Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Berdoa

2010-09-07 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Mari banyakkan berdoa di bulan Ramadhan.

Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di
zalimi dan orang yang musafir. (HR Bukhari)

Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka.
(HR Ibn Majah)

Doa yang terbaik ialah istighfar (Doa mohon keampunan).


Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anna

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka
maafkanlah kami.
*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/30/2010 08:02:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Minyak Sapi Ghee TIDAK Halal

2010-09-06 Terurut Topik Lenggang Kangkung
JAKIM mengambil keputusan untuk MENARIK BALIK Sijil Pengesahan Halal
Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuatkuasa 26 Ogos
2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta
merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB
Pure Ghee.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/27/2010 12:27:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Nuzul al-Quran

2010-09-06 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan
Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap
sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul
al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada
keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau
berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah
mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar
kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat
yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat,
jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran,
sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’
atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya
kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau
tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat
di dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan
tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan
mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di
dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan
kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi
penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar.
Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi,
al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil
dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula
diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat
Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui
pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(al-‘alaq:1-5)


Oleh
Dr. Samsu Adabi Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/27/2010 08:36:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Lailatul Qadar

2010-09-04 Terurut Topik Lenggang Kangkung
“Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadar, ayat
3)

Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda, Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil
pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. (HR Bukhari)

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah s.a.w. beriktikaf (duduk
di dalam masjid) pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan”.
(HR Bukhari)

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10
terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat),
mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam
beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.”
(HR Bukhari dan Muslim)

Setiap orang yang beribadah bertepatan pada malam Lailatul Qadar,
disertai keimanan dan harapan mendapat redha Allah SWT, akan diampuni
dosa-dosanya yang terdahulu (HR Bukhari dan Muslim).

Daripada Aisyah r.a., katanya: Saya berkata: Ya Rasulullah, jikalau
saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan
pada malam itu? Beliau s.a.w. menjawab: Ucapkanah: Allahumma innaka
‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau
Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/31/2010 11:21:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Kelebihan Ramadan puasa

2010-09-04 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Nabi s.a.w bersabda: telah datang kepadamu Ramadhan, bulan berkah,
Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga
dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan didalamnya
terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan
Imam Nasa’i)

Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat. (Riwayat
Muslim)

“Solat yang lima, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus
dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika menjauhi dosa-dosa
besar.” – HR Muslim

Sabda Nabi, Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadhan dan tidak diampun
dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah (Riwayat Ibn Hibban)

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas
mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun
oleh Allah.” (Riwayat Imam al-Bukhari)

Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan
baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan. - HR al-Bukhari

Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di
zalimi dan orang yang musafir. (HR Bukhari)

Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka.
(HR Ibn Majah)

Sabda Baginda SAW: Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi
orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa,
iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.-
Hadis riwayat al-Tirmizi

Bukanlah puasa yang sebenar orang yang hanya tidak makan dan tidak
minum, puasa yang sebenar adalah orang yang tidak melakukan perbuatan
dan perkataan yang lagha (sia-sia) dan tidak bercakap perkataan yang
keji. (HR Hakim, Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: Apabila
seseorang berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor
dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau
diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata: Sesungguhnya saya sedang
berpuasa. (HR Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk
ketika berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah,
baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.”
(al-Bukhari)

Setiap amalan baik anak Adam adalah untuk dirinya, setiap kebaikan
digandakan dengan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda.
Allah berfirman; kecuali puasa; ia adalah untukKu dan Akulah yang akan
membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan
juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua
kegembiran; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu
Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah
dibandingkan wangian kasturi. (HR Bukhari  Muslim).

Dari Sahl bin Sa'ad RA daripada Nabi SAW sabdanya: Sesungguhnya di
dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut Pintu Rayyan. Semua
orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak
dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu
dikatakan: Di manakah orang yang berpuasa? Lantas mereka pun berdiri
dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa.
Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk, maka ditutuplah dan tiada
seorang pun yang dapat memasukinya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim)


*
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/30/2010 10:38:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Zakat Fitrah

2010-09-04 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di
bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau
hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.”
(HR Muslim)

Imam mazhab (Malik , Syafie dan Ahmad) mengatakan zakat fitrah
hendaklah dibayar dengan makanan kecuali imam Abu Hanifah.

Walau bagaimana pun kebanyakan ulama Muhaqqiqin / Mutaakhirin yang
mengatakan harus mengeluarkan zakat fitrah dengan duit atas alasan
lebih memudahkan dan sesuai di zaman sekarang dan lebih praktikal
seperti antaranya kata-kata :

1. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqhuz Zakat dengan katanya ,
keharusan mengeluarkan zakat dengan duit adalah lebih menepati kehendak
semasa dan dapat memberikan kemudahan kepada fakir miskin.

2. Dr. Mutafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha juga menjelaskan dalam
kitab mereka al-Fiqh al-Manhaji “Tidak mengapa pada zaman ini untuk
kita mengikuti pandangan mazhab Hanafi dalam masalah ini iaitu
keharusan membayar zakat fitrah dengan wang kerana ia lebih
mendatangkan manfaat kepada orang fakir dan lebih dekat kepada tujuan
yang ingin dicapai…”

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dan
memerintahkan agar ia dibayar sebelum solat Aidil Fitri. [HR al-Bukhari]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai
satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang
sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin.
Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidil Fitri) maka ia
adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang
membayarnya selepas solat (Aidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti
sedekah biasa. [HR Abu Daud]

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 9/02/2010 08:41:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Sahur

2010-08-20 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan
sahur. - Hadis riwayat al-Tirmizi

Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma. -Hadis
riwayat Ibnu Hibban  Baihaqi

Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya
walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya
berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. - Hadis riwayat Ahmad.

Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu
terdapat keberkatan. - Hadis riwayat al-Bukhari

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/13/2010 10:15:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Buka puasa

2010-08-19 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka.
(HR Ibn Majah)

Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda
akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum
beberapa teguk air. (HR Tirmidzi)

Rutab adalah buah kurma yang masak dan belum dikeringkan.
Tamar adalah buah kurma yang telah dikeringkan.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/12/2010 08:10:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Matlamat puasa

2010-08-16 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu
menjadi orang yang TAQWA. - Surah Al Baqarah: 183

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/06/2010 05:11:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Fadilat Terawih

2010-08-13 Terurut Topik Lenggang Kangkung
 kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain
melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin
untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita
sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang
yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi
Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya
berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya
adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan
sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang
menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih
contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam
ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah
diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan
sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang
bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka
saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak
mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak
mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan
bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang
yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun
siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain
dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi
kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W.
atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi
untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang
datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan
dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah
lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang
dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat
sebagaimana tersebut
dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi
Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi
sepertimana yang terdapat dalam
hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai
dengan Ya Ali sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa
hadis-hadis yang dimulai
dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang
lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti
institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya
prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul
yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam
janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan
dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan
Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu
amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa
besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal
dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/09/2010 08:21:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Taqwa

2010-08-12 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Mengikut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di
dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna: .

~ Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman
Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut
ialah: Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan
dikembalikan kepada Allah. (2 : 281)

~ Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman
Allah yang maksudnya: Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah
(taatlah) kepada Allah dengan sebanr-benar takwa (taat). (3 : 102)

~ Ketiga, mengandungi maksud, menyucikan hati daripada dosa. Contohnya
dalam firman Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada Allah dan
Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka
itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)

Kalimah bertakwa dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat
atau takut, kerana kalimah-kalimah taat dan takut telah disebutkan
sebelumnya. dalam ayat di atas. Jadi bertakwa dalam ayat di atas
bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah
merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: Takwa itu
ialah menyucuikan hati daripada dosa, sehingga menguatkan azam untuk
meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala
maksiat.

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan
setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama.
Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit.
Adapun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa
kerosakan kepada agama pula ialah bertakwa.

Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan
menjauhi segala apa yang ditegahNya.
*
Di petik dari : http://www.geocities.com/Heartland/Ranch/6736/taqwa.html

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/05/2010 08:22:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Qanaah

2010-08-11 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Sifat Qanaah ialah MERASA CUKUP dengan apa yang ada sebagaimana yang di
kurniakan oleh Allah.

Jiwa berasa lapang dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kepadanya dan
hilang rasa tamak terhadap yang tidak tercapai. - Muhammad bin Tirmizi

Berasa cukup dengan apa yang sudah dimilikinya yang telah memenuhi
kepentingannya, sama ada berupa makanan, pakaian atau sebagainya. – Abu
Zakaria Ansari

Puas dengan apa yang dimiliki tetapi tetap berusaha gigih, serta
mempunyai sifat luhur dan 'afaf; iaitu enggan meminta-minta, berlaku
sederhana dalam kehidupan dan berbelanja serta mencela (mengelak)
meminta-minta tanpa keadaan darurat (keperluan mendesak) - Imam
an-Nawawi.

Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya
dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Untung besarlah kehidupan
seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam,
sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat
qana'ah. (HR Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan
rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh
Allah kepadanya”. (HR Muslim)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/01/2010 12:07:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Zuhud

2010-08-10 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Zuhud adalah meninggalkan perkara yang dapat melalaikan dari mengingat
Allah.

Al Ghazali membahagi zuhud dalam tiga tingkatan iaitu:

1. Meninggalkan sesuatu kerana menginginkan sesuatu yang lebih baik
daripadanya.
2. Meninggalkan keduniaan karena mengharap sesuatu yang bersifat
keakheratan.
3. Meninggalkan segala sesuatu selain Allah karena terlalu
mencintai-Nya.

Lagi berkaitan zuhud :
Dari Zaharudin.net
Dari Rumaysho.com

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 7/30/2010 09:53:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Sedekah

2010-07-28 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan
Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh
tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan
(ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi
ilmu pengetahuanNya. (Al- Baqarah ayat 261)

Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian
daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang
Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih
yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian
zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk
itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata
padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa
terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi
sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang
menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan
menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ ayat 39).

“Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api” (Hadis
Riwayat At Tirmidzi)

والله أعلم

Moga ada manfaat.

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 7/18/2010 04:28:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Solat

2010-07-08 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya amalan
pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.
( HR Abu Daud dan al-Tirmizi )





Ayat 42  43 di dalam surah Al-Muddaththir, مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا 
لَمْ
نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka
Saqar? Mereka menjawab, “Kami dahulu bukan daripada golongan
orang-orang yang bersolat”.





Video Contohi Solat Rasulullah

Jom Solat presentation

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan ?

Hukum meninggalkan solat

Khusyuk dalam Solat

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 7/06/2010 08:37:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Kisah Isra' Mi'raj

2010-07-08 Terurut Topik Lenggang Kangkung
 mencuba Bani Israel
dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali
kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada
umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah
mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu
masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah
keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti
berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t
berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan
hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan
dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat
fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak
melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia
melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya
sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak
melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia
melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda
turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu
kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah
keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada
Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)
*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 7/06/2010 08:38:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Solat

2010-07-02 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Sesungguhnya amalan
pertama seseorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya.
( HR Abu Daud dan al-Tirmizi )




Ayat 42 dan 43 di dalam surah Al-Muddaththir ,
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka
Saqar? Mereka menjawab, “Kami dahulu bukan daripada golongan
orang-orang yang bersolat”.





Video Contohi Solat Rasulullah

Jom Solat presentation

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan ?

Hukum meninggalkan solat

Khusyuk dalam Solat

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 6/29/2010 11:23:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Doakan ibu bapa

2010-06-28 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka
berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil.

Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : *Apabila seorang manusia mati
terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga, sedekah jariah, ilmu
yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya. (HR Muslim)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu, Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : *Sesungguhnya
seseorang itu diangkat darjatnya di dalam syurga, lalu dia
berkata: *Dari manakah semua ini?* Maka dikatakan kepadanya: Dari
anakmu yang memintakan ampun untukmu. (HR Ibnu Majah)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 6/21/2010 02:58:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Puasa di bulan Rejab

2010-06-25 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada
beberapa kumpulan:

1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram,
iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya
secara berterusan. Ini adalah sunnah.

2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan
Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab tetapi kerana
hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
Ini adalah sunnah.

3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana
fadilat Rejab. Ini bukanlah sunnah.

4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban,
Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada
1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.

5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab.
Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana
yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang
ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab.

6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab.
Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama
untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya. (Hafiz
Firdaus).

Disunting dari http://www.yussamir.com

*
Tambahan :

1 - Minda Madani Online : Berpuasa di Bulan Rejab

2 - khalilULLAH : Salah faham amalan bulan Rejab

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 6/12/2010 09:53:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Bulan Rejab

2010-06-25 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah
dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit
dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka
janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan
perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi
kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang
bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan
Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka
diugut.


Minda Akob : Artikel tentang bulan Rejab

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 6/14/2010 03:01:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Bani Israel

2010-06-21 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang rasul membawa
kebenaran yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu dengan sombong
takbur menolaknya, sehingga sebahagian dari rasul itu kamu dustakan,
dan sebahagian yang lain pula kamu bunuh? (al-Baqarah ayat 87)

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 6/07/2010 10:39:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Perbuatan keji

2010-06-17 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minum arak dan judi dan
pemujaan berhala dan menilik nasib adalah perbuatan keji dari perbuatan
Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Al-Maaidah, 90-91)



--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 5/31/2010 08:59:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Sentiasa Ingat Allah

2010-06-15 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Dari Anas b. Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; Allah sangat
suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah
makan dan minum. - Sahih Muslim

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 5/24/2010 11:37:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Al Quran

2010-06-04 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah
saw bersabda, Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan
datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya. (Sahih Muslim)

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 5/18/2010 09:54:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Menangis

2010-06-04 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Dari Anas ra. berkata: Rasulullah saw. pernah berkhutbah yang luar
biasa dimana saya belum pernah mendengar khutbah yang seperti itu, yang
mana beliau bersabda, Seandainya kamu sekalian mengetahui apa yang aku
ketahui niscaya kamu sekalian akan sedikit tertawa dan pasti akan
banyak menangis. Anas berkata lagi: Maka para sahabat Rasulullah saw.
menutup mukanya sambil menangis terisak-isak. [HR Bukhari dan Muslim]

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 5/20/2010 05:17:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Guru oh Guru

2010-05-30 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat cikgu kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 5/14/2010 09:40:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Ibu Bapa

2010-05-25 Terurut Topik Lenggang Kangkung
 dan hartamu daripada hasil jerih payah
ayahmu. - (Riwayat Tabrani dalam Al-Kabir).
*
Daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: Siapa yang
menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha dan siapa
yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan Allah marah
(kepadanya). - (Riwayat Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).
*
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang membayar
hutang ibu bapanya sesudah mereka meninggal dunia dan menunaikan nazar
mereka dan tidak menyebabkan cela bagi mereka, maka dia ditulis sebagai
orang yang berbakti walaupun dia adalah orang yang pernah menderhakai
ibu bapanya. - (Riwayat Ibnu Asakir).
*
Anas berkata, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya seseorang yang
ditinggal mati oleh ibu bapanya atau seorang daripada mereka, maka dia
adalah orang yang menderhakai ibu bapanya lalu dia tetap mendoakan
mereka dan memohon keampunan bagi mereka sehingga Allah menulisnya
sebagai orang yang berbakti (Riwayat Baihaqi dalam Syu'bul Iman).
*
Ibnu Abas berkata bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya orang yang
paling pedih seksaannya pada hari kiamat adalah orang yang membunuh
nabi atau orang yang dibunuh oleh nabi atau membunuh seorang daripada
ibu bapanya dan pembuat patung serta orang berilmu yang tidak mendapat
manfaat daripada ilmunya. - (Riwayat Baihaqi)
*
Allah s.w.t telah berfirman di dalam Al Quran : Maksudnya : Allah
melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya , dan menyuruh supaya
kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika salah seorang diantara
keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,
maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya ah dan
janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkan kepada mereka perkataan
yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)
*
Rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan
ucapkanlah : Wahai, Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana
mereka berdua telah mendidik aku di waktu aku kecil (Al- Isra': Ayat
24)

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 5/08/2010 12:00:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] The history of Mother's Day

2010-05-24 Terurut Topik Lenggang Kangkung
The earliest Mother's Day celebrations can be traced back to the spring
celebrations of ancient Greece in honor of Rhea, the Mother of the
Gods. During the 1600's, England celebrated a day called Mothering
Sunday. Celebrated on the 4th Sunday of Lent (the 40 day period
leading up to Easter*), Mothering Sunday honored the mothers of
England.

*(For more information on Lent/Easter check out - Easter on the Net)
During this time many of the England's poor worked as servants for the
wealthy. As most jobs were located far from their homes, the servants
would live at the houses of their employers. On Mothering Sunday the
servants would have the day off and were encouraged to return home and
spend the day with their mothers. A special cake, called the mothering
cake, was often brought along to provide a festive touch.

As Christianity spread throughout Europe the celebration changed to
honor the Mother Church - the spiritual power that gave them life and
protected them from harm. Over time the church festival blended with
the Mothering Sunday celebration . People began honoring their mothers
as well as the church.

In the United States Mother's Day was first suggested in 1872 by Julia
Ward Howe (who wrote the words to the Battle hymn of the Republic) as a
day dedicated to peace. Ms. Howe would hold organized Mother's Day
meetings in Boston, Mass ever year.

In 1907 Ana Jarvis, from Philadelphia, began a campaign to establish a
national Mother's Day. Ms. Jarvis persuaded her mother's church in
Grafton, West Virginia to celebrate Mother's Day on the second
anniversary of her mother's death, the 2nd Sunday of May. By the next
year Mother's Day was also celebrated in Philadelphia.
Ms. Jarvis and her supporters began to write to ministers, businessman,
and politicians in their quest to establish a national Mother's Day. It
was successful as by 1911 Mother's Day was celebrated in almost every
state. President Woodrow Wilson, in 1914, made the official
announcement proclaiming Mother's Day as a national holiday that was to
be held each year on the 2nd Sunday of May.

While many countries of the world celebrate their own Mother's Day at
different times throughout the year, there are some countries such as
Denmark, Finland, Italy, Turkey, Australia, and Belgium which also
celebrate Mother's Day on the second Sunday of May.

More.. http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 5/05/2010 11:51:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Awal doa

2010-05-19 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah
mendengar seorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian
kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi s.a.w,
lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini,
kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang
itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua
hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian
kepada Tuhannya yang Maha Suci, selanjutnya membaca salawat kepada Nabi
s.a.w. seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya.
(HR Termidzi)

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 4/28/2010 08:48:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Bersin

2010-05-15 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Daripada Abu Hurairah r.a.,“Apabila Rasulullah s.a.w. bersin, beliau
meletakkan tangannya atau kain bajunya ke mulutnya untuk menutupnya
sambil memperlahankan bunyi bersin itu.” (HR Abu Daud)


Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika seseorang itu
bersin, maka hendaklah dia memberi pujian kepada Allah dengan
mengucapkan
“الْحَمْدُ لِلَّهِ” [Alhamdulillah] (Segala puji untuk Allah). Manakala bagi
setiap Muslim yang mendengar saudaranya bersin hendaklah mendoakannya
dengan menyebut “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah] (semoga Allah memberi
rahmat kepadanya). Dan jika orang yang bersin mendengar saudaranya
menyebutkan “يَرْحَمُكَ اللهُ” [Yarhamukallah], maka hendaklah dia mengucapkan
“يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” [Yahdikumullah wayus-lihu balakum] 
(Semoga
Allah memberi petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu).” (HR
al-Bukhari)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 4/23/2010 08:19:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Menguap

2010-05-09 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Diriwayatkan oleh Muslim, Nabi bersabda, Sesungguhnya Allah suka
kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap.
Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa,
kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. (HR
Muslim)

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 4/20/2010 04:17:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Orang yang kuat

2010-04-30 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Nabi s.a.w. bersabda, Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang
bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri
daripada sifat marah. (HR Bukhari  Muslim dari Abu Hurairah)

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 4/14/2010 04:04:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Makan dan Minum Bersama Syaitan !

2010-04-28 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis bahawa Muhammad ibn 'Ubayd telah
menceritakan kepada kami, 'Abdullah ibn Umar telah menceritakan kepada
kami daripada Nafi' daripada Ibn 'Umar bahawa Rasulullah SAW
bersabda, Janganlah kamu makan dan minum menggunakan tangan kiri
kerana syaitan makan dan minum menggunakan tangan kiri. (HR. Imam
Ahmad)

Imam Ahmad meriwayatkan melalui hadis Ismail ibn Abu Hakim daripada
Urwah daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, Barangsiapa
yang makan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya dia makan bersama
syaitan. Barangsiapa minum dengan menggunakan tangan kiri, sesungguhnya
dia juga minum bersama syaitan. (HR. Imam Ahmad)

Imam Ahmad berkata bahawa Muhammad ibn Jaafar telah menceritakan kepada
kami, Shu'bah relah memberitahu kepada kami daripada Abu Ziyad al-Tahan
yang mendengar Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa beliau telah
mendengar daripada Nabi SAW bahawa, Baginda telah melihat seorang
lelaki yang minum sambil berdiri. Lalu baginda menegur lelaki itu
dengan bersabda, Awas! Kenapa?, tanya lelaki itu dengan nada
terkejut. Nabi SAW menjawab, Adakah engkau suka jika engkau minum
dengan seekor kucing betina? Tidak, jawabnya. Sambung Nabi SAW
lagi, Sesungguhnya ketika kamu minum tadi, ada makhluk yang lebih
buruk daripada kucing telah minum bersama kamu iaitu syaitan. (HR.
Imam Ahmad)

Imam Ahmad juga telah meriwayatkan bahawa 'Abd al-Razzaq telah
menceritakan kepada kami, Ma'mar telah menceritakan kepada kami
daripada al-Zuhriy daripada seorang sahabat daripada Abu Hurairah r.a.
mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, Jika seseorang yang
minum sambil berdiri, tahu apa yang ada di dalam perutnya nescaya dia
akan muntah kembali. (HR. Imam Ahmad)

Imam Ahmad berkata bahawa Musa telah menceritakan kepada kami, Ibn
Lahiah telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Zubayr bahawa beliau
telah bertanya kepada Jabir, Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda, Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya sendiri, lalu dia
menyebut nama Allah SWT ketika dia masuk dan ketika dia makan, syaitan
akan berkata (kepada kaumnya), Kamu tidak dapat tinggal dan makan
disini. Apabila lelaki itu masuk ke rumahnya tanpa membaca nama Allah
SWT, syaitan akan berkata (kepada kaumnya), Kamu dapat tinggal dan
makan di sini. Jabir berkata, Ya! Benar katamu itu. (HR. Imam Ahmad)

*
Di copy dari blog http://luqmannul.blogspot.com
Pemilik blog ini Luqman Nul Hakim bin Hamzah telah terlibat dalam
kemalangan jalanraya pada 31 Mac 2010 lalu. Moga beliau sabar dan cepat
sembuh.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 4/12/2010 08:36:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Penghulu istighfar

2010-04-26 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: Penghulu istighfar
ialah apabila seseorang mengatakan,
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang
menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman
(kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku.
Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku
lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan
kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu
ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa
kecuali Engkau).

(Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu ia mati
pada hari itu sebelum datang petang hari maka ia termasuk dari ahli
syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan,
lalu ia meninggal dunia sebelum pagi hari maka ia termasuk dari ahli
syurga. (Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 4/09/2010 08:12:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Zikir terbaik

2010-04-21 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w.
bersabda, maksudnya :  Zikir yang terbaik ialah LAA ILA HA ILLALLAH
dan doa yang terbaik ialah istighfar (minta keampunan).

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 4/07/2010 11:33:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Zikir

2010-04-14 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Perkataan ZIKIR ialah dalam bahasa Arab yang bererti atau membawa
makna, sebut dan INGAT.

Sebut itu baik pada mulut atau pun dalam hati.

Ingat itu ialah di dalam hati atau di dalam minda tentang sesuatu
apa-apa yang disebutkan.

Sembahyang (solat), membaca al-Quran dan berpuasa juga termasuk dalam
definasi zikir kepada Allah.

Tujuan zikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah, di mana bila kita
mengingatkan kebesaranNya, maka dengan sendirinya pula kita tahu akan
kedudukan dan martabat diri kita.

Hadis At-Turmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu
Darda',Tiadakah kuberitahukan kepada kamu tentang amal yang paling
bersih disisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih
baik bagimu dari berperang melawan musuh, lantas kamu memenggal leher
mereka dan merekapun memenggal lehermu?
Para Sahabat menjawab,Khabarkan kepada kami.
Rasulullah S.A.W. pun bersabda,zikrullah.

Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadaMu dan bersyukurlah
kepadaKu dan jangan kamu mengingkari-Ku. Al-Baqarah 152

Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah,
zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi
dan petang. Al-Ahzab 41-42

Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa
berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring. Surah Ab-Nisa' 103

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 4/05/2010 11:11:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Kisah Ayat Kursi

2010-04-07 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk
menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang
kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya
seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu
berkata, 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak
anak.' Maka aku pun melepaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah
saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh
tawanan mu kelmarin?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan
kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku
membebaskannya.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu, dan dia akan
kembali.' Saya sedar bahwa orang itu akan kembali karena Rasulullah
saw. mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang
untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya
berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw.' Dia
berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya
keluarga yang banyak, saya tidak akan kembali.' Maka aku pun merasa
kasihan dan membebaskannya lagi. Keesokan harinya, Rasulullah saw.
bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan
tawananmu kelmarin?'
Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah
keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya
lagi.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan
kembali.' Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang
mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku
akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya.
Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali, namun nyatanya kembali
lagi.'

Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya
kamu akan beroleh manfaat dari Allah.' Saya bertanya: 'Kalimat apakah
itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat
kursi. 'Maka Allah akan senantiasa menurunkan pelindung bagimu dan
syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'

Maka akupun membebaskannya. Keesokan hari, Rasulullah saw. bertanya
kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Saya
menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajariku beberapa kalimat
yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun
melepaskannya.' Beliau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya
menjawab, 'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah
ayat kursi.' Dia berkata kepadaku, 'Allah akan senantiasa menurunkan
pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.'

Maka Nabi saw. bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun
sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa
kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi
bersabda, 'Dia adalah syaitan.' (HR Bukhari)


http://www.facebook.com/notes/tazkirah/kisah-ayat-kursi/383522722846

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 3/29/2010 08:18:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Ayat Kursi paling agung dalam Al-Quran

2010-04-03 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Oleh ABDUL RASHID AHMAD
Jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya








FIRMAN Allah bermaksud: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus
(makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur.

Keupayaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi
syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa yang di
hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun
daripada ilmu Allah melainkan apa yang
dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak
merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha
Besar (al-Baqarah: 255).

Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam
al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat al-Quran.
Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu
juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis
wahyu untuk menulisnya.

Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah
iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan
kehendak.

Sesudah menegaskan mengenai keesaan-Nya, disusuli pula dengan menyebut
dua sifat-Nya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus
makhluk-Nya.

Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang
perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang
hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan
hamba-Nya.

Allah, Dia-lah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada
yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang
ada di langit dan bumi adalah hamba dan milik-Nya. Semuanya tunduk di
bawah kehendak dan kuasa-Nya, seperti firman Allah bermaksud: Tidak
seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang
Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah
mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap
mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan
sendiri-sendiri (Maryam: 93-95).

Di antara tanda keagungan dan kebesaran Allah bahawa tiada seorang pun
yang berani memberi pertolongan kepada seorang lain di sisi-Nya tanpa
izin-Nya. Firman Allah bermaksud: Ketika datang hari itu, tidak
seorang pun berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka
ada yang celaka dan ada yang berbahagia (Hud: 105).

Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaan-Nya, baik yang
dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan
dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaan-Nya,
langit dan bumi seluruhnya di dalam genggaman-Nya.

Itulah ayat yang mengandungi kaedah pembentukan keimanan terhadap
Allah. Dari sinilah terbina hala tuju pengabdian seseorang hanya kepada
Allah.

Dengan demikian, tidaklah seorang manusia melainkan menjadi hamba,
hanya kepada Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan
kepada Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melainkan kepada
Allah.

Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada
ayat lain. Daripada kedudukannya dalam al-Quran, sabda nabi ketika
ditanya oleh Abu Zar: Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang
paling agung? Jawab baginda: Ia adalah ayat Kursi (riwayat Imam
Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).

Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah: Bacalah ayat
Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah
tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu.

Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: Di
dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat
al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan
melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi (riwayat al-Hakim).

Sabda Rasulullah: Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat
fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang
yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan
tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan
memasukkannya (riwayat al-Nasai).

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 3/26/2010 10:23:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] 3/22/2010 09:37:00 AM

2010-03-26 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Sabda Rasulullah saw maksudnya: Siapa yang menjurusi satu jalan untuk
mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke
syurga. (Muslim)

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 3/22/2010 09:37:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Doa halau syaitan

2010-03-16 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita.
Diantara sedar dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan
alam ini.
Siapa yang menciptakan manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang,
langit, dan apa yang ada disekeliling kita. Perasaan itu datang kerana
sifat manusia yang ingin tahu. Seterusnya fikiran melayang jauh
sehingga tidak sedar kita bertanya dengan diri kita SIAPA YANG MENCIPTA
ALLAH!!

Awas!!
ini adalah suara SYAITAN YANG DIREJAM! SYAITAN YANG DILAKNAT!

Dari Aisyah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia
berkata: Siapa yang menciptakan kamu? Lalu ia menjawab: 'Allah',
kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah akan menciptakan Allah?
Apabila seorang diantara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah
ia berkata Aku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kerana dengan ucapan
itu syaitan itu akan pergi dari dirinya. (Hadis riwayat Ahmad dengan
sanad hassan)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 3/15/2010 09:39:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Ciri wanita solehah

2010-03-14 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik
perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*








Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita
untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga
yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2
syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari
segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada
bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di
rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta
kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah
datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang
berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para
pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara
anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari
bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian
ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri
mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan
peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya:  Maka
sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah
telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: Tidak sempurna iman seseorang dari
kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan.
(Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi
termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke
perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah
memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang
dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada
Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya: Dan tidaklah
penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 3/11/2010 05:27:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia

2010-03-11 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa
melakukan lawatan ke Arab Saudi. Tantawi meninggal dunia di ibu negara
Saudi, Riyadh selepas mengalami serangan sakit jantung.


Ya Allah, cucurilah rahmatmu ke atas ruh Syeikh Mohamed Sayed Tantawi.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 3/11/2010 08:39:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Selawat

2010-03-07 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Dari Abu Mas'ud al-Badri r.a, katanya: Rasulullah s.a.w datang kepada
kita dan kita semua sedang dalam majlis Sa'ad bin Ubadah, lalu Basyir
bin Sa'ad berkata kepada beliau s.a.w: Allah menyuruh kita supaya kita
membaca selawat kepada Tuan, Ya Rasulullah, maka bagaimanakah cara kita
membaca selawat kepada Tuan itu? Rasulullah s.a.w. lalu diam, sehingga
kita semua mengharapkan, alangkah baiknya kalau tadi Basyir tidak
bertanyakan kepada beliau tentang hal itu. Kemudian Rasulullah s.a.w
bersabda: Ucapkanlah: Allahumma shalli'ala Muhammad wa'ala ali
Muhamnmad. Kama shallaita'ala Ibrahim. Wa bari'ala Muhammad wa'ala ali
Muhammad. Kama barakta'ala ali Ibrahim. Innaka hamidum majid. Artinya:
Ya Allah, berikanlah tambahan kerahmatan pada Muhammad dan pada
keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan tambahan
kerahmatan pada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berikanlah tambahan
keberkahan pada Muhammad dan pada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau
telah menambahkan keberkahan pada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau
adalah Maha Terpuji lagi Termulia. (Muttafaq 'alaih).

Allah menyuruh kita untuk selawat sebagai tanda hormat dan mengenang
jasa pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda.

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang
terbanyak bacaan selawat padaku, yakni lebih diutamakan oleh beliau
s.a.w untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang
terdekat dengannya. (Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan
bahwa ini adalah hadis hasan.)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah
mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu.
(Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawuyd dengan isnad sahih.)

Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah
mendengar seseorang yang berdoa, tetapi ia tidak mengucapkan puji-
pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca salawat pada Nabi
s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini,
kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang
itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua
hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian
kepada Allaha yang Maha Suci serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya
membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah ia berdoa dengan
apa yang dikehendakinya. (Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud dan
Termidzi mengatakan bahwa ia adalah hadis sahih.)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Perbanyakkanlah membaca selawat pada
ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku
satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan
memberinya rahmat 10 kali) . (Riwayat Al Baihaqi)

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya
di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka
perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab
sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat
berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat
ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi
s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan
tubuh sekalian Nabi. (Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad
sahih.)

Allah Ta'ala berfirman: Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya
berselawat kepada nabi,(yakni Nabi Muhammad s.a.w.). Wahai orang-orang
yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya
salam kepada Nabi itu. (Al-Ahzab:56)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 3/05/2010 12:24:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Huswatun hasanah

2010-03-05 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Allah berfirman maksudnya, Dan sesungguhnya KAMI telah mengutus di
kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah
kamu menyembah ALLAH. (al-Nahl: 36).

Allah berfirman maksudnya, Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu
terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat
serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa
susah dan senang). (al-Ahzab: 21).

Nabi bersabda maksudnya, Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu
sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia
seluruhnya. - Sahih al-Bukhari


*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 3/02/2010 10:22:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Nabi untuk dicontohi

2010-03-01 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Nabi bersabda maksudnya, Tidaklah dianggap beriman di kalangan kamu
sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapanya, anaknya dan manusia
seluruhnya. - Sahih al-Bukhari

Allah berfirman maksudnya, Dan sesungguhnya KAMI telah mengutus di
kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah
kamu menyembah ALLAH. (al-Nahl: 36).

Allah berfirman maksudnya, Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu
terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang
sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat
serta dia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa
susah dan senang). (al-Ahzab: 21).

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 2/27/2010 12:32:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Tarikh sebenar hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

2010-02-26 Terurut Topik Lenggang Kangkung
 perlu diletakkan
dihadapan untuk menentukan tarikhnya iaitu:
· Tahun kewafatan Baginda SAW ialah 11H.
· Dalam bulan Rabiul Awwal.
· Antara 1hb. hingga 12hb.
· Hari Isnin. (Sahih Muslim, jld. 8, hal. 51-52).
· Hari wuquf di Arafah dalam Haji Wada' pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H
jatuh pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld.
2, hal. 15, Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
· Daripada hari itu (wuquf) sampai kepada hari wafatnya Nabi Muhammad
SAW adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul ‘Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2,
hal. 15, At Tafsir Al Kabir, Fakhrul Razi, j. 11 hal. 139, Tafsir
Baghawi, Fathul Bari).

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang telah diterima oleh para ulama
tadi, maka boleh diandaikan tarikh kewafatan Baginda SAW seperti
berikut:
1. Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar mempunyai
30 hari (walaupun tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan mungkin
juga berlaku) maka hari Isnin menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.
2. Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah, Muharram dan Safar
mempunyai 29 hari (walaupun ini juga tidak pernah berlaku) maka hari
Isnin menepati 2, 9 atau 16hb. Rabiul Awwal.

Daripada kenyataan-kenyataan yang disebut di atas, tarikh yang lebih
tepat bagi kewafatan Nabi SAW ialah pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal
tahun 11H bersamaan dengan 25hb. Mei 632M

Berdasarkan fakta-fakta yang telah kami kemukakan, pihak kami berharap
agar ketetapan hari lahir Nabi Muhammad SAW yang ditentukan sebagai
hari cuti umum itu dikaji dan diubah kepada tarikhnya yang sebenar
kerana amatlah malang dan memalukan sekali kita orang-orang Islam jika
kita merayakan suatu hari yang kononnya hari kelahiran Nabi SAW padahal
ia bukanlah harinya yang sebenar.

(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan Darul Quran Was Sunnah
dengan sedikit pindaan)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 2/23/2010 08:26:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Nama anak isteri Nabi Muhammad s.a.w.

2010-02-25 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Isteri-isteri Rasulullah :

Khadijah binti Khuwailid r.a.
Saudah binti Zum'ah r.a.
Aisyah binti Abu Bakar r.a.
Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
Zainab bin Jahsyin r.a.
Zainab binti Khuzaimah r.a.
Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
Maimunah binti Al-Harith
Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
Mariyah Al-Qibtiyah

Hanya seorang sahaja isteri Rasulullah yang gadis ketika berkahwin
dengan baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq.
Manakala yang lainnya adalah janda atau balu yang kematian suami.

Anak-anak Rasulullah dengan Khadijah :
Al-Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummu Kalthum
Fatimah

Anak Rasulullah dengan Mariyah Al-Qibtiyah :
Ibrahim

Dipetik dari buku soal jawab berkaitan Rasullulah
oleh Hj Ahmad bin Haji Awang

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 2/22/2010 08:11:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Tasawuf

2010-02-22 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Saidina ali pernah berkata, ramai orang yang menyembah Allah kerana
mengharapkan balasan. Ibadah dilakukan sebagai suatu perlaburan agar
suatu masa nanti Tuhan membayar hasil ibadah itu kepada mereka. Imam
Ali mangatakan ibadah orang yang mengharapkan pahala sebagai seorang
pedagang.

Ada juga orang menyembah Tuhan karena takut akan siksa-Nya. Menurut
Saidina Ali, ibadah mereka ini seperti pengabdian seorang hamba kepada
seorang tuannya.

Ibadah yang hakiki adalah ibadah kerana cinta. Itulah ibadah orang yang
merdeka.

Tasawuf adalah ilmu cara menyembah Tuhan, bukan kerana mengharapkan
pahalaNya atau takut kerana siksaNya, melainkan kerana kecintaan
kepadaNya.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 2/16/2010 10:37:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Kerana tidak dibiasakan !

2010-02-19 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Sebelum makan lupa berdoa ?
Kerana tidak dibiasakan.

Lepas makan lagi lupa berdoa ?
Kerana tidak dibiasakan.

Masuk tandas lupa berdoa ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kurang istighfar ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kurang selawat ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kurang solat sunat ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kurang berzikir ?
Kerana tidak dibiasakan.

Tahu tapi tak buat ?
Kerana tidak dibiasakan.

Kerana tidak dibiasakan !
Kerana tidak dibiasakan !

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 2/10/2010 11:29:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Dosa Besar

2010-02-11 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Antara perkara-perkara Yang Menyebabkan dosa besar :

1. Syirik jali, kufur dan murtad.

2. Membunuh seseorang tanpa sebab yang sebenar.

3. Zina.

4. Liwat.

5. Merogol binatang.

6. Meminum minuman yang memabukkan.

7. Mencuri dengan kadar yang membolehkan dijatuhkan hukuman potong
tangan.

8. Menuduh seseorang yang baik berzina.

9. Menjadi saksi dusta.

10. Merampas harta orang lain dengan tiada sebab yang membenarkanya
berbuat demikian.

11. Lari daripada medan peperangan jihad.

12. Makan riba.

13. Memakan harta anak-anak yatim.

14. Mendurhaka kepada ibu bapa.

15. Mendusta ke atas Rasulullah s.a.w.

16. Menyembunyikan diri daripada menjadi saksi tanpa apa-apa keuzuran,
sedangkan ia patut hadir untuk memberi keterangan.

17. Berbuka puasa Ramadan dengan sengaja, tanpa apa-apa keuzuran.

18. Bersumpah dusta.

19. Mendahulukan solat fardhu sebelum masuk waktunya atau melakukan
solat fardhu selepas luput waktunya dengan sengaja tanpa apa-apa
keuzuran syarie.

20. Memutuskan hubungan kekeluargaan dan silatulrahim dengan jiran dan
kaum kerabat tanpa sebab-sebab yang di benarkan oleh syarak.

21. Menipu dalam sukatan timbangan barang, samada mengurang atau
melebihkannya.

22. Sengaja meninggalkan solat fardhu tanpa apa-apa keuzuran syarie.

23. Menjatuhkan maruah seseorang Islam yang lain tanpa alasan yang di
benarkan oleh syarak.

24. Menyumpah dan mengeji sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

25. Memberi dan menerima rasuah.

26. Menegah lelaki yang halal daripada masuk ketempat tidur isterinya.

27. Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam
suatu majlis yang di tegah oleh syarak.

28. Mengadu kepada pemerintah atau pihak yang berkuasa supaya mengambil
tindakan kepada seseorang tanpa alasan yang sebenarnya.

29. Enggan mengeluarkan zakat.

30. Melupakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang telah di hafalnya.

31. Membakar haiwan walaupun yang telah mati.

32. Mengamalkan ilmu sihir dan segala bentuk atau kaedah yang
bersangkutan dengan khadam bersyarat serta mengajarkanya kepada orang
lain.

33. Meninggalkan daripada menyuruh manusia supaya melakukan kebaikan
dan tidak mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Padahal ia
berkemampuan melakukan
perkara tersebut.

34. Isteri enggan melayani suaminya tanpa alasan yang munasabah atau
isteri menderhaka kepada suaminya tanpa alasan yang dibenarkan oleh
syarak.

35. Putus asa dengan rahmat Allah.

36. Tidak menghiraukan dengan kemurkaan Allah dengan sentiasa melakukan
maksiat dan tidak pernah mengharapkan keampunan daripada Allah.

37. Zihar, iaitu menyerupakan isterinya dengan ibunya sendiri dari segi
fizikal.

38. Memakan makanan dan minuman yang diharamkan tanpa ada sebab-sebab
yang diharuskan oleh syarak.

39. Memakan bangkai tanpa ada keuzuran syarak.

40. Namimah, iaitu memperlaga-lagakan kedua-dua belah pihak supaya
bergaduh.

41. Mengumpat ke atas ahli-ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya dan
menghafaz Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Sebarang kesilapan atau kekurangan fakta adalah disebabkan oleh
kelemahan diri penulis sendiri samada dari sudut keilmuan maupun dari
pengalaman.
Wallahu a'lam.

Hj. Ahmad b. Hj. Che Din
Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.
1hb Ogos 1997.
*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 2/08/2010 03:59:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Khusyuk

2010-02-08 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Telah diterima berita keterangan tentang Muslim Ibn Yasaar Al-Basri
Al-Umawi Al-Makki mafhumnya  APABILA BELIAU TELAH MEMULAI SOLATNYA,
BELIAU TELAH TIDAK LAGI MENDENGAR DESIRAN BUNYI DARIPADA SUARA DAN
TIDAK JUGA MENDENGAR DARIPADA PERKARA YANG LAINNYA LANTARAN TERIKAT,
SIBUK, BERTAWAJJUH SEPENUHNYA DALAM SOLATNYA DAN LANTARAN AMAT TAKUTNYA
AKAN ALLAH 'AZZA WA JALLA.

Juga diterima khabar mengenai Sa'id Ibn Mu'az yang mengatakan TIDAK
PERNAH AKU BERSOLAT DI MANA AKU MEMIKIRKAN SESUATU DARIPARA URUSAN
DUNIA DI DALAM SOLATKU ITU SAMPAI AKU SELESAI.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 2/01/2010 04:28:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Khutbah Jumaat

2010-02-07 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Lenggang Kangkung bertanya kepada anak yang baru balik dari sembahyang
Jumaat.

Tadi kat masjid tidur tak ?

Dia jawab, tak lah tapi orang lain ada yang tidur.












Khutbah jumaat tadi cerita apa ?

Sambil garu kepala, dia jawab, DAH TAK INGATLAH.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 1/28/2010 05:11:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Buang bapa

2010-01-21 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada
Rasulullah, Manakah amal yang lebih utama?, Rasulullah s.a.w.
menjawab; Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan
berjuang di jalan Allah. - Sahih Bukhari
*
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Telah datang seorang
lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu bertanya: Siapakah manusia yang
paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah s.a.w
bersabda: Ibumu.Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w
bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?
Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya:
Kemudian siapa? Rasulullah s.a.w bersabda: Kemudian ayahmu.
*
Diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya: Ketika kami bersama
Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada
kamu sebesar-besar dosa besar? Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan
Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu.
*
Daripada Jabir bahawa seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah,
sesungguhnya aku mempunyai harta dan anak tetapi ayahku ingin menguasai
hartaku. Rasulullah bersabda, Kamu dan hartamu milik ayahmu. -
(Riwayat Ibnu Majah).
*
Daripada Ibnu Umar, katanya: Seorang lelaki datang mengadu mengenai
bapanya maka dia berkata: Sesungguhnya bapaku mengambil hartaku.
Rasulullah menjawab: Kamu dan hartamu daripada hasil jerih payah
ayahmu. - (Riwayat Tabrani dalam Al-Kabir).
*
Daripada Anas bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: Siapa yang
menjadikan ibu bapanya redha, maka dia menjadikan Allah redha kepadanya
dan siapa yang menjadikan ibu bapanya marah maka dia telah menjadikan
Allah marah kepadanya. - (Riwayat Ibnu Najar dalam Tarikh Baghdad).
*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 1/17/2010 11:52:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Gerhana

2010-01-15 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Gerhana matahari akan berlaku lagi dan akan dapat di lihat di Malaysia
pada Hari Jumaat 15 Januari antara pukul 3 petang - 5.30 petang.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta
matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah
pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada
Allah yang menciptakannya, kalau betul kamu hanya menyembah kepada
Allah. (Fussilat: 37)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara
tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian
seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah
kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR.
Bukhari)


Cara sembahyang gerhana berbeza sedikit daripada sembahyang biasa.


Beberapa link berkaitan panduan solat gerhana :

Solat Gerhana

Solat sunat gerhana matahari dan bulan

Sembahyang sunat gerhana

Fenomena gerhana

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 1/14/2010 08:57:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Sejarah 10 Muharram

2009-12-26 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada
tarikh 10 Muharram :

- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
- Dicipta Adam a.s.
- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
- Selamat Nabi Musa dan pengikutnya.
- Firaun lemas.
- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
- Diangkat Nabi Isa ke langit.
- Diangkat Nabi Idris ke langit.
- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
- Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas buta.
- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
- Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.



*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/21/2009 10:28:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Bulan Muharram

2009-12-25 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

Kalendar Arab atau kalendar hijriah bermula daripada peristiwa hijrah
Nabi dari Mekah ke Madinah.

Tahun peristiwa hijrah berlaku telah dikira sebagai tahun 1 atau tahun
pertama kalendar hijriah.

Tetapi peristiwa hijrah Nabi tersebut bukan berlaku pada bulam Muharram.
Pengkaji sejarah yang masyhur mengatakan permulaan hijrah berlaku pada
bulan Safar.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.
bersabda, Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa
bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat
malam. (Sahih Muslim)


Selamat tahun baru daripada Lenggang Kangkung sekeluarga.


*

Link pilihan :

Doa awal dan akhir tahun

Muharam: Elakkan Kepercayaan Karut

Amalan Sunnah dan Bidaah pada bulan Muharram


*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/17/2009 07:58:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] blogpot : Blog dakwah kristian

2009-12-22 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Jika anda mempunyai blog blogspot, cuba buang 's' pada blogspot dan
menjadi blogpot.

Contoh blog Lenggang Kangkung:

http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

http://lenggangkangkung-my.blogpot.com/

Atau cuba : apa-apa.blogpot.com

Ia akan pergi ke blog dakwah kristian bible studies.org

Sungguh licik...

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/15/2009 12:00:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Aku sedang diperhatikan oleh Allah

2009-12-21 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.
Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh
Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu
menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/14/2009 09:17:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Hijrah Rasullullah

2009-12-21 Terurut Topik Lenggang Kangkung
 nyawa
mereka, pastinya Islam tidak akan wujud hingga ke hari ini.

Dan oleh itu, kita semua berhutang kepada mereka. Dan kita tidak dapat
membayarnya, sebab mereka bukan meminta ganjaran daripada kita. Tetapi,
mereka menegakkan Islam dengan seluruh pengorbanan mereka, kerana
mereka telah menjual diri mereka kepada Allah, yang jiwa, harta dan
semua yang mereka korbankan itu telah dibeli oleh Allah dengan
syurga-Nya.

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman
itu, diri dan harta mereka, bahawa mereka akan diberi (imbalan)
syurga. (Q.s. At-Taubah: 111).

Saat ini , ketika ini Islam telah kehilangan generasi terbaiknya yang
sanggup menjual diri, harta dan nyawanya kepada Allah untuk mendapatkan
syurga-Nya, dengan menegakkan Islam. Dan inilah yang menyebabkan
hilangnya cahaya petunjuk Islam, setelah runtuhya Khilafah Islamiyah,
Turki Othmaniyah, pada 3 Mac 1924. Setelah itu, negeri kaum muslimin
berterusan mengalami musibah.

Islam ketika ini memerlukan generasi yang sanggup mengorbankan diri,
harta serta nyawa mereka untuk menegakkannya. Kerana sekiranya tanpa
itu, Islam mustahil kembali berjaya diperingkat antara bangsa, seperti
pada masa baginda dan para sahabat hingga 13 abad kemudian. Maka,
semuanya terpulang kepada keimanan dan ketaqwaan kita semua. Tetapi
yang wajib diyakini, bahawa syurga dan neraka itu adalah abadi. Syurga
merupakan puncak keni'matan yang tidak diberikan secara percuma oleh
Allah kepada manusia. Kerana itu, semakin tinggi pengorbanan kita, maka
semakin besar keni'matan kita di akhirat kelak. Dan sebaliknya. Akhir
kata semoga kita termasuk diantara orang-orang yang sanggup memberikan
pengorbanan yang tertinggi demi Islam, semata untuk mencari ridha Allah
dan syurga-Nya.

Wallahu a'lam.

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/14/2009 09:35:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Meninggalkan Dosa

2009-12-21 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah menjauhi dosa. Ia
lambang kekukuhan iman.

Jauhilah perbuatan haram niscaya kamu menjadi orang yang kuat
beribadah. (HR Abu Ya'la)

Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah amal yang paling
utama.
Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.

Suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan laranganNya.
Kita mudah lihat yang berpuasa tetapi masih bermaksiat.
Bersembahyang tetapi rajin mengumpat atau tidak menutup aurat.

Maimun ibn Mahran telah berkata: Berzikrullah dengan lisan adalah
baik, tetapi yang lebih baik ialah mengingati Allah dengan menghindari
perbuatan maksiat.

Imam Hasan al-Basri pula telah berkata: Ibadah yang paling utama
dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang
dilarang oleh Allah.


*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/14/2009 09:16:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Musuh kita

2009-12-21 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya
orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan di atas apa
yang mereka telah kerjakan. (Surah Al An'aam : 120)

Walaupun sedar bahawa sedang diperhatikan oleh Allah tetapi masih juga
kerap lakukan maksiat.

Walaupun rasa takut azab Allah tetapi tetap juga selalu buat dosa.

Masih tinggalkan solat.
Masih tidak menutup aurat dengan sempurna.
Masih bercakap bohong.
Masih hasad dengki.
Masih suka cerita keburukan orang lain.
Dan banyak lagi...

Sepatutnya apa jua yang Allah suruh kita mesti taat dan amalkan sebab
Allah adalah tuhan yang menciptakan kita.

Apabila kita tidak taat perintah Allah bermakna kita telah ikut
kehendak musuh.

Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang
dirahmati oleh Tuhanku. (Yusuf:53)

Patutkah kamu mengambil iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain
daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu ? (Al-Kahf: 50)

Musuh kita adalah iblis dan nafsu.

Musuh mesti dikalahkan, bukan diikut.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/14/2009 09:15:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Meninggalkan Dosa

2009-12-18 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah menjauhi dosa. Ia
lambang kekukuhan iman.

Jauhilah perbuatan haram niscaya kamu menjadi orang yang kuat
beribadah. (HR Abu Ya'la)

Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah amal yang paling
utama.
Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.

Suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan laranganNya.
Kita mudah lihat yang berpuasa tetapi masih bermaksiat.
Bersembahyang tetapi rajin mengumpat atau tidak menutup aurat.

Orang yang mantap kefahamannya tentang agama mengetahui bahawa
meninggalkan kemungkaran dan dosa, walaupun nampaknya kecil, teramat
penting dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah.

Maimun ibn Mahran telah berkata: Berzikrullah dengan lisan adalah
baik, tetapi yang lebih baik ialah mengingati Allah dengan menghindari
perbuatan maksiat.

Imam Hasan al-Basri pula telah berkata: Ibadah yang paling utama
dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang
dilarang oleh Allah.


*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/11/2009 08:44:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Nafsu

2009-12-15 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan
itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga
boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan
peranannya.Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan
mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan
sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.


Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:

Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini
bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila
dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.

Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke
atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di
atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah,
apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.

Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah
Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun
bil-su`).

Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala,
hamba-Nya akan
bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.

Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam
bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan
kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (Yusof:53)

Berpuasa juga antara cara untuk mengawal nafsu.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/09/2009 08:46:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Musuh kita

2009-12-10 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya
orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan di atas apa
yang mereka telah kerjakan. (Surah Al An'aam : 120)

Walaupun sedar bahawa sedang diperhatikan oleh Allah tetapi masih juga
kerap lakukan maksiat.

Walaupun rasa takut azab Allah tetapi tetap juga selalu buat dosa.

Masih tinggalkan solat.
Masih tidak menutup aurat dengan sempurna.
Masih bercakap bohong.
Masih hasad dengki.
Masih suka cerita keburukan orang lain.
Dan banyak lagi...

Sepatutnya apa jua yang Allah suruh kita mesti taat dan amalkan sebab
Allah adalah tuhan yang menciptakan kita.

Apabila kita tidak taat perintah Allah bermakna kita telah ikut
kehendak musuh.

Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang
dirahmati oleh Tuhanku. (Yusuf:53)

Patutkah kamu mengambil iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain
daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu ? (Al-Kahf: 50)

Musuh kita adalah iblis dan nafsu.

Musuh mesti dikalahkan, bukan diikut.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/04/2009 09:30:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Iblis

2009-12-10 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Rasulullah yang berbunyi: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah
yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksaanNya, kejahatan hamba-Nya
dan juga daripada bisikan-bisikan syaitan.

Oleh MOHD YUSOP HASSIM Penulis khas

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 12/07/2009 08:20:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] iblis ditanya Nabi

2009-11-10 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Telah diceritakan bahawa Allah S.w.t. telah memerintahkan iblis untuk
bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. agar menjawab segala pertanyaan
yang baginda kemukakan.

Iblis pun datang dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih
sedang di tangannya memegang tongkat.

Bertanya Baginda Rasulullah S.A.W. *Siapakah kamu? Iblis menjawab. `Aku
adalah iblis.

*Apakah maksud kamu datang berjumpa aku?

`Allah memerintahkan aku datang bertemu dengan kamu dan menjawab apa
jua soalan daripada kamu.

*Hai,iblis,berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku?

Lima belas iaitu;

1.Engkau sendiri wahai Muhammad.
2.Imam dan pemimpin yang adil.
3.Orang kaya yang merendah diri.
4.Pedagang yang jujur dan amanah.
5.Orang alim yang mengerjakan solat dengan kusyuk.
6.Orang mukmin yang memberi nasihat.
7.Orang mukmin yang berkasih sayang.
8.Orang yang tetap dan cepat bertaubat.
9.Orang yang menjauhkan diri dari dari segala yang haram.
10.Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci.
11.Orang mukmin yang bersedekah dan menderma.
12.Orang mukmin yang baik budi akhlaknya.
13.Orang mukmin yang bermanafaat kepada orang.
14.Orang yang hafal Al-Quran serta selalu,menbacanya.
15.Orang yang berdiri mengerjakan solat diwaktu malam sedang orang lain
tidur.

Baginda Rasulullah S.A.W. bertanya lagi, *Berapa banyakkah temanmu dari
umatku?

Sepuluh iaitu;

1.Hakim yang tidak adil.
2.Orang kaya yang sombong.
3.Pedagang yang khianat.
4.Orang pemabuk/peminum arak.
5.Orang yang memutuskan tali persaudaraan.
6.Pemilik harta anak yatim.
7.Pemakan Harta anak yatim.
8.Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan
solat.
9.Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut.
10.Orang yang selalu berangan-angan dan berkhayal.


Dipetik dari buku: 75 koleksi kisah benar dalam hidup Nabi-Nabi, para
Sahabat dan
Tokoh-Tokoh Islam. (Jasmin Enterprise).

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 11/09/2009 02:04:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Ikhlas benteng iblis

2009-11-09 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka
semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas di antara mereka. --
(Shaad: 82-83) - Klik Sini

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 11/06/2009 08:05:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Allah pemberi rezeki

2009-11-07 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Diceritakan oleh Syeikh Malik bin Dinar bahawa ketika beliau sedang
makan di dalam rumah, tiba-tiba beliau terpandang seekor kucing datang
meluru ke arahnya. Lantas mengambil seketul daging dari pinggannya lalu
melarikan diri.

Beliau terperanjat melihatkan yang demikian. Walau bagaimana pun beliau
terus bangun lalu mengikut dari belakang ke manakah si kucing tadi
membawa seketul daging tersebut. Rupa-rupanya si kucing berlari sambil
menggigit seketul daging menuju ke sebuah lubang. BIla sampai di depan
lubang tersebut si kucing pun mencampakkan daging yang digigitnya itu.
Lalu berundur sedikit ke belakang.

Tidak lama kemudian rupa-rupanya keluar seekor ular yang buta kedua
matanya lalu memakan daging tersebut.

Begitulah Allah SWT memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 11/03/2009 09:51:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Maruah

2009-10-20 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan; akan tetapi iman belum
menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan
mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya barangsiapa yang cacat
celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya
walaupun di tengah rumahnya sendiri.  (Hadith ini adalah riwayat Abu
Daud)

Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak
membelanya padahal dia mampu maka dia ikut menanggung dosa umpatan itu
di dunia dan di akhirat. (Hadith Asfahani)

Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain
apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya
Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan
Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang
Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya
Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan
pertolonganNya (Allah).  (Hadith riwayat Abu Daud)

Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya
itu tidak ada di hadapannya maka wajiblah Allah melepaskannya dari
siksa neraka.  (Hadith riwayat Ahmad)


*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 10/09/2009 08:07:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Caci Hina

2009-10-20 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Di dalam sebuah hadith yang sohih, Baginda Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya:  Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain,
diharamkan darahnya (yakni tidak boleh membunuhnya), hartanya (tidak
boleh dirampas) dan kehormatannya (tidak boleh dicaci hina).

Justeru itu, Islam sebagai agama kemulian, agama perdamaian dan agama
perpaduan melarang keras umatnya daripada perbuatan menyakiti kaum
muslimin yang lain dengan sebarang perilaku buruk dan cabul, atau
dengan kata bicara yang lojik dan menghina, lebih-lebih lagi Islam
melarang umatnya mengutuk, maki hamun, mencerca dan mengeluarkan
kata-kata mencarut terhadap orang lain. Semua perilaku tersebut adalah
termasuk di dalam kategori dosa-dosa besar yang dibenci oleh agama
Islam maha suci. Kerana ianya tidak menawarkan apa-apa pulangan baik
dan keuntungan yang memberangsangkan, melainkan ia akan menarik kepada
perselisihan dan permusuhan di antara umat Islam.

Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab: ayat 58:- Maksudnya:  Mereka yg
menyakiti orang-orang mu'min lelaki dan perempuan, terhadap suatu
perkara yg tidak mereka lakukan, sesungguhnya mereka memikul fitnah dan
dosa yang nyata.

Suatu kali, Baginda Rasulullah SAW bercerita: Bahawa pada malam
Baginda di israkkan oleh Allah,. Baginda telah melepasi segolongan
manusia yg berkuku tajam daripada tembaga. Mereka mencakar muka dan
dada mereka sendiri tanpa henti, lalu memancutlah darah keluar beserta
daging muka dan dada mereka koyak dalam keadaan yg amat mengerikan.
Lalu Baginda bertanya kepada malaikat; Wahai Jibril! siapakah gerangan
orang-orang itu? Malaikat Jibril menjawab: itulah, mereka yg memakan
daging manusia (yakni suka mengumpat sentiasa dan mencemarkan
kehormatan orang lain).

Benarlah apa yg difirmankan oleh Allah di dalam surah Al-Hujurat, ayat
10 - 12, yang melarang kita daripada enam perkara yg boleh menjejaskan
perpaduan dan keutuhan kita umat Islam.

1. Jangan mencemuh dan merendah-rendahkan puak atau orang lain.
2. Jangan sekali-kali menyata dan menjatuhkan keaiban orang lain.
3. Jangan panggil memanggil dengan panggilan yg buruk atau menghinakan.
4. Hindarilah diri daripada berburuk-sangka.
5. Jangan hendaknya suka mengintip atau mencari-cari kesalahan orang
lain.
6. Jangan suka umpat mengumpat dan keji mengeji di antara kita umat
Islam.

Marilah atas dasar dan semangat cintakan kehidupan yang diredhai Allah,
sama-sama kita hidup dalam suasana harmoni, hidup saling hormat
menghormati, saling kasih mengasihi dan saling bantu membantu di antara
Islam lain.

Walau apa pun alasan kita, Islam melarang keras umatnya daripada sikap
kutuk mengutuk, hina menghina dan mengeji orang lain. Sebagaimana kita
tidak mahu orang mencarut dan menghina kita, maka begitulah juga orang
lain.

Wassalam


Oleh : Yusofia
*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 10/09/2009 08:08:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Berbaik baik sesama Islam

2009-10-10 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; Tidak seorang Muslim
mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan
melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan
pula. - Sahih Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tiada sempurna iman seorang kamu
hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya.
Bukhari dan Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tolonglah saudaramu, baik dia orang
yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: Ya
Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi
bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?. Nabi s.a.w
menjawab: Kau cegah dia. (Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki
mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah
yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya
lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari  Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan
saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling
memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya
adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari  Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk,
janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar
orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian
yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
[Bukhari  Muslim]


“Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. Al Hujuraat ayat 10.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 10/05/2009 11:34:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Amar Makruf Nahi Mungkar

2009-10-06 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Saidatina 'Aishah r.ha. berkata : Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk
ke rumah dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku
kepadanya. Baginda tidak bertutur kepada sesiapa pun, dan setelah
berwudhu beliau masuk ke mesjid. Saya cuba dengar dari belakang dinding
apa yang beliau bersabda. Beliau duduk di atas mimbar dan setelah
memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah:  Hai manusia Allah telah
memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka
dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu
berdoa kepadaNya,
Dia tidak akan mendengari doa mu; kamu akan memohon keperluanmu dariNya
tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu akan memohon akan bantuanNya
terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu. ( H.R.
Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Targhib ).


*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 9/28/2009 09:53:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Puasa Enam

2009-09-24 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Sesiapa yang berpuasa penuh pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa
sunat enam hari pada bulan Syawal adalah seperti dia berpuasa setahun
penuh. (Muslim)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 9/24/2009 12:24:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Puasa Enam

2009-09-20 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Sesiapa yang berpuasa penuh pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa
enam hari pada bulan Syawal adalah seperti dia berpuasa setahun penuh.
(Muslim)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 9/20/2009 08:30:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Panduan Solat Hari Raya

2009-09-20 Terurut Topik Lenggang Kangkung
baru bisa membayar puasanya ). ( H.R : Muslim)

2.Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah saya mempunyai
hutang puasa bulan Ramadhan, saya tidak mampu membayarnya sampai datang
bulan sya'ban. (H.R Bukhary )

3. Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy ra: Sesungguhnya Rasulullah
saw bersabda : Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadhan, kemudian
diikuti puasa enam hari pada bulan syawal adalah seperti puasa setahun
penuh. ( H.R : Muslim)

KESIMPULAN

Hadits-hadits di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa :

a. Barangsiapa yang mempunyai hutang puasa bulan Ramadhan, hendaklah
segera diqadha ( di bayar ) secepat mungkin jangan di tunda-tunda
kecuali karena ada uzur dan terpaksa di tunda meskipun sampai bulan
sya'ban. ( dalil : 2 )

b. Disunnahkan puasa enam hari pada bulan syawal dengan syarat puasa
Ramadhannya sudah lengkap, tidak ada hutang.

c. Pengamalan puasa enam hari pada bulan Syawal ini dapat dikerjakan
secara berurutan ( enam hari berturut-turut ) atau berselang-seling (
tidak berurutan ). Yang penting pelaksanaanya adalah selama bulan
Syawal.

Maraji' (Daftar Pustaka):
1. Al-Qur'anul Kariem
2. Tafsir Aththabariy.
3. Tafsir Ibnu Katsier.
4. Irwaa-Ul Ghaliel, Nashiruddin Al-Albani.
5. Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq.
6. Tamaamul Minnah, Nashiruddin Al-Albani.

Oleh Ustadz Abu Rasyid

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 9/17/2009 05:13:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Bersenam

2009-09-16 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Saya solat tarawih di masjid 2 hari lalu.

Saya perasan saudara di sebelah saya, bila mulakan solat, angkat
tangan, mulut tak bergerak, senyap jer. Tiada kedengaran sebutan
Allahu-akbar.

Menyebut atau membaca Allahu-akbar untuk memulakan solat dinamakan
Takbirratul-ihram.

Takbirratul-ihram adalah antara rukun solat.

Rukun solat jika ditinggalkan maka tidak sah solat.

*
Kesilapan lain yang saya nampak ialah tiada tomakninah (berhenti
sekejap), terutama bila tarawih imam laju.

Laju memang cepat habis tapi rasa macam bukan sembahyang, macam...
bersenam pulak.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 9/11/2009 12:13:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Lailatul Qadar

2009-09-14 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw. telah
bersabda : berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada sepuluh malam
terakhir. (HR Muslim )

Diriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata : Adalah Rasulullah saw
mengamalkan i'tikaf di dalam masjid pada sepuluh hari terakhir pada
bulan Ramadhan. (HR Muslim )

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya),
“Barangsiapa berdiri solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh
keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya
yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata, Ya Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam, apa pendapat mu jika aku tahu bila akan berlaku
malam Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab,
“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. (Ya Allah,
Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun, maka
ampunilah aku.”) (HR Tirmidzi)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 9/09/2009 09:56:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Solat malam ramadhan

2009-09-09 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Sesiapa solat pada malam Ramadhan dengan keimanan sebenar dan
mengharap ganjaran dari Allah, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah
lalu. -(Sahih Muslim)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 9/05/2009 11:16:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Kejayaan

2009-09-08 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Firman Allah swt: Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati
orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan
mereka (yang telah sedia ada). (Al Fath : 4)

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah',
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun
kepada mereka (dengan mengatakan): 'Janganlah kamu merasa takut dan
janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang telah
dijanjikan Allah kepadamu.' (Fushshilat : 30)

Rasulullah saw bersabda: Apabila Allah kasih kepada seorang hamba,
maka Ia memanggil Jibrael dan memberitahu kepadanya: 'Allah telah kasih
kepada fulan, maka kasihlah engkau kepadanya.' Kemudian diumumkan
kepada sekalian ahli langit, 'Sesungguhnya Allah kasih kepada fulan
maka kasihlah kamu sekalian kepadanya', dan setelah dikasihi penghuni
langit, diberinya kejayaan pada orang bumi. (Bukhari, Muslim)

Alangkah indahnya saat tatkala Allah swt berfirman kepada kita: Wahai
jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi
diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Dan masuklah
ke dalam syurgaKu. (Al Fajr : 27-30)

Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang
yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka
berkata): 'Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka
kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh,
sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.' (As Sajdah : 12)

Rasulullah saw ialah: Seringan-ringan siksa ahli neraka pada hari
kiamat ialah orang yang diletakkan di bawah tumitnya bara api yang akan
mendidihkan otaknya. Sedang ia merasa tiada seorang pun yang lebih
siksa daripadanya, padahal itu adalah siksa yang paling ringan.
(Bukhari, Muslim)

Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan
pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka
dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia. (Ali
Imran : 185)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 9/03/2009 03:22:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Nafsu

2009-09-03 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan
itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga
boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan
peranannya.Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan
mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan
sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.


Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:

Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini
bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila
dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.

Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke
atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di
atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah,
apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.

Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah
Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun
bil-su`).

Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala,
hamba-Nya akan
bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.

Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam
bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan
kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (QS. 12 : 53)

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/31/2009 12:44:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] [TAZKIRAH] Buka puasa

2009-09-01 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Rutab adalah buah kurma yang masak dan belum dikeringkan.
Tamar adalah buah kurma yang telah dikeringkan.


Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda
akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan minum
beberapa teguk air. (HR Tirmidzi)


Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka.
(HR Ibn Majah)

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/27/2009 02:46:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Sahur

2009-08-29 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan
sahur. - Hadis riwayat al-Tirmizi

Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma. -Hadis
riwayat Ibnu Hibban  Baihaqi

Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya
walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya
berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. - Hadis riwayat Ahmad.

Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu
terdapat keberkatan. - Hadis riwayat al-Bukhari

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/25/2009 10:14:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] Taqwa

2009-08-25 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah
Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.

















Terjemahannya :
Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan
keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah
mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/19/2009 05:24:00 PM

Help Palestine [hidayahnet] Kepalsuan Fadilat Tarawih

2009-08-22 Terurut Topik Lenggang Kangkung
 kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain
melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin
untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita
sering dapati hadis
ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana
sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W.
seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika
seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia
berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang
sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang
menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih
contohnya hadis yang
bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh
keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya
yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan
sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang
bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka
saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak
mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak
mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan
bersungguh-sungguh dalam
menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang
bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka
tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain
dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi
kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W.
atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi
untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang
datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan
dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah
lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang
dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat
sebagaimana tersebut
dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi
Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi
sepertimana yang terdapat dalam
hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai
dengan Ya Ali sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa
hadis-hadis yang dimulai
dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang
lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti
institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya
prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul
yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam
janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan
dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan
Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu
amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa
besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal
dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.


*

--
Posted By Lenggang Kangkung to TAZKIRAH at 8/18/2009 08:42:00 AM

Help Palestine [hidayahnet] [Lenggang Kangkung] Siapa saudara kamu ?

2009-08-08 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; Tidak seorang Muslim
mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan
melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan
pula. - Sahih Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tiada sempurna iman seorang kamu
hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia cintai dirinya.
Bukhari dan Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tolonglah saudaramu, baik dia orang
yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: Ya
Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi
bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?. Nabi s.a.w
menjawab: Kau cegah dia. (Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki
mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah
yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya
lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari  Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan
saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling
memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya
adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari  Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk,
janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar
orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian
yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
[Bukhari  Muslim]


“Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. Al Hujuraat ayat 10


*
Di dalam kubur nanti, kita akan ditanya soalan, siapakah saudara kamu ?

Jawapannya ialah semua orang Islam saudara ku.

Tetapi, berjayakah kita menjawabnya, hanya Allah yang dapat membantu.

Sebagai usaha, setiap kali terlihat orang Islam, latih hati supaya
berkata, dia saudara ku.


*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 8/04/2009 10:58:00
AM

Help Palestine [hidayahnet] [Lenggang Kangkung] Bulan SYA’BAN

2009-08-03 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Dipetik dari Blog Minda Akob : http://akob73.blogspot.com


Menyambut Kedatangan SYA'BAN

Tuntutan al-Sunnah dalam bulan Sya’ban

Sambutan NISFU SYA’BAN Bukan Dari SUNNAH?

HADIS-HADIS YANG LEMAH DAN PALSU TENTANG NISFU SYA’BAN

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 7/31/2009 11:28:00
AM

Help Palestine [hidayahnet] Israk wal Mikraj

2009-07-25 Terurut Topik Lenggang Kangkung
Minda Akob - Benarkah Israk dan Mikraj berlaku pada bulan Rejab?

Mujahidfillah - Israk Mikraj Dan Kewajipan Solat

Al-Fansuri: Pesanan Nabi Ibrahim A.S.

Peringatan Besar Buat Kaum Wanita

Ringkasan Kisah Israk Mikraj

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 7/18/2009 12:16:00
PM

Help Palestine [hidayahnet] Saya ikhlas ni

2009-07-20 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Allah jua yang maha mengetahui.


Abu Hurairah menyatakan, Rasulullah bersabda, bahawa orang-orang yang
mula-mula diseru pada hari Kiamat ialah:
· lelaki yang membaca / menghafaznya al-Quran,
· lelaki yang banyak harta,
· lelaki yang terkorban dalam perang sabil.

Kepada lelaki yang membaca / menghafaz al-Quran, Allah Taala berfirman,
Tidakkah Aku ajarkan engkau apa yang Aku turunkan melalui Rasul-Ku?.
Apabila lelaki itu menjawab, Ya, wahai Tuhanku, Allah berfirman
lagi, Apa
yang engkau amalkan dengan apa yang engkau ketahui di dalam al-Qur'an
itu?.
Jika lelaki itu berbohong, Allah berfirman kepadanya, Engkau dusta!.
Para
Malaikat juga turut berkata demikian. Engkau sebenarnya mahukan pujian
orang. Sesungguhnya apa yang engkau mahu itu engkau telah dapat dan
tiada lagi ganjaran dariKu untukmu.

Kepada orang kaya pula Allah berfirman, Tidakkah Aku kurnaiakan
kekayaan
kepada engkau sehingga engkau tidak perlukan bantuan orang lain?.
Jawab orang kaya, Ya, wahai Tuhanku. Lalu Allah berfirman
lagi, Apakah yang
engkau lakukan dengan kekayaan yang Aku kurniakan itu?. Orang kaya itu
menjawab, dia gunakan hartanya untuk menghubungkan silatul-rahim dan
bersedekah, Allah lalu berfirman dan diikuti oleh para
malaikat. Engkau berdusta! Sebenarnya engkau mahu dikatakan orang,
bahawa engkau pemurah. Engkau telah memperolehi apa yang engkau mahu
itu dan itulah ganjaran untukmu! Tiada lagi ganjaran dariKu untukmu.
.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 7/16/2009 08:04:00
AM

Help Palestine [hidayahnet] Panjang angan-angan

2009-07-16 Terurut Topik Lenggang Kangkung
, tidak punya visi. Tetapi sebenarnya, orang
yang pendek angan-angan
itulah yang paling tepat dikatakan bercita-cita tinggi dan berwawasan,
kerana bukan kebahagiaan di dunia sahaja ingin dicapainya, tetapi juga
kebahagiaan di akhirat.

Orang yang panjang angan-anagn itulah sebenarnya yang tidak
bercita-cita tinggi, kerana dia hanya ingin mencapai kebahagiaan dan
kemewahan di dunia ini semata-mata, manakala kebahagiaan di akhirat
langsung tidak atau amat kurang diminatinya.

Wallahu a'lam.

Muhammad Isa al-Jambuli

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 7/13/2009 08:31:00
AM

Help Palestine [hidayahnet] Maniskan wajah

2009-07-12 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi
seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.
Dengan murung lelaki itu mengadu, Tuan Guru, sepanjang hidup saya,
rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah
lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah
mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi
mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?

Guru menjawab sederhana, Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut
mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun
wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut
Rasulullah,salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang
membuat orang curiga kepadanya.

Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar,
tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi
untuk berkeluh kesah.

Memang Tuhan telah menakdirkan manusia sebagai makhluk yang paling
indah. Bentuknya begitu sempurna, sehingga dipandang dari sudut manapun
manusia kelihatan cantik
dan serasi. Untuk itu hendaknya kurnia ini jangan dinodai dengan
penampilan yang buruk, karena sebagaimana kata
Rasulullah, Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan.

Namun demikian tidak bererti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru
menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun
dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah
luntur warnanya tapi senantiasa
bersih.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat
sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga.
Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.Roman
mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal
keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh
senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling
murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah tidak bahagia
rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah masam. Sebab tak ada
persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan
ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang lapang dan wajah
cerah, Insya Allah, apapun persoalannya niscaya dapat diatasi.

*
From: Hasnita Mohd Leham

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 7/09/2009 02:21:00
PM

Help Palestine [hidayahnet] Syukur

2009-07-10 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Erti Syukur secara mudah ialah rasa berterima kasih atau mengenang
budi/jasa.

Ingat  lihat apa yang kita sudah dapat atau terima dari Allah. Dapat
hidup, dapat melihat, dapat dengar, dapat rezeki dan terlalu banyak
lagi.

Cara bersyukur atau berterima kasih atau mengenang budi/jasa kepada
Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa (orang yang
menjunjung perintah
Allah). Dan lazimkan memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak
itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu
bersyukur?. Surah Yaasin: 73.

Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta
hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara kamu yang bersyukur. Surah
As-Sajadah: 9

Ketika Nabi Muhammad ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda
begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak
kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah Salahkah aku ingin menjadi
hamba yang bersyukur ?.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 7/06/2009 01:00:00
PM

Help Palestine [hidayahnet] Cerita keburukan orang

2009-07-09 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Jika kita cerita keburukan orang lain tetapi cerita tersebut tidak
benar, ia dinamakan FITNAH. Membuat fitnah adalah berdosa.

Jika kita cerita keburukan orang lain dan cerita tersebut memang benar,
ia dinamakan GHIBAH(mengumpat). Mengumpat pun berdosa.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 6/30/2009 12:37:00
PM

Help Palestine [hidayahnet] Sabar

2009-06-21 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau
bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau
dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap
berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 6/08/2009 08:26:00
AM

Help Palestine [hidayahnet] Hadis Muthahharah

2009-06-04 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata :
Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia
telah menyatakan tujuannya :

Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya
engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan
akhirat. Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya, tanyalah apa yang
engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi
orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau
akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana
engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat
maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi
orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan
sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin
(baik )
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau
melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin
Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk
golongan muhsinin


Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan
maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya
engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S.A.W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan
dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain
nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan
(kurangkan ) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang
lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah
nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari
hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi
oleh Allah dan rasulNya
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah
dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh
Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari
qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau
akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala
permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari
qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah
akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata
penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa
kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar
dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan
akhirat ?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak
diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang
besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis
ini


*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 6/01/2009 04:11:00
PM

Help Palestine [hidayahnet] Maruah

2009-06-03 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan; akan tetapi iman belum
menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan
mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya barangsiapa yang cacat
celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya
walaupun di tengah rumahnya sendiri.  (Hadith ini adalah riwayat Abu
Daud)

Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak
membelanya padahal dia mampu maka dia ikut menanggung dosa umpatan itu
di dunia dan di akhirat. (Hadith Asfahani)

Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain
apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya
Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan
Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang
Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya
Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan
pertolonganNya (Allah).  (Hadith riwayat Abu Daud)

Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya
itu tidak ada di hadapannya maka wajiblah Allah melepaskannya dari
siksa neraka.  (Hadith riwayat Ahmad)


*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 5/29/2009 09:15:00
AM

Help Palestine [hidayahnet] Mogok lapar

2009-06-01 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok
lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah
bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi
kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada
mereka !

Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut : Ianya dipetik dari
www.qaradawi.net

Sebagai respon terhadap  Mogok Lapar yang telah dilancarkan oleh
Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr.
Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang
telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman
dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi
kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu
kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan
aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar !
atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk
merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama
dengan mereka !”

*
di petik dari laman web al-ahkam.net
http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modloadname=Newsfile=articlesid=147091

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 5/27/2009 03:17:00
PM

Help Palestine [hidayahnet] Nafsu

2009-05-30 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Menurut al-Ghazali : Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan
itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga
boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan
peranannya.Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan
mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan
sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.


Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:

Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini
bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila
dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.

Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke
atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di
atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah,
apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.

Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah
Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun
bil-su`).

Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala,
hamba-Nya akan
bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.

Dalam al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa nabi Allah Yusuf alaihissalam
bersabda, mafhumnya : Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan
kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. (QS. 12 : 53)

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 5/26/2009 09:16:00
AM

Help Palestine [hidayahnet] taqwa

2009-05-14 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah
Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.

















Terjemahannya :
Barangsiapa berTAQWA kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan
keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah
mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 5/04/2009 09:04:00
PM

Help Palestine [hidayahnet] doa

2009-04-26 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
At-Tirmizi meriwayatkan, daripada Salman al-Farisi bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda yang bermaksud: 'Qada' Allah tidak dapat ditukar,
melainkan dengan doa dan umur seseorang itu tidak bertambah melainkan
dengan melakukan kebaikan.'
*
Begitu juga al-Bazzar, at-Tabrani dan al-Hakim ada meriwayatkan,
daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud, 'Persediaan dan berhati-hati tidak mampu untuk mengatasi
takdir Allah, manakala doa berguna untuk mengatasi apa yang ditakdir
dan apa yang akan dilaksanakan, sesungguhnya ujian Allah akan
diturunkan dan akan berjumpa dengan doa yang telah diminta, lalu
kedua-dua saling bertarung sehingga hari Kiamat.'

*

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 4/20/2009 12:10:00
PM

Help Palestine [hidayahnet] Gopoh : Amalan syaitan

2009-04-13 Terurut Topik Lenggang Kangkung
*
SATU daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan
manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan
ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal). Mengikut Imam al-Gazali,
gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar
segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati,
tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu
dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal
kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi,
lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai
hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan
bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja.
Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang
singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia
meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu
menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan
ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin
mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu
saja. Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan
kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau
menyeleweng dari syariat.

Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan
kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan
atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram
atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri
atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah,
sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: Dan manusia mendoakan
kehajatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu
bersifat gopoh-gapah (al-Isra' : 11) Dalam keadaan tertentu, memang
ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya,
seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang
berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu
dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira
telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.

Lawan gopoh-gapah itu ialah anaah, iaitu ciri kalbu yang membimbing
seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati
mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat
perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan
membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan
atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.

Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak.
Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak
iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat
pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang
dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada
kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau
syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang
demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak
tidak akan menghasilkan kebajikan.

Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu
tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki
sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata
kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati
pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan
dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan
berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut
konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau
tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan
kecuali dalam lima perkara, iaitu mengawinkan anak perawan, membayar
hutang, menguruskan mayat,
melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa.

Wallahu a'lam.

Penulis : MUHAMMAD ISA AL-JAMBULI
muhd_...@tm.net.my

--
Posted By Lenggang Kangkung to Lenggang Kangkung at 4/12/2009 08:55:00
PM

  1   2   >