Apa pun kedua-duanya iaitu MARA dan Kementerian Pelajaran adalah agensi di bawah kerajaan. Dasar tidak sepatutnya berbeza. Kuota mungkin boleh berbeza. Kalau MRSM boleh dibuka kepada bukan Bumiputera dan bererti mengurangkan peluang Melayu mengapa pula UiTM tak boleh ? Saya rasa tidak salah apa yang diperkatakan oleh Sdr Imran dan memang dalam banyak hal dasar yang diamalkan kerajaan sekarang berlaku double standard. Wallahua'lam.
ibnuAli kota jembal --- On Tue, 8/26/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Tuesday, August 26, 2008, 11:46 AM MRSM di bawah MARA dan UiTM di bawah Kementerian Pelajaran - tahu tak? Hanay mereka yang buta hati saja yang tak nampak kecemeralngan UiTM melahirkan professional bumiputra. Dapatkan fakta tepat sebelum berhujah - jangan serkap jarang aje!! Inilah sikap jumud orang Melayu. [EMAIL PROTECTED] com wrote: Assamalamualaikum akhi kholid, yang menghairankan bila MRSM di buka untuk non bumi koutanya...tak pulak diaorang buat demontrasi. Bukankah MRSM dan UiTM dari ibu yang sama iaitu MARA....badan yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan orang melayu. Banyak betul double standard kat malaysia ni.....yang pelik tu...dah masuk University pun masih tak boleh nak pikir mana benar dan mana yang salah...heran sungguh. Kita harap UiTM tidak mengeluarkan pelajar yang jumud dalam berfikir suatu hari nanti. Kholid Ali Sent by: [EMAIL PROTECTED] ups.com 08/19/08 10:02 AM Please respond to [EMAIL PROTECTED] ups.com To "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com> cc Subject Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan Sama saja dengan budak-budak yang keluar sekolah rendah Islam (SRI) kat Kelantan (dan di negeri-negeri lain?) tidak diterima memasuki sekolah-sekolah agama kebangsaan sebaik mana keputusan UPSR mereka sekali pun. Sekolah SRI rasanya semuanya swasta tak ada yang dikendalikan kerajaan. Ada sekolah-sekolah berkenaan sediakan peringkat menengah Islam tapi kalau terus kesekolah menengah berkenaan nak ambil PMR/SPM pun kena tumpang atas nama sekolah lain!! Inilah layanan kepada anak-anak yang ibubapa mahu menjadikan mereka berpendidikan Islam. Sepatutnya bila ibubapa hantar anak mereka kesekolah swasta maka sedikit sebanyak ianya mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan dalam memberi pelajaran kepada kanak-kanak jadi tidak perlulah mereka di diskriminasi !! Dua orang anak saya baru saja tamatkan pendidikan mereka dengan sekolah SRI. Mereka terpaksalah sambung keperingkat sekolah menengah yang dikendalikan oleh YIK (Yayasan Islam Kelantan). Saya pun tak fikir budak-budak UiTM sanggup berdemonstrasi kalau atas isu berkepentingan Islam. Budak-budak UiTM yang berdemonstrasi pasal cadangan MB Selangor agar UiTM dibuka sekadar 10% kepada bukan Bumi mungkin kerana telah diperalatkan pihak tertentu . Yang jadi pemimpin-pemimpin student di kebanyakan IPT di"bela" oleh parti-parti politik kerajaan yang memerintah. Mereka bebas pula dari AUKU !!?? Kabarnya ribuan berdemonstrasi dan pihak parti pemerintah (yang menguasai kerajaan pusat) bukan main seronok lagi sebab mereka dapat keuntungan politik kononnya demi perjuangan Melayu !! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal --- On Thu, 8/14/08, [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: From: [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com> Date: Thursday, August 14, 2008, 10:26 AM Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini, tapi tidak siapa yang ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah ditindas sejak sekian lama. Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu di Negeri Sembilan ini telah dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke sekolah menengah agama terpilih di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana mereka ini dari sekolah swasta. Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk SHAMS, sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 A. Dengar cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A sekali pun tidak akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih di N.Sembilan. Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang di N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang didiskriminasi ini ? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping mendapat 9A dalam matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% kuota diberikan tetapi 0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah swasta ini. Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan berikut http://waghih. blogspot. com/2007/ 12/kenapa- pelajar-sek- ren-islam- ns.html
