Assallamualaikum

Macam nii ajeleh Imran oii....kalu dah tak larat nak pikir tentang
" double standard " kat Malaysia nii......awak tukar je warganegara 
nak jadi Jerman ke, Amerikana ke, badak tanah ke ? nanti kat sana
baru awak tau...rasa-rasanya bukan double lagi mungkin entah apa
standard yang digunakan.......
Apa awak ingat semua yang diketengahkan oleh PKR semua akan
membawa kebaikan ke ?.
Sehinggakan apa yang didendangkan oleh PKR menjadi igauan siang 
malam pada pengikutnya...apa si mamat Khalid dan mamat Anwar
tu...semua cakap dia betul sangat ke...?.

Sudahlah oii....benda nii takkan ke manalah....

Wassallam


  ----- Original Message ----- 
  From: Zain Kadir 
  To: Ikhwanul Muslimun 
  Sent: Tuesday, August 26, 2008 11:46 PM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan


  MRSM di bawah MARA dan UiTM di bawah Kementerian Pelajaran - tahu tak? Hanay 
mereka yang buta hati saja yang tak nampak kecemeralngan UiTM melahirkan 
professional bumiputra. Dapatkan fakta tepat sebelum berhujah - jangan serkap 
jarang aje!! Inilah sikap jumud orang Melayu.

  [EMAIL PROTECTED] wrote:


    Assamalamualaikum akhi kholid, yang menghairankan bila MRSM di buka untuk 
non bumi koutanya...tak pulak diaorang buat demontrasi. Bukankah MRSM dan UiTM 
dari ibu yang sama iaitu MARA....badan yang diamanahkan untuk menjaga 
kepentingan orang melayu. Banyak betul double standard kat malaysia ni.....yang 
pelik tu...dah masuk University pun masih tak boleh nak pikir mana benar dan 
mana yang salah...heran sungguh. 
    Kita harap UiTM tidak mengeluarkan pelajar yang jumud dalam berfikir suatu 
hari nanti. 




          Kholid Ali 
          Sent by: [email protected] 
          08/19/08 10:02 AM Please respond to
                [email protected] 

         To "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>  
                cc 
               
                Subject Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas 
di N.Sembilan 


               
               

         



              Sama saja dengan budak-budak yang keluar sekolah rendah Islam 
(SRI) kat Kelantan (dan di negeri-negeri lain?) tidak diterima memasuki 
sekolah-sekolah agama kebangsaan sebaik mana keputusan UPSR mereka sekali pun. 
Sekolah SRI rasanya semuanya swasta tak ada yang dikendalikan kerajaan. Ada 
sekolah-sekolah berkenaan sediakan peringkat menengah Islam tapi kalau terus 
kesekolah menengah berkenaan nak ambil PMR/SPM pun kena tumpang atas nama 
sekolah lain!! Inilah layanan kepada anak-anak yang ibubapa mahu menjadikan 
mereka berpendidikan Islam. Sepatutnya bila ibubapa hantar anak mereka 
kesekolah swasta maka sedikit sebanyak ianya mengurangkan kos yang ditanggung 
kerajaan dalam memberi pelajaran kepada kanak-kanak jadi tidak perlulah mereka 
di diskriminasi !!

             Dua orang anak saya baru saja tamatkan pendidikan mereka dengan 
sekolah SRI. Mereka terpaksalah sambung keperingkat sekolah menengah yang 
dikendalikan oleh YIK (Yayasan Islam Kelantan). Saya pun tak fikir budak-budak  
UiTM sanggup berdemonstrasi kalau atas isu berkepentingan Islam. Budak-budak 
UiTM yang berdemonstrasi pasal cadangan MB Selangor agar UiTM dibuka sekadar 
10% kepada bukan Bumi  mungkin kerana telah diperalatkan pihak tertentu . Yang 
jadi pemimpin-pemimpin student di kebanyakan IPT  di"bela" oleh parti-parti 
politik kerajaan yang memerintah. Mereka bebas pula dari AUKU !!?? Kabarnya 
ribuan berdemonstrasi dan pihak parti pemerintah (yang menguasai kerajaan 
pusat) bukan main seronok lagi sebab mereka dapat keuntungan politik kononnya 
demi perjuangan Melayu !! Wallahua'lam.

          ibnuAli
          kota jembal

          --- On Thu, 8/14/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
          From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
          Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di 
N.Sembilan
          To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
          Date: Thursday, August 14, 2008, 10:26 AM

          Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini, tapi tidak 
siapa yang ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah ditindas sejak 
sekian lama. Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu di Negeri 
Sembilan ini telah dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke sekolah 
menengah agama terpilih di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan 
Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana mereka ini dari 
sekolah swasta.

          Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk 
masuk SHAMS, sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 
A. Dengar cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A sekali 
pun tidak akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih di N.Sembilan.

          Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu 
orang di N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang 
didiskriminasi ini ? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping mendapat 
9A dalam matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% kuota 
diberikan tetapi 0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah swasta ini.

          Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada 
pautan berikut http://waghih. blogspot. com/2007/ 12/kenapa- pelajar-sek- 
ren-islam- ns.html 
         






   

Kirim email ke