Assalamualaikum saudara zain, macamana pula pandangan saudara tentang isu 
UiTM....boleh bagi komen sikit tak?





Zain Kadir 
Sent by: [email protected]
08/19/08 12:46 AM
Please respond to
[email protected]


To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
cc

Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan






Ikut peraturan!! Jangan salahkan orang. Siapa suruh masuk sekolah swasta 
in the first place? Sekolah kerajaan mesti beri tempat kepada pelajar 
sekolah kerajaan dulu - kalau ada tempat lagi baru boleh beri kepada orang 
luar (swasta). Takkanlah nak ketepikan pelajar sekolah kerajaan untuk beri 
tempat pelajar sekolah swasta. Beri  tempat mengikut keutamaan, bukan 
banyaknya A yang ada. Apalah ini pun nak jadi hal - terus aje belajar di 
sekolah swasta - itu pilihan ibu bapa kan begitu. Tapi, perkara ini masih 
boleh dibincangkan lagi - Hapuskan aje sekolah swasta. Di Kelantan sekolah 
SAR semua dah jadi sekolah kerajaan. Kan lebih baik - itu bukan membela 
nasib bangsa namanya. Semua murid sekolah SAR anda Melayu - dan kita tak 
mahu mereka terkorban - tercicir - terpinggir. Jadi hapuskan perbezaan 
politik demi bangsa dan agama - itulah perjuangan namanya tuan Rozmal.

Isu UiTMN tu lain - itu soal maruah bangsa dan hak istimewa orang Melayu 
nak dicemari. Jangan samakan. Kaji dulu baru cerita.

----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Thursday, August 14, 2008 10:26:36 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan

Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini, tapi tidak siapa 
yang ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah ditindas sejak 
sekian lama. Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu di Negeri 
Sembilan ini telah dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke sekolah 
menengah agama terpilih di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah 
Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana 
mereka ini dari sekolah swasta.

Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk 
SHAMS, sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 
A. Dengar cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A 
sekali pun tidak akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih 
di N.Sembilan.

Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang 
di N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang 
didiskriminasi ini ? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping 
mendapat 9A dalam matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% 
kuota diberikan tetapi 0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah 
swasta ini.

Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan 
berikut http://waghih. blogspot. com/2007/ 12/kenapa- pelajar-sek- 
ren-islam- ns.html 


 

Kirim email ke