Betul tu!!! Sekarang ni MARA terpaksa tubuhkan UniKL dan satukan kolej2
pengajian dibawahnya spt BMI, MFI dan lain-lain dibawah satu nama UniKL
untuk wujudkan satu IPTA baru dibawahnya. MRSM dibukak untuk non-bumi pun
tak ramai... masa zaman saya dulu cuma ada paling ramai 3 orang dalam satu
batch. Tapi tengoklah prestasi budak MRSM especially dalam Bahasa
Inggerisnya. Sekarang ni tak tahulah....

Wassalam.

-------Original Message-------

From: [EMAIL PROTECTED];  [EMAIL PROTECTED]
Date: 28/08/2008 15:26:16
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: [!! SPAM] {Disarmed} Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam
ditindas di N.Sembilan

MRSM di bawah MARA dan UiTM di bawah Kementerian Pelajaran - tahu tak? Hanay
mereka yang buta hati saja yang tak nampak kecemeralngan UiTM melahirkan
professional bumiputra. Dapatkan fakta tepat sebelum berhujah - jangan
serkap jarang aje!! Inilah sikap jumud orang Melayu.

[EMAIL PROTECTED] wrote:

Assamalamualaikum akhi kholid, yang menghairankan bila MRSM di buka untuk
non bumi koutanya...tak pulak diaorang buat demontrasi. Bukankah MRSM dan
UiTM dari ibu yang sama iaitu MARA....badan yang diamanahkan untuk menjaga
kepentingan orang melayu. Banyak betul double standard kat malaysia ni....
yang pelik tu...dah masuk University pun masih tak boleh nak pikir mana
benar dan mana yang salah...heran sungguh.
Kita harap UiTM tidak mengeluarkan pelajar yang jumud dalam berfikir suatu
hari nanti.




Kholid Ali
Sent by: [email protected]
08/19/08 10:02 AM Please respond to
[email protected]

To"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc

SubjectRe: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan









    Sama saja dengan budak-budak yang keluar sekolah rendah Islam (SRI) kat
Kelantan (dan di negeri-negeri lain?) tidak diterima memasuki
sekolah-sekolah agama kebangsaan sebaik mana keputusan UPSR mereka sekali
pun. Sekolah SRI rasanya semuanya swasta tak ada yang dikendalikan kerajaan.
Ada sekolah-sekolah berkenaan sediakan peringkat menengah Islam tapi kalau
terus kesekolah menengah berkenaan nak ambil PMR/SPM pun kena tumpang atas
nama sekolah lain!! Inilah layanan kepada anak-anak yang ibubapa mahu
menjadikan mereka berpendidikan Islam. Sepatutnya bila ibubapa hantar anak
mereka kesekolah swasta maka sedikit sebanyak ianya mengurangkan kos yang
ditanggung kerajaan dalam memberi pelajaran kepada kanak-kanak jadi tidak
perlulah mereka di diskriminasi !!

   Dua orang anak saya baru saja tamatkan pendidikan mereka dengan sekolah
SRI. Mereka terpaksalah sambung keperingkat sekolah menengah yang
dikendalikan oleh YIK (Yayasan Islam Kelantan). Saya pun tak fikir
budak-budak  UiTM sanggup berdemonstrasi kalau atas isu berkepentingan Islam
 Budak-budak UiTM yang berdemonstrasi pasal cadangan MB Selangor agar UiTM
dibuka sekadar 10% kepada bukan Bumi  mungkin kerana telah diperalatkan
pihak tertentu . Yang jadi pemimpin-pemimpin student di kebanyakan IPT  di
bela" oleh parti-parti politik kerajaan yang memerintah. Mereka bebas pula
dari AUKU !!?? Kabarnya ribuan berdemonstrasi dan pihak parti pemerintah
(yang menguasai kerajaan pusat) bukan main seronok lagi sebab mereka dapat
keuntungan politik kononnya demi perjuangan Melayu !! Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Thu, 8/14/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, August 14, 2008, 10:26 AM

Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini, tapi tidak siapa
yang ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah ditindas sejak sekian
lama. Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu di Negeri Sembilan
ini telah dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke sekolah menengah
agama terpilih di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana mereka ini dari
sekolah swasta.

Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk SHAMS
 sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 A.
Dengar cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A sekali
pun tidak akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih di N
Sembilan.

Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang
di N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang
didiskriminasi ini ? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping
mendapat 9A dalam matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10%
kuota diberikan tetapi 0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah
swasta ini.

Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan
berikut http://waghih. blogspot. com/2007/ 12/kenapa- pelajar-sek-
ren-islam- ns.html








--
This message has been scanned for viruses and
dangerous content by MailScanner, and is
believed to be clean.

<<faint_grain.jpg>>

<<imstp_heads_en_160708.gif>>

Kirim email ke