Email saya untuk kumpulan terjemahan. Kerja terjemahan adalah penting bagi kita sebagai komuniti pengguna OSS untuk sumbang kembali kepada komuniti OSS.
---------- Forwarded message ---------- From: Harisfazillah Jamel <[email protected]> Date: 2011/1/13 Subject: Penceramah Untuk Bengkel Atau Ceramah Berkaitan Kerja-kerja Terjemahan To: [email protected], [email protected] Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya memerlukan penceramah-penceramah tetap daripada kumpulan terjemahan perisian sumber terbuka. Saya bercadang untuk khaskan satu slot bagi setiap aktiviti dan persidangan yang OSDC.my kendalikan. Bagi saya usaha terjemahan adalah keutamaan utama. Penceramah diperlukan untuk perkara berikut. 1) Slot 45 minit atau satu jam, untuk menerangkan tentang usaha-usaha terjemahan yang melibatkan semua kumpulan yang sedia ada. 2) Bengkel setengah hari atau 1 hari bagi penerangan dan latihan cara-cara membuat terjemahan kepada kumpulan 20 orang. 3) Koodinasi dengan kumpulan-kumpulan pembangunan distribusi-distribusi Linux dari Malaysia seperti Oshirix, SimpleLinux dan My1OS bagi piawai yang sama dalam kerja-kerja terjemahan. 4) Wakil tetap atau suara daripada Projek Terjemahan bagi memudahkan hubungan dengan pelbagai pihak. Untuk perkara 1, kita sedang berbincang dengan pelbagai pihak bagi mengadakan persidangan satu hari dan kemuncak kita pada MOSC2011. Untuk perkara 2, saya perlu hidupkan semula perbincangan dengan UKM bagi mewujudkan kerja sama dalam usaha terjemahan. Satu kertas kerja perlu disediakan dan perlu dikemukakan kepada UKM melalui Komuniti OSS UKM. Untuk perkara 3, kumpulan Projek terjemahan akan menjadi penghubung antara kumpulan-kumpulan distribusi Linux dari Malaysia. Harapan saya Projek Terjemahan kita dapat berkembang dan mendaulatkan bahasa kebangsaan kita di mata dunia. Sekian, terima kasih. Harisfazillah Jamel -- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information Please avoid sending me Word or PowerPoint attachments. See http://www.gnu.org/philosophy/no-word-attachments.html

