[Islah-Net] Petrol naik 20 sen dan kesusahan pemilik motosikal

2013-09-04 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Seorang pekerja kilang di Senawang peringkat bawahan yang
saya kenal dahulu memandu kereta buruk ke tempat kerja serta menghantar anak ke
sekolah. Beberapa bulan lalu kerana tak mampu bayar ansuran dan senggera kereta
dia lepaskan kereta tersebut.
 
Kini dia hanya mampu guna motosikal buruknya yang lama, yang
telah bertahun tiada cukai jalan dan tiada perlindungan insuran. Motosikal
buruk inilah yang dia guna untuk ke tempat kerja dan menghantar anak ke
sekolah.
 
Ramai golongan seperti kawan saya ini memang tidak mampu
untuk memperbaharui cukai jalan yang hanya RM2, kerana insuran atau takaful
untuk motosikal buruk mencecah RM200 setahun. 
 
RM200 mungkin bagi sesetengah kita apalah sangat, tapi bagi kawan
saya ini RM200 ini lepas belanja dapur yang asas untuk sebulan.
 
Harap adalah Menteri atau Perdana Menteri sendiri turun
padang, buat kaji selidik berapa ramai mereka yang benar-benar susah, tidak
mampu memperbaharui cukai jalan yang cuma RM2.
 
Oleh itu antara mekanisma yang boleh difikirkan untuk
membantu golongan seperti ini yang tiada pilihan perlu guna motosikal ialah
mengecualikan cukai jalan dan perlindungan insuran untuk motosikal di bawah
120cc.
 
Itu belum lagi masuk berapa ramai saudara saya di kampung
yang menunggang motosikal tanpa lesen, kerana RM300-RM400 untuk kursus lesen
memandu boleh digunakan oleh orang kampung untuk belanja dapur asas selama 2
bulan.
 
Oleh itu perlu dicadangkan agar motosikal di bawah 120cc
tidak perlu lesen memandu asalkan mereka berumur 16 atau 17 tahun ke atas. 

[Islah-Net] Kenaikan harga minyak, lihat dari sudut positif

2013-09-03 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Ramai yang marah harga minyak naik. Saya pun marah, tapi sabar
itu lebih baik. Sabar supaya kita boleh nampak hikmah, manafaat yang boleh
diperolehi apabila harga minyak naik.
 
Bila minyak naik, harga barang akan naik, lebih ramai rakyat
akan susah.
 
Gunakanlah kesempatan ini untuk menggembelingkan tenaga
kita, menggerakkan ahli keluarga kita, ahli jemaah kita, ahli taman kita yang
berkemampuan untuk membantu mereka disekeliling kita yang ramai kesusahan tapi
mereka tidak meminta-minta termasuk segelintir yang meminta-minta.
 
Marilah kita berlumba-lumba berbuat kebajikan, bukan untuk
menunjukkan jemaah atau parti kita lebih berkebajikan, tetapi hanya
mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, agar manusia kembali berharap
sepenuhnya kepada Allah.
 
Siapa yang ada duit, beri sumbangan duit. Siapa yang ada
rumah lebih yang terbiar tapi masih elok, berilah tumpang mereka yang tidak
berumah. Siapa yang ada tanah lebih yang tidak diusahakan, berilah kepada
mereka yang hendak mengusahakan. Siapa ada kereta lebih, berilah mereka yang
perlukan kereta. Amalkan berkongsi kereta untuk menguatkan ukhuwwah, bukan
untuk berjimat cermat. 
 
Carilah rakan kongsi yang amanah, kerana Allah akan menjadi
rakan kongsi kita yang ketiga. 

[Islah-Net] Rayuan bantuan makanan dan pembayaran bil tertunggak

2013-08-29 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Berikut saya panjangkan surat
rayuan dari satu keluarga yang amat memerlukan bantuan dikala kita masih dalam
suasana gembira dengan rumah terbuka dan menyambut kemerdekaan.
 
Rayuan bantuan makanan dan
pembayaran bil tertunggak
 
Assalamualaikum dan salam
sejahtera,
 
Adalah dimaklumkan suami saya
yang bekerja di sebuah kilang di Senawang telah pun diisytiharkan bankrap oleh
Jabatan Insolvensi Malaysia. Gaji suami saya untuk bulan Ogos 2013 telah
dipotong kesemuanya oleh pihak Jabatan Insolvensi Malaysia dan bulan-bulan
berikutnya akan dipotong sebahagian dari gaji suami saya.
 
Saya hanyalah seorang
surirumah dan mempunyai 3 orang anak berumur 4 tahun dan 2 orang lagi
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lavender Height, Senawang.
 
Sehubungan dengan itu kami
keputusan kewangan untuk membeli barang keperluan makanan harian untuk bulan
September ini. Sebelum ini beberapa agensi kerajaan telah membantu kami, namun
untuk bulan September ini kami perlu berusaha sendiri.
 
Antara barang yang diperlukan
ialah :
Beras 10 kg – cukup untuk 1
bulan
Minyak 2 paket – cukup untuk
2 minggu
Roti 1 buku – cukup untuk
bekal anak ke sekolah untuk 2 hari
Susu 4 tin – cukup untuk 1
minggu
Milo 1 paket 500 g – cukup untuk
2 minggu
Teh 1 paket kecil – cukup untuk
1 minggu
Gula 2 paket – cukup untuk 1
bulan
Telor 30 biji – cukup untuk 3
minggu
Bawang besar 1 kg – cukup untuk
1 bulan
Bawang putih 0.5kg – cukup untuk
1 bulan
Sardin 2 tin besar – cukup untuk
1 bulan 
 
Kami juga mempunyai bil air
dan elektrik yang tertunggak untuk beberapa bulan. Kepada mereka yang ingin
membantu menjelaskan tunggakan bil kami, berikut nombor akaun bil tersebut ;
 
Bil Air Syarikat Air Negeri Sembilan,
No Akaun : 05001024050712 , Tunggakan RM 276.10
 
Bil TNB, No Akaun :
03200059372010 , Tunggakan RM 225.45
 
Untuk penghantaran barangan
makanan atau pembayaran bil sila hubungi suami saya di 017-6055185.
 
Kepada mereka yang sudi
membantu, kami ucapkan ribuan terima kasih, semoga Allah memberkati mereka yang
membantu kami.
 
Sekian, wassalam.
 
Liza bin Jamaludin
Blok N N6/1, 
Rumah PPR Senawang 3, 
Taman PPR Senawang, 70450
Seremban, N.Sembilan 
28 Ogos 2013

[Islah-Net] Masalah zina dan remaja hamil terlanjur di kawasan Felda perlu perhatian

2013-08-27 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Beberapa hari lepas saya dihubungi oleh
seorang lelaki. Dia ingin bertanyakan pusat perlindungan remaja
wanita yang terlanjur. Menurutnya, saudaranya mempunyai anak
perempuan berumur 18 tahun yang sudah 5 bulan hamil anak luar nikah.
Dia sedang membantu saudaranya ini untuk menghantar remaja ini ke
pusat perlindungan.

Disebabkan saudaranya ini tinggal di
Felda, mereka tidak mampu hendak menghantar anak perempuan mereka ke
pusat perlindungan swasta.

Dia mendapat telefon saya apabila
terbaca artikel dalam blog saya mengenai masalah ke mana nak hantar
remaja perempuan yang terlanjur ini. Saya kata, saya hanya bantu
iklankan beberapa pusat perlindungan remaja, tetapi saya tidak
menguruskan atau bekerja di pusat perlindungan tersebut.

Saya pun tak pasti samada di Negeri
Sembilan ada pusat perlindungan remaja perempuan yang hamil yang
diusahakan oleh Felda, Majlis Agama Islam atau kerajaan negeri serta
pusat. 

Lalu saya nasihatkan dia supaya cuba
menghubungi pihak Majlis Agama Islam N.Sembilan.

Saya amat sedih dan hampa kerana ini
sebelum ini telah banyak panggilan seumpama ini yang diterima, saya
hanya mampu minta mereka bersabar dan berserah pada Allah, kerana
kelemahan diri saya sendiri yang tidak tahu ke mana hendak diarahkan
begitu ramai remaja perempuan Melayu/Islam yang terlanjur ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

[Islah-Net] Kelas Ibtidai' , I'dadi dan Tahfiz di Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim

2013-08-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Madrasah
Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Rembau kini menawarkan tiga kelas untuk
pengajian pelajar pelbagai peringkat, iaitu :
 
1.
Kelas Ibtidai' : Khusus untuk pelajar yang baru mula mengenal pengajian Islam
2.
Kelas I'dadi : Khusus untuk pelajar yang baru mula melanjutkan pengajian agama
dengan menggunakan Bahasa Arab
3.
Kelas Tahfiz : Khusus untuk pelajar yang ingin menghafal al-Quran
 
Tempat
adalah terhad
Tenaga
pengajar yang berkelayakan
 
Untuk
pendaftaran sila hubungi :
Ustaz
Khairuddin 012-3752240
Ustaz
Faizal 013-2300595
Ustaz
Afiq 017-2138006
 
Madrasah
Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim,
Kampung
Bongek Acheh,
71300
Rembau.
Fax
: 06-6858468
Laman
web http://madrasahbongek.blogspot.com 

[Islah-Net] Rakyat perlu berani cegah jenayah bersama polis

2013-08-13 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Kenyataan Ketua Polis Negara di bawah
ini yang ingin menjadikan Malaysia Bebas Judi Internet perlu disokong
oleh orang awam kerana orang awam yang tahu di mana lokasi judi
internet berhampiran kawasan perumahan mereka, tanya budak sekolah
pun mereka tahu di mana ada lokasi judi internet. Marilah kita buat
sebanyak mungkin laporan lokasi judi internet di kejiranan kita.

Sistem laporan polis “online” belum
siap lagi. Tapi kita di N.Sembilan boleh buat laporan di Portal
Pengaduan Awam N.Sembilan di www.spans.gov.my . Cara nak buat laporan di portal 
ini ada di 
http://rozmal.blogspot.com/2013/07/bersama-kita-mencegah-maksiat.html 

Mari kita pastikan kejiranan kita Bebas
Judi Internet, dan mari kita pastikan setiap laporan yang kita hantar
dibuat tindakan segera oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Negara komited untuk
jadikan Malaysia Bebas Judi Internet, Ketua Pengarah JAKIM bila pula
nak buat komitmen Umat Islam, Orang Melayu Bebas Judi 4 Nombor Ekor
di Kedai Yang Berlesen?

Bebas judi Internet
6 Syawal 1434 H  / 13 Ogos 2013 
Shah Alam: Ketua polis semua peringkat
seluruh Malaysia membabitkan ketua polis negeri, ketua polis daerah
dan ketua polis balai diminta memastikan kawasan pentadbiran
masing-masing bebas daripada aktiviti perjudian Internet yang
berselindung di sebalik kafe siber dalam usaha Polis Diraja Malaysia
(PDRM) mengekang aktiviti kurang sihat itu.

Difahamkan, kesungguhan polis
membanteras kegiatan berkenaan bermula sebulan lalu selepas Ketua
Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta aku janji daripada
semua pegawai tinggi PDRM seluruh negara bagi mengenal pasti dan
memaklumkan kegiatan seperti itu di kawasan masing-masing.

Sumber memberitahu, aku janji terbabit
turut merangkumi arahan supaya memastikan semua aktiviti perjudian
dihentikan serta-merta dan pemantauan berterusan dilakukan pasukan
khas yang akan menggempur pusat perjudian berkenaan.

“Sehubungan itu, polis di peringkat
negeri bukan saja diminta memantau, malah menggandakan operasi bagi
memastikan pusat perjudian yang mengundang pelbagai masalah sosial
itu ditutup dalam tempoh terdekat,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BebasjudiInternet/Article/index_html

[Islah-Net] Bergolok bergadai untuk majlis kahwin, ajaran mana?

2013-08-11 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Ni ajaran mana, mazhab mana, fahaman
mana yang sampai  bergolok bergadai nak buat majlis persandingan ini?
Ini ikut sunnah Nabi Muhammad saw atau ikut adat Melayu? Kalau sayang
Nabi, sayang Islam, kenapa tak ikut sunnah Nabi saw? Tapi untuk
golongan kaya raya, jutawan apa salahnya kalau mampu asalkan media
jangan terlalu ghairah untuk menghebohkannya sehingga rakyat jadi
papa kedana terikut-ikut.

Pinjam RM85,000 untuk kahwin
4 Syawal 1434H / 11 Ogos 2013

KUALA LUMPUR – Banyak pasangan
pengantin baharu pada masa kini terpaksa membuat pinjaman peribadi
daripada bank semata-mata untuk membiayai kos perkahwinan yang
terlalu tinggi.

Pinjaman peribadi itu dibuat bagi
membolehkan mereka menanggung beban perbelanjaan kahwin meliputi
bayaran mas kahwin, wang hantaran dan kos perbelanjaan kenduri
seperti katering, pelamin, dewan, pakaian pengantin serta khidmat
jurufoto.

Bagi pasangan Harun dan Hamidah,
masing-masing berusia 25 tahun dari Shah Alam, Selangor, mereka
mengakui turut terjebak dalam belenggu pinjaman peribadi demi
menempuh gerbang perkahwinan.

Menurut Harun, dia terpaksa membuat
pinjaman peribadi sebanyak RM85,000 daripada bank untuk berkahwin
pada awal tahun lalu.

“Saya nekad buat pinjaman sebesar itu
selepas membuat kiraan mas kahwin, wang hantaran, kos majlis
perkahwinan dan banyak lagi yang mencecah lebih RM60,000,” ujarnya
ketika ditemui di rumah mereka.

Jelas Harun, dia terpaksa membuat
pinjaman sebanyak itu kerana tidak mempunyai tabungan lantaran
berkahwin pada usia yang muda dan baru tamat pengajian di universiti.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013dt=0811pub=Kosmosec=Negarapg=ne_02.htm
 

[Islah-Net] Kerani sekolah pula maut kena bom

2013-08-11 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Ya Allah, lahirkanlah polis dan tentera
yang beragama Islam yang soleh, yang hanya takutkan Mu, agar para
penjenayah akan takut kepada polis dan tentera yang hanya takutkan
Allah. Amankanlah bumi Malaysia ini, Ya Allah.

Maut kena bom
4 Syawal 1434H / 11 Ogos 2013 

TUMPAT: Seorang kerani sekolah maut
selepas bungkusan dipercayai bahan letupan yang diambil di atas
bumbung Naza Citra milik abang iparnya meletup dalam kejadian di
Taman Seri Periuk, kampung periuk, di sini, kira-kira11 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32 dari
Kampung Kenor, Kuala Krai putus kedua-dua pergelangan tangan
meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan
Asisten Komisioner Lai Yong Heng mengesahkan kejadian itu dan
siasatan masih dilakukan mengenai bungkusan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

http://www.hmetro.com.my/articles/Mautkenabom/MA/Article 

[Islah-Net] Tip apabila pegawai kerajaan minta rasuah untuk lulus projek

2013-08-11 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Tip kepada para kontraktor, pembekal
atau orang awam apabila pegawai kerajaan minta rasuah untuk dapat
projek. Ya Allah , bebaskanlah bumi Malaysia dari najis rasuah.
Berikut artikel tulisan Ebit Lew dari Facebook beliau :

Teringat semasa saya dengan kawan saya
pergi meeting untuk program dengan seorang pegawai sebuah badan
kerajaan untuk program besar.

Dia minta ejas rm10 k untuk diri dia.
Jika tak, dia bagi pada orang lain. Beberapa kali dia ulang dan
bercerita.

Akhirnya kawan saya kata, tuan sekian
lama kami berdoa dan menangis minta redha Allah. Kami minta rezeki
yang halal dan berkat. Saya boleh bagi tuan banyak lagi tapi kami
bukan orang yang menjual akhirat kami untuk dunia.
Allah sayang tuan hari ini kerana itu
dia ketemukan kita.Semoga Allah beri hidayah padanya.

Dulu, kini selamanya Allah pemberi
rezeki kami. Kami tidak dapat projek itu tapi kami rasa bahagia
kerana kami dapat rezeki dari Allah tanpa pergantungan dan harap pada
sesiapa selain Allah.

Jika Allah takdirkan ia milik kita
tiada siapa boleh halang.Jika bukan, tiada siapa boleh beri. Jika
dengan jalan haram, nyah kau dari hidup kami.

Mungkin saat kita beri atau ambil
rasuah ketika itu ajal datang dalam hidup kita. Ya Allah selamatkan
kami semua-ebit lew

Sumber https://www.facebook.com/ebitlew/posts/421207931330829 

[Islah-Net] Umat Islam perlu bersatu untuk henti gejala minum arak

2013-08-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Marilah semua umat Islam di Seremban
dari semua lapisan parti politik terutamanya dari Ahlus Sunnah Wal
Jamaah bersatu mengadakan bantahan untuk membanteras gejala minum
arak di kalangan orang Islam di sini. Saya mendapat SMS berikut
respon dari artikel di bawah ; “ Kami di Bandar Seri Putra, Bangi
bersatu atas nama persatuan penduduk dan surau-surau. Keluar surat
rasmi, beri tempoh seminggu kepada kedai-kedai yang jual arak seperti
Speedmart, 7/11 dan lain-lain. Kalau tak, banner akan dinaikkan
menggesa semua orang Islam boikot kedai tersebut. Alhamdulillah dah
12 tahun kedai di sini tak jual arak”.

Jom kita kongsi artikel ini, demi
Islam, demi bangsa.

Pantau jualan arak di kawasan majoriti
Islam 
2 Syawal 1434 H / 7 Ogos 2013

Bandar Baru UDA, Ampangan adalah sebuah
bandar kecil dipinggir kawasan Majlis Perbandaran Seremban dan
penduduknya adalah rata-ratanya orang Melayu. Kawasan ini boleh
dikatakan ialah kawasan rizab Melayu.

Yang hendak saya sampaikan ialah
bagaimana sebuah pasaraya di kawasan Melayu ini ada menjual arak
sedangkan kebanyakan orang yang datang membeli-belah adalah orang
yang beragama Islam dan  mereka yang bertugas di kaunter bayaran
serta pekerjanya yang lain adalah orang Islam.

Diharap pihak yang berwajib
berhubungkait dengan agama mengambil perhatian dan jika boleh
memberikan syarat tertentu supaya penjualan arak dipremis jualan
minuman keras di pasar raya berkenaan ditiadakan. Memandangkan ia
tidak sesuai dijual ditempat dimana majoriti penduduknya terdiri
orang Islam.

Tidak dinafikan pasaraya ini dibenarkan
menjual arak kerana setiap pusat membeli-belah yang besar dibolehkan
kerana mempunyai lesen perniagaan untuk menjual makanan ataupun
minuman yang tidak halal tetapi apabila pasar raya tersebut terletak
dikawasan penduduk majoritinya 95 peratus orang yang beragama Islam
adalah rasa agak janggal dan sangat tidak sesuai.

Walaupun nampak saperti perkara remeh
temeh dan kecil sahaja tetapi impaknya besar dari segi sudut agama
kerana apabila disesuatu kawasannya itu ada perkara haram atau
maksiat berlaku tetapi dipandang enteng oleh masyarakat Islam
sekeliling, maka keberkatan kawasan itu akan hilang dengan
sendirinya.

Syed Abdullah Syed Osman , 
Seremban

http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/21097-pantau-jualan-arak-di-kawasan-islam
 

[Islah-Net] Berpada-pada gembira di Idil Fitri

2013-08-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Idil Fitri hanya satu hari sahaja iaitu
pada 1 Syawal. Ada orang kata jangan terlalu gembira kerana nanti
kita akan amat bersedih. Niatkanlah bukan setakat 2 hingga 30 Syawal
kita berkunjung untuk mengamalkan hadith Nabi di bawah ini,
lakukanlah ianya sepanjang tahun, sepanjang bulan, sepanjang hari.
Kalau nak murah rezeki, nak panjang umur, eratkanlah silaturrahim,
bermula dengan ibu bapa kita sendiri. Kalau ibu bapa kita sudah
meninggal dunia, eratkan silaturrahim sesama adik beradik, saudar
mara ibu bapa kita, mereka pasti akan bergembira di alam barzakh.

Kalau kita nak anak-anak kita menjadi
anak yang soleh, kita doakan diri kita dulu menjadi anak yang soleh.

ISLAM ITU INDAH, ISLAM ITU MUDAH

Rasulullah saw bersabda : “Barangsiapa
yang suka diluaskan rizkinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah
ia menyambung silaturahim” [Sahih Bukhari no. 2067]

Aidilfitri tanpa kehadiran anak
8 Ogos 2013 

KUALA LUMPUR - Perniagaannya
tidak maju jika mak cik tinggal dengan dia (anak). Mak cik juga
dianggap pembawa sial dan celaka menyebabkan mak cik dibuang ke
sini.

Demikian antara luahan sedih Seni
Aishah Abdullah, 73, ketika ditemui wartawan Kosmo! di Rumah Jagaan
dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Kampung Pulau Meranti di Puchong
dekat sini.

Sejak dicampak ke sini tujuh
tahun lalu, mak cik tidak pernah dipedulikan oleh keluarga dan tiga
orang anak mak cik, katanya dalam nada tersekat-sekat kerana
terlalu sedih mengimbau nasib diri yang malang.

Anak saya memiliki perniagaan
kedai runcit. Kami selalu bergaduh berpunca daripada hal-hal kecil
dan selepas dia (anak) tidak tahan dengan mak cik dan ditambah
perniagaannya kerap rugi, anak ambil keputusan hantar mak cik di
sini, kata warga emas itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013dt=0808pub=Kosmosec=Negarapg=ne_01.htm
 






















Institusi keluarga di Malaysia menuju
kehancuran, kita masih leka
Melihatkan tajuk akhbar hari ini Sabtu
3 Syawal 1434 H bersamaan 10 Ogos 2013 memang amat sedih sekali.
Adakah kita sudah lali dengan tajuk akhbar begini, dan berkata tak
apa, bukan keluarga aku, yang penting mana nak beraya hari ini? Di
mana keprihatinan kita sebagai rakyat Malaysia, saudara se Islam,
mazhab Syafie, Ahlus Sunnah Wal Jamaah? Sekurang-kurangnya doakanlah
agar Allah beri petunjuk dan hidayah kepada semua kita agar dapat
mencari jalan keluar dari kemelut ini. TV terutamanya perlu banyakkan
rancangan soal jawab agama, kaunseling, ceramah, kuliah pada waktu
perdana antara 9 malam – 11 malam. Kurangkanlah rancangan hiburan
dan gelak ketawa yang melalaikan kita dari permasalahan di sekeliling
kita. 

TIGA KES PERCERAIAN PASANGAN MUSLIM
DALAM SETIAP JAM 

KUALA LUMPUR: Terdapat purata tiga kes
penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara
ini. Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan
sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di
seluruh negara bagi tahun 2011. Statistik perceraian daripada
Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan
kes penceraian setiap tahun, katanya kepada Bernama.

KANAK-KANAK PUN MULA MENCUBA SEKS
SEMUDA 12 TAHUN

KUALA LUMPUR - Dari kajian yang
saya buat, saya dapati kanak-kanak pun mula mencuba seks semuda 12
tahun dan saya juga mendapati semasa saya membuat kajian 'Hak Anak
Tak Sah Taraf di Malaysia' pada 2007, mendapati ibu paling muda
mengandung yang saya temu bual ialah 13 tahun. Macam mana
negara ini hendak melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber dan
mempunyai personaliti terhormat pada masa depan sekiranya belia kini
tidak mempunyai akhlak sepatutnya dikehendaki dalam Islam,
katanya.

HANTARAN KAHWIN TINGGI PUNCA RAMAI
MEMBUJANG

KUALA LUMPUR - Bebanan kos perkahwinan
yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit ketika ini telah
mendorong banyak pihak terutamanya golongan muda terpaksa
menangguhkan hasrat untuk menempuh gerbang perkahwinan pada usia
muda. Menurut seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd.
Kamil, 31, wang hantaran RM11,000 serta kos perbelanjaan kenduri
mencecah RM20,000 menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat
berkahwin dengan buah hatinya yang dikenali tiga tahun lalu.

HANTARAN TINGGI HARAM

KUALA LUMPUR - Sesebuah perkahwinan itu
akan menjadi haram sekiranya nilai wang hantaran yang ditetapkan
bertujuan untuk menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan riak.
Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar
dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam
Islam.

AIR KETUPAT LUNAS MARAH

Kuala Lumpur: Sukar digambarkan
penderitaan seorang isteri yang kini bertarung nyawa di hospital
berikutan melecur teruk di muka dan badan akibat disimbah air panas
oleh suaminya sendiri. Lebih memilukan air panas itu dijerang mangsa
untuk merebus ketupat yang dibuat khusus bagi memenuhi permintaan
suaminya yang baru dibebaskan daripada penjara. Sumber polis berkata,
kejadian itu berlaku jam 9 malam menjelang 1 Syawal di Kepong Rabu
lalu selepas pasangan suami 

[Islah-Net] Muzium Sarjan Hassan, barat lebih menghargai pejuang mereka

2013-08-07 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan Muzium Tentera Darat
di Port Dickson diberi nama Muzium Sarjan Hassan. Di Iowa, Amerika Syarikat
terdapat sebuah muzium di beri nama Sergeant Floyd Riverboat Musuem.
 
Sergeant Floyd bukanlah seorang tentera Amerika yang
berjuang dalam pertempuran. Sergeant Floyd mati ketika dalam satu ekspedisi
penting merentas sungai di Amerika Syarikat pada tahun 1804.
 
Disebabkan pengorbanan Sergeant Floyd, beberapa tempat
diberi nama sempena namanya, nama muzium, nama sungai, nama monumen.
 
Itu Sergeant Floyd, bagaimana pula Sarjan Hassan yang begitu
banyak telah berjasa kepada agama, bangsa dan negara kita? 

[Islah-Net] Belum selesai kes tembak, kini kes remaja hilang jadi pelacur

2013-08-07 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Adakah ramai remaja perempuan yang hilang di negara ini
diperangkap, diculik, diperdaya dalam sindiket pelacuran yang terancang?
Sesuatu yang perlu dirisaukan oleh kita semua terutama yang mempunyai anak
perempuan termasuk yang di bangku sekolah rendah lagi.
 
'Saya Selamatkan Anak Perempuan Daripada Jadi Pelacur' 
Rabu Ogos 7, 2013 
 
MELAKA: Seorang lelaki merempuh masuk sebuah rumah dan
berlawan dengan dua lelaki demi menyelamatkan anak perempuannya yang berusia 13
tahun daripada menjadi pelacur.
 
Dia menerima panggilan telefon daripada tuan rumah wanita,
yang memaklumkan dia ternampak dua lelaki membawa seorang lagi lelaki ke dalam
rumah di mana kanak-kanak itu berada.
 
Dia bergegas ke rumah tersebut dan merempuh masuk ke
dalamnya.
 
Ketika itu dia melihat dua lelaki ada di dalam rumah.
Kedua-dua lelaki itu cuba meghalang dia daripad menyelamatkan anak
perempuannya.
 
Dia menjerit sekuat hati ketika dua lelaki berkenaan cuba
menyerangnya.
 
Jiran yang terdengar jeritan tersebut segera bergegas ke
tempat kejadian dan membantunya menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa
sindiket pelacuran.
 
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/8/7/mstar_berita/20130807121914sec=mstar_berita
 

[Islah-Net] Remaja 15 tahun serang wanita setelah lama mengendap

2013-08-06 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini? Di rumah sendiri
pun tidak selamat. Mangsa seorang wanita Melayu 26 tahun telah diserang oleh
jirannya sendiri yang baru berumur 15 tahun yang sekian lama telah mengendap
wanita berkenaan. Mangsa telah dipukul dengan teruk, ditikam dengan pisau dan 
dicekik.
Ingatkan cerita macam ini hanya berlaku di negara barat ! 
 
Teen stalker attacks woman
6 August 2013
    
SEPANG: An AirAsia ground staff member went through 40
minutes of hell when she was pounced on and attacked by a 15-year-old stalker
in her apartment in Taman Kota Warisan here on Sunday.
 
In the 10.45am incident, Nur Fadilah Rosman, 26, who
suffered injuries to the on her head, hands and feet, was in the toilet when
the the suspect, who is from the neighbourhood, quietly broke into the
apartment.
 
“He then struck me with it before proceeding to the kitchen
to grab a knife and stabbed me several times on my head, hands and feet. The
only thing that went through my mind was ‘I’m going to die’ but I knew I had to
defend myself and that was what I did,”  Nur Fadilah told the New Straits Times 
 yesterday.
 
She said the suspect, who had been stalking her for the past
two years ago, also bit and choked her.
 
http://www.nst.com.my/latest/teen-stalker-attacks-woman-1.333693 

[Islah-Net] Judi ialah kebiasaan sebahagian orang Islam di sebuah negeri

2013-08-06 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Baru-baru ini dalam satu tazkirah Ramadan, penceramah
menceritakan bagaimana cabaran-cabaran dakwah di sebuah negeri di Malaysia.
Antaranya ialah judi adalah merupakan salah satu kebiasaan sebahagian orang
Islam di negeri tersebut. Bagi mereka judi ini adalah perkara biasa dan mereka
tidak rasa berdosa untuk berjudi.
 
Sampaikan ke tahap pelajar sekolah pun berjudi
kecil-kecilan. Bukan itu saja, surirumah-surirumah mereka apabila berkumpul ada
antara mereka yang berjudi.
 
Lebih menyedihkan apabila yang lelaki setelah selesai solat
Jumaat, mereka akan beramai-ramai pula ke kedai judi atau bermain judi.
 
Bukan setakat judi adalah kebiasaan, malahan minum arak di
kalangan belia juga adalah menjadi kebiasaan di sana. Ada di kalangan belia di
sana meraikan Hari Raya dengan meminum arak. 
 
Menurut penceramah tersebut, negeri tersebut adalah subur
untuk melakukan kerja-kerja dakwah.
 
Mungkin ini yang dimaksudkan Tengku Adnan agar JAKIM lebih
memberi tumpuan kepada khutbah Jumaat yang menekankan isu setempat untuk
mencegah kemungkaran di tempat tersebut. 

[Islah-Net] Kereta perisai baru Malaysia perlu diberi nama HASSAN

2013-08-06 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Malaysia akan mengeluarkan kereta
perisai sendiri dalam masa terdekat. Prototaip kereta perisai ini
telah pun dipertontonkan kepada umum. Sebelum ini ATM mempunyai
kereta perisai berantai yang diberi nama ADNAN sempena mengenang jasa
perjuangan Leftenan Adnan ketika menentang penjajahan tentera Jepun.
Adalah dicadangkan agar kerajaan dan ATM mempertimbangkan untuk
memberi nama kereta perisai baru 8 roda ini sebagai HASSAN.

Ini adalah bagi mengenang jasa Sarjan
Hassan yang sebenarnya begitu banyak berkorban ketika menentang
komunis dan jasa Sarjan Hassan yang paling besar bukan setakat telah
membunuh lebih 100 orang pengganas komunis akan tetapi ialah kejayaan
Sarjan Hassan mematahkan cubaan pengganas komunis untuk menggagalkan
pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 yang
mensasarkan pembunuhan beberapa pimpinan Melayu dan negara pada
ketika itu.

Jika Leftenan Adnan mewakili
pengorbanan pegawai tentera, maka Sarjan Hassan pula mewakili
pengorbanan anggota tentera peringkat bawahan atau lain-lain pangkat
, iaitu kumpulan anggota tentera yang begitu banyak berkorban demi
agama, bangsa dan negara.

Dokumentari penuh Sarjan Hassan di 
http://myklik.rtm.gov.my/component/content/article/13-roksprocket-mosaic/339-dokumentari-khas-sarjan-hassan
 

Selamat Hari Raya Idil Fitri dari kami
sekeluarga
Maaf zahir dan batin
“Taqabbalallahu minna wa minkum”

[Islah-Net] Kisah Raja Kelantan dan anjing peliharaan

2013-08-06 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Berikut adalah petikan dari tulisan Tn Hj Nik Abdul Aziz bin
Hj Nik Hassan yang diterbitkan dalam buku 'Islam di Kelantan' terbitan
Persatuan Sejarah Malaysia :
 
Raja Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibnu Sultan Muhammad IV
memanggil Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa, seorang ulama lulusan Mekah dan juga
anak kepada Mufti Kelantan (Hj Wan Musa), ke Istananya yang bernama Sri
Cemerlang. Raja Kelantan yang ingin sangat memelihara anjing, bertanya kepada
Hj Nik Abdullah sama ada anjing itu boleh dipelihara atau tidak, dan bagaimana
jika terkena air liur anjing?
 
Hj. Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjawab bahawa 'kiranya
binatang anjing itu difikir sangat perlu untuk keselamatan rumahtangga, maka
binatang itu perlu pula dipelihara oleh anggota keluarga itu'.
 
Seterusnya, Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjelaskan
bahawa 'jika mengikut pendapat Imam Syafiii, anggota tubuh badan manusia yang
terkena jilatan anjing wajib disamak, akan tetapi jika berpandukan pada
pendapat Imam Malik pula, tidak harus disamak. Justeru, menurut Hj Nik
Abdullah, orang ramai boleh memilih pandangan mana satu di antara kedua itu
yang mereka mahu amalkan.
 
Perbahasan penuh isu ini pada ketika itu di 
http://journalarticle.ukm.my/527/1/1.pdf 

[Islah-Net] Kenapa perjuangan Sarjan Hassan tidak dihargai?

2013-08-06 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Saya masih tercari-cari kenapa selama ini ramai rakyat
Malaysia termasuk anggota tentera sendiri tidak tahu bahawa filem Sarjan Hassan
lakonan P. Ramlee adalah merupakan adaptasi dari watak sebenar Hassan bin Hj
Othman. Pasti ada pihak yang tidak mahu orang sewarak, sealim, seberani Sarjan
Hassan yang telah membunuh lebih 100 orang komunis dan menggagalkan usaha
perisytiharaan kemerdekaan negara naik ke kedudukan yang lebih tinggi.
 
Apabila saya membaca petikan novel Kapten Hassan Wira
Bangsa, dikatakan Hassan seorang yang warak tidak mahu maksiat dilakukan oleh
anggota tentera yang beragama Islam. Ianya bermula apabila dia melaporkan
maksiat yang dilakukan oleh pegawai atasan tentera. Bermula dari itu Hassan
mendapat tekanan, dia telah gagal dalam ujian kenaikan pangkat. Hassan tamat
perkhidmatan dalam Askar Melayu berpangkat Leftenan pada usia lewat 30an, usia
yang begitu muda.
 
Kemudian Tun Razak sendiri yang masukkan Sarjan Hassan ke
dalam Askar Wataniah berpangkat Kapten di Kem Rasah.
 
Terkedu dan sedih saya baca kisah Sarjan Hassan. Bertambah
sedih apabila ianya seakan-akan sama apa yang dialami oleh ayah saya sendiri.
Ayah saya pernah berkata , dalam tentera kalau kita lurus dan lantang memang
susah naik pangkat.
 
Sarjan Hassan jauh lebih hebat dari ayah saya. Sarjan Hassan
telah berjaya membunuh lebih 100 orang pengganas komunis, sedangkan ayah saya
hanya berjaya membunuh 2 orang pengganas komunis.
 
Ayah saya mendapat tekanan dari pegawai atasan termasuk PAT
sendiri kerana dia telah membuang semua arak dari mes pegawai 16 RAMD pada
tahun 1976 di kem Pengkalan Chepa, Kelantan. 
 
Sarjan Hassan pernah berkhidmat dalam 5 RAMD, sama dengan
ayah saya, tapi tahun yang berlainan.
 
Sarjan Hassan berkhidmat di Kem Wataniah, Rasah, Seremban
berpangkat Kapten, kem yang sama ayah saya berkhidmat 508 RAW.
 
Kapten Hassan meninggal dunia di Hospital Seremban akibat
serangan jantung, hospital yang sama juga ayah saya meninggal akibat serangan
sakit jantung. 
 
Semoga anggota ATM kita masa kini mempunyai semangat
keperwiraan yang tinggi dengan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, jangan
takut menegakkan kebenaran walaupun akan menerima tekanan dari pelbagai pihak,
takut hanya pada Allah.
 
Apa yang sedih lagi ialah Sarjan Hassan diiktiraf oleh
tentera penjajah British sepertimana ayah saya juga. Ayah saya pada awalnya
gagal ujian pegawai, tetapi seorang pegawai British nampak ketokohan ayah saya,
pegawai British (orang kafir) pula yang membantu ayah saya untuk lulus ujian
naik pangkat pegawai. 
 
Sinopsis Kapten Hassan Wira Bangsa di 
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapten_Hassan_Wira_Bangsa 

[Islah-Net] Masuk Islam hanya kerana tangga kayu

2013-08-05 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Hidayah itu hanyalah dari Allah. Kadang-kadang kita
berbelanja berjuta-juta ringgit beri bantuan, beri saguhati penceramah
beribu-ribu ringgit untuk beri ceramah, buat siaran ceramah di TV, belum pasti
yang bukan Islam akan dapat hidayah, kerana hidayah milik Allah. 
 
Cerita bagaimana mereka mendapat hidayah di Sabah hanya
kerana upah buat tangga kayu RM150 yang pada asalnya bertujuan untuk bantu
orang lain, akhirnya yang membuat tangga yang mendapat hidayah.
 
Tangga kayu yang buta, bisu dan pekak boleh jadi punca Allah
beri hidayah, kita bagaimana?
 
Kisah penuh “Hidayah Sang Pemburu: Kisah Tangga” di 
http://syahadah.dakwah.org/?page_id=378 

[Islah-Net] Sarjan Hassan, pahlawan Melayu Islam yang hebat

2013-08-05 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Pada 31 Julai 2013 TV2 telah menyiarkan
dokumentari khas Sarjan Hassan. Rupanya Sarjan Hassan ini adalah
merupakan pahlawan Melayu Islam yang terlalu hebat tetapi kerana
sikapnya yang begitu merendah diri, warak serta tawaduk maka
keperwiraannya tidak begitu diketahui umum.

P. Ramlee juga hebat, dibuat filem
Sarjan Hassan waktu negara dalam era darurat. P Ramlee ubahsuai filem
Sarjan Hassan berkisarkan menentang Jepun, bukan menentang komunis.

Sarjan Hassan berasal dari N.Sembilan.
Mendapat pendidikan pondok di Rantau, N.Sembilan. Berguru dengan
ramai para ulama termasuk Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad. Ketika
dalam tentera Sarjan Hassan amat warak, tidak pernah tinggal solat.

Dia tidak berdendam dengan komunis,
tetapi telah berjaya membunuh lebih 100 orang komunis seorang diri
dalam pertempuran. Dia tidak mengamalkan ilmu kebal atau ilmu
kebatinan yang sesat. Dia hanya berkata Allah sebagai pelindung.
Pernah dalam satu pertempuran ketika rakan yang lain sedang merancang
untuk menyerang, tiba-tiba Sarjan Hassan lesap dan terus dengar
tembakan. Dengan izin Allah dia telah berjaya membunuh 14 pengganas
komunis seorang diri pada ketika itu.

Pengganas komunis amat berdendam dengan
Sarjan Hassan. Sentiasa mencari peluang untuk membunuhnya atau
keluarganya. Satu hari seorang pengganas komunis wanita yang cantik
menyerah diri cuba menggoda Sarjan Hassan. Tetapi atas sifat
kewarakan Sarjan Hassan, pengganas komunis wanita itu pula yang belot
dan memberi maklumat kepada Sarjan Hassan sehingga tertangkapnya 27
orang pengganas komunis.

Jasa besar Sarjan Hassan yang tidak
tercatit dalam sejarah atau akhbar di Tanah Melayu pada ketika itu,
hanya dilaporkan dalam akhbar Singapura ialah kejayaan Sarjan Hassan
(pada ketika itu berpangkat Leftenan) menggagalkan cubaan komunis
untuk sabotaj sambutan kemerdekaan 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.

Leftenan Hassan dengan 10 anggota telah
berjaya menjejaki tempat pertemuan ketua-ketua pengganas komunis
seluruh Tanah Melayu di Rawang. Leftenan Hassan berjaya membunuh
komunis dan menjumpai dokumen serta senjata yang akan digunakan untuk
menggagalkan sambutan kemerdekaan negara yang berkemungkinan untuk
membunuh Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pembesar Melayu lain.

Sarjan Hassan adalah satu-satunya orang
Islam pada ketika itu dari kelulusan sekolah pondok yang berjaya
menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan.

Kubur Sarjan Hassan seperti kubur
kebanyakan orang Islam lain, tiada yang istimewanya di Makam Sheikh
Hj Mohd Said di Seremban.

Sesungguhnya Sarjan Hassan adalah
merupakan pahlawan Islam kebanggaan pengajian pondok di Rantau,
N.Sembilan dan kebanggaan rakyat Malaysia.

Saya terkenang kembali kata-kata arwah
ayah saya yang pernah berjumpa Sarjan Hassan, memang benarlah ayah
saya kata Sarjan Hassan ini pendiam, gempal sikit.

Tidak sia-sialah perjuangan ninda saya
salah seorang pengasas Rejimen Askar Melayu iaitu Dato Abdullah Hj
Dahan, Undang Rembau, yang telah melahirkan pahlawan Melayu Islam
yang begitu hebat, merendah diri, warak, tidak tinggal solat yang
perlu dicontohi oleh semua perwira negara.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada
Kapten Hassan bin Othman, ayah saya Lt Kolonel Malakan bin
Kamaruddin, ninda saya Dato Abdullah bin Hj Dahan dan seluruh perwira
negara yang telah gugur.

Mungkin selepas ini kapal TLDM yang
baru boleh diberi nama KD Sarjan Hassan seperti KRI Imam Bonjol di
Indonesia, atau Kereta Perisai yang baru diberi nama Sarjan Hassan
atau Hassan.

Dokumentari penuh Sarjan Hassan di 
http://myklik.rtm.gov.my/component/content/article/13-roksprocket-mosaic/339-dokumentari-khas-sarjan-hassan
 

[Islah-Net] Sikap zuhud Sarjan Hassan, tinggi ilmu tasaufnya

2013-08-05 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Sarjan Hassan hanya bersekolah pondok
di Kg Sega, Rantau, N.Sembilan. Pernah berguru dengan Mufti
N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad, seorang ulama tasauf yang begitu tawaduk
dari Tarekat Ahmadiah.

Antara sifat zuhud Sarjan Hassan yang
diceritakan dalam rancangan dokumentari khas TV2 ialah bagaimana
Sarjan Hassan yang mempunyai anak yang ramai, ketika waktu makan
apabila selesai makan Sarjan Hassan akan kutip setiap butir nasi yang
disepahkan oleh anak-anaknya atas lantai, dimasukkan ke dalam
pinggannya dan Sarjan Hassan akan memakan nasi tadi. 

Bila ditanya kenapa dia berbuat begitu,
Sarjan Hassan kata itu ialah rezeki Allah, tak elok dibazirkan.

Allahu Akbar, bandingkan dengan sikap
pembaziran kita selama ini, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang
berbaki 2 hari saja lagi insyaAllah.

Benarlah kata sahabat saya dari
kumpulan tasauf yang lain bahawa untuk menjadi pahlawan Islam,
pejuang Islam perlu ada ilmu tasauf, serta amalkannya. Kalau tidak
berkemampuan untuk belajar ilmu tasauf katanya, dampingilah ahli dan
ulama tasauf, kerana pemimpin Islam yang hebat seperti Salahuddin Al
Ayubi, Sultan Muhamad Al Fateh adalah merupakan ahli tasauf dan
mendampingi ulama tasauf.

Dokumentari penuh Sarjan Hassan di 
http://myklik.rtm.gov.my/component/content/article/13-roksprocket-mosaic/339-dokumentari-khas-sarjan-hassan
 

[Islah-Net] Perompak bunuh peniaga pasar malam dengan lori

2013-08-05 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Semakin menggerunkan dan kejam penjenayah. Puan Rohani
Harun, 50 tahun, peniaga pasar malam di Taman Serdang Raya telah dilanggar oleh
perompak yang melarikan lori miliknya. Rohani dalam perjalanan pulang ke rumah
selepas berniaga pada jam 9.35 malam apabila dia dihalang oleh perompak yang
menggunakan parang dan menarik Rohani keluar dari lori. 
 
Rohani cuba menghalang namun dilanggar dan diheret beberapa
meter yang menyebabkan kematiannya
 
Robbers kill woman with her own lorry
6 August 2013  
  
SERDANG: A 50-year-old woman was killed after she was ran
over when she tried to stop robbers from driving away her lorry in Taman
Serdang Raya here last night.
 
http://www.nst.com.my/latest/robbers-kill-woman-with-her-own-lorry-1.333670 

[Islah-Net] Isu Syiah, betulkah kita prihatin masalah umat Islam?

2013-08-04 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Betulkah kita (termasuk saya sendiri) dari kalangan ahli
Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie benar-benar prihatin dengan akidah umat
Islam yang tercabar dewasa ini dari isu Syiahnya, isu anjingnya, isu kalimah
Allah?
 
Minggu ni telah beberapa kali saya mendapat panggilan
telefon dari mereka yang tidak saya kenali bertanyakan mengenai pusat pemulihan
Islam untuk remaja perempuan yang terlanjur (berzina) kerana mereka
menyangkakan saya yang menguruskan pusat ini, sedangkan saya hanya mengiklannya
dalam blog saya beberapa ketika dulu.
 
Saya kata saya tidak menguruskannya, hanya sekadar
mengiklankannya, dan saya pun tiada nombor telefon pusat tersebut dalam
simpanan, perlu mencari semula dalam internet.
 
Di sini saya ingin merayulah kepada JAKIM, Majlis Agama
Islam Negeri dan Utusan Malaysia supaya mengiklankan secara besar-besaran
nombor telefon pusat pemulihan Islam remaja perempuan yang terlanjur. Ramai di
luar sana yang perlukan bantuan ini, tapi dalam laman web JAKIM dan portal
Utusan Malaysia akhbar No 1 orang Melayu tiada maklumat ini.
 
Saya juga merayulah kepada JAKIM , dengan kutipan zakat yang
bertambah pada tahun ini agar memperbanyakkan khidmat kaunseling atas talian,
kerana apabila saya menonton rancangan soal jawab agama bertalu-talu orang
telefon bertanyakan pelbagai masalah agama, masalah keluarga, masalah suami,
masalah anak-anak hinggakan menangis-nangis secara langsung dalam TV dan radio.
 
Tolonglah, janganlah sekadar beri penerangan itu sesat, itu
haram, itu salah.
 
Tolonglah mereka yang perlukan bantuan, tidak semestinya
bantuan wang ringgit. 
 
Barulah lebih ramai akan terpikat dengan kepimpinan Ahli
Sunnah Wal Jamaah di Malaysia ini. 

[Islah-Net] Nak jadi hero isu Syiah , tapi solat cuai

2013-08-04 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Berikut ialah petikan dari Facebook seorang saudara baru,
iaitu Ebit Lew : “Baru ini saya masuk satu dewan ceramah atas jemputan seorang
pegawai hr. Mereka sedang buat kursus perubahan karektor diri dan kepimpinan
untuk ketua. Saya sedih melihat dalam kursus begitu mereka disuruh pegang bahu
orang sebelah sedangkan ada mereka lelaki perempuan yang bukan mahram.” 
 
Juga dalam jadual tiada waktu solat. Saya tanya bagaimana
solat mereka. Mereka solat masing-masing jer. Saya sedih dan kasihan.
 
Penceramah bukan islam ini dibantu 2 wanita hanya memakai
skirt. Saya tanya berapa bayaran. Satu kepala rm6ribu untuk 3 hari. Peserta 150
orang diuruskan seorang bukan islam untuk ajar sikap.
 
Saya terus jumpa pegawai itu kerana kenal.
 
Kenapa saudara aturkan kursus seperti ini? Jawabnya kerana
ada 4 orang bukan islam. Kerana 4 orang tuan korbankan agama bagi 146 orang.
 
Saidina umar tulis diatas semua kepala surat, saya memberati
solat lebih dari perintah yang lain kerana saya yakin siapa jaga solat akan
jaga perintah Allah yang lain. Siapa cuaikan solat, dia akan cuaikan perintah
yang lain.
 
Saidina umar bukan urus sebuah kampung. Tapi kerajaan yang
lebih besar dari Malaysia ini. Bukan sebuah syarikat korporat atau organisasi
yang kita rasa besar.
 
Bawalah umat ini kembali pada amalan islam. Jika mereka
beramal dengan islam dan sunnah keberkatan akan datang dan hidup kita disayangi
Allah Jadikanlah syarikat kita asbab manusia dekat pada Allah. Ya Allah
kasihanilah umat ini
 
- Ebit Lew

[Islah-Net] Sultan Arah Tutup Premis Perniagaan Waktu Solat Jumaat

2013-08-03 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Alangkah baiknya jika arahan ini dapat
dilaksanakan di Malaysia yang majoriti umat Islamnya bermazhab Syafie
dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan ianya menjadi teks khutbah Jumaat.
Semoga JAKIM dapat mengeluarkan teks khutbah Jumaat sebegini.

KHUTBAH JUMAAT : PENUTUPAN SEMENTARA
PREMIS PERNIAGAAN BAGI SEMBAHYANG FARDHU JUMAAT

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah, Sultan
Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah sempena
HariRaya Aidiladha tahun 1433 Hijrah bersamaan 2012 Masehi pada 10
Zulhijjah 1433 Hijrah bersamaan 25 Oktober 2012 Masehi, antara
petikan titah baginda:

Salah satu contoh paling tepat
lagi mustahak untuk disegerakan dalam perkara membaiki imej bandar
dan malah negara seluruhnya ialah, pada hari Jumaat, diwaktu atau jam
yang bersesuaian, semua premis perniagaan bisaitah ditutup buat
sementara waktu, sehingga selesai menunaikan sembahyang fardhu
Jumaat.

Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Muizaddien Wadaulah, Sultan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
tersebut, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam negeri melalui
jabatn-jabatan Daerah dan Jabatan Bandaran telah mengeluarkan arahan
supaya semua premis perniagaan dan pejabat, pusat-pusat hiburan,
rekreasi dan sukan, termasuk pawagam dan padang permainan, gerai/
tamu, pasar dan gedung-gedung perniagaan dibawah kawalan Lembaga
Bandaran Bandar Seri Begawan hendaklah ditutup pada hari-hari Jumaat
mulai jam 12 tengah hari hingga jam 2 petang. Arahan penutupan
berkuatkuasa mulai hari Jumat 18 Zulhijjah 1433 Hijrah, bersamaan 2
November 2012 Masihi.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizaddien Wadaulah,
Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai
penutupan sementara premis perniagaan pada hari Jumaat ini hendaklah
kita junjung tinggi dan taati kerana mentaati perintah ulil Amri
adalah wajib sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surat
An-Nisa ayat 59 tafsirnya:

Wahai orang-orang yang beriman!
Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul Allah dan
kepada ulil amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

Sesungguhnya arahan penutupan sementara
bagi sembahyang fardhu Jumaat adalah salah satu tindakan yang baik
bagi memelihara kesucian agama dan negara serta memberikan imej
keislaman sesuai dengan falsafah negara kita 'Melayu Islam Beraja'
dan bagi mencapai hasrat untuk menjadikan negara ini sebuah negara
zikir.

http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_infopg=bm_info_khutbahac=541
 
http://www.bt.com.bn/news-national/2012/11/03/moha-conducts-spot-checks-shops 

[Islah-Net] Sultan kesal aktiviti yang dirancang abaikan waktu solat

2013-08-01 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Rancang aktiviti tanpa abaikan ibadat sembahyang
26 Julai 2013
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei 
Darussalam
bertitah mengingatkan, agat semua aktiviti yang dirancang hendaklah memastikan
ibadat sembahyang tidak tercicir.
 
Kebawah DYMM bertitah menegaskan agar tidak terlepas pandang
mengenainya kerana jika terlepas pandang dalam perkara ini bererti kita
mengundang laknat Allah Ta’ala.
 
Baginda bertitah memberi contoh salah satu aktiviti yang
sudahpun berlaku iaitu sukan larian yang disebut ‘The Run’ di mana acara-acara
tersebut menurut jadual telah bermula dari jam 4.00 pagi lagi untuk menerima
peserta. Pada jam 4.40 pula peserta dikehendaki berhimpun di tempat kawasan
pemanasan badan, dan tepat jam 5.00 pagi, sesi pemanasan badan bermula, dengan
acara-acara larian terus berlangsung termasuklah hiburan. Pada jam 8.30 pagi
barulah ketibaan tetamu kehormat dan diikuti oleh beberapa acara lain sehingga
tamat pada jam 9.30 pagi.
 
Melihat pada jadual ini baginda merasa pelik kerana jadual
aktiviti itu termasuk dalam waktu Sembahyang Subuh iaitu jam 4.43 pagi hingga
membawa ke waktu siang.
 
Baginda juga mendapat tahu, jumlah peserta adalah ramai,
sehingga mencecah beribu-ribu orang, di mana di dalam jumlah seramai itu tentu
saja majoritinya adalah orang Islam.
 
Memandang kepada program tersebut,baginda amat kesal kerana
mengabaikan ingatan mereka terhadap sembahyang berbanding sukan.
 
Dalam hal ini, baginda menyarankan pihak penganjur serta
para pemimpin yang terlibat juga, perlu berperanan untuk meluruskan keadaan,
kerana kalau tidak berbuat demikian nampak perkara ini adalah satu musibah.
 
“Sungguh hairan,orang masih saja boleh ketawa, walaupun
ribuan para belia dan remaja, lelaki dan perempuan tidak Sembahyang Subuh,
padahal mereka juga mungkin sudah faham dan malah tahu, bahawa dua raka’at
Sembahyang Sunat Subuh sahajapun, nilainya adalah mengatasi harga dunia ini
dengan segala isi di dalamnya”, tegas baginda.
 
Mengambil kesempatan di majlis ini, baginda berharap agar
kejadian yang seumpama itu tidak akan berlaku lagi, di samping itu juga ingin
mengingatkan kepada para penganjur dan pemimpin khasnya supaya lebih
berhati-hati dalam merancang sebarang rancangan atau kegiatan yang melibatkan
anak buah dan orang ramai.
 
“Adalah perlu, untuk mereka menilai dan memastikan terlebih
dahulu agar rancangan atau kegiatan tersebut tidak bertentangan dengan
ajaran-ajaran Islam, kerana jika ia bertentangan dan kita pula melakukannya,
bukankah ini sama ertinya dengan kita menghinakan diri dan ugama sendiri, tegas
baginda.
 
http://www.pelitabrunei.gov.bn/nasional/item/4547-rancang-aktiviti-tanpa-abaikan-ibadat-sembahyang
 

[Islah-Net] Anjing disebut 5 kali dalam al Quran

2013-07-31 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Bagi saya yang bermazhab Syafie, anjing adalah najis
mughalazah. Anjing adalah makhluk Allah dan disebut 5 kali dalam al Quran.
Sebelum ini pun saya pernah menyaksikan sendiri bagaimana seekor anjing
menyahut azan subuh di tempat saya. Tahukah kita apa binatang lain yang ada
disebut dalam al Quran?
 
(Sebahagian dari) mereka akan berkata: Bilangan
Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka ; dan
setengahnya pula berkata:Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah
anjing mereka - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak
diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh
orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka.  (Al-Kahfi 18:22)
 
Cerita anjing sahut seruan azan subuh di 
http://waghih.blogspot.com/2007/09/anjing-sahut-seruan-azan-subuh-di.html 

[Islah-Net] Bilalah orang kita nak pandai amal kitar semula?

2013-07-31 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Dah berbuih kerajaan cakap pasal kitar semula, tapi masih
ramai rakyat tidak amalkannya. Semoga sempena Ramadan kali ini dapat mendidik
kita semua mengamalkan kitar semula hanya semata-mata kerana Allah. Semoga
pemimpin dan rakyat dapat mengamalkan kitar semula. Kepimpinan melalui
tauladan. 
 
Artikel saya sebelum ini “Buang sampah dengan betul boleh
dapat pahala sedekah” di 
http://rozmal.blogspot.com/2013/06/buang-sampah-dengan-betul-boleh-dapat.html 
 
 
Parlimen: Lebih Dua Juta Kilogram Bahan Kitar Semula Disimpan
Isi Rumah - Halimah
 
KUALA LUMPUR, 31 Julai 2013 (Bernama) -- Jumlah bahan kitar
semula yang disimpan oleh isi rumah di seluruh negara berjumlah 2.1 juta
kilogram. Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata secara purata, setiap rakyat
Malaysia menyimpan bahan kitar semula sebanyak 0.07 kilogram, sehari.
 
(Contoh) Bahan kitar semula yang disimpan oleh isi
rumah ialah mesin basuh yang dibeli oleh suami pada waktu perkahwinan pertama.
Walaupun mesin basuh baharu dibeli, mesin basuh lama walaupun rosak, disimpan
di belakang rumah, katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Rohani
Abdullah pada sesi persidangan Dewan Negara pada Rabu.
 
Halimah berkata kajian Komposisi Sisa Pepejal oleh kementerian
pada 2012, menunjukkan bahawa kadar kitar semula dalam kalangan isi rumah
meningkat daripada 5 peratus pada tahun 2005, kepada 9.7 peratus pada tahun
2011.
 
http://www.bernama.com.my/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=967383 

[Islah-Net] PROGRAM EDARAN BAJU RAYA PERCUMA

2013-07-30 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
PROGRAM EDARAN BAJU RAYA PERCUMA
Untuk dihadiahkan kepada mereka yang
tidak berkemampuan
Tarikh : 4 Ogos 2013, Ahad
Masa : 10 pagi
Tempat : Pusat Aduan Rakyat PAS DUN
Paroi, Taman Tasik Jaya, Senawang

Mereka yang ingin menyumbangkan pakaian
raya untuk kanak-kanak, wanita dan lelaki, yang baru atau yang
terpakai tapi dalam keadaan baik, bersih dan bergosok sila hantar ke
tempat di atas pada hari Sabtu 3 Ogos 2013 jam 9 pagi.

Untuk sumbangan sila hubungi Pn Wani
013-3851202 , Facebook : Mutiara Ns

Anjuran : Dewan Muslimat PAS Rembau dan
PAS Kawasan Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com 


[Islah-Net] Apa beza antara Sunni dan Syiah?

2013-07-30 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Disebabkan media satu Malaysia sekarang ini heboh
memperkatakan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah, majikan bukan Islam
tempat kerja saya pun bertanya kepada saya apa beza antara Sunni dan Syiah. Apa
saya nak jawab, sedangkan sebelum ini saya tak beri penerangan kepada dia
mengenai Allah, mengenai Nabi Adam, mengenai Nabi Muhammad mengenai syurga dan
neraka, mengenai berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
 
Begitu besar peranan media di Malaysia ini sehingga bukan
Islam di Malaysia tertanya-tanya apa beza antara Sunni dan Syiah. 
 
Alangkah baiknya media di Malaysia ini memperbesar-besarkan
isu menyembah Allah yang satu, Nabi Muhammad itu penutup segala nabi dari Nabi
Adam, Nabi Musa hinggalah ke Nabi Isa, al Quran itu lengkap, penyelesai kepada
semua masalah di muka bumi dan banyak lagi. 
 
Saya tidak memberitahu majikan saya yang bukan Islam itu
yang saya ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah, cuma saya kata Syiah itu datang
kemudian.
 
Bagaimana pula akidah ada di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
di Malaysia ini yang berjudi, minum arak, menggunakan khidmat bomoh yang tidak
berlandaskan syariat Islam, mempercayai tilikan dan horoskop, tidak tutup
aurat, tidak mengambil al Quran sebagai panduan dan perundangan?

[Islah-Net] Solat jemaah boleh cegah kes jenayah yang berluasa

2013-07-29 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Seorang penceramah pernah menceritakan bagaimana di taman perumahan
beliau di Nilai, sebelum ini banyak kes pecah rumah. Makin dibuat rondaan dan
kawalan, makin menjadi-jadi kes pecah rumah. Langkah terakhir sekali ialah 
mereka
memakmurkan surau di taman perumahan tersebut dengan solat jemaah, kuliah ilmu
dan ceramah. Dengan takdir Allah kes pecah rumah di kawasan tersebut
berkurangan dengan drastik sekali.
 
“Dan dirikanlah solat (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang
itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar” (29:45)
 
 
800 penduduk bimbang keluar rumah
30 Julai 2013 
 
Bangi: Kejadian 28 kes pecah rumah di kawasan perumahan
Seksyen 6 Bandar Bukit Mahkota di sini, membabitkan kerugian hampir RM1 juta
dalam tempoh enam bulan ini menyebabkan 800 pemilik rumah di kawasan itu berada
dalam ketakutan.
 
Pengerusi Persatuan Penduduk Mahkota 6 Mat Jim Wahab
berkata, keselamatan penduduk kini terancam sehingga menyebabkan penduduk
berasa bimbang untuk meninggalkan rumah ketika bekerja selain rasa risau
keselamatan isteri dan anak yang ditinggalkan bersendirian di rumah.
 
“Bagi mengekang kejadian ini terus berlaku, kami menubuhkan
skim rondaan secara sukarela yang menjalankan kawalan bermula jam 12 tengah
malam hingga 5 pagi.
 
“Selain itu, kami turut menempatkan empat pengawal
keselamatan yang bertugas 24 jam di setiap zon. Namun, usaha ini masih lagi
mengancam keselamatan penduduk,” katanya ketika ditemui semalam.
 
Sehubungan itu, pihaknya bercadang membina pagar
mengelilingi kawasan itu yang dijangka dimulakan November ini.
 
“Ahli jawatankuasa penduduk bersetuju untuk membiayai kos
pembinaan sebanyak RM400,000 yang akan dikutip daripada 800 pemilik rumah. 
Setiap
rumah perlu membayar RM700 dan diharap mereka dapat memberi komitmen supaya
keselamatan dan keselesaan mereka lebih terjamin,” katanya.
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/800pendudukbimbangkeluarrumah/Article/index_html
 

[Islah-Net] Banyak rupanya sekolah Tahfiz di N.Sembilan, kenapa tak tahu?

2013-07-28 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Rupa-rupanya banyak sekolah tahfiz di Negeri Sembilan ini.
Tetapi sayang setakat ini saya tak jumpa lagi laman web yang ada maklumat semua
sekolah tahfiz di N.Sembilan ini untuk memudahkan para pelajar, ibu bapa dan
penjaga membuat pilihan untuk sekolah tahfiz mana yang sesuai untuk anak-anak
mereka.
 
Juga untuk memudahkan orang ramai untuk menderma di
sekolah-sekolah tahfiz yang begitu banyak di Negeri Sembilan ini sebenarnya
yang sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan terutamanya kewangan, cumanya
mereka ini tidak menjalankan aktiviti kutip derma di tempat-tempat awam seperti
di luar pintu bank, pasaraya dan sebagainya.
 
Kalau pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dapat
mengumpulkan maklumat tersebut untuk kemudahan umat Islam di Malaysia dan di
Negeri Sembilan khususnya amatlah elok ianya dipromosikan.
 
Kalau tak ada, mana-mana pengendali sekolah tahfiz atau
pusat pendidikan Islam di Negeri Sembilan ini boleh saya masukkan dalam blog
Pusat Pendidikan Agama Islam Negeri Sembilan di
http://puspa-ns.blogspot.com  secara percuma atau boleh saya masukkan
dalam blog saya di http://rozmal.blogspot.com 
 
Sila e-melkan kepada saya roz...@yahoo.com  butiran yang perlu dimasukkan atau
siarkan di MukaBuku saya di http://www.facebook.com/Rozmal 
 
Berikut antara beberapa sekolah tahfiz di N.Sembilan yang
saya jumpa melalui carian di internet tapi tiada maklumat lengkap :
 
Maahad Tahfiz YSU (Yayasan Sulammi Ulummiah), Rahang,
Seremban
Madrasah Tahfiz Al Falah, Seremban
Maahad Tahfiz Al-Irshad, Labu
Madrasah Tahfiz Darussyifa, Tampin
Maahad Tahfiz alQuran An Najihah, Nilai
Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah, Seremban
Sekolah Tahfiz Darul Ulum, Rasah
Maahad Tahfiz At-Tohiriah, Port Dickson
Maahad Tahfiz Darul Huffah, Lenggeng

[Islah-Net] Kapal perang diberi nama sempena seorang Ulama hebat

2013-07-28 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Semoga lebih banyak lagi kapal perang, jet pejuang dan
kereta kebal diberi nama sempena ulama seperti Imam Bonjol.
 
Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) mempunyai sebuah kapal
perang yang diberi nama KRI Imam Bonjol (Kapal Republik Indonesia).
 
Imam Bonjol adalah merupakan seorang pemimpin dan seorang
ulama Minangkabau dari Sumatera yang hebat. Pada awalnya Imam Bonjol telah
bertegas dengan kerajaan Pagaruyung untuk menerapkan dan menjalankan syariat
Islam sesuai dengan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang berpegang teguh pada Al-Qur'an
dan sunnah-sunnah Rasullullah SAW dan memerangi adat-adat yang bertentangan
dengan syariat.
 
Perang Padri yang terjadi antara 1803-1838 pada awalnya
adalah antara mereka yang ingin menegakkan syariat Islam dan mereka yang
berpegang kepada adat yang tidak mengikut syariat Islam.
 
Ketua adat pada awalnya telah meminta campurtangan penjajah
Belanda untuk melawan Imam Bonjol. Akhirnya Imam Bonjol dapat meyakinkan Ketua
Adat untuk bersama menentang penjajah Belanda. 
 
Imam Bonjol atau dikenali juga sebagai Tuanku Imam Bonjol
lahir di Bonjol, Pasaman, Sumatera Barat, Indonesia pada tahun 1772.  Nama 
sebenar beliau ialah Muhammad Shahab.
 
Beliau menghembuskan nafas terakhir tepatnya pada tanggal 8
November 1864.
 
Sebagai penghargaan dari pemerintah Indonesia yang mewakili
rakyat Indonesia pada umumnya, Tuanku Imam Bonjol resmi diangkat sebagai
Pahlawan Nasional Indonesia sejak tanggal 6 November 1973 mewakili perjuangan
dari tanah Sumatra (Minangkabau).
 
http://www.biografi-tokoh.com/2013/02/biografi-tuanku-imam-bonjol-pahlawan.html 
http://beritahankam.blogspot.com/2013/07/kri-imam-bojol-lakukan-bekal-ulang-di.html
 

[Islah-Net] PAS Rembau sokong usaha pulihara tempat bersejarah

2013-07-28 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


29 Julai 2013 – PAS Rembau menyokong sebarang usaha untuk
memulihara beberapa tempat bersejarah yang terbiar di negeri ini. Sebelum ini
PAS DUN Kota telah mengadakan gotong royong di makam Dato Lela Balang dan Dato
Bungkal di Kg Kota Lama.
 
Baru-baru ini sebuah syarikat tempatan dari Rembau telah
bermurah hati untuk membangunkan semula makam Dato Bungkal di Kg Kota Lama.
Dato Bungkal binti Tok Batin Sekudai adalah merupakan bonda kepada Undang
Rembau yang pertama iaitu Dato Seri Rama. 
 
Adalah diharapkan lebih ramai lagi pihak, individu dan
syarikat tempatan bersama memulihara tempat bersejarah di negeri ini.
 
Gambar terkini makam Dato Bungkal di 
http://waghihbiduandalelamaharaja.blogspot.com/2013/07/makam-tok-bungkal-bte-tok-sekudai-di.html
 
 
Laporan usaha pemuliharaan tempat bersejarah di Rembau oleh
PAS DUN Kota di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/03/makam-bersejarah-perlu-dipelihara.html
 
http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/pas-dun-kota-kesal-makam-bersejarah.html
 
http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/pas-pulihara-makam-bersejarah.html

[Islah-Net] Jenayah semakin banyak, kejam. Beri rakyat senjata api

2013-07-27 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Rakyat yang ingin melindungi diri
mereka sendiri, keluarga dan harta perlu dipermudahkan untuk mendapat
lesen senjata api. Penjenayah semakin berani dan kejam kerana mereka
tahu rakyat Malaysia ini tiada sebarang perlindungan diri yang dapat
menandingi mereka melainkan orang tertentu seperti pemimpin politik
dan jutawan.

Pengerusi NGO parah ditembak
28 Julai 2013 

Seremban: Pengerusi Pasukan Petugas
Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan, 29, parah
manakala rakannya terselamat selepas ditembak dua lelaki bermotosikal
di simpang Taman Awana Indah, Bahau, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu,
mangsa bersama rakannya, B Ramesh, 35, menaiki kereta BMW warna
perak.

Ketua Polis Daerah Jempol,
Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal pihaknya mendapati,
sebaik menghampiri tempat kejadian mangsa yang baru saja mengambil
rakannya itu dari taman berkenaan untuk keluar minum di pekan Bahau,
dikatakan membuka cermin tingkap sambil menghisap rokok.

Tiba-tiba muncul sebuah motosikal
Yamaha LC dari arah belakang di sebelah pemandu dinaiki dua lelaki
dipercayai berbangsa India.
Sementara itu, media pada Februari lalu
melaporkan Sri Sanjeevan membuat kejutan apabila mengeluarkan
kenyataan menerusi sebuah laman web mendakwa kononnya dia diancam
akan ditembak polis kerana cuba membongkar aktiviti perjudian di
Jelebu.

http://www.hmetro.com.my/articles/2013072800232420130728002324/MA/Article 

[Islah-Net] Bunuh diri di bulan Ramadan? Kenapa ini berlaku?

2013-07-25 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Ketika kita membicarakan begitu banyak ajaran sesat di
Malaysia, kita terlepas pandang di Malaysia terdapat 50,000 kes cuba bunuh diri
setahun dengan 20 peratus penduduk negara ini hadapi masalah kesihatan mental.
 
Suami cemburu ditemui mati tergantung
26 Julai 2013 
 
JELI - Seorang lelaki yang tidak dapat menahan perasaan
terhadap isterinya yang disyaki bermain kayu tiga ditemui mati tergantung di
ruang tamu rumahnya di Kampung Ayer Lanas Blok Tumpat di sini kelmarin.
 
Mayat pengusaha kantin, Nik Hasan Mohamed, 53, ditemui oleh
isterinya, Anirah Rani, 40, pada pukul 10 malam dalam keadaan tergantung dengan
menggunakan tali nilon di ruang tamu rumah mereka.
 
Difahamkan, isteri mangsa merupakan suri rumah namun dia
bergiat aktif dalam politik hingga menjadi anggota kepada salah sebuah parti.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013dt=0726pub=Kosmosec=Negarapg=ne_09.htm
 

[Islah-Net] Realisasikan Kelab Roket sebagai alternatif bermain mercun

2013-07-25 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Sekiranya Kelab Roket dapat direalisasikan di peringkat
sekolah, mungkin ianya akan dapat mendidik para pelajar langkah-langkah
keselamatan yang perlu diambil apabila mengendalikan bahan mudah bakar
disamping dapat menyalurkan daya kreativiti mereka ke arah yang bermanafaat
seperti mencipta roket angkasa lepas, mini satelit dan sebagainya. 
 
'Saintis cilik' terima 14 jahitan
26 Julai 2013 
 
KOTA BHARU - Tindakan seorang 'saintis cilik' tidak
bertauliah yang cuba membuat bunga api sendiri mengundang padah apabila bahan
uji kajinya itu tiba-tiba meletup mengakibatkan muka, badan dan kakinya cedera.
 
Kejadian pukul 4 petang kelmarin di Kampung Padang Embun,
Tendong, Pasir Mas berlaku apabila pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Bechah
Durian, Mohd. Nor Hakim Mohd. Nawi, 11, cuba memanaskan botol yang diisi
belerang dan pasir menggunakan surat khabar sebelum botol itu meletup
menyebabkan serpihan kaca mengenainya.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013dt=0726pub=Kosmosec=Negarapg=ne_07.htm
 

[Islah-Net] JANGAN LETAK BEG TANGAN ATAS TEMPAT DUDUK

2013-07-24 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Anak Ketua Polis Ampang Jaya disamun
 
25 Julai 2013 - Seorang ahli perniagaan
wanita yang merupakan anak kepada Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten 
Komisioner
Amiruddin Jamaluddin disamun ketika memberhentikan keretanya di persimpangan
lampu isyarat berhampiran kilang Selangor Pewter, Setapak hari ini.
 
Kejadian berlaku pukul 10 pagi ketika
mangsa yang berusia 34 tahun memandu kereta jenis Honda Civic. Dua lelaki yang
menunggang motosikal berhenti di sebelah kiri kenderaan tersebut dan memecah
tingkap sebelah penumpang hadapan.
 
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa
berkata, suspek kemudian melarikan sebuah beg tangan milik mangsa yang
diletakkan di atas tempat duduk.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130725/je_07/Anak-Ketua-Polis-Ampang-Jaya-disamun
 

[Islah-Net] Kerja hidang shisha haram. Kerja hidang arak bagaimana?

2013-07-23 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Shisha telah difatwakan haram, termasuk
mereka yang menyediakannya. Bagaimana pula orang Islam yang bekerja
di kedai serbaneka atau hotel serta syarikat penerbangan yang ada
menjual atau menghidang arak, atau orang Islam yang ada saham di
syarikat yang menjual atau mengilang arak, atau orang Islam yang ada
saham atau menjadi ahli lembaga pengarah dalam syarikat judi?

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan putuskan
shisha haram

KUALA LUMPUR 19 Julai 2013 - Muzakarah
khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia hari ini memutuskan bahawa shisha adalah haram.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri
Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu diambil setelah
mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah meneliti maklumat serta
bukti perubatan mengenai kesan mudarat akibat shisha.

Oleh itu, katanya, umat Islam adalah
dilarang menghisap shihsa atau menyediakan perkhidmatan menghisap
shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya. 

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130719/dn_30/Jawatankuasa-Fatwa-Kebangsaan-putuskan-shisha-haram
 

[Islah-Net] Di India patung pakai bikini mungkin diharamkan

2013-07-23 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Itu di India, bukan di Malaysia sebuah
negara Islam. Kalau di Malaysia kalau ada yang mencadangkannya pasti
ada yang kata cadangan tersebut membawa kita kembali ke zaman batu,
pemikiran kolot dan sebagainya.

Patung yang dipakaikan pakaian dalam
mungkin diharamkan di Mumbai

MUMBAI - Patung-patung yang dipakaikan
dengan baju dalam wanita dan pakaian menjolok mata mungkin diharamkan
di sini sebagai cara untuk memerangi kejadian rogol. Anggota-anggota
Majlis Perbandaran Mumbai telah meluluskan resolusi untuk melarang
patung yang dipakaikan dengan pakaian menjolok mata dipamerkan di
luar kedai. 

Seorang anggota majlis itu, Ritu Tawde
berkata, dia mencadangkan larangan tersebut kerana patung tersebut
merendahkan martabat wanita.

Menurutnya, patung seperti itu juga
boleh mendorong kaum lelaki menyerang wanita.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013dt=0605pub=Kosmosec=Duniapg=du_07.htm
 

[Islah-Net] JKR perlu sedia direktori samseng kepada kontraktor

2013-07-23 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Saya cuba dapatkan maklumat dari
beberapa kontraktor di N.Sembilan mengenai masalah wang perlindungan
yang perlu dibayar kepada samseng apabila melakukan projek kerajaan.
Mereka kata memang sering diganggu di tapak projek oleh kumpulan
samseng yang minta wang perlindungan. Kalau bayar mereka tak akan
kacau.

Saya nak cadangkanlah kepada kerajaan
sedia ada agar mengambil langkah transformasi berikut selagi polis
tidak boleh menjamin keselamatan para kontraktor di tapak projek :

1. Sediakan direktori samseng di setiap
kawasan parlimen dan DUN, agar mudah para kontraktor berurusan terus
dengan ketua samseng di kawasan tersebut dari berurusan dengan anak
buah samseng. Biarlah samseng yang melindungi para kontraktor dari
kumpulan samseng lain.

2. Tender kerajaan perlulah dimasukkan
dalam BQnya secara khusus wang perlindungan untuk samseng.

3. Para kontraktor perlulah mudah
mendapatkan lesen senjata api untuk perlindungan diri mereka. Kalau
boleh masukkan dalam BQ tender kos senjata api dan lesen senjata api. 

4. Minta Majlis Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan keluarkan fatwa boleh tak beri wang perlindungan dalam
keadaan darurat.

Tak tahulah apa nak jadi Malaysia kita.
Hanya kepada Allah kita berserah dan bertawakal.

Dua diserang lapan samseng 
17 Julai 2013

SEREMBAN - Dua pekerja sebuah syarikat
mengorek pasir cedera parah selepas diserang sekumpulan samseng
bersenjatakan parang di sebuah tapak projek mendalamkan sungai dekat
Sungai Gadut di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang
itu, mangsa, Mohd. Yussri Rahim, 28, retak tulang lengan kiri selain
bengkak di muka manakala rakannya, Ahmad Hiswan Ahmad Hassan Safri,
26, parah di tapak tangan.

Menurut Mohd. Yussri, ketika kejadian,
dia bersama rakannya itu baharu hendak memulakan operasi hari pertama
di tapak berkenaan.

Tiba-tiba semasa saya sedang
sibuk bekerja bersama Ahmad Hiswan di hadapan tapak projek, kami
didatangi lapan lelaki bermotosikal lalu mengugut kami supaya
membayar wang perlindungan jika tidak mahu dicederakan.

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130717/je_02/Dua-diserang-lapan-samseng
 

[Islah-Net] Tabung masjid menggalakkan pencuri mencuri

2013-07-23 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Jika tabung-tabung di masjid
menggalakkan pencuri untuk mencuri, memberi peluang dan ruang untuk
pencuri untuk mencuri, kenapa tidak pihak JAKIM menasihatkan
pengurusan masjid dan surau tidak lagi meletakkan tabung yang
terdedah kepada kes kecurian. Galakkan jemaah masjid menderma secara
terus kepada Bendahari Masjid atau paparkan nombor akaun bank masjid.
Sekarang dah mudah sangat nak menderma, bank in boleh, ATM boleh,
internet pun boleh. 

‘Pengail’ duit tabung masjid
ditangkap
20 Julai 2013 

ALOR GAJAH - Seorang penganggur
akhirnya berjaya ditahan polis kelmarin setelah taktik mengail duit
dari tabung sebuah masjid di Kuala Sungai Baru di sini, berjaya
dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV). Penahanan lelaki
berusia 28 tahun itu sekaligus menjawab persoalan siapakah yang
sering mencuri wang derma di dalam tabung berkenaan selepas kejadian
disedari pengurusan masjid sejak awal bulan lalu. Menurut sumber,
pihak pengurusan masjid kemudian membuat laporan polis sebelum
siasatan lanjut terhadap rakaman CCTV dilakukan dan mengesan suspek
mengail wang menggunakan lidi dan benang.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pengail-duit-tabung-masjid-ditangkap-1.184733
 

[Islah-Net] Di Eropah pemain bola pertahan Islam, di Malaysia entahlah

2013-07-23 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Di Eropah pemain bolasepak yang
beragama Islam pertahan kesucian Islam, sanggup tak pakai jersi yang
ditaja oleh syarikat kewangan riba dan syarikat judi, hinggakan kelab
bolasepak sendiri mengalah, membatalkan penajaan. Bayern Munich pula
nak buat stadium memudahkan peminat dan pemain untuk solat. Tapi kita
di Malaysia, FAM buat perlawanan persahabatan menentang Chelsea pada
bulan Ramadhan. Di Pahang tazkirah antara tarawih dilarang. Tak ada
pula suara agamawan yang mempertikaikan tazkirah bolasepak di
stadium.

Sedangkan di Malaysia majoriti pemain
dan yang memimpinnya beragama Islam. Cakap lebih tak boleh, nanti
kena Akta Hasutan, masuk penjara tak boleh ikat jamin.

Bukan masa bereksperimen
21 Julai 2013 

KUANTAN - Tiada lagi istilah eksperimen
buat skuad Harimau Malaya apabila menentang kelab Liga Perdana
Inggeris, Chelsea sebaliknya skuad kebangsaan perlu membuktikan
keupayaan dan memberi tentangan sengit dalam aksi persahabatan hari
ini. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berharap ketua jurulatih negara,
Datuk K. Rajagopal mengisi kesebelasan utama yang terbaik dalam aksi
di Stadium Shah Alam, malam ini. 

Enggan sarung jersi demi mempertahankan
syariat Islam
18 Julai 2013 

GARA-gara atas keengganan menyarung
jersi, tunggak utama kelab bola sepak Newscatle United telah dilarang
untuk menjalani latihan bersama-sama rakan sepasukan yang lain.
Larangan itu tercetus akibat kedegilan penyerang pasukan bola sepak
berkenaan, Papiss Cisse untuk memakai jersi pasukan bola sepak
berkenaan kerana dikatakan ditaja oleh salah sebuah syarikat pinjaman
mengenakan kadar bunga yang tinggi. Amalan mengenakan bunga
berlebihan atau dikenali sebagai riba adalah dilarang di sisi agama
Islam.

Situasi itu mengingatkan pemain bola
sepak kelab Bolton, Frederic Kanoute yang enggan menyarung jersi
pasukan itu kerana ditaja selain memaparkan logo laman web perjudian,
888.com.
Oleh kerana judi dilarang oleh Islam,
Frederic Kanoute tidak akan sesekali memakai jersi dan jika
memakainya, beliau dianggap seolah menyokong amalan tersebut. Namun,
kelab Bolton terpaksa mengalah dengan menggugurkan tajaan itu dan
menerima sumbangan daripada pihak lain setelah mendapat tentangan dan
kritikan daripada peminat dan ahli politik.

Bayern Munich bina masjid
22 Mei 2013 

MENYEDARI solat merupakan salah satu
tuntutan dalam agama Islam, kelab bola sepak terkemuka Jerman, Bayern
Munich memutuskan untuk membina sebuah masjid untuk memudahkan para
pemainnya yang beragama Islam menunaikan solat. Kelab pasukan bola
sepak Jerman itu bersetuju dengan permohonan membina sebuah masjid
berhampiran stadium Allianz Arena bagi kemudahan ibadah kepada para
pemain dan peminat. Permintaan itu pernah dikemukakan oleh pemain
tengah Bayern Munich beragama Islam, Bilal Franck Ribery yang
mencadangkan supaya diwujudkan satu ruangan khas walaupun bersaiz
kecil untuk kemudahan pemain beragama Islam menunaikan solat.

[Islah-Net] Tangani isu Syiah dengan berhemah

2013-07-22 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Setiap apa yang kita tulis, suarakan dalam
media, internet dan sebagainya akan tersebar seluruh dunia sepantas kilat. Isu
Syiah bukan isu baharu. Sebelum kita membincangkan mengenai fatwa dan
sebagainya, para ulama dan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk saya juga
perlu bertanya pada diri kita terlebih dahulu, kenapa ada antara kita yang
mengikuti Syiah? 
 
Adakah cara hidup kita sebagai pengikut,
pemimpin agama, pemimpin negeri dan negara dari Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
tidak hidup secara Islam keseluruhannya, tidak berkasih sayang seperti para
sahabat, tidak meletakkan Allah dan Rasul melebihi yang lain, bermewah-mewah,
berlumba-lumba mengejar pangkat dan kekayaan menyebabkan mereka tidak tertarik
lagi dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah? 
 
Bagaimana pula fatwa ini nanti terhadap
mereka yang berfahaman Syiah yang bukan rakyat Malaysia tetapi bekerja di
Malaysia, belajar di Malaysia, berurus niaga di Malaysia, menyertai Majlis
Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa, bagaimana pula urusan diplomatik dan
perniagaan kita di peringkat antarabangsa yang negara tersebut majoritinya
berfahaman Syiah dan seterusnya?
 
Oleh itu marilah kita sebarkan kasih
sayang, tolong menolong, tidak bermewah-mewah (tapi perlu kaya untuk membantu
agama), merendah diri serta lain-lain sifat terpuji agar mereka kembali
terpikat dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
 
Rozmal bin Malakan
http://rozmal.blogspot.com 
 
* 
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996
telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
 
1.    Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah
diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)]
mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan
menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya
Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima
untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
 
2.    Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran
Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah
dan Akhlak.
 
5.  Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah
Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan
demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah adalah dilarang.
 
* 
Kedah bakal warta fatwa anti Syiah
18 Julai 2013
 
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah
bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di
peringkat kebangsaan sebelum ini. Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir
berkata, langkah itu perlu kerana Kedah juga tidak terkecuali daripada
penularan fahaman berkenaan. “Saya menerima laporan bahawa ia semakin merebak
dan menimbulkan keresahan di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu majoriti
penduduk Islam di Kedah dan Malaysia.
 
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/syiah-di-malaysia 
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kedah-bakal-warta-fatwa-anti-syiah-1.184076
 

[Islah-Net] TV sibuk acara masak dan hiburan, tak ada ke adab sambut raya?

2013-07-22 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Bosan betul tengok TV siang hari bulan
Ramadhan di Malaysia ni, dalam kita menahan lapar dan dahaga hampir semua
saluran TV siar acara masakan, kalau malam OK juga, ni pagi lagi dah program
masak. Tak lama lagi TV akan promosi program hiburan hari raya pertama
sampailah hari raya ke 30 agaknya. Tapi TV tak pula sibuk nak siar program adab
sambut raya. Terpaksalah korek di laman web Mufti Kerajaan Brunei Darussalam
untuk adab sambut raya ni. 
 
ADAB MENYAMBUT HARI RAYA  AIDILFITRI
 
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya,
perlu diingat jangan sekali-kali sampai lupa kewajipan kita kepada Allah Ta‘ala
iaitu mendirikan sembahyang fardhu, dan kerana terlalu seronok jangan pula
adanya berlaku perlanggaran batasan-batasan agama.
 
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang
mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh
Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang
diharamkan. Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan-
perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala
khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu
sepanjang bulan Ramadhan.
 
Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala
telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang
mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm:
Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa
itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam
Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.
 
Di pagi Hari Raya pula disunatkan mandi
kerana Hari Raya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih
bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini
dikeluarkan oleh Ibnu Majah.
 
Di samping itu disunatkan juga memakai
pakaian yang sebagus-bagusnya, memakai harum-haruman dan menghilangkan segala
bau-bau yang tidak elok. Tidak kira sama ada orang itu hendak keluar pergi ke
masjid untuk menunaikan sembahyang Hari Raya ataupun duduk sahaja di rumah,
kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok. 
 
Sebelum keluar pergi ke masjid untuk
menunaikan sembahyang sunat Hari Raya Fitrah disunatkan makan dan minum
terlebih dahulu kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam.
 
Selain itu, Hari Raya merupakan hari
kemenangan dan kegembiraan, maka sebab itu disunatkan bagi sesama muslim saling
mengucapkan tahniah antara satu sama lain dengan mengucapkan: Ertinya:
Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimaNya daripada awak.
 
Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada
Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya,
bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang
disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang
dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)
 
Manakala itu pula, amalan saling ziarah
menziarahi rumah terutama sekali saudara mara terdekat dan sahabat handai
merupakan suatu tradisi yang sentiasa diamalkan ketika menyambut Hari Raya.
Amalan ini juga sebenarnya termasuk di dalam perkara yang digemari dan
disyariatkan di dalam Islam.
 
http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/ic2_1999.htm 

[Islah-Net] Jenayah meningkat, talian 999 tak guna, rakyat kena tahu tel IPD

2013-07-22 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Seorang pakar dan aktivis keselamatan Captain
K. Bala yang mempunyai pengalaman 20 tahun mengendalikan kursus keselamatan
memberitahu bahawa kita semua perlu simpan nombor telefon Ibu Pejabat Polis
(IPD) Daerah. Daripada telefon 999, dia suruh kita telefon terus IPD, kerana
IPD akan mengarahkan terus unit peronda ke tempat kejadian. Kalau kita memandu
dari Perlis sampai Johor, takkan nak ingat atau nak simpan semua nombor telefon
IPD sepanjang perjalanan. Apa punya sistem 999 kat Malaysia ni, dah
bertahun-tahun tak boleh setaraf sistem 911 Amerika Syarikat, salah PDRM atau
salah syarikat yang dapat tender pasang sistem 999?
 
Violent crimes on the rise, say experts
Updated: Tuesday July 23, 2013 MYT 10:11:11
AM 
 
The Star : As for safety activist and
expert Captain K. Bala, violent crimes are a behavioural approach.
 
With almost two decades of experience in
conducting safety courses, Bala’s top personal safety tip is to know the number
of your district police headquarters (IPD). 
 
“Instead of calling the 999 hotline,
contact the police directly as the IPD can summon patrol cars to the site of
the report,” he said. 
 
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/23/Crime-Experts.aspx  

[Islah-Net] Masih ramai perlukan kos rawatan tapi tak mampu

2013-07-21 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Berikut ialah luahan Pengerusi Tabung Wakaf
Khas Kesihatan dalam facebook : “Terlalu sibuk sehingga terlupa membantu
sahabat sendiri. Hampir tumpah air mata kami mendengar masalah sahabat baik ini
dalam usaha mendapatkan rawatan dialisis untuknya. Masih belum ada sebarang
sumber untuk menanggung rawatannya itu. Memerlukan RM 150 untuk setiap kali
dialisis.”
 
“Kini hanya terdaya menjalani dua kali
rawatan sahaja seminggu yang sepatutnya dijalani sebanyak tiga kali. Kami tekad
membantu sahabat ini yang sudah tiada pekerjaan lagi, tiada anak dan isteri
serta rumah sendiri untuk berteduh. Hanya mengharapkan belas ehsan adik beradik
dan rakan baik untk membantu sekadar termampu.”
 
Sempena Ramadhan kali ini yang tinggal
beberapa hari saja lagi, kepada mereka yang ingin membantu para pesakit yang
miskin dan tidak berkemampuan untuk mendapatkan kos rawatan susulan dan
sebagainya sila dapatkan maklumat lanjut di :
 
Facebook : Tabung Wakaf Khas Kesihatan
Facebook : Haji Mohd Najib Khairudin  (Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan)
 
atau sila hadir ke program berikut :
 
TAZKIRAH RAMADHAN
Oleh Ustaz  Haji Mohd Najib Khairudin, Pengerusi Tabung Wakaf Khas Kesihatan
Tarikh : 27 Julai 2013, Sabtu
Masa : 9.30 mlm, selepas solat Witr
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
 
atau hubungi 019-6202690 , Ustaz  Haji Mohd Najib Khairudin  

[Islah-Net] Penjenayah senang dapat pistol tapi rakyat susah dapat lesen senjata api

2013-07-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Baru-baru ini Rembau dikejutkan dengan
kes penculikan seorang usahawan bumiputra. Apa yang sebenarnya
berlaku , polis mahupun media belum dedahkan lagi. Saya cuba
bertanya-tanya kepada pekerja usahawan tersebut.

Menurutnya, usahawan tersebut telah
diacu pistol apabila hendak masuk kereta tidak jauh dari rumahnya.
Dia dipercayai telah dimasukkan dadah secara paksa, telah didera
menggunakan puntung rokok. Kerugian dipercayai puluhan ribu ringgit.
Ada beberapa lagi cerita yang belum dapat disahkan lagi, tapi kita
harap polis segera menyelesaikan kes ini. Kerana ianya mendedahkan
kepada semua peniaga, keluarga mereka, anak-anak mereka kepada
sindiket peras ugut, penculikan yang amat terancang.

Macamana lagi rakyat nak dapatkan
perlindungan. Penjenayah begitu mudah dapat senjata api, kerana
mereka tak perlukan lesen. Sedangkan rakyat begitu susah hendak dapat
lesen senjata api.

Contohnya macam saya sendiri. Arwah
ayah saya mengamanahkan kepada saya senapang patah lamanya yang
diwarisi dari datuk saya. Namun permohonan saya untuk mendapatkan
lesen senjata api GAGAL. Dan sekarang senapang patah tersebut ada
dalam simpanan polis di Balai Polis Chembong. Bukan saya seorang
sahaja, mungkin banyak lagi senapang patah yang tersimpan di sana ,
kerana ramai yang telah meninggal dunia, tapi waris tidak dapat lesen
senjata api.

Biarlah senapang itu dalam tu, akhirat
nanti siapa yang bertanggungjawab, jawablah sendiri.

Kepada Allah kita bertawakal dan
berserah. 

Kalau Malaysia negara aman, saya cabar
semua menteri jangan guna pengawal peribadi apabila keluar rumah, dan
jangan guna pengawal keselamatan di rumah.

[Islah-Net] Jenayah makin banyak, ganas. Bolehkah bela anjing?

2013-07-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Kes jenayah di Malaysia sekarang ini
semakin banyak dan ganas. Bolehkah umat Islam pelihara anjing atas
alasan untuk memelihara keselamatan pemiliknya? Jika boleh, apakah
batasannya? Syabu telah difatwakan haram. Sekarang kita bicara isu
pelihara anjing pula. Sebuah rumah perlindungan anak yatim yang
sering dipecah masuk oleh pencuri di Klang telah memelihara anjing
kerana tidak mampu untuk mengupah pengawal keselamatan.

Daripada Abdullah bin Umar dia berkata:
Aku mendengar Nabi SAW bersabda: Sesiapa memelihara anjing
selain anjing untuk berburu atau anjing menjaga binatang ternak, maka
pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya. (Riwayat
Bukhari no. 5059 dan Muslim, no: 2940).

Orphanage relies on dog instead of
guards for security 
19 July 2013 

AN orphanage in Klang, which has been
robbed three times within two months, has to depend on a dog to guard
its safety as it cannot afford to hire security guards. The House of
Love, which was set up less than a year ago, is the shelter for 12
children and a single mother.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/20/Orphanage-relies-on-dog-instead-of-guards-for-security.aspx
 

[Islah-Net] Kerja hidang shisha haram. Kerja hidang arak bagaimana?

2013-07-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Shisha telah difatwakan haram, termasuk
mereka yang menyediakannya. Bagaimana pula orang Islam yang bekerja
di kedai serbaneka atau hotel serta syarikat penerbangan yang ada
menjual atau menghidang arak, atau orang Islam yang ada saham di
syarikat yang menjual atau mengilang arak, atau orang Islam yang ada
saham atau menjadi ahli lembaga pengarah dalam syarikat judi?

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan putuskan
shisha haram

KUALA LUMPUR 19 Julai 2013 - Muzakarah
khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia hari ini memutuskan bahawa shisha adalah haram.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri
Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu diambil setelah
mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah meneliti maklumat serta
bukti perubatan mengenai kesan mudarat akibat shisha.

Oleh itu, katanya, umat Islam adalah
dilarang menghisap shihsa atau menyediakan perkhidmatan menghisap
shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya. 

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130719/dn_30/Jawatankuasa-Fatwa-Kebangsaan-putuskan-shisha-haram
 

[Islah-Net] JKR perlu sedia direktori samseng kepada kontraktor

2013-07-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Saya cuba dapatkan maklumat dari
beberapa kontraktor di N.Sembilan mengenai masalah wang perlindungan
yang perlu dibayar kepada samseng apabila melakukan projek kerajaan.
Mereka kata memang sering diganggu di tapak projek oleh kumpulan
samseng yang minta wang perlindungan. Kalau bayar mereka tak akan
kacau.

Saya nak cadangkanlah kepada kerajaan
sedia ada agar mengambil langkah transformasi berikut selagi polis
tidak boleh menjamin keselamatan para kontraktor di tapak projek :

1. Sediakan direktori samseng di setiap
kawasan parlimen dan DUN, agar mudah para kontraktor berurusan terus
dengan ketua samseng di kawasan tersebut dari berurusan dengan anak
buah samseng. Biarlah samseng yang melindungi para kontraktor dari
kumpulan samseng lain.

2. Tender kerajaan perlulah dimasukkan
dalam BQnya secara khusus wang perlindungan untuk samseng.

3. Para kontraktor perlulah mudah
mendapatkan lesen senjata api untuk perlindungan diri mereka. Kalau
boleh masukkan dalam BQ tender kos senjata api dan lesen senjata api. 

4. Minta Majlis Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan keluarkan fatwa boleh tak beri wang perlindungan dalam
keadaan darurat.

Tak tahulah apa nak jadi Malaysia kita.
Hanya kepada Allah kita berserah dan bertawakal.

Dua diserang lapan samseng 
17 Julai 2013

SEREMBAN - Dua pekerja sebuah syarikat
mengorek pasir cedera parah selepas diserang sekumpulan samseng
bersenjatakan parang di sebuah tapak projek mendalamkan sungai dekat
Sungai Gadut di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang
itu, mangsa, Mohd. Yussri Rahim, 28, retak tulang lengan kiri selain
bengkak di muka manakala rakannya, Ahmad Hiswan Ahmad Hassan Safri,
26, parah di tapak tangan.

Menurut Mohd. Yussri, ketika kejadian,
dia bersama rakannya itu baharu hendak memulakan operasi hari pertama
di tapak berkenaan.

Tiba-tiba semasa saya sedang
sibuk bekerja bersama Ahmad Hiswan di hadapan tapak projek, kami
didatangi lapan lelaki bermotosikal lalu mengugut kami supaya
membayar wang perlindungan jika tidak mahu dicederakan.

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130717/je_02/Dua-diserang-lapan-samseng
 

[Islah-Net] Di mana iman umat Islam di Malaysia ketika ini?

2013-07-18 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Bukan setakat tabung masjid, tabung haji pun ada yang pecah
amanah. Kes lembu curi pun banyak, disembelih, tanpa disedari dibeli oleh umat
Islam untuk berbuka puasa atau dibuat rendang untuk jamuan raya. Apakah sikap
pengguna Islam yang tidak prihatin dan membazir ketika membeli menjadikan lebih
ramai peniaga yang mengambil jalan mudah untuk menipu dan mencuri?
 
Pecah tabung masjid untuk berniaga
18 Julai 2013 
 
KANGAR - Seorang pemuda mengambil jalan mudah semata-mata
mendapatkan modal bagi jualan air soyanya di sebuah bazar Ramadan di daerah ini
apabila sanggup melakukan kegiatan pecah tabung masjid menjelang bulan berpuasa
lalu.
 
Pemuda yang berusia 23 tahun itu setakat ini telah memecah
tabung dan melarikan wang di enam buah masjid sekitar ini yang kerap
dilakukannya pada waktu petang selepas jemaah meninggalkan masjid.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013dt=0718pub=Kosmosec=Terkinipg=bt_10.htm
 

[Islah-Net] Kepada mereka yang sudi membangunkan sekolah agama di Sabah

2013-07-18 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Kepada mereka yang sudi membantu untuk
pembangunan sekolah agama di Sabah sila layari laman web 
http://srituaran.blogspot.com atau di
Facebook : SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-HAFIDZ TUARAN
 
Atau salurkan terus ke akaun :
Bank : Maybank
No akaun : 5602 3211 4982 
Nama akaun : SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL-HAFIDZ
 
Atau hubungi :
Ustaz Saifuddin Tajudin 019 – 4080760
Ustaz Anuar Ali 013 – 8100679
En Ruslan Kamarudin 012 – 8440844 

[Islah-Net] Yang dah pergi haji, berilah laluan yang belum pergi

2013-07-17 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Sepatutnya yang dah pergi haji lah yang beri laluan kepada yang
belum pergi haji, walaupun mampu bayar puluhan ribu ringgit atau ratusan ribu
ringgit untuk pergi haji kali ke 2 , ke 3, ke 4 atau mungkin tiap-tiap tahun
pergi haji kerana terlalu kaya atau sedikit kaya. Pengerusi Lembaga Tabung Haji
yang baru patut menasihatkan golongan yang kaya-kaya dan sedikit kaya ini
supaya beri laluan.
 
Jemaah Haji Uzur Dinasihat Beri Laluan Kepada Jemaah Haji
Lain 
18 Julai 2013 
 
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji menasihatkan jemaah haji
yang uzur agar memberi laluan kepada jemaah lain untuk menunaikan haji
berikutan pemotongan kuota sebanyak 20 peratus tahun ini.
 
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Abdul Azeez Abdul
Rahim berkata mereka juga dinasihatkan menangguhkan pemergian ke Tanah Suci
memandangkan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah masih dijalankan.
 
Bercakap kepada pemberita pada majlis sumbangan zakat Projek
Ehsan TH di sini, Rabu, Abdul Azeez berkata kuota jemaah haji dari Malaysia
kini dikurangkan kepada 25,000 berbanding 28,000 sebelum ini.
 
Pengurangan kuota jemaah haji itu berikutan arahan terbaru
kerajaan Arab Saudi berikutan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah.
 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/7/17/mstar_berita/20130717183748sec=mstar_berita
 

[Islah-Net] Bicara Ramadhan 18 Julai 2013 di Surau Alamanda

2013-07-16 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
BICARA RAMADHAN
Tajuk : Perkembangan Islam di Sabah
Bersama : Ustaz Anuar Ali, Mudir Sekolah Rendah Islam Al
Hafidz, Tuaran, Sabah
Tarikh : 18 Julai 2013, Khamis
Masa : Selepas solat Tarawih ( 9.30 mlm )
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
 
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir 
 
Info Sekolah Rendah Islam Al Hafidz di www.srialhafidz.edu.my 

[Islah-Net] Kalaulah pejuang agama dan bangsa macam Ustaz Fadli

2013-07-15 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Ahad 14 Julai 2013 selepas Maghrib di Astro Oasis saya
sempat menonton sekejap rancangan siaran “Salam Muslim”. Amat tersentuh dan
tertarik pendekatan dakwah yang dilakukan oleh Ustaz Mohd Fadli Yusof di
pedalaman Sabah. Seolah-olah apa yang berlaku dalam awal dakwah Islam di zaman
Rasulullah, para sahabat dan tabiin kembali menjelma. Seorang pendakwah yang
sanggup merentas hutan belantara, mengajar di bawah lampu pelita di malam yang
gelap. 
 
Kemudian dapat menggerakkan orang kampung yang ramai antara
mereka baru memeluk Islam mendirikan masjid dari tulang empat kerat mereka
sendiri. Menebang pokok di hutan, dijadikan tiang dan papan. Mengusung kayu dan
papan untuk dibuat masjid menyeberang jambatan titi gantung, termasuk yang
perempuan memikul kayu atas bahu.
 
Tidak dapat dibayangkan ianya benar-benar berlaku sekarang
di Malaysia.
 
Kalaulah semua pendakwah, semua pejuang agama dan bangsa di
Malaysia ini tidak duduk di kerusi empuk, pejabat yang berhawa dingin, kereta
yang berjenama, sebaliknya turun ke padang jumpa dengan rakyat, menunjukkan
akhlak yang baik, berdakwah dari hati ke hati, pasti ramai rakyat Malaysia yang
berbilang kaum akan terpikat dengan keindahan Islam. 
 
Apalah selama ini rakyat Malaysia yang berbilang kaum tidak
terpikat dengan Islam kerana menyaksikan gelagat umat Islam di Malaysia ini
terutamanya orang Melayu yang berlumba-lumba mengumpul harta, membina rumah,
berfoya-foya dan sebagainya?
 
Jika ramai antara kita, termasuk saya sendiri dapat
mencontohi Ustaz Mohd Fadli Yusof sudah pasti ramai bukan Islam di Malaysia ini
terpikat dengan keindahan Islam dengan kerendahan hati dan kemurahan hati umat
Islam itu sendiri. 
 
Laman web berkaitan usaha-usaha Ustaz Mohd Fadli Yusof di 
http://syahadah.dakwah.org antaranya
mendirikan Masjid As-Syahadah, Kampung Padang, Sepulut, Sabah.
 
Facebook beliau di www.facebook.com/mfadli11 

[Islah-Net] Gejala anak gadis hilang, bilakah ianya akan berakhir?

2013-07-15 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Apakah peranan kita dan pihak berwajib untuk menangani isu
ini? 2 orang hilang setiap hari, di mana kebanyakannya ialah anak gadis serta
wanita. Apakah ini bukan satu masalah besar di negara ini, sanggupkah kita
melihat anak gadis bangsa kita diperdaya atau diperdagangkan?
 
Purata Dua Orang Dilaporkan Hilang Setiap Hari
 
Bilangan kes melibatkan orang hilang semakin meningkat ke
tahap yang membimbangkan, dengan purata seramai dua orang dilaporkan hilang
setiap hari di seluruh negara.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri
Mohd Bakri Zinin berkata, dari 2008 dan tahun lepas, sejumlah 7,662 orang
dilaporkan hilang di seluruh negara.
 
Daripada jumlah itu, amat mengejutkan apabila seramai 3,226
orang yang hilang adalah remaja berusia antara 14 dan 17 tahun.
 
Mohd Bakri mendedahkan daripada 3,226 kes itu, seramai 1,742
remaja sudah pulang manakala 1,484 lagi diklasifikasikan sebagai hilang.

[Islah-Net] Program Remaja Rai Ramadan 1434H di N.Sembilan

2013-07-15 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


PROGRAM REMAJA RAIKAN RAMADHAN
 
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang
Tarikh : 20 Julai 2013 , Sabtu
Masa : 8 pagi – 10 malam
 
Tempat : Masjid Jamek Kuala Klawang
Tarikh : 27 Julai 2013 , Sabtu
Masa : 10 pagi – 8 malam
 
Tempat : Masjid Kuarters KLIA, Nilai
Tarikh : 27 Julai 2013 , Sabtu
Masa : 8 pagi – 8 malam
 
Terbuka kepada semua remaja berumur 13 ke 17 tahun
 
Sila hubungi :
Abu Hanifah 013-2205135
Nurul Fadhilah 013-6293200
 
Maklumat lanjut di http://ikramteensnegerisembilan.blogspot.com 

[Islah-Net] Tolong doakan anak gadis ini dipulangkan ke pangkuan keluarga

2013-07-13 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Hari ini Sabtu 13 Julai 2013 saya solat
Asar di Masjid Bandar Baru Senawang. Nampak notis gadis hilang pada
papan kenyataan masjid. Saya pun telefonlah bapa gadis tersebut untuk
sahkan samada sudah dijumpai atau belum. Encik Khairul (bapa gadis)
berkata belum dijumpai. 

Marilah kita sama-sama berdoa di bulan
Ramadan yang penuh berkat ini semoga Allah permudahkan urusan supaya
adik Khairul Amira binti Khairul Afifi dikembalikan ke pangkuan ibu
bapa mereka, yang hilang sejak 19 Jun 2013. 

Kepada mereka yang ada maklumat sila
hubungi ;
03-2070 (Sjn Mazrul) Balai Polis
Tun HS Lee, KL
013-6800187 (SI Masri) Balai Polis
Senawang
016-2013676 (Khairul) Bapa Khairul
Amira

Tolong SHARE artikel ini , semoga
dengan doa dan SHARE kita akan mengembalikan anak gadis ini kepada
ibubapanya, insyaAllah.

Notis Kehilangan serta gambar adik
Khairul Amira binti Khairul Afifi di 
http://rozmal.blogspot.com/2013/07/tolong-doakan-anak-gadis-ini.html 

[Islah-Net] Bersama Kita Mencegah Maksiat

2013-07-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Adakalanya saya menerima aduan dari beberapa individu mengenai
masalah maksiat, terutamanya kes khalwat. Ada manusia boleh ditegur, ada
manusia tak boleh ditegur. Yang tak boleh ditegur, kita ikutlah saluran yang
sah. Tak boleh terjah terjah macam dulu. Yang paling mudah ialah laporkan
kepada pihak berkuasa. 
 
Dalam kes ini ialah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
di talian 06-7672756 atau 06-7672757.
 
Kemudian buat pula laporan susulan secara rasmi di laman Portal
Pengaduan Awam N.Sembilan di www.spans.gov.my 
 
Klik pada Aduan Baru dan masukkan butiran yang diminta.
Pilihlah pada laman kedua agensi bertindak : JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
N.SEMBILAN
 
Dan teruskan mengisi laporan ringkas dengan tidak melebihi
500 aksara, contoh laporan seperti di bawah :
 
Rumah di No 1, Jalan 1, Taman ABU, Seremban terdapat 2 orang
wanita Melayu usia 30an, disyakki belum berkahwin. Hampir setiap malam sejak 1
Julai 2013 antara 12 tgh malam hingga 5 pagi ada kereta jenis Kura-Kura plet No
ABUABU123 diletak hadapan rumah, seorang atau 2 orang lelaki Melayu akan masuk
ke rumah tersebut. Mohon siasatan dan tindakan lanjut pihak tuan.
 
“SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN RAMADHAN”

[Islah-Net] Cuma dengan RM50 kita dah boleh ambil pahala puasa orang lain

2013-07-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW
sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia
akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang
berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun.(Riwayat At-Tirmidzi)
 
Sekarang hotel, restoran sedang mempromosi program buffet
Ramadan ada yang RM25, RM50, RM100 dan seterusnya, tengok menu. Tak kiralah 
buffet
Ramadan ke , pasar Ramadan ke, semua boleh saja asalkan tidak membazir.
 
Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Seremban pun sekarang ini sedang
membuat promosi makan untuk berbuka puasa iaitu Istimewa BERIANI HUFFAZ. Cuma
yang ini kita beli kupon RM50, kemudian mereka akan menghantar bungkusan
makanan ini kepada mereka yang memerlukan seperti rumah anak yatim, rumah
kebajikan, pesakit-pesakit di hospital serta keluarga di kawasan perumahan kos
rendah dan sebagainya sekitar Seremban.
 
Penghantaran makanan untuk berbuka puasa ini bermula dari
Ahad 21 Julai 2013 sehingga Rabu 31 Julai 2013.
 
Walaubagaimana pun tempahan dan bayaran boleh dibuat mulai
sekarang.
 
Kepada mereka yang ingin menempah BERIANI HUFFAZ ini sila
hubungi : 
Urusetia di 06-6771232 , 06-6717643 ,  Emel : mta...@yahoo.com 
 
Maklumat lanjut di www.mtas.edu.my 
 
Pembayaran atau sumbangan boleh dibuat melalui :
Nama Akaun : Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah
No Akaun : 5551-2610-6603
Bank : Maybank ( cawangan Senawang)

[Islah-Net] Negara maju tapi sikap serta minda mundur

2013-07-09 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Dah lebih 55 tahun kita merdeka, masih ada lagi rakyat
negara ini yang tak tahu cara nak buang sampah dengan betul. Semakin kita
menuju negara maju, semakin ramai rakyat kita yang minda, sikap prihatin mereka
mundur ke belakang. Pembangunan material dan fizikal tidak selari dengan
pembangunan mental dan spiritual. 
 
Bekas polisterin sarang Aedes
10 Julai 2013 
 
Jabatan Kesihatan Pahang kesal dengan sikap sebahagian besar
daripada lebih 600,000 warga bandar ini yang masih membuang bekas polisterin
dan plastik merata-rata sehingga menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.
Pengarahnya, Dr Norhizan Ismail, berkata sikap mereka yang kurang prihatin itu
menjejaskan usaha kerajaan mengurangkan kes demam denggi seterusnya menjadikan
bandar ini bebas Aedes. 

[Islah-Net] Khasiat Getah Arab untuk kesihatan kita

2013-07-08 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Saya bukan hendak mempromosi apa-apa produk kesihatan. Saya cuma
ingin menyiarkan artikel di bawah mengenai khasiat Getah Arab (Arabic Gum)
untuk kesihatan kita, dengan izin Allah. Getah Arab ini hanya terdapat di
Sudan. Tidak hairanlah kenapa negara Sudan menjadi rebutan sesetengah pihak. Di
Malaysia ada beberapa syarikat pemakanan kesihatan yang menjual Getah Arab ini. 
 
Penyelidikan Terhadap Khasiat Getah Arab di UKM
Rabu, 29 Jun 2011 
 
Getah Arab (Gum Arabic) sejenis prebiotik asli yang hanya
terdapat di Sudan mempunyai potensi dalam industri perubatan, makanan dan solek
antarabangsa akan dapat menguatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah hab halal
dengan adanya penyelidikan rapi mengenainya yang dipelopori UKM.
 
Ramli, 41 tahun, adalah juga bukti khasiat getah ini kerana
beliau dahulu terpaksa menjalani rawatan dilasis tiga kali seminggu kerana buah
pinggangnya sudah tidak berfungsi. Berkat penggunaan getah itu selama tujuh
bulan buah pinggangnya sudah puleh dan beliau sejak 10 bulan kebelakangan ini
tidak lagi perlu menjalani rawatan itu.
 
Prebiotik adalah sejenis makanan untuk bakteria semula jadi
yang terdapat dalam perut yang menentukan pengkhadaman makanan dapat berfungsi
dengan baik. Bahan ini kini terdapat dalam makanan seperti berteh, beberapa
jenis roti dan juga kapsul kebanyakannya di impot dari Barat.
 
Kelebihan getah Arab dari Sudan ini ialah lebih 90 peratus
daripadanya adalah jenis terbaik dan diperolehi secara semula jadi dari dua
jenis pohon acasia yang hanya boleh di tanam di Sudan. Usaha menanamnya di
negara jiran Sudan seperti Chad dan juga di Amerika telah gagal.
 
http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-kampus/758-ukms-research-into-gum-arabic-set-to-create-international-demand-for-it-.html
 
 
Controlling sugar levels
Sunday January 6, 2013
 
Art of Healing
By DR AMIR FARID ISHAK
 
Probiotics and prebiotics: Probiotics are friendly bacteria
that improve the health of our intestines (mainly the colon), as well as the
rest of the body as a result of improved colon health.
 
These good bacteria actually line our intestines, making
sure harmful bacteria dont get through into the body. Some of them also
manufacture vitamin B (important for nerve health and managing stress), and
help improve calcium absorption.
 
Prebiotics are food that feed the probiotics. Having
abundant prebiotics will help the probiotic population grow. The gut has about
100 trillion bacteria. The percentage of good versus bad bacteria depends on
the food and drugs you take.
 
Gum Arabic: Gum Arabic is the superstar of prebiotics. For
many years, it has been used in the food and beverage industry, but not for its
health benefits.
 
http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=%2f2013%2f1%2f6%2fhealth%2f12536277sec=health
 

[Islah-Net] Kutip zakat 7 hari seminggu, agih zakat bagaimana?

2013-07-08 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Kini kaunter kutipan zakat dibuka 7 hari seminggu. Bagaimana
pula dengan kaunter agihan zakat kepada mereka yang memerlukan atau pejabat
Baitul Mal? 
 
Kaunter zakat MAIWP dibuka 7 hari seminggu
8 Julai 2013 
 
KUALA LUMPUR : Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan beroperasi selama tujuh hari seminggu
termasuk cuti umum, sepanjang bulan Ramadhan 2013 ini. Kaunter-kaunter dibuka
dari jam 8.15 pagi hingga 4.30 petang, menurut kenyataan PPZ-MAIWP. 
 
http://www.hmetro.com.my/articles/KaunterzakatMAIWPdibuka7hariseminggu/Article?mutakhir
 

[Islah-Net] Rembau pun sepatutnya diisytihar sebagai pekan bersejarah

2013-07-08 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Rembau pun sepatutnya diisytihar sebagai pekan dan daerah
bersejarah kerana terbentuknya Negeri Sembilan bermula di Rembau.
 
Cadang Taiping jadi bandar bersejarah
8 Julai 2013  
 
TAIPING - Melihat kepada kekayaan serta kepelbagaian produk
pelancongan, terutama khazanah lama yang ada di sini, Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan bercadang menjadikan bandar Taiping sebagai bandar bersejarah.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memaklumkan
kementerian berkenaan akan mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perak
dalam tempoh terdekat dalam usaha merealisasikan cadangan berkenaan.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/cadang-taiping-jadi-bandar-bersejarah-1.180169
 

[Islah-Net] Jom Berwaqaf Pondok Wakaf untuk pelajar Tahfiz

2013-07-08 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Kepada sesispa yang ingin membuat amal wakaf jariah atau sudi
membantu mendapatkan dana pembinaan pondok wakaf untuk Maahad Tahfiz Al Quran
An Najihah, sila hubungi :
 
Ustaz Mohd Zawawi bin Haji Aman
Pengerusi Maahad Tahfiz Al Quran An Najihah
Lot 13504, Jalan Salak, Kg Jijan, 71800 Nilai, N.Sembilan
No. Pejabat : 06-7915070
No. Hp : 013-3331120/016-2633649
Facebook : Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah 

[Islah-Net] Indeks jenayah Malaysia tertinggi di Asia

2013-07-05 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Sebuah laman web Numbeo.com yang menjalankan kajian data
telah meletakkan Malaysia negara yang mempunyai kadar jenayah yang tertinggi di
Asia iaitu 67.75 dan yang ke 9 tertinggi di dunia. Apa agaknya komen Ketua
Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri terhadap laporan ini?
 
Gambarajah statistik tersebut di 
http://amkns.blogspot.com/2013/07/indeks-jenayah-malaysia-tertinggi-di.html 

[Islah-Net] Pengharaman merokok sudah memadai tangani shisha

2013-07-04 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Semoga Ramadhan kali ini lebih ramai umat Islam di Malaysia akan
berhenti merokok, terutamanya mereka yang memperjuangkan Islam dan prihatin
akan nasib umat Islam di negara yang bergolak dan dilanda kebuluran. 
 
Pengharaman merokok sudah memadai tangani shisha
4 Julai 2013 
 
Terengganu tidak bercadang untuk mengeluarkan fatwa
berhubung penggunaan shisha kerana sudah terdapat fatwa mengenai pengharaman
merokok, kata Mufti kerajaan negeri, Dr Zulkifli Muda. 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah
membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan
bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam. ; e-fatwa.gov.my

[Islah-Net] Kalau orang serah bantuan, segera beri kepada yang memerlukan

2013-07-02 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Saya cuba mencari kisah atau hadith yang mengatakan Nabi
Muhammad SAW apabila diberi sumbangan, sedekah atau zakat, Baginda SAW akan
segera mengagihkan kepada mereka yang memerlukan. Baginda SAW, tidak akan
pulang ke rumah selagi sumbangan, sedekah atau zakat tersebut selesai
diagihkan.
 
Harap kita semua yang diamanahkan untuk menyampaikan bantuan
supaya segera menyalurkan bantuan tersebut, tidak perlu menunggu hari tertentu
atau bulan tertentu atau orang kenamaan untuk diagihkan. 

[Islah-Net] Ramai yang perlukan bantuan, hanya Allah yang boleh bantu

2013-07-02 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Baru-baru ini saya menceritakan kisah
satu keluarga yang anak mereka berumur 1 tahun dimasukkan ke ICU KL,
bagaimana bapa ini terpaksa berulang alik dari Seremban ke KL menaiki
motosikal mengendong anak berumur 4 tahun, tidak dapat bekerja
sepenuh masa, hutang keperluan harian tertunggak. Sanak saudara dan
jiran tetangga perlu membantu.

Semalam ada insan yang prihatin
menghulurkan bantuan melalui akaun bank saya, pada sebelah pagi,
tengaharinya saya jumpa ketua keluarga diatas sedang bekerja memotong
ayam di kedai, terus diberikan sumbangan dari insan yang prihatin
tadi.

Minggu lepas saya terima SMS dari
seorang guru, mengatakan ada pelajar tahun 3 di UKM, perlu jelaskan
yuran pengajian sebanyak RM700 dalam tempoh 2 minggu. Tak sempat saya
nak 'forwardkan' SMS tadi. Pelajar tadi nak pinjam saja, tamat
belajar tahun depan dia akan pulangkan katanya.

Lepas tu ada pula yang kesempitan wang,
perlu ambil motosikal di kedai yang telah lama dibaiki tak mampu nak
bayar. Sedangkan dia amat perlukan motosikal ulang alik kerja, hantar
anak sekolah.

Baru fikir macamana nak usahakan, dapat
panggilan telefon dari seorang kawan nak jumpa nak beri sedikit
sumbangan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Saya habis
kerja pukul 6, 6.30 petang dia datang rumah beri sumbangan.

6.45 petang saya ke CDM BSN Senawang
terus masukkan RM700 untuk pelajar UKM tadi. Beritahu dia , itu bukan
duit saya, ada orang beri suruh agihkan, dan tak perlu bayar balik.

Selesai beri sumbangan banyak-banyak
istighfar, sebagaimana lepas solat kita beristighfar, selepas buat
apa-apa amalan baik, kita banyak istighfar kerana takut amalan kita
bantu orang tak diterima Allah. 

Risau pegang duit untuk bantuan
diberikan orang lama-lama. Orang yang menghulurkan bantuan harap
disalurkan segera, sementara mereka yang mengharapkan bantuan perlu
diringankan beban mereka segera.

[Islah-Net] Beginilah nasib wanita Islam di Malaysia pada ketika ini

2013-07-01 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Ada syarikat paksa pekerja buka tudung
 
1 Julai 2013 - Satu siri laporan akhbar Berita Harian hari
ini mendakwa terdapat syarikat yang menetapkan syarat ke atas wanita agar
membuka tudung sekiranya ingin menerima tawaran kerja.
 
Laporan tersebut memetik kenyataan dua orang wanita berbeza
– seorang daripadanya mendakwa diberitahu mengenai syarat tersebut apabila
ditemuduga untuk jawatan kerani di satu rangkaian kedai fotografi.
 
Seorang lagi wanita mendakwa diminta untuk membuka tudung
apabila beliau menerima tawaran untuk jawatan jurujual di satu kedai di Suria
KLCC.
 
Selain itu, wartawan akhbar tersebut turut menyamar sebagai
pencari kerja dan mengunjungi satu kedai fotografi.
 
Wartawan berkenaan mendakwa ditemuduga oleh pengarah sumber
manusia syarikat terbabit yang meminta beliau membuka tudung dan memakai skirt
bagi membolehkan beliau diterima untuk bekerja.
 
“Jika mahu bekerja di sini, awak perlu membuka tudung dan
memakai skirt. Itu dasar syarikat. Tiada kompromi,” kata pengarah terbabit
seperti didakwa dalam laporan di akhbar tersebut.
 
http://www.malaysiakini.com/news/234433 

[Islah-Net] Pekerja wanita berhak bertudung, pramugari MAS macamana?

2013-07-01 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Pekerja wanita berhak bertudung
1 Julai 2013
 
Semua majikan di negara ini mesti memahami bahawa wanita
Islam berhak memakai tudung bagi melaksanakan kewajipan mematuhi perintah agama
menutup aurat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom berkata, segelintir majikan meletakkan syarat pekerja wanita yang
beragama Islam dikehendaki membuka tudung kerana kurang faham tentang kedudukan
Islam sebagai agama Persekutuan.
 
Bila kita faham kedudukan Islam sebagai agama
Persekutuan, kita tidak sewenang-wenangnya menyentuh hak dan agama
masing-masing.
 
Saya minta pihak berkuasa agama Islam memperjelaskan
kepada pihak majikan berhubung kewajipan wanita Islam memakai tudung,
katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130702/dn_18/Pekerja-wanita-berhak-bertudung
 

[Islah-Net] Kesal gambar masjid dipijak

2013-07-01 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Banyak perkara yang kita terlepas pandang sebenarnya.
Adakalanya kita pun memijak gambar masjid dan Kaabah yang terdapat pada sejadah
secara tidak sengaja yang dihamparkan di masjid serta surau. Berhati-hati
apabila melintasi sejadah yang terdapat gambar masjid dan Kaabah. 
 
Kesal gambar masjid dipijak
2 Julai 2013  
 
BANDA HILIR - Tindakan sebuah pusat beli-belah di sini
meletakkan gambar masjid bersama ucapan Selamat Hari Raya di atas lantai setiap
pintu masuk pasar raya berkenaan mendapat bantahan orang ramai.
 
Ini kerana, tindakan mereka itu seolah-olah menggalakkan
orang ramai memijak masjid, sekaligus dianggap satu penghinaan kepada umat
Islam.
 
Peniaga, Aziz Embi, 58, mendakwa, kewujudan gambar masjid di
atas lantai sejak kira-kira seminggu lalu amat dikesali kerana masjid merupakan
simbol umat Islam, bagaimanapun pengurusan pasaraya terbabit meletakkan
martabatnya di bawah tapak kaki.
 
“Pihak berkuasa juga diharap dapat menasihatkan pihak
pengurusan pusat beli-belah ini dalam hal-hal berkaitan sensitiviti umat
Islam,” katanya.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kesal-gambar-masjid-dipijak-1.177832 

[Islah-Net] MALAYSIA MESTI BOIKOT SUKAN SEA DI MYANMAR

2013-06-30 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Mapim lancar rayuan Ramadhan untuk Rohingya   
 
1 Jul 2013  - Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melancarkan rayuan Ramadhan untuk
umat Islam Rohingya di Arakan Myanmar bermula pada 24 Jun lalu.
 
Misi Mapim yang akan berangkat ke Sittwe Arakan pada awal
Julai ini adalah bertujuan untuk melihat keperluan yang mendesak di kalangan
umat Islam Rohingya yang menjadi mangsa genosid oleh esktremis Rakhine Buddhist
di Myanmar.
 
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, keadaan yang
masih belum reda sepenuhnya sejak keganasan tercetus pada Mei 2012 yang lalu
telah mengakibatkan ribuan terbunuh dan ratusan ribu yang menjadi pelarian
dalam negeri (IDP).
 
Kepada mereka yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai
rayuan ini sila berhubung dengan Abdullah: 019-9893707, Tarmizi: 017-5606131.
 
Mapim telah menyediakan sebuah Tabung Khas: ROHINGYA
HUMANITARIAN FUND MAPIM di bank akaun Rajhi Bank bernombor 1540 0188 0630 441.
 
 
DESAK BOIKOT SUKAN SEA DI MYANMAR
 
“Layanan kerajaan Myanmar kepada umat Islam di sana
keterlaluan. Berdasarkan laporan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR), 125,000 penduduk terpaksa tinggal dalam khemah
selain dinafikan hak sebagai warga negara dan ditindas.
 
“Mereka menjadi mangsa konflik di negara sendiri. Kampung
sudah tidak selamat lagi untuk dihuni apabila rumah di bakar, saudara-mara
dibunuh dan kehidupan terancam. Sekolah dan masjid turut menerima nasib yang
sama.
 
“Jika dulu kerajaan memboikot Sukan Olimpik di Moscow 1980
berikutan pencerobohan Russia di Afghanistan, mengapa tidak kali ini. Kita
perlu membantu umat Islam di sana supaya nasib mereka terbela,” katanya pada
sidang media selepas majlis Penerangan Konflik Kemanusiaan di Myanmar, di
perkarangan Masjid Al-Amaniah, Batu Caves, di sini, semalam.
 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20412-mapim-lancar-rayuan-ramadhan-untuk-rohingya
  
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DesakboikotSukanSEAdiMyanmar/m/mArticle
 

[Islah-Net] Ramainya yang susah keliling kita tapi kita masih berseronok dan mengeluh

2013-06-29 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Kekadang kita tersentuh apabila di
dalam media didedahkan kesusahan mereka yang dibelenggu kemiskinan,
mereka yang dilanda konflik seperti umat Islam di Myanmar, Syria,
Gaza. Tersentuh hati kita membaca dan menonton laporan berita tadi.

Memang baik kita ambil berat mereka
yang memerlukan bantuan. Tapi disebabkan kesibukan kita entah dengan
apa-apa, kita terlepas pandang bahawa ada saudara mara kita dan jiran
tetangga kita yang susah.

Semalam saya sekeluarga melawat dua
pupu sebelah emak yang kemalangan motosikal. Agak parah
kemalangannya, dia telah menjalani pembedahan kepala untuk
mengeluarkan darah beku. Hampir separuh kepalanya dibedah dengan
lebih 40 jahitan, kini dia tiada lagi tempurung kepala. Beliau baru
semalam keluar hospital dan kini sedang menjalani proses pemulihan di
rumah yang doktor kata perlu masa setahun untuk pulih, tetapi tidak
seperti asal.

Dua pupu ini dari golongan yang susah,
bekerja biasa saja. Saya berharap saudara mara saya sebelah emak
dapat menziarahi dua pupu saya ini dan membantu ikut kemampuan
masing-masing, kalau tak dapat membantu dari segi kewangan, ziarah
pun sudah cukup. Kerana apabila kita ziarah mereka yang sakit,
beribu-ribu malaikat bersama kita.

Malamnya setelah selesai menghadiri
sesi taklimat isu jenayah semasa oleh pihak polis, saya bertanyakan
kepada jiran saya, hari tu dia kata jirannya dalam kesusahan,
perlukan tandatangan nazir masjid untuk dapat bantuan Baitul Mal
kerana anak lelakinya yang berusia 1 tahun lebih kini ICU di Hospital
Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung dan paru-paru. 

Jiran dia tadi hanya bekerja sebagai
pembantu kedai di taman perumahan berhampiran. Isterinya surirumah
sepenuh masa. Mereka tinggal di perumahan kos rendah dan mempunyai
seorang lagi anak perempuan 4 tahun. Siapa yang tak sayang anak.
Jiran dia tadi semenjak anaknya terlantar sakit dia terpaksa berulang
alik dari Seremban ke KL menaiki motosikal bersama isteri dan anaknya
yang berusia 4 tahun.  Dia terpaksa berhenti 5 kali dalam perjalanan
kerana anaknya yang 4 tahun tadi tertidur ketika dikendong isterinya.

Disebabkan dia tidak dapat bekerja
sepenuh masa sekarang ini, jiran dia tadi tidak dapat menjelaskan
pelbagai bil, dan terpaksa berhutang dengan majikannya untuk
keperluan hidup. Saya maklum kepada jiran saya, kalau jiran dia tadi
pulang supaya dapat maklum supaya kita boleh bantu apa yang boleh
sementara menantikan bantuan Baitul Mal atau JKM.

Sekali lagi, saya menyerulah kepada
jiran-jiran saya yang berkemampuan dari segi kewangan agar dapat
membantu jiran kita ini. Kalau tak mampu bantu dari segi kewangan,
kita ziarahlah kalau mampu pergi ke HKL, kalau tak mampu kita berdoa
agar Allah memudahkan urusan jiran kita yang kesusahan ini serta
membuka pintu hati jiran kita yang lain untuk membantu.

Jadi kepada kita yang rasa selesa, atau
rasa susah, atau rasa gundah gulana. Jenguk-jenguklah, cari-carilah
saudara mara kita, jiran tetangga kita yang jauh lebih susah daripada
kita.

Semoga ianya mendatangkan keinsafan
kepada kita semua agar kita sentiasa bersyukur dan bertaubat.

[Islah-Net] Kubur Tok Nungka Nangkir di Rembau

2013-06-28 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Rembau merupakan daerah yang penuh bersejarah. Tapi sayang ianya
dihargai oleh banyak pihak, bukan sahaja generasi kini, malahan mereka yang
bertanggung jawab memelihara dan memulihara khazanah negeri ini.
 
Kewujudan Makam Tok Nungka Nangkir tidak banyak diketahui
sejarahnya yang lebih jelas dan terperinci. Harap ada pihak yang dapat membuat
penyelidikan, pemeliharan serta pemuliharan makam ini.
 
Apakah Tok Nungka Nangkir ini sentiasa mengingatkan orang
kampung akan pertanyaan malaikat dalam kubur? 
 Gambar dan kisah lanjut mengenai Makam Tok Nungka
Nangkir di 
http://semerbok.blogspot.com/2012/12/makam-tok-nungka-nangkir-di-semerbok.html

[Islah-Net] Banyakkan muhassabah diri, jauhi persengketaan

2013-06-26 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Betullah kata Nabi SAW, orang yang bijak
ialah orang yang mengingati mati dan beramal untuk persediaan selepas mati
(lebih kurang maksudnya). Andaikata setiap 20 minit kita boleh terasakan 
kehadiran
Malaikat Izrail yang menjenguk kita samada masa kita sudah sampai bertemu
Ilahi, sudah pasti kita tak hendak bermusuhan dengan sesiapa, sentiasa
menasihati kawan dan lawan melakukan perkara yang baik, dan menasihatkan mereka
untuk menjauhi maksiat.
 
Tak ada masa nak tengok kelemahan orang
lain, sentiasa fikir bila kita nak mati, macamana cara kita nak mati, cukupkah
amalan kita, akan terampunkah dosa kita, redha kah ibu bapa kita?
 
Yang sihat 2-3 hari lalu kita jumpa, hari
ini dah bertemu Ilahi. Yang nak buat pemeriksaan jantung pula, mendapat berita
yang menggembirakan.
 
Itulah kerja Allah.
 
Hari ini saya dikejutkan dengan pemergian
Dr Abd Aziz Sabran. Beliau merupakan doktor kesihatan di UITM Kuala Pilah. 3
hari lepas saya jumpa beliau, begitu ceria sekali, beliau menceritakan mengenai
penglibatan beliau dalam NGO Sahabat Insani di Nilai, N.Sembilan yang
memperjuangkan pusat pendidikan Islam khusus untuk anak-anak OKU. Beliau
mengharapkan agar orang ramai lebih prihatin akan nasib anak-anak OKU ini .
 
Kepada mereka yang mengenali Dr Abd Aziz
Sabran, kepada mereka yang mampu, selain menghadiahkan Al Fatihah, agar dapat
membantu almarhum Dr Abd Aziz Sabran agar terdirinya kompleks Pusat Pendidikan
tersebut.
 
SMS terakhir beliau pada 24 Jun 2013 ialah
beliau meminta saya untuk mempromosi NGO Sahabat Insani ini yang saya tulis
sebelum ini di 
http://rozmal.blogspot.com/2013/06/pusat-pengajian-islam-khusus-untuk_2079.html 
 
Kepada sahabat dan rakan saya yang
bersengketa baik dalam parti apa sekali pun, marilah banyakkan mengingati mati,
pasti kita tidak ada masa untuk mengungkit-ungkit kisah silam.
 
Mohon share artikel ini, sekiranya ada
manafaatnya.

[Islah-Net] Jika kemalangan, jangan berhenti, terus ke balai polis buat repot

2013-06-26 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Melihatkan begitu banyak kes jenayah ketika ini dengan
pelbagai modus operandi, pelbagai senjata, pelbagai tipu helah dan sebagainya 
hanya
kepada Allah kita berserah dan bertawakal disamping kita mengambil langkah
berjaga-jaga serta bersiap siaga.
 
Selepas ini kalau ada kemalangan, jangan berhenti, terus ke
balai polis buat repot.
 
Hilang kereta dirempuh
Metro 27 Jun 2013
 
Kuala Lumpur : Seorang ahli perniagaan berputih mata apabila
keretanya dilarikan selepas dilanggar dua lelaki bersenjatakan parang ketika
mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di susur keluar Lebuh Raya Besraya
menghala Salak South, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, mangsa yang
berusia 43 tahun memandu kereta Honda Accord seorang diri apabila tiba-tiba
dilanggar sebuah kereta Toyota Vios dari belakang.
 
Menurut sumber, sebaik saja mangsa keluar dari kenderaannya,
dua lelaki bersenjatakan parang terus menerpa ke arahnya sambil mengacukan
senjata berkenaan dan mengarahkan mangsa menyerahkan semua barang berharga
miliknya.
 
“Seorang suspek kemudian masuk ke dalam kereta milik mangsa
sebelum memecut laju meninggalkan lelaki malang itu di tepi jalan,” katanya.
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hilangkeretadirempuh/Article/index_html
 
 
Makan lewat malam adalah tidak digalakkan kerana terdedah
kepada kes jenayah.
 
Disamun lepas makan
Metro 27 Jun 2013
 
Kuala Lumpur: Kegembiraan tiga sahabat selepas menikmati
makan malam di sebuah restoran bertukar malang apabila dipukul dan disamun enam
lelaki dalam kejadian di Jinjang, di sini, kelmarin. Kejadian jam 1 pagi itu
menyebabkan mangsa kerugian RM5,000 dan cedera di muka serta badan.
 
Sumber polis berkata, tiga mangsa berusia 20-an didatangi
enam lelaki yang memberhentikan motosikal di depan mangsa dan minta mereka
supaya tidak bergerak.
 
“Mangsa cuba melarikan diri ke arah kereta, namun tidak
sempat apabila enam lelaki bertindak ganas memukul mereka dengan besi dan
tangan.
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Disamunlepasmakan/Article/index_html 
 
Kemungkinan senapang angin digunakan dalam jenayah kejam
ini.
 
Suami rebah dibidik
Metro 27 Jun 2013
 
Gombak: Seorang lelaki mati selepas ditembak di kepala
sebelum dia rebah atas riba isterinya di depan rumah mereka di Taman Bukit
Permata, Taman Sri Gombak, di sini, semalam. Kejadian berlaku jam 7 pagi itu,
pengarah kanan operasi sebuah syarikat swasta berusia 46 tahun itu baru keluar
rumah untuk menghantar anaknya ke sekolah.
 
“Kami masih menunggu laporan perubatan kerana rawatan awal
menemui kepingan logam belakang kepala mangsa namun belum boleh disahkan sama
ada cebisan peluru atau tidak. “Pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak
menemui senjata dan tiada saksi awam yang melihat kejadian itu. Isteri dan anak
mangsa juga mendakwa tidak mendengar bunyi tembakan,” katanya.
 
Rahim berkata, siasatan lanjut, mangsa tidak mempunyai rekod
jenayah lampau dan usaha mengesan suspek giat dijalankan bagi mengenal pasti
motif kejadian.
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Suamirebahdibidik/Article/index_html 

[Islah-Net] Cubaan anggota keselamatan bunuh diri gagal

2013-06-25 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Statistik menunjukkan 11.3 peratus rakyat Malaysia atau
sekitar 3 juta orang menghidap sakit mental dengan 50,000 kes cuba bunuh diri
setahun. Namun tak ramai ambil peduli, amat malang ianya berlaku dalam sebuah
negara yang majoritinya umat Islam yang mempunyai banyak institusi agama dari 
KAGAT,
PERKIM, JAKIM, MAWIP, Tabung Haji dan seterusnya serta masjid-masjid yang
tersergam indah. 
 
Cubaan anggota keselamatan bunuh diri gagal
25 Jun 2013 
 
MUAR - Seorang anggota keselamatan yang mempunyai masalah
mental mengejutkan orang ramai di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di
sini apabila dia cuba terjun dari tangki air setinggi lebih 20 meter kira-kira
pukul 9 pagi tadi.
 
Bagaimanapun, cubaan lelaki yang berusia dalam lingkungan
50-an gagal apabila dia diselamatkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat
daerah ini.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Ariff Jili berkata,
pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 9.30 pagi dan bergegas ke tempat
kejadian dengan satu jentera bersama enam anggota. - KOSMO!
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013dt=0625pub=Kosmosec=Terkinipg=bt_18.htm
 

[Islah-Net] Jenayah pelajar, kenapa tak digesa buat solat jemaah, solat hajat?

2013-06-25 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kegiatan jenayah dan masalah disiplin di kalangan pelajar
sekolah semakin membimbangkan. Jika masalah jerebu kita kembali kepada Allah
dengan mengadakan Solat Istisqa’, kenapa tidak masalah jenayah di kalangan
pelajar sekolah kita kembali juga kepada Allah dengan memastikan guru-guru dan
para pelajar yang beragama Islam Solat Zuhur dan Asar berjemaah di surau
sekolah, dan dari masa ke semasa mengadakan Solat Hajat di dewan atau padang 
sekolah
agar masalah jenayah dan disiplin di kalangan pelajar sekolah berkurangan
disamping kita menggunakan teknologi moden dan terkini?
 
** 
Guna biometrik, poligraf di sekolah
 
25 Jun 2013 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian
Pendidikan bercadang melaksanakan penggunaan teknologi biometrik dan poligraf
di semua sekolah di seluruh negara bagi membendung kegiatan jenayah dan
perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar.
 
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd.
Zinin berkata, sebagai permulaan, sebanyak 230 buah sekolah menengah dan rendah
di negeri ini telah mengguna pakai sistem dikenali sebagai Sistem Pencegahan
dan Pemantauan Tingkah Laku Pelajar (SPPTP) itu.
 
Menurutnya, SPPTP dibangunkan oleh Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Kedah.
 
Meskipun kes-kes jenayah melibatkan pelajar masih
terkawal namun kita perlu ambil langkah pencegahan termasuklah dengan
pengenalan SPPTP yang dihasilkan secara inovasi oleh IPK Kedah.
 
Menerusi sistem itu pelajar yang bermasalah akan
diambil cap jari atau ciri-ciri fizikal lain seperti imbasan retina (anak
mata). Sekiranya terdapat kes tertentu, ujian poligraf juga boleh dijalankan
untuk mengesan pembohongan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan
sambutan Hari Inovasi PDRM 2013 di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Ibrahim di sini hari ini.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130626/dn_18/Guna-biometrik-poligraf-di-sekolah
 

[Islah-Net] Tidakkah jerebu juga tentera Allah?

2013-06-24 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Tidakkah jerebu juga tentera Allah?  
Subky Latif,   24 Jun
2013  
 
“Sebelum yang tidak beriman mendapat petunjuk, orang yang
beriman itulah yang mesti insaf dan taubat dulu.”
 
APAPUN kerosakan di laut, di darat dan di udara seperti
jerebu adalah justeru gatal tangan manusia, demikian kira-kira maksud ayat 41
surah ar-Rum.
 
Maka jerebu yang melanda Singapura, Malaysia dan apa lagi
Sumatera sebagai pusat punca yang mengeluarkan asap itu adalah hasil perbuatan
manusia rakus mahu memunggah kekayaan bumi Sumatera yang sebanyak-banyak secara
senang melakukan pembakaran.
 
Siapa manusia itu tidak penting, biarlah Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkannya.
 
Pembakaran yang mulanya untuk tujuan ekonomi telah bertukar
menjadi bala umum bagi sekurang-kurangnya tiga buah negara Asean berbentuk
asap. Asap yang banyak itu memenuhi udara menjadi jerebu siang sentiasa redup
dan di setengah tempat siang itu sentiasa seperti senja.
 
Tidakkah jerebu itu pula satu bentuk tentera Allah yang
dikirim-Nya bagi memberi amaran kepada manusia?
 
Seperti Allah menjadikan tentera-Nya dalam bentuk seekor
nyamuk bagi membinasakan Namrud, maka jundullah dalam bentuk jerebu itu adalah
amaran awal kepada kemaksiatan manusia dan ujian bagi orang yang amal soleh.
Bala untuk umat Muhammad SAW tidaklah membinasakan manusia seluruhnya seperti
yang dialami oleh umat sebelumnya, justeru janji Allah kepada baginda sebagai
pengirimannya adalah rahmat kepada seluruh, maka umatnya tidak akan mengalami
bala sepahit kaum Nuh, Aad, Tsamud dan lain-lain.
 
Tentera asap telah dirakamkan dalam al-Quran dalam surah
Ad-Dukhan, betapa asal tebal berkepul-kepul telah melanda bumi mengancam
musyrikin Makkah. Tentera asap itu bukan sekadar menyesakkan nafas manusia dan
boleh mendatangkan penyakit, malah asap atau jerebu itu, memanaskan udara
sekalipun redup, tetapi ia mengakibatkan kemarau bagi wilayah yang Allah hukum.
 
Apakah gara-gara yang dialami oleh kemarau? Tumbuhan dan
tanaman tidak menjadi. Ia menyempitkan rezeki manusia dan binatang. Manusia
putus minuman kerana tiada sumber air, putus bahan makanan kerana tanaman tidak
menjadi. Apabila binatang baik ternakan dan yang liar mati kelaparan, akhirnya
tiada apa yang manusia dapat makan kecuali pasir.
 
Tentera jerebu yang melanda tiga wilayah Asean itu mungkin
memulakan proses kiamat. Ia mungkin dapat diatasi atas penguasaan manusia atas
ilmu teknologi, dan atas doa orang-orang soleh, tetapi ia adalah ayat-ayat
Allah sebagai amaran kepada kerakusan manusia.
 
Orang yang melakukan pembakaran itu tentulah berdosa. Mereka
bukan sekadar dihukum Allah semasa di dunia dan di akhirat, kerajaan juga akan
menghukum mereka. Tetapi dosa mereka yang membakar itu menimpa lain-lain orang
yang tidak membakar dan orang yang tidak merebut kekayaan di Sumatera.
 
Orang miskin Singapura dan Malaysia tidak ada apa-apa
kepentingan dengan pembakaran di Sumatera itu, tetapi apakah dosa mereka, maka
mereka menerima azab dari kesan jerebu itu?
 
Pemimpin dan pemerintah ke tiga wilayah yang terlibat perlu
bertanya apakah dosa masyarakat masng-masing, dosa kerajaan dan dosa para
pemimpin itu sendiri menyebabkan Allah turunkan jerebu itu. Orang yang membakar
hutan itu adalah penyebab kepada jerebu itu, jerebu itu adalah bala yang Allah
turunkan berpunca dari pembakaran itu.
 
Kadang-kadang kebakaran bukan kerana ada pembakaran, tetapi
oleh gara-gara pembuangan puntung rokok. Apakah manusia selain dari menghukum
orang yang gatal tangan dan mengikhtiarkan kaedah mengatasinya, sedia muhasabah
akan sebab Allah turunkan bala itu?
 
Pakar teknologi boleh menanam benih awan  dan hujan, orang soleh boleh solat 
minta
hujan, tetapi apa peranan ulama dan sekalian orang yang beriman menyampaikan
dakwah, bahawa jerebu itu bukan sekadar gara-gara Riau terbakar, tetapi ia
adalah mesej Allah supaya manusia kembali kepada ajarannya. Sebelum yang tidak
beriman mendapat petunjuk, orang yang beriman itulah yang mesti insaf dan
taubat dulu.
 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/20266-tidakkah-jerebu-juga-tentera-allah
 

[Islah-Net] JAS perlu salur info IPU jerebu lebih kerap

2013-06-24 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Buat masa ini laman web Jabatan Alam Sekitar menyalurkan
maklumat IPU (Indeks Pencemaran Udara) hanya 3 kali sehari , iaitu bacaan pada
jam 7 pagi, 11 pagi dan 5 ptg. Memandangkan keadaan jerebu tidak menentu yang
boleh berubah setiap jam secara mendadak adalah perlu Perdana Menteri
mengarahkan Jabatan Alam Sekitar agar menyalurkan maklumat IPU ini lebih kerap.
 
Maklumat IPU ini di kawasan yang tidak sihat, amat tidak
sihat dan berbahaya juga perlu disalurkan kepada mereka yang berada di kawasan
yang terlibat melalui SMS secara percuma memandangkan ramai yang tiada
kemudahan akses internet dan adakalanya laman web Jabatan Alam Sekitar sukar
diakses. 

[Islah-Net] Masalah jerebu dedahkan kelemahan kita mengurus bencana

2013-06-24 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Kita di sini termasuklah pemimpin, kerajaan dan rakyat, tak
kiralah parti apa sekali pun. Masalah jerebu yang melanda negara membuka pekung
di dada kita semua. Nak isytihar darurat di Muar, kita kena tunggu Indeks
Pencemaran Udara yang dibuat 3 kali sehari pada jam 7 pagi, 11 pagi dan 5
petang. Sedangkan di negara barat walaupun tiada jerebu mereka diwajibkan untuk
membuat bacaan IPU setiap jam.
 
JAS baru nak buat bacaan setiap jam atas permintaan orang
ramai, bukan sebagai SOP atau bukan sebagai peraturan dari mana-mana akta sedia
ada. Betapa tidak prihatinnya kita dari rakyat sampailah ke pemimpin tertinggi
negara masalah alam sekitar. 
 
Untuk mengurangkan pencemaran udara bukan setakat tidak
membakar sampah dan tidak merokok tapi banyak perkara lain perlu dilakukan. 
 
Adakah kita selalu servis kenderaan kita supaya ekzos tidak
berasap? Adakah kita mengamalkan kitar semula apabila buang sampah di rumah,
asingkan yang botol, plastik, kertas, supaya pekerja yang kutip sampah boleh
jual semula sampah ini untuk duit tambahan mereka dalam pada masa yang sama
mengurangkan sampah yang tidak dikitar semula? 
 
Apa pula SOP untuk Darurat Jerebu? Semua kilang, kedai,
restoran tutup? Tiada siapa boleh berada di stadium, padang bola, konsert?
Tidak boleh pergi masjid, surau? Apa hukuman mereka yang melanggar perintah
darurat? Siapa pula yang akan menguatkuasa perintah darurat ini, polis,
tentera, bomba, penguatkuasa PBT?
 
Ini baru Darurat Jerebu, belum lagi Darurat Nuklear, Darurat
Gas Beracun dan sebagainya yang kita mohon pada Allah agar dijauhkan. 
 
*** 
 
How are fine particles measured?
 
Every hour of every day, air quality is being measured
around the country by automated continuous monitors. This is because the UK
Government is legally required to measure air pollution by the European Union.
The EU, through legislation called Directives, requires the countries of Europe
that are members to measure and improve air quality. 
 
In the UK the most common way of measuring PM10 and PM2.5
automatically is to use an analyser called a TEOM (Tapered Element Oscillating
Microbalance).
 
Air is sucked in through a sampling head, which is designed
to stop large particles entering the device (for instance a PM10 sampling head
will only allow particles with a diameter less than or equal to 10 microns).
Some of the air then passes through the device and onto a filter that sits on a
vibrating quartz rod (this is the oscillating microbalance part).
 
*** 
 
Jerebu: JAS Akan Kemas Kini Bacaan Kualiti Udara Setiap Jam 
Jun 25, 2013 MYT 10:49:00 AM 
 
PETALING JAYA: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akan
dikemaskinikan setiap sejam.
 
Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Halimah
Hassan berkata, bacaan itu akan boleh didapati di laman web Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar dan akan dibuat untuk paparan di portal JAS tidak lama
lagi.
 
“Kami akan memaklumkannya setiap jam berikutan permintaan
orang ramai,” katanya.
 
http://care4air.org/archive/yp_measuring_air_pollutants.html 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/25/mstar_berita/20130625104802sec=mstar_berita
 

[Islah-Net] Syaaban Diraikan, Ramadhan Dinantikan

2013-06-23 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
KULIAH AGAMA
Oleh Ustaz Mohd Fuad Othman
Tarikh : 28 Jun 2013, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat : Teratak Amal, Kg Bongek, Rembau
 
Semua dijemput hadir
 
“Sya'aban Diraikan, Ramadhan  Dinantikan”

[Islah-Net] Pusat Pengajian Islam khusus untuk golongan OKU

2013-06-23 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


PERSATUAN KEBAJIKAN SAHABAT INSANI MALAYSIA (No. Pendaftaran
5526-11-NSE) - Pusat Pengajian Islam Golongan Berkeperluan Khas - Masalah
Pendengaran, Penglihatan Dan Pembelajaran
 
Persatuan Kebajikan Sahabat Insani Malaysia ditubuhkan
dengan matlamat asas untuk menyuburkan pendidikan Islam, kebajikan dan dakwah
dalam kalangan golongan kelainan upaya (masalah pendengaran, masalah
penglihatan dan masalah pembelajaran) sebagai fokus utama. 
 
Antara matlamat penubuhan persatuan dan aktiviti-aktiviti
yang dirancang adalah berdasarkan rasional berikut :
 
i. Golongan bermasalah pendengaran amat lemah dalam
penguasaan asas agama ; pengetahuan akidah dan ibadah yang amat lemah ( tidak
mengetahui kalimah syahadah, tidak mengetahui Allah dan keesaanNya, tidak
mengetahui asas kewajipan dan sah solat serta puasa, persoalan bersuci termasuk
wuduk, mandi wajib dan najis serta batasan aurat)
 
ii. Golongan bermasalah penglihatan amat lemah dalam
penguasaan bacaan al-Quran
 
iii. Kekurangan kelas pengajian awam dan pendakwah-pendakwah
yang mampu mengajar dan tempat untuk mereka mendalami agama. Golongan ini hanya
berpeluang mempelajari agama melalui pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah
rendah dan menengah yang telah dimaklumi batas waktu yang terhad dengan
pelbagai kekangan. Selepas tamat persekolahan, peluang untuk mendalami agama
hampir tertutup disebabkan tiada tempat belajar. Ketiadaan kelas pengajian awam
dan pendakwah-pendakwah yang mampu mengajar mereka disebabkan tidak mempunyai
kemahiran untuk berkomunikasi terhadap golongan masalah pendengaran (mengetahui
bahasa isyarat) dan kekurangan prasarana yang membantu untuk golongan masalah
penglihatan.
 
iv. Tiada pusat pengajian lanjutan selepas alam persekolahan
bagi golongan bermasalah pendengaran dan penglihatan untuk mendalami agama
 
v. Tumpuan pihak-pihak yang terlibat dengan OKU hanya
memberi penekanan aspek kemahiran hidup sahaja
 
vi. Persatuan ini berusaha untuk mengurangkan golongan buta
asas agama dalam kalangan OKU
 
vii. Amat kurang organisasi-organisasi Islam dan NGO-NGO
Islam memberi tumpuan terhadap pendidikan Islam dan dakwah terhadap golongan
minoriti yang terdiri daripada golongan OKU
 
Dalam usaha untuk mengumpul dana bagi menampung kos
pembinaan Kompleks Pendidikan Sahabat Insani (KPSI) ini, Sahabat Insani
Malaysia merayu dan memohon mana-mana pihak yang sudi tampil membantu Sahabat
Insani Malaysia dengan apa jua bentuk bantuan sekalipun.
 
Tapak Pusat Pendidikan Sahabat Insani terletak di Lot No.
11995, Jijan, Mukim Labu, Seremban, Negeri Sembilan. 
 
Persatuan ini bergerak tanpa mendapat dana daripada
mana-mana agensi amat berharap kepada sumbangan daripada dermawan bagi
membiayai dan merealisasikan hasrat murni ini.
 
Segala sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank:
No. Akaun: 1230574100 
Bank: CIMB Islamik Bank Cawangan Bandar Baru Salak Tinggi
Atas nama: Tabung Pembangunan Pusat Pendidikan Sahabat
Insani 
 
Untuk maklumat lanjut sila layari :
www.sahabatinsani.com
http://pusatpendidikansahabatinsani.blogspot.com 
Facebook : Sahabat Insani Malaysia
 
Alamat :
No. 76, Jalan DK 3/7, 
Desa Kasia, 71800 Putra Nilai, 
Negeri Sembilan
No. Telefon: 019-6562151 

[Islah-Net] Wabak Malaria, pekerja asing pula dipersalahkan

2013-06-23 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Nampaknya pekerja asing membawa pelbagai penyakit. Adakah undang-undang
negara ini terlalu longgar sehingga menyebabkan peningkatan kes demam malaria
dan TB (Batuk Kering) atau terdapat unsur rasuah dalam pelaksanaan
undang-undang kemasukan serta kawalan pekerja asing? Sepupu saya yang sebelum
ini dijangkiti malaria berkata berkemungkinan terdapat warga asing yang
mengambil gaharu liar dalam hutan sekitar Rembau.
 
Pekerja asing didakwa menjadi punca malaria merebak di
Kampung Sungai Rual
 
23 Jun 2013 - Kehadiran ramai pekerja asing dalam sektor
pembalakan didakwa menjadi punca berlaku wabak malaria di penempatan Orang Asli
di Kampung Sungai Rual di sini bulan lalu.
 
Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata,
jangkitan tersebut berpunca daripada pekerja asing berkenaan yang terlebih
dahulu diserang malaria ekoran terdedah pada gigitan nyamuk di dalam hutan.
 
Katanya, analisis yang dilakukan pasukan perubatan daripada
Jabatan Kesihatan negeri mendapati, beberapa pekerja balak telah menghidap
malaria sebelum merebak menjadi wabak menyebabkan 112 penduduk Orang Asli
terpaksa ditahan di Hospital Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Pasir Mas.
 
Sebelum ini tidak pernah berlaku malaria di sini dan
analisis yang dilakukan oleh pegawai kesihatan Jeli mendapati jangkitan asal
adalah daripada pekerja asing di sektor pembalakan, katanya.
 
Mustapa berkata, wabak malaria yang melanda kampung itu
bagaimanapun sudah pulih namun langkah-langkah pencegahan akan diteruskan
termasuk mengesan beberapa pekerja asing yang dikatakan telah melarikan diri.
 
Saya difahamkan semua pekerja asing itu sudah
melarikan diri apabila siasatan mendapati mereka menjadi punca jangkitan.
Mereka tidak dapat dikesan lagi, malaria sudah lama tiada di Malaysia tetapi
kerana ada pekerja asing, penyakit itu muncul kembali.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130624/dn_15/Pekerja-asing-didakwa-menjadi-punca-malaria-merebak-di-Kampung-Sungai-Rual
 

[Islah-Net] Ribut Bebinca pula dipersalahkan isu bala jerebu

2013-06-22 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Memang betullah wujud ribut tropika
Bebinca ini yang memburukkan lagi bala jerebu di Malaysia pada ketika
ini. Tapi siapa pula yang mencipta ribut Bebinca ini, siapa pula yang
suruh ribut Bebinca ini tertumpu di Muar, tempat berlakunya kes
pelatih PLKN lahir bayi dalam tandas?

Ribut tropika Bebinca jadi punca
22 Jun 2013 

KUALA LUMPUR – Krisis jerebu yang
melanda negara sejak minggu lalu terutama di Johor kini semakin buruk
apabila 475 buah sekolah di empat lagi daerah di negeri itu terpaksa
ditutup semalam. Krisis tersebut dijangka berterusan sehingga Rabu
depan. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), ia berpunca
daripada ribut tropika Bebinca yang bertiup dari arah barat daya. 

** 
Kualiti Udara Muar Sangat Berbahaya,
Catat IPU 453 
Sabtu Jun 22, 2013 MYT 8:46:16 PM 

MUAR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di
Muar mencapai tahap amat berbahaya pada pukul 4 petang ini dengan
bacaan 453, semakin merosot berbanding 373 yang direkod pada 11 pagi
Sabtu. Pengerusi Bencana Alam (Pencemaran Udara dan Jerebu) Daerah
Muar Abdul Rahman Mohamed Dewam berkata kualiti udara di daerah itu
mencatat kemerosotan sejak awal pagi dengan bacaan IPU 276 pada 7
pagi, 312 (8 pagi), 338 (9 pagi) dan 360 (10 pagi).

* 

Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan
angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan
rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan
mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering
kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami
keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan.
Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang
yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran
daripadanya). (Al-A'raaf 7:57) | 

 

PELATIH PLKN SRI LEDANG LAHIR BAYI
DALAM TANDAS

MUAR 19 Jun 2013 - Seorang remaja yang
sedang menjalani latihan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Sri Ledang di Jementah, dekat sini melahirkan seorang bayi lelaki di
tandas kem berkenaan sebelum bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia
hari ini. Remaja berusia 18 tahun bersama anaknya yang cukup sifat
itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini. Dia
dipercayai berasal dari sebuah kawasan Felda di Kulaijaya dan
dikatakan memasuki PLKN tersebut pada April lalu serta dijadualkan
akan menamatkan latihan beberapa hari lagi.


[Islah-Net] Teks Khutbah Jumaat yang tidak mengikuti perkembangan semasa

2013-06-21 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Ingatkan teks khutbah Jumaat hari ini nak menceritakan
mengenai bala jerebu yang melanda negara, atau bala kencing tikus yang semakin
menjadi-jadi atau gejala bayi lahir dalam tandas di Kem PLKN atau pun persiapan
Ramadhan menyemarakkan Sya’aban. 
 
Rupanya-rupanya tajuk teks khutbah Jumaat hari ini yang diedar
seluruh Malaysia yang diseragamkan oleh JAKIM bertajuk “PERANAN PENGGUNA
MEMPERKASA EKONOMI” bersempena dengan sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan  pada 
bulan Jun ini.

[Islah-Net] Nyamuk dan lalat adalah kawan kita, penyelamat dunia

2013-06-21 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Baru-baru ini beberapa pakar penyelidik telah memberi
syarahan di Sarawak mengenai kepentingan nyamuk dan lalat dalam kehidupan
manusia dan alam ini. Apa yang menarik ialah kata-kata Dr Takao Kazawa dari
Kanazawa University iaitu : “Lalat sentiasa menjadi kawan kita. Banyak telah
saya pelajari daripada lalat dan menyedari tidak ada satupun kehidupan di bumi
ini tidak berguna kepada biodiversiti dalam ekosistem kita”.
 
Apa yang dikatakan oleh Dr Takao bahawa tiada satu pun
makhluk di dunia ini yang dijadikan di alam ini sia-sia sudah dinyatakan dalam
al Quran dalam surah A-li'Imraan. 
 
Malahan lalat dan nyamuk disebut sekali saja dalam al Quran
dalam surah Al-Hajj dan surah Al-Baqarah, dimana dalam ayat tersebut menyuruh
kita mendengar bersungguh-sungguh apabila dibuat perbandingan nyamuk dan lalat
ini. 
 
Menariknya Allah telah menyebut dalam al Quran orang kafir
akan mengkaji kejadian alam ini seperti berikut ; “kalau orang-orang yang
beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan
mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah
maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?”
 
Saya bukan ahli tafsir, bukan ustaz. Mohon para ustaz,
pendakwah menghuraikan topik ini. Kalau saya silap, maafkan saya.
 
Tak yakinkah lagi kita dengan Al Quran, tak yakinkah kita
dengan hukum Allah, tak yakin lagikah kita dengan Hadith? Adakah kita masih
takut untuk memperkatakan apa yang benar, walaupun kepada pemerintah? 
 
Nyamuk, lalat penting dalam ekosistem, kehidupan manusia
June 20, 2013
 
Saintis Etomologi (Bersara) di Institut Kebangsaan Penyakit
Berjangkit (NIID) Tokyo Jepun Dr Hiromu Kurahashi berkata, kajiannya terhadap
satu kumpulan spesies lalat ‘carrion flies’ (lalat memakan bangkai) mendapati
lalat itu memainkan peranan penting dalam bidang perubatan dan forensik.
 
Menurutnya sifat lalat ini (carrion fly) yang agresif dengan
larvanya sangat aktif memakan bangkai reput dan merupakan parasit aktif di
dalam badan serangga atau binatang kecil lain menjadikannya ejen penting dalam
proses kitar semula sumber-sumber protein dalam ekosistem.
 
“Misalnya larva lalat ini dengan cepat memakan bangkai reput
di dalam hutan.
 
“Ia menjadi mangsa kepada burung atau binatang kecil atau
serangga lain malah ada kalanya menjadi makanan manusia.
 
“Adakah anda menghormati lalat? Tanpa kita sedari larva
lalat bekerja keras setiap hari untuk memastikan bumi kekal bersih,” katanya
ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk ‘Carrion Flies Sebagai Mahkluk
Penting Ekologi di Atas Bumi’ pada ceramah awam anjuran Jabatan Muzium Negeri
Sarawak (JMNS) semalam.
 
Beliau menambah, lalat juga berperanan sebagai ejen
pendebungaan dan ia terbukti dalam sektor perladangan mangga di Jepun.
 
“Lalat sentiasa menjadi kawan kita malah pada masa akan
datang apabila kita menjelajah ke ruang angkasa atau planet lain.
 
“Banyak telah saya pelajari daripada lalat dan menyedari
tidak ada satupun kehidupan di bumi ini tidak berguna kepada biodiversiti dalam
ekosistem kita,” katanya.
 
“Apa yang selebihnya mereka lakukan? Adakah mereka hidup
tanpa sebarang hubungan dengan kehidupan manusia? 
 
“Dalam kalangan spesies itu larva beberapa spesies nyamuk
sangat membantu dalam kehidupan kita,” katanya.
 
Menurutnya. nyamuk spesies ‘toxorhynchites’ mempunyai larva
yang bersifat pemangsa yang akan memakan larva spesies lain.
 
http://www.theborneopost.com/2013/06/20/nyamuk-lalat-penting-dalam-ekosistem-kehidupan-manusia/
 
 
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan
keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah
semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan
mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
(A-li'Imraan 3:190-191) 
 
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal
perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya
mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali
akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk
membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak
dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang
meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada
menunaikannya).
(Al-Hajj 22:73)
 
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa
sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana
perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka
akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau
orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah
membuat perbandingan dengan ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak

[Islah-Net] Semalam pelatih PLKN lahir bayi, hari ni Muar dilanda jerebu teruk

2013-06-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Udara Muar paras bahaya, sekolah ditutup
 
20 Jun 2013 - Kualiti udara di Muar, Johor memasuki paras
bahaya akibat jerebu, menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini. 
Bacaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada jam 7 pagi tadi mencatatkan angka 331.
Bacaan melebihi 301 dianggap berbahaya dan melepasi 201 pula sangat tidak
sihat.
 
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar hari ini mengarahkan
sekolah ditutup hari ini dan esok.
 
Johor hari ini paling teruk menghadapi jerebu. 
 
PELATIH PLKN SRI LEDANG LAHIR BAYI DALAM TANDAS
 
MUAR 19 Jun 2013 - Seorang remaja yang sedang menjalani
latihan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sri Ledang di Jementah,
dekat sini melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan sebelum bayi
tersebut dilaporkan meninggal dunia hari ini.
 
Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu difahamkan dilahirkan
di tandas berkenaan kira-kira pukul 3 pagi sebelum kejadian itu disedari
pengurusan kem yang kemudian membawa ibu bayi terbabit bagi mendapatkan rawatan
selain membuat laporan polis.
 
Remaja berusia 18 tahun bersama anaknya yang cukup sifat itu
dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini. Bagaimanapun bayi
tersebut disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba untuk rawatan.
 
Dia dipercayai berasal dari sebuah kawasan Felda di
Kulaijaya dan dikatakan memasuki PLKN tersebut pada April lalu serta
dijadualkan akan menamatkan latihan beberapa hari lagi.
 
http://www.malaysiakini.com/news/233425
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130619/je_09/Pelatih-PLKN-Sri-Ledang-lahir-bayi-dalam-tandas
 

[Islah-Net] Dah 10 tahun PLKN, masih tak selesai isu pelatih hamil

2013-06-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Bukan 1 tahun Program Latihan Khidmat Negara dijalankan. Dah
hampir 10 tahun dengan belanja beratus juta ringgit, tapi masih tak boleh
selesai masalah remaja hamil, terutama pelatih PLKN. Baru sekarang nak buat
peraturan ujian kehamilan pelatih ! 
 
JLKN Bincang Dengan Kementerian Pertahanan Wujud Peraturan
Ujian Kehamilan Pelatih 
 
20 Jun 2013 
 
KUANTAN: Pengurusan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
akan berbincang dengan Kementerian Pertahanan bagi mewujudkan peraturan
mewajibkan setiap bakal pelatih wanita menjalani ujian kehamilan sebelum
menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
 
Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata
peraturan itu amat penting untuk dilaksanakan bagi mengelak kes pelatih hamil
tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan sebelum menyertai program berkenaan
dan seterusnya bersalin di dalam kem.
 
Beliau berkata perkara itu perlu dibawa kepada pihak atasan
terutamanya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana ia
melibatkan banyak agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 
Perkara ini perlu diputuskan di peringkat kerajaan dan
bagi kami ia amat mustahak dilakukan kerana perlu pastikan pelatih yang
mengikuti program tidak berdepan sebarang masalah, katanya kepada
pemberita selepas menutup PLK NKumpulan 2 Siri 10/2013 di Kem PLKN Kampung 
Hijrah,
Penor, dekat sini, Khamis.
 
Beliau berkata walaupun terdapat peraturan pemeriksaan
kesihatan terhadap bakal pelatih namun ia bukanlah wajib dilakukan dan ujian
kehamilan tiada dalam peraturan itu.
 
Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan ketiadaan ujian
kehamilan itu juga menjadi antara faktor berlakunya kes seperti di Kem PLKN Sri
Ledang di Jementah, Segamat.
 
Dalam kejadian semalam, seorang remaja yang sedang menjalani
latihan di kem itu melahirkan seorang bayi lelaki di tandas kem berkenaan
sebelum bayinya dilaporkan meninggal dunia.
 
Difahamkan bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan
di tandas berkenaan kira-kira pukul 3 pagi sebelum kejadian itu disedari
pengurusan kem yang kemudian membawa ibu bayi terbabit bagi mendapatkan rawatan
selain membuat laporan polis.
 
Pelatih itu kini selamat dan saya telah meminta
siasatan lanjut kes dibuat dan segerakan laporan itu untuk kita melihat latar
belakang bagaimana kes itu boleh berlaku dan sebagainya.
 
Oleh kerana kes ini sudah jadi kes polis, saya tidak
mahu ulas panjang kerana perlu hormati perjalanan kes dan keluarga keluarga
mangsa, biarlah polis dan pihak kami siasat dengan terperinci, kata Abdul
Hadi.
 
Dalam pada itu, beliau berkata semua aktiviti fizikal
hendaklah dilaksanakan di dalam dewan di semua kem di negeri yang menghadapi
masalah jerebu yang teruk bagi memastikan keadaan kesihatan pelatih terjaga dan
selamat.
 
Katanya kesemua kem di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor
(kecuali Kem PLKNSri Ledang) diarahkan mematuhi peraturan itu selepas Indeks
Pencemaran Udara mencatatkan bacaan melebihi 100. - BERNAMA
 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/20/mstar_berita/20130620142020sec=mstar_berita
 

[Islah-Net] Kepada yang sudi menaja pelajar cemerlang ini ke Mesir

2013-06-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Adik Siti Nuratiqah bt Sufien dari Bandar
Seremban Selatan telah mendapat keputusan cemerlang iaitu Pangkat Mumtaz Sijil
Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012 semasa di Maahad Muhammadi Perempuan,
Kelantan, sekolah terbaik peratus kelulusan STAM 2012.
 
Adik Siti Nuratiqah bt Sufien telah
mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke University Zagazig, Mesir dalam
Bidang Perubatan bermula September 2013. 
 
Yuran pengajian untuk tahun pertama ialah
USD2,000. Manakala untuk tahun kedua hingga tahun keenam ialah USD8,000 untuk
setiap tahun. 
 
Biasiswa atau tajaan pengajian hanya akan
dapat diperolehi semasa tahun kedua pengajian. Oleh itu beliau amat memerlukan
sumbangan untuk membantu untuk kos pendaftaran, kos pengajian tahun pertama
serta lain-lain kos yang berkaitan. 
 
Ibu beliau bekerja sebagai guru di sebuah
sekolah rendah agama di Seremban.
 
Kepada mereka yang ingin menaja atau memberikan
sumbangan sila salurkan ke akaun berikut :
 
Siti Nuratiqah bt Sufien
BSN : 0310041000177627
 
Noor Yati bt Hamdan
Bank Islam : 05012020412822
        
Atau boleh menghubungi ibu beliau Puan Noor
Yati bt Hamdan , 017-2748499 , noorya...@gmail.com 
 
Maklumat lanjut mengenai surat tawaran,
sijil pelajar cemerlang STAM 2012 dan surat rayuan mohon sumbangan di 
http://yam-ns.blogspot.com/2013/06/kepada-yang-sudi-menaja-pelajar.html 
 
LAPORAN KEPUTUSAN SIJIL TINGGI AGAMA
MALAYSIA (STAM) 2012     
 
Seramai 1825 orang pelajar Yayasan Islam
Kelantan telah mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2012.   
   
 
Peratus kelulusan penuh ialah 68.22%
berbanding 66.61% pada tahun 2011, meningkat sebanyak 1.61%.      
 
Daripada jumlah calon 1825 orang,
pencapaian mengikut pangkat sebagaimana berikut :-    
- Pangkat Mumtaz seramai 115 orang calon    
- Pangkat Jayyid Jiddan seramai 360 orang
calon   
- Pangkat Jayyid seramai 629 orang calon   
- Pangkat Maqbul seramai 141 orang calon     
 (
Keseluruhan yang layak mendapat sijil seramai 1245 orang calon )     
 
Seramai 115 orang memperolehi pangkat
mumtaz berbanding 97 orang pada tahun 2011 ( bertambah 18 orang)     
 
SEKOLAH TERBAIK (MENGIKUT PERATUS
KELULUSAN)      
a.Sekolah Kawalan      
1. Maahad Muhammadi Perempuan   97.78%     
2.Maahad Muhammadi lelaki 90.77%     
3.Kolej YIK 80.23%    
             
b.Sekolah Kerajaan Negeri (Maahad)      
1.Maahad Pengajian Islam 85.56%      
2.Maahad Muhammadi Tumpat 82.61%      
3.Maahad Yaakubiah, Nipah   77.11%     
         
c.Sekolah Bantuan Kerajaan (SMU(A))      
1.SMU(A) Meheliah Geting   72.58%     
2.SMU(A) Taqaddum Maarif 56.25%     
3.SMU(A) Tarbiah Mardhiah Panchor 53.51%   
         
SENARAI PELAJAR YANG MENDAPAT PANGKAT
MUMTAZ STAM 2012      
MAAHAD MUHAMMADI (P)                 
20 . SITI NURATIQAH BT SUFIEN   
 
http://yik.edu.my/v2/slotkhas/keputusan    

[Islah-Net] Lagi maut akibat kencing tikus, mari kita bertaubat

2013-06-19 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Nampaknya wabak bala kencing tikus di Malaysia ini makin
menjadi-jadi. Menurut hadith antara punca turun bala apabila banyak kes buang
bayi dan anak zina. Marilah kita banyak bertaubat, melakukan amar maaruf nahi
munkar, serta sentiasa menjaga kebersihan persekitaran kita terutama di tempat
awam, taman rekreasi serta kawasan air terjun.  
 
Pelajar sekolah mati selepas dijangkiti kencing tikus
 
19 Jun 2013 - Seorang pelajar Maahad Tahfiz Darul Anuar,
Pulau Melaka di sini meninggal dunia semalam akibat terkena jangkitan virus
kencing tikus (Leptospirosis) selepas mengikuti perkhemahan pada bulan lepas di
Bukit Bakar, Machang. 
 
Sheikh Mohd Alif Sheikh Mohd Fauzi, 17, dimasukkan ke
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, pada 30 Mei
lalu berikutan demam yang dihidapinya selepas perkhemahan tersebut. 
 
Mohd Alif meninggal dunia kira-kira pukul 9 pagi
semalam dan dikebumikan di kampung ibunya di Kampung Gong Pasir, Dungun,
Terengganu pada hari sama, katanya. 
 
Sementara itu, Pengarah HUSM Kubang Kerian Datuk Dr Zaidon
Kamari dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini
mengesahkan mengenai kematian pelajar tersebut akibat virus jangkitan kencing
tikus. 
 
Hadith Nabi : 
 
“Sentiasalah umatku dalam kebaikan selama belum meluas dalam
kalangan mereka anak zina. Kalau sudah ramai dalam kalangan mereka anak-anak
zina, maka segeralah mendapat azab dan malapetaka yang bermacam-macam.” -
Hadith Riwayat Ahmad dan Tabrani
 
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130619/je_13/Pelajar-sekolah-mati-selepas-dijangkiti-kencing-tikus
 

[Islah-Net] Bangau Oh Bangau, lebih baik jadi ular

2013-06-19 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


JKKK kata bukan bidang kuasanya, KRT Rukun Tetangga pula
tiada penyelesaiannya. 
Baik jadi ular ! 
 
Risiko rumah tepi padang
 
20 Jun 2013  KUALA
PILAH – Penduduk di Rumah Rakyat Juasseh, di sini memohon jasa baik pihak
terbabit untuk membina pagar pengadang di padang awam taman berkenaan bagi
keselamatan penduduk terutama yang tinggal di persekitaran padang ini.
 
Ini berikutan terdapat rungutan diterima daripada penduduk
mengatakan sering terjadi kerosakan harta benda dan peralatan akibat terkena
bola sepak yang dimain belia pada waktu petang.
 
Penduduk, Mohd Izwan Lokman, 29, berkata, padang bola di
taman itu sering menjadi tumpuan belia sekitar kawasan Juasseh untuk
melaksanakan aktiviti riadah pada setiap petang.
 
Menurutnya, penduduk pernah mengajukan permohonan untuk
membina pagar pengadang ke pihak berkaitan beberapa tahun dahulu tetapi pihak
tersebut memaklumkan ia adalah tanggungjawab pihak Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK).  
 
 Kami sudah pun
bertemu dengan pihak JKKK tetapi mereka memaklumkan perkara ini bukan bidang
kuasanya, katanya.
 
Justeru itu katanya, untuk mengelakkan masalah ini
berterusan, golongan belia sudah mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong
membina pagar pengadang di kawasan padang bola.
 
Pengadang dibina berhampiran surau taman yang sering
mengalami kerosakan teruk akibat terkena bola.
 
“Kami menggunakan tiang lampu sumbangan Tenaga Nasional
Berhad (TNB) yang secara kebetulan sedang membuat pertukaran tiang lampu kayu
kepada tiang lampu batu manakala jaring adalah sumbangan individu daripada
penduduk taman,” katanya.
 
Bagaimanapun, katanya, keadaan tiang pagar tersebut sudah
mula reput dan jaringnya banyak yang koyak.
 
Kami sangat berharap agar ada yang lebih baik dan
sempurna seperti yang terdapat di padang awam Kampung Selaru di mana padang itu
memiliki pagar yang tinggi bagi mengelakkan bola tersasar ke kawasan
perumahan, katanya.
 
Selain itu, Lau Tack Meng, 56, berkata, rumahnya juga pernah
mengalami kerosakan akibat terkena bola.  
 
Pada awal tahun lalu, lampu di bahagian hadapan rumah
pecah. Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan belia. Lagipun ini
satu-satunya padang bola yang terdapat di sini.
  
Jalan penyelesaian perlu dicari bagi menangani masalah
ini. Malah, saya pernah ajukan masalah ini ketika mesyuarat Kawasan Rukun
Tetangga (KRT) pada 2008 dan 2009, tetapi masih tiada penyelesaian,
katanya.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/risiko-rumah-tepi-padang-1.173678 

[Islah-Net] Wabak denggi dan kes malaria di Seremban

2013-06-18 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Info dari Jabatan Kesihatan N.Sembilan
 
Laporan 15 JUN 2013 MINGGU 23
 
Jumlah kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan pada tahun
2013 adalah sebanyak 253 kes iaitu 251 kes Demam Denggi dan 2 kes Demam Denggi 
Berdarah. 
 
Terdapat peningkatan kes denggi sebanyak 29.7% berbanding
tempoh yang sama tahun 2012. Tiada kematian akibat denggi dilaporkan sehingga
minggu ke 23 tahun 2013.
 
LOKALITI WABAK DENGGI
 
Pada minggu ke 23, ada 1 lokaliti wabak baru dilaporkan di
Negeri Sembilan iaitu di Taman Ampangan Seremban yang melibatkan 3 kes. Wabak
yang masih aktif ialah di Bandar Seremban Selatan Fasa 3 yang melibatkan 4 kes.
 
MALARIA
 
Terdapat 1 kes Malaria dilaporkan pada minggu ke 23 di
daerah Seremban. Kes tersebut diklasifikasi sebagai zoonosis iaitu jangkitan
dari spesis Plasmodium knowlesi.
 
PENYAKIT CEGAHAN VAKSIN
 
Pada 4 Jun 2013, PKD Seremban telah mendapat laporan
kejadian demam dan ruam di PLKN Sri Perkasa Mantin. Hasil siasatan menunjukan
bahawa terdapat 7 orang pelatih (2.3%) yang semuanya lelaki telah hadir dengan
gejala demam dan ruam daripada 308 pelatih. Oleh kerana kluster demam dan ruam
ini melibatkan remaja, pelatih lelaki dan berlaku di institusi, kluster ini
akan diklasifikasikan sebagai kluster disyaki rubella. Tindakan kawalan dan
pencegahan akan dilakukan berdasarkan kluster disyaki rubella. Golongan
berisiko seperti wanita mengandung akan dipastikan pendedahan yang minima
kepada kes-kes dan kontak terdekat.
 
Sumber http://pasns.blogspot.com/2013/06/wabak-denggi-di-seremban-dan-kes.html

[Islah-Net] Tikus makin banyak atau rakyat Malaysia makin pengotor?

2013-06-18 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


BASUH DAHULU TIN SEBELUM MINUM
 
Tikus Timbulkan Masalah Serius Dalam Masyarakat
 
Mstar , 1 Jun 2013 - Jumlah tikus di negara ini telah
bertambah dan menjadi masalah serius terhadap bandar-bandar dan kawasan
kediaman dengan peningkatan membimbangkan dalam kes 'leptospirosis' yang
biasanya dikenali sebagai penyakit kencing tikus.
 
Penyakit berjangkit yang merebak melalui air kencing tikus
yang dijangkiti virus ini boleh menyebabkan kematian dalam kes-kes yang teruk.
 
Bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan mencatatkan
sebanyak 3,665 kes leptospirosis tahun lepas, peningkatan 85.5 peratus daripada
1,976 kes yang direkodkan pada 2010, dengan 69 kematian.
 
Pada tahun 2011, terdapat 2,268 kes dengan 55 kematian.
 
Pengarah bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr
Chong Chee Kheong berkata , Pengesanan awal adalah penting dalam merawat
penyakit yang boleh diubati ini, katanya kepada The Star, Jumaat.
 
Beliau berkata kenaikan mendadak dalam kes ini membawa
kepada keputusan Kerajaan untuk mewajibkan hospital swasta melaporkan kes-kes
penyakit ini.
 
Leptospirosis telah diklasifikasikan sebagai penyakit yang
harus dilaporkan pada 9 Disember 2010, di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988.
 
Dr Chong berkata persekitaran yang tidak bersih mungkin
menyumbang kepada peningkatan kes.
 
Beliau menggesa pihak berkuasa dan orang ramai berkerjasama
mewujudkan persekitaran awam yang bersih untuk mengelakkan semakin ramai yang
dijangkiti wabak ini.
 
Kawasan awam mesti sentiasa bersih pada setiap masa.
Parit tidak boleh tersumbat dan sampah hendaklah dilupuskan dengan betul.
 
Pemikiran sivik juga diperlukan daripada masyarakat.
Orang ramai tidak boleh terus mengharapkan pihak berkuasa untuk menjalankan
kerja pembersihan, katanya.
 
Beliau berkata, cara jangkitan paling biasa ialah melalui
makanan dan air dan ia juga boleh merebak melalui luka.
 
Dr Chong berkata, pasar dan pusat penjaja akan menarik
perhatian tikus jika sampah tidak dilupuskan dengan betul.
 
Bagi tapak perkhemahan dan kawasan rekreasi, beliau berkata
air kencing dan najis tikus akan merebak ke dalam kolam, tasik, dan air terjun
ketika hujan.
 
Beliau juga memberi amaran bahawa minum terus dari minuman
tin juga boleh menyebabkan jangkitan kerana air kencing tikus yang kering
mungkin terdapat di atas tin minuman.
 
Beliau menasihatkan orang ramai supaya membasuh dahulu tin
sebelum minum.
 
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata beliau terkejut dengan kenaikan
mendadak bilangan tikus di kawasan bandar dan pekan.
 
Abdul Rahman berkata penjaja haram dan pemilik gerai makanan
yang tidak bertanggungjawab meninggalkan sisa di tepi jalan menjadi masalah
terbesar dan menggesa pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan tegas terhadap
mereka.
 
Beliau berkata walaupun kementerian akan bekerjasama rapat
dengan pihak berkuasa tempatan dalam mewujudkan bandar lebih selesa untuk
didiami, tugas menjaga kebersihan bandar perlu juga melibatkan orang ramai.
 
Kesedaran sivik masih kurang, dengan kebersihan di
kawasan awam masih banyak yang perlu diperbaiki walaupun Malaysia mempunyai
beberapa infrastruktur terbaik.
 
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_beritafile=/2013/6/1/mstar_berita/20130601102738
  

[Islah-Net] Program Angkasawan Negara, adakah sekadar Hiburan?

2013-06-18 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


10 Oktober 2013 nanti adalah ulangtahun ke 6 angkasawan
Malaysia berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11. Sejak
dari itu tidak ada perkembangan yang memberangsangkan dalam program angkasa
lepas negara terutama di peringkat sekolah dan universiti. Kelab Roket yang
dicadangkan untuk diwujudkan di setiap sekolah pun senyap begitu sahaja.
 
Yang ada hanya sekali-sekala diadakan pertandingan roket
air, dan jarang kedengaran pertandingan merekacipta satelit nano yang
dilancarkan menggunakan belon udara.
 
Bandingkan dengan negara jiran kita Indonesia, pertandingan
roket air ini kacang bagi mereka di peringkat sekolah. Telah lama mereka
menganjurkan pertandingan roket menggunakan bahan api pepejal, yang saban tahun
dipertingkatkan bebanan roket, jarak roket, ketinggian roket serta keupayaan
transmisi data ke stesen bumi. 
 
Apakan daya , kita umpama Pak Kaduk, Menang Sorak, Kampung
Tergadai. 
 
Lomba Roket Digelar di Yogya
23 Juni 2011
 
VIVAnews - Sebanyak 40 tim dari 36 perguruan tinggi negeri
dan swasta di Indonesia akan mengkuti kompetisi muatan roket Indonesia
(komurindo) 2011 di Yogyakarta. Kompetisi ini berlangsung mulai tanggal 25-27
di Pantai Pandansimo, Kabupaten Bantul, Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY).
 
Menurutnya Komurindo 2011 merupakan kompetisi yang digelar
untuk keempat kalinya yang dimulai pada tahun 2008. Kompetisi kali ini
ditujukan untuk mendapatkan juara hasil rancang bangun muatan roket (payload)
yang mampu kembali atau menuju sasaran yang telah ditentukan, setelah terlepas
dan terpisah dari roket peluncur seri RUM70-100-LPN.
 
Roket ini berbahan bakar propelan padat dan dapat
mencapai tinggi terbang 2 kilometer, katanya.
 
http://us.teknologi.news.viva.co.id/news/read/228712-roket-se-indonesia-bertanding-di-yogya
 
 
ITB Juara Lomba Roket Nasional
Desember 1, 2008
 
YOGYAKARTA–MI: Institut Teknologi Bandung (ITB) berhasil
meraih juara I lomba muatan roket antarperguruan tinggi swasta dan negeri
se-Indonesia yang resmi ditutup oleh Sekretaris Daerah (Sekda) Kabupaten
Bantul, Gendut Sudarto, Senin.
Dalam lomba roket antarperguruan tinggi yang berlangsung di
pantai Pandasimo, Bantul, Daerah Istimewa Yogyakarta (DIY), Minggu (30/11) itu
Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta berhasil meraih juara II dan juara III
Universitas Tarumanegara (Untar) Jakarta.
 
Lomba roket tersebut merupakan kerja sama dari Lapan, UGM,
Pemrintah Kabupaten Bantul dan Akedemi Angkatan Udara. Diikuti 18 universitas
swasta dan negeri di Indonesa yang terbagi dalam 27 tim. (Ant/OL-01)
 
http://tarig18.wordpress.com/2008/12/01/itb-juara-lomba-roket-nasional/ 
 
Yuk! Nonton Lomba Roket di Pantai Congot, Yogyakarta
04/06/2012
 
Jakarta - Minat masyarakat pada teknologi dan antariksa
dinilai masih rendah. Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN)
mengadakan lomba muatan roket yang diikuti mahasiswa di Pantai Congot,
Yogyakarta. 
 
Lomba itu digelar pada 8-10 Juni 2012 di Pantai Congot,
Kulon Progo, Yogyakarta. 40 Tim dari perguruan tinggi negeri dan swasta seluruh
Indonesia mengikuti acara itu. Masing-masing tim terdiri dari 3 mahasiswa dan 1
dosen pembimbing.
 
Menurut Budi, tiap tim nantinya harus merancang bangun
muatan roket, berupa telemetri atau kamera video. Muatan akan diluncurkan
dengan menggunakan roket berdiameter 70 meter dan panjang 1.000 mm yang
disiapkan LAPAN.
 
Untuk hadiahnya, LAPAN menyiapkan Rp 10 juta untuk juara 1,
Rp 8 juta untuk juara 2, Rp 6 juta untuk juara 3, Rp 4 juta untuk juara harapan
dan Rp 2 juta untuk juara favorit.
 
http://news.detik.com/read/2012/06/04/130759/1932054/10/yuk-nonton-lomba-roket-di-pantai-congot-yogyakarta
 

[Islah-Net] Pasar Malam atau Pasar Maghrib?

2013-06-17 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Tak pasti macamana keadaan pasar malam di negeri lain pada
waktu Maghrib. Tapi tinjauan saya di N.Sembilan antaranya di pasar malam Rembau
sebelah Masjid Jamek Rembau, pasar malam Senawang di Taman Kobena serta Taman
Senawang Jaya mendapati suasana pasar malam ini amat meriah sekali apabila
hampir masuk waktu dan sewaktu azan Maghrib dilaungkan. Sedangkan majoriti
peniaga dan pengunjung pasar malam ialah orang Melayu beragama Islam. 
 
Marilah kita doakan agar semua peniaga pasar malam seluruh
Malaysia selepas ini akan tutup sementara perniagaan mereka pada waktu Maghrib
manakala semua pengunjung yang beragama Islam tidak mengunjungi pasar malam
pada waktu Maghrib walaupun tiada arahan melakukan sedemikian dari pihak
berkuasa.
 
Semoga rezeki peniaga dan pembeli lebih berkat dan diredai
Allah ! 
 
 
BALING – Peniaga pasar malam seluruh daerah ini dikehendaki
menutup operasi perniagaan mereka selama 15 minit apabila masuk waktu bagi
solat Maghrib untuk menghormati waktu tersebut. Yang Dipertua Majlis Daerah
Baling (MDB), Ahmad Fisol Md Nor berkata, ia akan dikuatkuasakan mulai bulan
ini dan sebarang peniaga pada waktu tersebut adalah tidak dibenarkan.
 
LARANGAN BERNIAGA PASAR MALAM WAKTU MAGHRIB
 
Arahan telah dikeluarkan kepada semua peniaga Pasar Malam dalam
Kawasan Majlis Daerah Jeli supaya mematikan lampu dan memberhentikan perniagaan
5 minit sebelum masuk waktu Solat Maghrib dan 5 minit selepas.
 
PASAR
MALAM TUTUP 20 MINIT, HORMATI WAKTU MAGHRIB
 
24 Sep 2012 -  BERMULA
jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan
jalan Pasar Malam Padang Jawa. Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan
Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta. Tiada urus
niaga dibenarkan selama 20 minit!  Dalam
tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib
di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan
bertanggungjawab.   
 
Malah, tinjauan yang dibuat terhadap peniaga bukan Islam,
juga amat menggalakkan di mana mereka juga bersetuju dan  menyokong sepenuhnya 
peraturan ini, bahkan
mereka juga gembira apabila perniagaannya bertambah laris selepas perniagaan
dibuka semula. Bagi seorang peniaga ubatan herba, Kiran Amir, 58, berkata,
praktis ini sangat bagus dalam usaha mentarbiahkan umat Islam dan mencadangkan
agar semua pasar malam di Malaysia mengamalkan pendekatan sama.

[Islah-Net] Buka tudung jika mahu kerja di Malaysia

2013-06-17 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Buka tudung jika mahu kerja
18 Jun 2013 
 
SAYA sudah lama berhasrat untuk memberi pendapat dalam
ruangan akhbar keramat ini namun sering tidak kesampaian oleh kekangan masa dan
tugas. Kejadian yang menimpa anak saudara saya baru-baru ini memaksa saya
menyuarakan pendapat demi keadilan semua pihak.
 
Anak saudara saya berkelulusan Diploma Kejururawatan
daripada salah sebuah kolej tempatan. Pada 14 Mei 2013, beliau telah menghadiri
temu duga di salah sebuah hospital di Kuantan.
 
Semasa ditemu duga, beliau diberitahu bahawa kelulusan,
kelayakan dan pengalaman yang ada padanya adalah menepati syarat untuk diterima
sebagai kakitangan jururawat di hospital berkenaan. 
 
Tetapi beliau hanya akan diterima bekerja di situ sekiranya
bersetuju untuk membuka tudung! Anak saudara saya merayu agar dibenarkan
memakai serkup/skaf hitam namun tetap tidak dilayan. 
 
Terdapat 11 calon bertudung yang ditemu duga dan hanya calon
yang bersetuju mengorbankan pegangan akidah dengan membuka tudung diterima
untuk bekerja di situ. 
 
Akhirnya, anak saudara saya menolak tawaran tersebut
walaupun beliau amat memerlukan pekerjaan kerana sudah hampir setahun
menganggur. 
 
Saya terpaku, terkejut dan tertanya-tanya, benarkah kita
berada di Malaysia? Sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam? Mengapa
wanita Islam diperlakukan begini? Syarat yang ditetapkan begitu kejam!
 
Jika sebelum ini saya biasa mendengar syarat Bahasa Mandarin
untuk bekerja di sesebuah syarikat tetapi rupa-rupanya ada syarat-syarat lain
yang secara terang-terangan bertentangan dengan hak asasi seorang Islam. 
 
Saya berharap perkara ini disiasat dan janganlah biarkan
'cacing naik ke mata' kerana jika dibiarkan akhirnya anak-anak Melayu akan
merempat di negara sendiri atau terpaksa menggadaikan maruah diri dan pegangan
agama demi sesuap nasi!
 
MOKTEH BEKENG,
Kajang, Selangor
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130618/fo_01/Buka-tudung-jika-mahu-kerja

[Islah-Net] Pelbagai bala di Malaysia ketika ini, puncanya zina berleluasa

2013-06-16 Terurut Topik Rozmal bin Malakan


Semalam jiran saya memberitahu anak
sulungnya dimasukkan ke Hospital Selayang akibat jangkitan kencing
tikus. Dia kata dipercayai mendapat jangkitan tersebut apabila mandi
di kawasan air terjun di FRIM, Kepong. Beberapa rakan anaknya juga
dijangkiti kencing tikus. Semalam juga diberitakan petugas UMT maut
akibat kencing tikus. Bulan lepas pelajar UiTM juga maut akibat
kencing tikus.

Apakah kencing tikus, runtuh sana sini,
malaria, TB, asrama tahfiz terbakar dan banyak lagi penyakit lain
serta kemalangan jalanraya yang banyak ketika ini akibat dari zina
yang begitu berleluasa di Malaysia?

Daripada Ummul Mukminah, beliau
berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. Bersabda: “Sentiasalah
umatku dalam kebaikan selama belum meluas dalam kalangan mereka anak
zina. Kalau sudah ramai dalam kalangan mereka anak-anak zina, maka
segeralah mendapat azab dan malapetaka yang bermacam-macam.” -
Hadits Riwayat Ahmad dan Tabrani


Kematian kakitangan UMT akibat virus
kencing tikus
14 Jun 2013 

Kematian seorang kakitangan Universiti
Malaysia Terengganu (UMT) 8 Jun lepas setelah menyertai aktiviti di
Pulau Bidong di sini, disahkan akibat jangkitan virus kencing tikus
(Leptospirosis). Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu hari ini setelah hasil ujian lanjut yang dijalankan di
Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia mendapati keputusan darah
Ahmadi Abdul Ghawi, 47, positif virus itu.


Meracau tahan derita diserang virus
penyakit kencing tikus
30 Mei 2013

Shah Alam: “Saat-saat akhir sebelum
pemergiannya, Allahyarham dilaporkan meracau-racau akibat terlalu
panas diserang virus penyakit kencing tikus. Memang saya amat sedih
melihatnya dan sebagai cucu sulung, pemergian arwah amat dirasakan,”
kata Hasnah Abu Kassim, 72, nenek pelajar Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Megat Hariqh Hakimi, 21. Pelajar peringkat ijazah jurusan
reka bentuk industri di UiTM kampus Shah Alam itu, meninggal dunia
jam 10 pagi semalam di Hospital Putrajaya dan dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam, Kota Kemuning, di Seksyen 31, berdekatan kediaman
keluarganya, dekat sini, kira-kira jam 2 petang.


Awas lokasi virus kencing tikus
22 Mei 2013

NIBONG TEBAL - Orang ramai dinasihatkan
supaya tidak mengunjungi kawasan yang pernah dikesan berlaku kes
leptosirosis, demam akibat terkena kencing tikus, buat sementara
waktu bagi mengelak terkena jangkitan virus berkenaan. Menasihatkan
demikian, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya
berkata virus kencing tikus sangat berbahaya dan boleh membawa maut. 

Akhbar semalam melaporkan, Pusat
Peranginan Lata Bayu, Asam Jawa, di Baling, Kedah, ditutup sementara
kerana disyaki tercemar virus kencing tikus yang menyebabkan kematian
seorang lelaki selepas berkelah di kawasan berkenaan, awal bulan ini.
Abu Hanifah Redzuan, 23, anggota kru produksi filem disahkan
meninggal dunia Sabtu lepas di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)
Sungai Petani, selepas dikatakan mengalami demam panas lebih seminggu
lalu.


Rats pose serious problem with 3665
leptospirosis cases and 69 deaths
1 Jun 2013 

The population of rats in the country
has grown into a serious problem for cities and residential areas, as
reflected by the alarming rise in cases of leptospirosis, commonly
known as “rat urine disease”. Rats pose serious problem with 3665
leptospirosis cases and 69 deathsThe highly infectious bacterial
disease spreads via the urine of infected rats and causes death in
severe cases. The Health Ministry’s disease control division
recorded 3,665 leptospirosis cases last year, a whopping 85.5%
increase from the 1,976 cases recorded in 2010, with 69 deaths. In
2011, there were 2,268 cases with 55 deaths.

http://www.hmetro.com.my/articles/Meracautahanderita//Article 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130614/dn_37/Kematian-kakitangan-UMT-akibat-virus-kencing-tikus
 
http://www.sinarharian.com.my/nasional/awas-lokasi-virus-kencing-tikus-1.162823 
http://www.malaysiaedition.net/rats-pose-serious-problem-with-3665-leptospirosis-cases-and-69-deaths/

  1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   >