Itu yang saya katakan kuota boleh berbeza. Kalau Sdr Zain rasa kuota 10% 
itu terlalu besar kecilkan kepada 5%. Biarlah itu dikira satu diskriminasi tapi 
ianya tidak dianggap begitu ketara sebagai perkauman. Tentang mengapa ada 
ibubapa yang hantar anak kesekolah swasta/SRI ialah kerana ibubapa tidak yakin 
dengan pendidikan sekolah rendah kerajaan. Umur 7 hingga 10 tahun adalah waktu 
terbaik untuk anak-anak dididik dengan agama bukan bila dah umur 15 tahun 
anak-anak yang dihantar kesekolah kebangsaan ada yang surah Fatihah pun masih 
merangkak bahkan berdasarkan penyelidikan pihak tertentu ramai juga yang tak 
dapat menulis dan membaca (rumi) dengan baik apatah lagi menulis jawi dan 
membaca ayat al Quran. Betul SAR diserah kepada Kementerian Pelajaran tapi 
kurikulum nya saya difahamkan tidak diberi hak untuk kementerian ubah atau 
pinda.

     Kabarnya peratusan pelajar UiTM yang mengerjakan solat dengan sempurna 
(dari segi jumlah yang difardhukan setiap hari) sepertimana yang dituntut oleh 
Islam adalah kecil. Tidaklah pasti akan kebenarannya kerana ianya bukan 
berdasarkan hasil kajian secara formal. Kata seorang ustaz pula sekarang sudah 
ada yang himpun/ jamak solat Subuh kepada Zohor kepada Asar kepada Maghrib 
kepada Isyak (5 dalam 1). Inilah padah nya bila terlalu pentingkan perjuangan 
Melayu melebihi daripada perjuangan Islam. Itu belum lagi kajian yang terlibat 
dengan gejala seksual yang mana suatu masa dulu seorang pensyarah pernah 
dedahkan lebih ? 95% pelajar perempuan Islam pernah lakukan hubungan sex diluar 
nikah. Wallahua'lam samada pelajar UiTM terlibat dalam kajian tersebut. Saya 
tidaklah mahu memperkecilkan kemampuan UiTM melahirkan profesional yang hebat 
tapi penilaian kita haruslah tidak hanya sekadar itu.

    Lagi satu kita kena ingat bukan semua bukan bumiputera itu terdiri dari 
golongan kaya dan sederhana. Ramai juga yang boleh dikategorikan sebagai 
miskin. Akibat tindakan kita yang hanya mementingkan Melayu atau survival 
Melayu maka bukan bumiputra kaitkan ini sebagai dasar Islam kerana rasa nya ? 
99% orang Melayu (mungkin 10 atau 20 tahun dulu 100%) adalah Islam maka 
kebencian kepada Islam akan terus terpendam dilubuk hati mereka maka gerakan 
dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam menjadi lebih sukar.  Wallahua'lam

ibnuAli
kota jembal

--- On Thu, 8/28/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, August 28, 2008, 9:57 AM











            Kholid, 10% utk pelajar bukan bumiputra ke UiTM tu banyak tu. Cuba 
kira 10% daripada 100,000 pelajar, jadi 10,000 orang. Bukankah itu akan 
mengambil tempat anak bumiputra yang berhak mendapatkan pendidikan yang 
terbaik. Anak Melayu yang tak berkemampuan dari segi kewangan tak berpeluang 
masuk IPTS yang rata-rata dimiliki bukan bumiputra - Kolej Tunku Abdul Rahman 
misalnya - tak ada anak bumiputra, Universiti Tunku Abdul Rahman juga sama, 
Universiti milik Gerakan di Pulau Pinang pun lebih kurang sama aje. Ada pula 
Universiti Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh MARA tetapi amat ramai pelajar 
bukan bumiputra di sana. Tak cukup ke bilangan IPTS untuk bukan bumiputra. 
Apalah nak kacau sangat UiTM tu - Sebuah universiti yang paling murah yurannya 
dan termampu oleh bumiputra. Janganlah hendaknya yang ada pada kita nak 
diberikan kepada orang lain, sedangkan orang lain tak pernah memikirkan untuk 
kita.

UiTM sebuah institusi yang cemerlang sebenarnya. Ramai profesional Melayu
 pernah belajar di UiTM. Sebelum bertaraf universiti, ITM mengeluarkan siwazah 
peringkat diploma aje, dan mereka akan melanjutkan pelajaran di merata dunia - 
Saya sendiri telah membantu mereka mendapat tempat di Amerika Syarikat. Mereka 
berjaya dengan cemerlang. Ada yang telah menjadi professor dan ada yang kini 
menerajui bank komersial. Jadi, jangan pandang rendah UiTM. Pada pendapat saya 
pandangan MB Selangor itu samalah seperti pandangan penjajah dahulu.Yakni, 
orang Melayu bodoh, dan tak boleh belajar bidang sains dan matematik. Kini 
bilangan saintis di negara ini rata-rata orang Melayu. Jadi, pemikiran MB 
Selangor itu tak tepat - Bumiputra tak perlu bersaing dengan bukan bumiputra 
untuk berjaya. Dr Juli Edo adalah seorang bumiputra orang asli dan kini 
berjawatan profesor di Universiti Malaya - inilah kalau diberi peluang. Biarlah 
bumniputra bersaing dengan bumiputra - mereka akan berjaya. Percayalah. Jadi, 
jangan termakan cakap-cakap yang dipengaruhi
 oleh orang yang
 mindanya masih dijajah. Minda dijajah ini perlu dibebaskan. Apabila minda anda 
terbebas daripada kepercayaan- kepercayaan karut-marut barulah minda anda akan 
meluncur kedepan dan berupaya memikirkan yang yang tak pernah difikirkan 
dahulu. Bacalah bagaimana banyaknya penemuan-penemuan baru yang dipelopori oleh 
bumiputra dalam bidang sains dan teknologi kini. Berbanggalah dengan pencapaian 
mereka. Walau bagaimanapun bilangan bumiputra yang bertaraf profesional masih 
jauh berkurangan sekiranya dibandingkan dengan bukan bumiputra.

Sekolah RI dan SAR itu bukan milik kerajaan. Tapi kalau dah ada sekolah 
kerajaan percuma kenapa hantar anak ke sekolah bukan kerajaan. Kini SAR di 
Kelantan telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran - baguslah - terbelalah 
anak bangsa kita. Yang sebenarnya kita kena fikirkan apa yang hendak kita 
jadikan anak kita sebelum membuat keputusan. Keputusan itu hendaklah berasaskan 
kepada kepentingan anak tersebut. Dari sudut bakat setiap anak itu
 memiliki bakat tersendiri - jadi, izinkan mereka membuat pilihan berasakan 
kepada bakat mereka. Bakat anak itu boleh tergolong kepada Realistic, 
Investigative, Artistic, Social, Enterprising, atau Conventional. Penerapan 
agama boleh dibuat selari dengan pelajaran akademik. Bayangkan seorang doktor 
yang Islamik, seorang jurutera yang islamik, seorang peguan yang islamik, 
bukankah unggul. Bukankah itu yang perlu kita perjuangkan? Saya dapati ramai 
ibu bapa yang "mengorbankan" anak-anak mereka dengan tidak memikirkan 
kepentingan anak, kepentingan bangsa, kepentingan agama, kepentingan negara, 
kepentingan manusia sejagat. Pada pandangan saya eloklah tuan-tuan fikirkan 
sejenak dan yang terbaik bincangkan dengan guru kaunseling di sekolah. Kini ada 
ujian untuk mengetahui bakat terpendam anak itu. Bakat yang diasah dan diasuh 
akan menghasilkan insan yang cemerlang - anak itu bahagia dan ibu bapa juga 
turut bahagia. Allow your kids to make that choice - bimbing
 mereka dengan baik
 i.i. menurut syariat Islam. Benih yang baik akan menghasilkan pohon yang baik 
dan pohon yang baik dan dibajai secukupnya akan menhasilakan buah yang baik. 
Demikianlah. Jadi, jangan merintih - masa masih ada untuk anda bertindak 
membantu anak-anak anda menjadi seorang profesional yang Islamik. InsyaAllah!! 
Berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

[EMAIL PROTECTED] com, UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote:    
                          Sama saja dengan budak-budak yang keluar sekolah 
rendah Islam (SRI) kat Kelantan (dan di negeri-negeri lain?) tidak diterima 
memasuki sekolah-sekolah agama kebangsaan sebaik mana keputusan UPSR mereka 
sekali pun. Sekolah SRI rasanya semuanya swasta tak ada yang dikendalikan 
kerajaan. Ada sekolah-sekolah berkenaan sediakan peringkat menengah Islam tapi 
kalau terus kesekolah menengah berkenaan nak ambil PMR/SPM pun kena tumpang 
atas nama sekolah lain!! Inilah layanan kepada anak-anak yang ibubapa mahu 
menjadikan mereka berpendidikan Islam. Sepatutnya bila ibubapa hantar anak 
mereka kesekolah swasta maka sedikit sebanyak ianya mengurangkan kos yang 
ditanggung kerajaan dalam memberi pelajaran kepada kanak-kanak jadi tidak 
perlulah mereka di diskriminasi !!

    Dua orang anak saya baru saja tamatkan pendidikan mereka
 dengan  sekolah SRI. Mereka terpaksalah sambung keperingkat sekolah menengah 
yang dikendalikan oleh YIK (Yayasan Islam Kelantan). Saya pun tak fikir 
budak-budak  UiTM sanggup berdemonstrasi kalau atas isu berkepentingan Islam. 
Budak-budak UiTM yang berdemonstrasi pasal cadangan MB Selangor agar UiTM 
dibuka sekadar 10% kepada bukan Bumi  mungkin kerana telah diperalatkan pihak 
tertentu . Yang jadi pemimpin-pemimpin student di kebanyakan IPT  di"bela" oleh 
parti-parti politik kerajaan yang memerintah. Mereka bebas pula dari AUKU !!?? 
Kabarnya ribuan berdemonstrasi dan pihak parti pemerintah (yang menguasai 
kerajaan pusat) bukan main seronok lagi sebab mereka dapat keuntungan politik 
kononnya demi perjuangan Melayu !! Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Thu, 8/14/08, [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] com
 <[EMAIL PROTECTED] com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan
To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Date: Thursday, August 14, 2008, 10:26 AM

                       Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini, 
tapi tidak siapa yang ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah 
ditindas sejak sekian lama. Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu 
di Negeri Sembilan ini telah dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke 
sekolah menengah agama terpilih di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah 
Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana 
mereka ini dari sekolah swasta.

 Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk SHAMS, 
sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 A. Dengar 
cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A
 sekali pun tidak akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih di 
N.Sembilan.

 Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang di 
N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang didiskriminasi ini 
? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping mendapat 9A dalam 
matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% kuota diberikan tetapi 
0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah swasta ini.

 Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan 
berikut http://waghih. blogspot. com/2007/ 12/kenapa- pelajar-sek- ren-islam- 
ns.html































      

Kirim email ke