Lebih baik memperkatakan Islam Hadhari daripada negara Islam. Bila sebut negara Islam, yang tertonjol adalah politik, pemerintahan, undang-undang dan kenegaraan. Timbullah, salah tafsir dari pelbagai pihak termasuk yang bukan agama Islam. Bagi mereka, yang mereka nampak adalah hudud. Oleh kerana tidak faham soal hudud dan yang berkaitan dengannya mulalah mereka menolak. Lebih-lebih lagi, ini ada hubungkait dengan soal undang-undang dan penguatkuasaan. Seolah-olah atas tafsiran mereka sendiri, hak mereka ternafi bila wujudnya negara Islam.
Bila Islam hadhari diamalkan, belum lagi kita menyentuh tentang akta dan penguatkuasaan pun, suasana masyarakat Islam sudah boleh terbentuk. Tanpa kita isytihar negara Islam, ia sudah boleh diamalkan dalam keluarga, jemaah dan masyarakat. Ini kerana Islam hadhari adalah bentuk Islam yang diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka tidak terus bermula dari negara. Tetapi memulakannya dengan kelompok kecil dari 2 kepada 3 kemudian 10 orang dan jumlahnya terus membesar. Sehinggalah terbentuknya sebuah masyarakat Islam diikuti dengan negara Islam. Inilah sebab kenapa lebih baik memperkatakan tentang Islam hadhari.
Lebih-lebih lagi, di waktu ini semua manusia mahukan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan. Semua manusia mengidam-idamkan masyarakat yang berakhlak mulia, berkasih sayang dan bebas dari jenayah sosial. Namun, sehingga kini, sistem-sistem yang digunapakai gagal menghasilkan masyarakat seperti itu. Ia terbukti gagal malah lebih merosakkan lagi masyarakat. Justeru itu, apa salahnya konsep Islam Hadhari diterima pakai, moga-moga ia akan mewujudkan suasana masyarakat yang diterima baik bersama. Ini pun adalah untuk kebaikan kita juga. Siapa yang tidak mahu suasana masyarakat yang aman makmur lagi berkasih sayang.
Seperkara lagi, yang patut kita tahu, Islam hadhari tidak menolak pembangunan. Berkemajuanlah, berekonomilah, teruskan membangun material dan perkembangkanlah ia dengan pesat. Tetapi Islam hadhari ini, atas tertegaknya pembagunan material, perlu didasari dengan pembangunan insan. Atas berkemajuan dan membangunkan lahiriah, tidak dapat tidak, kena disertakan dengan membangunkan rohaniah.
Itulah dia Islam hadhari dan kalau kita benar-benar memahaminya dan mengamalkan pula, maka besarlah manfaat untuk kita. Bukan sahaja kita, malah keluarga, masyarakat dan negara semua mendapat manfaatnya. Ini kerana bila memperkatakan Islam hadhari itu, kita boleh bahagikan kepada dua, iaitu Islam dan Hadhari. Islam bererti keselamatan. Erti keselamatan itu, ia termasuk keadilan, iaitu keadilan dari segi undang-undang, keadilan mendapat pekerjaan dan keadilan pengagihan kekayaan. Termasuk juga adalah kasih sayang, bersatu padu, rasa bersama, bekerjasama, tolong-menolong, dan bertolak ansur. Termasuk juga adalah hormat menghormati satu sama lain, tidak boleh hina menghina walaupun berlainan agama dan bangsa. �Keselamatan� ini hanya boleh dilaksanakan bila insaniah setiap individu terdidik ke arah itu. Soal hadhari tak perlu diperkembangkan lagi, malah ramai sudah tahu, ia bererti maju dan membawa kemakmuran. Setidak-tidaknya mewujudkan keperluan asas seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian, alat perhubungan, alat pentadbiran dan kemudahan pendidikan, sesuai dengan perubahan zaman.
Oleh itu, mari kita bersama-sama memahami dan mengamalkan Islam hadhari yang membawa keharmonian dan kemajuan.

Dipetik dari Buku Terbaru Islam Hadhari
Menurut Ustaz Hj. Ashaari Muhamad
Susunan Mejar (B) Abu Dzar
Terbitan kedua Januari 2005
Boleh dipesan terus dari http://www.rufaqa.com
Do you Yahoo!?
Take Yahoo! Mail with you! Get it on your mobile phone.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.