masaalahnya selaluje Melayu Muslim jadi korban....hingga sekarang jika anda 
buka surat kabar NST/star...utk pengambilan pekerje baru walaupun syarikat 
export barang ke ero or usa tapi mesti pandai/tulis mandarin...senangje kataan 
syarikat nie utk cinoje.....jika nak kuatkan Melayu Muslim,kene ramai ceburkan 
diri dlm perniagaan....barule tidak dipinggirkan......



----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Thursday, 28 August 2008 15:53:44
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan


Salam ... ambo pun bekas student uitm. Dan ambo nampak
ramai kawan2 yg sama2 di uitm dulu kerja bagus2 dan berani
venture bisnes dan peluang2 baru. Uitm terbukti mampu
melahirkan graduan yang mampu berdaya saing di peringkat
global, disebabkan UITM ni BAGUS la sibuk2 orang lain nak minta
masuk sama ............ kalau tak bagus ada orang nak pandang sebelah mata ke?
 
Cuma agenda2 sebegini bila digembar gemburkan,
akan tambah menakut2kan kepada kaum lain ....
Taktik jangka pendek untuk meraih sokongan,
mata dah tertutup apa pun takkan nampak.
Yang untung ... mereka dan keluarga mereka jugak.
 


________________________________
From: [EMAIL PROTECTED] ups.com [mailto:hidayahnet@ yahoogroups. com] On Behalf 
Of [EMAIL PROTECTED] co.jp
Sent: Tuesday, August 26, 2008 11:46 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan


MRSM di bawah MARA dan UiTM di bawah Kementerian Pelajaran - tahu tak? Hanay 
mereka yang buta hati saja yang tak nampak kecemeralngan UiTM melahirkan 
professional bumiputra. Dapatkan fakta tepat sebelum berhujah - jangan serkap 
jarang aje!! Inilah sikap jumud orang Melayu.

[EMAIL PROTECTED] com wrote:

Assamalamualaikum akhi kholid, yang menghairankan bila MRSM di buka untuk non 
bumi koutanya...tak pulak diaorang buat demontrasi. Bukankah MRSM dan UiTM dari 
ibu yang sama iaitu MARA....badan yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan 
orang melayu. Banyak betul double standard kat malaysia ni.....yang pelik 
tu...dah masuk University pun masih tak boleh nak pikir mana benar dan mana 
yang salah...heran sungguh.
Kita harap UiTM tidak mengeluarkan pelajar yang jumud dalam berfikir suatu hari 
nanti.





Kholid Ali
Sent by: [EMAIL PROTECTED] ups.com
08/19/08 10:02 AM
Please respond to
[EMAIL PROTECTED] ups.com
 To "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
cc

Subject Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan







    Sama saja dengan budak-budak yang keluar sekolah rendah Islam (SRI) kat 
Kelantan (dan di negeri-negeri lain?) tidak diterima memasuki sekolah-sekolah 
agama kebangsaan sebaik mana keputusan UPSR mereka sekali pun. Sekolah SRI 
rasanya semuanya swasta tak ada yang dikendalikan kerajaan. Ada sekolah-sekolah 
berkenaan sediakan peringkat menengah Islam tapi kalau terus kesekolah menengah 
berkenaan nak ambil PMR/SPM pun kena tumpang atas nama sekolah lain!! Inilah 
layanan kepada anak-anak yang ibubapa mahu menjadikan mereka berpendidikan 
Islam. Sepatutnya bila ibubapa hantar anak mereka kesekolah swasta maka sedikit 
sebanyak ianya mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan dalam memberi 
pelajaran kepada kanak-kanak jadi tidak perlulah mereka di diskriminasi !!

   Dua orang anak saya baru saja tamatkan pendidikan mereka dengan sekolah SRI. 
Mereka terpaksalah sambung keperingkat sekolah menengah yang dikendalikan oleh 
YIK (Yayasan Islam Kelantan). Saya pun tak fikir budak-budak  UiTM sanggup 
berdemonstrasi kalau atas isu berkepentingan Islam. Budak-budak UiTM yang 
berdemonstrasi pasal cadangan MB Selangor agar UiTM dibuka sekadar 10% kepada 
bukan Bumi  mungkin kerana telah diperalatkan pihak tertentu . Yang jadi 
pemimpin-pemimpin student di kebanyakan IPT  di"bela" oleh parti-parti politik 
kerajaan yang memerintah. Mereka bebas pula dari AUKU !!?? Kabarnya ribuan 
berdemonstrasi dan pihak parti pemerintah (yang menguasai kerajaan pusat) bukan 
main seronok lagi sebab mereka dapat keuntungan politik kononnya demi 
perjuangan Melayu !! Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Thu, 8/14/08, [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:
From: [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan
To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Date: Thursday, August 14, 2008, 10:26 AM

Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini, tapi tidak siapa yang 
ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah ditindas sejak sekian lama. 
Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu di Negeri Sembilan ini telah 
dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke sekolah menengah agama terpilih 
di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd 
Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana mereka ini dari sekolah swasta.

Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk SHAMS, 
sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 A. Dengar 
cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A sekali pun tidak 
akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih di N.Sembilan.

Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang di 
N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang didiskriminasi ini 
? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping mendapat 9A dalam 
matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% kuota diberikan tetapi 
0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah swasta ini.

Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan berikut 
http://waghih. blogspot. com/2007/ 12/kenapa- pelajar-sek- ren-islam- ns.html





      Get your new Email address!
Grab the Email name you&#39;ve always wanted before someone else does!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/sg/

Kirim email ke