Help Palestine [hidayahnet] Isu semasa- Duit raya sekupang

2008-09-26 Terurut Topik ahmad mat
  *Duit raya sekupang, inflasi naik 8.5 peratus*

  Abdul Aziz Mustafa

Wed | Sep 24, 08 | 9:10:09 pm MYT

*KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh)* - Walaupun kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi hari ini mengumumkan penurunan sebanyak 10 sen lagi harga minyak
berkuatkuasa esok tetapi kesan dari tindakannya menaikkan harga petrol
sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1 pada 4 Jun lalu mengakibatkan
cengkaman inflasi semakin ganas memangsakan rakyat, terutama golongan
berpendapatan rendah.   *Iklan*


Dianggap sebagai hadiah kerajaan Abdullah kepada rakyat oleh Ketua
Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar, Malaysiakini melaporkan angka rasmi yang
dikeluarkan hari ini, kadar inflasi telah melonjak ke paras 8.5 peratus pada
bulan Ogos - yang tertinggi dalam tempoh 27 tahun - ekoran peningkatan harga
makanan dan bahan api.

Tidak ada jaminan inflasi akan berkurangan walaupun harga minyak diturunkan
10 sen lagi kerana harga barangan tetap tinggi.

Sebagai contoh mudah, adakah esok harga minyak turun 10 sen, lusa adakah
harga makanan di pasar-pasar Ramadhan akan turun?

Apa pun, terima kasihlah kerajaan Pak Lah bagi duit raya sekupang kepada
rakyat, kata Mahfuz dengan sinis.

Ahli ekonomi dari Kenanga Investment Bank, Wan Suhaimi Saidi, menyifatkan
kadar inflasi 8.5 peratus itu lebih tinggi daripada yang dijangkakan, tetapi
Bank Negara tidak akan menaikkan kadar faedah untuk memastikan pertumbuhan.

Ianya tinggi sedikit daripada jangkaan saya. Saya jangka 8.4 peratus. Saya
tidak fikir kerajaan akan menaikkan kadar faedah penting. Ia akan dikekalkan
pada kadar 3.50 peratus sehingga akhir tahun untuk menyokong pertumbuhan,
katanya kepada AFP.

Jabatan Perangkaan telah menyemak semula dengan menurunkan angka inflasi
bagi bulan Julai kepada 8.3 peratus. Ia sebelum ini meletakkan kadarnya pada
8.5 peratus.

Menurutnya, kos makanan dan minuman bukan alkohol meningkat 11.7 peratus
dalam bulan Ogos, berbanding dengan setahun yang lalu. Kadar inflasi yang
tinggi sudahpun menjejaskan pengguna dan mendorong ramai rakyat Malaysia
mengurangkan perbelanjaan mereka bagi makanan.

Peningkatan (kadar inflasi bagi bulan Ogos) ditunjukkan dalam
kumpulan-kumpulan terpilih utama, iaitu makanan dan minuman bukan alkohol,
katanya dalam satu kenyataan.

Data bulan Ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan kategori,
termasuk pengangkutan yang melonjak 21.8 peratus, dan restoran dan hotel
yang meningkat 6.5 peratus.

Kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 41 peratus dalam bulan Jun,
sebagai langkah untuk mengurangkan peningkatan kos subsidi, tetapi telah
membayangkan bahawa kadar harga boleh diturunkan tidak lama lagi.

*Inflasi kekal tinggi*

Selepas mengumumkan Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Ogos, Menteri
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad
berkata, beliau tidak menjangka CPI bagi bulan September akan lebih rendah.

Walaupun, kesan sepenuhnya pengurangan harga petrol dalam bulan Ogos dan
sekarang belum diambilkira sepenuhnya, CPI bagi bulan September mungkin
tidak lebih rendah.

Harga petrol yang rendah dijangka dijangka akan diimbangi oleh peningkatan
perbelanjaan semasa cuti hari raya dan 30 surcaj bagi pengangkutan awam,
kata Shahrir.

Bagaimanapun, beliau tidak menjangka CPI telahpun sampai ke paras puncaknya.


Shahrir berkata, kadar inflasi nampak telah stabil ekoran peningkatan bulan
ke bulan hanya 0.2 peratus. Bagaimanapun, kadar purata inflasi bagi tahun
ini dijangka di sekitar 4.8 peratus._



Sila layari laman informasi terkini anda
www.HarakahDaily.Nethttp://www.harakahdaily.net/

www.TranungKite.Online http://www.tranungkite.online/


Help Palestine [hidayahnet] Akademi Fantasia Kian Hanyut

2009-05-06 Terurut Topik ahmad mat
  *Akademi Fantasia Kian Hanyut*   Posted on Wednesday, April 29 @ 02:30:00
MYT by Paktam

*Oleh Ustaz Nasaruddin Tantawi*

Saya menerim[image: Go to fullsize
image]http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S020q1m_ZJ4D8BG76JzbkF;_ylu=X3oDMTBpdnJhMHUzBHBvcwMxBHNlYwNzcgR2dGlkAw--/SIG=1inng8thb/EXP=1240984885/**http://images.search.yahoo.com/images/view?back=http%3A%2F%2Fimages.search.yahoo.com%2Fsearch%2Fimages%3Fp%3DAkademi%2BFantasia%2B%26fr%3Dslv8-msgr%26ei%3Dutf-8%26x%3Dwrt%26y%3DSearchw=150h=119imgurl=ms.wikipedia.org%2Fupload%2Fthumb%2Ff%2Ff7%2FAkademi_fantasia.jpg%2F150px-Akademi_fantasia.jpgrurl=http%3A%2F%2Fms.wikipedia.org%2Fwiki%2FAkademi_Fantasiasize=5.5kBname=150px-Akademi_fa...p=Akademi+Fantasiaoid=4b46badc7bf34162no=1tt=15331sigr=11d7jlam7sigi=12ivb20lisigb=1320ra
beberapa e mail dari rakan - rakan yang melahirkan rasa tidak puas hati
terhadap satu program realiti TV yang semakin hanyut jauh ke kancah maksiat
.
Terdapat beberapa adegan berpeluk - pelukan antara pelajar lelaki dan guru
perempuan sebaik sahaja peserta lelaki tersebut diisytihar keluar dari
akademi tersebut .


*Rangkul peluk dan bercium pipi ustaz !* begitulah ayat kawan saya lewat e
mail yang dihantar .


Saya bukanlah anti hiburan justeru hiburan dibenarkan oleh syara' . Apa yang
jadi masaalah ialah apabila hiburan dicemari oleh adegan dan aksi yang
mengundang murka Allah swt .


Saya difahamkan ada pengkritik konsert akademi fantasia ini menyebut
*Alhamdulillah
, syukur awak telah berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik sekali dan
Alhamdulillah tarian awak juga cukup menghiburkan ! .*[* *sedang
penyanyi itu berpakaian seksi habis dan menari pula dengan gaya liuk lintuk
mengiurkan ]
*
*
Saya hanya tersenyum membaca celoteh geram seorang kawan mengenai
perkembangan Akademi Fantasia ini . Saya tidak sempat untuk mengikuti
perkembangan akademi fantasia kecuali sekali semasa era Mawi menyertai
akademi fantasia . Aura Mawi berjaya menarik perhatian saya untuk sesekali
menonton persembahannya jika berkesempatan .


Sejak dulu lagi , Akademi fantasia telah ditegur oleh pelbagai pihak agar
tidak menampilkan aksi yang mengundang keruntuhan moral , juga teguran
terhadap adegan pelajar dan guru berpelukan serta pergaulan bebas di dalam
apartment akademi dan juga perlakuan di atas pentas .


Berhibur dan berseronok tidak salah tetapi mestilah mematuhi batasan agar
tidak mengundang dosa dan murka Allah swt .


Seronoklah buat seketika di atas pentas . Tenggelam dibawah silau cahaya
lampu dan hanyut dibuai fantasi serta teruja dek sorakan penonton yang
menyokong . tapi  bagaimana dengan pemerhatian Allah swt ? Saya tahu ,
sebahagian besar peserta akademi fantasia ini adalah beragama Islam malah
sebahagiannya bertudung . Saya yakin mereka faham maksud saya apabila saya
bercakap soal dosa dan batasan pergaulan serta penampilan dalam hiburan .


Mestikah untuk menjadi seorang penghibur maka mesti berpakaian seksi , dedah
dan berpakaian ketat ? Mestikah juga membuat tarian menggiurkan sehingga
merangsang syahwah penonton ? Mestikah lelaki dan perempuan bergaul sebebas
itu sehingga berpelukan dan bersilang tangan untuk bergelar bintang pujaan ?


Penghibur yang baik mestilah mempunyai kreativiti tinggi untuk menghiburkan
penonton tanpa perlu menjaja maruah dengan pendedahan aurat dan
mempertaruhkan moral dengan pergaulan bebas lelaki dan perempuan serta
melampaui batas yang dibenarkan oleh syara' .


Penghibur seperti ini sebenarnya bukan penghibur tetapi pemusnah masa depan
diri dan masyarakat dengan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan murka
Allah swt .


Saya benar - benar yakin , bahawa rakan - rakan artis yang beragama Islam
khasnya sangat tahu nilai moral , akhlak dan batasan dosa dan pahala .
Malang mereka gagal mengawal diri agar tidak terjebak . Mereka biar diri
mereka menjadi korban nafsu yang hanya menanti azab kelak di akhirat .


Inilah masaalah kepada dunia artis . Dunia yang sangat jauh dan asing dengan
ilmu agama dan petunjuk Allah swt . Mereka mempunyai dunia dan planet mereka
sendiri yang sukar diselaraskan dengan kehendak agama .


Saya masih yakin , jika kerajaan ini adalah kerajaan Islam atau paling tidak
kerajaan yang bermoral dan mesra agama , dunia hiburan negara masih boleh
diselamatkan agar tidak keterlaluan meniru gaya dunia artis dari barat yang
tidak bertuhan .


Sebagai contoh di akademi fantasia , penganjur boleh adakan slot solat
berjamaah setiap waktu dan setiap kali selepas solat atau paling tidak
selepas subuh dan maghrib adakan siri tazkirah dan kuliah agama oleh ustaz -
ustaz yang berilmu . Agar lahir seorang penghibur atau penyanyi yang bukan
sahaja tahu batas dosa pahala tetapi benar - benar memahami tanggungjawab
mereka seorang muslim .


Sekurang - kurangnya , melalui tazkirah agama menjadikan mereka benar -
benar bertanggungjawab dalam bidang hiburan bukan untuk menambah dosa dan
memerangkap manusia dalam kepungan mungkar .


Memang kedengaran pelik untuk adakan tazkirah dan solat berjamaah 

Help Palestine [hidayahnet] Ciri-Ciri Jemaah Islam

2009-05-23 Terurut Topik ahmad mat
*Disebalik porak perandanya iklim politik sekarang, pandanglah disekeliling
kita, mana satukah jemaah/organisasi/parti yang berteraskan Islam yang
syumul (menyeluruh)...*



Firman Allah yang bermaksud:
“Mereka berjihad pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang

yang mencela.” (Surah al-Maidah: 54)


Ini sifat-sifat jamaah Islam. Saksikan sendiri jamaah manakah yang mempunyai

sifat ini. Jika perjuangan jamaah itu hanya untuk menegakkan syiar Islam
sahaja, tidak mahu melaksanakan Islam sepenuhnya, sebagaimana termaktub di
dalam al-Quran dan hadith, itu bukan jamaah Islam.


Jika jamaah itu berani berdepan dengan orang Islam sahaja tetapi takut
berdepan dengan orang bukan Islam, itu juga bukan jamaah Islam.

Begitu juga jika sekiranya jamaah itu hanya melaksanakan kerja-kerja mudah
seperti menyuruh orang melakukan kebaikan, tidak mencegah kemungkaran.
Itupun bukan jamaah Islam.

Perkara ini dinyatakan di dalam al-Quran dan bukan di dalam kitab yang di
karang ulama’.Di dalam surah al-Mujadilah, Allah SWT berfirman yang
bermaksud:
“Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari

akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang
(perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orng-orang yang menentang itu
ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-mara mereka
ataupun keluarga mereka.” (Surah al-Mujadilah:22)


Huzaifah bertanya “Wahai Rasulullah! Jika jamaah dan pemimpin Islam tidak
ada, bagaimana seharusnya kami lakukan?”

Rasulallah s.a.w bersabda yang bermaksud: ‘Kamu hendaklah memisahkan diri
dengan kumpulan-kumpulan itu walaupun engkau terpaksa memakan akar-akar kayu

ataupun engkau mati dalam keadaan demikian.”

Periwayat hadith ini (Huzaifah) merupakan seorang sahabat nabi s.a.w yang
sangat disayangi dan banyak meriwayatkan hadith berhubung dengan fitnah atau

ujian.


Sahabat nabi s.a.w ini mempunyai senarai nama orang-orang munafiq yang
diberitahu oleh Rasulullah s.a.w dan tidak diberitahu kepada
sahabat-sahabatnya yang lain.

Hadith yang berkaitan dengan penyertaan dalam jamaah Islam ini bertepatan
dengan ayat ini dimana Allah melarang umat Islam berada dalam jamaah yang
tidak menegakkan agama Allah.

Bagaimanapun tidak dilarang umat Islam menjadi pengintip, pencari maklumat,
penegur atau penentang tindak-tanduk anggota kumpulan berkenaan yang
bertentangan dengan Islam dalam jamaah itu.

Namun ulama' mengharamkan kehadiran seseorang kedalam sesuatu kumpulan atau
jamaah mungkar jika tujuan lain seperti untuk hanya melihat apa yang dibuat
oleh jamaah itu dan dengan kehadirannya meramaikan jumlah orang yang berada
di dalamnya, di bimbangi mereka yang berkenaan terpengaruh dengan dakyah
atau kemungkaran yang disebarkan oleh kumoulan tersebut.

Hadith yang diriwayatkan leh Ibnu Abi Hatim, dari Ikrimah dari Ibnu Abbas
r.a menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada satu golongan dari kalangan

umat Islam di Makkah yang menyembunyikan keislaman. Apabila Rasulullah s.a.w

berhijrah, mereka tidak turut berhijrah, sedangkan mereka mampu berbuat
demikian.



Petikan Kuliah TGHAH


Re: Help Palestine [hidayahnet] Cerita keburukan orang

2009-07-13 Terurut Topik ahmad mat
**
*Ghibah (Mengumpat)*
**
**
 Apakah ghibah atau mengumpat ? Iaitu mengucapkan perkataan (atau dengan
gerak badan, mata, tulisan dsbnya) sesuatu yang tidak
disukai pada diri orang lain. Tidak kira samada yang tidak disenangi itu ada
pada tubuh badannya, gerak lakunya, agamanya dan sebagainya.

Menurut al-Ghazali, definasi ini adalah yang telah diijma'kan oleh kaum
muslimin (tiada seorangpun membangkang). Maksudnya, mereka bersepakat
mengatakan bahawa inilah dia definasi ghibah. Ghibah, dalam bahasa Melayu
kita disebut mengumpat. Iaitu menceritakan keburukkan orang lain di
belakangnya. **

*Hukum Ghibah (Mengumpat)*
Umat Islam seluruhnya juga telah ijma' mengatakan bahawa hukum ghibah adalah
haram. Sebahagian dalilnya ada termaktub pada ayat al-Quran dan hadis di
atas. Dan terdapat di dalam sebuah hadis di mana Rasulullah s.a.w.
mengatakan bahawa orang yang mengutuk orang Islam yang lain sebagai fasik
(lihat *min fathil mubtadi bi syarhi muhktasar al-zabidi*).

Dan siksaannya amat berat sekali, kerana ia adalah termasuk antara dosa-dosa
besar. Dalam sebuah hadis ada menceritakan bagaimana dua orang ahli kubur
sedang disiksa. Yang seorang gemar menyampaikan aib orang dan yang seorang
lagi tidak bersuci dengan sempurna selepas kencing (lihat hadis berkenaan
riwayat Bukhari).

Namimah pula ialah mengadu domba. Iaitu menyampaikan perkataan orang lain
untuk membuatkan kedua-dua belah pihak berkelahi.

Jadi, apabila hukum ghibah dan namimah itu haram, maka menasihati orang yang
melakukan ghibah adalah wajib. Jika tidak berdaya hendaklah beredar dari
majlis berkenaan. Jika tidak berdaya juga, hendaklah engkar di dalam hati. *
*

**

*Ghibah(mengumpat) diperbolehkan*
Hukum ghibah adalah haram. Ini adalah hukum asal. Atas alasan-alasan syarak
ia diperbolehkan. Apakah alasan syarak itu. Iaitu mahu mencapai satu-satu
tujuan yang benar menurut pertimbangan syarak, di mana jika tidak melalui
cara itu tujuan itu tak mungkin akan tercapai. Walaubagaimanapun, jika ada
cara lain seboleh-bolehnya gunakan cara berkenaan. Elakkan ghibah


Untuk membela diri. Adalah dibenarkan jika:
a) atas tujuan yang dibenarkan oleh syarak
b) Jika tiada jalan lain melainkan dengan membuka aib orang lain.
Contohnya, saudara telah dituduh mencuri, sedangkan saudara tahu siapa yang
mencuri. Saudara terpaksa mempertahankan diri dengan berkata benar. Ini
biasa berlaku di mahkamah. Mahkamah terpaksa membuka aib mereka yang
terbabit untuk tujuan yang dibenarkan oleh syarak, iaitu membuktikan benar
atau salahnya orang yang dituduh (mencari penjenayah).

Di bawah ini saya senaraikan enam tempat yang dibenarkan ghibah. Saudara
boleh timbangkan dengan masalah yang saudara hadapi:

*Pertama:* Mahu mengadu kepada qadhi, polis, imam, ketua kampung dsbnya
kerana teraniaya. Ketika mengadu tidak boleh tidak kita terpaksa membuka
kezaliman yang telah dilakukan terhadap kita. Dengan membuka keburukan orang
berkenaan, barulah pengadilan dapat dilaksanakan.

*Kedua:* Mahu mencegah kemunkaran dan kemaksiatan yang berlaku. Keburukan
pelaku maksiat itu boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat diharapkan
boleh menghindarkan kemungkaran itu. Seperti saudara melihat sebahagian
anak-anak muda di kawasan saudara  membawa perempuan ajnabi balik ke
rumahnya (berkhalwat). Saudara hendaklah mencari seseorang yang boleh
diharapkan dapat menghalang perkara berkenaan. Saudara dibenarkan
menceritakan perihal anak-anak muda itu kepadanya.

*Ketiga:* Meminta fatwa dari alim-ulamak. Contohnya dalam masalah
rumahtangga, jika si suami melakukan sesuatu yang tidak baik kepada
isterinya (contoh: tidak beri nafkah), dia boleh mengadu hal kepada
ulamak/mufti meminta fatwa. *Suami saya tidak memberi saya nafkah selama
sekian lama. Apa hukumnya dia melakukan demikian. Apakah yang harus saya
lakukan?*

*Keempat:* Memberi peringatan (agar berhati-hati) dan nasihat kepada kaum
muslimin tentang kejahatan seseorang. Bahkan jika dapat memberi mudarat
kepada seseorang, wajib kita jelaskan keburukkannya. Contoh, apabila
seseorang datang kepada saudara meminta nasihat tentang perkahwinan anak
perempuannya. Apakah wajar dikahwinkan dengan si fulan? Sedangkan saudara
tahu bahawa si fulan itu adalah seorang yang buruk akhlaknya dan bejat
agamanya. Jika memadai dengan kata* 'JANGAN'*, hendaklah saudara mengatakan
begitu sahaja. Jika dirasakan tidak cukup, wajiblah saudara membuka aibnya.

*Kelima:* Mencela orang yang secara terang-terangan melakukan kefasikkan,
bid'ah dan kezaliman. Contoh, seorang yang secara terang-terangan meminum
arak, atau berjudi, atau melaksanakan projek-projek batil. Yang dibenarkan
hanyalah menyebutkan kemaksiatan yang dilakukan secara terang-terangan itu
sahaja. Dan diharamkan menyebutkan aib-aib lain.

*Keenam:* Untuk mengenalkan seseorang. Jika seseorang itu memang dikenali
dengan julukkan si tempang, si buta dan sebagainya, boleh saudara
menyebutkan jolokkan itu dengan niat mengenalkan. Haram jika dengan niat
mencemuh. Walaubagaimanapun selagi boleh mengelakkan 

Help Palestine [hidayahnet] PAS sedia mandengar

2009-07-25 Terurut Topik ahmad mat
  *PAS sedia mendengar*
Posted on Sunday, July 19 @ 00:23:14 PDT by TokBatin
[image: 
Artikel]http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=Newsnew_topic=1
Oleh
*Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi*

Respon kepada Pandangan Dr. Asri Zainal Abidin
*[ lihat disini http://drmaza.com/home/?p=674 ]*

1. Berasaskan kepada apa yang diajar oleh Islam bahawa antara sifat orang
yang beriman ialah :

*الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه*

orang - orang yang sedia untuk mendengar lalu mengikut apa yang terbaik .

*أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ*

Merekalah golongan yang telah mendapat petunjuk Allah swt dan merekalah jua
golongan yang celik aqal [ intelek ] .

Surah az zumar - 18

2. Biarpun agak pahit , langkah pertama saya memilih untuk bersetuju
terlebih dahulu terhadap apa yang diluahkan oleh Dr Asri dengan sedikit
teguran saya kepada beliau bahawa luahan itu tidak boleh dipukul rata
melainkan hanya dirujuk kepada individu - individu terbabit dan kepada kes -
kes tertentu .


3. Saya menegaskan demikian kerana secara umumnya *PAS sebagai sebuah
Gerakan Islam sememangnya telah berulang kali dalam banyak modul tarbiyyah
dan penerangannya secara rasmi mendidik pemimpin dan anggota agar bijak
dalam membawa risalah Islam* yang diperjuangkan ini . Ianya beramal dengan
kebijaksanaan yang diwahyukan :


*ادع إلى سبيل ربك بالحكمة*

*Serulah [ berdakwah ] olehmu agar manusia kembali ke jalan tuhanmu dengan
hikmah [ bijak ]  dan peringatan [ mauizah ] yang baik serta dialog atau
debate [ mujadalah ] yang baik .*


4. *PAS tidak pernah mendidik dan mengajar apalagi mempunyai skima dan modul
khas untuk pemimpin dan anggotanya mencaci dan mencerca* siapa sahaja yang
berbeza pendapat , sebaliknya apa yang diajar ialah berlapang dada dalam
menerima perbedaan dan mengurus perbedaan pandangan dengan tenang , dewasa
dan beradab . Kaedah yang sering dibawa ialah :


*نتعاونوا فيما اتفقنا عليه و*
*نعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه*

*Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati bersama dan kita
bertolak ansur dalam perkara yang kita saling berbeza pandangan .*


5. *Saya juga secara jujur dan benarnya tidak boleh menafikan betapa masih
wujud secara ketara dikalangan pemimpin dan anggota yang mengambil
pendekatan caci dan cerca dalam ceramah mahupun kuliah* mereka terhadap
pihak yang berbeza pendapat dengan mereka . Terkadang tahap dan kadar
cercaan itu agak keterlaluan dan sukar kawal lantaran ia dikuasai oleh nafsu
dan perasaan .


6. Saya menerima luahan atau tulisan Dr. Asri *sebagai nasihat* . namun
sekali lagi saya mahu pertegaskan bahawa PAS tidak mengajar para pejuangnya
walau di mana posisi ia berada untuk memaki hamun sesuka hati mencaci cerca
serata tempat melainkan pada keadaan dan suasana yang dilihat sesuai dan
wajar seperti berdepan dengan kezaliman dan pelaku zalim yang tiada simpati
kepada mangsanya . Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt :


*أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى
نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ*

*Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan
penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya [ dizalimi ] ; dan
Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai
kemenangan).*


Surah al Hajj : 39


7. *Dakwah Nabi saw. adalah contoh method dakwah yang terbaik* . *Adakala
Nabi saw berlembut* seperti saat berdepan dengan badawi yang kencing di
dalam masjid . Tika itu Nabi saw menghalang Saidina Omar yang berhasrat
untuk memukul badawi tersebut kerana perlakuan biadabnya . Namun sikap Nabi
saw pada waktu itu menjadikan badawi terbuka pintu hatinya untuk menerima
Islam lalu melafazkan syahadah .


8. *Adakalanya pula Nabi saw bersikap tegas dan kasar* seperti Nabi saw
menangani kedatangan Omar rha. [ masa itu beliau belum beriman ] yang mahu
membunuh beliau dirumah al Arqam . Nabi saw menerima kedatangan Omar dengan
segera menerpa lalu mencekak leher baju Omar dengan garang Nabi saw berkata
untuk apa kamu datang ? Sikap nabi yang kasar dan tegas itu membuka pintu
hati Omar rha seorang yang keras dan kasar pada waktu untuk beriman .


9. Demikian halnya , *Nabi saw pernah tidak memaafkan musuh* seperti seorang
yahudi bernama Kaab bin Asyraf sehingga Nabi saw pernah berkata , jika
ditemui Kaab ini bergantung di kelambu kaabah sekalipun hendaklah kamu
bunuhnya . Namun *Nabi yang sama jugalah pernah memaafkan wahsyi* yang
membunuh bapa saudara baginda yang sangat dikasihi Hamzah Abdul Muttalib .


10. *Begitulah episode kebijakan Nabi saw dalam berdakwah* . Itulah hikmah
yang perlu dimiliki oleh para pejuang Islam dan para pemimpinnya .
Namun , *dasar
umum dalam berdakwah ialah pendakwah mestilah hadhir dengan segala
kerendahan budi dan keizzahan diri , sopan santun dan bertata susila ,
berakhlak dan beradab* . Firman Allah swt :


فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ
الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ 

Help Palestine [hidayahnet] Biodata TG Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

2009-08-12 Terurut Topik ahmad mat
*Menteri Besar Yang Mencintai Ilmu*



Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang
sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota
Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat
merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan
Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau
terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di
Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar
Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau
mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum
ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji
Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan
Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku
dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan
Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata
pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato' Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti
Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung
kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab
Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid
yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili,
Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum
di Deoban, India , mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur'an, Hadis
dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru
Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan
mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang
pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada
1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan
memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian
menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan
kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat
diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.


*Perkhidmatan*

Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi
oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum,
Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah
Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam
beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma'hoad
Muhamadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.


*Bidang Politik*

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau
menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang
Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di
kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut
Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat hingga 1995.
Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan
oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian
Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era
kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas
yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya 'Mengapa Saya Tidak Masuk
Kristian' dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri
kuliah dan ceramah.


*Pendakwah*

Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma'had Muhamadi
dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu 'Halakat pengajian' yang
sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di
Ma'had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu
dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.


*Seorang Petah Bercakap*

Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah
diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan
para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati
penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar
di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari
setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.


*Keistemewaan*

Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak
sejak 1962 hingga sekarang. Beliau 

Help Palestine [hidayahnet] Pesanan TGNA Kepada Pengundi Permatang Pasir

2009-08-23 Terurut Topik ahmad mat
*PESANAN TOK GURU KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR *
*
*
“*Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan
memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama
dengan lurus.”* (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi
yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan
dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku
8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang
mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil
yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah
menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di
Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.

Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun
ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan
Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang
hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan.
Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah
15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus
menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.

Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas
menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka.
Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan
kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya,
majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah
teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin
merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa
perjuangan Islam syamil yang sebenar. *Mereka tidak sanggup memangkah parti
Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku.
Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam
jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai
Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan
palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar
tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan
antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah
timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa
untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari
sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak
sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari
Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan
atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah*. Saya percaya, para pengundi
Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.

Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh
menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian.
Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan
pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda
bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di
sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis.
Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di
Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal
di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno
yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang
termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan
ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA
kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di
tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan
pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara
kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah
dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari
Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan
untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya
melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang
boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan
demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses
tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan
berlaku tidak lama lagi.

Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan
PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri
Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’

Help Palestine [hidayahnet] Jawatan Kosong - HVAC Engineer

2009-09-07 Terurut Topik ahmad mat
  Job title
 : HVAC Engineer , 105149
 CV submission deadline
 : *09 September 2009*
 Number of staff
 : 1
 Status
 : Residential (5/2)
 Location
 : Atyrau, Kazakhstan
 Duration
 : 12 months, Renewable**
 Starting
 *: *ASAP**
 Indicative rate
 : *GBP 565*. – per day of work (subject to final approval)

 * ***

*PLEASE PROVIDE US WITH THE FOLLOWING INFORMATION:*

   - *4 pages CV max + 1 page NEW  Key Information Form** ***
   - Date of Birth **
   - Higher Education Diploma (*University or Equivalent*) **
   - Availability of the candidate **

* *

*MINIMUM PRE-SELECTION REQUIRMENTS ARE SHOWN BELOW:*

* *
*The job holder must have:*
* *

·  Diploma / Qualification in technical discipline

·  Minimum 5 years experience in HVAC Systems activities in Oil and
gas Industry, to have included:

§   experience in electrical-mechanical, hydraulic
devices

§   proven experience in erection and operation of
HVAC plants

·  Knowledge of local codes and regulations regarding HVAC

·  Computer literate

·  Fluent written and spoken English
We look forward to receiving CVs of interested candidates before the
deadline as stated above.


-- 
Shane Lin
Executive Director

Sterling Search (M)Sdn Bhd (847233-T )

No 32  3rd Flr,Jln Anggerik Vanilla R 31/R Kota Kemuning 40460
Shah Alam Selangor D.E
Tel:+603-5121-8870
Fax:+603-5121-8850
Mobile:+6012-293-0300
Email:shane@sterlingexecutive.comhttp://us.mc322.mail.yahoo.com/mc/compose?to=Email:shane@sterlingexecutive.com


Help Palestine [hidayahnet] Belajar Faraid

2009-09-20 Terurut Topik ahmad mat
  Belajar 
Faraidhttp://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/04/blajar-faraid.html

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman



Bismillah..Ilmu yang pertama Allah Taala angkat dari dada manusia ialah ilmu
harta pusaka yang dikenali sebagai Faraid. Ada orang kata susah nak faham
ilmu ini. Bagi saya, tidaklah susah kalau kita faham kaedahnya dan hanya
aplikasikannya kepada keluarga kita. Maksud saya ialah hanya melihatnya
dengan ruang yang khusus untuk kita sahaja. Katakan kita mempunyai seorang
ibu dan 3 adik beradik. Selesaikannya dengan mengandaikan salah seorang
daripada keluarga kita meninggal. Contoh kalau ibu meninggal, maka yang akan
mewaisi 3 beradik tadi. Kalau semua lelaki dibahagikan dengan sama rata.
kalau 2 lelaki dan seorang perempuan maka nisbahnya adalah 2:2:1
 saya ingin berkongsi ilmu ini kepada sesiapa yang berminat. Di sini saya
lampirkan muqadimah ilmu faraid yang saya catatkan ketika berada di Mesir,
Alhamdulillah.
Ilmu pusaka ialah satu ilmu yang membicarakankan bagaimana harta orang yang
meninggal dunia dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut ilmu
syarak.

Apabila seseorang itu meninggal dunia maka menjadi kewajiban bagi mereka
yang hidup untuk membahagikan harta simati mengikut hukum Faraid yang
terkandung dalam Al-Quran,Hadist dan juga Ijma’ Ulama’(persepakatan mereka
dalam satu-satu hukum syarak)

Hak-hak yang berkait dengan harta simati
Tiap-tiap harta yang ditinggalkan oleh simati samada berbentuk wang
ringgit,saham,imbuhan,insuran,rumah,tanah dan sebagainya sebelum dibahagikan
hendaklah dilaksanakan perkara-perkara yang berikut:


*1-Pengurusan jenazah.*

Segala perbelanjaan pengurusan jenazah sepeti upah mandi,kafan dan
pengkebumian hendak diambil daripada harta simati melainkan kalau ada waris
yang ingin mengeluarkan perbelanjaan sendiri.Perlu diingat bahawa pemberian
saguhati kepada orang yang melakukan solat jenazah ataupun belanja untuk
mengadakan tahlil arwah tidak boleh diambil daripada harta pusaka.


*2-Menunaikan wasiat yang berupa pemberian atau agihan harta.
*
Sebelum dibahagikan harta pusak waris hendaklah memastikan bahawa simati
tidak meninggalkan wasiat yang berbentuk pemberian atau agihan
harta.sekiranya simati sebelum meninggal dunia ada meninggalkan apa-apa
wasiat maka wajib ditunaikan wasiat ini sebelum dibahagikan harta pusaka
dengan syarat tidak melebihi 1/3 dan bukannya wasiat ini ditujukan kepada
waris yang sudah berhak mendapat harta pusaka.Contohnya,kalau sianak
sudahpun berhak menerima pusaka daripada ayahnya maka dia tidak layak
menerima harta wasiat lagi.Dalam satu hadist Nabi s.a.w bersabda yang
bermaksud “Tidak boleh wasiat kepada waris”
**
*3-Membayar Hutang*

Harta-harta yang ditinggalkan oleh simati diboleh diambil oleh mana-mana
waris melainkan sesudah dijelaskan hutang simati.Sabda Rasululah s.a.w yang
bermaksud.”Jiwa orang beriman tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah
dia menjelaskannya”.


*4-Membahagikan harta pusaka kepada mereka yang berhak.*

Sesudah dilaksanakan tiga perkara tersebut barulah waris-waris yang berhak
boleh mengambil harta ini mengikut bahagian-bahagian yang ditentukan oleh
Allah.

Peringatan.
Antara hutang dengan wasiat maka perlu didahulukan hutang.sekiranya harta
yang ditinggalkan hanya cukup untuk penyenggaraan jenazah maka waris akan
menanggung hutang tersebut.Kalau sekiranya waris tidak mampu maka menjadi
tanggungjawab Kerajaan Islam bagi membayarnya samada menggunakan wang zakat
atau seumpamanya.


*Bahagian-bahagian pusaka dalam Al-Quran*

Allah s.w.t menyebut tentang kefarduan umat Islam dalam pembahagian harta
yang adil mengikut hukum syarak.Didalam surah An-Nisa’ dinyatakan secara
terperinci bahagian-bahagian yang menjadi hak waris-waris tertentu. Antara
pecahan-pecahan yang disebut oleh Allah ialah 1/3, 1/6, 2/3, 1/2, 1/4, 1/8
dan gandaan serta baki selepas penerimaan pecahan.
Golongan-golongan yang berhak

Apabila seseorang itu meninggal dunia ada 3 golongan yang berhak mendapat
harta pusaka samada banyak ataupun sedikit.

1-Suami atau isteri
2-Ibubapa simati
3-Anak lelaki atau perempuan

Golongan ini dinamakan sebagai golongan yang wajib menerima harta pusaka dan
tidak ada yang dapat menghalang mereka sama sekali. Secara umumnya kita
boleh menyenaraikan kesemua mereka yang berhak mendapat harta. Namun
dikalangan mereka ini kadang-kadang tidak berhak disebabkan adanya waris
yang lebih dekat dengan simati.


*Ada 15 golongan waris yang lelaki yang berhak mewarisi*
**
1-Ayah
2-Datuk
3-Anak Lelaki
4-Cucu lelaki daripada anak lelaki hingga kebawah seperti cicit dll.
5-Adik-beradik lelaki seibu sebapa
6-Adik-beradik lelaki sebapa sahaja
7-Adik-beradik lelaki seibu sahaja
8-Anak saudara lelaki seibu sebapa
9-Anak saudara lelaki sebapa
10-Bapa saudara seibu sebapa
11-Bapa saudara sebapa sahaja
12-Anak bapa saudara seibu sebapa (sepupu)
13-Anak bapa saudara sebapa (sepupu)
14-Suami
15-Bekas tuan yang membebaskan hambanya


*Ada 10 golongan perempuan yang dianggap menjadi waris bagi simati*
**

1-Ibu
2-Isteri

Help Palestine [hidayahnet] HUKUM MENGHINA AGAMA DAN KEPERCAYAAN ORANG LAIN

2009-09-20 Terurut Topik ahmad mat
HUKUM MENGHINA AGAMA DAN KEPERCAYAAN ORANG
LAINhttp://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/08/hukum-menghina-agama-dan-kepercayaan.html

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman



http://3.bp.blogspot.com/_nloHRV3YIDk/SplXKbl2q4I/AJQ/0ZcoNQqpf34/s1600-h/aa40708adc21e226%5B1%5D.jpg
Islam agama yang datang daripada Allah amat mulia dan terpuji. Setiap umat
Islam diminta memelihara Islam dan mempertahankannya daripada dicemari oleh
musuh-musuh yang jahil dan kufur. Diantara tuntutan Islam bagi memelihara
agama ini ialah melarang umatnya menghina agama dan kepercayaan umat lain.
Ini akan mendorong mereka melakukan tindak balas yang akan merugikan umat
Islam. Islam adalah agama dakwah bukannya pencetus kepada permusuhan. Firman
Allah dalam surah Al-An’am ayat 108:


*وَلاَ تَسُبُّوْا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوْا اللهَ
عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ*


Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari
Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas
Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan
tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah
tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka
telah lakukan.

As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata:
“Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan
berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan
kepada Allah dalam keaadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan
mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T.
Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad
s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan
menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini.

As-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fathul Qadir” (Jilid 2, m/s149) ketika
menafsirkan ayat ini, “ ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru kepada
kebenaran dan pencegah kebatilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina
agama orang lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya, maka
hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu, bahkan wajib!

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya “Tafsir Al-Quranil Azim (Jilid 2, m/s
262)”: “Allah melarang Nabi s.a.w dan orang-orang yang beriman daripada
menghina sembahan orang-orang musyrikin, walaupun ada kepentingannya,
sekiranya kemudharatan lebih besar, iaitu tindakbalas orang kafir yang akan
menghina Allah S.W.T.

Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya “Al-Munir (Jilid 7, m/s
327): “Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina
segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat
mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya
seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan
Rasulnya”.

Kesimpulannya ialah penghinaan secara terbuka terhadap agama lain boleh
membawa sifat prejudis mereka terhadap Islam. Bahkan kejahatan mereka yang
melampau akan merugikan umat Islam apatah lagi dalam suasana sebegini. Allah
S.W.T. memerintahkan kita berdakwah bukannya mencela atau menghina. Islam
tidak perlu kepada pelaris yang bersifat menghina kepercayaan orang lain.
Kerana Islam terlalu indah.


http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/08/hukum-menghina-agama-dan-kepercayaan.html


Re: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Buat Yang Terlanjur

2009-10-24 Terurut Topik ahmad mat
Salam kepada semua,

Untuk keterangan hadis ini biarlah mereka yang ada ilmu dan 'arif yang
menerangkannya, kerana di khuatiri akan menyimpang atau terpesong dari
maksudnya yang sebenar.

Sebagaimana yang kita ketahui berdasarkan hukum fekah sebagai contohnya,
sesuatu perbuatan yang wajib di dalam solat jika di tinggalkan dengan
sengaja (tanpa keuzuran / terlupa) maka hukum fekahnya mengatakan solat itu
adalah tidak sah.

Begitu juga dengan perbuatan dosa-dosa besar seperti mencuri, berzina atau
membunuh sekiranya kita mati tanpa sempat bertaubat nasuha, maka hukuman
Allah adalah ke neraka. Begitulah sebaliknya, kalau kita membuat
amalan-amalan baik dan soleh maka, di janjikan syurga oleh Allah.

Betulkan kenyataan saya ini, seandainya ada kesilapan.

Wallahuaklam.



2009/10/7 



 maksudnya, sejahat mana kita pun, bila kita bertaubat, Allah akan ampunkan.
 Allah kan MAHA Pengampun.

 Dosa kita dgn Allah, bila taubat InsyaAllah Allah ampunkan,
 kalau buat dosa lagi, kita taubat lagi.
 dgn kata lain, 'don't worry, be happy'
 tak perlu minta dgn paderi nak ampunkan dosa. Ini yg ramai
 org Islam yg telanjur pi jumpa Paderi, sebab Paderi boleh tolong
 bersihkan dosa mereka.

 Tetapi kalau depa yg terlanjur dan jumpa tok imam, kena ceramah
 dulu, cerita pasal seksaan Allah. ahhh kenapa le Allah zalim sangat
 (dlm fikiran mereka kot lepas kena ceramah)

 Cuma kena ingat le, walaupun Allah tetap ampunkan dosa kita (kecuali
 syirik),
 elakkan 'terlanjur', di buatnya kita mampus sebelum sempat taubat. Naya
 maaa...
 so lu fikirlah sendiri.




 2009/9/28 



   x paham hadith ni..mcm menggalakkan buat dosa plak..

 --- On *Sat, 26/9/09, a...@yahoo.com a...@yahoo.com* wrote:


 From: a...@yahoo.com a...@yahoo.com
 Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Buat Yang Terlanjur
 To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com, Abu Heakal 
 abu.hea...@gmail.com
 Date: Saturday, 26 September, 2009, 4:00 PM



 Hadis Abu Hurairah r.a:
 Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t
 katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku!
 Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa,
 tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau
 menghukumnya kerana melakukan dosa.

 Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai
 Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa,
 tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau
 menghukumnya kerana melakukan dosa.

 Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai
 Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa,
 tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau
 menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan
 ampunkan dosamu.

 Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat
 aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka
 hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.

 (Riwayat Muslim)


 --
 Get your preferred Email name!
 http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
 Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.




 --
 Rozaimy Baharuddin
 http://www.komputer.com.my

 



Fwd: Help Palestine [hidayahnet] Belajar Faraid

2009-11-03 Terurut Topik ahmad mat
*Jawapan Dari Yang Berbahagia Ustaz Mat Esa Bin Deraman.
*
Assalamualaikum...Jawapannya dalam dua-dua keadaan tersebut boleh digunakan
sistem hibah iaitu pemberian sebelum mati.

Untuk penerangan lanjut dan sebarang persoalan, sila lawati blog Ustaz:


http://tokkupasirgudang.blogspot.com/search?updated-min=2009-04-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00updated-max=2009-05-01T00%3A00%3A00%2B08%3A00max-results=3





 -- Forwarded message --
From: 
Date: 2009/10/6
 Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Belajar Faraid
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com




 salam ustaz

saya ingin bertanya soalan...

1. Ada seorang ibu yang sudah tua di tanggung oleh anak lelakinya yang tidak
berkahwin, dan tidak mempunyai saudara mara yang lain. Segala perbelanjaan
si ibu termasuk kos rawatan yang mahal setiap bulan semuanyer di tanggung
oleh si anak. Di takdirkan, bukan ibu yang pergi dahulu tetapi si anak ini.
Setelah permergian anaknya ini, si ibu cuma memperolehi 1/3 dari keseluruhan
harta si anak. yang lain semua adalah milik baitulmal. Bagaimana si ibu ini
harus meneruskan kehidupannya dengan kos rawatan yang mahal dan tiada punca
nafkah? Adakah cara yang sesuai yang boleh dilakukan oleh si anak utuk
memastikan si ibu dapat sepenuhnya harta peninggalannyer nanti?


2. Seorang ayah ingin menyerahkan sebahagian beasr hartanya kepada anak
gadisnya kerana anak gadisnyalah yang bersusah payah menjaga dia selama ini.
anak anak lelaki semua tak bole di harap. Jika menurut ustaz wasiat tidak
boleh digunakan untuk memastikan anak gadisnya mendapat lebih dari saudara
lelakinya, bagaimanakah cara yang sesuai? terutama dari segi duit di dalam
bank.

harap ustaz dapat memberikan pedoman,

 --
*From:* ah...@yahoo.com ah...@yahoo.com
*To:* Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
*Sent:* Thursday, September 17, 2009 5:58:15 PM
*Subject:* Help Palestine [hidayahnet] Belajar Faraid




 Belajar Faraidhttp://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/04/blajar-faraid.html

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman



Bismillah..Ilmu yang pertama Allah Taala angkat dari dada manusia ialah ilmu
harta pusaka yang dikenali sebagai Faraid. Ada orang kata susah nak faham
ilmu ini. Bagi saya, tidaklah susah kalau kita faham kaedahnya dan hanya
aplikasikannya kepada keluarga kita. Maksud saya ialah hanya melihatnya
dengan ruang yang khusus untuk kita sahaja. Katakan kita mempunyai seorang
ibu dan 3 adik beradik. Selesaikannya dengan mengandaikan salah seorang
daripada keluarga kita meninggal. Contoh kalau ibu meninggal, maka yang akan
mewaisi 3 beradik tadi. Kalau semua lelaki dibahagikan dengan sama rata.
kalau 2 lelaki dan seorang perempuan maka nisbahnya adalah 2:2:1
   saya ingin berkongsi ilmu ini kepada sesiapa yang berminat. Di sini saya
lampirkan muqadimah ilmu faraid yang saya catatkan ketika berada di Mesir,
Alhamdulillah.
Ilmu pusaka ialah satu ilmu yang membicarakankan bagaimana harta orang yang
meninggal dunia dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut ilmu
syarak.

Apabila seseorang itu meninggal dunia maka menjadi kewajiban bagi mereka
yang hidup untuk membahagikan harta simati mengikut hukum Faraid yang
terkandung dalam Al-Quran,Hadist dan juga Ijma� Ulama�(persepakatan mereka
dalam satu-satu hukum syarak)

Hak-hak yang berkait dengan harta simati
Tiap-tiap harta yang ditinggalkan oleh simati samada berbentuk wang
ringgit,saham, imbuhan,insuran, rumah,tanah dan sebagainya sebelum
dibahagikan hendaklah dilaksanakan perkara-perkara yang berikut:


*1-Pengurusan jenazah.*

Segala perbelanjaan pengurusan jenazah sepeti upah mandi,kafan dan
pengkebumian hendak diambil daripada harta simati melainkan kalau ada waris
yang ingin mengeluarkan perbelanjaan sendiri.Perlu diingat bahawa pemberian
saguhati kepada orang yang melakukan solat jenazah ataupun belanja untuk
mengadakan tahlil arwah tidak boleh diambil daripada harta pusaka.


*2-Menunaikan wasiat yang berupa pemberian atau agihan harta.
*
Sebelum dibahagikan harta pusak waris hendaklah memastikan bahawa simati
tidak meninggalkan wasiat yang berbentuk pemberian atau agihan
harta.sekiranya simati sebelum meninggal dunia ada meninggalkan apa-apa
wasiat maka wajib ditunaikan wasiat ini sebelum dibahagikan harta pusaka
dengan syarat tidak melebihi 1/3 dan bukannya wasiat ini ditujukan kepada
waris yang sudah berhak mendapat harta pusaka.Contohnya, kalau sianak
sudahpun berhak menerima pusaka daripada ayahnya maka dia tidak layak
menerima harta wasiat lagi.Dalam satu hadist Nabi s.a.w bersabda yang
bermaksud �Tidak boleh wasiat kepada waris�
**
*3-Membayar Hutang*

Harta-harta yang ditinggalkan oleh simati diboleh diambil oleh mana-mana
waris melainkan sesudah dijelaskan hutang simati.Sabda Rasululah s.a.w yang
bermaksud.�Jiwa orang beriman tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah
dia menjelaskannya� .


*4-Membahagikan harta pusaka kepada mereka yang berhak.*

Sesudah dilaksanakan tiga perkara tersebut barulah waris-waris 

Re: Help Palestine [hidayahnet] Penting!mohon pertolongan: permasalahan Wali Nikah

2009-11-21 Terurut Topik ahmad mat
*Jawapan Oleh Ustaz Insani,*


1-  Wa`alaikumussalaam

 Tak betul
 Bila dah murtad tiada hak lagi untuk mewalikan nikah
 Hak berpindah kepada wali yang berikutnya.

 Jika diluar kawasan wali (lebih 2 marhalah) hak mewalikan berpindah
kepada wali hakim  (dalam semua kes, bukan kes ini sahaja)


2-  Islam tidak menjadikan andaian sebagai asas hukum
  Islam mengambil kira apa yang zahir kecuali terbukti sebaliknya.

  Untuk lebih mudah di cadangkan agar berkahwin diluar kawasan.


 Wallauaklam.











2009/11/8 



   Assalamualaikum semua

 Saya ada satu kemusykilan.

 Sekiranya ada pasangan yang hendak berkahwin, namun ada permasalahan di
 pihak perempuan pasal Wali Nikah

 1. Bapak sudah bertukar agama/ aqidah tetapi dalam IC masih beragama Islam.
 (Bapak kawan saya ni asal dulu memang kristian, kemudian masuk islam
 dan berkahwin secara islam. Lepas bercerai, balik ke agama kristian tapi
 susah nak tukar status dalam IC. Namun dalam aktiviti seharian, bapak kawan
 saya mengaku sudah tiada kepercayaan dengan agama Islam  di rumah juga dia
 menyimpan salib  sebagainya.
 -Apakah beliau ini sah sebagai wali nikah? Saya tahu tidak sah,..tapi ada
 jawapan dr seseorang yg saya kira buat kawan saya pening kepala...' selagi
 kad pengenalan bapak Islam, maknanya dari segi pentadbiran agama, dia boleh
 jadi wali. sebab kalau kita minta dia mengucap,.dia boleh mengucap'...betul
 ke?

 2.Apabila Bapak tidak sah menjadi wali nikah, kawan saya ni masih ada abang
 kandung. tapi masalahnya pulak, dia dpt tahu daripada salah seorang ibu
 sedara *kemungkinan abang dia ni pulak anak lahir luar nikah. *Apakah
 beliau ini sah sebagai wali nikah?

 Harap ada rakan2 yang boleh membantu permasaalahan ini krn mereka sudah
 merancang untuk berkahwin, dan memerlukan pertolongan

 terima kasih

 Wassalam

 Noor
 **
 **





 



Help Palestine [hidayahnet] HUKUM MENGHINA AGAMA DAN KEPERCAYAAN ORANG LAIN

2009-12-05 Terurut Topik ahmad mat
HUKUM MENGHINA AGAMA DAN KEPERCAYAAN ORANG
LAINhttp://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/08/hukum-menghina-agama-dan-kepercayaan.html

Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman



http://3.bp.blogspot.com/_nloHRV3YIDk/SplXKbl2q4I/AJQ/0ZcoNQqpf34/s1600-h/aa40708adc21e226%5B1%5D.jpg
Islam agama yang datang daripada Allah amat mulia dan terpuji. Setiap umat
Islam diminta memelihara Islam dan mempertahankannya daripada dicemari oleh
musuh-musuh yang jahil dan kufur. Diantara tuntutan Islam bagi memelihara
agama ini ialah melarang umatnya menghina agama dan kepercayaan umat lain.
Ini akan mendorong mereka melakukan tindak balas yang akan merugikan umat
Islam. Islam adalah agama dakwah bukannya pencetus kepada permusuhan. Firman
Allah dalam surah Al-An’am ayat 108:


*وَلاَ تَسُبُّوْا الَّذِيْنَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوْا اللهَ
عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ*


Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari
Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas
Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan
tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah
tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka
telah lakukan.

As-Sobuni dalam tafsirnya “Sofwatul tafasir (Jilid 1, m/s 410)” berkata:
“Dan janganlah kamu mencela sembahan-sembahan orang musyrikin dan
berhala-berhala mereka maka, mereka kelak akan membalasnya dengan celaan
kepada Allah dalam keaadaan jahil dan akan bersifat melampau disebabkan
mereka tidak mengetahui kebesaran Allah S.W.T.
Ibnu Abbas berkata, orang-orang musyrikin Mekah berkata kepada Nabi Muhammad
s.a.w; “Berhentilah daripada menghina tuhan-tuhan kami ataupun kami akan
menghina Tuhan kamu”. Maka Allah menurunkan laranganNya ini.

As-Syaukani berkata dalam tafsirnya “Fathul Qadir” (Jilid 2, m/s149) ketika
menafsirkan ayat ini, “ ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru kepada
kebenaran dan pencegah kebatilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina
agama orang lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya, maka
hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu, bahkan wajib!

Ibnu Kathir berkata dalam tafsirnya “Tafsir Al-Quranil Azim (Jilid 2, m/s
262)”: “Allah melarang Nabi s.a.w dan orang-orang yang beriman daripada
menghina sembahan orang-orang musyrikin, walaupun ada kepentingannya,
sekiranya kemudharatan lebih besar, iaitu tindakbalas orang kafir yang akan
menghina Allah S.W.T.

Prof. Wahbah Az-Zuhaili berkata dalam tafsirnya “Al-Munir (Jilid 7, m/s
327): “Ulama’ berkata bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina
segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat
mereka, dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya
seolah-olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan
Rasulnya”.

Kesimpulannya ialah penghinaan secara terbuka terhadap agama lain boleh
membawa sifat prejudis mereka terhadap Islam. Bahkan kejahatan mereka yang
melampau akan merugikan umat Islam apatah lagi dalam suasana sebegini. Allah
S.W.T. memerintahkan kita berdakwah bukannya mencela atau menghina. Islam
tidak perlu kepada pelaris yang bersifat menghina kepercayaan orang lain.
Kerana Islam terlalu indah.


http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/08/hukum-menghina-agama-dan-kepercayaan.html


Help Palestine [hidayahnet] Tips Berurusan Diantara Seorang Muslimah Dengan Lelaki Ajnabi

2009-12-08 Terurut Topik ahmad mat
   semoga ada manfaatnya, insyaAllah.



  *Tips berurusan dengan lelaki*

[image: 
Artikel]http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Newsnew_topic=2
Oleh:
*nasya*http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Your_Accountop=userinfousername=nasya

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips
ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki
dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan
lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga
hati...


1. Elakkan berurusan dengan lelaki  - Selagi masih boleh dan berpeluang
untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal
repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan
wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan
daripada orang lelaki.


2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium
perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil.
Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan
sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat
smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini
kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang
bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan
suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :Wahai isteri-isteri nabi, kamu
bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah
lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada
penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik. Kalau rasa
ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga
menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti
mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih, kan
???


3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya
merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut
sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu
berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa
“ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan
pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”


4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills
yang pernah kita belajar, make eye contact with the person you’re talking
to... Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja.
Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan
mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.


Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata
mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah
Al-Ahzab, ayat 53 :…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi,
mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka….
Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau
susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..


Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan
isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita
nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan
nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :Wahai
cik_, tundukkanlah pandangan.. . Isk,isk..tak layaknya..


5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang
yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat
nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat
bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak,
tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan
kerja cepat-cepat, then go.


Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara
professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita
mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari
pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya.
Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.


Help Palestine [hidayahnet] Mazhab Maliki dan Anjing

2009-12-30 Terurut Topik ahmad mat
 Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman

 Mazhab Maliki dan
Anjinghttp://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/10/mazhab-malik-dan-anjing.html
 Ustaz ditanya tentang satu artikel yang tersiar, seorang perempuan yang
berpurdah bermain dengan anjing dan menjadikannya sebagai teman serta
menternaknya untuk mendapatkan keuntungan. Beliau mendakwa beramal dengan
mazhan Maliki semenjak kecil lagi. Benarkah Mazhab Maliki membenarkan
seseorang bermanja dengan anjing serta mengasihinya dengan memeluk,
memandikan serta pelbagai lagi bentuk kasih sayang.

  Perkara yang pertama perlu diketahui ialah perbezaan antara fatwa dan
amalan yang menggambarkan sifat warak dan takwa. Fatwa ialah menerangkan
sesuatu hukum berdasarkan dalil-dalil yang dipercayai, samada ianya haram,
wajib, sunat, makruh dan harus. Sekiranya fatwa menyatakan hukumnya harus
maka ianya bukanlah menandakan perkara itu terbaik untuk dilakukan. Bahkan
kadangkala menyalahi perkara harus itu lebih utama daripada melakukannya.
Sebagai contoh, aurat lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut.

Tetapi dari sudut amalan, kita tidak pernah melihat orang yang berjalan di
bandar-bandar tanpa memakai baju ataupun pergi ke pejabat, mesyuarat dan
majlis-majlis rasmi memakai seluar sahaja tanpa baju. Sedangkan hukumnya
adalah harus. Namun meninggalkan hukum harus itu lebih baik daripada
melakukannya, takut dikatakan gila, sewel atau kurang akal.

  Demikian juga masalah anjing. Memang benar Imam Malik menyatakan anjing
itu bersih tetapi haram melakukan jual beli. Bersih disisi Imam Malik bukan
beerti dijadikan sebagai teman. Bahkan tiada ulamak dalam mazhab Maliki
menyatakan sunat bertemankan anjing serta bermain-main dengannya. Imam Malik
menganggap kebenaran penggunaan anjing hanyalah untuk menjaga binatang
ternakan, memburu atau tujuan pertanian untuk menjaga kebun atau ladang.
Sesiapa melihat perbahasan tentang anjing dalam mazhab Maliki pasti akan
mengetahui batasan dan sempadan yang telah ditetapkan.

  Satu kejahilan bila mengganggap hanya mazhab As-Syafie yang menyatakan
anjing itu najis. Hakikat sebenar ialah, jumhur ulamak (kebanyakkan)
menyatakan anjing itu najis sebagaimana yang disebut oleh As-Son'ani dalam
kitab Subulus Salam jilid pertama. Perlu diketahui juga bahawa, dalam mazhab
Malik sendiri ada yang menyatakan ianya najis.

  Sebagai penutup bicara, perhatikan sabda Rasulullah yang bermaksud: Nabi
s.a.w melarang hasil daripada jual beli anjing, hasil daripada pelacur dan
upah kepada tukang tilik. (Bukhori dan Muslim). Lihat bagaimana sama kejinya
keuntungan yang diperolehi daripada jual beli anjing dengan keuntungan orang
yang menjual maruah dirinya.

Ya Allah! Tambahkan ilmu kami.


http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/10/mazhab-malik-dan-anjing.html


Help Palestine [hidayahnet] ISTERI SOLEHAH

2010-02-04 Terurut Topik ahmad mat
 Oleh : Yang Berbahagia Ustaz Mat Esa Bin Deraman ISTERI
SOLEHAHhttp://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/10/isteri-solehah_21.html
http://3.bp.blogspot.com/_nloHRV3YIDk/SuJRujKY2DI/AMo/L4vupuZiXXI/s1600-h/3e2a7cc7baab7998%5B1%5D.jpg
Menjadi isteri yang solehah bukanlah satu perkara yang sukar yang memerlukan
belanja yang tinggi atau peruntukkan yang banyak. Apa yang diperlukan ialah
keyakinan dan keimanan kepada Allah dan balasan yang mulia dan terpuji yang
disediakan oleh Allah diakhirat yang berupa syurga. Orang yang menyedari
bahawa dunia ini tempat ujian untuk melihat siapakan yang lebih baik
amalannya. Allah berfirman �Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan
hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di
antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu),
lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);

Dalam satu hadis Nabi yang bermaksud: �Apabila perempuan menunaikan solat
lima waktu, dan berpuasa sebulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, dan mentaati
suaminya. Maka dikatakan kepadanya: �Masuklah syurga daripada pintu manapun
yang engkau kehendaki�. (HR Ahmad).

Dalam riwayat Imam At-Tobrani, Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud:
�Mahukah kamu mengetahui perempuan ahli syurga? Sahabat berkata: Mahu ya
Rasulullah! Baginda berkata: Perempuan yang penyayang, yang subur dengan
zuriat, apabila dia marah atau dilakukan keburukan kepadanya atau dimarahi
oleh suaminya dia akan berkata: �Ini tanganku pada tanganmu, tiada aku akan
tidur lena sebelum abang memaafkan saya!

Nabi juga menyebut ciri-ciri kesolehan seorang isteri dengan berkata:
�Apabila engkau melihatnya, tenang hatimu, apabila engkau perintahnya dia
mentaatimu�. Manusia selalu mendahului emosi dalam tindakannya, tanpa
melihat pahala yang besar yang Allah sediakan bagi setiap kebaikan yang
dilakukan. Semoga Allah sentiasa bersama kita. Amin.


http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/10/isteri-solehah_21.html


Help Palestine [hidayahnet] Isu DS Anwar Ibrahim - Jawapan Dato' Dr Haron Din

2010-02-09 Terurut Topik ahmad mat
Dato' Dr Haron Din
Fri | Jul 25, 08 | 11:42:08 am MYT

SOALAN: Politik Malaysia hari ini sudah sampai ke kemuncak kalut atau kelam
kabut. Selepas satu isu, beralih kepada isu lain yang kebanyakannya
membebankan fikiran rakyat jelata. Terbaru rakyat dikejutkan dengan isu
rasuah berprofil tinggi, dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim terbabit dalam kes
liwat lagi dan pelbagai isu lain. Sebagai seorang Muslim saya amat keliru,
soal dosa pahala tidak diperdulikan lagi, media dengan bebas mengasak dengan
bangga mengaibkan hamba-hamba Allah yang tidak dipastikan kebenarannya,
mengapa hal sebegini Dato'? - HASBULLAH MARZUKI, Bandar Baru Bangi


JAWAPAN:

Memang benar kata anda itu, bahawa keadaan politik di Malaysia amat-amat
kalut dan berserabut.
Jika rakyat yang mengikutinya akan pening kepala, sudah tentu mereka yang
terbabit dalam politik lebih merasai keserabutannya.
Terlalu banyak isu yang menyentuh negara, melibatkan kredibiliti pemerintah,
sekali gus meletakkan rakyat keseluruhannya dalam keadaan kebingungan dan
huru hara penghidupan.

Perihal ketidak puas hati rakyat terhadap kerajaan semakin jelas apabila
kenaikan harga barang-barang keperluan seharian amat menekan, diikuti dengan
indeks rasuah yang semakin melonjak, kes-kes rasuah berprofil tinggi
terbongkar satu demi satu dan diikuti dengan fitnah yang tidak habis-habis.

Tuduhan liwat serta fitnah yang melampau ini kadang-kadang dilihat sebagai
suatu sandiwara.
Mengapa semuanya ini berlaku? Jawabnya mudah, ia adalah kerana manusia tidak
takut dosa, tidak gerun dengan ancaman Allah SWT, tidak peduli apa yang
hendak terjadi pada hari pembalasan.
Manusia kini seolah-olah tidak memperdulikan soal neraka dan syurga. Asalkan
hati mereka mendapat kepuasan di dunia, mereka sanggup melakukan apa sahaja.


Soal maruah, soal mengaibkan manusia dan apa sahaja yang seumpama dengannya
tidak pernah menjadi perhitungan.
Inilah sebabnya hal-hal yang saya nyatakan di atas boleh berlaku.

Malah berbagai-bagai konspirasi boleh dilakukan tanpa segan silu kerana
manusia telah dikuasai oleh tuntutan keduniaan yang melampau dan gila kuasa
yang tidak terbatas.

Merujuk kepada fitnah liwat yang saudara bangkitkan dalam persoalan, pada
saya, jika hukum-hukum Islam berjalan atau berfungsi, saya tidak fikir orang
berani melontar fitnah sebegitu.
Ini kerana sekadar mendakwa seseorang itu melakukan liwat tanpa cukup bukti
yang nyata dan kukuh, hukuman sebaliknya akan dijatuhkan ke atas si penuduh.


Orang yang membuat tuduhan tanpa cukup saksi, akan dijatuhkan hukuman qazaf
mengikut suatu pendapat fuqaha.
Qazaf adalah menuduh zina, tanpa membawa empat orang saksi yang adil, yang
benar-benar melihat perbuatan tersebut.
Jika penuduh gagal membuktikannya, maka si penuduh akan dikenakan hukuman,
seperti firman Allah (mafhumnya): Dan orang-orang yang menuduh
wanita-wanita yang baik pekertinya melakukan zina tanpa membawa empat orang
saksi, maka hendaklah disebat mereka dengan 80 kali sebatan (selepas itu);
janganlah kamu menerima persaksian mereka buat selama-lamanya, kerana mereka
adalah orang-orang yang fasik. (Surah an-Nur, ayat 4)

Ayat ini tidak merujuk kepada wanita sahaja, tetapi kepada sesiapa sahaja
yang menuduh zina tanpa cukup bukti, maka akan dikenakan hukuman qazaf.
Timbul persoalan, bolehkah qazaf ini digunakan juga kepada sesiapa yang
menuduh orang lain melakukan liwat? Atau didakwa dia diliwat, apakah
termasuk dalam konteks ini?

Dalam mazhab as-Syafie, dengan merujuk kepada Kitab al-Muhazzab, juzuk dua,
halaman 237, ada dinyatakan, maksudnya; Sekiranya seseorang berkata
(menuduh) kepada seorang lain, 'kamu adalah peliwat atau si fulan meliwat
saya atau mengaku dirinya diliwat' (tanpa paksaan), maka itu adalah kazaf,
sama dengan kazaf zina, wajib dikenakan hukuman qazaf.
Ini bererti bahawa yang menuduh liwat, sama dengan menuduh zina, wajib
diproses mengikut hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT.


Apabila hukum Islam tidak berfungsi dan diketepikan maka berleluasalah
tuduhan-tuduhan yang seperti itu, kerana tidak ada sesuatu yang menjadi
penghalang atau merasa gerun untuk melakukannya.
Alangkah rugi dan kecohnya masyarakat apabila tuduhan-tuduhan liar sebegini,
masih menjadi mainan orang-orang tertentu menuduh orang-orang lain dengan
pelbagai tuduhan.
Ingatlah, meskipun hukuman-hukuman had seperti yang disebutkan di atas,
tidak dapat dilaksanakan buat seketika ini, akan tetapi insafilah bahawa
hukuman Allah di akhirat nanti, pasti menunggu semua yang terlibat.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam sebuah hadis yang mahsyur
(mafhumnya): Sesungguhnya hukuman dunia adalah lebih ringan daripada
hukuman di akhirat.

Ini membawa maksud, bahawa segala kesalahan yang ada peruntukkannya dalam
al-Quran atau as-Sunnah, jika dilaksanakan di dunia seperti kehendak Allah,
maka ianya adalah paling ringan bagi orang yang terlibat menerimanya.
Jika mereka terlepas daripada menerimanya di dunia, maka di akhirat nanti
mereka akan menerima hukuman yang lebih berat daripada Allah SWT.


Help Palestine [hidayahnet] DI ANTARA CIRI-CIRI SUAMI YANG SOLEH

2010-02-19 Terurut Topik ahmad mat
Setiap suami isteri mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing
dan juga terhadap anak-anak mereka.


Di antara tanggungjawab suami ialah:

1- Menjadi pemimpin anak isteri di di dalam rumah tangga.

2- Mengajarkan ilmu yang fardhu ain (wajib) terhadap anak isteri.
Sekiranya tidak mampu mengajarnya sendiri, wajiblah si suami mencari guru
agama untuk mengajar anak dan isteri kita.
* Ilmu tauhid diajarkan supaya akidahnya selari dengan akidah ahli sunnah
wal jamaah.
* Ilmu fiqah diajarkan supaya ibadahnya berbetulan dengan kehendak ugama.
* Ilmu tasauf diajarkan supaya dia ikhlas dalam beramal dan dapat segala
amalannya dari segala kerosakan lantaran rasa ujub, riak, takabbur dan
sebagainya.

3- Memberi nafkah iaitu, makan. minum,pakaian. tempat tinggal dan sebagainya
dari sumber yang halal.

4- Tidak menzalimi anak isteri dengan:
* Memberikan didikan agama yang sempurna.
* Menanam dan memupuk sifat kasih sayang kepada ALLAH, Rasul, para sahabat
dan orang-orang solleh.
* Memberikan keperluan nafkah zahir dan bathin.
* Memberi nasihat serta menegur jika melakukan kesalahan atau maksiat.
* Jangan keterlaluan apabila memukul anak untuk mendidik.


Menjaga Rahsia Rumahtangga

Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya sejahat-jahat
manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang
melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya
kemudian ia menceritakan rahsia itu.


Riwayat Ahmad
Huraian

1. Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi
yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia
rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada.

2. Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah
kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya.
Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh
dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia
melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga.

Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud:
Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas
ia bertaqwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri
yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang
menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya
sama ada pada dirinya atau harta suaminya. (An-Nasa'i, Ahmad  Abu Daud)


Help Palestine [hidayahnet] IMAM AS-SYAFIE ULAMA SEPANJANG ZAMAN

2010-02-21 Terurut Topik ahmad mat
  Oleh Yang Berbahagia Ustaz Mat Esa Bin Deraman


IMAM AS-SYAFIE ULAMA SEPANJANG
ZAMANhttp://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/11/imam-as-syafie-merupakan-seorang-tokoh.html


 Imam As-Syafie merupakan seorang tokoh yang agung. Kelu lidah ini bagi
menerangkan kemuliaannya, lenguh qalam menari di atas kertas untuk
mencoretkan akan kehebatannya. salah seorang daripada pemimpin mazhab empat
yang menjadi bukti kepada karamahnya yang berpanjangan dan berterusan.
Diakui oleh lawan dan kawan tentang kemulian dan kehebatannya sehingga
menjadi kekaguman semua umat di zamannya dan zaman selepasnya.

 Nama sebenar beliau ialah Abu Abdillah, Muhammad bin Idris bin Abbas bin
Ustman bin syafie' bin Saib bin Ubaid bin Abd Yazid bin Hasyim bin Abd
Muttalib. Dilahirkan pada 150H dan wafat pada 204H pada usianya 54 tahun.
Berketurunan Quraisy bertemu dengan keturunan Rasulullah melalui moyangnya
yang bernama Abd Manaf. Keturunan yang mulia ditambahi dengan ilmu yang
memenuhi bumi, menjadi ikutan ummat sepanjang zaman. Kewafatan Imam adalah
musibah ummat.

 Diceritakan bahawa seorang bermimpi pada malam kewafatan As-Syafie bahawa
Rasulullah s.a.w wafat pada malam itu, yang menyebabkan kesedihan manusia.
Ar-Rabi' bermimpi bahawa Nabi Adam a.s. wafat, maka dia bertanya kepada
orang alim dalam bidang ta'bir mimpi, katanya: Ini adalah tanda bahawa akan
mati orang yang paling alim. Tidak lama selepas itu Imam as-Syafie wafat.
Seolah-olah kewafatan As-Syafie sama seperti kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
dan Nabi Adam a.s.

 Imam As-Syafie mempunyai keperibadian yang unggul dan hebat. Disamping
keilmuannya yang tidak dapat dicabar, sifat pemurahnya dan rendah diri
kepada semua manusia. Beliau juga seorang yang berani mempertahankan
kebenaran dan lantang dalam menegakkan agama Islam. Apa yang menariknya
kemunculannya menyatukan dua aliran yang berbeza. Aliran yang mengutamakan
akal yang dikenali sebagai Ahlu Ra'yi dan aliran hadis yang dikenali sebagai
Ahlu Hadis.

 Ramai Ulama' berusaha untuk memperincikan latar belakang hidup beliau
antaranya Imam Daud Az-Zahiri, As-Saji, Imam Darul Qutni, Al-Aajuri,
Ar-Razi, Imam Baihaqi dan banyak lagi. Antara karangan termoden ialah apa
yang ditulis oleh Imam Abu Zahrah. Beliau meninggalkan ratusan kitab yang
menjadi pedoman kepada semua para alim ulama'. Yang paling tersohor ialah
kitan Al-Um, Ar-Risalah, Ahkamul Quran, Al-Hujjah dan lain-lain lagi.
Antara kata-katanya yang masyhur ialah:

   - Menuntut ilmu lebih mulia daripada ibadat sunat
   - Siapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yang
   inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu
   - Ibadat yang paling hampir kepada Allah selepas perkara wajib ialah
   menuntut ilmu.
   - Hiasan ilmu ialah wara' dan lemah lembut
   - Ilmu yang sebenar bukannya yang dihafaz tetapi yang memberi manfaat
   - Perdebatan dalam ilmu mengeraskan hati dan menimbulkan dendam
   - Sesiapa yang tidak dimuliakan dengan takwa maka tiada kemulian baginya
   - Kebaikan dunia dan akhirat pada lima perkara; Kaya jiwa, menahan diri
   daripada melakukan penganiayaan, rezki yang halal, bertakwa, dan percaya
   kepada Allah pada semua keadaan.

Terlalu banyak yang hendak dicoretkan mengenai Imam yang mulia ini. Oleh
kerana keterbatasan waktu, cukup setakat ini sahaja.

Semoga ilmu kita sentiasa bertambah.

 Amin.



http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/11/imam-as-syafie-merupakan-seorang-tokoh.html


Help Palestine [hidayahnet] Rahsia Solat Yang Khusuk

2010-02-21 Terurut Topik ahmad mat
 semoga ianya bermanfaat dan kita diberi kekuatan untuk sama-sama
mengamalkannya, insyaAllah


 Oleh: Ustaz Mat Esa Bin Deraman

 Rahsia Solat yang
Khusyukhttp://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/11/rahsia-solat-yang-khusyuk.html

Solat yang khusyuk menjadi idaman bagi setiap orang yang beriman. Nilai
solat disisi Allah diukur dengan cara ditunaikan, sejauhmanakah dihadirkan
kebesaran Allah dalam solatnya. Setengah ulama’ mensyaratkan khusyuk sebagai
nilai diterima atau tidak solat seseorang. Bahkan kalangan mereka menyatakan
batal solat orang yang tidak khusyuk daripada awal hinggal akhirnya.

Khusyuk merupakan amalan hati yang disertai dengan perbuatan yang mematuhi
segala rukun-rukun dan syarat-syarat kesempurnaannya. Bermula daripada
wudhuk, pakaian dan tempat yang suci daripada najis serta menutup aurat dan
mengadap kiblat. Demikian juga cara takbiratul Ihram, berdiri, rukuk,
I’tidak, sujud dan sebagainya.

Ibnu Abbas pernah berkata: “Solat dua rakaat yang ringan dalam keadaan yang
berfikir dan khusyuk lebih baik daripada mendirikan malam dalam keadaan hati
yang lalai”. Memperolehi solat yang hebat seperti ini memerlukan mujahadah
yang berterusan kerana khusyuk ini bukannya sesuatu yang kekal pada
mana-mana manusia. Ianya perlu diikat dengan kukuh dan dijaga dengan
bersungguh-sungguh kerana khusyuk hari ini tidak menjanjikannya berulang
pada solat yang akan datang. Antara caranya ialah membaca dan mendengar
kisah orang yang Berjaya melakukannya sepanjang kehidupan mereka.

Nabi Ibrahim a.s apabila melakukan solat kedengaran daripada jauh degupan
jantungnya dek rasa hebat kebesaran Allah. Saidina Ali r.a apabila masuk
waktu solat berubah air mukanya dan menjadi pucat. Manakala Ali Bin Husain
apabila dia berwudhuk maka menjadi pucat mukanya. Ahli keluarganya bertanya
kenapa? Beliau menjawab: “Tahukah kamu, siapa yang akan aku mengadap?”
Seorang ulama’ yang bernama Said at-Tanukhi apabila melakukan solat, air
matanya tidak putus-putus mengalir hingga ke janggutnya sampai selesai
solatnya.
Bagaimana solat kita? Moga Allah memberi kita kekuatan untuk bermujahadah
bagi mendapatkan kemanisan ini. Amin


http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/11/rahsia-solat-yang-khusyuk.html


Help Palestine [hidayahnet] CINTAILAH ISTERI

2010-02-21 Terurut Topik ahmad mat
Oleh: Yang Berbahagia Ustaz Mat Esa Bin Deraman *CINTAILAH ISTERI*
Mencintai isteri adalah sunnah Rasulullah s.a.w. yang wajar diikuti oleh
semua para suami yang beriman. Isteri adalah anugerah yang istimewa daripada
Allah kepada seorang suami untuk dipelihara dengan baik sebagaimana sang
suami memelihara dirinya sendiri.

Firman Allah yang bermaksud: “Isteri-isteri kamu adalah pakaian kamu, dan
kamu pula adalah pakaian mereka”. Pakaian merujuk kepada maruah dan
perlindungan. Ianya juga bersifat kebanggaan dan kemegahan. Pakaian juga
memperlihatkan kecantikan dan kemuliaan. Bukan sahaja isteri merupakan
pakaian ianya juga diibaratkan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai ladang
yang akan tumbuh padanya segala tanaman-tanaman mengikut benih yang
ditaburkan. Sekiranya baik benih yang ditaburkan maka baiklah hasilnya.

Rasulullah s.a.w. adalah contoh yang terbaik untuk menunjukkan rasa sayang
kepada isteri yang berkongsi kehidupan dengan kita. Nabi s.a.w. ada menyebut
bahawa orang yang paling terbaik dikalangan kamu ialah orang yang baik
tingkahlakunya bersama isterinya. Antara perkara yang paling mudah untuk
dilakukan oleh suami ialah dengan memanggil isteri dengan nama yang paling
baik dan menghadiahkan senyuman setiap kali menatap wajah isteri yang
tercinta. Menyedihkan kadangkala kita lebih bahagia senyum kepada perempuan
lain daripada isteri sendiri. Maka mudahlah rumah tangga itu bergoyang.

 Fikirkanlah!


http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2009/12/cintailah-isteri.html


Re: Help Palestine [hidayahnet] 83 anak luar nikah setiap hari di Malaysia

2010-02-22 Terurut Topik ahmad mat
mak dan bapak salah malah kerajaan pun turut bersalah kerana memberi lesen
dan bersubahat kerana menganjurkan program-program mungkar yang memberi
ruang untuk membuat maksiat.




2010/2/9 myza



   salah mak dan bapak.. anak2 yg akan jadi mangsa.. apa perasaan mereka
 bila dewasa apabila dpt tahu mereka anak luar nikah...kesian...

 Myza Sidek

 --- On *Mon, 1/2/10, roz...@yahoo.com roz...@yahoo.com* wrote:


 From: roz...@yahoo.com roz...@yahoo.com
 Subject: Help Palestine [hidayahnet] 83 anak luar nikah setiap hari di
 Malaysia
 To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
 Received: Monday, 1 February, 2010, 7:33 AM



 Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Dan perkara
 ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang semakin meningkat.

 Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di Malaysia leka
 dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.

 Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.

 Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang sedang
 melanda umat Islam sekarang ini.

 Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?

 Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.

  * * 
 STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

 Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri
 daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak
 berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.
 Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak
 tidak sah taraf.

 Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf.
 Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di
 bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah
 kandungnya.

 STATISTIK

 Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
 melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan
 nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

 Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada
 setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes
 pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

 Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran
 anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430
 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

 Pecahan mengikut negeri:

 Selangor = 12,836 orang
 Perak = 9,788 orang
 Kuala Lumpur = 9,439 orang
 Johor = 8,920 orang
 Sabah = 8,435 orang
 Negeri Sembilan = 4,108 orang
 Pahang = 3,677 orang
 Kedah = 3,496 orang
 Pulau Pinang = 3,412 orang
 Melaka = 2,707 orang
 Kelantan = 1730 orang
 Perlis = 691 orang
 Sarawak = 617 orang
 Terengganu = 574 orang
 JUMLAH = 70,430 orang.

 http://berita- harian-online. com/statistik- anak-luar- nikah-di- 
 malaysia/http://berita-harian-online.com/statistik-anak-luar-nikah-di-malaysia/


 --
 Yahoo!7: Catch-up on your favourite Channel 7 TV shows easily, legally, and
 for free at PLUS7. Check it 
 outhttp://au.rd.yahoo.com/tv/catchup/tagline/*http://au.tv.yahoo.com/plus7/?cmp=mailtag.


 



Help Palestine [hidayahnet] Tidak cukup dengan berarak, angkat sepanduk dan berselawat

2010-02-22 Terurut Topik ahmad mat
  *Tidak cukup dengan berarak, angkat sepanduk dan
berselawat*http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_contentview=articleid=24966:tidak-cukup-dengan-berarak-angkat-sepanduk-dan-berselawatcatid=41:utama-muka-depanItemid=125




 *KUALA TERENGGANU, 16 Feb:* “Tidak cukup dengan sambut maulud setahun
sekali, berarak, angkat sepanduk, berselawat, dalam masa yang sama kita
tengok di hadapan mata kita, hukum-hukum Islam, perintah Allah Taala tidak
diamalkan,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, beliau mengajak umat Islam supaya memahami bahawa
dibangkitkan Rasulullah s.a.w. untuk mengajar manusia supaya beramal dengan
Islam.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah
s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya ketika
menyampaikan ceramah di pekarangan Surau Istiqamah, Padang Nenas, malam
tadi.

Turut berucap pada majlis ceramah yang diadakan bersempena Nadwah Ulama PAS
Terengganu itu ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

Katanya, berita kedatangan Rasulullah s.a.w. dibawa oleh Allah Taala melalui
semua nabi dan rasul.

Jelasnya, Allah memerintahkan nabi-nabi dan rasul-rasul mengarahkan umat
masing-masing supaya beriman, menolong dan berjuang bersama-sama dengan
Rasulullah sekiranya sempat dengan baginda s.a.w. untuk memenangkan Islam.

“Menolong untuk memenangkan Islam, menang untuk apa, menang untuk
memerintah, mendirikan kerajaan,” ujarnya yang menafsirkan ayat 81, surah
Aali Imran berhubung perintah Allah tersebut.

Jelasnya, setelah dibangkitkan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rasul, maka
Rasulullah mengajak kaum keluarganya dan mereka yang ditemui supaya
mengucapkan dua kalimah syahadah di samping mengajak mereka mendirikan
kerajaan yang beramal dengan hukum-hukum Allah sebagaimana yang diturunkan
di dalam al-Quran.

Tambahnya, Nabi s.a.w. juga mengumpulkan para sahabat, orang-orang beriman
selain mengajak ahli-ahli kitab Yahudi dan Kristian dan mengutuskan surat
kepada raja-raja dalam dunia supaya menganut Islam dan menerima Islam
sebagai agama yang memerintah dan berdaulat.

Justeru itu, tegasnya perjuangan itu tidak berhenti walaupun Rasulullah
s.a.w. sudah wafat.

Maka, katanya, adalah tidak cukup dengan sekadar sambutan Maulidur Rasul
setahun sekali dengan berarak, mengangkat sepanduk dan berselawat tetapi
dalam masa yang sama tidak melaksanakan perintah Allah Taala.

Tambahnya, akibat tidak melaksanakan  hukum-hukum Islam menyebabkan keadaan
menjadi huru-hara dengan peningkatan jenayah seperti rompakan, kecurian,
pembunuhan dan sebagainya.

 Di samping itu, ujarnya, bencana semakin banyak berlaku kerana manusia
meninggalkan perintah Allah supaya beramal dengan hukum-Nya dalam semua
perkara.

“Marilah kita sedar dan faham perkara besar dengan bangkitnya Rasulullah
s.a.w. mengajar manusia supaya beramal dengan Islam,” ujarnya.

Tambahnya lagi, para sahabat dibunuh dan dihalau dari kamung halaman kerana
berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w untuk mendirikan kerajaan dan
memerintah dengan syariat Allah.


Help Palestine [hidayahnet] Isu Terkini

2010-05-15 Terurut Topik ahmad mat
*Layakkah Pimpinan Umno/Barisan Nasional Berbicara Soal Akhlak?*

Posted on Thursday, April 22 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
SongkokPutihhttp://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Newsfile=articlesid=4224mode=order=0thold=0
[image: Kenyataan
Media]http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Newsnew_topic=8
Oleh
*HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI*

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) hari menyelar sikap serta ucapan yang
ditunjukkan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam berkempen
untuk memenangkan calon BN bagi Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor iaitu P
Kamalanathan yang juga merupakan Ketua Penerangan MIC Pusat.

Ketika berceramah di hadapan 50 penyokong BN di Sg.Tengi, Hulu Selangor
malam kelmarin, Ketua Menteri Melaka, Dato' Ali Rustam secara sinis
menyindir calon PKR, Dato' Zaid Ibrahim tentang perbuatan meminum arak.
Beliau juga memperlekehkan Dato' Zaid berkaitan hal pergi menunaikan haji.

Hadir sama pada malam itu ialah Ahli Parlimen Pasir Salak, Dato' Tajuddin
Abdul Rahman, Menteri Besar N.Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan dan juga
Pengerusi Felcra Dato' Ramli Bohani.

Perlakuan dan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa UMNO/BN sendiri lupa
akan masalah akhlak yang terpalit dikalangan mereka. Umumnya tahu bahawa
Dato' Ali Rustam didapati bersalah oleh UMNO sendiri atas perbuatan rasuah
ketika pemilihan Timbalan Presiden UMNO 2009. Begitu juga dengan Menteri
Besar N.Sembilan, Dato' Muhamad Hassan yang sehingga ke hari ini kes
pemindahan wang berjumlah RM10juta melalui pengurup wang pada 2008 ke London
masih belum selesai. Begitu juga dengan kes VCD seks Dato' Chua Soi Lek yang
kini diangkat menjadi Presiden MCA. Apakah mereka ini bermoral? Ini belum
lagi dengan kes-kes yang melibatkan pemimpin UMNO/BN dengan arak, salah guna
kuasa, zina, judi, ditangkap khalwat dan bersekedudukan.

DPPP dengan ini menyarankan supaya pemimpin UMNO/BN melihat kepada akhlak
mereka sendiri terlebih dahulu sebelum mempertikaikan tentang akhlak orang
lain. Tunaikan janji yang ditabur kepada rakyat dalam Pilihanraya Umum yang
Ke-12 yang lalu daripada membuang masa kepada menyerang peribadi seseorang.


Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI

*





Selain UMNO adalah paria?*
Posted on Wednesday, April 21 @ 22:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh
CyberSniperhttp://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Newsfile=articlesid=4203mode=order=0thold=0
[image: Analisis
Isu]http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Newsnew_topic=6
Oleh
*Ust. Saiful Bahri*

Munasabahlah Allah SWT memerintahkan kita mengulang-ulang 17 kali sehari
semalam membaca surah al-fatihah dalam solat kita. Supaya ketika tidak
terjebak dengan perangai dan tingkah-laku Yahudi dan Nasara. Agar tidak
terjebak kedalam lubang biawak mereka.

Orang Yahudi menganggap bangsa mereka adalah bangsa terpilih. Mereka
merupakan anak dan keturuanan terpilih. Mereka adalah kekasih-kekasih Allah.
Selain mereka adalah Goyem (lembu) semata. Kejahatan dan kezaliman adalah
haram jika dilakukan terhadap sesame mereka tetapi halal jika dilakukan
selain mereka. Lihatlah umat Islam Palestine, mereka boleh melakukan apa
sahaja kerana bagi mereka ianya bukan dosa. Ianya dosa atau jenayah jika
orang lain melakukan keatas mereka.

Amalan inilah kini dipraktikkan oleh UMNO-BN. Ianya adalah amanah jika
segala peruntukan, projek, subsidi dibahagikan dikalangan mereka dan kroni
mereka. Apabila mereka adalah pembangkang, mereka dinafikan hak ketika
pengagihan. Itu tidak zalim. Tiada istilah diskriminasi buat mereka. Tetapi
ketika mengutip cukai semua orang dikenakan tanpa pengecualian. Itu adalah
keadilan.

http://4.bp.blogspot.com/_4EYO4LLWUIM/S83GlJworgI/ASc/ESebbddwAro/s1600/gobala.jpgBegitu
jugalah tentang rasuah. Jika sekiranya sipelaku itu UMNO, apatah lagi
pemimpin maka itu bukanlah dosa. Ia hanyalah politik wang meskipun ia
melibatkan berjuta-juta. SPR membisu seribu bahasa. Selain UMNO-BN nescaya
ia adalah rasuah meskipun hanya beratus ringgit. Berlari-lari anak-ayam SPR
menghambat dan membuka fail siasatan. Kalau orang lain dinakan tindakan Sex
harassment tetapi kerana ia bernama UMNO ia dilantik menjadi Duta. Lim Guan
Eng pernah dipenjara kerana membela anak gadis melayu yang diperkosa tetapi
sipelaku dibebaskan sahaja. Tidak lain kerana beliau adalah UMNO. Kalau
perbuatan dikatakan menghina Sultan, jika selain UMNO-BN nescaya mereka akan
dibicarakan, disaman, dipenjara, diISA bahkan dipenjara serta dibunuh dengan
alasan dibawah akta menentang Yang Dipertuan Agong tetapi jika ia seorang
UMNO-BN nescaya dibebaskan tanpa bicara maupun diambil tindakan meskipun
Yang Dipetuan Agong dicaci, dimaki dengan mengelarnya ‘menatang’ sekalipun.

Undang-undang pun hanya terpakai kepada rakyat marhaen. Bagi ahli UMNO dan
pimpinan mereka, mereka mengatasi undang-undang. Ia sama seperti
undang-undang sarang
labah-http://1.bp.blogspot.com/_4EYO4LLWUIM/S83Glp3T_-I/ASk/kBIScdbDNEM/s1600/cium.giflabah.
Ia hanya berkesan terhadap nyamuk dan 

Help Palestine [hidayahnet] Sumbangan Anda Diperlukan Untuk Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB), Paka, Terengganu.‏

2010-09-04 Terurut Topik ahmad mat
Salam,
Memohon laluan dari Moderator.


**
*Amal soleh digandakan sehingga 700kali ganda
*


*[image: Al-Baqarah: 261] http://www.islamicity.com/*

Al-Baqarah: 261
 “*Bandingan derma orang2 yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah
sama seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap2 satu
tangkai itu pula mempunyai seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipat
gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas rahmat
kurniaNya, lagi Meliputi Ilmu PengetahuanNya.* ”
(Al-Baqarah; 261)

Membelanjakan harta ke jalan Allah disimpulkan sebagai sebarang perbelanjaan
yang disumbangkan mengikut jalan yang disuruh oleh Allah swt samada meberi
bantuan kepada orang-orang yang memerlukan, beri nafkah kepada anak dan
isteri, menunaikan haji, mengeluarkan zakat dan sebagainya. Ini semua
mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda sehingga mencapai 700 kali
ganda.

Daripada ayat ini juga, dijelaskan bahawa amal soleh yang dilakukan manusia
beriman akan dilipatgandakan pahalanya sebagaimana Allah menggandakan bijian
yang kita tanam di permukaan bumi yang subur tanahnya. Jika tanah itu tak
subur, benih itu akan mati atau hasilnya tidak seperti yang diharapkan..
begitulah juga dengan amal soleh kita. Tanah itu diibaratkan seperti
keimanan dan kepercayaan kepada Islam. Semakin kuat imannya, semakin banyak
ganjaran amal kebajikan yang diperoleh..sama seperti smkin subur tanah,
semakin elok keluarnya hasil tumbuh-tumbuhan yang ditanam atas tanah itu.



 **
* Tiga Amalan Yang
Berkekalanhttp://sedekah-jariah.blogspot.com/2008/08/tiga-amalan-bawa-pahala-berkekalan.html
  DARIPADA Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, bermaksud: “Apabila matinya
anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu):
Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang
salih yang berdoa untuknya.” – (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam
Ahmad. Mustika Hadis 3:312)
*
  **
**
Sebarang Sumbangan/Derma/Saham Wakaf boleh di buat melalui akaun berikut:
*Nama: MADRASAH DARUL BAYAN*
*BIMB *: *1304 4010 0087 76
CIMB : 1308  0861 01
MAYBANK : 5630 8200 4089*

Untuk sebarang maklumat, sila hubungi:
Ust Syed Mohd Azwan Bin Syed Yahya
H/P: 0148040975
Email: *smidarulba...@gmail.com* it.sm...@gmail.com
**
**
**
**
*Pengenalan*

*Sekolah Menengah Islam Darul Bayan (SMIDB)* adalah sebuah institusi Sekolah
Agama Rakyat. Ia di bina hasil sumbangan umat Islam yang perihatin demi
kecemerlangan pendidikan Islam.

http://4.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9FJjY0zWPI/AXY/U-NHQ6XmsWU/s1600/Logo+DarulBayan_small.pngSMIDB
merupakan salah satu rangkaian institusi pendidikan yang bernaung di
bawah *Markaz
Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan* http://www.darulbayan.org/ yang
berpusat di Paka, Terengganu. Ia berhasrat menjadi alternatif kepada
masyarakat dalam bidang pendidikan bagi melahirkan generasi muslim berakhlak
cemerlang di dunia dan akhirat berlandaskan Al-Quran.



*Sejarah Penubuhan*

http://1.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9U7gMTpx_I/AYQ/hx47E4o_iQ8/s1600/masjidp6merah.jpg
Berpaksikan Masjid Tradisional yang telah berusia lebih 100 tahun di Kampung
Pinang Merah, Paka, dibina sebuah pusat pengajian pondok* (Pondok Pinang
Merah)* kelolaan Markaz Tarbiyyah Islamiyyah Darul Bayan pada 1414H
bersamaan 1992M yang terus beroperasi sehingga kini. Seterusnya sebuah *Maahad
Tahfiz Al-Quran Darul Bayan (MTAQDB)* di wujudkan bagi pengkhususan hafalan
Al-Quran pada tahun 1998. Atas permintaan masyarakat setempat, pada tahun
2002, *Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) *ditubuhkan di tengah Pekan
Paka yang menawarkan pendidikan Intergrasi antara Syariah dan konvensional.
Selepas 8 tahun para pelajar di didik di SRIDB, kini tibalah masanya kami
mewujudkan *SMIDB* bagi meneruskan sistem pengajian dan pendidikan kepada
pelajar kami serta masyarakat Islam keseluruhannya.




*SMIDB Pada Hari Ini*

http://4.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9U8DP2Yl4I/AYY/CBgpKfGOCbg/s1600/pelajarsmi.jpg
Tanggal 17 Muharram 1431H bersamaan 3 Januari 2010M menjadi sejarah buat *
SMIDB* kerana telah menerima 25 orang pelajar sulong yang akan memulakan
sesi persekolahan bagi tahun 2010. Mereka ini dibahagikan kepada dua kelas
yang berasingan, lelaki dan perempuan. Buat masa ini mereka menumpang
belajar di bangunan MTAQDB. Semua pelajar ini diwajibkan tinggal di asrama.
*SMIDB* mempunyai 4 orang tenaga pengajar tetap dan 5 orang tenaga pengajar
bantuan serta seorang Pengetua yang mentadbir *SMIDB* dan MTAQDB.

Read More




*Pelan Bangunan SMIDB*

**Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas*

http://4.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9EcFvbmQCI/AXI/QC1f45Dy58o/s1600/pelanSMIDB-depan.jpg

http://4.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9EbX1hFOeI/AXA/tn3vBH2SbZg/s1600/pelanSMIDB-belakang.jpg
http://2.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9EdYMiGIUI/AXQ/Qd-9lYEjtnY/s1600/pelanSMIDB-atas.jpg

http://1.bp.blogspot.com/_0KlsRJRFmcA/S9EYGFHNPvI/AWw/VwmTlpCryao/s1600/pelanSMIDB-sisi+kanan.jpg