Hehehehe nape emosi sangat ni zain. Yang kita maksudkan ni ialah budak2 
UiTM yang buat demonstrasi hari tu. Nape awak pulak yang terasa. Baca 
betul2 tulisan saya. Kan saya cuma mengharapkan agar kejumudan dalam 
berfikir tidak berlaku di masa hadapan...
Tidakkah mereka ini terfikir yang mereka telah diperkudakan oleh pihak 
tertentu demi survival politik. Kalau betul mereka ini ikhlas 
mempertahankan hak orang melayu....saya rasa, mau tiap2 bulan diaorang 
buat demontrasi sebab banyak hak orang melayu  tak selesai sehingga ke 
hari ini (termasuklah kouta di MRSM tu).
Tapi ini tidak, bila pihak yang berlainan aliran politik dengan pemerintah 
memberi cadangan (baru cadangan je), diaorang dah melompak.....kan pelik 
tu. Relax zain ok.




Zain Kadir 
Sent by: [email protected]
08/26/08 11:46 PM
Please respond to
[email protected]


To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan






MRSM di bawah MARA dan UiTM di bawah Kementerian Pelajaran - tahu tak? 
Hanay mereka yang buta hati saja yang tak nampak kecemeralngan UiTM 
melahirkan professional bumiputra. Dapatkan fakta tepat sebelum berhujah - 
jangan serkap jarang aje!! Inilah sikap jumud orang Melayu.

[EMAIL PROTECTED] wrote:

Assamalamualaikum akhi kholid, yang menghairankan bila MRSM di buka untuk 
non bumi koutanya...tak pulak diaorang buat demontrasi. Bukankah MRSM dan 
UiTM dari ibu yang sama iaitu MARA....badan yang diamanahkan untuk menjaga 
kepentingan orang melayu. Banyak betul double standard kat malaysia 
ni.....yang pelik tu...dah masuk University pun masih tak boleh nak pikir 
mana benar dan mana yang salah...heran sungguh. 
Kita harap UiTM tidak mengeluarkan pelajar yang jumud dalam berfikir suatu 
hari nanti. 




Kholid Ali 
Sent by: [email protected] 
08/19/08 10:02 AM 

Please respond to
[email protected]


To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> 
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan








    Sama saja dengan budak-budak yang keluar sekolah rendah Islam (SRI) 
kat Kelantan (dan di negeri-negeri lain?) tidak diterima memasuki 
sekolah-sekolah agama kebangsaan sebaik mana keputusan UPSR mereka sekali 
pun. Sekolah SRI rasanya semuanya swasta tak ada yang dikendalikan 
kerajaan. Ada sekolah-sekolah berkenaan sediakan peringkat menengah Islam 
tapi kalau terus kesekolah menengah berkenaan nak ambil PMR/SPM pun kena 
tumpang atas nama sekolah lain!! Inilah layanan kepada anak-anak yang 
ibubapa mahu menjadikan mereka berpendidikan Islam. Sepatutnya bila 
ibubapa hantar anak mereka kesekolah swasta maka sedikit sebanyak ianya 
mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan dalam memberi pelajaran kepada 
kanak-kanak jadi tidak perlulah mereka di diskriminasi !!

   Dua orang anak saya baru saja tamatkan pendidikan mereka dengan sekolah 
SRI. Mereka terpaksalah sambung keperingkat sekolah menengah yang 
dikendalikan oleh YIK (Yayasan Islam Kelantan). Saya pun tak fikir 
budak-budak  UiTM sanggup berdemonstrasi kalau atas isu berkepentingan 
Islam. Budak-budak UiTM yang berdemonstrasi pasal cadangan MB Selangor 
agar UiTM dibuka sekadar 10% kepada bukan Bumi  mungkin kerana telah 
diperalatkan pihak tertentu . Yang jadi pemimpin-pemimpin student di 
kebanyakan IPT  di"bela" oleh parti-parti politik kerajaan yang 
memerintah. Mereka bebas pula dari AUKU !!?? Kabarnya ribuan 
berdemonstrasi dan pihak parti pemerintah (yang menguasai kerajaan pusat) 
bukan main seronok lagi sebab mereka dapat keuntungan politik kononnya 
demi perjuangan Melayu !! Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Thu, 8/14/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, August 14, 2008, 10:26 AM
Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini, tapi tidak siapa 
yang ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah ditindas sejak 
sekian lama. Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu di Negeri 
Sembilan ini telah dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke sekolah 
menengah agama terpilih di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah 
Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana 
mereka ini dari sekolah swasta.

Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk 
SHAMS, sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 
A. Dengar cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A 
sekali pun tidak akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih 
di N.Sembilan.

Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang 
di N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang 
didiskriminasi ini ? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping 
mendapat 9A dalam matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% 
kuota diberikan tetapi 0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah 
swasta ini.

Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan 
berikut http://waghih. blogspot. com/2007/ 12/kenapa- pelajar-sek- 
ren-islam- ns.html 


 
 

Kirim email ke