Cik Yusniza, Semoga cik berada dla keadaan sihat sejahtera dan dalam rahmat Allah swt. Setelah membaca permasalahan yg saudari kemukakan disini, saya berasa simpati dan saya bukanlah ahli atau pakar utk menyelesaikan masalah sebegini. Hanya simpati serta sedih sebagai saudara seagama Islam. Mungkin saudara mara sebelah lelaki tadi mahu melaporkan perkara tersebut ke Majlis Agama Islam atau mana mana badan yang boleh membantu kerana perkara ini melibatkan dua negara dan lebih penting agama. Tauhid dan agama anak serta ibunya itu yg amat penting disini. Hanya jika lelaki inggeris itu seorang Islam maka tidak ada lah masalah disini kerana saudari mengatakan hanya 'mungki' lelaki itu seorang kristian. Apa pun, saya akan berdoa agar perkara ini dapat diselesaikan dan menyelamatkan tauhid anak dan ibu tersebut. InsyaAllah. Shafie
<--- On Thu, 12/11/08, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Minta pendapat To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Thursday, December 11, 2008, 10:48 PM Salam, Sy ingin saudara-saudari menilai situasi ini. Seorang lelaki Islam telah berkahwin dengan perempuan bukan Islam (memeluk Islam setelah berkahwin) dan dikurniakan seorang anak. Perempuan tersebut bukan orang Malaysia (berasal dr Thailand). Mereka berkahwin dan menetap di Thailand. Isterinya tidak tau bertutur dalam bahasa Melayu dan bermastautin di negara asalnya. Setelah beberapa tahun berkahwin, lelaki ini meninggal dunia dan difahamkan isterinya mungkin telah kembali ke agama asal dan telah berkahwin lain (lelaki Inggeris - mungkin beragama Kristian). Permasalahan sekarang adalah, keluarga lelaki telah berusaha untuk mengambil anak mereka (lelaki) supaya anak itu tetap berada didalam Islam, tetapi dihalang oleh perempuan tersebut. Adakah pihak keluarga tetap menanggung dosa kerana terpaksa membiarkan ini berlaku? Satu lg apa yg boleh dibuat untuk membawa anak itu pulang ke Malaysia kerana anak itu warganegara Thai. Tolong beri pendapat...
