Kholid, kalau nak bincang tu biarlah fokus bukan masuk pelbaai - jadi rojak 
pula. Kita tak bincang fasal akidah seseorang. Akidah sdr pun belum terjamin 
(siapa jamin?). Itu sebabnya Allah sw jelaskan "Agamamu, agamamu, agamaku, 
gamaku" dan "amalan mu amalan mu, amalanku amalanku", Yang kamu sibut siapa 
sembahyang dan siapa tidak pasal apa? Bukankah itu jaga tepi kain orang - it's 
not your problem is it? Why do you have to crack your head thinking of what 
others should do - why not concentrate on what you can do. Sekolah Agama 
Kerajaan dan Sekolah Menengah Asrama Penuh, dan Kolej Islam telah melahirkan 
ribuan pandai agama di neara ini. Ibu bapa yang tak yakin tu sebab mereka fikir 
mereka aje yang betul, dan mereka berhak menentukan apa yang anak mereka patut 
jadi - ini tak demokratik pun - Saya rasa ada baiknya mengizinkan anak memilih 
apa yang mereka kehendaki dalam bidang apa dia mahu pelajari. Ahli dan pakar 
sains kita kurangkah pengeahuan agama mereka
 - Profesor di UKM tu dalam bidang sains cakap pasal agama. Masalahnya anda 
buruk sangka - itu aje! Sekarang hak sdr nak anda serahkan kepada orang lain - 
kalau sdr ada tanah mahukah anda serahkan kepada bukan Melayu yang tak ada 
tanah. Sedarkah sdr ada konsep "Geran Merah" dan "Geran Putih" dalam hal tanah. 
Tanah rezab Melayu tak boleh dijual kepada bukan Melayu. Jadi, cubalah fikirkan 
kesiumanan pemikiran sdr itu. Kini saya tinggal di rumah tanah rezab Melayu - 
harganya rendah tapi hak Melayu - saya tak boleh jual kepada bukan Melayu. 
Itulah keistimewaan namanya. Dah ditentukan UiTM tu untuk Melayu/Bumiputra 
(istimewa Melayu) kenapa pula nak berikan kepada orang lain. Cuka bilang berapa 
orang Melayu di Koleh Tunku Abdul Rahman, di Universiti Tunku Abdul Rahman dan 
di IPTS lainnya. Belajarlah mengira sedikit - dahlah Melayu tak banyak peluang 
yang ada pun nak serah kepada bukan Melayu - DAYUSSNYA Melayu begini.



----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Sunday, August 31, 2008 7:32:47 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan


     Itu yang saya katakan kuota boleh berbeza. Kalau Sdr Zain rasa kuota 10% 
itu terlalu besar kecilkan kepada 5%. Biarlah itu dikira satu diskriminasi tapi 
ianya tidak dianggap begitu ketara sebagai perkauman. Tentang mengapa ada 
ibubapa yang hantar anak kesekolah swasta/SRI ialah kerana ibubapa tidak yakin 
dengan pendidikan sekolah rendah kerajaan. Umur 7 hingga 10 tahun adalah waktu 
terbaik untuk anak-anak dididik dengan agama bukan bila dah umur 15 tahun 
anak-anak yang dihantar kesekolah kebangsaan ada yang surah Fatihah pun masih 
merangkak bahkan berdasarkan penyelidikan pihak tertentu ramai juga yang tak 
dapat menulis dan membaca (rumi) dengan baik apatah lagi menulis jawi dan 
membaca ayat al Quran. Betul SAR diserah kepada Kementerian Pelajaran tapi 
kurikulum nya saya difahamkan tidak diberi hak untuk kementerian ubah atau 
pinda. 

     Kabarnya peratusan pelajar UiTM yang mengerjakan solat dengan sempurna 
(dari segi jumlah yang difardhukan setiap hari) sepertimana yang dituntut oleh 
Islam adalah kecil. Tidaklah pasti akan kebenarannya kerana ianya bukan 
berdasarkan hasil kajian secara formal. Kata seorang ustaz pula sekarang sudah 
ada yang himpun/ jamak solat Subuh kepada Zohor kepada Asar kepada Maghrib 
kepada Isyak (5 dalam 1). Inilah padah nya bila terlalu pentingkan perjuangan 
Melayu melebihi daripada perjuangan Islam. Itu belum lagi kajian yang terlibat 
dengan gejala seksual yang mana suatu masa dulu seorang pensyarah pernah 
dedahkan lebih ? 95% pelajar perempuan Islam pernah lakukan hubungan sex diluar 
nikah. Wallahua'lam samada pelajar UiTM terlibat dalam kajian tersebut. Saya 
tidaklah mahu memperkecilkan kemampuan UiTM melahirkan profesional yang hebat 
tapi penilaian kita haruslah tidak hanya sekadar itu.

    Lagi satu kita kena ingat bukan semua bukan bumiputera itu terdiri dari 
golongan kaya dan sederhana. Ramai juga yang boleh dikategorikan sebagai 
miskin. Akibat tindakan kita yang hanya mementingkan Melayu atau survival 
Melayu maka bukan bumiputra kaitkan ini sebagai dasar Islam kerana rasa nya ? 
99% orang Melayu (mungkin 10 atau 20 tahun dulu 100%) adalah Islam maka 
kebencian kepada Islam akan terus terpendam dilubuk hati mereka maka gerakan 
dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam menjadi lebih sukar.  Wallahua'lam

ibnuAli
kota jembal

--- On Thu, 8/28/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan
To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Date: Thursday, August 28, 2008, 9:57 AM


Kholid, 10% utk pelajar bukan bumiputra ke UiTM tu banyak tu. Cuba kira 10% 
daripada 100,000 pelajar, jadi 10,000 orang. Bukankah itu akan mengambil tempat 
anak bumiputra yang berhak mendapatkan pendidikan yang terbaik. Anak Melayu 
yang tak berkemampuan dari segi kewangan tak berpeluang masuk IPTS yang 
rata-rata dimiliki bukan bumiputra - Kolej Tunku Abdul Rahman misalnya - tak 
ada anak bumiputra, Universiti Tunku Abdul Rahman juga sama, Universiti milik 
Gerakan di Pulau Pinang pun lebih kurang sama aje. Ada pula Universiti Kuala 
Lumpur yang dikendalikan oleh MARA tetapi amat ramai pelajar bukan bumiputra di 
sana. Tak cukup ke bilangan IPTS untuk bukan bumiputra. Apalah nak kacau sangat 
UiTM tu - Sebuah universiti yang paling murah yurannya dan termampu oleh 
bumiputra. Janganlah hendaknya yang ada pada kita nak diberikan kepada orang 
lain, sedangkan orang lain tak pernah memikirkan untuk kita.

UiTM sebuah institusi yang cemerlang sebenarnya. Ramai profesional Melayu 
pernah belajar di UiTM. Sebelum bertaraf universiti, ITM mengeluarkan siwazah 
peringkat diploma aje, dan mereka akan melanjutkan pelajaran di merata dunia - 
Saya sendiri telah membantu mereka mendapat tempat di Amerika Syarikat. Mereka 
berjaya dengan cemerlang. Ada yang telah menjadi professor dan ada yang kini 
menerajui bank komersial. Jadi, jangan pandang rendah UiTM. Pada pendapat saya 
pandangan MB Selangor itu samalah seperti pandangan penjajah dahulu.Yakni, 
orang Melayu bodoh, dan tak boleh belajar bidang sains dan matematik. Kini 
bilangan saintis di negara ini rata-rata orang Melayu. Jadi, pemikiran MB 
Selangor itu tak tepat - Bumiputra tak perlu bersaing dengan bukan bumiputra 
untuk berjaya. Dr Juli Edo adalah seorang bumiputra orang asli dan kini 
berjawatan profesor di Universiti Malaya - inilah kalau diberi peluang. Biarlah 
bumniputra bersaing dengan bumiputra - mereka
 akan berjaya. Percayalah. Jadi, jangan termakan cakap-cakap yang dipengaruhi 
oleh orang yang mindanya masih dijajah. Minda dijajah ini perlu dibebaskan. 
Apabila minda anda terbebas daripada kepercayaan- kepercayaan karut-marut 
barulah minda anda akan meluncur kedepan dan berupaya memikirkan yang yang tak 
pernah difikirkan dahulu. Bacalah bagaimana banyaknya penemuan-penemuan baru 
yang dipelopori oleh bumiputra dalam bidang sains dan teknologi kini. 
Berbanggalah dengan pencapaian mereka. Walau bagaimanapun bilangan bumiputra 
yang bertaraf profesional masih jauh berkurangan sekiranya dibandingkan dengan 
bukan bumiputra.

Sekolah RI dan SAR itu bukan milik kerajaan. Tapi kalau dah ada sekolah 
kerajaan percuma kenapa hantar anak ke sekolah bukan kerajaan. Kini SAR di 
Kelantan telah diserahkan kepada Kementerian Pelajaran - baguslah - terbelalah 
anak bangsa kita. Yang sebenarnya kita kena fikirkan apa yang hendak kita 
jadikan anak kita sebelum membuat keputusan. Keputusan itu hendaklah berasaskan 
kepada kepentingan anak tersebut. Dari sudut bakat setiap anak itu memiliki 
bakat tersendiri - jadi, izinkan mereka membuat pilihan berasakan kepada bakat 
mereka. Bakat anak itu boleh tergolong kepada Realistic, Investigative, 
Artistic, Social, Enterprising, atau Conventional. Penerapan agama boleh dibuat 
selari dengan pelajaran akademik. Bayangkan seorang doktor yang Islamik, 
seorang jurutera yang islamik, seorang peguan yang islamik, bukankah unggul. 
Bukankah itu yang perlu kita perjuangkan? Saya dapati ramai ibu bapa yang 
"mengorbankan" anak-anak mereka dengan tidak memikirkan
 kepentingan anak, kepentingan bangsa, kepentingan agama, kepentingan negara, 
kepentingan manusia sejagat. Pada pandangan saya eloklah tuan-tuan fikirkan 
sejenak dan yang terbaik bincangkan dengan guru kaunseling di sekolah. Kini ada 
ujian untuk mengetahui bakat terpendam anak itu. Bakat yang diasah dan diasuh 
akan menghasilkan insan yang cemerlang - anak itu bahagia dan ibu bapa juga 
turut bahagia. Allow your kids to make that choice - bimbing mereka dengan baik 
i.i. menurut syariat Islam. Benih yang baik akan menghasilkan pohon yang baik 
dan pohon yang baik dan dibajai secukupnya akan menhasilakan buah yang baik. 
Demikianlah. Jadi, jangan merintih - masa masih ada untuk anda bertindak 
membantu anak-anak anda menjadi seorang profesional yang Islamik. InsyaAllah!! 
Berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

[EMAIL PROTECTED] com, UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote:
    Sama saja dengan budak-budak yang keluar sekolah rendah Islam (SRI) kat 
Kelantan (dan di negeri-negeri lain?) tidak diterima memasuki sekolah-sekolah 
agama kebangsaan sebaik mana keputusan UPSR mereka sekali pun. Sekolah SRI 
rasanya semuanya swasta tak ada yang dikendalikan kerajaan. Ada sekolah-sekolah 
berkenaan sediakan peringkat menengah Islam tapi kalau terus kesekolah menengah 
berkenaan nak ambil PMR/SPM pun kena tumpang atas nama sekolah lain!! Inilah 
layanan kepada anak-anak yang ibubapa mahu menjadikan mereka berpendidikan 
Islam. Sepatutnya bila ibubapa hantar anak mereka kesekolah swasta maka sedikit 
sebanyak ianya mengurangkan kos yang ditanggung kerajaan dalam memberi 
pelajaran kepada kanak-kanak jadi tidak perlulah mereka di diskriminasi !!

    Dua orang anak saya baru saja tamatkan pendidikan mereka dengan  sekolah 
SRI. Mereka terpaksalah sambung keperingkat sekolah menengah yang dikendalikan 
oleh YIK (Yayasan Islam Kelantan). Saya pun tak fikir budak-budak  UiTM sanggup 
berdemonstrasi kalau atas isu berkepentingan Islam. Budak-budak UiTM yang 
berdemonstrasi pasal cadangan MB Selangor agar UiTM dibuka sekadar 10% kepada 
bukan Bumi  mungkin kerana telah diperalatkan pihak tertentu . Yang jadi 
pemimpin-pemimpin student di kebanyakan IPT  di"bela" oleh parti-parti politik 
kerajaan yang memerintah. Mereka bebas pula dari AUKU !!?? Kabarnya ribuan 
berdemonstrasi dan pihak parti pemerintah (yang menguasai kerajaan pusat) bukan 
main seronok lagi sebab mereka dapat keuntungan politik kononnya demi 
perjuangan Melayu !! Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Thu, 8/14/08, [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com> wrote:

From: [EMAIL PROTECTED] com <[EMAIL PROTECTED] com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Pelajar Islam ditindas di N.Sembilan
To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com>
Date: Thursday, August 14, 2008, 10:26 AM


Kecoh pasal pelajar UITM buat demonstrasi sekarang ini, tapi tidak siapa yang 
ambil tahu pelajar Islam di Negeri Sembilan telah ditindas sejak sekian lama. 
Percaya atau tidak pelajar Islam berbangsa Melayu di Negeri Sembilan ini telah 
dipinggirkan dan didiskriminasi untuk masuk ke sekolah menengah agama terpilih 
di N.Sembilan antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd 
Said, Seremban (SHAMS). Alasannya kerana mereka ini dari sekolah swasta.

Pada tahun 2004 pelajar dari sekolah swasta mesti dapat 5A untuk masuk SHAMS, 
sementara pelajar dari sekolah kebangsaan tidak semestinya dapat 5 A. Dengar 
cerita terkini pelajar sekolah agama swasta ini kalau dapat 5A sekali pun tidak 
akan dipertimbangkan untuk masuk sekolah agama terpilih di N.Sembilan.

Agak-agaknya nak ke pelajar UITM berarak, berdemonstrasi beribu-ribu orang di 
N.Sembilan ini untuk membela nasib pelajar Melayu Islam yang didiskriminasi ini 
? Walaupun mereka mendapat 5A dalam UPSR disamping mendapat 9A dalam 
matapelajaran agama termasuk Bahasa Arab ? Bukannya 10% kuota diberikan tetapi 
0% kuota untuk pelajar Islam Melayu dari sekolah swasta ini.

Saya telah menulis isu ini dengan panjang lebar sebelum ini pada pautan berikut 
http://waghih. blogspot. com/2007/ 12/kenapa- pelajar-sek- ren-islam- ns.html 

 

 
    


      

Kirim email ke