Kes lelaki ? Melayu /Islam kahwini wanita Thai dan setelah meninggal dunia menimbulkan masalah kepada anak mereka juga berlaku kepada satu keluarga di tempat saya. Cuma anak-anak mereka bernasib baik kerana datuknya pertahankan cucu-nya daripada di bawa balik ke Thailand oleh menantunya yang dipercayai mahu kembali kepada agama keluarganya ? Mungkin oleh kerana anak-anak itu lahir di Malaysia dan statusnya rakyat Malaysia dia sukar untuk bawa masuk ke Thailand dengan cara biasa. Pihak imam/masjid telah berusaha untuk bantu anak-anak ini bagi memastikan sekurang-kurangnya didikan Islam yang sempurna dapat diberikan. Pasangan dalam kes ini tentu nya kahwin di Thailand tapi ada kah perkahwinan itu di daftar di Malaysia ? Kalau didaftarkan di Malaysia kemungkinan pihak kedutaan dapat campur tangan. Jika tidak didatar sekali pun mungkin mereka dapat bantu agar anak itu sekurang-kurang nya dipelihara oleh orang Islam di sana kerana kedua dua ibubapa nya beragama Islam ketika dia dilahirkan. Jadi bila ibunya murtad hak nya keatas anak itu boleh dipertikai tapi undang-undang keluarga Thailand pasti menyukarkan !! Bagaimana pula peranan institusi bertanggungjawab hal ehwal orang Islam di tempat anak itu berada ? Mungkin mereka yang lebih patut mencari jalan untuk menyelamatkan aqidah anak itu ! Soal bapa nya rakyat Malaysia sepatutnya bukan isu, yang penting dia beragama Islam. Wallahua'lam.
ibnuAli kota jembal --- On Sun, 12/14/08, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Minta pendapat To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Sunday, December 14, 2008, 10:45 AM Apa yang saya boleh katakan ialah setiap orang Islam yang tahu wajiblah mempastikan sianak itu berada bawah didikan muslim. Setiap orang Islam yang tahu haram membiarkan sianak itu dibawah didikan ibunya. Bagaimanakah tindakan yang boleh dilakukan? Marilah kita sama-sama fikirkan Terima kasih --- Pada Jum, 12/12/08, yusn...@yahoo. com <yusn...@yahoo. com> menulis: Daripada: yusn...@yahoo. com <yusn...@yahoo. com> Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Minta pendapat Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> Tarikh: Jumaat, 12 Disember, 2008, 2:48 PM Salam, Sy ingin saudara-saudari menilai situasi ini. Seorang lelaki Islam telah berkahwin dengan perempuan bukan Islam (memeluk Islam setelah berkahwin) dan dikurniakan seorang anak. Perempuan tersebut bukan orang Malaysia (berasal dr Thailand). Mereka berkahwin dan menetap di Thailand. Isterinya tidak tau bertutur dalam bahasa Melayu dan bermastautin di negara asalnya. Setelah beberapa tahun berkahwin, lelaki ini meninggal dunia dan difahamkan isterinya mungkin telah kembali ke agama asal dan telah berkahwin lain (lelaki Inggeris - mungkin beragama Kristian). Permasalahan sekarang adalah, keluarga lelaki telah berusaha untuk mengambil anak mereka (lelaki) supaya anak itu tetap berada didalam Islam, tetapi dihalang oleh perempuan tersebut. Adakah pihak keluarga tetap menanggung dosa kerana terpaksa membiarkan ini berlaku? Satu lg apa yg boleh dibuat untuk membawa anak itu pulang ke Malaysia kerana anak itu warganegara Thai. Tolong beri pendapat... Nama E-mel baru untuk anda! Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru. Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
