Kholid, 10% utk pelajar bukan bumiputra ke UiTM tu banyak tu. Cuba kira 10%
daripada 100,000 pelajar, jadi 10,000 orang. Bukankah itu akan mengambil tempat
anak bumiputra yang berhak mendapatkan pendidikan yang terbaik. Anak Melayu
yang tak berkemampuan dari segi kewangan tak berpeluang masuk IPTS yang
rata-rata dimiliki bukan bumiputra - Kolej Tunku Abdul Rahman misalnya - tak
ada anak bumiputra, Universiti Tunku Abdul Rahman juga sama, Universiti milik
Gerakan di Pulau Pinang pun lebih kurang sama aje. Ada pula Universiti Kuala
Lumpur yang dikendalikan oleh MARA tetapi amat ramai pelajar bukan bumiputra di
sana. Tak cukup ke bilangan IPTS untuk bukan bumiputra. Apalah nak kacau sangat
UiTM tu - Sebuah universiti yang paling murah yurannya dan termampu oleh
bumiputra. Janganlah hendaknya yang ada pada kita nak diberikan kepada orang
lain, sedangkan orang lain tak pernah memikirkan untuk kita.
UiTM sebuah institusi yang cemerlang sebenarnya. Ramai profesional Melayu
pernah belajar di UiTM. Sebelum bertaraf universiti, ITM mengeluarkan siwazah
peringkat diploma aje, dan mereka akan melanjutkan pelajaran di merata dunia -
Saya sendiri telah membantu mereka mendapat tempat di Amerika Syarikat. Mereka
berjaya dengan cemerlang. Ada yang telah menjadi professor dan ada yang kini
menerajui bank komersial. Jadi, jangan pandang rendah UiTM. Pada pendapat saya
pandangan MB Selangor itu samalah seperti pandangan penjajah dahulu.Yakni,
orang Melayu bodoh, dan tak boleh belajar bidang sains dan matematik. Kini
bilangan saintis di negara ini rata-rata orang Melayu. Jadi, pemikiran MB
Selangor itu tak tepat - Bumiputra tak perlu bersaing dengan bukan bumiputra
untuk berjaya. Dr Juli Edo adalah seorang bumiputra orang asli dan kini
berjawatan profesor di Universiti Malaya - inilah kalau diberi peluang. Biarlah
bumniputra bersaing dengan bumiputra - mereka akan berjaya.
Percayalah. Jadi, jangan termakan cakap-cakap yang dipengaruhi oleh orang yang
mindanya masih dijajah. Minda dijajah ini perlu dibebaskan. Apabila minda anda
terbebas daripada kepercayaan-kepercayaan karut-marut barulah minda anda akan
meluncur kedepan dan berupaya memikirkan yang yang tak pernah difikirkan
dahulu. Bacalah bagaimana banyaknya penemuan-penemuan baru yang dipelopori oleh
bumiputra dalam bidang sains dan teknologi kini. Berbanggalah dengan pencapaian
mereka. Walau bagaimanapun bilangan bumiputra yang bertaraf profesional masih
jauh berkurangan sekiranya dibandingkan dengan bukan bumiputra.
Sekolah RI dan SAR itu bukan milik kerajaan. Tapi kalau dah ada sekolah
kerajaan percuma kenapa hantar anak ke sekolah bukan kerajaan. Kini SAR di
Kelantan telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran - baguslah - terbelalah
anak bangsa kita. Yang sebenarnya kita kena fikirkan apa yang hendak kita
jadikan anak kita sebelum membuat keputusan. Keputusan itu hendaklah berasaskan
kepada kepentingan anak tersebut. Dari sudut bakat setiap anak itu memiliki
bakat tersendiri - jadi, izinkan mereka membuat pilihan berasakan kepada bakat
mereka. Bakat anak itu boleh tergolong kepada Realistic, Investigative,
Artistic, Social, Enterprising, atau Conventional. Penerapan agama boleh dibuat
selari dengan pelajaran akademik. Bayangkan seorang doktor yang Islamik,
seorang jurutera yang islamik, seorang peguan yang islamik, bukankah unggul.
Bukankah itu yang perlu kita perjuangkan? Saya dapati ramai ibu bapa yang
"mengorbankan" anak-anak mereka dengan tidak memikirkan kepentingan anak,
kepentingan bangsa, kepentingan agama, kepentingan negara, kepentingan manusia
sejagat. Pada pandangan saya eloklah tuan-tuan fikirkan sejenak dan yang
terbaik bincangkan dengan guru kaunseling di sekolah. Kini ada ujian untuk
mengetahui bakat terpendam anak itu. Bakat yang diasah dan diasuh akan
menghasilkan insan yang cemerlang - anak itu bahagia dan ibu bapa juga turut
bahagia. Allow your kids to make that choice - bimbing mereka dengan baik i.i.
menurut syariat Islam. Benih yang baik akan menghasilkan pohon yang baik dan
pohon yang baik dan dibajai secukupnya akan menhasilakan buah yang baik.
Demikianlah. Jadi, jangan merintih - masa masih ada untuk anda bertindak
membantu anak-anak anda menjadi seorang profesional yang Islamik. InsyaAllah!!
Berjuang untuk agama, bangsa dan negara.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Sama saja dengan budak-budak yang keluar sekolah rendah Islam (SRI) kat
Kelantan (dan di negeri-negeri lain?) tidak diterima memasuki sekolah-sekolah
agama kebangsaan sebaik mana keputusan UPSR mereka sekali pun. Sekolah SRI
rasanya semuanya swasta tak ada yang dikendalikan kerajaan. Ada sekolah-sekolah
berkenaan sediakan peringkat menengah Islam tapi kalau terus kesekolah menengah
berkenaan nak ambil PMR/SPM pun kena tumpang atas nama sekolah lain!! Inilah
layanan kepada anak-anak yang ibubapa mahu menjadikan mereka berpendidikan
Islam. Sepatutnya bila ibubapa hantar anak mereka kesekolah swasta maka sedikit
sebanyak ianya mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan dalam memberi
pelajaran kepada kanak-kanak jadi tidak perlulah mereka di diskriminasi !!
Dua orang anak saya baru saja tamatkan pendidikan mereka dengan sekolah
SRI. Mereka terpaksalah sambung keperingkat sekolah menengah yang dikendalikan
oleh YIK (Yayasan Islam Kelantan). Saya pun tak fikir budak-budak UiTM sanggup
berdemonstrasi kalau atas isu berkepentingan Islam. Budak-budak UiTM yang
berdemonstrasi pasal cadangan MB Selangor agar UiTM dibuka sekadar 10% kepada
bukan Bumi mungkin kerana telah diperalatkan pihak tertentu . Yang jadi
pemimpin-pemimpin student di kebanyakan IPT di"bela" oleh parti-parti politik
kerajaan yang memerintah. Mereka bebas pula dari AUKU !!?? Kabarnya ribuan
berdemonstrasi dan pihak parti pemerintah (yang menguasai kerajaan pusat) bukan
main seronok lagi sebab mereka dapat keuntungan politik kononnya demi
perjuangan Melayu !! Wallahua'lam.
ibnuAli
kota jembal
--- On Thu, 8/14/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, August 14, 2008, 10:26 AM
Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini,
tapi tidak siapa yang ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah
ditindas sejak sekian lama. Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu
di Negeri Sembilan ini telah dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke
sekolah menengah agama terpilih di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana
mereka ini dari sekolah swasta.
Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk SHAMS,
sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 A. Dengar
cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A sekali pun tidak
akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih di N.Sembilan.
Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang di
N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang didiskriminasi ini
? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping mendapat 9A dalam
matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% kuota diberikan tetapi
0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah swasta ini.
Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan
berikut http://waghih. blogspot. com/2007/ 12/kenapa- pelajar-sek- ren-islam-
ns.html