Ikut peraturan!! Jangan salahkan orang. Siapa suruh masuk sekolah swasta in the 
first place? Sekolah kerajaan mesti beri tempat kepada pelajar sekolah kerajaan 
dulu - kalau ada tempat lagi baru boleh beri kepada orang luar (swasta). 
Takkanlah nak ketepikan pelajar sekolah kerajaan untuk beri tempat pelajar 
sekolah swasta. Beri  tempat mengikut keutamaan, bukan banyaknya A yang ada. 
Apalah ini pun nak jadi hal - terus aje belajar di sekolah swasta - itu pilihan 
ibu bapa kan begitu. Tapi, perkara ini masih boleh dibincangkan lagi - Hapuskan 
aje sekolah swasta. Di Kelantan sekolah SAR semua dah jadi sekolah kerajaan. 
Kan lebih baik - itu bukan membela nasib bangsa namanya. Semua murid sekolah 
SAR anda Melayu - dan kita tak mahu mereka terkorban - tercicir - terpinggir. 
Jadi hapuskan perbezaan politik demi bangsa dan agama - itulah perjuangan 
namanya tuan Rozmal.

Isu UiTMN tu lain - itu soal maruah bangsa dan hak istimewa orang Melayu nak 
dicemari. Jangan samakan. Kaji dulu baru cerita.



----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Thursday, August 14, 2008 10:26:36 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan


Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini, tapi tidak siapa yang 
ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah ditindas sejak sekian lama. 
Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu di Negeri Sembilan ini telah 
dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke sekolah menengah agama terpilih 
di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd 
Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana mereka ini dari sekolah swasta.

Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk SHAMS, 
sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 A. Dengar 
cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A sekali pun tidak 
akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih di N.Sembilan.

Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang di 
N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang didiskriminasi ini 
? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping mendapat 9A dalam 
matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% kuota diberikan tetapi 
0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah swasta ini.

Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan berikut 
http://waghih. blogspot. com/2007/ 12/kenapa- pelajar-sek- ren-islam- ns.html 

    


      

Kirim email ke