan bangsa Melayu.

 
Perak mufti Tan Sri Datuk Seri Harussani Zakaria said suspended marriages are 
only practiced by Muslims, mainly Malays, in the country.

The need for parents to educate their young ones from a religious perspective 
on what's right is vital as without iman (faith), no matter how educated they 
are, they are drawn into doing what's haram (forbidden). The point is not 
getting involved with illicit behaviour. Sex education is not needed when you 
have faith.

http://www.mmail.com.my/content/47641-muftis-slams-pas-nikah-gantung-move 

PUTRAJAYA, 4 Ogos 2010 (Bernama) -- Kementerian Pelajaran sedia mengkaji 
cadangan memasukkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dalam 
kurikulum sekolah atau sebagai mata pelajaran teras, Kata Timbalan Perdana 
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata sebuah jawatankuasa teknikal 
terdiri daripada pegawai Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, 
Keluarga dan Masyarakat serta pakar-pakar berkaitan masalah sosial, akan 
meneliti cadangan itu sebelum keputusan mengenainya dibuat.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518803 



  


Help Palestine [hidayahnet] Mengapa Beraninya Hanya pada Malaysia, pada Singapura Tidak?

2010-09-06 Terurut Topik Suara Rakyat
Hubungan Indonesia dan Malaysia saat ini sedang memanas. Banyak pihak yang 
menginginkan Indonesia memutuskan hubungan dengan Malaysia. Di tengah situasi 
yang panas itu, saya menemukan sebuah tulisan yang memandang persoalan ini dari 
sudut pandang berbeda. Sepertinya ada agenda dari pihak-pihak tertentu yang 
tidak menginginkan Indonesia dan Malaysia rukun. Berikut tulisan tersebut saya 
kutip seutuhnya.

Mengapa Kita Beraninya Hanya pada Malaysia? 
http://rinaldimunir.wordpress.com/2010/08/27/artikel-mengapa-beraninya-hanya-pada-malaysia-pada-singapura-tidak/

Oleh: Afriadi Sanusi
Sumber tulisan:  www.hidayatullah.com

SEORANG Profesor Singapura menulis dalam sebuah artikelnya; Kebanyakan rumah 
mewah yang ada di Singapura, Kebanyakan uang yang beredar di Singapura adalah 
punya orang Indonesia. Kebanyakan pembangunan yang ada di Singapura, dibangun 
dari uang yang datangnya dari Indonesia. Dan di saat Singapura mengadakan Grand 
Sale setiap tahunnya, lebih 2 juta orang Indonesia datang belanja ke sana..”

Seorang sahabat di Singapura pernah mengatakan, “dari jalan ini sampai ke ujung 
sana dulunya adalah lautan, dan sekarang menjadi daratan cantik yang ditimbun 
dengan pasir yang didatangkan dari pulau-pulau kecil di Riau”.

Apa yang sebenarnya kita dapatkan dari Singapura?

Pertama, TKI laki-laki dari Indonesia diharamkan bekerja dan mencari nafkah di 
Singapura seperti di bidang pembangunan, kuli kasar, buruh dan sebagainya. 
Singapura lebih memilih warga negara lain daripada WNI, dengan berbagai alasan 
yang tidak masuk akal.
Kedua, banyak orang mengatakan dan dari sumber lainnya, “Satu per satu 
pulau-pulau kecil di Riau hilang karena pasirnya diangkut ke Singapura.

Ketiga, identitas orang Melayu yang identik dengan Islam seperti istana, rumah, 
perkampungan orang Melayu, dihilangkan. Adat dan budaya melayu dimuseumkan. 
Azan diharamkan menggunakan pengeras suara di semua masjid dan surau di 
Singapura.

Keempat, pemerintah Singapura melayani dan melindungi koruptor RI yang telah 
membuat rakyat RI sengsara selama ini (karena hak-hak rakyat untuk mendapatkan 
pendidikan, rumah sakit, infrastruktur, makan dan tempat tinggal yang baik 
terjajah dan terzalimi), dengan tidak mau menandatangani perjanjian ekstradisi.

Kelima, banyak rakyat, nelayan dan petugas kita diacungi senjata berat dan 
diusir dengan pengeras suara karena disangka telah melintasi garis batasan laut 
kepunyaan Singapura.

Malaysia Lebih Baik dari Singapura

“Sejahat” apapun Malaysia, saat ini ada 2 juta orang lebih WNI yang sedang 
mencari rezeki di Malaysia untuk nafkah keluarga mereka di RI. Triliyunan uang 
TKI dikirim ke Indonesia setiap tahunnya. Dapat dibayangkan, bagaimana dampak 
sosial, ekonomi dan budaya yang akan berlaku di Indonesia kalau TKI pulang 
sekaligus.

Faktanya, TKI-lah sebenarnya “pahlawan” yang harus dilindungi, karena mereka 
penyumbang devisa negara. Di saat lain, ada banyak institusi yang keberadaannya 
hanya menghambur-hamburkan uang negara. Kegunaan mereka sangat perlu 
dipertanyakan di saat keberadaan mereka tidak memberikan manfaat yang berarti 
kepada rakyat. Ibarat pepatah Arab, ”wujuduhu ka adamihi.” (adanya seperti 
tidak adanya). Dengan kata lain, ada atau tidak adanya mereka, sama saja. Tak 
memberi manfaat.

Ribuan orang Indonesia sedang belajar S2  S3 di Malaysia saat ini. 
Kebanyakannya mendapat bantuan atau keringanan biaya dari pemerintah Malaysia 
dan banyak juga yang sambil bekerja. Uang kuliah di perguruan tinggi negeri 
Malaysia lebih murah dari Indonesia. Kualitas, infrastruktur dan kemudahan 
lainnya jauh lebih baik dari di Indonesia tentunya.

Sebagai warga asli Indonesia, penulis tidak merasa sakit hati kalau ditilang 
oleh polisi Malaysia. Karena kami yakin, uang itu pasti akan masuk ke dalam kas 
negara untuk pemerintah Malaysia memperbaiki jalan, jembatan, lampu jalan yang 
aku gunakan setiap hari di negara ini.

Sebalinya, saya sering sakit hati jika ditilang oleh polisi Indonesia. Karena 
kami yakin, uang itu belum tentu masuk kas negara. Bahkan ada yang masuk 
pribadi polisi, keluarga dan golongannya tanpa dikembalikan kepada ke negara 
untuk membangun infrastruktur.

Lalu yang sangat mengherankan, isu-isu yang sebenarnya bisa diselesaikan di 
tingkat diplomat, tetapi menjadi barang dagangan pasar yang dikonsumsi oleh 
rakyat umum. Boleh jadi isu ini sepertinya dimanfaatkan oleh segelintir orang 
yang memang memiliki agenda, bagaimana supaya Islam, Melayu dan Nusantara yang 
kaya dengan SDM  SDA ini, tidak menjadi sebuah kekuatan. Mengapa rakyat di 
negaraku begitu mudah emosi?

Pengalihan Isu

Isu-isu penangkapan Abubakar Ba‘asyir, isu VCD porno artis, isu teroris, dan 
sebagainya, faktanya tidak berhasil mengalihkan perhatian rakyat terhadap 
berbagai skandal perampokan uang rakyat melalui kasus BLBI, Century, Rekening 
Gendut Polisi, kenaikan BBM dan harga bahan pokok, penangkapan Susno Duadji, 
buruknya birokrasi dan pelayanan publik, maraknya korupsi, pelemahan KPK, 

Help Palestine [hidayahnet] Rakyat Sekitar Tasik Bukit Kepong Mungkin Terdedah Bahaya Nuklear

2010-09-02 Terurut Topik Suara Rakyat
Oleh Faizal Ezzany - Suara Keadilan

PORT DICKSON 23 Ogos - Demi kepentingan politik Menteri Besar Negeri Sembilan, 
Datuk Seri Utama Mohamad Hassan didakwa sedang melobi Perdana Menteri secara 
senyap untuk menjadikan

Tasik Bukit Kepong sebagai tapak pembinaan loji nuklear pertama di Malaysia 
tanpa pengetahuan penduduk setempat.

Pendedahan ini dibuat oleh sebuah blog, singalautmetro, yang mengatakan ini 
antara sebab mengapa Tasik Bukit Kepong yang terletak berdekatan dengan Kampung 
Bukit Tembok di Port Dickson sengaja dirosakkan oleh kerajaan negeri.

Menurut blog itu kenyataan Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Datuk Dr 
Daud Mohamad bahawa terdapat beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan dan 
Peraksedang melobi untuk menempatkan loji nuklear tersebut menguatkan lagi 
dakwaan blog tersebut.

Sambil menyifatkan tasik itu bakal menjadi tapak 'bom jangka', singalautmetro 
berkata Tenaga Nasional Berhad akan dilantik sebagai pihak yang 
bertanggungjawab melaksanakan projek berkenaan.

Blog itu mendakwa kawasan tasik itu akan terus menjadi panas sepanas loji 
berkuasa 1,000 MW yang dikatakan berupaya menghasilkan tenaga di antara 14,000 
hingga 18,000 MW.

Pembinaan loji nuklear pertama di negara ini adalah bagi menampung sumber 
tenaga yang sedia ada yang dianggarkan membabitkan kos antara RM6.5 bilion 
hingga RM9.75 bilion.

Menurut blog itu lagi, bentuk mukabumi Tasik Bukit Kepong adalah istimewa 
kerana ia berbentuk kawah kira-kira 15 meter di bawah paras tebing, serta 
mempunyai ciri kawasan pemampan lebih 10 kilometer dan mampu menyediakan tapak 
sekurang-kurangnya 80 hektar seperti disyaratkan sebagai tapak loji nuklear.

Keluasan tasik itu melebihi 1,000 hektar, menjadikannya cukup sesuai bagi 
tujuan pembinaan loji nuklear.

Semua ciri-ciri ini dikatakan telah menarik minat, Datuk Seri Najib Razak 
berbanding lokasi lain.

Kewujudan Stesen Janakuasa Elektrik Tuanku Jaafar di Port Dickson menjadikan 
Tasik Bukit Kepong sebagai pilihan menarik kerana ia menepati jarak dan 
keperluan teknikal untuk dijadikan kembar kepada loji yang bakal dibina.

 Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang ditemui Suara 
Keadilan ketika meninjau kawasan tersebut berkata buat masa ini pihaknya tidak 
mahu membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan yang dibuat blog tersebut.

Apa yang pasti sekarang saya mahu jawapan daripada Jabatan Parit dan Saliran 
(JPS) berhubung tindakan mereka merobohkan pintu air di kawasan berkenaan. Bagi 
saya pintu air ini digunakan untuk mengawal kawasan yang berada di sebelah 
bawah daripada dilanda banjir apabila tiba musim hujan ataupun ketika hujan 
lebat.

Kita mahukan jawapan yang jelas dari JPS kenapa mereka mengambil tindakan itu. 
Dalam keadaan hujan sekarang beberapa kawasan di sebelah bawah seperti ladang 
sawit sudah mula dibanjiri air apatah lagi bila tibanya musim tengkujuh pada 
bulan Disember nanti, kata Kamarul.

Tambahnya, persoalan yang dibangkitkan oleh blog itu akan terjawab apabila 
beliau menerima penjelasan daripada JPS.

Beliau mengambil tindakan melawat kawasan tersebut apabila timbul desas desus 
mengatakan ia bakal menjadi tapak loji nuklear.

Ini terbukti apabila keadaan tasik tersebut yang semakin kering airnya.

Sudah tentulah kerajaan negeri mahupun JPS tidak akan meruntuh dan merobohkan 
sebuah empangan yang sebegitu besar yang dibina sejak merdeka, kalau tiada 
tujuan besar di sebaliknya, kata Kamarul lagi.

Walaupun keputusan pemilihan lokasi hanya akan diumumkan oleh Najib  pada 2012, 
pembinaan loji yang dijangka bermula 2015 itu pasti mencetuskan isu baru di 
peringkat nasional.

Sikap dan cara kerajaan negeri membuat keputusan membelakangkan penduduk 
dijangka menjadi faktor utama ia akan mendapat tentangan besar-besaran rakyat 
Negeri Sembilan.

http://suara-keadilan.com/news-section?t=3812

Nuke plant in Port Dickson ?
Tue, 24 Aug 2010 13:23
By FMT Staff

PORT DICKSON: The grapevine has it that the coastal town, once a bustling 
tourist destination but now in the throes of death, could be “nuked” by the 
government.

Talk is that Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hassan is seriously lobbying 
Prime Minister Najib Tun Razak to site the country’s first nuclear power plant 
at the Bukit Kepong Lake here.

Telok Kemang MP Kamarul Baharin Abbas, who visited the lake recently, 
acknowledged the rumour but declined to comment on it

However, the PKR leader said he wanted to know why the Drainage and Irrigation 
department (JPS) was demolishing the “passageway” in the 50-year-old water 
catchment.

“I don’t want to speculate. But I have asked JPS to explain why it is 
demolishing the passageway which controls the dam and keeps the lake from 
overflowing and flooding the low lying areas.

“We want JPS to explain their rationale for demolishing the bund when the 
current rain spell is already causing floods in the low-lying oil palm 
estates,” he said.

“Once they explain, we will know for a fact what their real agenda is,” he 

Help Palestine [hidayahnet] Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi

2010-09-01 Terurut Topik Suara Rakyat
Dari laman web Malaysiakini
Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar 
generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks 
bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak 
berwajib, antaranya dengan:

- Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
- Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
- Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
- Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
- Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
- Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
- Merendahkan hantaran perkahwinan.

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam 
bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung, kata Nasrudin 
dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah 
dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.

 
Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami 
isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. 

Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, 
bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang 
mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak 
gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana 
keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah, 
tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah 
ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari 
pasangan terbabit. 

Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka 
mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan 
terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . 

Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi 
tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa 
mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial 
negara, tegasnya lagi. 
 
 http://malaysiakini.com/news/140859  



  


Help Palestine [hidayahnet] Pemuda PAS Promosi Nikah Gantung

2010-09-01 Terurut Topik Suara Rakyat
Pemuda PAS promosi ‘nikah gantung’ atasi masalah buang bayi
KUALA LUMPUR, 23 Ogos - Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen nikah 
khitbah atau nikah “gantung” - pasangan yang berkahwin tidak perlu tinggal 
bersama jika masih tidak mampu - sebagai salah satu cara mengatasi masalah 
membuang bayi.

“Nikah khitbah atau nikah gantung ini kita anggap dapat selesaikan masalah 
sosial.

“Ia sama macam nikah biasa cuma pasangan tidak tinggal bersama selepas nikah 
atas sebab tertentu seperti tidak mampu atau masih belajar,” kata Ketuanya 
Nasrudin Hassan Al-Tantawi di sini.

Beliau menambah menariknya bagi mereka yang telah bernikah gantung ini ialah 
tidak perlu risau setelah terlanjur kerana sudah pun bernikah.

“Mereka boleh bergaul secara halal dan kalau mengandung pun tidak akan panik 
lalu membuang bayi,” kata beliau merujuk kepada masalah pembuangan bayi yang 
menjadi polemik sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun beliau berkata, nikah “gantung” ini dianjurkan untuk mereka yang 
berusia 18 tahun ke atas atau pelajar universiti dan bukannya seperti cadangan 
perkahwinan bawah umur yang dianjurkan Majlis Agama Islam Negeri Melaka.

Kes buang bayi dan masalah kehamilan luar nikah di kalangan pelajar semakin 
menjadi sehingga membuatkan pelbagai pihak memberikan pandangan bagi mengatasi 
masalah ini.

Kerajaan Negeri Melaka telah membenarkan perkahwinan awal bagi remaja bawah 
umur yang berkemampuan berkahwin serta menubuhkan sebuah sekolah khas untuk 
pelajar hamil.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merumuskan bahawa lebih 80 peratus mereka 
yang didakwa terlibat dalam kes pembuangan bayi terdiri daripada orang Melayu.

Malah 13 dari 65 kes sepanjang tahun ini telah pun masuk proses pendakwaan di 
mahkamah dan semua yang tertuduh adalah orang Melayu.

Sebanyak 67 kes direkodkan pada 2005, dan disusuli 83 kes pada tahun 
berikutnya, 76 (2007), 102 (2008) dan 79 (2009).

Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mencadangkan agar kerajaan pusat menubuhkan 
segera Suruhanjaya Sosial Negara bagi menangani masalah kebejatan sosial di 
kalangan golongan negara ini.

Nasrudin berkata peranan suruhanjaya ini adalah selaras dengan perjuangan PAS 
iaitu mencegah kemungkaran dan gunakan cara Islam sebagai jalan penyelesaian.

“Suruhanjaya ini adalah untuk menangani perkara-perkara yang melibatkan 
penyakit sosial seperti dadah, jenayah, keruntuhan akhlak, masalah remaja, 
serta media massa yang sebahagiannya tidak bertanggungjawab menyiarkan cerita 
tidak sopan yang membawa kepada gejala sosial,” katanya.

Dewan Pemuda itu juga meminta kerajaan menilai penggunaan perundangan syariah 
sebagai alternatif usaha membanteras masalah sosial ini.

Nasrudin berkata perundangan syariah ini menggunakan kaedah menyeluruh dari 
segi pendidikan, kawalan pencegahan dan perlaksanaan, bukannya hanya tertumpu 
dari sudut hukuman semata-mata dan tidak memaksa penganut agama lain.

“Undang-undang dan peraturan syariah bukan semata-mata terhenti ke atas hukuman.

“Ia terlibat dalam kawalan, pencegahan dan sebagainya. Bagi bukan Muslim, kita 
serahkan kepada undang-undang agama mereka jika ada dan jika mereka nak ikut, 
tiada masalah,” ujar beliau.

Menurut Nasrudin PAS, akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan 
(NGO) Islam lain bagi mengadakan Konvensyen Sosial Negara pada November ini 
bagi mengeluarkan satu deklarasi mengenai masalah sosial di kalangan muda 
negara ini.

 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-promosi-nikah-gantung-atasi-masalah-buang-bayi/






Help Palestine [hidayahnet] Miskin, Putus bekalan makanan di Rembau, rumah usang

2010-09-01 Terurut Topik Suara Rakyat
Masih ada beberapa keluarga di Rembau yang hidup daif, rumah terlalu uzur, dan 
terputus bekalan makanan akibat kemiskinan.

Petikan dari Blog Lajnah Kebajikan PAS Rembau :
“Paling kurang semalam ada dua penerima yg sangat bersyukur atas kedatangan 
kami sbb dah putus barangan keperluan dapur. Mereka menunggu bantuan JKM yg 
masih belum tiba. Kebanyakan mereka tidak bekerja dan cuma mangharapkan bantuan 
orang ramai dan JKM sahaja.”

Gambar rumah yang usang di Rembau akibat kemiskinan
http://kebajikanrembau.blogspot.com/2010/08/jejak-ukkuwah-ramadhan-2282010.html

Kepada mereka yang ingin membantu mereka yang memerlukan , disamping dapat 
membantu diri sendiri menjadi insan yang penyayang dan berkasih sayang bolehlah 
menyertai program di bawah ini :

PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN  SYAWAL 1431 H – 2010 M
Untuk Keluarga Fakir Miskin Dan Mereka Yang Memerlukan

Anjuran : Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Rembau

Program Sumbangan Makanan Asas :
1. Beras
2. Tepung Gandum
3. Gula
4. Susu Tin
5. Minyak Masak
6. Sardin Tin
7. Teh/Kopi
8. Biskut

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Tn Hj Roni – Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Rembau
Tel : 012-2268230

SUMBANGAN MELALUI ATAU BANK IN ATAS NAMA :
Nama akaun : PAS Kawasan Rembau
Bank : Bank Islam (Cawangan Seremban)
No akaun : 05-012-01-007334-7

Borang sumbangan di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2010/07/program-sumbangan-ukhuwwah-manafaat.html







Help Palestine [hidayahnet] Pendidikan Seks untuk Pelatih PLKN

2010-08-29 Terurut Topik Suara Rakyat
Cadangan telah dihantar ke Majlis Latihan Khidmat Negara untuk memperkenalkan 
Pendidikan Seks kepada pelatih PLKN. Keputusan belum dibuat samada menerima 
cadangan tersebut. Jika diterima adakah pelatih PLKN akan diajar cara-cara 
untuk mengelakkan kehamilan luar nikah ? Adakah cadangan ini dari JAKIM , MUFTI 
atau persatuan yang memperjuangkan hak kebebasan manusia ? 

Adakah kondom akan dijual di kem PLKN ? 

** 
Camps to run course on sex education?
New Straits Times 20 August 2010 

KUANTAN: The National Service Training Council has not decided whether to 
introduce sex education in its programmes. National Service Training 
director-general Datuk Abdul Hadi Awang Kechil said the council had received a 
proposal on the matter but no decision had been made.

This is a policy matter which can be decided only by the council, he said 
when asked to comment on the rise in the number of baby-dumping cases, 
especially involving youth.

http://www.nst.com.my/nst/articles/6nstc/Article 



  


Help Palestine [hidayahnet] Objektif Utama Pendidikan Seks Ialah Mencegah Hamil

2010-08-22 Terurut Topik Suara Rakyat
Wahai Umat Islam di Malaysia. Tolong PEKA sikit, JANGAN buat PEKAK. Matlamat 
utama Pendidikan Seks atau Pendidikan Reproduktif di Malaysia ialah untuk 
Mencegah Kehamilan Apabila Melakukan Hubungan Seks Dengan Teman Lelaki bukan 
Untuk Mengelakkan ZINA ! Sila baca kenyataan di bawah dari akhbar The Star 17 
Ogos 2010.

“Talking to women who had unwanted pregnancies, (we found) it was never about 
pornography but BECAUSE THEY WERE UNABLE TO TALK OR COMPROMISE WITH THEIR 
BOYFRIENDS ABOUT CONTRACEPTIVE USE,” she said in an interview yesterday.
( Terjemahan : Masalah kehamilan luar nikah bukan disebabkan oleh pornografi , 
TETAPI DISEBABKAN REMAJA WANITA TIDAK PANDAI BERKOMPROMI DENGAN TEMAN LELAKI 
MEREKA UNTUK MENGGUNAKAN ALAT PENCEGAH KEHAMILAN !!!)

**
The Star
Tuesday August 17, 2010

Need for sex education to combat social ills, says council

PETALING JAYA: Sex education should not be treated as a taboo but introduced to 
combat problems like baby dumping, said Malaysian Council for Child Welfare 
honorary secretary Ismail Majid.

He said that since many teenagers were badly informed about the issue, such 
education should not be treated as a taboo.

“They must be made aware of the repercussions of their actions,” he told The 
Star yesterday.

Ismail said that during joint road shows with the Social Welfare Department, 
the council had always educated young adults on pregnancy, AIDS and other 
diseases as well as taught them to be responsible.

Women’s Aid Organisation executive director Ivy Josiah said there was no 
correlation between a rise in baby dumping and pornography.

In the organisation’s 27-year experience, she said girls with unwanted 
pregnancies had never spoken about pornography being a factor in their 
predicament.

“Talking to women who had unwanted pregnancies, (we found) it was never about 
pornography but because they were unable to talk or compromise with their 
boyfriends about contraceptive use,” she said in an interview yesterday.

Josiah said the organisation disagreed with Federal CID director Datuk Seri 
Bakri Zinin’s statement yesterday that pornography and weakened family ties led 
to an increase in baby dumping.

However, Josiah agreed that families which were not supportive were part of the 
cause of baby-dumping.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nationfile=%2F2010%2F8%2F17%2Fnation%2F6869674






Help Palestine [hidayahnet] Biar tak ada bekalan air, asal ada Jalur Lebar

2010-08-20 Terurut Topik Suara Rakyat
Dikhabarkan rancangan Aduan Rakyat TV3 malam tadi menyiarkan masalah penduduk 
di Jelebu yang masih menggunakan air perigi kerana tiada bekalan air paip. 
Sedangkan kawasan berhampiran ada bekalan air paip. Mungkin Rais Yatim sibuk 
dengan Menjalur Lebarkan Jelebu , sebab tu terlepas pandang masalah air di 
parlimen beliau sendiri.

Atau mungkin Malaysia dah ada teknologi baru, air boleh dibekalkan melalui 
Jalur Lebar ?

Bak kata Nabil, Lu Pikirlah Sendiri.

Kisah mengenai penduduk Kampung Durian Gasing di Jelebu yang menggunakan air 
perigi di 
http://kudaranggi.blogspot.com/2010/08/perbezaan-ketara-antara-dua-buah.html 

Kepada yang belum pernah melihat pejabat baru SAINS (Syarikat Air Negeri 
Sembilan) di Seremban 2, boleh tengok sini  
http://amkns.blogspot.com/2010/08/biar-tak-ada-bekalan-air-asal-ada-jalur.html 

Artikel berkaitan masalah air di Negeri Sembilan :

Rakyat terseksa masalah air menjelang puasa dan raya
http://amkns.blogspot.com/2010/08/rakyat-terseksa-masalah-air-menjelang.html  

BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan
http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] Sertai Jejak Fakir 2010 PKR Rembau

2010-08-20 Terurut Topik Suara Rakyat
Program Jejak Fakir (Ramadhan/ Syawal) 2009 telah berjaya membawa sedikit 
senyuman gembira kepada kira kira 200 lebih keluarga daif, golongan kurang 
upaya, anak yatim dan seumpamanya. Kini Pusat Khidmat Rakyat Rembau sedang 
menyusun program Jejak Fakir 2010. Sebanyak hampir 350 penerima disenaraikan. 

Kali ini juga beberapa surau turut disenarai sebagai bakal penerima kerana 
terlalu uzur dan memerlukan sumbangan. 

Sehubungan dengan itu orang ramai yang prihatin dan berkemampuan dijemput 
bersama menjayakan program ini.

Sumbangan boleh disalurkan dengan memasukkan wang sumbangan ke akaun Angkatan 
Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482

Sumbangan dalam bentuk makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak 
dan lain-lain juga amat dialukan.

Sila sms atau hubungi 012 3696474 (Azizi Aziz) Pengarah Jejak Fakir 2010 untuk 
pertanyaan.

Untuk melihat gambar-gambar sebahagian penerima sumbangan sebelum ini sila ke 
pautan berikut http://chegubard.blogspot.com/2010/08/jejak-fakir-2010.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] Malaysia beli jet pejuang enjin second hand ?

2010-08-19 Terurut Topik Suara Rakyat
Wartawan isu ketenteraan negara Marhalim Abas yang sebelum ini menimbulkan 
kontroversi kapal selam negara tidak boleh menyelam, kali ini menimbulkan 
kontroversi dan tanda tanya apabila mendakwa kemungkiinan Malaysia membeli jet 
pejuang baru tetapi menggunakan enjin second hand. Enjin second hand ini adalah 
dari jet pejuang TUDM yang lama yang dibaik pulih atau refurbish.

Apakah ada kemungkinan tersebut ? Jika ini berlaku, tiada negara lain di dunia 
yang menggunakan rangka jet baru tapi menggunakan enjin lama dakwa artikel 
tersebut lagi.

Jet pejuang yang dimaksudkan ialah jenis Aermacchi MB-339A yang telah dihantar 
satu ke Muzium TUDM Sg Besi. Ianya digantikan dengan Aermacchi MB-339CM. 
Malaysia telah membeli 8 buah jet ini pada harga 88 Juta Euro.

***
First Macchi MB339A at RMAF Museum
Written on August 9, 2010 by Marhalim Abas

SHAH ALAM (Aug 9, 2010): The first of the last remaining batch of the Aermacchi 
MB-339As was put on display at the RMAF Museum at the Sg Besi Airbase last 
week. The plane serial number M34-12 is pictured here courtesy of NST 
journalist Sager Ahmad, who has a long history working with the museum.

Sager reported that the aircraft was transported to the museum on a low-loader 
with the wing taken out. The appearance of the M34-12 I believed marked the 
retirement of the As following the delivery of the 8 MB339CM last year. However 
there is no official confirmation from the RMAF just yet. But since the engines 
of the As had been taken out to be refurbished before they were fitted on the 
CMs, the argument is purely academic of course.

Only in Malaysia, so claimed DHEagle to me. He said such thing has never happen 
anywhere else. No other airforce he claimed would put an old engine into a new 
plane! How did this thing happened one may asked?

Well the short answer, based on conversations I had with DHEagle and confirmed 
by other sources, the RMAF had been planning to replace the As since 2000. But 
due to long negotiations plus an added requirement from the Ministry of 
Transport – extra landing rights to Malaysia Airlines for Rome – the deal was 
finally struck in 2006. However, by that time the allocation to purchase the 
new CMs had been fixed at around RM600. That means RMAF can only purchase 4 new 
CMs with new engines and eight, if they used the old engines from the As. We 
all know what happened next.

I was told that RMAF did not pursue the option of refurbishing the As into the 
CM version as it was expensive as buying new airframes. I am told that the As 
were retired prematurely as the airframes and engines had still half of their 
service lives when the deal to purchase the CMs was finalised, which was a pity 
of course…

The LOI for the 8 CMs was signed at DSA2006 while the contract was signed a few 
months later. The deal to refurbished the engines of the As (Viper Mk623.43) 
for the CMs was signed at Lima 2007. All of us (reporters) , including myself, 
missed out on that small print as we were always looking for bigger, newer 
things at such functions. Oh well, at least the museum got a new toy for 
display….

http://www.malaysiandefence.com/?p=1202

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA
Wednesday, 26 March 2008
SEJARAH

No 15 Skuadron di tubuhkan asalnya mengambil perjawatan Pusat latihan Terbang 3 
(Pulatibang 3). PULATIBANG 3 talah ditubuhkan dengan kekuatan 12 x pesawat 
pejuang ringan jenis Aermacchi MB 339A telah diletakkan dibawah tanggungjawab 
Komandan. Ianya telah beroperasi selama lebih kurang 10 tahun dan berjaya 
melahirkan sebilangan besar juruterbang tempur dan pejuang yang ada pada masa 
ini. Unit ini telah melahirkan sebilangan besar juruterbang tempur dan pejuang 
yang ada pada masa ini. Unit ini telah dipindahkan ke Pangkalan TUDM 
Butterworth pada 15 Dis 93.

http://www.airforce.gov.my/index.php?option=com_contenttask=viewid=78Itemid=94

Alenia Telah Kirimkan 8 Jet Latih MB-339CM Ke TUDM
Saturday, December 5, 2009

5 Desember 2009 -- Alenia Aermacchi Italia telah mengirimkan 8 jet latih 
MB-339CM ke Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sesuai kontrak senilai 88 juta 
euro pada akhir 2006.

Dua pesawat pertama diterima TUDM pada Maret 2009, diterbangkan langsung dari 
Italia oleh pilot Alenia kepala pilot penguji Cdr. Quirino Bucci dan pilot 
penguji Cdr. Matteo Maurizio.

Sedangkan dua pesawat terakhir juga diterbangkan langsung dari Venegono Italia 
28 November.

Versi MB-339CM dibuat berdasarkan versi MB-339CD yang digunakan AU Italia, 
berkursi tandem dan bermesin tunggal serta dilengkapi peralatan pengisian bahan 
bakar di udara.

TUDM telah menggunakan versi MB-339A selama 20 tahun.

http://beritahankam.blogspot.com/2009/12/alenia-telah-kirimkan-8-jet-latih-mb.html






Help Palestine [hidayahnet] Peniaga Melayu ditindas di Suria KLCC, mana Pejuang Melayu

2010-08-16 Terurut Topik Suara Rakyat
Ni apa cerita ni, peniaga Melayu ditindas lagi di Suria KLCC ni ? Dulu tahun 
2007 Restoran Melayu yang termaju di Suria KLCC Kelantan Delight pun 
tersingkir. Kalau peniaga Melayu di tengah ibu kota, sebelah Menara Berkembar 
Petronas pun tak terbela, apatah lagi Melayu di Pulau Pinang, Selangor, 
N.Sembilan, Melaka dan lain-lain tempat.

Kalau nak bela Melayu, nak tunjuk Melayu ditindas, jadi tajuk utama TV3 dan 
Utusan buatlah untuk semua negeri, jangan tumpu di Pulau Pinang dan Selangor 
saja, KESIAN Melayu tempat lain.

JANGAN SAMPAI MELAYU MELUAT DENGAN TV3 dan UTUSAN

***

Peniaga Alamanda dakwa ditekan, akhirnya 'ditendang'

Utusan Malaysia 10 Ogos 2010

NAMA saya Fahmi Fabilah, saya adalah salah seorang peniaga yang tidak disambung 
kontrak perniagaan di Suria KLCC di Alamanda, Putrajaya. Saya berniaga kemeja T 
buatan tempatan bernama Malaya Distro.

Alasan 'bijak' yang pertama mereka kepada saya ialah: Saya tidak dibenarkan 
lagi menjual kemeja T atas alasan penyewa kedai mengadu perniagaan mereka turun.

Ingin memberitahu bahawa ada yang saya lakukan ialah persaingan yang sihat.

Alasan kedua ialah kerana memiliki tiga push cart (kereta tolak). Tapi 
bagaimana pula dengan Pizzahut, KFC dan RASAMAS yang bernaung di bawah syarikat 
yang sama?

Sangat tidak munasabah jika ia dijadikan sebab untuk 'menendang' saya keluar. 
Apakah wujud diskriminasi di sini?

Saya boleh buktikan bagaimana terdapat diskriminasi dalam pengurusannya. 
Disebabkan rasa tidak puas hati, saya menceritakan perihal mereka ini 
difacebook saya. Gempar seketika apabila tulisan saya sampai ke KLCC. Dan 
seingat saya, ada sokongan dari individu yang mahukan perkara itu ditujukan 
kepada Tun Mahathir. Mungkin 'goyang' dengan sokongan itu, mereka telah membuat 
temujanji dengan saya di sebuah kafe di Alamanda untuk menyelesaikan perkara 
ini.

Untuk pengetahuan semua, deposit saya RM3,800 masih belum dipulangkan sedangkan 
saya telah satu bulan keluar dari Alamanda.

Sedangkan surat kontrak tidak disambung saya terima tiga bulan yang lepas. 
Pihak pegurusan memberi alasan sedang proses. Logikkah tiga bulan proses? 
Kenapa sewa mahu advance tetapi deposit sampai lambat sebegini rupa?

Bagaimana jika dulu kami bayar sewa lewat satu bulan? Dah pasti saya diperintah 
keluar. Anda fikirkan bertapa teruknya kelemahan sistem yang mereka jalankan.

Kenapa kita ditindas di tempat sendiri? Di sini suka sangat ingin saya 
beritahu, anda pergilah ke kompleks beli-belah ternama, anda kiralah berapa 
peratus peniaga 'Melayu' menyewa di situ?

Tidak sampai 10 peratus. Bukan kerana peniaga Melayu tidak mampu, tetapi kita 
tidak diberi tempat di situ.

Saya pernah pergi ke kompleks 'baru' di Wangsa Maju. Ruang niaga masih kosong, 
dan saya memohon ruang niaga. Anda tahu saya dilayan begitu teruk.

Sebulan selepas itu, ruang niaga penuh dengan kaum bukan Melayu. Di sini anda 
faham bukan, bukan kita tidak mampu, tapi kita ditolak mentah-mentah oleh kuasa 
mereka. Tetapi kenapa ia juga terjadi di Putrajaya?

Semenjak setahun lalu, Suria KLCC banyak membuat perubahan drastik. Mungkin ini 
juga strategi halus orang atas untuk menjatuhkan kita? Mari saya rungkaikan 
satu persatu.

Enam bulan lepas, kami diberi notis untuk membayar sewa pendahuluan (advance 
rental). Sedangkan kami telah membayar 'deposit' 1+1. Ia adalah notis mengejut 
ketika itu, kami terpaksa mencari wang sewa untuk dua bulan dalam masa sebulan.

Anda bayangkan betapa kami terpaksa bertungkus lumus mencari RM3,800 minggu 
ini, dan RM3,800 untuk lagi dua minggu. Dengan gaji pekerja, jumlah sebanyak 
RM9,000 sebulan, sedangkan perniagaan tidak begitu bagus ketika itu.

Taktik halus yang kedua: Mereka melagakan peniaga tanpa sedar. Ia berlaku 
sekarang. Caranya begini, dahulu peniaga mainan A di Utara, dan peniaga mainan 
B di Selatan. Perniagaan mereka sangat bagus. Cara untuk menjatuhkan salah 
seorang adalah meletakkan lokasi peniaga mainan A hampir dengan peniaga mainan 
B.

Secara psikologinya, mereka akan bersaing dan salah seorang akan jatuh. Yang 
jatuh itulah yang akan terkeluar. Sekarang anda nampak? Ketika itu, salah 
seorang dari mereka membuat rayuan untuk pindah tapak. Taktik berjaya bukan.

Taktik ketiga: Mereka mengeluarkan peniaga atas alasan produk tidak boleh 
dijual lagi. Ini terjadi ke atas saya sendiri.

FAHMI FABILAH

Dengkil

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0810pub=Utusan_Malaysiasec=Forumpg=fo_02.htm

MERDEKA ! Lagi kes peniaga Melayu disisih diKLCC

Selamatkan peniaga Melayu. Utusan Malaysia 9 Julai 2007 - Pada 19 April 2007 
lalu, Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai peniaga bumiputera premis 
Levi’s/Dockers yang berniaga sejak sembilan tahun lalu diberi notis keluar oleh 
pengurusan Suria KLCC tanpa sebab.

Syarikat tersebut mencatat jualan RM5 juta setahun dan membayar sewa kira-kira 
RM500,000 setahun.

Beberapa pihak seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor dan Gagasan 
Badan Ekonomi 

Help Palestine [hidayahnet] Terlalu miskin sampai dah runtuh rumah usang

2010-08-13 Terurut Topik Suara Rakyat
Sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas ditinggalkan suami kira-kira dua tahun 
lalu, nasib malang terus menimpa Sabariah Jamali, 40, dari Kampung Sungai 
Midin, Jalan Semariang dekat sini, apabila rumah didiami sejak 16 tahun lalu 
pula runtuh akibat terlalu usang, minggu lalu.

***
Ditinggal suami, rumah didiami roboh
Berita Harian 5 Ogos 2010

KUCHING: Sudah jatuh ditimpa tangga. Selepas ditinggalkan suami kira-kira dua 
tahun lalu, nasib malang terus menimpa Sabariah Jamali, 40, dari Kampung Sungai 
Midin, Jalan Semariang dekat sini, apabila rumah didiami sejak 16 tahun lalu 
pula runtuh akibat terlalu usang, minggu lalu.

Berikutan kejadian itu, Sabariah yang juga menghidap penyakit buah pinggang dan 
dua anaknya kini terpaksa menumpang di rumah jiran. Dua anaknya, Nasri Fazrin 
Ismail, 17, dan Adib Shazwan, 12, masing-masing akan menduduki peperiksaan 
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 
ini.

Nasib malang menimpanya bukan saja menyebabkan beliau buntu memikirkan masa 
depan anak-anaknya, tetapi pada masa sama perlu mencari wang bagi mendirikan 
semula rumahnya yang runtuh kerana penyakit dihidapi membataskan beliau untuk 
melakukan kerja berat. Malah, beliau tidak menerima sebarang bantuan sara hidup 
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berikutan sudah menerima bantuan 
perubatan RM5,000 daripada jabatan itu untuk kos perubatannya sebulan.

Justeru, katanya, sejak ditinggalkan suami dua tahun lalu, beliau terpaksa 
mencari sayur-sayuran hutan untuk dijadikan lauk dan pada masa sama berterima 
kasih dengan penduduk kampung yang sudi meringankan beban keluarganya.

“Saya mengharapkan ada pihak yang sudi memberi bantuan kepada kami sekeluarga 
untuk membina semula rumah ini kerana kami tidak mahu menumpang di rumah jiran 
buat selamanya. Sekurang-kurangnya dengan rumah baru nanti, akan memberi 
peluang kepada kami membina semula kehidupan baru.

“Bagaimanapun, saya sangat berterima kasih dengan jiran kerana sudi 
menghulurkan bantuan dengan membenarkan kami menumpang di rumahnya,” katanya 
kepada Berita Harian.
Menceritakan kejadian rumahnya runtuh, Sabariah berkata, ia runtuh secara 
tiba-tiba kerana terlalu usang, bagaimanapun mereka tiga beranak sempat 
menyelamatkan diri.

“Saya tidak sempat menyelamatkan ubat-ubatan buah pinggang kerana keadaan 
menjadi kelam kabut ketika itu. Saya tidak menyangka kejadian malang itu akan 
menimpa kami,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ditinggalsuami_rumahdidiamiroboh/Article







Help Palestine [hidayahnet] Pakatan Rakyat tumpu pengangkutan awam, OK

2010-08-12 Terurut Topik Suara Rakyat
NI apa cerita ni ? Minyak dah naik harga, tapi rakyat nak mampus jalan 5 km nak 
dapatkan bas awam. Bukannya di Hulu Perak, tapi di Johor Bahru. Dah naik harga 
minyak pun tak boleh tingkat mutu pengangkutan awam. Sibuk nak buat pondok bas 
cantik je macam di PD. Pakatan Rakyat perlu desak kerajaan baiki pengangkutan 
awam segera. Lebih 50 tahun BN perintah Malaysia, pengangkutan awam makin teruk.

Kes macam ni bukan di Johot saja, di mana-mana, Negeri Sembilan pun dua kali 
lima. Eloknya wajibkan semua wakil rakyat dan menteri naik pengangkutan awam 
seluruh Malaysia.

**

Johor : Jalan kaki 5km cari bas

Berita Harian 3 Ogos 2010

JOHOR BAHRU: Penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara, Kangkar 
Tebrau, di sini mendakwa kecewa terhadap perkhidmatan bas di kawasan mereka 
yang tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan.

Keadaan itu bukan saja menimbulkan masalah kepada sebahagian besar penduduk 
yang tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja, malah kepada anak 
mereka yang memerlukan perkhidmatan bas untuk ke sekolah. Sebagai alternatif, 
ada penduduk terpaksa berulang-alik berjalan kaki sejauh lima kilometer sehari 
untuk mendapatkan perkhidmatan bas di Kangkar Tebrau, sementara anak-anak 
mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan van sewa.

Tinjauan Edisi Johor mendapati dakwaan penduduk itu ternyata berasas apabila 
tiada sebuah bas dilihat memasuki kawasan PPR berkenaan terutama pada waktu 
puncak antara jam 4 petang hingga 7 malam ketika penduduk pulang dari kerja.

Penduduk, Sarina Ismail, 32, berkata masalah perkhidmatan bas yang tidak 
mengikut jadual perjalanan itu sudah berlarutan sejak setahun lalu sehingga 
menyusahkan ramai penduduk di PPR berkenaan yang rata-ratanya berpendapatan 
rendah.

“Bukan tidak ada bas yang memasuki kawasan PPR ini, tetapi yang mengecewakan 
ialah ia tidak mengikut jadual perjalanan, ” katanya.

“Sepatutnya mereka memasuki kawasan PPR ini ketika penduduk mahu pergi bekerja 
atau pulang dari bekerja, bukan pada jam 6 pagi atau 3 petang, ” katanya.
Sarina berkata, kawasan PPR yang mempunyai lebih 8, 000 isi rumah itu mempunyai 
kemudahan dua pondok menunggu bas namun ia terbiar begitu saja sehingga mula 
dinaiki semak samun sekarang berikutan masalah berkenaan.

Penduduk, Kamarudin Mohd Yatim, 56, berkata masalah yang tidak berkesudahan itu 
bukan saja mengecewakan penduduk, malah turut meningkatkan perbelanjaan bulanan 
mereka kerana terpaksa menggunakan pengangkutan alternatif.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Jalankaki5kmcaribas/Article







Help Palestine [hidayahnet] Tentera pun tak selamat di Malaysia, JENAYAH

2010-08-12 Terurut Topik Suara Rakyat
Pak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, tolonglah jaga keselamatan rakyat. 
Arahkan semua polis tangkap penjenayah bukan peserta perhimpunan aman atau 
menghalang ceramah pembangkang. Ada faham ? Jenayah makin tak terkawal dah kat 
Malaysia ni. Anggota tentera pun tak selamat, sedangkan tenteralah yang banyak 
membantu kawan-kawan Pak Menteri dalam pilihanraya melalui UNDI POS !

 
Tentera Kerugian RM15,000, Rumah Disamun Tiga Lelaki

KUANTAN, 4 Ogos (Bernama) -- Seorang anggota tentera kerugian wang tunai dan 
barangan berharga bernilai RM15,000 selepas rumahnya di Taman Cendor Utama 
dekat sini dimasuki tiga lelaki, awal pagi Selasa.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri 
berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika lelaki berusia 31 
tahun itu sedang tidur di ruang tamu rumahnya, manakala isteri dan anak lelaki 
yang berusia dua tahun tidur di dalam sebuah bilik.

Mangsa dikejutkan dengan kehadiran tiga lelaki di dalam rumahnya, seorang 
daripada lelaki itu kemudian mengacu pisau ke arahnya sebelum kumpulan suspek 
mengikat mangsa dengan dawai, katanya kepada pemberita, di sini pada Rabu.

Beliau berkata kumpulan suspek juga bertindak mengikat isteri mangsa sebelum 
dua daripada mereka menggeledah rumah itu dan melarikan wang tunai berjumlah 
RM480, barangan kemas, telefon bimbit dan komputer riba.

Kesemua mangsa tidak dicederakan, katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518695 



  


Help Palestine [hidayahnet] Lagi Budak DiCulik, Malaysia tak selamat dah

2010-08-12 Terurut Topik Suara Rakyat
Lagi kes budak diculik, kali ni di Perak. Malaysia dah tak selamat dah. Polis 
sibuk diarah tangkap peserta perhimpunan haram, halang ceramah pembangkang, 
menyorok balik semak untuk saman ekor. Malaysia makin banyak penjenayah, 
penculik, gila sex, perogol. Anak-anak kita dah tak selamat dah dalam dan luar 
rumah, dalam van, dalam bas.

*** 
Noratikah ditemui semula 3 jam selepas diculik

Berita Harian 5 Ogos 2010 

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Noratikah Muzawir, yang 
dilarikan penculik dengan kereta Myvi hijau dari Taman Meru 3C jam 8 malam 
tadi, ditemui kira-kira tiga jam kemudian. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, ketika dihubungi 
mengesahkan kejadian itu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Noratikahditemuisemula3jamselepasdiculik/Article
  



  


Help Palestine [hidayahnet] Bekas ADUN Selangor ditembak mati, jenayah menjadi jadi

2010-08-12 Terurut Topik Suara Rakyat
Nampaknya kes jenayah semakin menjadi-jadi. Rakyat 1Malaysia semakin tak 
selamat. Yang selamat hanya PM dan VVIP lain yang ramai bodyguard, polis 
pengiring, escort. Tapi rakyat dibiarkan berhadapan dengan penjenayah, perogol, 
perompak, peragut. BANGKITLAH RAKYAT, MINTA KERAJAAN TINGKATKAN KESELAMTAN 
RAKYAT.

BUKAN SIBUK BERPOLITIK, ISU PASIR, KETUANAN MELAYU DAN TANGKAP ORANG BERHIMPUN 
SECARA AMAN.

JANGAN SAMPAI RAKYAT TERLALU BENCI DAN MELUAT KEPADA PEMIMPIN, KERAJAAN DAN 
PENGUASA.

* 
MStar , Selasa Ogos 3, 2010 
Bekas ADUN Permatang Dan Pembantu Wanita Mati Ditembak 
PETALING JAYA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul 
Aziz Mohd Noh, 64 dan pembantunya, Siti Norazah, 43, mati ditembak ketika 
sedang memandu.

Kereta yang dinaiki mereka merempuh pembahagi jalan. Polis menemui sepucuk 
pistol berisis peluru di dalam kereta berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira beberapa kilometer daripada hentian rawat 
dan rehat (RR) Sungai Buloh.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan 
awal polis mendapati terdapat kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yg 
dinaiki mangsa, siasatan lanjut masih dijalankan, katanya yang dipetik melalui 
status Facebook yang dikemaskini kira-kira pukul 1.30 petang, pada Selasa.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/8/3/mstar_berita/20100803141841sec=mstar_berita
   
 
Former Selangor assemblyman and female aide shot dead

Abdul Aziz: Former Permatang assemblyman
 KUALA LUMPUR: Former Selangor assemblyman, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, and 
his aide Siti Norazah, 43, were shot in the head while driving at about 10am 
Tuesday near Sungei Buloh.

The ex-Permatang assembyman's car went out of control and crashed into the 
highway divider.

Police found a pistol in the car but do not think the duo were shot with it as 
it was fully loaded.

Selangor Datuk Khalid Abu Bakar confirmed the incident on Facebook.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/8/3/nation/20100803142434sec=nation
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Jom ajar pelajar kita BERZINA cara Selamat ?

2010-08-12 Terurut Topik Suara Rakyat
Nampaknya Pendidikan Sex akan diajar di sekolah-sekolah di Malaysia ini. Tapi 
dia tak panggil Pendidikan Sex, tukar sikit nama, dipanggil Pendidikan 
Reproduktif dan Sosial. Sudahkah Mufti, JAKIM, Jawatankuasa Fatwa mengkaji 
modul Subjek Pendidikan Reproduktif dan Sosial ini ? Jangan lengah, lakukan 
segera sebelum terlambat.

Adakah salah satu topik Pendidikan Sex di sekolah ialah macamana hendak 
melakukan hubungan sex tanpa melahirkan anak luar nikah ? Guna kondom, guna pil 
perancang keluarga, sex ringan-ringan dan sebagainya ? 

Tak cukup lagi ke macam-macam bala dah turun di Malaysia ini ? Denggi, H1N1, 
Chikungunya, Malaria, KENCING TIKUS (Pahang, kini di Kedah) yang susah nak 
sebut nama saintifiknya dan macam-macam lagi ?

Tak payah sibuk pendidikan Sex lah. Remaja kita di sekolah tak dididik dengan 
solat wajib 5 waktu tepat pada masanya. Macamana mereka nak tahu dosa dan 
pahala ? Usahkan sembahyang, mengucap dua kalimah syahadah pun ramai remaja 
kita yang kantoi.

Pelik bila Ketua Menteri Melaka nak tubuh sekolah pelajar termengandung agar 
mereka diasingkan dan tidak terlibat dengan dosa membunuh, ramai yang 
membantah, termasuk segelintir pimpinan PAS peringkat negeri. Bila Ketua 
Menteri Melaka nak galakkan pelajar yang tak boleh kawal nafsu untuk berkahwin 
pun ada suara yang membantah.

Tapi bila Pendidikan SEX nak dilaksanakan di sekolah dan diberi nama Pendidikan 
Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) SEBAGAI MATAPELAJARAN TERAS semua pihak 
senyap. JAKIM masih sibuk dengan ESQ, Mufti pula sibuk dengan Perpaduan Melayu 
sedangkan Puteri dan Wanita UMNO tak berpadu dengan Ketua Menteri Melaka juga 
UMNO isu pelajar kahwin secara halal, PKR sibuk dengan Altantuya, PAS sibuk nak 
, entahlah.

*** 
KEMENTERIAN KAJI CADANGAN JADIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF MATA 
PELAJARAN

PUTRAJAYA, 4 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelajaran sedia mengkaji cadangan 
memasukkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dalam kurikulum 
sekolah atau sebagai mata pelajaran teras, kata Timbalan Perdana Menteri Tan 
Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata sebuah jawatankuasa teknikal 
terdiri daripada pegawai Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, 
Keluarga dan Masyarakat serta pakar-pakar berkaitan masalah sosial, akan 
meneliti cadangan itu sebelum keputusan mengenainya dibuat.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518803 

WABAK KENCING TIKUS: TIGA KAWASAN PERKELAHAN DI KEDAH TUTUP SEMENTARA


ALOR SETAR, 4 Ogos (Bernama) -- Tiga kawasan perkelahan utama di Kedah ditutup 
untuk sementara bagi mengelakkan penularan wabak Phatogenik Leptopspira atau 
kencing tikus yang melanda beberapa pusat peranginan di negeri ini.
Kawasan berkenaan ialah Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang, Taman 
Rekreasi Lata Bayu di Baling dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=518905  



  


Help Palestine [hidayahnet] Saintis Malaysia BODOH IT agaknya, SPR, Saman Ekor

2010-08-12 Terurut Topik Suara Rakyat
Nampaknya sistem komputer di Malaysia ini semakin caca marba. Tengok macam 
saman ekor, polis kata surat saman tak sampai sebab pemilik kenderaan tukar 
alamat. Takkan tak boleh link dgn JPJ dan JPN ? Yang ni SPR pula. Nak bazir 
duit RM3 untuk daftar pengundi baru. Takkan tak boleh link dengan JPN rakyat 
Malaysia yang ada MyKad dan yang dah meninggal dunia , daftar otomatik dalam 
SPR ?

Agaknya Malaysia ni ketandusan pakar-pakar IT. Malaysia hanya mampu impot 
pakar, impot senjata, impot kapal selam, impot jet Sukhoi, impot kereta kebal, 
impot guru Bahasa Inggeris, tumpang angkasawan.

*

'RM3 daftar seorang pemilih membazir'

Berita Harian 3 Ogos 2010

BATU PAHAT: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menaikkan bayaran kepada 
penolong pendaftar yang berjaya mendaftarkan setiap pemilih baru daripada RM1 
kepada RM3, bukan saja tidak praktikal malah membazirkan wang rakyat.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata SPR seharusnya 
menggunakan kaedah lain termasuk menambah baik pendekatan diguna sebelum ini 
dalam menarik pengundi baru mahupun merangka program bersepadu lebih berkesan 
bagi menyedarkan rakyat mengenai kepentingan mendaftar sebagai pengundi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran 
berkata, langkah itu hanya membazirkan wang rakyat, yang sepatutnya digunakan 
bagi projek pembangunan rakyat lebih penting. “Apakah mesej yang hendak 
diberikan SPR kepada rakyat?

Sepatutnya SPR mencari jalan lain termasuk mempertingkatkan pendekatan 
digunakan bagi menyedarkan rakyat yang belum mendaftar supaya mereka berbuat 
demikian dengan ikhlas, penuh kesedaran dan atas rasa tanggungjawab mereka 
bukannya dengan cara memberi imbuhan bagi berbuat sesuatu,” katanya selepas 
lawatan di Kampung Sungai Ayam, di sini, semalam.

Mohd Puad berkata, adalah lebih baik pendaftaran pengundi dan pemilih baru 
dilaksanakan menerusi sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi semua 
rakyat Malaysia yang mencapai usia 21 tahun berdasarkan maklumat yang diperoleh 
daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Bukan saja ia lebih menjimatkan kerajaan malah ia lebih praktikal dan mudah 
daripada terpaksa memberi insentif atau subsidi seperti dicadangkan SPR,” 
katanya.

Beliau berkata, parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seharusnya membantu 
menggerakkan usaha menarik lebih ramai rakyat supaya berbuat demikian dengan 
rela hati.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RM3daftarseorangpemilihmembazir_/Article






Help Palestine [hidayahnet] Kempen 10 juta tandatangan bantah saman ekor

2010-08-11 Terurut Topik Suara Rakyat
Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 30 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan 
menggerakkan satu kempen memungut sepuluh juta tandatangan rakyat bagi 
membantah tindakan kerajaan meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya.

Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan at-Tantawi, semua jentera pemuda seluruh 
negara akan dikerah bagi memastikan kempen tersebut sampai ke semua lapisan 
masyarakat.

DPPP akan menggunakan seluruh keupayaan jentera kita di semua peringkat untuk 
mendapatkan sepuluh juta tandatangan rakyat yang tidak bersetuju dengan saman 
ekor, katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tandatangan yang berjaya dikumpul akan 
dilampirkan bersama memorandum yang akan diserahkan kepada Polis Diraja 
Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian 
Pengangkutan Malaysia.

Kita akan lampirkan tandatangan yang dikumpul ini dengan memorandum yang akan 
kita serahkan kepada kerajaan atau kementerian terbabit, katanya lagi.

Beliau juga berkata, beberapa kain rentang akan dipasang di kawasan-kawasan 
yang menjadi tumpuan umum dan rakyat boleh menurunkan tandatangan mereka di 
situ.

DPPP juga akan bermesyuarat bagi menyelaraskan kempen berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh pemuda agar mengambil perhatian dan 
bersiap sedia untuk menggerakkan kempen berkenaan.

Mari sertai kempen ini dan saya harap semua pemuda di semua peringkat 
mengambil perhatian untuk tugas besar ini, katanya.

Beliau sebelum ini menyifatkan saman ekor sebagai ‘ISA Kedua' kerana ianya 
menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka 
diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_contentview=articleid=27877:kempen-10-juta-tandatangan-bantah-saman-ekorcatid=1:utamaItemid=50






Help Palestine [hidayahnet] Gabungan Persatuan Melayu Desak Mansuh PLKN

2010-08-06 Terurut Topik Suara Rakyat
Program itu membazirkan wang rakyat kira-kira RM500 juta setahun dan menjadi 
antara punca remaja terjebak dengan gejala sosial. Tempoh tiga bulan mengikuti 
program itu tidak mencukupi untuk membentuk nilai positif dalam diri pelatih. 
Program PLKN hanya memberi manfaat kepada pembekal pakaian seragam pelatih, 
pembekal makanan, pengusaha pengangkutan dan kontraktor membina tapak kem.


***
Pemenang gesa mansuh PLKN
Harian Metro 24 Julai 2010

GEORGETOWN: “Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu dimansuhkan kerana 
dipercayai gagal mencapai objektifnya,” kata Pengerusi Persatuan Melayu Pulau 
Pinang (Pemenang), Datuk Seri Yussof Latiff, semalam.

Pemenang bersama 66 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang menggesa 
kerajaan memansuhkan PLKN kerana didapati gagal mencapai objektif sejak 
diperkenalkan pada 2003.

Beliau berkata, setiap tahun apabila senarai pelatih PLKN dikeluarkan dalam 
media, ibu bapa dan pelajar takut serta kurang yakin menghantar anak mereka 
mengikuti program itu kerana tahap keselamatan kurang memuaskan di kem.

Menurutnya, ada ibu bapa pernah memintanya memberi surat sokongan dengan 
pelbagai alasan supaya anak mereka dikecualikan menyertai program itu berikutan 
kes kematian, rogol, penyakit berjangkit dan buli. “Kami percaya pelaksanaan 
program itu membazirkan wang rakyat kira-kira RM500 juta setahun dan menjadi 
antara punca remaja terjebak dengan gejala sosial, contohnya, remaja bermasalah 
yang mengikuti program ini lebih berani untuk terbabit dengan gejala sosial 
seperti Mat Rempit,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Katanya, tempoh tiga bulan mengikuti program itu tidak mencukupi untuk 
membentuk nilai positif dalam diri pelatih dan sewajarnya wang berjumlah RM500 
juta itu disalurkan kepada persatuan beruniform seperti Pengakap, Pandu Puteri, 
St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah yang terbukti keberkesanannya 
dalam membentuk jati diri positif dalam kalangan generasi muda.

Menurutnya, program PLKN hanya memberi manfaat kepada pembekal pakaian seragam 
pelatih, pembekal makanan, pengusaha pengangkutan dan kontraktor membina tapak 
kem.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PemenanggesamansuhPLKN/Article






Help Palestine [hidayahnet] Kesian, tanah kubur orang Islam Johor kian pupus

2010-08-06 Terurut Topik Suara Rakyat
Ini bukan lagi menang sorak kampung tergadai, tapi menang sorak kubur tergadai. 
Johor yang gah dengan negeri kelahiran Umno dan macam-macam wilayah 
pembangunan, rupanya menghadapi masalah tanah perkuburan Islam yang semakin 
padat dan terhad. Mungkin Utusan Malaysia boleh jadikan ini agenda utama 
perbincangan Umno dan PAS ?

* 
Kubur di Johor Sesak, terhimpit
Berita Harian 23 Julai 2010 

Penduduk Sungai Tengkorak minta JAIJ kenal pasti tapak baru dirizab sebagai 
tanah perkuburan 

PLENTONG: Masalah kesesakan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, di sini 
yang tidak lagi mampu menempatkan jenazah untuk disemadikan di tanah perkuburan 
berkenaan berikutan ruangnya yang semakin terhad, kini merisaukan ribuan 
penduduk Islam di sini. 

Kedudukan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak yang dikelilingi taman 
perumahan dan Kawasan Perindustrian Permas Jaya menjadikan tanah perkuburan 
berkenaan semakin terhimpit oleh pembangunan, selain keluasan tanah rizab yang 
terhad. 

Tanah perkuburan paling hampir di kawasan ini adalah tanah perkuburan di 
Kampung Senibong iaitu kira-kira satu kilometer dari sini tetapi kawasannya 
juga agak kecil, katanya. 

Beliau berkata, masalah berkenaan mungkin tidak begitu ketara ketika ini, 
tetapi akan dirasai menjelang akhir tahun depan berikutan Tanah Perkuburan 
Islam Sungai Tengkorak yang semakin sempit. 

Saya juga sudah memaklumkan hal ini lebih awal kerana tidak mahu masalah ini 
menjadi semakin genting pada 2012 jika hal ini tidak diselesaikan lebih awal, 
katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Sesak_terhimpit/Article 



  


Help Palestine [hidayahnet] Ahli perniagaan dikaitkan dengan PM bersama Paris Hilton

2010-07-28 Terurut Topik Suara Rakyat
Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 19 Julai 2010 : Nama Malaysia sekali lagi tercetak 
dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia 
yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton 
ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Menurut AFP, akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan Paris Hilton ditahan di 
lapangan terbang Corsica selepas marijuana yang dibawa dalam bagnya dihidu oleh 
anjing pengesan.

Dalam laporannya, akhbar itu berkata, Hilton sedang mengembara bersama dengan 
seorang personaliti yang rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia ketika beliau 
ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun beliau dikatakan dilepaskan selepas 
setengah jam disoalsiasat.

Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu.

Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Taek Jho Low, seorang ahli 
perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak 
lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang 
dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di 
sana bulan lalu.

Menurut Shamsul,  Jho Low telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan 
semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Jho Low di luar 
negara sangat meragukan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_contentview=articleid=27684:ahli-perniagaan-dikaitkan-dengan-pm-bersama-paris-hiltoncatid=1:utamaItemid=50

Siapa Taek Jho Low? AMK Mahu Dia Disiasat

Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda 
Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

Pemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan 
oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu 
ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.

Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman 
untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 
sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Shamsul Iskandar mendakwa beliau menerima maklumat bahawa pemuda berkenaan juga 
berhubungan akrab dengan seorang daripada anak kepada perdana menteri Datuk 
Seri Najib Razak.

Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di kongres AMK di Kota Bharu hari 
ini, beliau meminta siasatan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat 
dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbaang Sungai Besi milik Tentera 
Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

“Tolong siasat, anak muda ini berbelanja sakan, apa kaitannya dengan Malaysia. 
Apa kaitannya dengan Big Ma?,” soalnya.

Beliau berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu memberi 
penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah 
ruah hingga berita kekayaan Jho Low dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.

Dalam ucapannya itu, Shamsul Iskandar juga mahu siasatan dijalankan ke atas 
bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan penyelewengan wang, 
seperti yang didedahkan penulis Barry Wain.

Selain itu, beliau turut mendesak supaya ‘Private Khairy Jamaluddin’ disiasat 
berhubung kaitan ketua pemuda Umno itu dengan firma perundingan Apco.

“Kerana maklumat yang kita terima, rakan baik (Khairy) yang beri cadangan 
supaya guna Apco,” katanya lagi.

Dalam sidang medianya selepas itu, Shamsul Iskandar mendakwa Taek Jho Low juga 
merupakan seorang penasihat bagi pihak berkuasa pelaburan bagi negeri 
Terengganu yang kini dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad.

Katanya, maklumat itu diperolehinya daripada pihak yang tidak senang dengan 
perkembangan berkenaan.

Tambahnya, beliau pasti Jho Low mempunyai harta bernilai berbilion ringgit jika 
mampu berbelanja sebanyak 50 hingga 60 ribu setiap malam dan tinggal di 
apartmen mewah.

“Saya minta (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) SPRM supaya siasat,” katanya 
yang mempertikaikan bagaimana seorang pemuda seperti Jho Low mampu berbelanja 
seperti itu.

http://anwaribrahimblog.com/2010/05/28/siapa-taek-jho-low-amk-mahu-dia-disiasat/

Big-spending Malaysian is the mystery man of city club scene
By JENNIFER GOULD KEIL and BRIAN NIEMIETZ

Last Updated: 9:16 PM, November 8, 2009


A fleet of black Cadillac Escalades hums outside Chelsea hot spot Avenue -- the 
A-list watering hole of such celebrities as Justin Timberlake and Lindsay Lohan.

As the car doors open, a dozen men emerge and a bouncer whisks them over the 
club's threshold, past a group of shivering models behind the velvet rope.

Who is it? one of them wonders out loud. Is it P. Diddy?

But the man at the center of the entourage isn't a celebrity. He isn't even a 
mogul. He's Taek Jho Low, a 20-something Wharton grad from Malaysia who has 

Help Palestine [hidayahnet] Berjanji di masjid , 16 tahun kerajaan belum tunai

2010-07-27 Terurut Topik Suara Rakyat
Lebih 50 mangsa kebakaran di Kuala Perlis menuntut kerajaan negeri mengotakan 
janji untuk menyediakan perumahan tetap kepada mereka, yang kini sudah hampir 
16 tahun. Dulu kami dijanjikan kediaman kekal. Mereka berjanji dalam masjid. 
Namun begitu, apa yang kami perolehi sekarang ialah masih menetap di sini

 
Tagih janji 16 tahun

Berita Harian 16 Julai 2010 

KANGAR: Lebih 50 mangsa kebakaran besar Kampung Seberang Tok Pi, di Kuala 
Perlis, di sini, menuntut kerajaan negeri mengotakan janji untuk menyediakan 
perumahan tetap kepada mereka, yang kini sudah hampir 16 tahun menunggu 
bagaikan `buah yang tak gugur. 

Desakan itu dibuat selepas majoriti penduduk bosan dengan helah pihak berwajib, 
sehingga memaksa mereka terdampar selama 16 tahun di lokasi penempatan semula 
di Flet Kuala Perlis, di sini. Paling teruk, sudahlah ditempatkan di flet yang 
tidak memiliki sijil layak menduduk (CF), kini penduduk diarah pula berpindah 
sementara ke Flet Seri Sena di Kampung Bakau, di sini, sedangkan perjanjian 
asal kerajaan bersetuju menyediakan kediaman kepada mangsa di Padang Cina, 
Kuala Perlis.  Justeru, semua lebih 50 mangsa kebakaran berkenaan, kelmarin 
berkumpul di tapak pasar malam di Kuala Perlis, di sini, untuk mengumpulkan 
tandatangan sekali gus membuktikan mereka serius menuntut janji yang disuarakan 
kerajaan 16 tahun lalu. 

Wakil penduduk, Mohd Nor Zainon, 27, berkata berdasarkan perjanjian asal 
kerajaan negeri akan memindahkan semua mangsa ke penempatan semula di Padang 
Cina, yang mana rumah teres dua tingkat di Lot 125, 126, 139 dan sebahagian di 
Lot 124 di mukim Kuala Perlis akan disediakan kepada mangsa. 

Untuk itu, katanya, semua mangsa akan ditempatkan secara sementara di Flet 
Kuala Perlis selama lima tahun. 

Bagaimanapun, beliau berkata, selepas tempoh itu berakhir rumah yang dijanjikan 
tetap tidak kelihatan dan kini ia sudah mencecah hampir 16 tahun. 
Kami sekarang sudah masuk generasi kedua mangsa kebakaran Kampung Seberang Tok 
Pi dan selama 16 tahun kami hidup dalam keadaan berisiko di kediaman sempit 
yang tidak memiliki CF yang, seolah-olah menunggu masa untuk roboh. 

Kami sudah hidup 16 tahun di flet dua bilik yang semakin lama semakin uzur. 
Kini mangsa kebakaran Kampung Seberang Tok Pi sudah masuk ke generasi ketiga 
dan kami tidak mahu anak-anak kami hidup dalam keadaan terdesak seperti kami, 
sedangkan kami sepatutnya sudah memiliki rumah yang lebih sempurna, katanya 
ketika ditemui, di sini. 

Terdahulu, Mohd Nor bersama 50 yang lain turut menandatangani memorandum khas 
yang akan disertakan bersama perjanjian terdahulu antara mangsa dan kerajaan 
negeri untuk dimajukan kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu 
dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Difahamkan, seramai 53 keluarga dilapor menjadi mangsa dalam kebakaran besar 
pada petang 1994 lalu membabitkan dua kampung iaitu Kampung Seberang Tok Pi dan 
Kampung Puju, di sini. 

Selain itu, 117 lagi keluarga dilapor turut terjejas dalam satu lagi kebakaran 
besar di kampung Puju pada 2003 lalu, sebelum kerajaan negeri memutuskan untuk 
menyediakan penempatan kepada semua mangsa. 

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Kampung Seberang Tok Pi, Mohd Ishak Lazin, 
berkata kerajaan negeri kini mahu semua penduduk dipindahkan sementara ke Flet 
Seri Sena untuk membolehkan Flet Kuala Perlis dibaik pulih. 

Kami tidak tahu berapa lama kami perlu tinggal di Flet Seri Sena kerana 
sebelum ini pun kami hanya dijanjikan tinggal sementara di Flet Kuala Perlis, 
sebaliknya kami semua terus terdampar di sana sehingga kini. 

Kami mahu kerajaan negeri telus dalam pelaksanaan terutama dalam menunaikan 
janji yang ditabur dan kami semua mahukan kediaman yang dijanjikan, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Utara_Tagihjanji16tahun/Article 


53 mangsa kebakaran tuntut janji

Utusan Malaysia 16 Julai 2010 

KANGAR 15 Julai - Semua 53 keluarga mangsa kebakaran yang ditempatkan di Rumah 
Pangsa Kuala Perlis di sini, meminta kerajaan menyediakan kediaman kekal buat 
mereka seperti yang dijanjikan 16 tahun lalu.

Mangsa-mangsa bencana itu mahu kerajaan mengotakan janji selari dengan slogan 
'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

Rata-rata mangsa terlibat dalam suasana tidak selesa kerana sejak selepas 
kebakaran 7 Februari 1994, kehidupan keluarga terlibat ternyata tidak selesa, 
terutama apabila kediaman sementara sekarang sempit dan rosak teruk.

Mereka yang terlibat mendakwa, pihaknya terpaksa mengadakan sidang akhbar 
sambil membawa para wartawan menyaksikan sendiri status kediaman sekarang, 
setelah masalah yang dikemukakan kepada beberapa pihak selama ini tidak 
mendapat perhatian.

Salah seorang daripadanya, Badelishah Md. Jusoh, 50, berkata, mereka sepakat 
untuk mengadakan sidang akhbar kerana rungutan yang dikemukakan kepada kerajaan 
negeri seperti diabaikan.

Kami sudah meminta pertolongan daripada semua pihak yang sepatutnya. Ini 
termasuklah wakil-wakil rakyat dahulu 

Help Palestine [hidayahnet] Kerjasama erat Israel dan N.Sembilan ?

2010-07-26 Terurut Topik Suara Rakyat
AQSA SYARIF adalah sebuah badan bermotif kebajikan. Misi AQSA SYARIF adalah 
Penyebaran Maklumat tentang Palestin, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan 
Kerjasama menyeru semua rakyat Malaysia supaya tidak melanggan produk-produk 
yang dikenalpasti memberi sokongan kepada ekonomi Israel. Empat barangan yang 
jelas menyumbang kepada ekonomi Israel ialah McDonald, Coca-Cola, L’oreal dan 
Nestle.

( Tak lama lagi kilang Coca Cola antara yang terbesar di rantau ini akan siap 
di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Kilang Nestle pula dah lama bertapak 
di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan.)

**

Kenyataan Media AQSA SYARIF

AQSA SYARIF menyeru semua rakyat Malaysia, khususnya umat Islam supaya tidak 
melanggan produk-produk yang dikenalpasti memberi sokongan kepada ekonomi 
Israel.

Empat barangan yang jelas menyumbang kepada ekonomi Israel ialah McDonald, 
Coca-Cola, L’oreal dan Nestle.

Umat Islam diseru supaya mengutamakan barangan tempatan dan hanya melanggan 
produk asing terutama dari Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Israel 
apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan terakhir.

Ust. Hasanuddin bin Mohd Yunus
Pengerusi AQSA SYARIF

AQSA SYARIF adalah sebuah badan bermotif kebajikan yang didaftarkan di Malaysia 
No. 729288P.

Misi AQSA SYARIF adalah Penyebaran Maklumat tentang Palestin, Bantuan 
Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama.

AQSA SYARIF beribu pejabat di Kajang Selangor.
No. Telefon: 013-728;
E.mail: ad...@aqsasyarif.com ; myhasanud...@gmail.com ;
Laman Web: www.aqsasyarif.com.

http://kedah-karisma.blogspot.com/2010/03/kenyataan-akhbar-aqsa-syarif-situasi.html






Help Palestine [hidayahnet] Pondok usang jadi rumah, PPRT tak dapat

2010-07-26 Terurut Topik Suara Rakyat
Saya tidak tahu kenapa saya tidak menerima bantuan itu sehingga kini sedangkan 
permohonan dilakukan. Saya hanya mengambil hasil hutan sebagai pendapatan 
sampingan. Hasil pendapatan bergantung kepada hasil hutan tetapi hanya sekitar 
RM200. Saya juga tidak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat


Pondok usang tempat berteduh
Sinar Harian 15 Julai 2010

CHERGUN , Batu Kikir , N.Sembilan – Satu keluarga perkampungan Orang Asli masih 
tinggal di pondok menggunakan daun palas sebagai atap, berlantaikan pokok 
batang pinang dan berdindingkan pokok buluh serta kayu.

Entah di mana silapnya, hanya satu keluarga belum menerima bantuan Program 
Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) setelah tinggal di kampung itu sejak 26 tahun.

Samsul Ikal, 26, berkata, permohonan dilakukan pada 2006 tetapi sehingga kini 
masih tidak menerima sebarang khabar berita daripada pihak berkaitan.

“Saya lahir di kampung ini. Pondok ini dibina sebelum saya lahir lagi. Justeru, 
permohonan dilakukan pada 2006 untuk menggantikan pondok ini kepada sebuah 
rumah selesa kerana saya sudah berkeluarga.

“Saya mempunyai tiga anak yang masih kecil lagi. Mereka akan membesar, sudah 
pasti saya ingin memberi keselesaan kepada anak dan isteri,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 10 rumah Orang Asli di kampung itu menerima rumah PPRT 
tetapi hanya keluarganya sahaja belum menerima bantuan itu.

“Saya tidak tahu kenapa saya tidak menerima bantuan itu sehingga kini sedangkan 
permohonan dilakukan.

Mungkin kerana nama saya tercicir atau terlepas pandang daripada pihak 
berkaitan. Saya mohon kepada mereka supaya membantu saya dan keluarga untuk 
hidup dalam keadaan selesa, katanya.

Samsul berkata, kehidupannya menjadi semakin rumit apabila tidak mempunyai 
pendapatan tetap.

“Saya hanya mengambil hasil hutan sebagai pendapatan sampingan. Hasil 
pendapatan bergantung kepada hasil hutan tetapi hanya sekitar RM200.

“Saya juga tidak menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 
Jika tidak dapat meringankan beban sekeluarga,” katanya.

Pondok kecil didiaminya sekarang serba kekurangan apabila tidak mempunyai 
bekalan elektrik dan setiap malam hanya bertemankan cahaya lilin.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7955060.asp






Help Palestine [hidayahnet] Saiful Apek takut mahkamah Padang Mahsyar

2010-07-19 Terurut Topik Suara Rakyat
Saiful Apek sentiasa percaya, Allah Maha Kaya untuk menentukan jatuh bangun dan 
rezekinya. Saya lebih takut apabila diadili di mahkamah mutlak iaitu di Padang 
Mashyar kelak, katanya. Saya akan cuba bermati-matian menerusi kempen 
antialkohol, dadah dan penganiayaan.

Adakah dakwaan Saiful Apek Kena Tipu RM500,000 oleh sebuah syarikat penerbitan 
filem ada kaitan dengan kes ini ? 

Mana pergi peguam pembela rakyat , pembela Melayu , pembela artis , pembela 
keadilan dalam kes Saiful Apek ini ?

* 
Saiful Apek tidak gentar
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Terharu, sebak kerana ramai peminat terus bagi sokongan

TABURLAH apa saja kata nista atau penghinaan terhadapnya, semua itu tidak 
pernah sesekali menakutkan Artis Komedi Popular, Saiful Apek, 41, untuk 
bertentang mata dengan masyarakat.

Suara minoriti yang cuba melemahkan semangat perjuangannya itu tidak akan 
sesekali diendahkan. Saiful Apek sentiasa percaya, Allah Maha Kaya untuk 
menentukan jatuh bangun dan rezekinya.

Saya lebih takut apabila diadili di mahkamah mutlak iaitu di Padang Mashyar 
kelak, katanya dalam nada lemah ketika dihubungi atas bantuan pengurusnya, 
Adam, petang Sabtu lalu.

Diserang selsema, batuk dan demam, artis komedi kelahiran Gombak, Selangor itu 
berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana dipilih melalui pengalaman 
yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit atau harta benda.

Biar mungkin ada yang mencemuh, Saiful berkata, peristiwa penahanan selama lima 
hari kerana disyaki mengambil dadah membawanya melalui satu proses peralihan 
yang sukar untuk digambarkan dengan perkataan.

Sakit dan trauma berdepan situasi itu masih dirasai tetapi kata pelakon yang 
baru muncul dengan filem Kecoh Betul, peristiwa itu juga akhirnya menemukan dia 
dengan siapa dirinya yang sebenar.

Saya lebih kenal siapa diri saya, juga tahu siapa yang menyayangi dan membenci 
saya. Saya lalui satu proses yang sukar tetapi masih ada yang menyayangi. Saya 
berterima kasih kepada segelintir peminat yang bersusah payah mengumpul dana, 
bahkan ada yang memecah tabung wang simpanan semata-mata kerana mahu saya 
bebas, katanya dalam sebak yang tertahan.

Sepanjang lima hari direman, Saiful berterima kasih kepada polis kerana 
menjaganya dengan baik. Baginya, polis sudah menjalankan kerja mereka dengan 
adil dan bijaksana.

Maaf saya tidak dibenarkan untuk mengulas kejadian malam itu. Saya juga tidak 
boleh memberi komen lain yang berkaitan kejadian. Apa yang dapat saya kongsi 
cuma pengalaman berharga yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.

Saya percaya kepada Allah. Saya sentiasa meyakinkan diri setiap apa juga 
musibah yang datang tidak akan menjejaskan diri dan nama baik saya. Untuk 
menjadi manusia terbaik, saya harus melalui perkara yang buruk dulu.

Kepada mereka yang cuba menutup pintu rezeki saya, mereka harus ingat Allah 
Maha Kaya. Dia yang memberikan rezeki kepada setiap manusia dan saya percaya 
itu, katanya.

Diasak pertanyaan, apa mungkin penangkapannya itu berlaku disebabkan 
penganiayaan, Saiful Apek enggan mengulas sebaliknya menyerahkan kepada Allah 
untuk memberikan keadilan.

Pada 13 Jun lalu, Saiful ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu 
Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bersama beberapa rakannya kerana disyaki 
mengambil dadah. Dia bersama-sama suspek yang lain ditahan selama lima hari 
bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 
Bagaimanapun, pada Jumaat lalu (18 Jun), Saiful dibebaskan dengan jaminan polis.

Mahu berehat seketika

DALAM rendah diri, Saiful yang sudah 12 tahun menekuni industri hiburan 
mengumumkan hasratnya untuk berundur sementara kerana enggan peristiwa 
penahanan itu memberi impak kepada keluarga dan anaknya yang sedang membesar.
Katanya, keutuhan dirinya tidak tergugat dengan insiden yang berlaku sebaliknya 
ingin memanfaatkan kesempatan itu untuk berehat dan meluangkan lebih banyak 
masa bersama keluarga.

Saya sudah terlalu penat bekerja dan banyak berhutang masa dengan keluarga. 
Mungkin ini fadilat yang saya peroleh daripada peristiwa penahanan itu.

Biarpun saya berehat daripada industri seni tetapi keputusan itu tidak pernah 
menamatkan perjuangan saya untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Saya akan 
cuba bermati-matian menerusi kempen antialkohol, dadah dan penganiayaan.
Keinsafan itu timbul ketika saya ditahan, membuatkan saya sangat bersyukur 
kerana kembali mendapat nikmat kebebasan, katanya.

Tidak menetapkan tempoh tertentu untuk berehat, Artis Paling Popular, Anugerah 
Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 itu berkata, dia akan kembali ke 
dunia seni apabila sudah bersedia nanti.

Meniti hidup dalam bidang seni mengingatkan Saiful supaya sentiasa meletakkan 
dirinya sebagai seorang pelajar kerana proses menimba ilmu itu tidak akan 
pernah berakhir.

Jadi tidak akan ada istilah bersara atau letak jawatan, sebaliknya saya cuma 
mahu berundur diri seketika. Saya tidak mahu nanti akan ada suara yang 

Help Palestine [hidayahnet] Berapa ramai Melayu dapat 9A biasiswa JPA

2010-07-19 Terurut Topik Suara Rakyat
Agak-agaklah kan berapa ramai pelajar Melayu yang dapat 9A+ yang berjaya 
memperolehi biasiswa JPA untuk sambung belajar di IPT ? Kalau ikut laporan 
akhbar The Star 15 March 2010 hanya 2 orang Melayu dari 7 orang pelajar untuk 
Negeri Sembilan. Maknanya hanya 28% Melayu N.Sembilan dapat biasiswa JPA.

Minta maaflah pasangan kembar Khairun Athirah dan Khairun Amirah Abdul Razali 
dari SM Agama Persekutuan Labu yang mendapat 11 A , anda tak dapat biasiswa JPA 
kerana hanya mendapat 8A+ iaitu  8A+, 2A dan 1A.

Kementerian Pelajaran ada berani ke , senaraikan semua pelajar seluruh Malaysia 
yang dapat 9A+ , ikut bangsa ?

Takkan isu ni pun Umno nak ajak PAS duduk semeja ?

Keputusan PM dan TPM yang buat sendiri, buat apa lagi nak bincang semeja.

Aaah , itu semua tak penting. Yang penting Mentor minggu ni misti tengok, undi 
untuk menang orang Melayu. Showdown 2010 pun penting. Lepak di Dataran Senawang 
pun penting.

1. Justin Wee
2. V. Janaeni
3. Belinda Kaur Xavier
4. B. Kirudarshini
5. V. Shanggari
6. Khadijah Ahmad Jais
7. Syamilah Mahali

***
Monday March 15, 2010
SPM: Seremban school is country’s top achiever

Khadijah Ahmad Jais from SM Agama Persekutuan Labu, who scored 11A+ Syamilah 
Mahali from Kolej Tunku Kurshiah, who achieved 10A+
Justin Wee from St Paul’s Institution (SPI), who scored 10A+
Khairun Athirah and Khairun Amirah Abdul Razali from SM Agama Persekutuan Labu, 
8A+’s, 2A’s and 1A- each.

SMK Puteri Seremban V. Janaeni scored 9A+while classmates Belinda Kaur Xavier, 
B. Kirudarshini and V. Shanggari all got 9A+’s and 1A.
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/3/15/central/5854234sec=central






Help Palestine [hidayahnet] Tiada Lagi Hak Istimewa Pelajar Melayu

2010-07-16 Terurut Topik Suara Rakyat
Semua pelajar yang dapat 9A+ dalam SPM layak otomatik dapat biasiswa kerajaan 
Malaysia pimpinan Umno. Kementerian Pelajaran ada berani ke siarkan dalam 
akhbar senarai semua pelajar dapat 9A+ dalam SPM 2009 ? Mari kita tengok ramai 
pelajar Melayu, Cina atau India. Eloklah tarik semua hak istimewa pelajar 
Melayu ni. Biar Melayu cemerlang dalam Akademi Fantasia, Mentor, Showdown dan 
apa-apa bentuk hiburan.

***
PELAJAR 9A+ TAK DAPAT BIASISWA DIMINTA MAKLUM KEPADA JPA
Berita Harian 12 Julai 2010

AMPANG: Pelajar cemerlang yang mendapat 9A+ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 
tahun lalu, tetapi tidak memperoleh biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), 
diminta memaklumkannya kepada JPA untuk ditawarkan biasiswa itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan 
menunaikan dasar yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak, kelmarin bahawa semua 
pelajar terbabit ditawarkan biasiswa JPA mengikuti pengajian ijazah pertama di 
dalam dan luar negara tanpa mengira kaum.

“Kenyataan Perdana Menteri itu pasti menggembirakan semua pihak. Jika ada yang 
tertinggal walaupun sebahagian besar daripada senarai (penerima biasiswa JPA) 
sudah diumumkan, prinsip itu kita akan guna selaras keputusan Perdana Menteri,” 
katanya semalam. Sementara itu, di Labuan, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd 
Puad Zarkashi, berkata lebih ramai pelajar cemerlang mendapat 9A+ dalam SPM 
tahun lalu akan ditawarkan biasiswa JPA berbanding diumumkan sebelum ini.

Beliau berkata, jumlah berkenaan melebihi 1,750 pelajar yang ditawarkan 
biasiswa JPA bagi mengikuti Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan 100 pelajar 
mengikuti Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

Pengumuman Datuk Seri Najib Razak mengenai kesediaan JPA menawarkan biasiswa 
berkenaan akan menyebabkan pelajar cemerlang yang ditawarkan biasiswa JPA 
tetapi tidak terpilih di bawah PILN, mengikuti pengajian ke institusi pengajian 
tinggi (IPT) tempatan dan kampus cawangan terpilih bertambah berbanding 1,900 
sebelum ini.

Beliau berkata, walaupun penawaran itu di bawah bidang kuasa JPA, Kementerian 
Pelajaran menjangka lebih ramai pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan itu 
akan ditawarkan biasiswa berkenaan.
Sehubungan itu, Mohd Puad mengingatkan ibu bapa pelajar Bumiputera dan bukan 
Bumiputera yang anak mereka mencapai kecemerlangan berkenaan tidak lagi 
mempersoalkan keikhlasan kerajaan mengagihkan biasiswa JPA.

Tidak akan timbul lagi orang Cina atau India atau kaum lain bising kata anak 
mereka dapat keputusan baik 9A+ tetapi tidak ditawarkan biasiswa JPA, katanya.

Mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 
dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Mohd Puad berkata, perbincangan meja bulat 
Kementerian Pelajaran pada 17 Julai ini akan meneliti aspek kononnya jika ia 
dilaksanakan, bakal menyebabkan syarikat penerbitan buku ulang kaji dan 
pengusaha tuisyen gulung tikar.

Pendidikan bukan untuk dijadikan bahan perniagaan. Pendidikan adalah untuk 
membina minda dan membentuk insan. Janganlah kita jadikan pelajaran sebagai 
bahan untuk membuat keuntungan. Bagaimanapun, perbincangan meja bulat akan 
meneliti perkara ini, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajar9A_takdapatbiasiswadimintamaklumkepadaJPA/Article







Help Palestine [hidayahnet] Kapal selam negara, siapa nak bakar Malay Mail ?

2010-07-14 Terurut Topik Suara Rakyat
Laporan akhbar Malay Mail pada 7 Julai 2010 menyatakan kapal selam pertama 
negara KD Tunku Abdul Rahman mengalami kerosakan selepas ujian di laut tropika. 
Pada 11 Julai Panglima TLDM menafikan laporan tersebut dan mengatakan laporan 
Malay Mail adalah tidak tepat dan mengelirukan. Nah , memang rakyat dah keliru. 
Kalau tidak tepat dan mengelirukan KDN sila ambil tindakan, siasat Malay Mail 
dan batal permit. Siapa pula nak demo bakar akhbar Malay Mail ? Peneroka Felda 
? Laskar TLDM ? Perkasa ?

**
TLDM NAFI KAPAL SELAM ROSAK
Berita Harian 11 Julai 2010

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menafikan laporan media, 
bahawa kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) sudah tidak 
berupaya menyelam disebabkan mengalami kerosakan besar.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyelar laporan akhbar 
harian berbahasa Inggeris itu dan menyifatkannya tidak bertanggungjawab kerana 
menyiarkan maklumat tidak tepat dan mencemarkan imej TLDM. “TLDM kesal dengan 
laporan itu yang ternyata tidak tepat dan mengelirukan, menyebabkan orang ramai 
menerima maklumat salah mengenai status sebenar KD TAR,” katanya dalam satu 
kenyataan di sini, semalam. Aziz berkata, tidak ada negara yang membincangkan 
mengenai status operasi kapal salam berkenaan melalui media kerana ia adalah 
senjata strategik yang sensitif.

Beliau menjelaskan, kapal selam itu selamat berlabuh di Kota Kinabalu pada 17 
September tahun lalu dan sudah menyelam 8,300 batu nautika dengan 31 hari 
menyelam sepanjang 43 hari berada di laut.

“Baru-baru ini, kapal selam itu juga berjaya dalam tembakan ujian peluru 
berpandu semasa beroperasi di Laut China Selatan,” katanya.

Katanya, isu ‘Keupayaan Operasi Awal’ atau ‘mengisytiharkan operasi sepenuhnya’ 
tidak timbul memandangkan kapal selam terbabit tidak akan berjaya menamatkan 
perjalanannya sekiranya tidak beroperasi sepenuhnya.

“KD TAR sudah memperbetulkan kerosakan dan kelemahannya, tetapi kerosakan itu 
tidak membahayakan krew dan kapal selam sehingga menyebabkan ia tidak mampu 
menyelam seperti didakwa laporan akhbar berkenaan,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TLDMnafikapalselamrosak/Article

*

'KD Tunku Abdul Rahman' moored as more problems crop up
Submitted by Najiah on Wednesday, July 7th, 2010

KD Tunku Abdul Rahman Local Royal Malaysian Navy (RMN) Sabah submarine Teluk 
Sepanggar naval base

MARHALIM ABAS
Wednesday, July 7th, 2010 12:35:00

PETALING JAYA: KD Tunku Abdul Rahman remains at the Teluk Sepanggar naval base 
in Sabah as problems have again resulted in the submarine being docked.

The Malay Mail was informed by defence industry sources that the unspecified 
problems were detected after the submarine completed its tropical water trials 
last month. A routine maintenance check later revealed the problems.

Since then, the submarine has remained at the naval base unfixed.

It is learnt although the vessel obtained its Initial Operational Capability 
(IOC), it may take longer to be declared fully operational.

However, the arrival of the second Perdana Menteri-class submarine, KD Tun 
Razak, on July 2, was a godsend for the crew of its sister ship, KD Tunku Abdul 
Rahman. The crew is expected to take over the second submarine during its 
mandatory tropical water trial.

Sources said this was necessary as the KD Tunku Abdul Rahman crew may lose 
their submariners rating if they remained on land.

In February, The Paper That Cares reported that KD Tunku Abdul Rahman suffered 
a technical defect that prevented it from diving for three months. The 
submarine started tropical water trials on Feb 20.

KD Tunku Abdul Rahman was commissioned early last year after undergoing a 
two-year trial period in France.

The Royal Malaysian Navy procured the two submarines for RM3.4 billion in 2002 
from French/Spanish shipbuilders, DCNS and Navantia

http://www.mmail.com.my/content/42364-kd-tunku-abdul-rahman-moored-more-problems-crop






Help Palestine [hidayahnet] Mahathir kritik kerajaan lagi, isu Tony Blair pula

2010-07-12 Terurut Topik Suara Rakyat
Apa yang bermain di benak Tun Dr Mahathir sekarang ini ? Dia cuba mengkritik 
kepimpinan negara akhir-akhir ini. Bermula dengan isu pembelian helikopter , 
kemudian isu Wawasan 2020, sekarang isu Tony Blair. Tun cukup marah apabila 
Tony Blair diberi layanan VVIP apabila datang ke Malaysia baru-baru ini.

Personally I don't care for any special treatment for me when I travel abroad. 
But at Heathrow, London, I was treated as a terrorist. I had to take off my 
shoes, belt and coat and was body searched for weapons by British security 
before I was allowed to go through. When Blair the war criminal came here to 
speak for RM1 million (GBP200,000) he was treated as a Government guest and 
given VIP treatment.

*
TONY BLAIR 2
By Dr. Mahathir Mohamad on July 9, 2010 
http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/07/tony-blair-1.html


1. British papers headlined Blair's battle with law chief over Iraq. Tony 
Blair was told the Iraq war was illegal by Attorney-General (Lord Goldsmith) 
the day before he (Blair) gave George Bush the go-ahead for invasion.

2. Blair's fury at the repeated warnings from Lord Goldsmith was laid bare as 
secret memos were published by the Chilcot Inquiry on the British involvement 
in the Iraq war after the memos were declassified by the Government.

3. On the memo by Lord Goldsmith, the Attroney-General, Blair scribbled, I 
just don't understand this. The memo was published in British newspapers.

4. When Bush said on January 31st 2003, that bombing (of Iraq) would begin in 
mid-March, David Manning, the PM's chief foreign policy adviser recorded 
Blair's reaction; The Prime Minister said he was solidly behind the President.

5. It is not surprising therefore that the US has honoured Blair with a medal 
and GBP 67,000.

6. The award according to David Eisner of the National Constitution Centre of 
America is because Tony Blair has significantly furthered the expansion of 
freedom, self governance, equality and peaceful co-existence. It is the height 
of hypocrisy.

7. Malaysian Achievers should be happy that they are not alone in their 
admiration of Tony Blair. But anti-war campaigners reacted furiously and Andrew 
Burgin of the Stop the War Coalition said, This is unbelievable. It is a 
reward for supporting Bush in the war against Iraq.

8. It is the deaths of a million people in Iraq that Blair should be 
remembered for.

9. True to his ilk, Blair supported Israel's attack and killings of aid workers 
of the humanitarian flotilla to Gaza. Blair considers Israel's attack and 
piracy in international waters as constituting a right to defend itself.

10. When Blair the war criminal came here to speak for RM1 million (GBP200,000) 
he was treated as a Government guest and given VIP treatment.

11. Personally I don't care for any special treatment for me when I travel 
abroad. But at Heathrow, London, I was treated as a terrorist. I had to take 
off my shoes, belt and coat and was body searched for weapons by British 
security before I was allowed to go through.

12. I was reminded of the Hindi film, starring Shah Rukh Khan entitled, My 
name is Khan, in which Khan tried to meet the President of the United States 
to tell him, Mr President, my name is Khan. I am not a terrorist.

13. I felt like shouting should I meet Mr Cameron, Prime Minister of the United 
Kingdom of England, Scotland and Northern Ireland, Mr Prime Minister, my name 
is Mahathir. I am the former Prime Minister of Malaysia. I am not a terrorist.

14. But of course I will not do it. I will continue to be treated as a 
terrorist in the United Kingdom while Mr Moneybags war criminal Tony Blair will 
be given full VVIP treatment by the Malaysian Government when he visits 
Malaysia, a former British colony.

*
Ahad April 25, 2010
Protes Terhadap Blair Berlangsung Secara Aman

PETALING JAYA: Hampir 100 orang termasuk rakyat Iraq yang tinggal di Malaysia 
mengadakan protes secara aman di hadapan Sunway Pyramid di sini kerana 
membantah kedatangan bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair ke Malaysia.

Kumpulan itu mula berkumpul pada pukul 9.30 pagi dengan memegang kain rentang 
dan poster memaparkan wajah Blair dengan tulisan War Criminal, Tony Blair, No 
Entry dan melaung kata-kata seperti: Blair adalah seorang penjenayah perang 
dan Dakwa Blair di Mahkamah Antarabangsa.

Setengah jam kemudian Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) 
Datuk Ibrahim Ali menyertai kumpulan itu dan mereka kemudian membaling selipar 
dan kasut pada kain rentang yang mempunyai wajah Blair dan memijak sebelum 
membakarnya.

Kedatangan Blair ke Malaysia adalah untuk memberi ceramah pada satu kongres 
perniagaan yang berlangsung selama tiga hari yang bermula semalam di Pusat 
Konvensyen Sunway yang dianjurkan oleh Success Resources Company, sebuah 
syarikat yang berpangkalan di Singapura.

Kira-kira 20 orang anggota polis membuat kawalan sepanjang protes itu 
berlangsung bagi menentukan tidak berlaku 

Help Palestine [hidayahnet] Penganjur Skim Pelaburan Lintah Sedang Diburu

2010-07-12 Terurut Topik Suara Rakyat
SSM Jejaki Bapa dan Anak Bantu Siasatan Skim Pelaburan
Khamis Julai 8, 2010

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang berusaha menjejaki 
seorang bapa dan anaknya bagi membantu siasatan terhadap sebuah syarikat yang 
dikatakan gagal memberikan pulangan keuntungan kepada pelabur sepertimana yang 
dijanjikan selepas tamat tempoh matang.

Pegawai Perhubungan Awam SSM Mohamad Shahren Mohamad Yusri dalam satu kenyataan 
berkata, pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk menjejaki Manoharan a/l 
Kandan, 48, dan anaknya M.Kesavanmahe, 22, yang beralamat di No 1071 Jalan 
Lavender Heights 24, Taman Lavender Heights, Negeri Sembilan.

Beliau berkata syarikat berkenaan, Mahekhamay Agrotech Farms Group, disiasat 
berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai terhadap skim pelaburan 
penternakan lintah yang ditawarkannya.

Katanya, kebanyakan pelabur mendakwa mereka gagal memperolehi semula wang 
pelaburan serta pulangan keuntungan seperti yang dijanjikan selepas tamat 
tempoh matang.

Pelabur gagal mengesan dan menghubungi penganjur skim pelaburan itu, siasatan 
dijalankan di bawah seksyen 366 (1) dan 363 (3) Akta Syarikat 1965, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mengetahui lokasi, alamat dan nombor telefon 
terkini kedua-dua lelaki itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat SSM Encik 
Luqman Baharam di talian 03-22995381 atau Pegawai Pegawai Penyiasat Kanan SSM 
Encik Baharudin Atan di talian 03-22995347. - BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/8/mstar_berita/20100708215802sec=mstar_berita

***

Sindiket pelaburan kebas duit

Sinar Harian 21 Jun 2001

SEREMBAN – Dengan bertopengkan skim pelaburan berasaskan projek ternakan 
lintah, seorang lelaki dan anaknya berjaya memperdayakan kira-kira 3,000 mangsa 
di seluruh negara serta membawa lari wang tunai dianggarkan RM40 juta.

Lelaki terbabit, 50an, dan anaknya berumur sekitar 20an dipercayai mengaburi 
mata mangsa dengan menjanjikan pulangan berlipat ganda nilai pelaburan dalam 
tempoh enam bulan.

Skim pelaburan putar alam itu dikendalikan menerusi sebuah syarikat beroperasi 
awal 2008 hingga tahun lalu dan mempunyai ibu pejabat di bandar ini, selain 
beberapa cawangan di negeri lain.

Akibat kegiatan penipuan itu, mangsa melibatkan masyarakat pelbagai kaum 
termasuk orang kenamaan mengalami kerugian antara RM5,000 hingga RM1.5 juta.

Seorang mangsa, Mohamad Halim Husnan, 40, dari Seremban, berkata, ramai yang 
terpedaya kerana publisiti meluas skim itu di sebuah akhbar pada awal 2008.

“Syarikat terbabit menjanjikan pulangan kira-kira RM12,500 bagi setiap RM5,000 
dilaburkan selepas enam bulan bagi projek menternak lintah. Lebih banyak jumlah 
dilaburkan, lebih tinggi nilai pulangan.

“Pada dua bulan pertama, memang ada pelabur yang mendapat sedikit pulangan. 
Namun, bagi bulan-bulan berikutnya, kami tidak menerima walau satu sen pun,” 
katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan kira-kira 150 mangsa penipuan 
skim berkenaan di Rasah dekat sini, semalam.

Dia yang mempengerusikan majlis perjumpaan itu berkata, pelabur mengesyaki 
ditipu cuba meminta wang dikembalikan, tetapi gagal kerana syarikat didapati 
tidak beroperasi dan pejabatnya disita.

Kata Mohamad Halim, dua lelaki terbabit dan semua ahli keluarga mereka tidak 
dapat dikesan serta terdapat kemungkinan mereka melarikan diri ke luar negara.

Beliau mendakwa, kegiatan penipuan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi 
sehingga kini, semua mangsa tidak pasti tentang tindakan susulan diambil.

“Pada perjumpaan hari ini (semalam), kami sepakat untuk mengemukakan memorandum 
kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri 
Ismail Sabri Yaacob di Parlimen, 30 Jun ini.

“Selain itu, kami akan melantik peguam supaya tindakan undang-undang diambil 
terhadap semua pemilik syarikat berkenaan,” katanya.

Mohamad Halim yang kerugian RM20,000 berkata, dipercayai masih ramai mangsa 
penipuan skim pelaburan ternakan lintah itu belum tampil membuat laporan dan 
meminta mereka menghubunginya di talian 012-3848840.

Sementara itu, mangsa, S Magindran, 45, dari Rawang, Selangor, berkata, dia dan 
dua rakannya menyertai skim terbabit untuk menambah pendapatan.

Bagaimanapun, kata Magindran, hasrat itu tidak kesampaian malah menyebabkan 
mereka terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM10,000.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7849082.asp

***

Mahen ‘tawan’ lintah

SEREMBAN 22 Dis. – Apabila sebut lintah, ramai yang geli dan tidak kurang pula 
yang menutup telinga kerana tidak mahu mendengar kisah ‘si penyedut darah’ ini.

Tetapi jika kita terus bersembang dan bercerita mengenai lintah, ia akan 
membuatkan anda merasa terpukau, terpegun dan tidak kurang juga yang balik ke 
rumah memikirkan cara untuk melabur dalam sektor pertanian melalui penternakan 
lintah.

Inilah yang dibuktikan seorang pemuda apabila menjadikan usaha menternak lintah 
sebagai pendapatan lumayan selepas 

Help Palestine [hidayahnet] Wawasan 2020 Gagal kata Tun Dr Mahathir jika

2010-07-12 Terurut Topik Suara Rakyat
Adakah Tun Dr Mahathir cuba mengkritik kepimpinan negara secara halus dan tidak 
langsung ? Malaysia boleh mencapai Wawasan 2020, iaitu untuk mencapai status 
negara maju, sekiranya beberapa strategi pembangunan dan ekonomi ditukar, kata 
Tun Dr Mahathir Mohamad. Untuk mencapai Wawasan 2020, negara perlu memperoleh 
pertumbuhan ekonomi sebanyak tujuh peratus setiap tahun bagi tempoh 30 tahun.

Sebelum ini pun Tun Dr Mahathir secara tidak langsung mengkritik pembelian 
helikopter Eurocopter untuk menggantikan helikopter Nuri TUDM, kisahnya di 
http://amkns.blogspot.com/2010/07/dr-mahathir-perli-pembelian-helikopter.html 

*** 
09 Julai, 2010 00:14 AM

Wawasan 2020 Mampu Dicapai Jika Beberapa Strategi Pembangunan Dan Ekonomi 
Ditukar - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Malaysia boleh mencapai Wawasan 2020, iaitu 
untuk mencapai status negara maju, sekiranya beberapa strategi pembangunan dan 
ekonomi ditukar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri yang mengilhamkan wawasan itu pada 1991, berkata ini 
kerana krisis kewangan dunia serta krisis dalaman negeri pada tahun 1997 dan 
1998 sedikit sebanyak telah menyekat pertumbuhan ekonomi negara seperti yang 
dirancang.

Untuk mencapai Wawasan 2020, negara perlu memperoleh pertumbuhan ekonomi 
sebanyak tujuh peratus setiap tahun bagi tempoh 30 tahun, katanya pada 'Forum 
RMK-10 KITA' Siri 3 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di 
Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam Khamis, dan disiarkan secara langsung 
melalui TV1.

Dr Mahathir berkata bagaimanapun, strategi pembangunan dan ekonomi yang perlu 
ditukar itu harus dibincang dengan lebih mendalam bagi mengenal pasti bentuk 
strategi yang boleh menggalakkan pertumbuhan yang lebih besar.

Ada cara-caranya, tapi kita kena perah otak supaya kita dapat satu idea 
bagaimana untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, katanya.

Mengenai pembangunan Kampung Baru di Kuala Lumpur, Dr Mahathir mencadangkan 
supaya kaum lain turut terlibat dalam program pembangunan itu supaya ia dapat 
dijadikan daya penarik dalam usaha tersebut.

Saya berpendapat perlu ada kaum lain yang mengambil bahagian. Kita tidak boleh 
tentukan 40 peratus ke 50 peratus tetapi sedikit sebanyak mesti ada, kerana ia 
adalah satu daya penarik.

Kalau tidak ada kaum lain berniaga bersama, orang Melayu pun tidak akan datang 
kerana memang sudah kepercayaan kononnya orang Melayu tidak boleh berniaga, 
katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata punca masyarakat Melayu masih berkurangan dalam 
senarai 40 orang terkaya di negara ini walaupun Malaysia telah 50 tahun merdeka 
adalah kerana dakwanya orang Melayu masih tidak dapat mengawal nafsu dan 
terlalu boros.

Kita tidak kawal nafsu, kita dapat duit sahaja (kita) hendak belanja. Saya 
jumpa dengan seorang kawan Cina, katanya masalah mengenai Bumiputera, tidak 
pandai hendak menguruskan tunai, ada duit sahaja hendak belanja, belum jadi 
duit sendiri pun sudah belanja, katanya.

Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Rancangan Malaysia Ke-10 bukan bersifat 
rasis walaupun banyak memberi tumpuan kepada agenda pembangunan Bumiputera.

(RMK-10) hanya bertujuan menyamakan pendapatan semua rakyat Malaysia tanpa 
mengira kaum. Tumpuan mesti diberikan kepada yang tertinggal kerana yang di 
belakang tidak dapat kejar yang di depan, katanya.

-- BERNAMA 
 
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=512069 



  


Help Palestine [hidayahnet] Kapal TLDM yang diMuziumkan

2010-07-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Sesiapa yang nak tengok kapal TLDM atas daratan bolehlah pergi Muzium TLDM di 
Melaka. Muzium TLDM dilengkapi juga dengan Kapal Ex-Kd Sri Terengganu yang 
disumbangkan oleh Kementerian Pertahanan dan TLDM. Kapal ronda yang 
ditauliahkan pada 16 Disember 1963 telah beroperasi selama 31 tahun

dan belayar sejauh 68,926 batu nautika di bawah pimpinan 24 orang Pegawai 
Pemerintah. Kapal ini pernah terlibat dalam menjaga keamanan semasa konfrontasi 
Indonesia dan operasi rondaan di Pantai Timur Semenanjung.

Kapal Ex-Kd Sri Terengganu merupakan sebuah kapal ronda Tentera Laut Di Raja 
Malaysia (TLDM) dari kumpulan pertama yang ditempah khas oleh Kerajaan 
Persekutuan Tanah Melayu dari Syarikat Vosper Limited, Portsmouth England dalam 
tahun 1961. 

Pada tahun 1994, TLDM telah bersetuju untuk menyerahkan kapal ini kepada 
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sebagai melengkapkan lagi koleksi Muziurn 
TLDM untuk tatapan masyarakat tempatan dan pelancong asing. 

PERZIM telah melantik syarikat perkapalan Naval Dockyard Sdn. Bhd. untuk 
membaik-pulih kapal yang menelan belanja sebanyak RM160,000 ini sebelum di bawa 
ke Melaka. 

Pada 6 Januari 1996, kapal ini telah selamat di bawa ke Melaka melalui jalan 
laut oleh Megalith Sdn. Bhd. dengan kerjasama pegawai dan anak kapal TLDM 
sendiri.

Antara objektifnya adalah:
Untuk melengkapkan koleksi Muzium TLDM yang sedia ada di samping menghayati 
sejarahnya semasa konfrantasi dengan Kerajaan Indonesia pada tahun 1963. 
Untuk mempamerkan salah sebuah kapal ronda Di Raja yang digunakan untuk 
mempertahankan kedaulatan negara di samping menghayati suasana di atas kapal 
bersama peralatan yang digunakan. 

Sumber : http://www.perzim.gov.my/kapal_exkd.htm 

Koleksi gambar KD Sri Terengganu di 
http://amkns.blogspot.com/2010/07/kapal-tldm-yang-dimuziumkan.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu tiket Judi

2010-07-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN – Linangan air mata seorang lelaki 
warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang tidak mempunyai wang untuk 
pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya yang sakit tenat berjaya mengaburi 
mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan bahagian ini untuk 
membeli tiket nombor ekor, milik lelaki berkenaan yang didakwa memenangi wang 
pertaruhan bernilai RM96,000.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada 
pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam.

Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah bandar 
untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga Indonesia 
berusia lingkungan 40-an.

Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket pertaruhan 
nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan berjaya memenangi 
hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam keratan akhbar yang 
ditunjukkannya, katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa dia 
tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara Malaysia.

Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000 daripada 
isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut hadiah.

“Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak mana yang 
mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan kepada isteri 
saya dan akan menghubunginya sebaik kembali semula ke negara ini, katanya.

Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya 
sanggup memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan seperti 
terpukau, sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000.

Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana amat malu 
dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai ahli yang 
bergiat aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian.

“Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul tiga 
lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar cerita, salah 
seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan sebanyak RM3,000.

“Malah lelaki terbabit akan mengikut isteri saya untuk menunggu di luar premis 
perjudian untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya, katanya.

Setibanya di kaunter premis pertaruhan berkenaan, Abang Din berkata, isterinya 
hampir pengsan apabila dimaklumkan tiket diberikan itu adalah palsu dan telah 
diubahsuai.

Semua lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya lesap begitu sahaja, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang menasihatkan 
orang ramai terutama umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu dengan pujuk 
rayu sindiket yang meminta pertolongan menukarkan tiket pertaruhan, didakwa 
telah memenangi hadiah puluhan ribu ringgit.

Berdasarkan rekod dua tahun lalu, sepasang suami isteri juga telah menjadi 
mangsa penipuan sindiket seumpama ini.

Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melebihi RM30,000 untuk 
ditukar dengan tiket yang kononnya memenangi hadiah pertama sebanyak 
RM130,000, katanya.

Justeru, menurutnya, orang ramai diminta berhati-hati berikutan sindiket 
berkenaan bergerak terlalu licik dengan menyasarkan warga emas atau perempuan 
yang sarat memakai barang kemas sebagai mangsa.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7916094.asp






Help Palestine [hidayahnet] Kapal Selam negara bermasalah lagi

2010-07-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Laporan Malay Mail 7 Julai 2010 menyatakan Kapal Selam pertama negara KD Tunku 
Abdul Rahman menghadapi masalah lagi setelah menjalani ujian laut tropika pada 
bulan lepas. Sejak dari itu masalah berkenaan belum dibaiki lagi. Ianya akan 
memakan masa lebih lama untuk mengesahkan kapal selam tersebut boleh beroperasi 
sepenuhnya.

Anak kapal KD Tunku Abdul Rahman akan mengambil alih kapal selam kedua negara 
KD Tun Razak yang baru diterima. Ini adalah kerana jika anak kapal KD Tunku 
Abdul Rahman berada di darat dalam tempoh yang lama , mereka akan hilang taraf 
sebagai anak kapal .

Kedua-dua kapal selam ini dibeli pada harga RM 3.4 Billion.

** 

'KD Tunku Abdul Rahman' moored as more problems crop up

MARHALIM ABAS 
Wednesday, July 7th, 2010 12:35:00 

PETALING JAYA: KD Tunku Abdul Rahman remains at the Teluk Sepanggar naval base 
in Sabah as problems have again resulted in the submarine being docked.

The Malay Mail was informed by defence industry sources that the unspecified 
problems were detected after the submarine completed its tropical water trials 
last month. A routine maintenance check later revealed the problems.

Since then, the submarine has remained at the naval base unfixed.

It is learnt although the vessel obtained its Initial Operational Capability 
(IOC), it may take longer to be declared fully operational.

However, the arrival of the second Perdana Menteri-class submarine, KD Tun 
Razak, on July 2, was a godsend for the crew of its sister ship, KD Tunku Abdul 
Rahman. The crew is expected to take over the second submarine during its 
mandatory tropical water trial.

Sources said this was necessary as the KD Tunku Abdul Rahman crew may lose 
their submariners rating if they remained on land.

In February, The Paper That Cares reported that KD Tunku Abdul Rahman suffered 
a technical defect that prevented it from diving for three months. The 
submarine started tropical water trials on Feb 20.

KD Tunku Abdul Rahman was commissioned early last year after undergoing a 
two-year trial period in France.

The Royal Malaysian Navy procured the two submarines for RM3.4 billion in 2002 
from French/Spanish shipbuilders, DCNS and Navantia.

http://www.mmail.com.my/content/42364-kd-tunku-abdul-rahman-moored-more-problems-crop
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Jambatan RUNTUH di Rompin sebab kerajaan tak prihatin

2010-07-09 Terurut Topik Suara Rakyat
Jambatan berdekatan Balai Polis Rompin telah runtuh pada petang semalam 7 Julai 
2010. Sebelum ini, pihak berkuasa dan kerajaan memang telah dimaklumkan 
mengenai hakisan tanah serius berlaku di lokasi tersebut. Tetapi, tiada langkah 
pencegahan diambil untuk memulihkan keadaan. Akibatnya jambatan runtuh dan 
menyebabkan jalan Bahau - Rompin/Gemas terputus.

*** 
Dari Blog ADUN Bahau YB Teo Kok Seong

08 July 2010

Ketidak Perihatinan Kerajaan Punca Jambatan Runtuh 

Jambatan berdekatan Balai Polis Rompin telah runtuh pada petang semalam. 
Sebelum ini, pihak berkuasa dan kerajaan memang telah dimaklumkan mengenai 
hakisan tanah serius berlaku di lokasi tersebut. Tetapi, tiada langkah 
pencegahan diambil untuk memulihkan keadaan. Akibatnya jambatan runtuh dan 
menyebabkan jalan Bahau - Rompin/Gemas terputus.

Kerajaan haruslah dengar kepada suara dan juga pandangan rakyat. Jika 
kerja-kerja pemulihan dilakukan sejak awal, tidak mungkin jambatan ini 
tiba-tiba runtuh.

Saya amat berharap pihak kerjaan dapat ambil tindakan segera untuk memulihkan 
keadaan. Selain itu, pastikan setiap jambatan di Negeri Sembilan selamat 
digunakan oleh semua rakyat.

Gambar-gambar jambatan di Rompin runtuh di  
http://teokokseong.blogspot.com/2010/07/ketidak-perihatinan-kerajaan-punca.html 

Jalan Bahau-Rompin tidak boleh dilalui kenderaan akibat tanah runtuh
Berita Harian  2010/07/08

SEREMBAN: Jalan Bahau-Rompin dekat pekan Rompin, Negeri Sembilan masih tidak 
boleh dilalui kenderaan akibat kejadian tanah runtuh jam 8.30 malam tadi.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JalanBahau-Rompintidakbolehdilaluikenderaanakibattanahruntuh/Article
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Ustaz Kamal Ashaari 10 Jul 2010 Seremban

2010-07-08 Terurut Topik Suara Rakyat
CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Oleh Ustaz Kamal Ashaari
Tarikh : 10 Julai 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau An-Naim , Bandar Seremban Selatan Fasa 3B

Semua dijemput hadir



  


Help Palestine [hidayahnet] Ustaz Rosli Jabar 10 Jul 2010 Senawang

2010-07-08 Terurut Topik Suara Rakyat
CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
Oleh Ustaz Rosli Jabar , Pengerusi Maahad Tahfiz Darul Fikri Kuantan
Tarikh : 10 Julai 2010 / Sabtu
Masa : 7.30 malam
Tempat : Surau Taman Senawang Indah, Senawang

Semua dijemput hadir



  


Help Palestine [hidayahnet] Felda tak Bankrap, tak caya tanya makcik ni

2010-07-07 Terurut Topik Suara Rakyat
Tak habis-habis tuduh Felda Bankrap. Apalah korang ni puak-puak pembangkang 
kerajaan ni, tak bersyukur betul. Pergilah cari negara lain kalau tak tahu nak 
bersyukur. Cuba tanya pasangan keluarga bahagia ini di Felda Bukit Jalor iaitu 
pakcik Ramlan Osman dan makcik Siti Raefah Ishak. Merekalah yang akan 
mempertahankan bermati-matian bahawa Felda tidak akan Bankrap, Dulu , Kini dan 
Selamanya.

Sepatutnya mereka yang berdemonstrasi membantah akhbar Suara Keadilan membawa 
sekali pasangan keluarga bahagia ini dari Felda Bukit Jalor sebagai bukti Felda 
tidak Bankrap.

Lepas demonstrasi boleh bawa semua pemimpin Felda pergi melawat rumah pasangan 
keluarga bahagia ini di Felda Bukit Jalor.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menziarahi pasangan keluarga 
bahagia ini di Felda Bukit Jalor marilah kita baca keratan akhbar menceritakan 
kejayaan cemerlang, gemilang dan terbilang pasangan keluarga bahagia ini pada 
pautan berikut 
http://amkns.blogspot.com/2010/07/felda-tak-bankrap-tak-caya-tanya-makcik.html 

Sila klik pada keratan akhbar pada pautan tadi.



  


Help Palestine [hidayahnet] Muhyiddin rimas dengan Program Permata Negara ?

2010-07-07 Terurut Topik Suara Rakyat
Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba berdolak dalih dalam isu Kementerian 
Pelajaran mengambil alih program Permata Negara ? Adakah Kementerian Pelajaran 
diarah untuk mengambil alih Program Permata Negara ? Kata beliau : “Apa yang 
penting ialah bagaimana hendak urus program seperti itu yang memerlukan satu 
bentuk latihan yang agak istimewa, kerana hendak jaga anak-anak yang masih 
kecil lebih sukar”.

Ke manakah dasar pelajaran negara kita ? Adakah anak-anak kita akan menjadi 
mangsa ujikaji demi ujikaji atas sistem pembelajaran yang sering berubah ? 
Akhirnya Yang Dikejar Tak Dapat , Yang Di Kendong Berciciran.

Kementerian Pelajaran sudah ada sistem Prasekolah sejak sekian lama untuk 
pelajar dari usia 4 ke 6 tahun. Adakah sistem prasekolah Kementerian Pelajaran 
ini akan dirombak semula sesuai dengan Program Permata Negara ?

Adakah semua guru-guru dalam Program Permata Negara dari 24,091 buah pra 
sekolah akan dikawal selia oleh Kementerian Pelajaran ?

Mereka di Kementerian Pelajaran, Ketua Pengarah, Pengarah , say something on 
this issue of Permata Negara. Adakah ianya akan menjadi aset atau liabiliti ?

**
Berita Harian 1 Julai 2010
MENGENAI PROGRAM PERMATA NEGARA YANG AKAN DIAMBIL ALIH PELAKSANAANNYA OLEH 
KEMENTERIAN PELAJARAN MULAI 2012, MUHYIDDIN BERKATA PIHAK KEMENTERIAN SEDANG 
MEMBUAT PERSIAPAN RAPI.

APA YANG PENTING IALAH BAGAIMANA HENDAK URUS PROGRAM SEPERTI ITU YANG 
MEMERLUKAN SATU BENTUK LATIHAN YANG AGAK ISTIMEWA, KERANA HENDAK JAGA ANAK-ANAK 
YANG MASIH KECIL LEBIH SUKAR.

CARA PEMBELAJARAN DAN PENYAMPAIAN PUN TIDAK BOLEH MACAM BIASA, IA LEBIH DALAM 
BENTUK MAINAN, MUNGKIN MENYANYI...BIMBINGAN ITU AGAK BERBEZA SEKALI DAN 
MEMERLUKAN GURU YANG TIDAK SERUPA (DENGAN YANG BIASA), KATANYA.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsukewajaranUPSR_PMRdiputuskantahunini_Muhyiddin/Article/index_html

Mengenai Program Permata Negara yang akan diambil alih Kementerian Pelajaran, 
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, itu tugas baru yang diserahkan kepada 
kementerian.
Program itu membabitkan pendidikan bagi kanak-kanak berusia satu bulan hingga 
empat tahun, ia memerlukan satu pendekatan berlainan dengan pendidikan 
prasekolah, katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0702pub=utusan_malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_05.htmarc=hive


Peruntukan RM150 Juta Licinkan Pelaksanaan Program Permata
KUALA LUMPUR, 9 Jun 2009 (Bernama) - Kerajaan memperuntukkan RM150 juta kepada 
lebih 300 Pusat Asuhan dan Jagaan Kanak-kanak (Taska) yang dijadikan pusat 
Permata bagi melicinkan pelaksanaan Program Anak Permata Negara (Permata).
http://www.ypkt.gov.my/index.php/pusat-sumber/koleksi-artikel/73-artikel-1

Kerajaan arus perdanakan sistem pendidikan pra sekolah
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mengarus perdanakan prasekolah dalam sistem 
pendidikan kebangsaan dan memastikan murid dapat membaca, menulis dan mengira 
sebelum memasuki tahun empat.
Menurut Laporan Ekonomi 2009/2010 yang dikeluarkan hari ini, sebanyak 80 
peratus daripada kanak-kanak akan mempunyai akses kepada prasekolah dan 100 
buah sekolah akan dibangunkan sebagai pusat berprestasi tinggi menjelang 2012.
Menurut laporan itu, Permata telah diberikan peruntukan sebanyak RM150 juta 
bagi menaik taraf 478 pusat aktiviti meliputi 18,000 kanak-kanak dengan 
sokongan 1,200 guru.
http://klikkhas.bharian.com.my/klikkhas/bajet/Artikel2010/Terkini/20091023161652/Article/

Kajian menunjukkan yang perkembangan otak manusia berlaku paling cepat semasa 
awal tahun pertama hingga tahun ke lima dalam kehidupan mereka.
Atas dasar ini, keistimewaan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 
PERMATA ialah, ia merupakan satu program yang menekankan program pembelajaran 
yang holistik dan berbeza dari corak pembelajaran sedia ada. Diadaptasi dari 
konsep ‘learning is fun through play’ dari Pen Green Centre, Corby, England, 
anak-anak PERMATA ditekankan untuk belajar melalui eksperimentasi, eksplorasi 
dan pengalaman di Pusat Anak PERMATA Negara.
http://www.permata.jpm.my/index.asp

RM300 juta bina kelas prasekolah
SRI AMAN 26 Jun 2009 - Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM300 juta untuk 
membina 1,153 buah kelas prasekolah di seluruh negara bagi tempoh dua tahun 
pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ia sejajar dengan usaha meningkatkan kadar 
penyertaan murid prasekolah berumur empat dan lima tahun sebanyak 20 peratus 
daripada 67 peratus pada 2009 kepada 87 peratus pada 2012.
Sehingga kini katanya, kelas prasekolah di bawah kementerian berjumlah 7,511 
buah manakala sebanyak 8,525 lagi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), 
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 1,643 kelas dan pihak 
swasta berdaftar 6,412 kelas.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0627pub=Utusan_Malaysiasec=Muka_Hadapanpg=mh_04.htm

Akta Pendidikan 1996 - Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Mesyuarat Jemaah 

Help Palestine [hidayahnet] Ulama Umno dibenar cabar Majlis Agama N.Sembilan

2010-07-07 Terurut Topik Suara Rakyat
Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan ulama muda menyertai Umno bulan lalu, 
Fathul Bari Mat Jahya dan rakannya untuk mencabar Majlis Agama Islam Negeri 
Sembilan mendakwa mereka menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di negeri itu. 
Kamarul Hisham berkata mengikut hukum-hukum kumulatif yang termaktub dalam 
al-Quran dan sunah mengajar agama Islam tanpa tauliah bukan satu kesalahan 
mahupun perkara terlarang.


Ulama muda Umno dibenar cabar Majlis Agama Negeri Sembilan
Oleh Syed Mu’az Syed Putra July 05, 2010

PUTRAJAYA, 5 Julai — Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan ulama muda 
menyertai Umno bulan lalu, Fathul Bari Mat Jahya dan rakannya untuk mencabar 
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mendakwa mereka menyampaikan kuliah agama 
tanpa tauliah di negeri itu menggunakan Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah 
Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004).

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk Alaudin Sharif, Datuk Zulkefli Ahmad 
Makinudin dan Datuk James Foong.

Menurut peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, permohonan petisyen itu dibuat bagi 
mendapatkan perisytiharaan bahawa Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri 
Sembilan adalah tidak sah dan terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan 
Persekutuan.

“Kami memohon petisyen ini untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Mahkamah 
Tinggi Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan 
kesalahan di bawah seksyen tersebut.

“Ini kerana Artikel 72(2) Perlembagaan Persekutuan tidak memberi kuasa kepada 
Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan untuk membuat undang-undang kesalahan 
jenayah bagi perbuatan mengajar agama tanpa tauliah,” katanya ketika ditemui di 
Mahkamah Persekutuan di sini.

Selain Majlis Agama Islam Negeri Sembilan petisyen itu turut difailkan ke atas 
kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan Malaysia.

Turut hadir, Nik Amirul Faiz Nik Md. Yusof, 25, yang membuat permohonan yang 
sama.

Mahkamah juga membenarkan permohonan beliau.

Kedua-dua diwakili oleh Kamarul Hisham.

Kamarul Hisham berkata mengikut hukum-hukum kumulatif yang termaktub dalam 
al-Quran dan sunah mengajar agama Islam tanpa tauliah bukan satu kesalahan 
mahupun perkara terlarang.

“Dalam Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah ia bukan satu kesalahan, jadi Mahkamah 
Syariah Negeri Sembilan tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicara dan 
menghukum di bawah seksyen tersebut.

“Melalui petisyen ini segala perbicaraan di Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan 
tidak boleh dijalankan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian,” 
katanya.

Fathul Bari, 30, dan Nik Amirul bersama dua pengikutnya ditahan oleh Jabatan 
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada pukul 11.30 pagi, 28 Feb lalu.

Ketika itu beliau sedang menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul 
kepada 50 orang awam di Maahad Ittiba Sunnah, Kilometer 1.5, Jalan Lama 
Seremban-Kuala Pilah.

Pada 1 Mac lalu, Fathul Bari mengaku tidak bersalah ketika didakwa dalam 
perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan mengajar tanpa tauliah di 
Negeri Sembilan.

Tiga pengikut kanannya, Nik Amirul, 25; Abdullah Sanusi Othman, 40, dan 
Khairudin Daud, 55, masing-masing turut membuat pengakuan yang sama atas 
kesalahan bersubahat dengan pendakwah bebas itu.

Fathul Bari, 30, didakwa mengajar tanpa tauliah di Maahad Ittiba Sunnah, 
Kilometer 1.5, Jalan Lama Seremban-Kuala Pilah.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Pendakwa Syarie, Mohd. Al Hafid Ismail 
mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 
2004).

Ketiga-tiga pengikutnya pula didakwa bersubahat dengan Fathul Bari pada tarikh 
dan tempat yang sama mengikut Seksyen 34 Enakmen Jenayah Syariah Negeri 
Sembilan 1992 (Pindaan 2004) yang dibaca bersama Seksyen 37 enakmen sama.

Bagi kesemua pertuduhan tersebut, setiap tertuduh boleh didenda RM3,000 atau 
penjara dua tahun.

Fathul Bari yang beralamat di Utan Kandis, Arau, Perlis merupakan lulusan 
Universiti Madinah dan memperoleh Ijazah Sarjana di Jordan. Dia kini mengikuti 
pengajian peringkat Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa dan 
merupakan penasihat agama di Institut Jantung Negara.

Sumber : 
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ulama-muda-umno-dibenar-cabar-majlis-agama-negeri-sembilan/






Help Palestine [hidayahnet] Hi Tea Selamatkan Msia 31 Jul 2010 Seremban

2010-07-06 Terurut Topik Suara Rakyat
Hi Tea SELAMATKAN MALAYSIA dan Majlis Kutipan Dana AMKNS
Tarikh : 31 Julai 2010 (SABTU)
Masa : 4 petang
Tempat : Senawang, N.Sembilan

Bersama : Kartunis Zunar, Chegubard, Hishamudin Rais, YB Amir, YB Nik Nazmi, YB 
Ustaz Firdaus dan Aishah Srikandi

Harga Tiket Cuma RM 10

Hubungi : 016-2727717 , 017-3622667 , 013-2181279



  


Help Palestine [hidayahnet] Terengganu Darul Maksiat ? 10 tangkapan sehari di pantai

2010-07-06 Terurut Topik Suara Rakyat
Namanya cantik, Terengganu Darul Iman. Tapi sayang, laporan akhbar The Star 5 
Julai 2010 menyatakan 10 pasangan ditangkap setiap hari oleh sukarelawan 
pencegah maksiat di pantai Tok Jembal dan Teluk Ketapang. Pasangan yang 
ditangkap ini sedang melakukan aksi di belakang pokok kelapa, belakang batu, 
dalam kereta dan ada kalanya di pantai secara terbuka.

Itu baru di 2 pantai sahaja, belum seluruh Terengganu lagi.

Dalam kebanyakan kes tangkapan , pasangan ini ditangkap tanpa memakai sebarang 
pakaian.  Dan kebanyakan mereka adalah merupakan para pelajar dari institusi 
pengajian tinggi.

Sukarelawan pencegah maksiat yang berumur 48 tahun berkata dia telah menangkap 
1,200 pasangan (2,400 orang) sejak mula menjadi sukarelawan pada tahun 2004.

Tapi beliau sudah mengatakan beliau tidak sanggup lagi melakukan kerja tersebut 
kerana ianya tiada kesudahan.

APAKAH MELAYU SUDAH LESU, SUDAH BANGKRAP HARGA DIRI ?

**

Monday July 5, 2010

10 COUPLES CAUGHT NAKED DAILY ON TERENGGANU BEACHES

KUALA TERENGGANU: As many as 10 couples are caught daily by anti-vice 
volunteers along the Tok Jembal and Teluk Ketapang beaches, which are 
increasingly becoming favourite haunts for sexual trysts.

Many of them are said to be students from institutes of higher learning.

A volunteer, who requested anonymity, said most of the couples were caught 
“doing it” behind coconut trees, rocks, inside cars and even openly on the 
beaches.

“For non-Muslim couples, we could only advise them on the sensitivity of their 
action to the locals but Muslims caught will be produced before the Syariah 
Court,” he said.

He said anti-vice officers would go to places identified as “hot spots” to 
catch the culprits in the act.

“We listen for sounds of heavy breathing and kissing.

“We then move in and aim our torchlights on the couples. In most cases, they 
are caught naked.”

The officer said the procedure was to wait awhile before approaching the 
couples so as to get evidence for prosecution purposes.

“I have daughters and I feel sorry for the parents of these couples,” he said, 
adding that the youngsters had betrayed the trust of their folk who hoped their 
children would excel in their education.

The 48-year-old volunteer, who claimed to have caught 1,200 couples on the 
beaches since signing up as a volunteer in 2004, said he had had enough.

“I cannot take it any longer and am thinking of giving up this work. I have 
decided that enough is enough after six years as a volunteer,” he said.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/5/nation/6607657sec=nation


MAKSIAT BERLELUASA DI PANTAI TOK JEMBAL

Seorang pegawai penguatkuasa syariah yang enggan disebut namanya berkata 
masalah gejala sosial serta aktiviti maksiat semakin menjadi-jadi sejak hampir 
dua tahun kerajaan BN memerintah negeri ini.

Katanya, aktiviti tersebut berlaku bukan sahaja pada waktu malam atau di tempat 
tersembunyi malah turut berlaku di waktu siang serta di tempat-tempat awam.

“Saya cukup bimbang dengan masalah gejala tidak sihat yang semakin berleluasa 
berlaku terutama di kawasan peranginan di tepi laut ini.

“Aktiviti itu dilakukan oleh pasangan belia remaja di dalam kereta, di atas 
motosikal dan di tepi pantai yang terlindung daripada pandangan umum,” jelasnya.

Katanya, gejala muda mudi duduk berdua-duaan, berpeluk cium serta aktiviti seks 
ringan sudah menjadi perkara biasa sekarang ini.

Menurutnya, kegiatan tidak bermoral itu berlaku antara jam 10.00 pagi hingga 
2.00 petang pada waktu kerja golongan ‘kaki maksiat’ mengambil peluang 
bercengkerama.

Katanya, beberapa kes tangkapan serta serbuan banyak melibatkan golongan 
pelajar dari pusat pengajian tinggi yang berhampiran dengan kawasan peranginan 
tersebut.

“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan petugas penguatkuasa syariah kes maksiat dan 
aktiviti tidak bermoral itu ramai melibatkan golongan pelajar.

Abdul Malik Chik, 38, dari Batu Enam berpendapat gejala tidak sihat itu semakin 
berleluasa kerana pihak berkuasa sendiri yang sering kali mengundang aktiviti 
hiburan melampau.

“Saya masih ingat di awal kemenangan kerajaan BN Terengganu banyak konsert 
hiburan, pertunjukan pentas dan karnival yang melibatkan artis yang tidak 
bermoral. Kerajaan kena pantau dan ambil tindakan tegas melalui penguatkuasa 
undang-undang yang telah digubal semasa kerajaan PAS Terengganu,” ujarnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_contentview=articleid=666:maksiat-berleluasa-di-pantai-tok-jembalcatid=13:dalam-negeriItemid=51

PANTAI 'RINGAN-RINGAN'

Lokasi remaja berkhalwat tanpa kira waktu

KUALA TERENGGANU: Penduduk di Teluk Ketapang, Tok Jembal dan Batu Buruk dekat 
sini bosan dengan gelaran tidak enak, 'pantai maksiat' yang dilabelkan kepada 
kawasan berkenaan kerana ramai pasangan terutama remaja menjadi tempat itu 
sebagai lokasi memadu kasih, termasuk di bulan Ramadan.

Kawasan itu antara lokasi ideal sebagai tempat riadah keluarga di siang hari, 
tetapi 

Help Palestine [hidayahnet] Bantu rakyat susah dengan niat supaya sokong Umno

2010-07-02 Terurut Topik Suara Rakyat
Menteri Besar N.Sembilan kata pemimpin Umno dalam JKKK dan PBT perlu lebih 
lantang menyuarakan isu-isu disuarakan rakyat kepada pentadbiran kerajaan 
kerana ini akan meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Umno 
(Adakah selama ini Umno bantu rakyat dengan niat agar rakyat menyokong Umno 
atau kerana rakyat tadi memang memerlukan bantuan? )

Mungkin Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya atau Ustaz Rasul Dahri boleh mengajar Bab 
Niat di Masjid Negeri , Seremban ? Mungkin Jabatan Hal Ehwal Agama Islam 
N.Sembilan boleh beri tauliah kepada Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya dan Ustaz 
Rasul Dahri ?

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: 
Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan 
tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan 
dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin 
mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) 
Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya 
atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai 
sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al 
Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin 
Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab 
yang paling shahih yang pernah dikarang).

*
Ahad Jun 27, 2010
UMNO Perlu Menguar-Uarkan Semua Kelemahan Parti Pembangkang

REMBAU: Pemimpin dan anggota Umno perlu menguar-uarkan semua kelemahan parti 
pembangkang agar rakyat tahu tembelang mereka, kata Pengerusi Badan Perhubungan 
Umno Negeri Sembilan Datuk Mohamad Hasan.

Di samping itu, katanya pemimpin Umno yang menganggotai Jawatankuasa Kemajuan 
dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta dilantik Anggota Majlis Pihak Berkuasa 
Tempatan (PBT) perlu lebih lantang menyuarakan isu-isu disuarakan rakyat kepada 
pentadbiran kerajaan.
Langkah berkenaan akan meningkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap 
Umno selaku parti yang menjaga kesejahteraan mereka, katanya kepada pemberita 
selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, 
Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau 2010 di Dewan Serbaguna Institut Latihan 
Perindustrian Pedas dekat sini, hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata pembangkang cuba 
mengaburi mata rakyat dengan menyebarkan fitnah untuk melemahkan parti.

Katanya tindakan itu merupakan strategi mereka untuk menutup segala kelemahan 
di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Rembau meminta semua 
pemimpin dan anggota Umno di Bahagian Rembau supaya bersama-sama memainkan 
peranan dalam menjayakan misi parti 'menyerang' pembangkang.

Selama ini, pembangkang kelihatan seperti bermaharajalela melemparkan pelbagai 
fitnah dan tohmahan tidak berasas terhadap pemimpin kerajaan termasuk Umno.

Kini, sudah tiba masanya pemimpin dan anggota Umno terutamanya di Bahagian 
Rembau bangkit dan menunjukkan taring mereka kepada pihak lawan. Dalam bola 
sepak, serangan adalah bentuk pertahanan yang terbaik.

Jangan biarkan sahaja pembangkang menyerang kita. Umno akan lemah sekiranya 
kita tidak membalas balik omong-omong kosong pihak lawan, katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang 
juga Anggota Parlimen Rembau, Ketua Wanita Umno Bahagian Rembau Senah Peral, 
Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau Zuliana Mohd Ridzuan dan barisan kepimpinan 
Umno Bahagian tersebut. – BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/27/mstar_berita/20100627180614sec=mstar_berita






Help Palestine [hidayahnet] Mohd Sabu 11 Julai 2010 Johol N.Sembilan

2010-07-02 Terurut Topik Suara Rakyat
CERAMAH PERDANA
Bersama Tn Hj Mohammad Sabu dan cheGuBard
Tarikh : 11 Julai 2010 / Ahad
Masa : 9 malam
Tempat : Johol , Negeri Sembilan

Pertanyaan 019-4647018

Sumber : http://chegubard.blogspot.com 



  


Help Palestine [hidayahnet] Kursus Matrikulasi Merugikan Orang Melayu

2010-07-01 Terurut Topik Suara Rakyat
MATRIKULASI sebenarnya merugikan orang Melayu lantaran ramai yang menempuh 
tempoh pengajian selama satu hingga dua tahun yang dianggap sia-sia kerana 
akhirnya tidak berjaya mendapat tempat dalam kursus yang dikehendaki. Majikan 
ketika ini lebih gemar memilih pekerja yang mempunyai kemahiran khusus serta 
lebih fokus

***
Bazir masa dua tahun jika gagal ikuti kursus diminati

Berita Harian 25 Jun 2010

MATRIKULASI sebenarnya merugikan orang Melayu lantaran ramai yang menempuh 
tempoh pengajian selama satu hingga dua tahun yang dianggap sia-sia kerana 
akhirnya tidak berjaya mendapat tempat dalam kursus yang dikehendaki, sedangkan 
mereka adalah kumpulan pelajar berpotensi dan cemerlang pada peringkat SPM.

Itu antara pandangan yang dilontarkan Presiden Gabungan Pelajar Melayu 
Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim, ketika diminta mengulas mengenai senario 
kedudukan pelajar matrikulasi terutama membabitkan pelajar Bumiputera.

Kata beliau, majikan ketika ini lebih gemar memilih pekerja yang mempunyai 
kemahiran khusus serta lebih fokus. “Secara perhitungan kasar, pelajar yang 
gagal peringkat matrikulasi sudah membazirkan masa selama hampir dua tahun, 
sedangkan jika mereka mengikuti program diploma, dalam masa lima tahun, mereka 
sudah boleh menyelesaikan pengajian sehingga ke peringkat ijazah. Malah, ada 
yang boleh mendapat ijazah dalam masa empat tahun.

“Berbeza dengan pelajar matrikulasi, kebanyakan mereka terpaksa melalui tempoh 
pengajian hampir enam tahun untuk memiliki ijazah, sedangkan mereka pelajar 
cemerlang,” katanya.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Pahang, Mohd Aedlan Nur 
Ahmad, berkata beliau sendiri adalah produk matrikulasi yang dikecewakan kerana 
tidak mendapat kursus dikehendaki meskipun kelulusannya layak untuk memasuki 
bidang berkenaan.

“Ketika matrikulasi saya memilih bidang biologi tetapi ditawarkan untuk kursus 
dalam bidang kejuruteraan. Ia menyebabkan saya terpaksa belajar semula bidang 
fizik. Ia membuktikan dakwaan ramai orang yang matrikulasi sebagai tiket untuk 
masuk ke IPT tanpa mengambil kira kursus yang diingini.

“Bagi saya, pelajar diploma lebih baik sebabnya sejak awal lagi sudah 
didedahkan dengan bidang kursus tertentu dan alam pengajian di IPT. Berbeza 
dengan pengalaman di matrikulasi, setahun di sana bagai tiada apa-apa. Saya 
sebenarnya cemburu melihat rakan dari program diploma.

“Mereka (pelajar diploma) nampak seakan-akan sudah menguasai banyak bidang 
berbanding kami yang lahir daripada program matrikulasi. Mereka juga menguasai 
banyak ilmu luar kelas termasuk kepemimpinan. Pendek kata, mereka lebih 
matang,” katanya.

Bagi Mohd Aedlan, paling mengecewakan ialah sepanjang pengamatannya, hampir 
lebih separuh daripada pelajar di matrikulasi tidak mendapat tempat dalam 
jurusan yang diingini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2010062420434320100624204343/Article






Help Palestine [hidayahnet] Ulama Muda UMNO Haram ceramah di N.Sembilan ?

2010-07-01 Terurut Topik Suara Rakyat
Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya sertai UMNO pada 25 Jun 2010. 
Tapi pada bulan Mac 2010 Fathul Bari Mat Jahya telah ditangkap oleh sepasukan 
pegawai penguatkuasa Jabatan Hah Ehwal Agama Islam N.Sembilan dan polis kerana 
mengajar di N.Sembilan tanpa tauliah. Apa reaksi Menteri Besar N.Sembilan, 
Mufti N.Sembilan, Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki Al-Rembawi 
dalam isu ini. Apakah ulama muda UMNO ini akan diberikan tauliah dan bebas 
mengajar mana-mana surau dan masjid di N.Sembilan ? Adakah tiada tauliah dikira 
haram ?

*** 
40 ULAMA MUDA SERAH BORANG KEANGGOTAAN UMNO KEPADA NAJIB

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2010 (Bernama) -- Seramai 40 orang terdiri daripada ulama 
muda hari ini menyerahkan borang bagi menganggotai Umno kepada Presiden parti, 
Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seorang lagi ulama Fathul Bari Mat Jahya, 29, berkata langkah mereka 
menganggotai Umno itu berikutan janji Umno untuk memastikan pihak ilmuan dapat 
meneruskan kerja-kerja dakwah mereka.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=508814 

*** 
PENDAKWAH PERLU ADA TAULIAH - JHEAINS

SEREMBAN 2 Mac 2010 (Utusan Malaysia) - Pengarah JHEAINS, Johani Hassan 
berkata, pendakwah yang hendak mengajar atau berceramah di negeri ini perlu 
terlebih dahulu mendapatkan pengesahan dan tauliah daripada jabatan itu.

Katanya, JHEAINS tidak pernah berkompromi dalam soal itu, malahan bertegas 
terhadap perkara berkaitan tauliah demi kepentingan umat keseluruhannya.

Mengenai penahanan anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya, 30, sewaktu 
berceramah di Maahad Ittiba Sunnah, Kuala Pilah pada 28 Februari lalu, Johani 
berkata, surat pemakluman telah pun diberikan kepada pihak penganjur.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0303pub=Utusan_Malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_19.htm
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Rumah bersejarah Umno Rembau terbiar

2010-06-27 Terurut Topik Suara Rakyat
Rumah UMNO bahagian Rembau terbiar sepi. Banglo separuh batu dan kayu dua 
tingkat ini dianggap bersejarah kerana pernah menempatkan Kelab Melayu Rembau 
pada 1948. Tinjauan mendapati terdapat bil Syarikat Air Negeri Sembilan RM300 
dan bil Tenaga Nasional RM100 terselit pada pintu pagar rumah itu. Beliau 
khuatir, bangunan berkenaan digunakan pihak tidak bertanggungjawab atau menjadi 
sarang haiwan berbisa. Veteran UMNO, Aris Abu, 71, tidak setuju bangunan ini 
dirobohkan kerana nilai sejarahnya.

**
Rumah bersejarah terbiar

Berita Harian 14 Jun 2010 .

REMBAU: Rumah UMNO bahagian Rembau terbiar sepi selepas pusat perkhidmatan 
masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chembong dan Ahli Parlimen Rembau 
berpindah ke tempat lain.

Banglo separuh batu dan kayu dua tingkat ini dianggap bersejarah kerana pernah 
menempatkan Kelab Melayu Rembau pada 1948 dan digunakan sebagai Undang Rembau 
English School (URES) serta Dato Abdullah School (DAS) pada 1950-an, yang 
kemudian berpindah ke bangunan sekarang. Rumah itu dikatakan kosong selepas 
Pilihan Raya Umum ke-12 menyebabkannya itu terbiar sepi walaupun ada nilai 
sejarah. Tinjauan mendapati terdapat bil Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) 
RM300 atas nama Setiausaha Rumah UMNO Rembau, yang sudah meninggal dunia dan 
bil Tenaga Nasional Bhd (TNB) RM100 atas nama Pejabat Ahli Parlimen Rembau, 
terselit pada pintu pagar rumah itu.

Seorang penduduk, Ramli Abdullah, 65, berkata bangunan itu tidak sepatutnya 
ditinggalkan.

Katanya, bangunan yang mempunyai nilai sejarah berkaitan orang Melayu dan 
institusi pendidikan di daerah ini perlu dijaga.

“Saya bimbang rumah ini akan reput dan roboh menyebabkan kita kehilangan 
bangunan yang sepatutnya dipertahankan,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, pemilik bangunan itu perlu melakukan penyelenggaraan 
atau menyewakannya.

Beliau khuatir tanpa usaha itu, bangunan berkenaan digunakan pihak tidak 
bertanggungjawab atau menjadi sarang haiwan berbisa.

Veteran UMNO, Aris Abu, 71, mencadangkan UMNO menjadikan bangunan itu sebagai 
galeri atau muzium mini sejarah Rembau atau UMNO Rembau.

“Saya tidak setuju bangunan ini dirobohkan kerana nilai sejarahnya. Ia patut 
dijadikan mercu sejarah perjuangan politik UMNO Rembau dan institusi pendidikan 
daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, sejarah pendidikan Melayu daerah ini bermula di situ, malah 
UMNO Rembau pernah beroperasi di situ menyebabkan pihak berkenaan perlu 
mengambil inisiatif memuliharanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Rumahbersejarahterbiar/Article






Help Palestine [hidayahnet] SUKMA Melaka penganjur samseng peniaga dibelasah

2010-06-27 Terurut Topik Suara Rakyat
Karnival Sukma tempat mereka menjalankan aktiviti perniagaan menjadi medan 
tempur akibat pihak penganjur didakwa menjalankan pengurusan ala samseng. 
Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan membangkitkan rasa takut 
peniaga sehingga dikatakan sebahagiannya meninggalkan tapak berkenaan meskipun 
Sukma berbaki tiga hari lagi.

*
Kecoh karnival bertukar ganas
Sinar Harian 17 Jun 2010

Peniaga dakwa ibarat berada di medan pertempuran gara-gara pengurusan bertindak 
ala gengster

KRUBONG - Mereka ke Melaka untuk mencari rezeki, namun tidak pernah menyangka, 
kunjungan sempena kemeriahan Sukan Malaysia (Sukma) ke-13 di negeri ini 
mengundang episod hitam yang tidak mungkin dilupakan.

Semuanya gara-gara karnival Sukma tempat mereka menjalankan aktiviti perniagaan 
menjadi medan tempur akibat pihak penganjur didakwa menjalankan pengurusan ala 
samseng.

Itulah keadaan yang didakwa sebilangan peniaga yang menyewa tapak perniagaan di 
pekarangan Stadium Hang Jebat, Kompleks Sukan Krubong di sini terhadap 
penganjur aktiviti berkenaan sepanjang temasya Sukma yang sedang berlangsung 
kini.

Penganjur dikatakan menggunakan khidmat petugas kaki pukul untuk berurusan 
dengan peniaga di situ.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan membangkitkan rasa takut 
peniaga sehingga dikatakan sebahagiannya meninggalkan tapak berkenaan meskipun 
Sukma berbaki tiga hari lagi.

Peniaga makanan, Laisah Laing, 38, mendakwa, dia dicederakan beberapa petugas 
pihak penganjur.

“Kira-kira jam 10.30 malam, 13 Jun lalu, saya didatangi seorang perempuan 
dipercayai kakitangan pihak penganjur untuk meminta baki bayaran sewa tapak 
yang masih tertunggak.

“Namun, saya tidak membawa wang ketika itu dan meminta supaya bayaran tersebut 
ditangguhkan, sehingga keesokan harinya, namun, tidak dipersetujui petugas 
terbabit,” katanya.

Laisah kemudian diminta membayar sedikit wang yang menyebabkan berlaku 
pertengkaran antaranya dengan petugas terbabit.

Keadaan bertambah tegang dan Laisah mendakwa, petugas tersebut tiba-tiba ‘naik 
hantu’ dan menterbalikkan meja jualannya serta cuba membaling objek ke arahnya.

“Dia seolah-olah hilang akal dengan menarik tudung saya hingga tertanggal dan 
menumbuk muka saya di sebelah kiri.

“Dalam keadaan kecoh, muncul seorang lelaki yang juga petugas penganjur dan 
turut menumbuk saya di lengan kiri,” katanya.

Menurutnya, selepas itu, mereka melarikan diri dan dia cuba mengejar, tetapi 
dihalang peniaga lain.

Kesan daripada kejadian tersebut, peniaga wanita berkenaan mengalami beberapa 
kesan kecederaan di bahagian muka dan lebam di lengan.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Tanjung Minyak.

Sementara itu, peniaga mi sup yang enggan dikenali mendakwa, ditumbuk di 
bahagian muka hanya berpunca daripada aduan kejadian gangguan bekalan elektrik 
di gerai sewa mereka.

“Berlaku sedikit kekecohan antara peniaga dan pengurusan kerana elektrik 
terganggu malam itu.

“Bagaimanapun, esoknya saya dipanggil ke pejabat penganjur untuk memberi 
keterangan berhubung kekecohan yang berlaku, namun diserang beberapa lelaki,” 
katanya.

Beberapa lelaki dikatakan menumbuknya di bahagian muka sehingga cermin matanya 
pecah, namun dia enggan membuat laporan kerana tidak mahu perkara berkenaan 
diperbesar-besarkan.

Peniaga itu mendakwa, setelah beberapa hari menjalankan aktiviti perniagaan di 
situ berlaku kira-kira tujuh kes pergaduhan antara pihak peniaga dengan 
penganjur sehingga ke peringkat ugut-mengugut serta keselamatan mereka terjejas.

“Saya serik untuk berniaga di sini terutama dengan pihak penganjur yang 
mengamalkan pengurusan seperti ini dan mengabaikan kebajikan penyewa mereka.

“Ini amat menjejaskan imej Melaka sebagai negeri pelancongan yang popular, 
apatah lagi di saat penganjuran sukan besar seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah mengesahkan menerima 
beberapa laporan mengenai kejadian berkenaan, tetapi menjelaskan kes terbabit 
kemudiannya dapat diselesai secara aman antara kedua-dua pihak.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7825484.asp






Help Palestine [hidayahnet] Pemimpin Pakatan Rakyat tidur ke ?

2010-06-27 Terurut Topik Suara Rakyat
Kalau nak menang hati pengundi Malaysia, hati pengundi Melayu, pemimpin Pakatan 
Rakyat terutama di parlimen perlu lebih banyak mengetengahkan dan membela nasib 
rakyat pada masa kini. Antaranya ialah masalah saman ekor seperti di bawah ini. 
Jangan sibuk nak berpolitik sahaja, siapa nak jadi calon, siapa yang akan 
lompat parti. Masalah saman ekor ini sepatutnya dibahaskan di parlimen.

Sumber dari 
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Newsfile=articlesid=5770 

KERAJAAN sedang perah rakyat.. 

Petang semalam aku sekali lagi ke balai polis untuk menyemak saman salah 
seorang kawan kerana tidak dapat membaharui road tax akibat disenarai 
hitamkan.Ada tiga saman yang tidak dilangsaikan yang berjumlah kesemuanya 
RM1,010-00 di mana salah satunya berjumlah RM750-00.Aku tidak tahu saman apakah 
ini sehingga kompaunnya berjumlah RM750-00 tetapi apa yang menarik perhatian 
aku ialah seperti semasa aku ke balai polis dulu, kali ini ada pula seorang 
hamba ALLAH yang menerima berita samannya berjumlah RM900-00 kerana blacklist 
juga.

Kali ini aku boleh mengesahkan cerita seorang kawan tidak lama dulu bahawa 
sekarang saman ekor juga diblacklist kerana jumlah saman hamba ALLAH tersebut 
juga hasil saman ekor seperti disahkan oleh kerani kaunter bayaran saman.Ini 
adalah secebis kisah saman menyaman polis dan JPJ terhadap pesalah pesalah 
jalanraya yang nampaknya terpaksa memikul beban membayar kompaun tanpa belas 
kasihan lagi dari kerajaan.Kerajaan sedang memerah keringat rakyat yang 
sebahagiannya turut melibatkan pengundi pengundi yang memberi undi kepada 
mereka kerana dana khas sebanyak RM300-00.  
Memang sah kerajaan sekarang kekeringan duit dan memag sah kerajaan sedang 
menggunakan apa jua cara untuk memungut duit dari rakyatnya.Setiap hari kalau 
ke balai polis atau ke pejabat JPJ,pasti kita akan mendengar kisah kisah 
blacklist dan jumlah kompaun yang mesti dijelaskan oleh pesalah jalanraya tanpa 
ada perundingan lagi seperti masa masa yang lalu.Ada duit ker, tak ada duit ker 
saman mesti dijelaskan seperti ditetapkan.Ambik kau, rakyat Malaysia yang cuai 
dan baik hati.

Seperti kisah hamba ALLAH yang aku ceritakan tadi, senarai saman ekor yang 
diterimanya berjela jela, cuma 3 daripadanya sahaja diblacklist dan mesti 
diselesaikan untuk membolehkannya membaharui road tax.Aku tersenyum sendirian 
apabila beliau bertanya kerani kaunter saman tentang saman saman ekornya yang 
lain di mana kata kerani tersebut saman itu masih belum diblacklist dan tak 
perlu dibayar untuk membaharui roadtax, yang mesti ialah membayar saman yang 
dibalcklist itu sementara saman saman yang lain tu akan diblacklist 
kemudian.Ini bermakna, hamba ALLAH ini perlu menyusun semula pendapatannya dan 
bersedia untuk membayar saman saman yang lain yang pada jangkaan aku berjumlah 
ribuan ringgit melihat senarai semakan saman yang diterimanya.

Baiknya rakyat Malaysia kepada kerajaan berbaju batik lengan panjang dan 
berperut gendut.Pada bila bila masa kerajaan memerlukan duit, ada jalan mudah 
untuk memperolehinya.Kerana itu, polis trafik dan penguat kuasa JPJ diberikan 
qouta harian dan bulanan saman untuk dipenuhi.Yang gagal memenuhi qouta   
dianggap tidak cekap dan tidak membuat kerja dengan baik.

Barangkali inilah masanya untuk semua rakyat bersedia untuk memberi duit dengan 
lebih banyak kepada kerajaan berbaju batik berlengan panjang dan berperut 
gendut kerana tidak lama lagi negara akan menjadi negara berpendapatan tinggi 
di mana semuanya tinggi, harga gula tinggi, harga minyak tinggi dan harga mas 
kahwinpun tinggi.Yang jadi rendah ialah taraf hidup rakyat.Selamat menyerahkan 
RM(ringgit Malaysia) kepada kerajaan baju batik lengan panjang dan berperut 
gendut wahai RM(rakyat Malaysia).

Dari RM kerana RM untuk RM.



  


Help Palestine [hidayahnet] Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara

2010-06-27 Terurut Topik Suara Rakyat
Rancangan kerajaan untuk mengadakan projek pembangunan di pangkalan Tentera 
Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi akan membahayakan negara kerana ia 
bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh, kata Naib Presiden PAS, Datuk 
Mahfuz Omar.
 
Tindakan itu akan menyebabkan negara kehilangan sebuah pangkalan pertahanan di 
tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada pertahanan 
nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh.

Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan 
semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan 
pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di 
kebanyakan negara maju, katanya yang dipetik oleh Harakah Daily.

Mahfuz berkata pangkalan TUDM di Sungai Besi bukannya sekadar ruang-ruang 
pejabat malah ia adalah pusat operasi tentera udara serta pusat integrasi 
maklumat radar pertahanan udara di bawah tanah dengan hubungan terus dari 
Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile dari Bukit 
Ibam yang mana masa yang begitu lama terpaksa diambil untuk memastikan sistem 
tersebut betul-betul berfungsi dengan baik dan tepat.

Pangkalan itu juga merupakan pusat sistem MADGE (Malaysia Air Defence Ground 
Environment) yang menggunakan sistem Hughes Air Defence Radar, katanya.
 
Mahfuz juga mempersoalkan jaminan kerajaan berhubung jurang masa pemindahan 
(transfer gap time) yang mana akan melibatkan beberapa tahun lagi.

Itu belum lagi diambilkira kosnya sedangkan segala kos yang tersembunyi dalam 
proses pemindahan itu akhirnya terpaksa ditanggung oleh TUDM, angkatan tentera 
dan rakyat Malaysia, katanya.

Beliau juga mempersoalkan tentang risiko pemindahan Electronic Warfare Support 
Centre (EWSC) memandangkan kemudahan di pusat itu amat sensitif dan kritikal.

Mengapa kerajaan buat-buat tidak sedar mengenai perkara itu sedangkan 
electronic warfare amat penting dan kritikal untuk pertahanan masa kini.
 
Tidakkah pemindahan demi kepentingan komersil beberapa kroni itu akhirnya akan 
menjejaskan keupayaan sistem tersebut dalam mengumpul, menafsir, menyebar 
data-data dan memprogramkan semula electronic warfare termasuk dalam tindak 
balas elektronik dan langkah-langkah sokongan, kata Mahfuz.

Beliau juga yakin, oleh kerana pangkalan tersebut merupakan pusat operasi 
tentera udara, akan wujud tempoh tertentu yang mungkin panjang di mana negara 
kehilangan kawalan semasa proses pemindahan fasiliti penting itu.

Beliau juga mempersoalkan mengapa tiada sebarang maklumat lokasi baru pangkalan 
berkenaan dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya 
mengumumkan ia akan dipindahkan ke satu tempat yang telah dikenal pasti tetapi 
gagal mengumumkannya.

Bagaimana pula maklumat tentang kos perolehan , kos tidak langsung dan 
pampasan? soal beliau.

Mahfuz juga membayangkan kerajaan mungkin mengulangi kesalahan yang dilakukan 
berkali-kali sebelum ini apabila ia menyisihkan komuniti tentera dari bandar 
seperti di Kem Majidee, Kem Transit Ampang, Markas 2 Div di Pulau Pinang, 
Kuarters Tentera di Batu Uban sehingga mengakibatkan negara ketiadaan kemudahan 
sokongan yang penting untuk keselamatan negara.

Adakah tentera negara kita hanya layak tinggal di pedalaman dan dalam kuarters 
flat tanpa halaman?

Mengapa hendak dimusnahkan keadaan pangkalan Sungai Besi yang kemas dan 
tersusun dengan binaan kuarters yang selesa dan dengan infrastruktur yang 
tersedia untuk memberi pulangan kepada beberapa kroni untuk membuat binaan 
konkrit yang bakal menjadi satu lagi projek gajah putih memandangkan ruang 
pejabat di Kuala Lumpur pun berlebihan tanpa mengambil kira ruang-ruang yang 
pejabat yang tidak digunakan di Bangsar South, Petaling Jaya, Cyberjaya dan 
lain-lain, katanya.

Selain itu, Mahfuz juga berkata pembangunan semula pangkalan TUDM di Sungai 
Besi akan memusnahkan peninggalan sejarah yang penting dalam pertahanan negara 
sedangkan ia adalah pangkalan udara yang pertama di negara ini.  

http://malaysiakini.com/news/134654 

Gadai pangkalan TUDM bahayakan negara  

KUALA LUMPUR, 16 Jun: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, 
rancangan untuk menggadaikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di 
Sungai Besi kononnya untuk tujuan pembangunan membahayakan negara kerana ia 
bertentangan dengan konsep pertahanan menyeluruh.

Tindakan itu akan menyebabkan negara akan kehilangan sebuah pangkalan 
pertahanan di tengah bandar sedangkan ia merupakan satu elemen penting kepada 
pertahanan nasional yang menepati konsep dan perlaksanaan pertahanan menyeluruh 
(Hanruh).

Amat tidak wajar pangkalan pertahanan yang begitu strategik digadaikan 
semata-mata untuk memenuhi kepentingan kroni pihak yang berkuasa sedangkan 
pangkalan pertahanan udara seperti di Sungai Besi masih dikekalkan di 
kebanyakan negara maju, katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, pangkalan TUDM di Sungai Besi bukannya 
sekadar ruang-ruang pejabat malah ia 

Help Palestine [hidayahnet] Peniaga Melayu Rembau TERTEKAN TOLONGLAH HOI

2010-06-27 Terurut Topik Suara Rakyat
Beberapa kawasan pasar malam seperti di Chembong telah disusun semula. 
Perubahan susunan yang mendadak menjejaskan pendapatan peniaga kecil . 
Mewajibkan peniaga mengambil lesen RM 130 (campur RM10 wang proses)
Peniaga terpaksa membayar wang kutipan sampah 3 bulan sekali (in advance).
bayaran cagaran minimun RM120.


KEADILAN prihatin nasib peniaga kecil Rembau

Berikut ialah petikan surat yang dihantar pagi tadi ke Pegawai Daerah merangkap 
YDP Maj. Daerah Rembau, respon kepada perjumpaan tertutup KEADILAN Rembau dan 
peniaga kecil pasar malam minggu lepas.

Ruj. Kami : pkrRembau / PKR / 2010 (013)

Tarikh : 16 Jun 2010

Kepada

Yang Di Pertua,
Majlis Daerah Rembau,
Rembau, N.Sembilan

Ybhg Tuan ;

ADUAN DAN MEMOHON PERTIMBANGAN MENGENAI SEWA DAN BEBERAPA ISU MENGENAI PASAR 
MALAM DALAM DAERAH REMBAU

Kami telah menerima aduan dan maklumat mengenai bayaran sewa tapak dan beberapa 
isu pengurusan pasar malam dalam daerah rembau.

Untuk itu kami dengan ini memanjangkan aduan dan maklumat tersebut untuk 
perhatian pihak tuan.

Penyusunan semula tapak

Maklumat yang kami perolehi bahawa ada beberapa kawasan pasar malam seperti di 
Chembong telah disusun semula. Kami faham mungkin MDR mempunyai alasan dari 
segi menaikkan imej dan seumpamanya, namun perlu dipertimbangkan juga mengenai 
peniaga yang telah lama meniaga dikawasan tersebut. Pelanggan sudah terbiasa 
dan mudah mencari gerai mereka mengikut susunan lama dan jika ada perubahan 
susunan yang mendadak sudah tentu ia bakal menjejaskan sedikit pendapatan 
peniaga kecil ini.

Kenaikan dan cara baru kutipan sewa

Maklumat yang kami perolehi ialah telah dikuatkuasa kadar dan cara pembayaran 
sewa yang baru.

Amaun terlalu tinggi

Kami menyokong mewajibkan peniaga mengambil lesen supaya ia lebih mudah 
diselia. Namun jumlah RM 130 (campur RM10 wang proses) mungkin boleh sedikit 
dipertimbangkan. Khususnya ia merupakan jumlah yang amat besar bagi peniaga 
kecil yang pendapatan tidak menentu dalam keadaan ekonomi negara yang juga 
tidak menentu.

Bayaran kutipan sampah 3 bulan sekali

Peniaga terpaksa membayar wang kutipan sampah 3 bulan sekali (in advance). Wang 
ini dikutip lebih dari satu tapak, bayangkan berapa jumlah bagi peniaga yang 
terpaksa membayar dahulu dan jika mereka punya lebih dari satu tapak dan lebih 
dari satu kawasan pasar malam. Keadaan lebih sulit bagi peniaga kecil apabila 
hari hujan, kenderaan rosak dan mengalamai masalah kesihatan sehingga mereka 
tidak dapat berniaga. Maka mereka masih terpaksa membayar wang kutipan sampah 
tapak walaupun mereka tidak berniaga.

Cagaran

Selain dari bayaran – bayaran tersebut diperkenalkan juga bayaran cagaran 
minimun RM120. Bayangkan jika peniaga hanya meniaga satu tapak sahaja di satu 
kawasan pasar malam sahaja. Maknanya dia cuma berniaga 5 jam seminggu sahaja, 
tetapi masih perlu membayar cagaran.

Gerai – gerai haram

Segala macam pembayaran diperkenalkan yang sepatutnya melihat Pasar Malam lebih 
terselia. Namun alasan memperkenalkan aturan dan perbagai bayaran bukan lasan 
yang baik untuk menyeliakan pasar malam. Setelah peniaga dibebani perbagai 
bayaran dan aturan, peniaga tetap berdepan dengan isu gerai haram (peniaga 
rambo). Penguatkuasaan lemah hanya tertumpu sebelum senja/maghrib. Maka 'rambo 
– rambo' ini akan membuka gerai selepas Maghrib dan peniaga yang telah membayar 
itu dan ini terpaksa bersaing dengan peniaga haram ini. Lebih malang lagi ada 
peniaga haram yang didatangi oleh penguatkuasa MDR dan mereka dikutip yuran 
tapak untuk hari tersebut.

Kami mencadangkan :

pertimbangkan semula bayaran lesen. Lihat sahaja peniaga pasar malam dalam 
kawasan yang lebih maju seperti Majlis Pembandaran Nilai contohnya mengenakan 
hanya RM 50 lesen (dan tambah RM10 pemprosesan).

Hapuskan atau kurangkan sehingga menjadi RM 50 sahaja wang cagaran. Jumlah yang 
tinggi bukan sahaja menyebabkan peniaga tertekan tetapi tidak baik bagi imej 
MDR yang dilihat cuba mengambil wang dan seolah membuat modal pusingan 
menyimpan selama setahun wang peniaga kecil.

Kami memahami cara kutipan baru (3 bulan sekali) mungkin diperkenalkan kerana 
kurang kakitangan MDR. Maka kami mencadangkan agar tapak – tapak pasar malam 
diberikan kepada organisasi masyarakat ataupun persatuan peniaga kecil pasar 
malam itu sendiri. Maka kutipan dapat dikembalikan kepada bentuk asal - harian. 
MDR mengutip lesen dan bayaran dari pengendali tapak pasar malam sahaja. Maka 
isu gerai haram juga secara tidak lansung boleh di atasi.

Kami juga melihat dalam komposisi ahli Majlis Daerah perlu diperbagaikan. 
Terlalu banyak hanya lantikan politik amat tidak baik, kerana mereka tidak 
mengetahui masalah sebenar dibawah seperti yang dihadapi peniaga kecil. Di 
Selangor contohnya lantikan ahli Majlis diperbagai. Ada anggota masyarakat 
biasa yang mewakili perbagai organisasi masyarakat seperti peniaga kecil, maka 
ia memberikan ruang yang lebih kepada rakyat menyuarakan pendapat. Jauh dari 

Help Palestine [hidayahnet] Gereja dapat RM0.5 juta, masjid dibiar bocor

2010-06-27 Terurut Topik Suara Rakyat
500 jemaah Masjid Kampung Pokok Asam, Klebang, Melaka terpaksa menunaikan solat 
di dalam masjid yang dibasahi air hujan gara-gara bumbungnya yang sudah lama 
bocor. Setiap kali hujan lebat, jemaah terpaksa menadah air hujan dari celahan 
bumbung yang bocor menggunakan besen dan baldi. Apabila hujan lebat, 
ketiga-tiga ruang ini tidak dapat digunakan akibat basah dan lebih menyedihkan 
apabila ada jemaah terpaksa pulang kerana kebanyakan ruang solat basah

Juga kisah masjid malang di Sabah 
http://amkns.blogspot.com/2010/05/kerajaan-tak-prihatin-siling-masjid.html 

 
Jemaah kecewa tiada tindakan baiki masjid

Utusan Malaysia 17 Jun 2010 

MELAKA 16 Jun - Permohonan telah dibuat, rayuan juga telah dikemukakan, namun 
sehingga kini masalah sama berlarutan malah kini semakin teruk.

Itulah dilema dihadapi kira-kira 500 jemaah Masjid Kampung Pokok Asam, Klebang 
di sini yang terpaksa menunaikan solat di dalam masjid yang dibasahi air hujan 
gara-gara bumbungnya yang sudah lama bocor.

Mereka mendakwa, permohonan menaik taraf masjid berusia 120 tahun itu sudah 
dibuat sejak November tahun lalu, namun belum mendapat sebarang jawapan.

Para jemaah mendakwa, rayuan masalah sama juga pernah dikemukakan kepada Majlis 
Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), namun hanya pelan struktur dikeluarkan 
tanpa memaklumkan bila kerja baik pulih akan dilakukan.

Salah seorang jemaah, Mahat Jais, 62, berkata, apa yang dibimbangkan keadaan 
masjid kini semakin uzur sehingga menyukarkan penduduk menunaikan ibadat.

Bayangkan setiap kali hujan lebat, jemaah terpaksa menadah air hujan dari 
celahan bumbung yang bocor menggunakan besen dan baldi.

Lebih teruk, ada jemaah dari luar yang tumpang bersolat di sini basah kuyup 
apabila hujan kerana tidak tahu keadaan bumbung yang bocor, katanya ketika 
ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang penduduk kampung berhampiran, Johan Ketot, 58, berkata, keadaan menjadi 
lebih tidak selesa apabila waktu solat Jumaat kerana hampir 500 jemaah 
menunaikan ibadat di situ.

Menurutnya, kecewa dengan aduan, rayuan dan permohonan yang seperti tidak 
diendahkan, pihak pengurusan masjid hanya mampu membaiki kerosakan itu sedikit 
demi sedikit menggunakan wang tabung masjid hasil sumbangan orang ramai.

Saya amat berharap dan merayu kepada pihak berkenaan supaya dapat meninjau dan 
segera menyelesaikan masalah kami di sini, katanya.

Hashim Ayob, 53, pula mendakwa, antara bahagian masjid yang terjejas teruk 
ialah ruang solat hadapan, ruang solat wanita dan ruang imam.

Apabila hujan lebat, ketiga-tiga ruang ini tidak dapat digunakan akibat basah 
dan lebih menyedihkan apabila ada jemaah terpaksa pulang kerana kebanyakan 
ruang solat basah, katanya.

Seorang lagi jemaah, Md. Tahir Ahmad, 50, berkata, permohonan pernah dibuat 
menerusi Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Katanya, permohonan kepada Perzim dibuat ekoran masjid berkenaan yang dibina 
pada tahun 1820 itu telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan 
juga Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya Negeri Melaka 1988 
(Pindaan 1993).

Pelan untuk menaik taraf masjid sudah pun disempurnakan dan kami diberitahu 
memerlukan sekurang-kurangnya RM800,000 untuk memulakan kerja-kerja menaik 
taraf masjid. 

Setakat ini, kami mendapat reaksi positif daripada beberapa pihak yang 
bertanggungjawab tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan membaik pulih 
masjid dilakukan walaupun sudah hampir empat kali dilaporkan oleh pihak media, 
katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0617pub=Utusan_Malaysiasec=Selatanpg=ws_03.htm
 

Sabtu Januari 9, 2010
GERAN BANTUAN SETENGAH JUTA TEMPATKAN SEMULA GEREJA - PM 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan geran 
bantuan berjumlah RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernancle bagi menempatkan 
semula gereja berkenaan.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/9/mstar_berita/20100109174041sec=mstar_berita%5B/url%5D
 





Help Palestine [hidayahnet] YB Ir Nizar Jamaludin di Seremban 29 Jun 2010

2010-06-25 Terurut Topik Suara Rakyat
CERAMAH MOBILISASI MEMBANTAH JUDI
Tarikh : 29 Jun 2010 / Selasa
Masa : 9 malam
Tempat : Dataran Muhibbah , Kg Ismail , Ampangan , Seremban

Penceramah :
YB Ir Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
Chegubard
Suhaizan Kayat , EXCO Pemuda PAS Pusat
Aiman Athirah Al Jundi , EXCO Muslimat PAS Pusat

Semua dijemput hadir



  


Help Palestine [hidayahnet] Keretapi bawa Gula ke Singapura tergelincir

2010-06-25 Terurut Topik Suara Rakyat
Rupanya gula Malaysia dijual ke Singapura. Adakah ini punca gula tiada di 
Malaysia ? Harga gula di Semenanjung Malaysia ialah RM1.65 sekilo manakala di 
Singapura ialah RM3.05, lagi untung jual di Singapura. Enam gerabak keretapi 
kargo dari 30 gerabak yang membawa gula dari Prai , Pulau Pinang ke Singapura 
telah tergelincir pada 23 Jun 2010 di Kluang.

Kerajaan perlu dedahkan berapa banyak gula diekspot ke luar negara berbanding 
dijual di pasaran domestik !

JOHOR BAHARU, 23 Jun (Bernama) -- Enam gerabak kargo bersama muatan gula 
tergelincir di KM653.5-KM654.5 antara Paloh ke Chamek, dekat Kluang, awal pagi 
Rabu.

Pemangku Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) 
Mohd Fazil Ismail berkata kejadian itu berlaku pada pukul 2.43 pagi ketika 
kereta api 30 gerabak itu sedang dalam perjalanan dari Prai, Pulau Pinang ke 
Singapura.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=508132

KLUANG:Keretapi Tanah Melayu Bhd’s intercity service for the southern sector 
was interrupted yesterday when six cargo coaches, of a 30-car freight train, 
derailed in Chamek, near here.

KTMB said in a statement that the train, which was carrying sugar from Prai, 
Penang, to Singapore, derailed at 2.43am.

http://www.nst.com.my/nst/articles/Freighttrainderails_servicedisrupted/Article

PUTRAJAYA: Sugar will cost 20 sen more per kg from today, with the new price 
being RM1.65 in the peninsula and RM1.75 in Sabah and Sarawak, it was announced 
yesterday.

He said the new sugar price, after the 20-sen increase, was relatively low 
compared with prices in other Asean countries such as Thailand (RM2.50 per kg), 
Singapore (RM3.05), Indonesia (RM3.40) and the Philippines (RM3.62).

He said the increase in the sugar price was necessitated by the rise in the 
price of raw sugar in the world market, and that the government still 
subsidised the price at 80 sen per kg or RM1.008 billion for the year.

http://www.theborneopost.com/?p=2220






Help Palestine [hidayahnet] Sarawak merintih mohon bantuan

2010-06-25 Terurut Topik Suara Rakyat
Apa sudah jadi ? Penduduk asal Sarawak merintih mohon bantuan. Inilah dinamakan 
kera di hutan disusukan , anak di rumah mati kelaparan. “Macam mana kami hendak 
pergi, sudahlah pekan Tatau jauh berjam-jam perjalanan bot, duit tambang pun 
tidak ada. Di tempat kami juga selalu banjir. Baru-baru ini, banjir agak besar, 
rumah panjang suku kaum lain dapat bantuan, tetapi kami langsung tidak ada,” 
katanya.

Apakah pemimpin masih bermegah-megah dengan bilangan jutawan yang ramai di 
Malaysia ? Anak-anak mula sekolah umur 5 tahun ? Beli kapal selam ? Beli Sukhoi 
? Buat kereta perisai RM 8 Billion ?

30 tahun penduduk dekat loji Lichok tunggu bekalan bersih
http://amkns.blogspot.com/2010/06/tiada-air.html

Teramat kurang pendakwah Islam di Sarawak
http://amkns.blogspot.com/2010/06/teramat-kurang-pendakwah-islam-di.html

Penduduk Sarawak kekurangan air bersih
http://amkns.blogspot.com/2010/06/penduduk-sarawak-kekurangan-air-bersih.html

Penduduk Kuching Sarawak hidu bau busuk
http://amkns.blogspot.com/2010/06/penduduk-kuching-sarawak-hidu-bau-busuk.html

10 tahun jambatan tak siap siap di Sarawak
http://amkns.blogspot.com/2010/06/10-tahun-jambatan-tak-siap-siap-di.html

***
Beketan merintih mohon bantuan, kerja kampung sara hidup

Berita Harian 12 Jun 2010

Penghuni Rumah Panjang Sekaya yang tersisih arus pembangunan kini semakin 
derita sumber rezeki dicemari kerja pembalakan

CUBA cerita sikit pasal peneroka di Semenanjung, saya dengar mereka sekarang 
hidup senang,” tanya Tuai (Ketua) Rumah Panjang Sekaya, Sekaya anak Tulong, 
sebaik penulis memulakan perbualan ketika berkunjung ke rumah panjang di hulu 
Sungai Penyarai, pedalaman Tatau, Sarawak, baru-baru ini. Mendengar pertanyaan 
itu, terkedu juga penulis kerana tidak menyangka penduduk suku kaum Beketan 
yang tinggal jauh di pedalaman ingin tahu mengenai perkara itu, tambahan pula 
kejayaan peneroka Felda dimaksudkan itu bukan lagi perkara baru. Belum pun 
sempat penulis bercerita lanjut mengenai perkara itu, beberapa lagi soalan 
dikemukakan:

“Kenapa kerajaan tidak bangunkan tanah di tempat kami ini, kalau ada projek 
macam tempat mereka, tanam sawit atau getah, setidak-tidaknya ada juga peluang 
pekerjaan untuk kami. Kehidupan kami di rumah panjang ini susah, malah jika 
dibandingkan dengan suku kaum lain di Tatau, kami yang paling ketinggalan dan 
ramai penduduk miskin.”

Pengakuan Sekaya yang pernah sembilan tahun menjadi guru sementara di beberapa 
sekolah rendah di daerah Tatau sebelum menjadi tuai rumah pada 1990, ada 
kebenarannya.

Melihat persekitaran Rumah Panjang Sekaya sepanjang 25 bilik (unit) dengan 
penduduk 166 orang itu, keadaannya ternyata berbeza berbanding Rumah Panjang 
Ado didiami suku kaum Punan Kakus dan Rumah Panjang Jalong (etnik Tatau).
Rumah Panjang Sekaya satu daripada empat rumah panjang suku kaum Beketan di 
pedalaman Tatau. Tiga lagi ialah Rumah Panjang Oat, Kanyan dan Malou. Selain 
tinggal di kawasan pedalaman sama, suku kaum Beketan juga tergolong dalam etnik 
Orang Hulu di daerah Tatau, selain Punan Kakus, Tatau, Kayan dan Kenyah.

Sungguhpun hidup susah, Sekaya dan anak buahnya serta penduduk Beketan lain 
akur hakikat bahawa mereka perlu berusaha bagi meneruskan kehidupan dengan 
melakukan pelbagai kerja kampung secara sara diri.

“Ramai anak muda Beketan belajar sampai Tingkatan Lima, tetapi mereka tidak 
dapat kerja. Hendak kerja di kem balak, tauke pula tidak mahu terima kerana 
lebih suka ambil orang Indonesia berikutan upahnya murah,” kata anak Tuai Rumah 
Panjang Oat, Rasok anak Oat.

Ketika singgah seketika di rumah panjang itu dalam perjalanan ke Rumah Panjang 
Sekaya, pelbagai cerita dan rungutan mengenai kesukaran hidup mereka 
disampaikan penduduk kepada penulis.

Seorang penduduk, Keluk anak Sanun, berkata untuk menyara hidup keluarga, 
mereka tiada pilihan lain dan terpaksa meneruskan tradisi menanam padi huma, 
menangkap ikan di sungai serta mencari daun sayur di hutan.

“Kadangkala padi huma kami tanam tidak menjadi. Ikan di sungai pula tidak macam 
dulu. Sekarang tiada lagi kerana airnya cetek, selain tercemar dipercayai 
berpunca aktiviti pembalakan di hulu.

“Tidak lama dulu ada juga projek membiak ikan di sungai depan rumah kami. 
Banyak anak ikan dilepaskan dan dalam tempoh tertentu kami dilarang menangkap 
ikan di kawasan berkenaan.

“Projek itu bagus, tetapi malangnya ia gagal kerana ikan mati berikutan air 
sungai kotor. Kami dilarang tangkap ikan, tetapi syarikat balak membuatkan air 
sungai kotor tidak larang pula,” katanya sinis.

Sambil menjelaskan kerap juga orang kerajaan datang ke rumah panjang itu 
meninjau kehidupan mereka dan berjanji memberi bantuan, pelbagai jenis borang 
turut diisi, tetapi sampai sekarang belum menerimanya.

Keluk berkata, pihak kebajikan masyarakat juga ada membuat temu duga untuk 
memberi bantuan kepada penduduk susah, tetapi proses itu diadakan di pekan 
Tatau.

“Macam mana kami hendak pergi, sudahlah pekan Tatau jauh berjam-jam 

Help Palestine [hidayahnet] PM lawat Perak, peniaga Melayu jadi mangsa

2010-06-25 Terurut Topik Suara Rakyat
Disebabkan PM nak datang melawat Perak, peniaga pasar malam diarah tutup selama 
dua hari. Siapa nak bayar ganti rugi ? Sebelum ni pun peniaga Melayu ditindas 
dan diarah roboh gerai di Negeri Sembilan bila Menteri datang buat Program 
Juara Rakyat, kisahnya di 
http://buletinlabu.blogspot.com/2010/03/notis-roboh-gerai-di-tmn-gadong-jaya.html


Arahan tutup pasar malam sempena lawatan PM tidak munasabah

Berita Harian 15 Jun 2010

SELURUH masyarakat Bagan Datoh di Perak berasa bangga apabila Perdana Menteri, 
Datuk Seri Najib Razak sudi melapangkan masa untuk melakukan lawatan kerja, 
Ahad ini. Sudah pasti pelbagai persiapan harus dibuat agar kedatangan pemimpin 
utama negara disambut dengan baik serta berjalan lancar.

Akan tetapi dalam keseronokan lawatan kerja itu, ada suatu tindakan yang amat 
mengecewakan pihak peniaga. Mana tidaknya, lawatan Perdana Menteri jatuh pada 
Ahad (20 Jun), satu arahan dikeluarkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk 
Intan (MPTI) mengarahkan agar peniaga pasar malam di Bagan Datoh yang 
sepatutnya berniaga pada hari Sabtu malam dan pasar sehari Ahad pagi untuk 
menutup perniagaan mereka bagi dua hari berkenaan.

Malah peniaga kecil dan penjaja tepi jalan juga diarah berbuat demikian tanpa 
alasan munasabah diberikan kepada mereka. Apa dilihat adalah satu penganiayaan 
dan tindakan yang langsung tidak masuk akal. Apakah dengan alasan kedua-dua 
pasar itu mengganggu urusan dan kelancaran majlis, sedangkan majlis yang 
dihadiri Perdana Menteri, jaraknya beberapa kilometer dari tapak pasar. Jika 
dikatakan ‘menyakitkan mata memandang’ ia tidak tersusun di satu tapak di 
sebelah pasar berbanding sebelumnya sepanjang jalan di pekan Bagan Datoh?

Persoalan timbul, apakah langkah ini hanya untuk menutup malu bagi MPTI kerana 
pekan Bagan Datoh ini hanya pekan ‘koboi’ atau dengan lain perkataan ‘hidup 
segan, mati tak mahu’.

Jika kita lihat impak sosioekonomi yang berlaku daripada arahan berkenaan, 
sudah pasti peniaga kecil sama ada di pasar malam atau pekan sehari, akan 
terjejas pendapatan mereka. Penutupan dua hari itu sudah pastinya merugikan. 
Apakah MPTI menyediakan peruntukan untuk membayar ganti rugi sebagai balasan 
kepada penutupan sementara itu?

Tindakan dan arahan MPTI dilihat langsung tidak selari dengan konsep yang 
dibawa oleh kepemimpinan negara iaitu “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, 
Pencapaian Diutamakan”.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Bagan Datoh meminta MPTI 
mempertimbangkan semula arahan itu.

MOHAMAD ASRI SHAFII,
Yang Dipertua GPMS
Cawangan Bagan Datoh

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ArahantutuppasarmalamsempenalawatanPMtidakmunasabah/Article






Help Palestine [hidayahnet] Dataran Maksiat Senawang dan Jabatan Agama

2010-06-25 Terurut Topik Suara Rakyat
Maksiat kini berleluasa di Dataran Senawang. Adakah Jabatan Agama kekurangan 
kakitangan kerana pegawai mereka bertugas mengawasi kubur Abuya di Pilin dan 
Madrasah yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi di Kuala Pilah ? Juga sibuk 
mengawasi judi bolasepak tanpa lesen hinggakan kurang petugas mengawasi kedai 
judi berlesen yang tetap haram di pekan dan bandar seluruh N.Sembilan ?

Kaki judi dan kaki khalwat di Negeri Sembilan ini tahu agaknya pegawai Jabatan 
Agama hanya sibuk nak mengintip pengikut Abuya dan mereka yang ada kaitan bau 
bacang dengan Wahabi. Juga Jabatan Agama juga mungkin sibuk pantau khutbah di 
masjid terutama isu berkaitan Coca Cola yang tidak mengikut teks.


Asmara bawah lampu suram
Harian Metro 11 Jun 2010

2010/06/11 SEREMBAN: Pasangan remaja berusia belasan hingga 20-an dikesan 
menjadikan beberapa kawasan suram di Dataran Senawang, dekat sini, sebagai 
lokasi memadu kasih pada malam hari.

Antara lokasi tumpuan termasuk kawasan rumah kedai belakang sebuah pasar raya 
besar di Senawang dengan kebanyakan mereka melakukan aktiviti itu dalam kereta. 
Keadaan itu secara tidak langsung mengundang rasa kurang senang masyarakat 
setempat kerana ia boleh mempengaruhi orang lain melakukan aktiviti kurang 
sihat, tambahan pula pelbagai kegiatan tidak sihat lain seperti meminum arak 
dan berjudi turut berlaku di kawasan berkenaan.

Ketua Perhubungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Cawangan Negeri 
Sembilan, Mohd Fadil Baharuddin, berkata berdasarkan intipannya mendapati tidak 
kurang lima pasangan memadu kasih dalam kereta di kawasan itu pada setiap malam.

Katanya, kebanyakan mereka melakukan kegiatan sumbang itu dipercayai 
membabitkan remaja berusia 20-an mahupun belasan tahun dan aktiviti itu dikesan 
mula aktif dari jam 11.30 malam hingga 3 pagi, terutama pada hujung minggu. 
“Saya mendapati empat pasangan memadu kasih di kawasan itu berikutan 
kedudukannya terlindung dan hanya diterangi cahaya samar lampu jalan mendorong 
mereka menjadikan lokasi itu sebagai tempat melakukan maksiat.

“Kami amat kesal dengan aktiviti tidak sihat terbabit kerana percaya mereka 
yang melakukan perbuatan itu pasangan Islam. “Malah, sebelum ini kami turut 
menerima beberapa aduan awam, terutama ibu bapa mengenai gelagat remaja mahupun 
pasangan kekasih tanpa segan silu melakukan perbuatan tidak bermoral,” katanya 
ketika ditemui.

Berikutan itu, katanya, pihaknya menggesa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri 
Sembilan (JHEAINS) membuat pemantauan lebih agresif di kawasan Senawang 
termasuk Dataran Senawang yang sering dijadikan tempat memadu kasih pasangan 
remaja. “Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka kerana perbuatan itu 
mencemarkan imej Islam. Saya amat berharap masalah ini mendapat perhatian 
kerana bukan saja boleh mencemarkan imej kawasan ini, malah jika tidak 
ditangani, kegiatan tidak sihat ini akan terus berleluasa. “PPIM sedia 
memberikan kerjasama kepada pihak terbabit bagi mengadakan operasi menahan 
mereka yang melakukan perbuatan itu,” katanya.

Penduduk, Jimi Rustam, 37, berkata kegiatan tidak sihat termasuk remaja memadu 
kasih pada malam hari di kawasan Bandar Baru Senawang sering diperkatakan orang 
ramai sejak pembangunan pesat bandar baru terbabit hingga menimbulkan keresahan 
penduduk.

Menurutnya, kegiatan itu perlu dipantau pihak berkuasa berkaitan bagi 
memastikan keruntuhan moral membabitkan golongan muda tidak terus berleluasa 
dan menjadi barah yang boleh merugikan masyarakat dan masa depan negara. “Saya 
menyokong jika kegiatan itu dapat dipantau sebelum menjadi lebih teruk kerana 
ia tidak boleh dibiarkan disebabkan akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat,” 
katanya.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, berkata pihaknya 
mengalu-alukan kerjasama orang ramai melaporkan sebarang kegiatan maksiat 
membabitkan orang Islam.

http://www.hmetro.com.my/articles/Asmarabawahlampusuram/Article/






Help Palestine [hidayahnet] Teramat kurang pendakwah Islam di Sarawak

2010-06-24 Terurut Topik Suara Rakyat
Tidak malu ke umat Islam , orang bukan Islam yang beria-ia menyuruh pendakwah 
Islam mengajar orang Islam ? Tuai Rumah Ado, Ado anak Bilong, menjelaskan 
beliau tahu mengenai keluarga Muslim itu kerana mereka sebahagian daripada anak 
buahnya kerana tinggal di rumah panjang itu. Beliau berharap pihak berkaitan 
dapat membantu terutama bagi menyelesaikan status keluarga murid Islam itu 
kerana bimbang ia mungkin akan menimbulkan kesulitan pada masa depan. 

** 
Berita Harian 8 Jun 2010 

Keluarga Muslim perlu bantuan pendakwah ajar anak agama 

PENDAKWAH atau pihak bertanggungjawab sewajarnya datang ke Rumah Panjang Ado 
kerana tiga murid Muslim di Sekolah Kebangsaan (SK) Rumah Keseng bersebelahan 
rumah panjang itu memerlukan khidmat dan bantuan mereka. 

Demikian fikiran penulis ketika melihat persekitaran hidup tiga murid Islam 
terbabit, seorang lelaki dan dua lagi perempuan ketika ke rumah panjang dan 
sekolah berkenaan, baru-baru ini. 

Pengurusan sekolah melakukan yang terbaik bagi membantu murid terbabit seperti 
kata Guru Besarnya, Anthony Upon, pihaknya meminta jasa guru perempuan dari 
Semenanjung mengajar mereka Fardu Ain dan hal berkaitan agama. 

Untuk mengajar murid terbabit yang akan menduduki Penilaian Asas Fardu Ain 
tahun ini, kami tiada ustaz kerana tidak mencukupi kuota, iaitu 
sekurang-kurangnya lima murid Islam untuk mendapat seorang guru agama. 

Bagi memenuhi keperluan itu, beberapa guru perempuan sekolah ini berasal dari 
Semenanjung dengan suka rela mengajar agama di rumah mereka pada luar waktu 
sekolah, lazimnya sebelah petang, katanya. 

Seorang murid terbabit, Faiznor Yusof, 12, berkata dia diberitahu bapanya 
keturunan Melayu dari Sibu, manakala ibunya pula Iban, tetapi mereka tinggal di 
Rumah Panjang Ado. 

Dia bersama adiknya, Izani serta seorang lagi murid Muslim, Norlia Ramli, 
sering bermalam di rumah guru perempuan terutama pada hujung minggu kerana 
dapat belajar agama dan sembahyang. 

Saya lebih suka pergi rumah cikgu kerana dapat belajar dan sembahyang apabila 
tiba waktunya. Cikgu banyak memberi tunjuk ajar. Adik saya pun sembahyang, tapi 
jarang. Ibu tidak melarang, sebaliknya menggalakkan saya ke rumah cikgu. 

Saya belajar berpuasa sejak Tahun Lima bila Hari Raya saya sambut sendiri, 
katanya yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun ini dan 
bercita-cita menjadi guru kerana mahu mendidik orang lain. 

Sementara itu, Tuai Rumah Ado, Ado anak Bilong, menjelaskan beliau tahu 
mengenai keluarga Muslim itu kerana mereka sebahagian daripada anak buahnya 
kerana tinggal di rumah panjang itu. 

Bagaimanapun, beliau berharap pihak berkaitan dapat membantu terutama bagi 
menyelesaikan status keluarga murid Islam itu kerana bimbang ia mungkin akan 
menimbulkan kesulitan pada masa depan. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KeluargaMuslimperlubantuanpendakwahajaranakagama/Article
 
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Malaysia beli kereta perisai Indonesia RM266 Juta

2010-06-24 Terurut Topik Suara Rakyat
Malaysia akan membeli kereta perisai Indonesia 6x6 sebanyak 32 buah pada harga 
sekitar RM266 Juta. Bermakna sekitar RM 8.3 Juta sebuah. Malaysia juga akan 
buat sendiri kereta perisai 8x8 sebanyak 257 buah pada harga sekitar RM 8 
Billion. Bermakna sekitar RM 31.1 Juta sebuah.

1 kereta perisai Malaysia boleh beli 4 kereta perisai Indonesia

257 kereta perisai Indonesia hanya berharga RM 2.1 Billion

Adakah kereta perisai Malaysia jauh lebih mahal kerana ada lebih 2 tayar , 
lebih tebal armor , lebih laju , lebih besar , lebih canggih persenjataannya ?

Mungkin juga ? 

Mungkin ahli-ahli parlimen kita akan dapat bertanyakan soalan-soalan tersebut 
kepada Menteri Pertahanan kita.

** 
Menteri Perindustrian MS Hidayat mengungkapkan pihak Malaysia telah memastikan 
pesanan panser dari PT Pindad senilai US$ 80 juta. Rencananya negeri Jiran itu 
bakal memesan panser sebanyak 32 unit.
http://us.detikfinance.com/read/2010/06/09/131421/1374808/4/panser-ri-akan-dibarter-dengan-sedan-proton-malaysia?f9911013
 

** 

(DEFTECH), anak syarikat milik penuh DRB- HICOM Bhd. sedang membangunkan kereta 
perisai 8X8 - Deftech AV-8 dalam projek bernilai RM8 bilion . Pembinaan itu 
melibatkan 257 buah kenderaan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0421pub=utusan_malaysiasec=Korporatpg=ko_03.htmarc=hive
 




  


Help Palestine [hidayahnet] Banyak sangat masalah , wakil rakyat BUTA KE

2010-06-17 Terurut Topik Suara Rakyat
Terlalu banyak masalah rakyat di setiap DUN di seluruh Malaysia. Cara yang 
terbaik untuk membuat rakyat lupa akan masalah yang mencengkam kehidupan kita 
ialah dengan membesar-besarkan isu lain. Isu lompat parti, isu agen Israel. 
Sama saja PKR dan UMNO, alihkan isu masalah rakyat dengan isu lompat parti.

Cuba tanya PKR, mana prestasi setiap ADUN dan Ahli Parlimen mereka sejak menang 
pilihanraya 2008. Cuba tanya UMNO juga, mana prestasi setiap ADUN dan Ahli 
Parlimen mereka ? TAK ADA ! Yang ada PKR tuduh UMNO , UMNO tuduh PKR. Kita 
rakyat jadi mangsa. 

Mari kita ajar semua wakil rakyat pada pilihanraya ke 13 nanti, tak kiralah 
UMNO ke , PKR ke , PAS ke, yang sibuk untuk merebut jawatan, yang sibuk kata 
orang lain tak betul , yang sibuk mengumpul harta, yang sibuk mengumpul isteri 
dan sewaktu dengannya kita tolak. Wakil rakyat yang sentiasa mendengar masalah 
rakyat dan salurkannya ke agensi yang berkaitan kita sokong.

Rakyat dah BOSAN dan MUAK dengan politik di Malaysia ini. Terutama POLITIK 
ORANG MELAYU.

Menang Sorak Kampung Tergadai !

Sila baca pelbagai masalah rakyat berikut :

Masalah rakyat di DUN Repah hidu bau busuk setiap hari 
http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-rakyat-di-dun-repah.html 

Masalah rakyat di DUN Kota masalah rompakan dan talian telefon sentiasa rosak 
http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-rakyat-di-dun-kota.html 

Masalah rakyat di DUN Seri Menanti diberhentikan kerja tak dibayar gaji 
http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-rakyat-di-dun-seri-menanti.html 

Masalah rakyat di DUN Linggi gadai nyawa menyeberang sungai 
http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-rakyat-di-dun-linggi.html 

Masalah rakyat di DUN Palong jalan mendap 
http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-rakyat-di-dun-palong.html 

Masalah rakyat di DUN Pasir Panjang jalan rosak projek terbengkalai 
http://amkns.blogspot.com/2010/05/masalah-rakyat-di-dun-pasir-panjang.html