Waalaikumussalam... Saya xpaham.. ni utk terjemahkan OS ke? Details...?
Pada 2011 Januari 13 09:42, Harisfazillah Jamel <[email protected]>menulis: > Email saya untuk kumpulan terjemahan. Kerja terjemahan adalah penting > bagi kita sebagai komuniti pengguna OSS untuk sumbang kembali kepada > komuniti OSS. > > ---------- Forwarded message ---------- > From: Harisfazillah Jamel <[email protected]> > Date: 2011/1/13 > Subject: Penceramah Untuk Bengkel Atau Ceramah Berkaitan Kerja-kerja > Terjemahan > To: [email protected], [email protected] > > > Assalamualaikum dan salam sejahtera, > > Saya memerlukan penceramah-penceramah tetap daripada kumpulan > terjemahan perisian sumber terbuka. Saya bercadang untuk khaskan satu > slot bagi setiap aktiviti dan persidangan yang OSDC.my kendalikan. > Bagi saya usaha terjemahan adalah keutamaan utama. > > Penceramah diperlukan untuk perkara berikut. > > 1) Slot 45 minit atau satu jam, untuk menerangkan tentang usaha-usaha > terjemahan yang melibatkan semua kumpulan yang sedia ada. > > 2) Bengkel setengah hari atau 1 hari bagi penerangan dan latihan > cara-cara membuat terjemahan kepada kumpulan 20 orang. > > 3) Koodinasi dengan kumpulan-kumpulan pembangunan > distribusi-distribusi Linux dari Malaysia seperti Oshirix, SimpleLinux > dan My1OS bagi piawai yang sama dalam kerja-kerja terjemahan. > > 4) Wakil tetap atau suara daripada Projek Terjemahan bagi memudahkan > hubungan dengan pelbagai pihak. > > Untuk perkara 1, kita sedang berbincang dengan pelbagai pihak bagi > mengadakan persidangan satu hari dan kemuncak kita pada MOSC2011. > > Untuk perkara 2, saya perlu hidupkan semula perbincangan dengan UKM > bagi mewujudkan kerja sama dalam usaha terjemahan. Satu kertas kerja > perlu disediakan dan perlu dikemukakan kepada UKM melalui Komuniti OSS > UKM. > > Untuk perkara 3, kumpulan Projek terjemahan akan menjadi penghubung > antara kumpulan-kumpulan distribusi Linux dari Malaysia. > > Harapan saya Projek Terjemahan kita dapat berkembang dan mendaulatkan > bahasa kebangsaan kita di mata dunia. > > Sekian, terima kasih. > > Harisfazillah Jamel > > -- > To unsubscribe from and detail about this group > http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information > > Please avoid sending me Word or PowerPoint attachments. > See http://www.gnu.org/philosophy/no-word-attachments.html > -- *Maui Sabily 2010* *GPG KeyID*: DBDA3074 *GPG Fingerprint*: 3CCE D281 C894 4FB0 3D22 2141 75C6 E41F DBDA 3074 Soire Meira 2008 - 2010 EascobaNET, Inc 2006 - 2010 Ch0kL@Thack 2002 PaleoY2K 1998 - 2000 -- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information Please avoid sending me Word or PowerPoint attachments. See http://www.gnu.org/philosophy/no-word-attachments.html

