Sama saja dengan budak-budak yang keluar sekolah rendah Islam (SRI) kat 
Kelantan (dan di negeri-negeri lain?) tidak diterima memasuki sekolah-sekolah 
agama kebangsaan sebaik mana keputusan UPSR mereka sekali pun. Sekolah SRI 
rasanya semuanya swasta tak ada yang dikendalikan kerajaan. Ada sekolah-sekolah 
berkenaan sediakan peringkat menengah Islam tapi kalau terus kesekolah menengah 
berkenaan nak ambil PMR/SPM pun kena tumpang atas nama sekolah lain!! Inilah 
layanan kepada anak-anak yang ibubapa mahu menjadikan mereka berpendidikan 
Islam. Sepatutnya bila ibubapa hantar anak mereka kesekolah swasta maka sedikit 
sebanyak ianya mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan dalam memberi 
pelajaran kepada kanak-kanak jadi tidak perlulah mereka di diskriminasi !!

    Dua orang anak saya baru saja tamatkan pendidikan mereka dengan sekolah 
SRI. Mereka terpaksalah sambung keperingkat sekolah menengah yang dikendalikan 
oleh YIK (Yayasan Islam Kelantan). Saya pun tak fikir budak-budak  UiTM sanggup 
berdemonstrasi kalau atas isu berkepentingan Islam. Budak-budak UiTM yang 
berdemonstrasi pasal cadangan MB Selangor agar UiTM dibuka sekadar 10% kepada 
bukan Bumi  mungkin kerana telah diperalatkan pihak tertentu . Yang jadi 
pemimpin-pemimpin student di kebanyakan IPT  di"bela" oleh parti-parti politik 
kerajaan yang memerintah. Mereka bebas pula dari AUKU !!?? Kabarnya ribuan 
berdemonstrasi dan pihak parti pemerintah (yang menguasai kerajaan pusat) bukan 
main seronok lagi sebab mereka dapat keuntungan politik kononnya demi 
perjuangan Melayu !! Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Thu, 8/14/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, August 14, 2008, 10:26 AM











            Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini, tapi tidak 
siapa yang ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah ditindas sejak 
sekian lama. Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu di Negeri 
Sembilan ini telah dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke sekolah 
menengah agama terpilih di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan 
Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana mereka ini dari 
sekolah swasta.



Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk SHAMS, 
sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 A. Dengar 
cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A sekali pun tidak 
akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih di N.Sembilan.



Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang di 
N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang didiskriminasi ini 
? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping mendapat 9A dalam 
matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% kuota diberikan tetapi 
0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah swasta ini.



Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan berikut 
http://waghih. blogspot. com/2007/ 12/kenapa- pelajar-sek- ren-islam- ns.html



























      

Kirim email ke