RE: H-Net* minta pertolongan Akta Sewa Beli (Hire Purchase Act - 1967)

2001-08-16 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* minta pertolongan Akta Sewa Beli  (Hire Purchase Act - 1967) 





Assalamu'alaikum Sdr/i sekelian...


Bila saya baca kisah Sdra Manaf, timbul kekesalan di hati sebab sejak dari dulu lagi saya berniat nak menulis tentang Akta Sewa Beli (HIre Purchase Act 1967).  Di mana, jika kita tahu selok belok akta ini, maka serba sedikit kita akan tahu hak-hak kita sebagai peminjam dan mengelakkan dari "terjerat" dengan pihak syarikat kewangan (Financier).  Disebabkan masa yg kurang, mana saya terpaksa melupakan atau menangguhkan niat saya.  Tapi, lepas baca cerita Sdra Manaf, saya rasa saya mesti tulis serba sedikit yg saya masih ingat.

Saya bukan peguam secara praktis, tapi, serba sedikit saya tahu juga mengenai akta-akta penting dalam perundangan Malaysia ni.

Dalam HPA ni, definisi berikut selalu digunakan:


"Hirer" - pemimjam (kita lah)
"Owner" - financier (bank yg kasi kita pinjam duit)


First of all dalam HPA, kita harus ingat konsep ini:  "NEMO DAT RULE"  atau ayat penuhnya kita sebut sebagai "NEMO DAT QUAD NON HABET".  Ini adalah bahasa latin yg bermaksud:  "He who has no title, can not give better title to other person".   Atau  dalam Bahasa Melayu bermaksud:  "Orang yg tidak berhak, tidak boleh memberi hak yg lebih baik kepada orang lain".

Maknanya, dalam kes Sdra Manaf, Sdra Manaf sebagai peminjam tidak berhak untuk memberikan "hak" milik kepada orang lain tanpa pengetahuan Financier (seperti tulisan Sdra Tiang Jawi).  Hak milik adalah kepunyaan Financier selagi bayaran sewa beli tidak selesai mengikut perjanjian.  Akta Sewa Beli termaktub dalam Akta Kontrak.  Jadi, setiap perjanjian hendaklah dipatuhi dan jika ada sebarang "default payment", maka mengikut perjanjian tersebut, masing-masing mempunyai hak-hak tertentu dalam menyelesaikan sesuatu masalah.  Contohnya, Jadual ke-Lima dalam akta tersebut, ada menyebut tentang "menarik balik" kereta seandainya Sdra tidak membayar 3 kali ansuran.  Bermakna, lepas 3 kali bayaran ansuran sdra tidak jelaskan, maka notis akan diberi oleh pihak bank untuk menarik balik kereta tersebut dalam masa 21 hari.  JIka dalam masa 21 hari Sdra BOLEH bayar at least 1 bulan, maka bank akan "diam" dulu.  Jika dalam tempoh tersebut Sdra GAGAL membayar walaupun 1 bulan, maka selepas tempoh 21 hari itu, pihak bank berhak untuk menarik balik dan barulah proses lelongan bermula.

Harus diingat, untuk melelong bukannya senang.  Kadang-kadang ada bank yg nak jalan mudah.  Walau bagaimanapun, jika kita tahu hak-hak kita sebagai peminjam seperti Seksyen 12, 13, 14 dan 15 akta tersebut, maka kita boleh juga "terselamat" dari  terjebak untuk memberi "hak lebh baik" kepada orang ketiga (third party) tanpa pengetahuan "owner".

Dalam Seksyen 12 (1) contohnya, Sdra ada hak untuk "memindah" atau "assign" tanggungan Sdra kepada "third party" dengan KEBENARAN pihak bank.  Dengan memberi alasan-alasan yg kukuh, pihak bank tidak boleh menolak hak Sdra ini untuk mendapatkan seorang third party untuk "menyambung" tanggungan Sdra jika Sdra sudah tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan.

Manakala, Seksyen 15 HPA pula menyebut; Sdra boleh "terminate" the agreement dengan memulangkan semula kereta kepada "owner" dan terpulanglah pada mereka apa yg mereka nak buat dengan kereta tersebut.

Ini adalah hak-hak kita sebagai peminjam yg jarang kita selidiki.  Atau, kekadang we simply couldn't be bothered about it.

Disebabkan kita ni ada undang-undang, lebih baik kita JANGAN semudah itu memberikah hak ini kepada third party tanpa pengetahuan owner atau bank.  

Sebenarnya, banyak lagi yg hendak saya tuliskan.. terutama bab-bab nak  "repossess" (menarik balik) dan Seksyen yg berkaitan dengan pihak ketiga.  Dalam kes Sdra Manaf, memandangkan anda tidak berhak untuk memberi "title" kepada pihak ketiga, maka perbuatan Sdra adalah salah (kalau diikutkan  dari Akta).  So, what you can do is to check semula siapa yg tak bayar.  Kalau third party yg tak bayar, maka itu bukan salah dia.  Tanggungan masih atas nama Sdra.

I got to go now.  InsyaAllah, kalau saya free next week, saya akan huraikan serba sedikit Akta Sewa Beli 1967 ini untuk pengetahuan semua agar perkara seperti Sdra ini tidak berlalku.  For the time being, Sdra perlu membuat rayuan ataupun berunding dengan pihak ketiga serta pihak bank untuk menyelesaikan perkara ini.  Kalau boleh, ingatkan semula tarikh-tarikh penting agar Sdra tidaklah nampak sangat "tak ambil berat".  Terutama tarikh Sdra beri kereta tersebut ke pihak ketiga.  

That's all I can say.  Moga apa yg berlaku dijadikan iktibar.  Maaf, kalau ada yg tak faham.  Boleh tanya.


Wassalam.


Disclaimer:   Tulisan saya adalah spontaneous, kalau ada kesilapan, harap maaf.  Tapi so far, saya yakin fakta saya adalah betul dan akan diperbaiki dalam tulisan yg akan datang dalam tajuk yg sama.  InsyaAllah.


-Original Message-
From: Tiang Jawi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 17 August, 2001 9:41 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* minta

RE: H-Net* Tanya pasal "SAKA"

2001-08-07 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* Tanya pasal "SAKA"







Assalamu'alaikum Cik Mona dan warga Hizbi yang lain;


Bila cik Mona mengutarakan bab "Saka" ni, yg sebenarnya akak dah lama teringin nak menulis bab-bab ni.  Cumanya tak berapa "berani" sebab takut kang orang ingat kita ni saja nak reka cerita.

"Saka" ni yg sebenarnya "benda halus" yg di"bela" oleh orang tua-tua dulu yg mana, jika tak dibuang, kelak apabila si pembela nak meninggal, salah seorang dari anaknya atau mana-mana keturunannya kena "mengaku" untuk bela.  Kalau tidak, si pembela susah dan agak sukar untuk mati.

Ada juga "saka" yg bukan sengaja di"bela" , tapi entah macam mana, "terikut" orang yg nasibnya tak baik tu ke rumah.  Contoh yg paling baik adalah yg terjadi kepada arwah nenek sedara akak.  Arwah telah pergi ke Tanjung Puteri, Johor...tepi pantai.  Tengah arwah duduk-duduk.. tiba-tiba arwah rasa lain macam dan entah macam mana, "benda" tu mengikut dia sampailah ke akhir hayatnya.  Kalau nak cerita, memang panjang.. sebab this happened when I was young, very young, but I still can remember it very well.

Memang menyeramkan Bukan senang nak "halau" benda tu sampaikan anita (bomoh) yg cuba mengubati  tu gugur kandungannya...!  Perempuan tu memang menggunakan ayat-ayat Qur'an.  Diringkaskan cerita yg sebenarnya, my arwah nenek sedara ni dah lama rohnya tiada, tapi "saka" menumpang tubuhnya.  Jadi, yg hidup adalah "saka",  tapi badan arwah nenek ni agak reput sebab mungkin dah 2 hari meninggal.   Doktor pun confirm.. sebab yg hidup & bernyawa tu bukan tubuh nenek sedara tu, sebab tubuhnya dah menunjukkan "reput".  Yang herannya, bila makan, macam orang tak sedar diri... sekelip mata habis... bila baca yassin, dia macam panas, menjerit-jerit dan menyebabkan orang yg datang menziarah ketakutan.  In fact, sedara-mara yg terdekat pun hampir "give-up" nak bacakan Yassin sebab terlalu takut tengok keadaan "mayat hidup".   Seram you! tapi itulah yg terjadi kepada keluarga kami suatu ketika dulu.

Akhirnya setelah disembelih seekor ayam putih dan pulut kuning dihidangkan, maka barulah arwah nenek "pergi" dengan amannya.  

Mungkin akak bukan orang berkelayakan untuk cerita bab-bab ni, tapi benda "saka" ni adalah benda yg memang wujud.  My own sister died kerana di"sakat" oleh binatang nama saka ni.  Arwah Kak Ngah akak meninggal masa dalam pantang.  My mother, my eldest brother jatuh sakit kerana binatang saka ni.  Mungkin kerana kami tidak mahu menerima benda-benda begini dari keturunan yg lalu.  So, apabila di"buang" ke laut, kami sekeluarga tidak dibenarkan ke laut selama berbelas-belas tahun.  Akak sendiri tak pergi mandi laut agak lama, sehingga bonda kata boleh. 

Ada setengah orang akan kata "mengarut" atau pun akan "chop" kita berkawan dengan setan ke, iblis ke, jin ke... tapi sebenarnya, bukan kita yg hendakkan benda tu.  Itu adalah belaan keturunan yg lepas-lepas.  Rasionalnya, orang dulu-dulu membela benda ni sebab untuk "self-protection" dan kesenangan diri sendiri.  Contohnya, ada seorang tua dulu pernah dengan hanya mengetuk tongkat di tepi laut, dengan sekelip mata boleh sampai ke tanah sebenang (Mdan, Indonesia).  Ini kerja siapa kalau bukan Jin?  

Kita mesti ingat, hanya para Rasulullah sahaja yg ada mukjizat.  Selain dari para Rasulullah... manusia biasa tiada kelebihan lain, melalinkan dengan ber"kawan" dengan setan sahaja yang boleh buat benda-benda macam tu.  Disebabkan kesedaran dan penghayatan Islam tu kurang agaknya zaman dulu, mungkin orang zaman dulu tak berapa nak perasan  akan "persahabatan" mereka dengan jin dan iblis itu adalah syirik.  Oleh kerana orang dulu-dulu tiada kenderaan, mungkin sebab tulah agaknya meraka gunakan "sahabat" mereka untuk pergi ke mana-mana dengan sekelip mata.  Tapi, mereka ada amalan-amalan untuk "bela" binatang ni.  Bukan senang nak "maintain" benda ni siap perasap kemenyan, kalau perlu.  Itu sebab sekarang ni, kita tak digalakkan langsung membakar kemenyan bila ada kematian, sebab kemenyan ni jin-jin memang suka sangat baunya.  Correct me if I'm wrong. 

 "Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" - jangan lupa itu.  So, kalau kita berkawan dengan jin, maknanya kita berkawan dengan manusia yg PALING JAHAT!  Nau'zubillah..

Itu cerita orang-orang dulu yg membela "saka".  Kalau tak silap, polong, hantu raya, toyol dan yg sebangsa dengannya adalah jatuh dalam kategori "saka".   Cuma bentuknya saja yg berbeza.  Ada yang dalam bentuk boleh menyerupai diri tuan punya, ada yg hanya sekadar rupa diri dia, tapi tuan dia aje yg boleh lihat & tengok, serta berkomunikasi dengannya.  Tapi, kalau dah setan tu, apa-apa pun boleh dia buat.  Cakap aje.  Mungkin tengok jugak apa "pakej" dia dengan tuan punya dia.

Disclaimer notes:  Saya hanya bercakap dari segi pengalaman orang-orang tua yg diceritakan dan dilihat sendiri semasa kecil dulu.  Jangan ingat saya ni pakar pulak dalam bidang ni, cumanya saya ni banyak dengar cerita dari orang-orang tua sama ada yg masih hidup ataupun telah mening

RE: H-Net* Akhlak pemuda pemudi kelantan rendah

2001-07-31 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* Akhlak pemuda pemudi kelantan rendah





Assalamu'alaikum,


Saya sokong apa yang dikatakan oleh Puan Pabiyen.  


Bahkan, saya menambah kat sini bahawa kita tak boleh mengira sesiapa itu dari mana-mana bila depa tu buat salah ataupun buat perangai tak senonoh.  Pokok pangkalnya, selagi dia bernama manusia, memanglah tak henti dari melakukan kesilapan andainya tidak disedarkan.  Ada jugak jenis manusia yg telah disedarkan pun, tapi masih buat-buat lupa dan buat-buat tak faham yg dia tu orang tak suka!

The point is; kalau nak kata akhlak orang Kelantan tak baik di negeri Selangor misalnya, ini adalah kerana akhlak orang Selangor lah yg tak baik yg telah ditiru oleh budak-budah yg merantau ni.  Jangan kata apa lah... tak kiralah gadis Kelantan mudah dipujuk atau dirayu, namun yg pasti, kalau sesuatu itu dijanjikan 'heaven & earth", pasti tak ada siapa yg akan lepaskan peluang melainkan seseorang itu mempunyai akal fikiran yg waras dan masih rasional.   Hatta gadis dari manapun, asalkan dijanjikan "heaven & earth", sudah pasti tak akan menolak.

Bagi saudara penghantar asal e-mail ni, suka saya beritahu bahawa gadis-gadis sekarang bukannya wang berlebihan yg dikehendaki, tapi "kebebasan mutlak" dari kongkangan mak bapak dan "hidup berpoya-poya" tu yg mereka hendak sebenarnya.  So, tak timbul soal nak duit atau hidup "mewah-mewah" lagi.  Sebab apa mereka itu mahukan gaya hidup berpoya-poya & kebebasan mutlak?  Kerana pengaruh tak baik dan budaya kuning yg terlalu banyak di KL, Penang, Johor, Klang dan bandar-bandar besar yang lain kat Malaysia ni.  Tak boleh nak salahkan budak-budak yg merantau ni totally.

Dan... saya nak tanya jugak pada Sdra kita ni, apa tindakan Sdra dalam menangani gejala budak tak berakhlak ni?  Sdra ada buat inisiatif tak untuk menubuhkan persatuan penduduk kat tempat Sdra supaya masalah ini boleh ditangani dengan baik?  Kalau ada Persatuan dan bila Presiden Persatuan itu yg menegur mereka, at least mereka tahu mereka dah buat silap dan tak akan mengulanginya lagi.  Saya dah pernah kena dengan budak-budak bujang nakal ni, mereka menaburkan puntung-puntung rokok mereka di depan rumah saya saya identify siapa mereka, saya bawa Ketua Persatuan Penduduk dan dengan tegas telah diberi amaran untuk tidak melakukan lagi perkara ini.  Depa malu kerana depa rasa terlalu bersalah... dan depa terus pindah dari situ kerana terlalu malu dengan perbuatan tak baik mereka tu.

Bila cakap pasal orang perempuan bertandang ke rumah orang lelaki, kalau benar disyaki perempuan itu bukan muhrim mana-mana ahli dalam rumah, tindakan yg sewajarnya adalah memanggil Jabatan Agama Islam.  Ini pun pernah terjadi di kawasan perumahan saya.  Pasangan ini ditangkap dan dituduh berkhalwat (sebab mereka hanya berdua di rumah), bagi yg duduk ramai-ramai tu, pastikan Jabatan Agama selalu buat "rondaan" tak rasmi ataupun minta tolong dengan orang RELA.  Jika adalah!

Kesimpulannya, tak wajar kita "cop" pemuda-pemudi dari mana-mana negeri itu tak baik hanya kerana segelintir yg berperangai tak baik macam tu.   Dan itu terpulang pada inisiatif kita sendiri nak menangani masalah ini.

Harap Sdra boleh berinisiatif dalam menangani problem Sdra.  Saya sekadar memberi pandangan ikhlas tanpa berniat nak menyinggung perasaan sesiapa.



-Original Message-
From: Pabiyen Sitok [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 01 August, 2001 8:57 AM
To: bc bayu; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Akhlak pemuda pemudi kelantan rendah




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
masa bujang dulu housemate saya orang johor.  tiap-tiap hari pakwe dia
hantar pergi dan balik kkerja.  siap cium tangan macam orang dah
kahwin.  bila kami tegur dia pindah rumah.  bila dah pindah rumah,
besoknya penuh lebat kat leher pakwe dia.  eee rendahnya akhlak orang
Johor (sorry Haslim).  setahun lepas tu tengok dia jalan dengan pakwe
lain.  eee rendahnya akhlak orang Melaka.


amacam?  negeri mana lagi?  masa saya belajar dulu, ada sorang kakak
senior tu dia cerita, geng dia buat nakal pergi mandi nude kat kolah
hostel.  e rendahnya akhlak orang Selangor.


negeri mana lagi kita nak pilih?


tak bolehlah nak pukul rata orang negeri tu negeri ni.  bukalah minda,
akhlak muda-mudi yang berhijrah memang teruk, sebab mak bapak jauh dari
mata. tapi tak semua gitu.  mana yang dapat kawan yang baik,
Alhamdulillah, dapat kawan yang teruk hancuslah.





--- bc bayu <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
>  {    Hantarkan mesej anda ke:  [E

RE: H-Net* Petua-Kismis penguat daya ingatan

2001-06-08 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* Petua-Kismis penguat daya ingatan





Asalamu'alaikum!


Haaa.. kalau bagi petua macam gini kan ke lebih bagus?  Daripada dok selalu tulis dengan gaya melulu dan tak tahu hujung pangkal, beri tips macam ni lagi besar manfaatnya

Saya bersyukur seandainya Sdr Zaidah ni dah sedar kerana saya telah perhatikan tulisan Sdri Zaidah ni terlalu jauh bezanya sebelum ini.

Perlu diingat.. saya memerhati bukan kerana minat.. tapi nak "evaluate" what type of person you are.  


Harap berterusan begini dari menulis dengan gaya seolah-olah memprovoke netters lain.


Terima kasih yg baik itu dihargai, yg tak baik itu ditegur - dengan berhemah.


Wassalam


-Original Message-
From: zaidah mohd [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 08 June, 2001 3:12 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Petua-Kismis penguat daya ingatan




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Petua-Kismis penguat daya ingatan.


Disini diperturunkan petua bagi menguatkant ingatan dengan memakan kismis.


Amalkan memakan kismis 7 biji sehari sebelum makan iaitu selepas subuh atas 
sebelum , sekiranya terlupa makan sebelum tidur.


Sebaik-baik baca ayat kursi 170 kali dan hembuskan ke buah kismis berkenaan.


Bagi yang akan menghadapi peperiksaan amalkan memakan 21 biji sebelum makan 
pagi 40 hari sebelum menjelang peperiksaan.


Terima kasih wallahuallam.


_
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.



 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    )
 


Pengirim: "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>





RE: H-Net* http://www.alphaklinik.com - Cadangan tenaga pengajar.....

2001-04-19 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* http://www.alphaklinik.com - Cadangan tenaga pengajar.





Assalamu'alaikum!


Laaa.. Haslim!   Teman rasa kan Si Chua Jui Meng tu tak yah pi jauh-jauh nak belajar. kalau tak silap teman... dalam Hizbi Net ni ingat kurang ke yg terror-terror?

Ni nak bagi list yg akan jadi tenaga pengajar kepada Chua Jui Meng - hak yg telah di"detected" as "reliable people" to teach the said minister:-

1.  Syazana Hamzah - Dengar kata... .dia ni "Dr" gak.. kat sepital KB


2.  Mek Zaidah - ni lagi terror bab-bab computer ni..


3.  Ada sorang Haslim.. kawan baik ngko - siapa tu?  "Ali" lagi terror!


Dan rakan-rakan yg sewaktu dengannya.. yg pakar-pakar dalam bidang IT bila bab-bab sampuk-menyampuk & kritik-mengkritik yg melulu... ko bagi lah kat diorang ni bagi diorang ajar Menteri kesayangan diorang... betul tak kengkawan yg lain??

Haaa.. sekarang ni, Syazana & Company bolehlah bukak satu consultant firm untuk mentarbiahkan dan mendidik menteri-menteri yg masih belum celik IT dan tak pandai nak surf internet, kan, kan??

Meh kita tengok apa jawapan mereka. kalau mereka betul-betul ikhlas lah..kan?  Aku cuma cadangkan aje!  Kita tengok apa kata survey!!?  Jangan nanti bertambah "pening" menteri sudahlah!

Byee!






Petikan dari akhbar The Star, 19 April, semalam:



In reply, Chua said he had surfed the Internet and found that microscopic
surgery was still the most recommended by experts and that "it was the gold
standard.'' 


"Although Dr Hoogland claims to be an expert in endoscopic surgery, we
cannot find any literature written by him on the Internet nor any of his
publications on international medical journals,'' he said, adding that the
specialist had also admitted to carrying out only 30 to 40 endoscopic
operations so far and had insulted local medical experts and facilities. 
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2001/4/18/parliament/1807lldr
&newspage=Search



Eloklah disarankan Dr. Chua ni di berikan kursus komputer dan juga cara-cara
nak surf internet daripada seorang menteri (doktor pulak tu! plus menteri
kesihatan! kalau menteri kerjaraya ke yang silap tu okay juga lah!) yang
berani buat statement dalam dewan rakyat tapi faktanya salah.



-Original Message-
From: muzammil daud [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Friday, April 20, 2001 3:33 AM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* http://www.alphaklinik.com




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu'alaikum,


Beberapa hari lepas, Dr Chua menteri kesihatan telah memperlekehkan Dr
Hoogland yang memeriksa DS Anwar. Antara yang Dr Chua kata dalam parlimen
ialah pihaknya tidak terjumpa pun apa-apa maklumat di internet mengenai Dr
Hoogland atau Alpha Klinik.


Tadi masa baca Malaysiakini terbaca surat pembaca (
http://www.malaysiakini.com/Letter/2001/04/2001041906.php3 ) dan ada link
address ke Alpha Klinik:


http://www.alphaklinik.com


Rupa-rupanya Dr Hoogland ialah ketua bahagian sakit tulang belakang dan
telah pun membuat beribu-ribu pembedahan.


Silalah ke web site tersebut.


Wassalam.


:)
http://myMoney.onweb.cx
DiBayar semasa Layari Internet.
Senarai Program "Get $$ To Surf".


__
Get Paid... With Your Free Email at
http://www.zwallet.com/index.html?user=salamsejahtera



 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    )
 


Pengirim: muzammil daud <[EMAIL PROTECTED]>


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    )
 


Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>





H-Net* VIRUS YG SENGAJA DIHANTAR... MINTA PENDAPAT

2001-03-13 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: VIRUS YG SENGAJA DIHANTAR... MINTA PENDAPAT





Assalamu'alaikum semua


Di sini saya ingin minta pendapat pakar-pakar komputer berkenaan dengan satu e-mail dari seorang "hamba Allah" yg bergelar "Hahaha" yg saya anggap memang sengaja menghantar e-mail yg mengandungi virus seperti tertera di bawah ini..(nama dia pun "hahaha" e-address "@sexyfun.net"... Hmmm "sexy" you!)

Untuk pengetahuan, hamba Allah sekor ni dah 4 kali hantar e-mail ni pada saya..  Setahu saya yg tak berapa pandai ni, e-mail yg mengandungi virus dihantar secara automatic oleh si penghantar yg sudah terkena virus itu terlebih dahulu. 

Dia ingat... saya ni sebodoh dia...sebodoh-bodoh saya pun, saya boleh "smell" yg mana perfume yg mana air kencing!  Walaupun pada asalnya Norton Anti virus saya tak dapat kesan, the first e-mail dia hantar, saya delete.  Saya bukan jenis yg suka bukak attachment sembarangan, walaupun dari kawan baik saya sendiri... sorry to say that.

Lepas tu, saya dapat lagi... the same e-mail, dan terus dapat for another 2 times.  That means 4 times sekor ni hantar the same thing.. cuma saya notice ada sikit lain dia punya wording, seolah-olah "memujuk" saya supaya membuka attachment tu..  Oleh kerana saya masih "simpan" yg satu aje lagi, maka saya telah dapat "notification seperti yg saya attach di bawah.

Oleh itu, saya nak pendapat dari bijak pandai sebelum saya gelarkan manusia sekor ni dengan gelaran yg tak mahu kita dengar, betul tak andaian saya bahawa virus ini sengaja dihantar kepada saya???  

Harap dapat jawapan dari pakar Haslim...my friend... what say you??


Wassalam.



-Original Message-
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 14 March, 2001 12:31 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Virus Warning from MailScan to Mail-Recipient!



The attachment(s) that came with the following mail 
received by you had Viruses in it.


=
The Mail came from    : [EMAIL PROTECTED]
The Mail recipient    : [EMAIL PROTECTED],
Subject of the Mail   : Snowhite and the Seven Dwarfs - The REAL story!
Message-ID    : 


Attachment-Name Virus-Name  Action-Taken

joke.exe    "I-Worm.Hybris.d"   Deleted
=


Use  MailScan on your  EMail  Servers  and  eScan on your
Windows-based PCs and Servers for maximum protection from
Internet-borne viruses.


This e-mail and any files transmitted with it ("Message") are intended only for the use of the 
addressee named herein and may contain legally privileged and confidential information. if you 
are not the intended recipient of the addressee indicated in this Message (or responsible for 
delivery of this Message to such person ), you are hereby notified that any dissemination, 
distribution,printing or copying of this message or any part thereof is strictly prohibited. 
If you have received this Message in error, please immediately delete this Message and 
advise the sender by return e-mail. Opinion, conclusions and other information in this 
Message that do not relate to the official business of EON shall be understood as neither 
given nor endorsed by EON.






RE: H-Net* mencari pembantu rumah

2001-03-13 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* mencari pembantu rumah





Assalamu'alaikum Sdra Rosman


Your earlier "advertisement" dalam Hizbi net ni read as follows:


"sesiapa yang berminat menjadi pembantu rumah sila tel.010-9883653"


Bukan apa lah kan..., Encik Rosman punya "request" ni punyalah simple sampai tak tau sama ada Sdra ni nak orang tempatan ke atau orang Indon Kot-kot Sdra  nak pelawa mana-mana pelanggan Hizbi Net nak jadi pembantu rumah ke?  Kalau Sdra nak bagi upah sejam RM30.00.. saya rela resign kerja saya ni. Dak pun kengkawan saya yg saya cc ni pun nak agaknyakan kengkawan, kan?

TAPI,


Bila tengok your second advertisement..:


"Saya ingin mencari seorang pembantu rumah wanita dalam lingkungan 25 tahun
sehingga 30 tahun, tempat tinggal disediakan, tak perlu memasak cuma
mengemas rumah dan menjaga kebersihan, gaji RM350.00 sebulan dan ada
kenaikan gaji."


BARU SAYA FAHAM!


Laaa... kalau ikut syarat umur, saya dah "out" dahhh... dah lebih 30 tahun.  Tak dapek lah apply... lagipun kalau RM350.00 sebulan, tak sanggup la eden!

Gini ajelah ari tu ada lah sahabat kita dalam Hizbi Net ada iklankan dia punya agensi mencari pembantu rumah.  As I said, kalau Sdra nak orang Indon, InsyaAllah no problem... kalau Agent betul-betul boleh cari yg sesuai.  Kalau orang tempatan Sdra Rosman kena "survey" kat area kampung... l  

Rasa-rasanya, suku-sakat warga Hizbi Net ni kalau ada pun, depa lebih suka keja kilang.  KALAU ADA ORANG TEMPATAN YG NAK JADI PEMBANTU RUMAH, saya pun nak cari jugak.  Tapi, kalau setakat nak cari melalui Hizbi net, memang susah... tak akan ada, kecuali "daily" atau "part time" cleaner. gaji mesti lumayan... kerja semua beres.

Ni saya attachkan iklan dari sahabat kita masa dia iklankan ari tu.  Kekadang, bila saya fikir balik, ada gunanya jugak jika Hizbi net ni bagi ruang untuk orang iklankan apa-apa pun, sekurang-kurangnya dapatlah membantu sesiapa yg memerlukan... who knows??

So, mana-mana Hizbi Netters yg "anti" dengan iklan. janganlah tempelak kengkawan kita ni, when your needs arise, you won't knowyou might be the one who need it.

Kepada Sdra Rosman, sorry le saya loyar buruk sikit tadi... saja suka nyakat.  Cuba-cubalah contact kengkawan kita yg advertise service mereka... seperti di bawah.  Manalah tau, dapat pembantu rumah  yg cun-melecun ke?


-Original Message-
From: ftplan [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 10 March, 2001 9:43 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Pembantu Rumah



Assalamualaikum, terlebih dahulu saya minta maaf menggunakan ruangan ini. 


KAMI MENYEDIAKAN KHIDMAT PEMBANTU RUMAH INDONESIA


PAKEJ 1 RM1900 DAN PAKEJ 2 RM3500.



Untuk Pertanyaan Sila Hubungi


03-60935497 atau 013-3964078 - PUAN AMINAH Dan 


013-3964077 - EN. AZIZI


Sekian Terima Kasih, Wasalam.


-Original Message-
From: Rosman [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 14 March, 2001 6:37 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* mencari pembantu rumah




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
sesiapa yang berminat menjadi pembantu rumah sila tel.010-9883653


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    )
 


Pengirim: Rosman <[EMAIL PROTECTED]>


This e-mail and any files transmitted with it ("Message") are intended only for the use of the 
addressee named herein and may contain legally privileged and confidential information. if you 
are not the intended recipient of the addressee indicated in this Message (or responsible for 
delivery of this Message to such person ), you are hereby notified that any dissemination, 
distribution,printing or copying of this message or any part thereof is strictly prohibited. 
If you have received this Message in error, please immediately delete this Message and 
advise the sender by return e-mail. Opinion, conclusions and other information in this 
Message that do not relate to the official business of EON shall be understood as neither 
given nor endorsed by EON.






H-Net* Deman "Chicken Pox" - Reply

2001-03-08 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title:  H-Net* Deman "Chicken Pox" - Reply





Assalamu'alaikum


Saya senyum sendiri bila tengok tajuk yg Sdra Sofian hantar tadi jadi "Demam chicken pop"  mungkin Sdra Soffian tersalah taip... tak apa, don't be khuatir... kita kat sini sama-sama betulkan dan bagi tips sikit-sikit, sekadar yg mampu mengikut pengalaman.  

Sebelum tu, nak ceritalah sikit.. pengalaman saya kena demam "chicken pox" ni last year, pada bulan April.. tapi saya bersyukur kerana ada rahmat di sebaliknya.  Walaupun saya demam agak teruk jugak dia punya "campak"nya tu, tapi saya gunakan waktu cuti sakit untuk membaca atau study untuk final exam saya pada semester tersebut.  Tak payah nak apply untuk "study leave" yang paling saya tak boleh lupa ialah saya buat second test untuk salah satu dari subject yang saya ambil tu dengan muka yg penuh dengan ubat sapuan yg doktor bagi... jalan buat selamba aje kat kampus.  Muka ni boleh dikatakan penuh dengan ubat sapuan, dah jadi macam pakai bedak sejuk!  Mujurlah tak ramai student lagi masa tu.. kalau tidak.. habis semua cabut lari!  Kawan-kawan sekelas semua dah tahu; sebab dah "skip" kelas banyak kali... kang berjangkit kang, baru tau!  Lecturer pun tak kisah, sebab memang kita ada MC.  Malu jugak, dah tua-tua ni kena chicken pox... bukan saya sorang pulak tu, habis dengan dua-dua anak pun kena... haru sungguh!

Mula-mula kita pergi ke tanda-tanda nak demam campak ni; kita akan merasa sakit tekak, selsema dan demam yang berlarutan.  Kemudian, kalau ternampak bintil-bintil (seperti gigitan nyamuk tapi berair), ataupun bintik-bintik merah jika SEMUA symptom ni ada, SAHlah demam campak.

Ni nak ulas sikit apa yg adik Irya tulis..pasal "tak sentuh air".   Masa saya kena dulu, saya tetap mandi macam biasa saya rasa, kebersihan diri perlu dijaga, walaupun kita lapkan badan kita dengan kain tuala basah... asalkan badan kita "merasa" air.    One thing for sure, gatal "merenyam" tu memang tak dapat elak jadi, ambillah object yang tak tajam untuk just "letak-letak" dan "rasa-rasa" kat tempat "merenyam" dan miang tu.  JANGAN GARU DAN "KEROBET" tempat merenyam dan bintil-bintil tu!  

Bila kita demam, maknanya badan kita ni panas kat dalam... jadi, saya lebih selesa dan suka mandi lebih kerap untuk sejukkan badan saya.  Untuk mengeluarkan campak tu KESEMUAnya... minumlah air kelapa... kerana bila cepat dia keluar, lebih elok.  Ini penting kerana kalau tak SEMUA yg keluar, takut nanti dia akan keluar yg saki-baki pulak lepas dah pulih.   Tapi ini jarang berlaku.  Itu sebab digalakkan kita minum air kelapa.  

Jangan duduk bawah kipas yang "direct" kena kat kita, it's not good.  Dan, mandi tu bukan mandi kosong aje saya rendam daun semambu dalam air suam untuk barang seketika; ramas-ramaskan daun tu untuk hilangkan gatal-gatal...  kemudian mandilah dengan air tu barang sebaldi.  

Lepas mandi tu, sapukan "calamine" lotion dari klinik.  Untuk bintil-bintil yang baru tumbuh, elok sangat sapu ubat ni, sebab ia akan cepat "mengeringkan" bintil-bintil yg makin membesar dan berair.  

Bila dah kering bintil-bintil tersebut, buatlah bedak dari campuran tepung beras, kunyit & daun semambu.  Ini amat elok untuk hilangkan gatal-gatal serta parut.  Selalunya, bintil ni akan kering lepas seminggu demam ni bermula.  So, masa ni memang elok untuk pakai bedak sejuk daun semambu. 

OK, berkenaan dengan sakit tekak saya amat syorkan sesiapa yang kena tu supaya minum air bali (ini petua asal dari Puan Pabiyen kita)... saya ingat lagi masa saya kena demam campak tu, beliaulah kontek saya untuk "hibur-hiburkan hati" masa tengah demam teruk dulu.  Masak air bali bersama gula batu dan biji selasih.  Amalkan, tapi janganlah banyak sangat gula tu, nanti kecing manis kang marah pulak kat saya!

Pantang-larang yang lain:


1.  Jangan MENGGORENG sebarang makanan yg hendak digoreng ketika pesakit dalam rumah Kata orang tua-tua, macam mana minyak tu panas dan meletup-letup masa kita menggoreng, macam tu lah "meletup-letup" bintil-bintil tu.  Ini mesti ada kerjasama dengan semua ahli keluarga.  Kalau boleh, mintak tolong jiran masakkan di rumahnya.  Itu pasal saya ni dulu, jiran saya yang tolong masakkan, saya beli barang/bahan-bahannya.

{Yang pasal menggoreng ni... saya memang "terasa" sangat.  Disebabkan saya ni nak sangat makan telur, kakak ipar saya gorengkan telur, macam mana telur tu dok meletup-letup, macam tulah muka saya naik bintil-bintil yang besar-besar kat muka - fuhh... dengan tak sampai sejam aje, keluar kat hidung, atas dahi... kat pipi.. berlambak!}

2.  Jangan MAKAN KICAP - ni petua dari orang tua dan sahabat-sahabat saya.  Katanya, nanti parut pun akan berkesan hitam.  Yang ni saya ikut.  Kang tak lawa you!

3.  Kalau masih sakit tekak, jangan makan benda bergoreng (walaupun jiran yg masak).  Tapi kalau sakit tekak dah OK, no problem.. makan aje!

4.  Jangan kena hujan.. yg ni ada netter dah cakap.  Memang betul.. nanti menggerenyam gilerrr!


5.  

RE: H-Net* release tention - Lembu Hilang Dah Jumpa dah....

2001-02-27 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* release tention - Lembu Hilang Dah Jumpa dah





Assalamu'alaikum,


Tadi ada teki teki yang mana dah ada netter jawab."Lembu hilang", tup-tup, tadi tengahari masa ambo tengah drive untuk balik rumah kejap, tak pasal-pasal dekat atas divider betul-betul depan Nippon Paint Shah Alam (Seksyen 21, tak jauh dari Tanah Perkuburan Islam tu), ada 2 ekor lembu sedang elok memagut rumput atas divider tu 

Saya ingat kot-kot mata saya yang silap, tapi tengok kat dalam side mirror, memang sah lembu-lembu tu ada kat situ,  is it lembu yang hilang dalam teka-teki si Dzul62 ke??  Dzul62, ambo rasa, baik hang amik cepat-cepat lembu-lembu tu, nanti orang lain curi takpun, si Mencelah tu dia tengah cari lembu untuk korban Raya ni, kang melepas hang!

Heran... heran ada ke sesiapa H-netters yang nampak lembu-lembu ni tadi as at 1.15 pm?  Kedua-dua lembu tu ada kat atas divider (tak jauh dari jalan Batu 3 ke bulatan JVC, Seksyen 21).   Ambo betul-betul curious. tak pernah-pernah ada lembu kat situ.!



-Original Message-
From: rumzi matsaad [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 27 February, 2001 12:12 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* release tention




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
assalamualaikum..


lembu untuk buat korbanlah yang orang cari


selamat hari raya haji


ok



>From: mariana <[EMAIL PROTECTED]>
>To: dzul62 <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* release tention
>Date: Tue, 27 Feb 2001 07:27:31 +0800
>
>"banyak banyak lembu, lembu apa yang orang cari.".jawapannya... dah
>tentu lembu yang hilang
>:-)
>
>dzul62 wrote:
>
> > Para netters semua cuba jawab teka teki ini "banyak banyak lembu,
> > lembu apa yang orang cari."


_
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.



 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    )
 


Pengirim: "rumzi matsaad" <[EMAIL PROTECTED]>





H-Net* CUBA MENGHUBUNGI SESEORANG DI "SEAGATE" - Inikah Balasan Yang Aku terima???

2001-02-13 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: CUBA MENGHUBUNGI SESEORANG DI "SEAGATE" - Inikah Balasan Yang Aku terima???







Assalamu'alaikum para netters yang dihormati,


Entah mengapa saya hari ni... cuba nak menolong seorang customer yang "booking" kereta dan cuba nak memberi feedback kepadanya, tapi malangnya setelah saya cuba hantar e-mail kepada kawan tu, e-mail saya kena "tendang" (saya cut & paste message dari administrator saya).


Dari semalam sampailah hari ni saya cuba nak contact person tu, tapi kesian kat saya, asyik "undeliverable".  So, hari ni saya ambil inisiatif untuk call that person just to find out what happen to the e-mail system kat SEAGATE, Penang.  Dah 3 kali saya hantar e-mail, tapi masih tak go through why??

Hmm... macam ni lah agaknya cabaran yang kita harus hadapi.  Nak "menghadap" customer dah tentu bukan tugas saya, saya cuma nak menolong.  Tapi, setelah saya menolong, kesian kat saya; saya pulak yang dilayan macam "haprak" aje oleh "colleague" customer kami tu.  Kesian, kesian saya cakap punyalah lembut, tapi orang reply kat saya macam tu!  Ada ka patut?  Tak faham Bahasa Inggeris, cakaplah tak faham, "I don't know sepatah haram what you talk mam.." ke,  atau "boleh cakap Melayu tak Kak?" manis lah jugak; ni tak..  senang-senang aje cakap..hhhmmm.. sabar ajelah!  Kak Biyen... macam mana nak ajar orang supaya "courteous" on the phone??  Kot lepas ni Kak Biyen boleh bukak kelas train bebudak yang tak tahu telephone ethiquette?

So, kepada sesiapa yang berkenaan kat Seagate yg minta tolong dengan saya. maaflah sebab saya terpaksa gunakan "channel" Hizbi net sebab saya tahu beliau adalah H-Netter.  Setelah saya gagal mendapatkan anda, saya telah cuba untuk contact kawan anda yg forwardkan e-mail anda, tapi saya telah juga tidak dilayan dengan baik.  Senang aje cakap "I don't know the extention...!  He's not here!"  Ya Allah... sabar ajelah!  Takkanlah macam ni orang Seagate kot?  Harap bukan semua, yaaa!

Ni saya copy message dari System Admin saya:


==
Your message did not reach some or all of the intended recipients.


  Subject:  FW: Pasal Kereta
  Sent: 13-Feb-01 3:38 PM


The following recipient(s) could not be reached:


  '[EMAIL PROTECTED]' on 13-Feb-01 3:38 PM
    Unable to deliver the message due to a communications failure
    The MTS-ID of the original message is: c=US;a= ;p=EON;l=EON_MAIL-010213073824Z-2787
    MSEXCH:IMS:EON:EON_HQ:EON_MAIL 3553 (000B099C) 553 5.3.0 Rejected - Open Relay - see http://www.mail-abuse.org/rss/

===
I smelt something "fishy" bila tengok "abuse".  Saya ni bukannya faham pasal benda-benda ni... acu gak sesiapa yang expert dari mana-mana terangkan?  Kami punya Administrator busy ler... Haslim... hang tolong explain sikit!  Awat jadi lagu ni?

Saya guna "" sebab saya tak mahu reveal the person.  Tapi, harap saudara yang berkenaan, silalah make yourself available.  I really try to help you.  Maaf kepada netters yang lain.  Cumanya saya ni bukan apa, saya harap masing-masing cubalah "polish" sikit TELEPHONE COURTESY.

Sekadar memberi cadangan dan ingatan.:) Smile always!


Wassalam





  






RE: H-Net* Fwd: [ingatan] Rahsia Valentine Day

2001-02-12 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* Fwd: [ingatan] Rahsia Valentine Day





Wa'alaikumsalam dan salam kembali..


Terima kasih atas ingatan.  Sememangnya InsyaAllah, saya akan sentiasa ingat.  Cuma yang heran dan peliknya, mengapa stesen-stesen TV kita bukan main lagi beriya-iya menyiarkan ataupun mempromosikan rancangan-rancangan Khas sempena Hari Valentine ni?  Bukankah ini seolah-olah "menggalakkan" para remaja kita (especially yang beragama Islam) dan jahil pulak pasal Valentine-valentine ni.???  Macamlah kalau tak ada Valentine's Day tu depa tak boleh siarkan cerita bagus-bagus yang boleh memberi manfaat.  Macamlah bila tiba hari Valentine tu aje kita ni nak ingat pasal kasih sayang, walhal, tiap-tiap hari kita sentiasa menyayangi pasangan kita.  Apalah istimewanya Valentine tu agaknya?  Heran.. heran!

Since kita dah cakap pasal hal ni, saya ingin tahu; apakah hukumnya penjual/peniaga bunga yang beragama Islam tetapi menjualkan bunga-bunga ros atau apa jenis bunga pun kepada orang Islam yang lain yang membelinya dengan tujuan untuk memberi kepada kekasih masing-masing sempena Valentine ni?  Saya tanya ni sebab saya ada seorang kawan baik yang ada buka kedai bunga.  Katanya, sempena Valentine ni, harga bunga tiba-tiba melambung tinggi; sampaikan harga sekuntum bunga ros boleh mencecah hingga ke RM10.00!  Subhanallah!  

Kata kawan saya tu lagi, dia tak dapat nak elak dari menjual bunga itu dengan harga tinggi, no matter what ocassion sebab supplier memang dah sedia-sedia menaikkan harga Wah... baguih betul depa ni (si supplier) ambil kesempatan untung berlipat ganda sempena Valentine's Day ni.  So, saya cakap dengan kawan saya... nak buat macam mana, dah takkan kita berniaga nak rugi; maka terpaksalah dia pun jual bunga dengan harga yang tinggi sepanjang minggu ni.   Mungkin Pakcik Omar boleh komen sikit!  Saya musykil sikit tentang kawan saya tu jual bunga kepada orang Islam yang masih tak tahu tentang kisah Valentine ni.  Nak suruh kawan saya bagi nasihat kat customer dia, katanya boleh, cuma depa nak terima atau tidak ajelah.

Terima kasih, harap dapat penjelasan.


Wassalam.



-Original Message-
From: Omar AlKhatab [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 12 February, 2001 10:13 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Fwd: [ingatan] Rahsia Valentine Day




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu`alaikum,
Tadi pagi bukan ada sapa ka yang mau article tentang
Valentine Day?Harap sedikit coretan di bawah ni
boleh membantu.
Wassalam.





H-Net* RE: Harga Barang EON Mahal.

2001-02-01 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: Harga Barang EON Mahal.





Assalamu'alaikum!


Sdri/Sdra Rin, thank you for your e-mail , but it's difficult for us to address  your problem if you could not furnish us the history of your car.

Yang sebenarnya, jika Sdri/Sdra boleh berikan maklumat seperti yg saya senaraikan, pihak kami boleh ambil tindakan yg segera untuk mengatasi masalah bumbung Sdri/Sdra.  Sila kemukakan butir-butir berikut:

1.  What year is your car made?
2.  What Model?
3.  Did you send your car for service as  advised?
    (For example:  the first 1,000 KM, next is 3,000 KM, and then 5,000 KM)
4.  Other info that is relevant (the history of your car)


Actually, suka saya memberitahu kepada kawan-kawan semua yg Anti-rust akan dibuat semula for every 10,000 KM provided that you go to our service centre.  Dan, kami ada warranty for anti-rust.  Mungkin what you should do is, drive your car to EON Service Centre, tanya Service Advisor tu how chronic the condition of your roof.  Kalau you masih tak puas hati dengan explanation dia, just drop by kat our Head Office in Glenmarie and ask the receptionist where the office of Customer Service is, then beritahu mereka your complaints.   Kalau tak silap saya, kawan kita yg ada problem dengan Proton Iswara yg belum diterimanya tu dah pun ke sana.  Sila rujuk kepada e-mail dari kawan kita,

[EMAIL PROTECTED]  bertajuk "Minta Tolong" semalam.  And we have already addressed his problem by approaching the Dealer.  Depends on allocation, pihak Customer Service  will try to delivery his car as soon as possible.

One thing for sure, jika Sdri/Sdra pergi ke Workshop kami dan minta mereka address your problem, mereka pasti hendakkan "log book" Sdri/Sdra.  So, tunjukkan kepada mereka "log book" itu dan ceritakan macam mana bumbung boleh karat or what so ever.  Jika Sdra/Sdri dapati terlalu mahal quotation yg diberikan, (beyond reasonable), ask them whether is your car entitled to get warranty claims or even extended warranty.  Semua ni depends pada usia kereta Sdra/Sdri.   Kalau masih terlalu baru atau agak baru, then you are eligible to claim warranty.  InsyaAllah, saya rasa, kalau Cik/Puan/Tuan boleh berikan maklumat, kami akan menolong.

Secara kesimpulannya, saya nasihatkan, kalau ada masalah yg terlalu TEKNIKAL seperti ini, YOU HAVE TO BE PHYSICALLY go to our Service Centre untuk further inspection.  Nak kena tengok jugak kereta tu macam mana.

Berkenaan dengan barang yg mahal, yg tu no komen.  I have no idea at all berkenaan dengan spare part, sebab kereta saya OK aje so far, Alhamdulillah.  Yang ni saya kena tanya orang spare parts pulak.   Namun saya rasa, barang yg harganya mahal tu tahan lama kot dan kualiti lebih baik... itu pandangan secara UMUM.  Peribahasa kata:  "alah membeli, menang memakai".  Ya tak?

That's all, saya harap lepas ni kalau saya ada masa, boleh saya berikan "TIPS PENJAGAAN KERETA PROTON ANDA DENGAN BAIK".

Wassalam.



-Original Message-
From: RiN :-) [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 01 February, 2001 8:47 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Harga Barang EON Mahal.




Waalaikumussalam..


Terimakasih kerana memberikan jawapan permasalahan saya dengan pantas.Saya 
setuju dengan semua keterangan yang diberikan. Namun begitu untuk 
membaikpulih segala kecacatan itu tentulah memakan belanja yang agak 
besar.Saya sudah menyelidik tentang kos rawatan untuk kecacatan itu iaitu 
sekitar RM1000 - 2000. Masalah yang paling besar saya hadapi ialah karat 
yang semakin membesar dibahagian bumbung dan akhirnya membentuk lubang. Ia 
berlaku dengan begitu pantas. Selepas tanda timbul kemudian berlaku lubang 
seni seterusnya lubang itu semakin membesar..Sekiranya lubang berlaku 
dibahagian selain dari bumbung, kira boleh ampun , tetapi di bumbung???


Saya tidak tahu cara apa yang pihak EON guna bagi menampal lubang tersebut, 
tetapi sudah tentu di situ kosnya 2X ganda dari harga luar. Saya beralasan 
kerana bateri saya pernah weak di Temerloh,Pahang dan singgah di pusat 
service EON di situ untuk membeli bateri kereta ..malangnya kakitangan di 
situ terus menasihatkan sekiranya ingin membeli bateri di situ harganya 
terlalu mahal iaitu RM240, sedangkan katanya di kedai boleh dapat RM90 
sahaja...itu baru harga bateri...belum yang lainn..


Sekian terimakasih.




_
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.





RE: H-Net* Minta Tolong (fwd)

2001-01-30 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* Minta Tolong (fwd)





Assalamu'alaikum,


Saya harap Sdra yg berkenaan tolong berikan detail sedikit.  Jika ada detail, senang sikit nak buat "search" ataupun "query" sama ada kereta dah ada ke belum.

Kalau ada VSO (Vehicle Sales Order) punya Nombor lagi bagus, dan nama syarikat wakil pengedar itu.  Kalau setakat very "general" info macam ni, susahlah nak tolong.

One thing for sure, you can always e-mail to our [EMAIL PROTECTED] dan luahkanlah masalah Sdra dengan memberi butir-butir diri, nama syarikat yg booking itu dibuat serta No. Telefon Sdra.  Saya nampak ada No. tipon kat bawah ni, tapi I dare not call sebab dahlah nama sebenar pun tak tahu, macam mana nak tipon?

Saya nak pesan lagi, in future kalau ada sesiapa (WARGA HIZBI, especially) yg ada masalah sebegini (DENGAN EON sahaja), please e-mail me personally.  Your queries and other dissatisfaction over our after-sales service, kindly forward it to me.   Satu lagi peringatan, KALAU BELI NGAN USPD... maaflah, makcik tak dapek nak nolong nya...

Saya faham, RM18,000 tu memang susah nak cari... kecuali kalau kita masuk "Who wants To be A Millionnaire" ataupun "Roda Impian".   Kan Mencelah, kan??  Lainlah Mawar, dia banyak duit!

So, kalau nak tolong, silalah berikan info yg saya katakan tadi byee




-Original Message-
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: None
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Minta Tolong (fwd)




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
> > Assalamualaikum Warga hizbi yang budiman;
> > 
> > Saya ada masalah yang diharap mendapat bantuan dari
> > saudara/
> > saudari sekalian.. pada 7.11.00 yang lalu saya telah menempah kereta
> > Proton Iswara 1.3 sedan di salah sebuah kedai
> > (bumiputra) Wakil Eon. Bayaran sebanyak RM2,000.00
> > telah dijelaskan sebagai wang tempahan.
> > Janji salesman berkenaan besar kemungkinan sebelum
> > Hari Raya kereta akan diperolehi.
> > Pinjaman Bank Islam sebayak RM20,000.00 telah pun
> > diluluskan.
> > Lebihkurang 10 hari sebelum Raya, salesman
> > berkenaan telah telah meminta saya menjelaskan
> > sebanyak RM16.000.00 lebih iaitu wang
> > perbezaan pinjaman bank dan harga kereta. Ini saya
> > telah dijelaskan dengan bayaran Bank Draf atas
> > nama syarikat berkaan. Resit telah diberikan.
> > Masalah nya, sehingga kini kereta masih belum di
> > terima
> > walaupun telah hampir tiga minggu hari Raya telah
> > berlalu.
> > Maklumat dari kawan-kawan, mengatakan bahawa pihak
> > kedai/syarikat sepatut segera menyerahkan kereta
> > kepada
> > saya keraya bayaran perbezaan pinjaman dan harga
> > kereta telah dijelaskan.
> > Saya minta saudara/saudari kalau ada yang bekerja
> > di EON atau Proton memberikan nasihat kepada saya 
> > di dalam perkara ini, bagitu juga nasihat daripada
> > tuan-tuan dalam bidang yang berkaitan sangat saya
> > perlukan.
> > Saya adalah golongan yang berpendapatan rendah,
> > dengan keluarga ang ramai. Wang RM18,000.00
> > sangat tinggi nialinya kepada saya..saya sangat
> > bimbang..
> > Kelewatan mendapat kereta ini juga menimbulkan
> > kesulitan
> > yang bukan sedikit kepada kami sekeluarga..
> > 
> > Jasa baik dan pertolongan saudara/saudari adalah di
> > harapkan
> > dan didahului dengan jutaan terima kasih.
> > 
> > WASSALAM
    tel 26954634


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    )
 


Pengirim: "" <[EMAIL PROTECTED]>





RE: H-Net* Ulat Bulu Laut diperlukan

2001-01-18 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: 



Wa'alaikumsalam...  Key dan netters yg 
lain...
 
Maaflah Key oi...  makcik tak dapek nak nolong; 
bila dengar benda tu "bahaya"... lagilah makcik takut!  Dahlah tu, bila 
gigit tak ada ubeknya...  alamatnya, kalau makcik pergi cari jugak, 
maknanya makcik ni mengundang maut!  Kang anak-anak makcik tak ada siapa 
pulak nak jaga..duda makcik nanti pulak orang 
kebas! 
 
Mungkin kengkawan makcik boleh tolong.pakcik 
Mencelah Sikit, Pakcik Nawi, Makcik Mawar Berduri dan Makcik Pabiyen. depa 
ni mungkin "expert" dengan benda-benda bahaya coba tanya depa ni. 
kot-kot depa boleh tolong...  Kengkawan, apa lagi?  Tolonglah kalau 
enkorang berani main benda bahaya!  Manalah tau korang tolong ni, boleh 
tolong sembuhkan apa-apa penyakit ke.  Kita cakap siang-siang; tak 
mampu nak cari.
 
Kalau 
tak silap, pakcik Mencelah ada banyak pelihara Lipan Bara  kalau nak 
lipan, Pakcik Mencelah boleh supply, kan pakcik, kan?  Kalau nak tungau pun 
ada kat dalam Hizbi net ni(ada sorang netter kena tungau)  Ulat bulu darat - 
ada ramai. dah naik daun dah. ulat bulu laut... kena menyelam la 
jawabnya.
 
Key...!  Nak tanya; makcik heran gak; mengapa 
dalam banyak-banyak benda, kamu nakkan benda bahaya ni, boleh detail kan 
sikit?  Takut nanti orang gelakkan kamu, cari benda bahaya pulak 
tu  Kekadang tu bila benda tak jelas... people tend to make fun of 
you  tapi apa yg makcik cakap tadi tu solely bergurau aje tau, jangan 
maree.  On serious notes, makcik tak pernah dengar benda yg kamu 
cakapkan ni.  Apatah lagi nak kenal rupanya...kalau ada netters yg sudi 
bantu tu sila-silakanlah!
 
Korang 
jangan main-main yaaa... nak tolong, tolong elok-elok... nak gurau jangan 
sarcastic sangatkesian kat Key!  (Makcik gurau tak pa, kan?).  
Sorry eeehhh.
 
Wassalam...
 
P/S:  Oh ya Key...  just nak ingatkan; bagi 
salam tu eja penuh-penuh ek!  "ASM" tu maknanya "Algamated Steel Mill" 
tau!
 
 
 
-Original Message-From: Key 
[mailto:[EMAIL PROTECTED]]Sent: 18 January, 2001 1:04 
PMTo: [EMAIL PROTECTED]Subject: H-Net* Ulat Bulu Laut 
diperlukan
asm 
warga hizbi net
saya memerlukan benda diatas kepada sesiapa yang tahu dapat sekiranya 
menghubungi saya. fyi ulat ini boleh didapati di laut dan ia sangat berbahaya 
kerana apabila digigit tiada ubatnya.
 
 
sekian terima kasih
 
jzk
 
 
-Click here for 
Free Video!!http://www.gohip.com/free_video/

Announcing

Your message here


H-Net* FW: Lirik Nasyid Yang Dikatakan Menyerupai Verse Bible...Pls Look Into it!

2001-01-11 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: FW: Lirik Nasyid Yang Dikatakan Menyerupai Verse Bible...Pls Look Into it!





Assalamu'alaikum


Mungkin e-mail di bawah ini boleh kita "debat"kan secara sihat.  Especially kepada Abang Tiger dan Pakcik Omar Al-Khattab... what do you all think?

Adakah kerana kurangnya pengetahuan untuk membandingan Al-Qur'an & Bible menyebabkan perkara ini berlaku?


Kepada "akak" yg menghantar e-mail ini.. jangan marah sebab saya forwardkan ke Hizbi untuk perbincangan yg sihat.
Sengaja saya delete semua particular  diedit untuk "security".


Kepada netters yg tahu alamat e-mail mana-mana pihak yg berkenaan, silalah habaq mai.



Wassalam



 ^^



Kawan saya ada sedikit kemushkilan tentang lirik lagu nasyid dari kumpulan
In-Team.  Ada tak sesiapa yang mempunyai alamat penuh ruangan pembaca
mana-mana akhbar harian supaya perkara ni boleh dimajukan ke komen pembaca
atau mana-mana stesen tv.


-Original Message-
From: "somebody"
Sent: 09 January 2001 10:23
Subject: Lirik Nasyid



Assalamu alaikum!


Saya ada buat sikit comparative religion study dan didapati lagu yg
dinyanyikan oleh kumpulan nasyid In-Team dengan tajuk Jangan Kita Lupa ada
menggunakan verse dari Bible. Lagu ni biasa disiarkan di radio selepas azan
dan ceramah agama.


Penulis liriknya hanya ditulis Copyright Controlled saja. Saya dah try email
group In-Team dan menanti response.


Antara liriknya:


Jalan yg SEMPIT yg membawa kpd KEHIDUPAN
jalan yg LUAS yg membawa kpd KEHANCURAN
RAMAI orang yg melalui jalan yg luas itu
SEDIKIT orang yg melalui jalan sempit itu.



So kalau kita banding dgn verse Bible (Matthew 7:13-14):
13
"Enter through the narrow gate. For wide is the gate and BROAD is the ROAD
that leads to DESTRUCTION, and MANY enter through it. 
14 
But small is the gate and NARROW the ROAD that LEADS to LIFE, and only A FEW
find it."



Dalam Islam, term biasa adalah jalan yg lurus dan jalan yg sesat, bukan
jalan luas atau sempit seperti dalam Bible. Ini boleh mengelirukan umat
Islam. What do you think?


Saya rasa since  ada contacts, boleh tak berikan saya relevant
email addr to write to. May be I need to write officially also to radio & tv
(nak kena cari alamat) so that this particular song will not be aired
publicly any more.
Wassalam.





H-Net* SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA WARGA HIZBI

2000-12-22 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA WARGA HIZBI





Assalamua'alaikum!


Kepada semua kengkawan,  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...


Yang balik kampung tu, hati-hatilah memandu.. (saya juga mengingatkan diri saya yg akan memandu).   Kali ni terpaksalah in "separate" vehicle ngan husband.  Tak apalah, convoy pun seronok jugak!

Semoga kita semua selamat balik kampung & pulang semula ke tempat mencari rezeki dengan selamat.   Amin, InsyaAllah.


Kepada penyelenggara Hizbi net sunyi sekejaplah Hizbi ni... nanti tunggu kami balik...!


Wassalam





H-Net* Hari Melemang (Esok Nak Raya) - Nak explain sikit kat Adiputra

2000-12-22 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: H-Net* Hari Melemang (Esok Nak Raya) -  Nak explain sikit kat Adiputra





Assalamu'alaikum kepada semua kengkawan warga Hizbi


Saya ni nak nyampuk sikit  Apa yg Pabiyen cakap tu memang betul...  Yang sebenarnya, Mawar dan Mencelah antara warga Hizbi yg pada pendapat saya paling kerap menyumbangkan cerita-cerita mereka bukan sekadar hiburan, tapi juga pengetahuan.

Jadi bagi saya, tak timbul sama ada Mawar nak tulis kat sorang dua ataupun nak sembang kosong.  Macam diri saya... yg sentiasa menjadi "objek" sasaran gurauan mereka (kerana mereka suka menyebut nama saya), sedikit pun saya tak ambil hati ataupun nak marah sebab saya tahu mereka bergurau.  Walaupun kami tak kenal each other (hanya membaca posting masing-masing aje), namun ikatah "ukhwah" itu dirasakan bagai akrab, cuma kami ni langsung tak kenal antara satu sama lain aje; kalau kenal agaknya, lagilah "sakan" mesra.  Bukankah dalam Islam dianjurkan supaya kita ni saling sayang menyayang?  Hadis Rasullah yg berbunyi:  "Tak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti ia mengasihani dirinya sendiri".  Saya tak ingat siapa perawinya, siapa tahu tu boleh tolong beritahu kita semua.

So, saya harap jika nak buat statement apa-apa, renunglah dan fikirlah dulu.  Mudah saja, kalau rasa tak bermanfaat, terus delete.  Mudah, kan Adi?  Kalau ikutkan angka pada Adi punya address tu, tahun 70 bermakna Adi dah 30 tahun  lebih kurang aje kita ni.  So, saya harap Adi jangan pula kecil hati, saya cuma mengingatkan saja.

Nak raya ni, tak baik marah-marah. OK?


Wassalam


-Original Message-
From: Pabiyen Sitok [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 21 December, 2000 12:43 PM
To: mawar berduri; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Hari Melemang (Esok Nak Raya)



bukan, apa kami ni memang suka usik-megusik.  jadi tak le boring
sangat.  sebab tu dalam mail mawar sebut nama celah, kengkadang nama
ain, tapi sesikit je nama pabiyen :-(.  cam tu jugak le celah, suka
buat mawar tersedak.  jadi sambil menaip tu sambil le gelak-gelak, jadi
cerita yang ditaip pun sedap le sikit dibaca sebab sambil menaip sambil
tukang taipnya happy.




--- mawar berduri <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> celah,
> jawap sikit.
> 
> 
> >From: adiputra <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: mawar berduri <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
> >CC: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: Re: H-Net* Hari Melemang (Esok Nak Raya)
> >Date: Wed, 20 Dec 2000 19:16:58 -0800 (PST)
> >
> >
> >  *~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
> >  {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
> >  {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> >  *~*
> >   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~
> >kalau setakat nak besembang dua dua org...buat aper hantar
> >ke hizbi nih...
> >
> >emmm...
> >
> >
> >--- mawar berduri <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > >
> > >


__
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.
http://shopping.yahoo.com/





H-Net* SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA.....

2000-11-24 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YG MULIA.





Assalamu'alaikum kepada semua;


Sempena menjelangnya bulan yg mulia ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK dan SELAMAT  MENYEMPURNAKAN Ibadah PUASA kepada semua rakan-rakan netters tak kira di mana sahaja berada.

Hopefully this year, semua yg beri address personally pada saya akan menerima kad ucapan Hari Raya pulak.  Sebab saya kurang suka menggunakan "electronic greeting messages" kerana tak ada "personal touch", kan? 

To my cyber friends out there, so sorry kalau tak sempat nak reply any messages.  Salam Ramadhan sekali lagi untuk semua.

Wassalam


P/S:  Saya noticed dah ramai netters lama di Hizbi dah guna "nama-nama baru.".    Sampai dah tak "kenal" dah!


    To my Muslimat friends, kalau ada gathering untuk berbuka puasa... jangan lupakan teman!


    To my "siber" friends, semoga ikatan ukhwah kita berpanjangan.  InsyaAllah.








RE: H-Net* testing - Keluarlah.. ramai dah rindu!

2000-10-05 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* testing - Keluarlah.. ramai dah rindu!





Assalamu'alaikum..Encik!


Ni nak habaq kata ramai dah rindu dah dok kelui-kelui nama dia, tapi tak muncui-muncui sampai Utusan Meloya dengan apa nama segala berita tak laku!

Cepat sikit bagi ulasan nanti ramai kat HIzbi ni yg boring & bosan!


Hah!  Pakdin... apa lagi!  Ramai anak-anak dah kelui ni. keluaq lah dengan ULASAN SENSASI!


Menanti dengan penuh sabar walaupun tengah sibuk...



Wassalam


PS:  Saya ni orang ke berapa pulak reply?





Biasalah tu pak dinkalau orang cari baru menjelmakalau dua tiga 
orang cari lagi, mungkin cepat sikit dia nak menunjukkan diri...so pakat 
pakatylah memanggil pak din ya.


pak din??


>From: rrosli <[EMAIL PROTECTED]>
>To: hizbi <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* mana
>Date: Thu, 05 Oct 2000 10:39:52 +0800
>
>
>  *~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
>  {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
>  {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>  *~*
>   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~
>Assalamualaikum
>
>
>di mana Pak Din dah lama tak mendengar berita
>rindu pula dengan tulisannya
>



 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
    http://MailAndNews.com


 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.




 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    )
 


Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>





H-Net* I NEED URGENT HELP - ARTICLES FROM ARCHIVES

2000-10-01 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: I NEED URGENT HELP - ARTICLES FROM ARCHIVES





Assalamu'alaikum...


Saya sedang buat project paper (for my final exam this semester), kalau boleh nak minta tolong dari rakan-rakan yg masih ingat akan kes Sanusi Joned pukul budak KLIA tempohari (the first news report).  Dan semua artikel yg berkenaan.  Mana boleh saya dapatkan SEMUA artikel berkenaan, just forward to me kalau ada yg masih simpan...

URGENT!  I need it desperately for my "content analysis" solely for my study purposes.  Kalau tak silap dulu, Sdra Counterbalance yg dok laporkan mula-mula kat Hizbi, and then I would also appreciate sesiapa yg masih simpan komen-komen dari netters about this.   This will help me to finish of my paper.

Oh ya... I would also welcome feedback from Harakah paper... because since I'm doing content analysis, I have to look at all comments made by or reaction from the public in general.

THANKS A MILLION, JAZAKALLAH Pls, before Wednesday, 4 october 2000.



Wassalam...


PS:  Mencelah, kalau tak ada kerja boleh tolong tak?  Just give me any comments about this case. Please...!





H-Net* Nak tanya sikit aje. - Yes, I know!

2000-10-01 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title:  Nak tanya sikit aje. - Yes, I know!





Assalamu'alaikum Mencelah dan kengkawan;


Dengan bantuan seorang pakar bahasa, maka persoalan Mencelah telah dapat saya "solve"kan.  Kalau ada yg belum respond, ni respond dari Ain - EON.   Kata pakar bahasa tu, yg ditanya oleh Mencelah tadi adalah bahasa Portugis. 

Maaf, terpaksa cc ke Hizbi sebab selalu hantar personally ke Mencelah asyik kena tendang aje, mungkin kalau Mencelah tak dapat personally, at least Mencelah boleh dapat through Hizbi Net account dia...  

Kalau Mencelah nak tahu siapa pakar bahasa tu, e-mail me personally.


Wassalam
===


This is in portuguese language.


it means.. I received your message, if I can I will reply, if not I will not reply, you will know..



 ~~~
Mencelah wrote:


Kalau ada yang tahu...apa makna ayat di bawah ini?



Recebi sua mensagem...se eu puder, responderei...se não, eu não
responderei...vc saberá.
_
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.



 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    )
 


Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>





H-Net* RESIPI MEE KARI {RESEND} - Mengapa tak Keluar Minggu Lepas??

2000-09-11 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RESIPI MEE KARI {RESEND} - Mengapa tak Keluar Minggu Lepas??





Assalamu'alaikum


Minggu lepas, 8 September ada hantar resipi Mee Kari ni. tapi nampaknya tak keluar pun.  Kesian kat saya.  Membebel sorang-sorang, tapi tak ada orang yg dapat baca.  

Hari tu "copy & paste" hantar kat Muslimat net pun tak dapat, kena tendang.  Katanya System Admin; "Your mail is undeliverable to:  [EMAIL PROTECTED]".  Bengang jugak. 

Kita punyalah berkobar nak bagi netters boleh makan mee kari kita weekends hari tu, tapi tak pa lah, dah cc kat Mencelah ngan Mawar, kot-kot depa boleh tolong forwardkan kalau "tercicir" lagi.  Agaknya Hizbi net dah tak nak terima e-mail dari saya.  waaa... sedihnya!

Salam,


AIN



-----Original Message-
From: Nor'ain Eusoff 
Sent: 08 September, 2000 3:12 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: '[EMAIL PROTECTED]'
Subject: RESIPI MEE KARI DAN TIPS MASAKAN KHAS BUAT SEMUA...
Importance: High



Assalamu'alaikum para netters yg dikasihi.


Dah lama tak sembang.  Sibuk, sampai dah pening dah.  Tak mau sembang benda-benda lain, ni nak sembang pasal resipi Mee Kari dan beberapa tips masakan yg mudah.  Oleh kerana terlalu lama saya "pending" nak bagi resipi ni sebab terlalu sibuk, jadi hari ni nak publish jugaklah.  

Ramai kawan-kawan (Pn Pabiyen pun pernah mintak jugak), sampai nangis-nangis dia Tapi saya dok janji-janji, baru hari ni saya dapat menulis dengan tenang dan tenteram. Kesian Pn Pabiyen, tak dapat makan mee kari saya.  Tapi tak apa, Pn Sri Pabiyen tak ada, Puan Sri Mawar dengan Mencelah Sikit boleh tolong habiskan, kalau tak pun Hantu Raya boleh tolong habiskan.

Sebelum bagi resipi, saya nak bagi tips dulu.  Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh.   Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja.  MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING.

Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG.  Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!

Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.

Lagi satu tips kalau rencahnya ialah udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan  ambil airnya.  Hampasnya buang!  

Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru!  Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang?  Ain lah.. siapa lagi!  Naya, naya!

Rempah kari yg sedap sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's.  Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.

OK, tak mau membebel lagi, semoga hujung minggu ni bolehlah netters lelaki print dan suruh isteri masak kat rumah.
SELAMAT MENCUBA!



@  RESEPI MEE KARI FROM AIN'S KITCHEN  @


(HIDANGAN MEE KARI INI IALAH UNTUK 6 - 8 ORANG)


Bahan Utama: (Untuk kuah kari nya) - Untuk ditumis
==


Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih  - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes 
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang


Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
½ kilo sawi


(PERHATIAN:  Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)


Bahan-bahan sayuran:
=
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng 
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")


Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.


Cara:
==


Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau.  Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga
dan bunga lawang.  Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.  
Biarkan sekejap.  Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake, 
air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.


Setelah kentang empuk,  masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta s

RE: H-Net* cari wira auto 1.6

2000-09-11 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* cari wira auto 1.6





Assalamu'alaikum.


Wah, wah... Mawar mana kamu tahu kita nak lego Wira 1.6 kita?   Kamu ni mawar, ada teropong ajaib ke?  Sorry, kita dah lego.  Baru aje, 10 Ogos hari tu, baru sebulan, keadaaan kereta tu memang TIP-TOP. Mileage baru 30,000 KM.  Bawak ke pejabat sahaja.  Balik kampung di utara sekali-sekala.  Kita jaga kereta tu bagai nak rak.  Auto pulak tu!  Pick up punyalah best,  Sentiasa terbela & terjaga.  Maklumlah, husband kita memang pandai jaga kereta, kita main bawak aje.

Tapi, kita dah jual dah, kereta tu memang baru 2 tahun.  Itulah... Amir H sombong dengan kita, yg  "kawan baik" dengan kita tak Mencelah, si Mawar ni lah tengok tu, sampai dia tahu kita nak jual Wira 1.6 Auto.  Nak tahu tak berapa ribu kita jual Wira tu?  Murah aje beb.  (Amir H jangan bengkak hati, ya!).    Kita dah beli Wira Aeroback pulak.  Sebab nak tunggu Waja, berjela lah (lagipun, kita tak kaya macam Amir H - saham melabung ke?).  Kesian kat kami, saham jatuh teruk.  Dah below our offer price. 

Macam nilah, kalau Amir H tak mahu beli dari Dealer, why not you cari kat dalam MOTOR TRADER magazine/ dalam magazine tu ada banyak kereta cantik-cantik yg kita boleh beli terus dari tuan punya dan finance pun boleh diuruskan.  Saya sendiri pun beli direct dari seorang Doktor yg nak jual Wira A/back dia, still new.  Cantik you!  Majalah MOTOR TRADER boleh didapati di mana-mana kedai menjual buku/majalah ataupun di pasar-pasar mini yg ada jual paper.

Cubalah cari kat sana!  Kot-kot dapat kereta BMW yg murah pulak!


Wassalam



mawarberduri wrote:


amirh,
cuba kamu kontek [EMAIL PROTECTED] my.  Dia dah juai tak? Dulu
dia nak lego 1.6 dia.


>From: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 



>Wahh...bukan main x'syen lagi kamu ni amirh... dengan taip huruf 
>besar diabagi tahu duit banyak le..berapa banyak wang tebusan kau 
>dapat??? kau kontek mawar la..dia broka kereta.




>>From: "AmirH" <[EMAIL PROTECTED]>
>>ASSALLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA,
>>
>>SIAPA YANG DAH RASA JEMU PAKAI KETA TU DAN NAK JUAL...CEPAT, SAYA NAK 
>>BELI.
>>DUIT TENGAH BANYAK NI.
>>TAPI MESTILAH TIPTOP.
>>KELUARAN TAHUN 97 KE ATAS.
>>DAN JANGAN MAHAL SANGAT, SEBAB WAJA DAH LAHIR,
>>SEBELUM KERETA WIRA 1.6 TU LEBEH MERUDUM, JUAL CEPAT.
>>
>>SEKIAN.
>>OP!!! USED CAR TAK PAYAH HUBUNGI SAYA LE!!!
>>Reply Separator_





H-Net* RESIPI MEE KARI DAN TIPS MASAKAN KHAS BUAT SEMUA.......

2000-09-08 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RESIPI MEE KARI DAN TIPS MASAKAN  KHAS BUAT SEMUA...





Assalamu'alaikum para netters yg dikasihi.


Dah lama tak sembang.  Sibuk, sampai dah pening dah.  Tak mau sembang benda-benda lain, ni nak sembang pasal resipi Mee Kari dan beberapa tips masakan yg mudah.  Oleh kerana terlalu lama saya "pending" nak bagi resipi ni sebab terlalu sibuk, jadi hari ni nak publish jugaklah.  

Ramai kawan-kawan (Pn Pabiyen pun pernah mintak jugak), sampai nangis-nangis dia Tapi saya dok janji-janji, baru hari ni saya dapat menulis dengan tenang dan tenteram. Kesian Pn Pabiyen, tak dapat makan mee kari saya.  Tapi tak apa, Pn Sri Pabiyen tak ada, Puan Sri Mawar dengan Mencelah Sikit boleh tolong habiskan, kalau tak pun Hantu Raya boleh tolong habiskan.

Sebelum bagi resipi, saya nak bagi tips dulu.  Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh.   Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja.  MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING.

Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG.  Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!

Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.

Lagi satu tips kalau rencahnya ialah udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan  ambil airnya.  Hampasnya buang!  

Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru!  Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang?  Ain lah.. siapa lagi!  Naya, naya!

Rempah kari yg sedap sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's.  Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.

OK, tak mau membebel lagi, semoga hujung minggu ni bolehlah netters lelaki print dan suruh isteri masak kat rumah.
SELAMAT MENCUBA!



@  RESEPI MEE KARI FROM AIN'S KITCHEN  @


(HIDANGAN MEE KARI INI IALAH UNTUK 6 - 8 ORANG)


Bahan Utama: (Untuk kuah kari nya) - Untuk ditumis
==


Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih  - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes 
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang


Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
½ kilo sawi


(PERHATIAN:  Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)


Bahan-bahan sayuran:
=
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng 
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")


Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.


Cara:
==


Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau.  Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga
dan bunga lawang.  Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.  
Biarkan sekejap.  Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake, 
air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.


Setelah kentang empuk,  masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi.  Kacau sehingga 
mendidih.  Matikan api.


Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.
Telur pun mesti telah siap direbus.  Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan
lain.


Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping
keluarga atau tetamu.





TIPS SETERUSNYA:


1.  Mengapa saya masukkan sawi dalam kuah?  Sebab nak celur itu, celur ini - leceh!  So, untuk mengelakkan pembaziran 

(sebab ada orang tak suka sawi banyak), jadi eloklah sawi dimasukkan dalam kuah supaya siapa nak, cedok aje
dari dalam kuah. senang, kan?


2.  Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih.  Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?

Semoga hujung minggu anda bertambah cer

H-Net* RE BERITA TERKINI KERETA NASIONAL - WAJA (TELAH BERADA DI SHOWROOM EON!)

2000-08-24 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE BERITA TERKINI KERETA NASIONAL  - WAJA (TELAH BERADA DI SHOWROOM EON!)





Assalamu'alaikum Sdr/i Tiang Jawi dan netters yg dihormati,


Merujuk kepada e-mail Sdr/i Tiang Jawi yg telah agak lama tidak saya balas...  maaf kerana saya memang tak berkesempatan untuk berfikir akan jawapan bagi segala persoalan dari Sdr/i Tiang Jawi.  Bukan sombong atau tak mahu melayan, cuma tak ada modal untuk saya tuliskan, lebih-lebih lagi saya bukan expert pasal kereta.   Persoalannya, sama ada WAJA wajar dibeli atau tidak, SAKSIKAN SENDIRI WAJA DI EON SHOWROOM DI SEMUA CAWANGAN DI SELURUH NEGARA MULAI HARI INI.  So far, WAJA telah dipamerkan di EON HQ, Glenmarie.

Khas kepada semua yg MASIH BELUM MELIHAT DARI JARAK DEKAT, silakanlah datang ke mana-mana showroom berhampiran.  Tapi, as at today, yg saya tahu ianya sedang dipamerkan di HQ sahaja.  Especially Hizbi netters yg berada di Shah Alam, why not take a look kalau masih belum tengok lagi, kalau dah, then it's up to you!

Untuk makluman, EON akan mula menerima "booking" dari pembeli/pelanggan pada 31 Ogos 2000 ini.   Details akan saya beri kemudian, termasuklah dengan "regha"nya sekali.  

Memang cantik, memang molek, "solid molid", nampak padat, hebat...  sesiapa yg saham dia tengah naik tu, kalau rasa nak trade in kereta yg ada.  silalah terpulang pada citarasa anda semua  At the moment, yg ada cuma 1.6 (Manual) sahaja.  Kalau nak tahu bila 1.8 Auto pulak, itu kena tanya orang PROTON.

So, apa tunggu lagi?   Ini BUKAN PROMOSI, cuma nak bagi jawapan ringkas akan beberapa persoalan.    Karnival EON/WAJA akan diadakan tidak lama lagi.  I will keep you all updated, InsyaAllah.  Mungkin ini akan memberi sedikit info berkenaan dengan kereta nasional kita.

Kepada Sdr/i  Tiang Jawi ka, Mencelah Sikit ka, Mr Quiet ka, Puan Sri Mawar ka, Cik Sri Mona_MZ(nak turun KL tak?), Pak Engku,  Mad..  Jumlah Arisma (yg suka kritik, this is the time you can have a closer look)siapa lagi?  Nak jemput Puan Sri Pabiyen, beliau sedang bercuti, so tak dapeklah nak join.  Jemputan khas ni saya tujukan buat semua yg belum menyaksikan kereta ini di PWTC hari tu.  Tapi, kalau dah tengok, nak tengok lagi sekali pun apa salahnya, kan, kan??

Mr Quiet - tak nak buat puzzle yg berkaitan dengan Waja ka?



Wassalam


EON care is everywhere!  ("Belaian Mesra di Mana Jua!")


P/S:   Mari kita cuci-cuci mata, 
    tengok-tengok kereta WAJA, 
    Ongkos ada, boleh pesan
    Kalau tak da, air liur ditelan...(termasuklah saya!)



    








-Original Message-
From: Tiang Jawi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 16 May, 2000 2:49 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: {KERETA NASIONAL - Waja yang wajar dibeli?} 




Assalamualaikum w.w.


Puan/cik Nor'ain Eusoff


Izinkan saya menyelit sedikit walaupun dah agak ketinggalan kapal.
Mungkin ini topik yang paling diminati ramai buat ketika ini.  Ini pastinya 
hasil tempias pelancaran tapi tak boleh beli proton Waja.  Tak boleh beli 
kerana Waja belum untuk dijual dan kalaupun mungkin dijual nanti kebanyakan 
pengguna biasa tak termampu nak beli.  Juga topik ini diminati ramai kerana 
peluang masing-masing nak melepaskan geram/marah kepada proton dan perodua 
atas dakwaan kualiti yang tidak setara dengan yang sepatutnya.  Itu hak 
pengguna.  Janganlah puan/cik Nor'ain Eusoff terlalu ambil hati.  Mungkin 
rungutan/kemarahan pengguna ini dapat dikurangkan dengan memberi 
fakta/alasan yang menyakinkan atau paling berkesan dengan menjadikan 
rungutan itu sebagai satu sejarah untuk keluaran kereta selepas ini.  Saya 
sendiri baru terlintas untuk memiliki kereta nasional.  Bukan kerana tidak 
ada sifat patriotik, tetapi kerana kesombongan juru jual kereta ketika itu 
(6-7 tahun lepas) dan juga sedikit sebanyak termakan juga rungutan pemilik 
kereta nasional.  Walaupun dah berbelasan tahun, kalau rungutan masih 
kedengaran, pastinya memang ada yang tak kena, samada pengguna terlalu 
cerewet ataupun memangnya kereta itu ada masalah yang saya rasa kecil 
sehingga pengeluar merasa tidak perlu untuk diperbaiki.  Untuk makluman 
semua walaupun kereta bukan proton/perodua yang saya beli itu kini dah 
hampir 7 tahun usianya, hanya bateri dan tayar sahaja yang dah saya tukar 
baru.  Yang lain masih asal.  Mungkin ada yang terfikir ini kereta jenis 
mahal.  Tidak, ia lebih murah dari kereta Wira 1.5 salun ketika itu.


Kini saya termimpikan Waja.  Tapi kalau harganya terlalu tinggi, saya 
kurangkan mimpi itu kepada Wira Aeroback Millenium 1.6XL.  Mungkin Cik/puan 
Nor'ain Eusoff boleh meyakinkan saya bahawa rungutan pembeli selama tak 
lebih dari expectation yang terlalu tinggi sahaja.


Wassallam





Original Message Follows
From: Adam <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]>
CC: FITRIZA <[EMAIL PROTECTED]>, hizb <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: RE:

H-Net* MINTA TOLONG....URGENT! Berkenaan "Consultancy PR"

2000-08-14 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: MINTA TOLONGURGENT!  Berkenaan "Consultancy PR"






Assalamu'alaikum...


Saya ingin meminta pertolongan dari rakan-rakan Hizbi/Muslimat and my "siber" friends agar dapat memberikan saya website address yg boleh memberikan saya info berkenaan dengan "Consultancy PR".  Atau mungkin ada antara kalian yg bekerja dengan "consultant" yg has got to do with "Public Relations".   Pls, I need help.  I am in the midst of doing a bit of research for my studies that I am undertaking now.   All info will be treated confidential.   This is solely for my study purpose only.

So, sesiapa yg berkenaan tolonglah bantu saya.   Saya dah puas cari di website "PR", kadang-kadang tak dapat access langsung..   please  segala pertolongan dan jasa baik itu saya dahului dengan ucapan TERIMA KASIH.

Jazakallah. hanya Allah yg membalas budi baik.


Wassalam



AIN





RE: H-Net* Ning Baizura Gila ................apa?

2000-07-18 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* Ning Baizura Gila apa?





Assalamu'alaikum semua,


Yang sebenarnya, saya & gang-gang muslimat saya ada juga "tercakap" pasal hal ni secara "general" saja, sebab kami tak membaca Mingguan Malaysia.  Dan, yg "highlight" perkara ni dalam discussion kami pun ingat-ingat lupa apa yg ditulis, so bila baca apa yg diforwardkan oleh Bilal Ahmad, we have now got the "rough picture" of what she (Ning) had said.

Antara lain, (yang mana Bilal Ahmad tak ceritakan), Ning mendapat "tawaran" dari seorang Lesbian, dan Ning rasa itu merupakan suatu "penghormatan" pada dirinya!  Apa?  Dapat tawaran dari "lesbian" itu suatu penghormatan?  Ning ni nak jadi ummat Nabi Lut ke?

Wow!  Saya tak sangka pulak Ning "bercita-cita" dan "berfantasi" sampai begitu sekali ya!  Tapi, nak disalahkan NIng sorang aje pun tak boleh.  Kita kena jugak salahkan orang yg interview dia.  Mengapa soalan bodoh macam tu yg ditanya?  Tidakkah si penanya tahu bahawa Ning beragama islam. lainlah kalau dia tanya kepada Britney Spears ka, Whitney Houston ka, si Celion Dion ka tak pa lah jugak, sebab depa tu terang-terang dah kafir laknatullah  ni pergi tanya soalan macam tu pada orang beragama Islam.  Yang si Interviewer tu bukan Islam kah?  Kalau bukan Islam, tak boleh salahkan depa.

Kepada Ning pulak... takkan "bengong" sangat nak jawab:  Susah sangat ka nak tanya balik si penanya tu "Should I answer this type of question?  Don't you know that I am Muslim, so I must potray good image as a Muslim singer?"  Itu kalau Ning rational tapi dah dia pun seperti tak menghiraukan sensitiviti peminat beragama Islamnya, tak dapeklah den nak nolong nya hah!   (Sincerely speaking, saya LANGSUNG TAK MINAT KE DIA!)  Ke mana pergi "manager" dia yg selalu dok dengan dia?  Ibu dia kan boleh tolong nasihatkan dia?  Mana ibu dia pergi?   Rendahnya moral yg ditunjukkan oleh Ning.. murahnya publisiti yg dia dapat!

Tapi, bila ingat semula gelagat Ning. dulu dia bukankah pernah perform di Momfort Boys Town?  Bukankah dulu heboh jugak di Hizbi pasal dia buat performance kat MBT?  Tak heranlah , kan!  heran tak heran, tapi masih heran jugak.   artikel yg tak ada "quality" macam ni "published" dalam MM, mengapa, dah habis modal ka?   Benda-benda macam ni tak SESAT ka?

Whatever it is.. kepada sesiapa yg berkesempatan untuk bersua muka dengan Ning...nasihatkanlah secara hikmah, supaya dia tidak membenci pulak Islam & "cop" si penasihat tu yg bukan-bukan.  Kita janganlah kutuk-kutuk sangat manalah tahu, tiba-tiba dia jadi seperti Ogy, insaf & bertaubat.   Baru kita menyesal pulak.  Jadi, saya harap netters semua janganlah terlalu ghairah mengutuk Ning.  Nanti kita menyesal pulak.  Kita ni tak tahu hati orang, Allah Ta'ala tu kaya, kot-kot DIA beri petunjuk & Hidayah pada NIng suatu hari nanti siapa tahu?

Saya juga minta sangat pada Allah supaya memberi pentunjuk & hidayah kepada seorang lagi penghibur sensasi, Anita Sarawak yg BERAMBUT PLATINUM tu Ish... Ish...  kesian kat mak bapak dia (arwah S Romai Noor & arwah Siput Sarawak).  Lebih kesian ialah, mendiang Broery Marantika (bekas suami Anita) yg "murtad" dan lari balik ke agama asalnya, Kristian..  Ni JD (bekas suami Anita) pulak macam mana?  Agak-agak masa kahwin dengan Anita di US tu dia peluk agama Islam tak?  Ke "menyelam" aje?  Entahlah.. apa nak jadi agaknya pada mereka, ya?  Allah saja yg tahu.

Wallhu'alam.



P/S:  Sesiapa yg meminati Ning di luar sana, minta tolong sampaikan salam kemaafan saya sebab tercakap dia "bengong" tadi..




RE: H-Net* Tak nak anak - Bukan! Kita "Jarakkan" saja! - TIPS LAIN PULAKLAH.....

2000-07-10 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* Tak nak anak - Bukan!  Kita "Jarakkan" saja! - TIPS LAIN PULAKLAH.





Assalamu'alaikum Pn Pabiyen & netters yg lain


Bila kita sebut "Tak nak Anak", nanti netters yg nak anak tapi tak dapat pasti marah pada kita..!   So, saya ni minta maaf banyak-banyaklah seandainya ada sedikit "misleading" tentang apa maksud & tujuan kami para ibu yg tak boleh nak mempunyai anak ramai.

Ekoran dari e-mail saya terdahulu, saya ingin meminta maaf kepada para netters yg MAHU ANAK, tapi belum ada rezeki lagi sedangkan kami - ibu yg boleh melahirkan sibuk-sibuk nak "jarakkan anak".  Itulah sebenarnya maksud kami; tidak terlintas pun di hati ni TAK NAK ANAK.  So, Ibnu Adam... janganlah "punish" kami untuk "abstinenece from having sex".  kesian pulak kat husband; kami kaum ibu kurengg sikit kemahuan kalau banyak-banyak puasa..., tapi what about our husbands, ya?   Takkan nak "berpuasa" makan & segala-galanya?

Kepada Pn Pabiyen saya rasa, moleklah sekiranya kita perbetulkan maksud kita, takut & bimbang nanti netters di luar sana yg mahukan anak, tiba-tiba kita ni bercerita pulak TAK NAK ANAK.. sedangkan maksud kita ialah "Nak Jarakkan Anak", itu saja.  Yalah, seperti adik angkat saya kata; "NASIHAT didlm Islam bahawa kalao nak beranak lagi maka jarakkan sekurang-kurangnya 2 tahun ... so that anak boleh dapat nutrien [dr susu ibu] yg cukup, perhatian yg cukup [sebab kadar pertumbuhan otak bayi adalah cukup kritikal dan progress utk 2 tahun pertama] serta ibu sendiri mendapat rest yg cukup selama 2 tahun ... sebab proses pemulihan 'sepenuhnya' bagi organ-organ peranakan dan lain-lain organ dalaman ibu memakan masa hampir setahun setengah utk pulih sepenuhnya secara semulajadi bagi mendapatkan semula kekuatan asal bagi 'memproduce' another Umat Nabi Muhammad ... so ibu dapat rest & pulih sepenuhny."  Fuh!  itu pendapat dari "anak bujang" tu! 

Maknanya, Islam sendiri AMAT MENGGALAKKAN jarak 2 tahun dengan MEMBERI SUSU BADAN.


Saya juga nak berpesan di sini. ibu yg lahirkan melalui pembedahan BERISIKO AMAT TINGGI jika ANAK TIDAK DIJARAKKAN!   Please... take care of your own health... and take some precautions.

Berkenaan dengan "ujian glukos" yg akan dilalui oleh Pn Pabiyen, it is very common for those pregnant ladies suspected to have diabetes to undergo this kind of test.    Saya juga melaluinya; memang kalau diikutkan tak lalu nak menelan air gula yg TERAMAT MANIS & MELOYAKAN... tapi, itu semua kita kena TABAH melaluinya Jangan pulak takut bila saya kata "loya"... we have to face it, whether we like it or not!   

Ekoran dari e-mail terdahulu saya juga ada beberapa netters yg bertanya tentang susu yg cepat kering setelah habis pantang.  Look netters... baik wanita, & hak yg lelaki masing-masing sebagai ibu bapa mempunyai peranan yg penting;  bagi si IBU, peranan anda ialah MEMASTIKAN BAHAWA anak yg baru lahir (jika lahir normal), hendaklah IMMEDIATELY dibawa kepada anda untuk disusukan.  Minta & pesan pada nurse:  TOLONG BAWA ANAK SAYA SETELAH DISIAPKAN UNTUK SAYA SUSUKAN SEGERA  Jika lepas bersalin anda tiada masalah; then pihak hospital lebih mengalu-alukan anda menyusukan anak anda dengan susu anda sendiri... so, there shouldn't be a problem!   

Bagi yg suami/ayah pula;  bagi dorongan & galakan supaya isteri anda menyusukan anak/bayi anda.  Jangan pulak suami yg menghalang kerana sedikit sebanyak "keredhaan" anda amat diperlukan oleh isteri & bayi anda sendiri  this is FACTS, OK?  Dan, apa yg saya sarankan, bagi pasangan yg baru berkahwin, bila didapati isteri tu mengandung, masa pergi buat check-up tu, rajin-rajinlah ikut isteri anda mendengar "pre-natal lectures" yg selalunya berkisar kepada PENYUSUAN BADAN serta cara-cara penyusuan bagi ibu muda (pertama kali bersalin).  It will be VERY INTERESTING, doktor atau staff nurse yg bagi lectures tidak akan segan silu untuk bercerita even perkara yg "sensitif".  Especially in government clinics.

Pendek kata, seandainya kita pergi ke CERAMAH PENYUSUAN BADAN, maka sedikit sebanyak kita boleh praktikkan bila telah melahirkan nantiInsyaAllah!

OK nanti tulis banyak-banyak Mencelah Sikit boring pulak... sekali lagi saya minta maaf kepada netters yg nak anak tu... sabarlah, mungkin belum ada rezeki lagi.  Apa yg saya nak sarankan ialah, jangan give up & buatlah sembahyang witir serta hajat bersama-sama isteri, kita panjatkan saja doa ke hadratNya.  Lagi satu, kerapkan aktiviti hubungan suami isteri ketika isteri sedang subur.  Atau, jika ragu-ragu akan "kesuburan" masing-masing, get consultation from your gynae.  They will help untuk ikhtiarkan cara saintifik.  tawaqqal,kan?

Wassalam.


PS:  Kepada semua netters yg respond pada e-mail saya yg terdahulu, saya ucapkan terima kasih... terlalu banyak - kalau yg masih belum reply, harap bersabar, OK?



-Original Message-
From: Pabiyen Sitok [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 10 July, 2000 11:19 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Tak nak

H-Net* MENGAWAL KEHAMILAN: CARA TERBAIK IALAH PENYUSUAN BADAN

2000-07-05 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: MENGAWAL KEHAMILAN:  CARA TERBAIK IALAH PENYUSUAN BADAN





Assalamu'alaikum...


Ramai netters yg ingin tahu cara terbaik mencegah kehamilan.  Oleh kerana masih ramai yg memerlukan khidmat nasihat berkenaan hal ni, saya rasa ingin juga berkongsi pengalaman pencegahan kehamilan. 

Di sini, saya ingin berkongsi juga selain dari cara pencegaham kehamilan yg selamat, bagaimana nak pastikan HAID kita  TEPAT & mengikut pusingan 28 hari.  Bagi netters lelaki, mungkin ada eloknya dibaca kerana mungkin ini akan memanfaatkan dan boleh dibawa berbincang dengan isteri. 

Actually, memang banyak cara pencegahan kehamilah; cuma kita kena pilih yg TERBAIK & SELAMAT tanpa ada sebarang kesan sampingan (side effect).

Sebelum saya meneruskan tips-tips saya, mari kita tengok dulu apa dia cara-cara pencegaham kehamilan yg telah disyorkan oleh rakan-rakan:

1.  Penggunaan Pil Pencegah Kehamilan


    Komen:  Berkenaan dengan pil ni, saya nasihatkan; JANGANLAH GUNA.  Bukan apa, memang ada yg berhujah    kata, cara ni lah yg paling selamat.  Tapi, harus diingatkan; kadang-kadang KITA MUNGKIN TAK SERASI dengan  jenis-jenis pil ini di pasaran.  Memang tak ada side effect yg teruk; namun kadang-kadang cuba kita tengok, ada     kala tu wanita akan jadi GEMUK tak menentu.   Ataupun jadi KURUS secara tiba-tiba.  It depends dengan   penerimaan tubuh badan individu itu sendiri.   Mungkin "side effect" tu tak jadi sekali gus.  Dan, mak mertua saya

    selalu cakap pada saya, pil pencegah hamil ni "berair" lebih.  Mungkin nanti lama-kelamaan suami tidak mendapat 

    "nikmat" seperti sebelum kita gunakan pil ini.  So, BEWARE!  Jangan sampai suami rasa tak seronok lagi bila     bersenggama dengan kita.   Itu kena jaga; nanti bila suami mintak kahwin lagi mengamuk pulak!

    Saya TIDAK NAFIKAN bahawa memang ada pil cegah hamil yg betul-betul bagus; tak berair & suami masih
    rasa "nikmat".  Tapi...   itu mungkin hanya setahun, dua tahun atau tiga tahun.  lama-kelamaan, pasti ada 

    side effect; tak itu, ini, tak ini, itu!  Jadi, fikirkanlah nak guna ke tak nak guna.



2.  Penggunaan IUD..


    Komen:  Ini saya nak nasihatkan; kalau boleh elak, ELAKlah sebelum jadi apa-apa.  Saya teringat lagi seorang
    kawan lelaki (bekas office mate) yg bila datang kerja "monyok" aje.  Bila tanya, "mengapalah engko ni Awang oi?     Monyok aje?"   Dia jawab:  "Aku cakap enko jangan marah yek!  Aku ni dah sebulan tak dapat!"   

    "Ceh!  Menyesal tanya!"  So, bila dia tengok saya tak berapa nak marah, dia mula cerita; al-kisah isterinya beriya- iya nak cegah kehamilan; pasang IUD..  nak tahu tak IUD tu pasang kat mana?   IUD dipasang di faraj wanita. 

    Kadang-kadang, kita ni buat kerja lasak.  Angkat itu, angkat ini, dukung anak!  So, tak ke benda tu nanti akan 
    menyusahkan?  Silap-silap jadi pendarahan tau!  Itulah yg terjadi pada bini si "Awang" kawan saya tu!  Rupa-rupa

    nya, si isteri tu "bleeding" sebab IUD tu mengganggu farajnya.   Especially  bila bersenggama; as a result, dia jadi

    tak selesa & selalu nak elak dari bersenggama.  Jadi "frust"lah di Awang ni.  Dia tak tahu betapa deritanya si isteri   bila bleeding.  So, doktor tak bagi mereka bersenggama untuk jangka waktu yg agak lama; dua bulan!   Maka   monyoklah lagi si Awang.  Saya ketawakan dia, bukan main marah dia!  Kesian si Awang

    Mungkin ini hanya SATU contoh tapi kita tak tahu entah berapa ramai isteri yg menderita gara-gara IUD.  Sang

    suami tahu "nikmat" aje.  Si isteri menyorokkan "rahsia" yg dia bleeding.  Asyiklah "avoid" dari dihampiri suami.

    Itu yg salah.  So, fikirlah sama ada nak guna method ni ke tidak.  Kesannya mungkin tidak terasa masa baru-baru;

    tapi lama-lama?  Haru jugak!


3.  Penggunaan Kondom


    Komen:   Tak nak komen banyak-banyak, nanti Marina Mahathir marah you!  Tapi nak komen jugaklah
    Cara ni saya rasa, BAIK YG NIKAH HALAL; BAIK YG TAK NIKAH, semua guna benda ni yg memang
    VERY COMMON.   Berkesan tu memang berkesan tapi ada 3 consequences:  (Maaf ya, mungkin agak
    "censored" sikit, tapi kena cakap jugaklah!)
    1.  Suami kurang mendapat nikmat sebab air mani tidak "terlepas bebas"  mungkin ada sedikit
        kurang selesa.
    2.  Isteri juga boleh jadi kurang nikmat sebab tak "original".   Sorry to say that  tapi itulah hakikatnya.

    3.  Kondom itu pecah (yg low quality, mungkin) dan menyebabkan usaha cegah hamil tak berjaya.


    JANGAN KETAWA!  Memang ada kes kondom pecah.   Saya tak naklah cerita macam mana kondom boleh   pecah, tapi sendiri mau ingatlah... nanti kena marah dengan "maintainer" Hizbi.  Tak pasal-pasal kena gantung   keahlian.    Ni semua "feedback" yg saya terima semasa mula-mula nak kumpul maklumat dari rakan-rakan   office, rakan sekuliah; teman-teman ra

H-Net* MINTA TOLONG - ADA SESIAPA DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH? - URGENT!

2000-06-29 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: MINTA TOLONG - ADA SESIAPA DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH? - URGENT!





Assalamu'alaikum kepada para netters budiman,


Gini... saya ni nak minta jasa baik tuan-tuan & puan-puan yg berada di Negeri Kedah khasnya.  Saya sedang mencari seseorang, tapi untuk mengesannya saya terpaksa melalui Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

Saya sedang mencari seorang Guru di salah sebuah menengah di daerah Kulim, Kedah ataupun persekitarannya  Saya dah cuba telefon Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Sekolah Menengah Serdang, tapi Guru tersebut tiada di situ  Ada satu lagi sekolah yg saya check tadi, tapi masih tak ada guru yg saya cari ni!  So, jalan penyelesaiannya ialah minta pertolongan dari Jabatan Pendidikan Kedah (Bahagian Penempatan) untuk menolong saya "trace" si guru ni.

Saya sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya sebab suatu hal yg saya tak boleh jelaskan di sini.   So, sebelum saya teruskan niat saya, saya nak cuba "settle" dengan dia cara baik (luar court), itupun kalau dia setuju.  Sebab kalau saya heret dia ke court, sudah pasti akan lebih menyusahkan dia, dia terpaksa turun ke KL untuk prosiding.   Kalau boleh, tak nak susahkan dia sampai macam tu sekali.

Jadi, saya mintalah sekiranya sesiapa dari netters yg baik hati boleh tolong saya dapatkan No. Telefon Jabatan pendidikan Kedah atau mana-mana individu yg boleh saya contact dari Jabatan ini yg sudi menolong saya "trace" guru ni.

Kalau boleh, saya nak No. Tel. Jabatan tu & person in charge untuk kerja "trace" men"trace" ni  Itupun dah cukup baik.


Kepada yg sudi menolong tu, minta tolong reply kepada saya personally.  URGENT SANGAT NI!  Segala pertolongan didahului dengan ucapan TERIMA KASIH yg tak terhingga.



Wassalam





H-Net* Kalau kita mati, kita perlukan kawan kebumikan kita.......DULY NOTED

2000-06-26 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Kalau kita mati, kita perlukan kawan kebumikan kita...DULY NOTED





Assalamu'alalikum para netters budiman


Saya terbaca "Malaysian Business" keluaran June 16th 2000 punya saya memang suka ruangan "Duly Noted", kalau saya baca Malaysian Business, mesti cari ruangan ini.

Apa yg "menggelikan" hati saya ialah, "quotes" dari "ayahanda" (ehh... pleeeaassse lah!) CJ Tun Eusoff Chin (TEC) yg berkata:  "When we die, we need our friends to bury us!"   (in response to the comment by Datuk Dr RAis Yatim on photographs of Eusoff and Lawyer VKL on holiday in NZ in 1994 that such behaviour was "improper").

Sounds good, eh?    Bukan apa saya geli hati.tak dapat saya bayangkan kalau VKL yg tolong bacakan Talqin untuk TEC nanti!  Astaghfirullah!   Kalau nak buat statement tu biarlah menampakkan "brilliant" & "logik" sikit!   Hmm  tak dapeklah den nak nolongnya hah!  (Saya ni sebagai orang tak berapa pandai, rasa macam tak kena pulak bila TEC mentioned macam tu. sebab saya pun ada "somebody" di Mahkamah Tinggi tu, tapi taklah cakap macam tu kalau ya pun nak berdamping dengan masyarakat.)  Saya faham yg TEC tu "berkias", tapi..

On the other hand; Dr Rais Yatim pulak cakap macam ni (in the same column):  "I had not targeted him but the system.  May be he had gotten it wrong."   (Rais, saying TEC had over-reacted to his comments).

Pulak dahhh..  pening kepala makcik!


Saya tak tahulah orang lain; tapi dari pengalaman dan pengamatan saya, seseorang Hakim ni memang tak boleh berdamping rapat dengan masyarakat sangat.   Apatah lagi nak kelihatan tetamu-tetamu datang rumah, it's very difficult - especially friends yg bukan ordinary friends...   Boleh bergaul dengan masyarakat, tapi tak boleh terlau "exposed".  Dan lagi satu, Hakim atau Majistrate memang kena pindah-randah atau transfer.  Tak boleh senang duduk setempat.   Tapi, itu bukanlah bermakna mereka langsung tak boleh "make friends" around, boleh cuma tak boleh "lebih-lebih" sangat.   Dan, tak semestinya jika seseorang Majistrate atau Hakim jika tak bercampur dengan masyarakat mereka pulak akan tersisih; rasanya taklah sampai begitu!  

Actually in the case of my "somebody", he is very open; cuma he limits his conversation, pergaulan macam biasa, cuma dia tak berapa nak galakkan kawan-kawan datang ke rumah sebab tak mahu masyarakat menganggap serong padanya.  So, dalam erti kata yg lain, kami ni langsung tak leh nak bawa "buah-buah tangan" bila pergi ke rumahnya NO WAY!  Sampai macam tu sekali nak jaga imej yg benar-benar BERSIH.   Kami semua faham akan keadaan ini; knowing that he must potray good image of the judiciary.    Apakah dengan keadaan begini, maka bila mati nanti tak ada orang nak kebumikan kita?  Yang sebenarnya, kalau tak ada kawan nak tolong kebumikan kita nanti, sedara-mara ada, kalau dah "desperate" sangat pun, bilal-bilal & tok-tok imam masjid pun boleh tolong kebumikan kita.  Susah-susah sangat, panggil aje ustaz Kamal.  pokok pangkalnya, jika kita hidup di dunia ni betaqwa kepada Allah dan beriman pada Rasulnya, ... InsyaAllah, akan Allah balas sebaik-baiknya; yakni... jika kita MATI kat tengah jalan pun, PASTI ada yg akan tolong kebumikan.  Tak semestinya kawan-kawan kita, betul tak??

Tapi, kalau kita hidup di dunia penuh dengan noda & dosa... hhh entahlah, hanya Tuhan saja yg tahu.  Dah banyak kisah-kisah ngeri yg kita dengar..Namun, Allah itu maha penyayang... walaupun kita mati dah dua tiga hari berulat kat rumah pun; pasti akan ada yg terhidu bau mayat yg dah busuk  dan akhirnya jasad yg busuk & berulat tu akan  disemadikan juga.  Mungkin pihak hospital, manalah tahu!

SO, FRIENDS OUT THERE, GET MY MESSAGE?   Kalau ada masa, selak-selak lah "Malaysian Business", you'll find these quotes there.

Ada banyak lagi "quotes" duly noted ni..  termasuklah statement dari "Transport Minister" kita yg tak jadik resign kita ni dapat free, baca ajelah..

Wassalam



Disclaimer Notes:
==
IT IS HEREBY DECLARED THAT THIS IS SOLELY FOR THE DISCUSSION OF THIS MAILING LIST; THERE IS NO INTENTION OF CONTEMPT OF COURT.  ALL THE QUOTES WERE PUBLISHED IN "MALAYSIAN BUSINESS", 16 - 30 JUNE 2000 EDITION, Page 5.




RE: H-Net*: Depa kempunan nak makan telur ikan tembakul.....

2000-06-20 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net*: Depa kempunan nak makan telur ikan tembakul.





Assalamu'alaikum Pak Engku & netters sekelian


Syukurlah pada Allah, sebab "cikgu" kita tak jadi letak jawatan.   Seronok saya dengar, Pak Engku.  Sebab hari tu bila terbaca kata cikgu nak letak jawatan..runsing saya.   Mengapa saya runsing, saya rasa salah satu sebabnya ialah dari apa yg saya lihat, pilihanraya kecil atau "by-election" ni puak-puak berkenaan (the "other side" lah) lebh mudah "concentrate" untuk buat berbagai-bagai taktik untuk menang.    Tengok sajalah Sanggang & Teluk Kemang  these two by-elections pun dah cukup menggambarkan bahawa walaupun dengan majoriti yg dah berkurangan, namun mereka masih mampu untuk retain the seat.  Rasanya, elok benarlah cikgu buat keputusan tu rather than kita lihat Parlimen tersebut "dirampas" oleh mereka yg sekarang ni terpaksa telan air liur basi aje!

One thing saya tengok muka cikgu saya dapat lihat akan kemanisan wajahnya yg "cool" tu.  Tak nampak pun tanda-tanda bahawa beliau tu sakit teruk sangat.  Tapi, laporan dari akhbar yg saya baca tu macamlah cikgu sakit benar!  InsyaAllah, dengan doa-doa dari kita semua, semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yg baik pada cikgu kita.  Marilah kita pakat-pakat berdoa agar semua wakil rakyat dari parti sebelah sini sihat-sihat & mampu menjalankan tugas dengan sempurna.

Pak Engku er.. since depa dah "kempunan", apa kata kita suruh "depa-depa" yg Pak Engku maksudkan tu pergi aje ke "BATU BELAH BATU BERTANGKUP"?   Kat Klang ada apa... "Batu Belah"..  ahak!





-Original Message-
From: Pak EnGkU [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 20 June, 2000 2:46 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Fwd: Depa kempunan nak makan telur ikan tembakul.


Shahnon kekal wakil rakyat Sik 
Aman Rais


1pm, ISN: Sasterawan Negara yang juga anggota parlimen
kawasan Sik yang diberitakan berhasrat untuk
meninggalkan politik minggu lalu memutuskan hari ini
tidak akan meletakkan jawatannya setelah didesak oleh
PAS dan pengundi kawasan tersebut.


"Saya membuat keputusan muktamad tidak akan melepaskan
jawatan ini. Memang benar kesihatan saya agak
terganggu, namun tanggungjawab terhadap parti dan
pengundi lebih besar. Setelah mempertmbangkan desakan
dan permintaan pucuk pimpinan parti dan para penyokong
di Sik, saya tidak jadi berhenti," kata Datuk Shahnon
Ahmad kepada malaysiakini ketika dihubungi di rumahnya
pagi ini.


"Ramai penyokong datang ke rumah. Mereka minta Cikgu
jangan berhenti. Mereka semua sayang pada Cikgu,"
tambahnya. 


Shahnon membahasakan dirinya "Cikgu" dalam
perbualannya dengan teman-teman rapat, rakan penulis
sastera, sanak saudara dan penyokongnya.


Ahli seumur hidup parti Islam itu kedengaran sihat dan
segar berkata, isu perletakan jawatannya sudah selesai
dan tidak perlu dibangkitkan lagi. 


Menurutnya, isu itu sengaja dibesar-besarkan oleh
pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi.


Agensi berita rasmi Bernama pada minggu lalu
melaporkan Shahnon berhasrat untuk meletakkan jawatan
ahli parlimennya atas faktor kesihatan. 


"Saya bukan ahli politik, saya sasterawan. Saya lebih
penting kesihatan daripada parti," Shahnon dipetik
sebagai berkata. 


Bagaimanapun PAS enggan menerima hasrat Shahnon itu
dan telah mendesak beliau supaya menimbangkan semula
keputusannya itu. 


Semalam Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor menegaskan,
isu peletakan jawatan Shahnon telah selesai dan tidak
perlu digembar-gemburkan lagi.


Shahnon memberitahu beliau akan pulang menemui
pengundi Sik pada 23 Jun ini untuk menghapuskan segala
keraguan tentang kesihatan dan komitmennya sebagai
wakil rakyat


"Saya akan berjumpa dengan jawatankuasa PAS kawasan
Sik, ahli-ahli parti dan para pengundi. Pada 26 Jun
bersama-sama dengan Datuk Fadzil Noor, Cikgu akan
mengadakan majlis kenduri besar-besaran di sana,"
jelasnya. 


Menyentuh tentang perkhidmatannya kepada para
pengundi, Shahnon berkata, kalau kesihatannya tidak
mengizinkannya untuk berada kawasan itu, wakil
peribadinya dan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri
PAS di Sik boleh menggantikannya. 


PAS memenangi dua kawasan DUN, Belantek dan Jeneri,
dalam parlimen Sik pada pilihan raya umum November
lalu.


" Rakyat tidak perlu melihat muka ahli parlimennya
jika mahu membuat aduan atau mendapatkan bantuan.
Wakil-wakil saya ada di sana untuk membantu mereka.
Cikgu juga telah mengamanahkan kepada wakil-wakil
Cikgu untuk memastikan elaun ahli parlimen disalurkan
kepada pengundi yang memerlukan bantuan," tambahnya. 


Berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Abdul Hamid Othman yang menuduh PAS
sebagai gila kuasa kerana enggan membenarkan beliau
meletakkan jawatannya, Shahnon berkata, sebenarnya
bekas ahli parlimen itu yang tamakkan kuasa.


" Dia (Hamid) sebenarnya yang tamak kuasa. Sudah kalah
dan ditolak oleh rakyat tapi masih sanggup terima
jawatan menteri. Sepatutnya beliau ada maruah dan
sedar diri," tempelak Shahnon. 


Hamid tewas di tangan Sha

H-Net* Lemak banyak atau Banyak Lemak - Dua-dua sekali you!

2000-06-12 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title:  H-Net* Lemak banyak atau Banyak Lemak - Dua-dua sekali you!





Assalamu'alaikum!



Wahhh!  Kamu ni Mencelah, tadi dok "testing", la ni dok membebel pulak pasal lemak.   Perli ke ni?  Kita "terasa" jugaklah dalam bab ni.

Bukan apa Mencelah, tiap-tiap kali balik kampung sebelah husband, sedara-mara dia semua kata, pandai husband kita bela kita, sebab badan makin "montel" kalau nak dibandingkan daripada zaman anak dara yg kecil molek.  Ya lah, apa taknya.?   Nasi anak, kita tolong habiskan, nasi kita pun kita yg habiskan, dah tu lepas makan tidur; tak ke "membanyakkan lemak" namanya tu?

Bukan apa, saja kita nak peringatkan kepada ibu-ibu yg nak kuruskan badan.  AWAS dengan produk-produk yg nak kuruskan badan nih.  Kita dulupun pernah minum slimming tea sebab nak kata gemuk sangat masa tu tidak lah; tapi saja "gatal" pergi minum slimming tea; tercirit-cirit satu hal..  lepas kita tak "consume" produk tu (makna kata kita "discontinue" from consuming); badan naik menjadi-jadi macam belon!  O  elok-elok badan sekadar "solid" terus jadi "debab@montel"!   Balik kampung mak mertua ingat kita ni "senang hati"!  Senang hati ke benda?  Kelam kabut sana ke mari lagi ada la..  Tak tahan kena perli dengan mak-mak sedara yg suka menyakat; depa tu nak gemuk tak dapat, kita yg nak kurus tak kurus-kurusjadi sebaliknya!   Kalau boleh "donate" daging ni sikit kat mak sedara yg nak gemuk tu, kan ke bagus?  Macam donate darah t!

Lagi satu; ni kisah benar.. ada kawan baik kita yg betul-betul serious nak kurus.  Hai.. orang perempuan ni macam tu lah   tak habis-habis nak "maintain" bentuk badan.  Sahabat baik kita ni cerita kat kita; dia consume "Chitosan" ni tapi lain pulak jadi nya!  Badan dia tak kurus tapi nafsu  dia pulak yg kuat!  Mungkin kesan Chitosan ni depends pada individu kot!  Sebab, kata kawan ni... husband dia sampai bagi warning.  "STOP THAT CHITOSAN. abang tak larat la yang o!"   So, my friend ni berhenti lah dari memakan "chitosan".   Memang ada "side effect" pada kawan kita ni, sebab dia kata dia sendiri "terasa" perubahan pada diri dia!  

Sekarang ni kami sama-sama pergi jogging dan main tennis hari Sabtu & Ahad.  Rasanya, hanya dengan bersenam bersungguh-sungguh aje badan boleh kurus.   Lagi satu, eloklah berpuasa.  InsyaAllah, kita nak puasa sunat banyak-banyak... manalah tahu kot-kot lepas ni boleh jadi "slim"@kecil molek macam dulu!  

Mana boleh beb, kita aje badan bulat, husband kita tetap maintain.   Kang orang kata tak padan pulak, sorang tinggi lampai, sorang lagi  dot...dot...dot.?    Macam pinang dibelah kapak!   Oh... tak boleh jadi, sebelum husband kita kutuk banyak-banyak sangat, lebih baik kita "pro-active" - nak cepat kurus beb!   Siapa tak risau - husband handsome macam arwah Nordin Ahmad!  So, kita kenalah jelita macam "Latifah Omar"!    

Pesanan kepada para isteri:  Jelitakanlah diri anda sebelum husband anda nampak wanita lain lebih jelita!  Pilihlah produk menguruskan badan yg betul.  Kalau susah-susah sangat, spend half an hour every morning untuk bersenam, InsyaAllah, it works; badan kurus, kesihatan pun elok(ceh... pandainya kita cakap ya!)

Selamat menguruskan badan kepada semua rakan wanita yg sedang cuba menguruskan badan!  Macam sayalah ahak!


Lagi satu kita nak pesan, jangan sampai dapat penyakit BULLEMIA.!  Kita pernah rasa, siksa you!



Wassalam







 


-Original Message-
From: mencelah sikit [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 12 June, 2000 3:19 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Lemak banyak atau Banyak Lemak.






Kini muncul satu lagi jenis produk pulak dah iaitu Chitosan. Secara amnya 
Chitosan adalah serat yang dicipta bagi menghalang badan kita daripada 
menyerap lebih lemak. Serat yang biasa di gunakan adalah daripada kulit 
udang, bagaimanapun setiap jenis serat tidak sama fungsinya..Cara ia 
berfungsi ialah dengan menarik molikul lemak seumpama magnet dan kemudiannya 
membuangnya menerusi usus. Serat ini tidak mudah hadam oleh itu ia tidak 
mempunyai nilai kalori. Jadi banyak mana yang kita ambil, nilainya tetap 
sifar. Kalau kita rujuk kepada Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika dari kajian 
yang di jalankan di Hilsinki, seseorang yang mengamalkan chitosan...beratnya 
akan menurun sebanyak 8% dalam masa 4 minggu dan paras kolesterol darah 
telah turun 66.2%. Kolesterol yang turun ialah LDH (kolesterol tidak baik) 
dan meningkatnya HDL (kolesterol baik).


Sebenarnya mencelah sendiripun tak pernah amalkan sebarang produk slimming, 
sebab badan mencelah ni maintain dari dulu lagisteady aje. Kalau setakat 
vitamin, memang hari-hari makan. Kalau tak caya 24 Jun 2000 ini mari le kita 
melepak dalam PWTC, sebab mencelah ada di situ kerana participate dalam 
exhibition sains dan reka cipta perengkat kebangsaan anjuran Dewan 
perniagaan melayu malaysia. Bye jumpa lagi 


[EMAIL PROTECTED]
(Hak cipta terpelihara)






H-Net* Rilek Kejap.....Siapa kata orang Finance tak Romantik? (Finance's Love - Joke Only)

2000-06-06 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Rilek Kejap.Siapa kata orang Finance tak Romantik?  (Finance's Love - Joke Only)





Assalamu'alaikum!


Meh kita rilek kejap!  Ada orang kata kerja kat Finance memang "tension".   So, depa ni didakwa memang tak romantik.  Salah tu!  

Ni lah buktinya..


===


LOVE according to "Finance People" 



I will CREDIT my love to you, if you DEBIT your love to me.I will record
our romance in a JOURNAL and POST it into the BALANCE of my heart.


I will keep your love in an ACCOUNT, based on DOUBLE-ENTRY. With this you
will know whether the BALANCE is CREDIT or DEBIT from my love to you.


Our romance is recorded in WORKSHEET. Sometimes needs ADJUSTING ENTRIES in
order to keep our love stable.


TRIAL BALANCE shows that we are serious in each other, because the TOTAL of
our love is actually one and equal.


So we do CLOSING ENTRIES when we agreed to marry.


PROFIT & LOSS statement, shows what happened then, let us see our BALANCE
SHEET what are our ASSETS and LIABILITIES  ???


Oh my god...already have a dozen of kids



PS : Pass it to all Finance people you knowJangan mare joke aje!









H-Net* STEP BY STEP GUIDE MENAIP DENGAN PANTAS......Beginning Lesson

2000-06-06 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: STEP BY STEP GUIDE MENAIP DENGAN PANTAS..Beginning Lesson






Assalamu'alaikum para netters budiman


Ramai netters yg telah bertanya pada saya; how come saya boleh menaip sesuatu artikel yg dihantar ke Hizbi (especially) terlalu panjang as though I have very "luxury time"?    Ada suatu ketika dulu, seorang netter lelaki dari Hizbi telah bertanya personally kepada saya. saya ni tak da kerja ka?  Actually, sebab yg paling utama ialah skill menaip saya yg Alhamdulillah, pantas.  So, bila saya mention saya boleh menaip dengan pantas, kawan-kawan ada jugak bertanya macam mana nak menaip dengan pantas?  Ni saya bagi tips macam mana nak menaip dengan pantas.

Khas bagi netters yg langsung TIADA ASAS PELAJARAN MENAIP, saya perturunkan sedikit ilmu untuk anda belajar sikit.  Bagi yg masih menaip seperti ayam memagut padi, silalah ikut arahan saya.

Step by step guide:


TERLEBIH DAHULU, LEMBUTKAN JARI JEMARI ANDA,  YG LELAKI TU TAK PAYAHLAH LEMBUT-LEMBUT SANGAT, NANTI JADI LAIN PULAK!


CUBA PERHATIKAN GAMBARAJAH DI BAWAH:


    Q   W    E    R T Y    U    I    O    P    (Level Atas)


       A    S D    F    G    H   J K    L ;  (Level Tengah) - LEVEL YG DIJADIKAN "GUIDE"


     Z X C   V   B N  M   ,  .  /         (Level Bawah)


1.  Tengok keyboard anda.  Jika anda perasan, pada huruf F & J, ada tanda _ yg di"timbul" (embossed).


2.  Letakkan jari telunjuk KIRI   di huruf F dan jari telunjuk KANAN di huruf J.


3.  Sekarang, jadikan kedua-dua belah jari telunjuk  sebagai "guide" dengan "merasa" tanda _ itu.


4.  Letakkan jari kelingking KIRI di huruf A.  Manakalah jari kelingking KANAN di simbol   ;
    (Ingat, simbol  :   bila "shift key" ditekan, tapi simbol  ;  bila menaip biasa)


5.  Letakkan jari manis KIRI di huruf S dan jari manis KANAN di huruf L.  Boleh tak?


6.  Letakkan pula jari hantu KIRI di huruf D manakala jari hantu KANAN di huruf K


7.  Sekarang, cuba anda type ASDF dengan menggunakan urutan jari seperti arahan di atas (SEMUA FUNGSI JARI DI   SEBELAH KIRI)

8.  Next, cuba anda type JKL; dengan menggunakan urutan jari seperti juga arahan di atas (SEMUA FUNGSI JARI DI  SEBELAH KANAN)

Mesti anda tertanya-tanya, apakah fungsi IBU JARI?  Fungsi kedua-dua ibu jari adalah untuk menekan "space bar".  Ini bermakna, setelah anda mahir nanti, anda akan cepat menekan space bar.

9.  Cuba type huruf-huruf ASDF dan JKL; dengan pantas tanpa melihat keyboard (macam saya ni lah).
    (Jangan cengkelat!  Guna jari-jari yg telah saya arahkan, jangan tipu tekan dengan jari telunjuk semua huruf!)


NOTA:  Sedikit pesanan; JARI TELUNJUK ADALAH JARI YG PALING PENTING DALAM KERJA MENAIP KERANA BANYAK HURUF YG DITEKAN DENGAN MENGGUNAKAN JARI TELUNJUK.  SO, KALAU "LOST", JADIKAN HURUF F & J SEBAGAI "GUIDE" SEBAB HANYA HURUF INI SAJA YG ADA "PENANDA _".

Faham tak sekarang?


10. Next, as I said, jari telunjuk amat penting.  Sekarang, cuba gerakkan JARI TELUNJUK KIRI tekan huruf G  manakala telunjuk kanan bergerak ke huruf H

11. Mahirkan dahulu jari jemari dengan key masing-masing.  Sekarang, cuba tekan ASDFG bagi semua jari di KIRI   dan ;LKJH bagi semua jari di sebelah kanan.  JANGAN ALIH JARI TELUNJUK DI KEDUA-DUA BELAH DARI  HURUF ASAL, iaitu F & J.  Selalu ingat bahawa anda mesti tak tekan salah key kalau jari telunjuk kedua-dua belah    sentiasa berada di tempat asal.

12. Bila dah mahir, cuba gerakkan jari jemari tanpa perlu mengubah kedudukan kedua-dua jari telunjuk di tempat asal     mereka  So, kita pergi ke next level.


MARI KITA BUAT "REVISION" DULU


    Q   W    E    R T Y    U    I    O    P    (Level Atas)


       A    S D    F    G    H   J K    L ;  (Level Tengah) - LEVEL YG DIJADIKAN "GUIDE"


     Z X C   V   B N  M   ,  .  /         (Level Bawah)


Daripada gambarajah, cuba anda letakkan jari-jemari mengikut urutan di mana "level tengah" dijadikan sebagai "guide".


Secara ringkasnya,
FUNGSI JARI-JARI DI SEBELAH KIRI:


Kelingking:  Gunanya untuk menaip Q A Z


Manis:   Gunanya untuk menaip W S X


Hantu:    Gunanya untuk menaip E D C


Telunjuk:     Gunanya untuk menaip R F V , T G B



FUNGSI JARI-JARI DI SEBELAH KANAN pula:


Kelingking :  Gunanya untuk menaip P; .


Manis:    Gunanya untuk menaip O L .


Hantu:    Gunanya untuk menaip I K ,


Telunjuk:     Gunanya untuk menaip U J M,   Y H N


Setelah melihat gambarajah, sekarang cuba letakkan jari jemari di tempat "asal" di level tengah.  Tanpa melihat keyboard, taipkan huruf-huruf ini:

ASDFG ;LKJH ASDFG ;LKJH ASDFG ;LKJH ASDFG ;LKJH ASDFG ;LKJH (dan teruskan hingga mahir)


Gerakkan jari anda ke level atas TANPA MENGANGKAT JARI-JARI DARI TEMPAT ASAL; GERAKKAN SAHAJA!


FRT JUY FRT JUY FRT JUY FRT JUY FRT JUY FRT JUY  (teruskan hingga mahir)


Gerakkan pula jari anda ke level bawah:


FVB JMN FV

H-Net* Mengapa makin ramai pemandu yg tidak sopan di jalanraya?

2000-06-06 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Mengapa makin ramai pemandu yg tidak sopan di jalanraya?






Assalamu'alaikum netters sekelian,


Semenjak dua menjak ni  saya rasa makin risau nak drive.  Bila memikirkan saya akan anytime berhadapan dengan bahaya kemalangan dari sikap pemandu lain yg cuai & suka cilok-cilok, kadang-kadang rasa nak pasang driver aje.  Tapi bila fikir balik, bukanlah kaya sangat sampai nak pasang drebar, mahu tak mahu "redah" ajelah.  Kalau nak pasang driver nanti suami jealous pulak takut pulak kita main kayu tiga!

Tapi redah-redah saya pun, taklah redah macam pemandu lain!   Redah-redah saya masih jugak pandang kiri kanan, depan belakang.   Suami saya selalu cakap:  "Pemandu yg berhemah akan mengelakkan kemalangan walaupun atas sebab kecuaian orang lain".  Kadang-kadang bertekak jugak dengan dia; habis kalau asyik kita aje yg berhemah, orang lain langsung tak nak berhemah, asyik kita aje yg tak cilok, orang lain senang-senang aje cilok & potong queue, bila kita nak sampai?   Bertekak tu bertekaklah jugak, tapi memang ada betulnya cakap suami tu.  saya selalu praktikkan apa yg suami saya cakap, saya memang beringat.InsyaAllah.  

Bukan apa, saya cukup sakit hati dengan pemandu yg langsung tak hiraukan "road sign".  Tempat tak boleh buat U-turn, buat U-turn; tempat yg sepatutnya berhenti, tak nak berhenti; tempat sepatutnya tak boleh parking, dia paking jugak; bila kat roundabout, langsung tak tengok kiri kanan, main redah aje!  Bila sampai kat roundabout, saya cukup "seriau", especially kalau ada treler yg panjang-panjang... eeee   takutnya lah haiii!

Pada pemerhatian saya, antara pemandu lelaki & wanita, pemandu LELAKI lah YANG PALING KURANG AJAR!  (Lepas ni saya sure kena "FIRE" dengan si Mencelah Sikit ni yalah, Mencelah Sikit tu kan ke Pengerusi Loyar buruk Lelaki dalam H-Net ni?).  Dan Pemandu lelaki lah yg paling MENGADA-NGADA dan KASAR sekali!  Kalau nak dibandingkan dengan pemandu wanita, pemandu lelaki sekarang ni dah tak ada "gentleman" lagi dahhh! {Kecuali husband kita aje... ekekeke).   Yang suka "menghimpit" pun pemandu lelakilah!  Tak caya?  Saya ada banyak senario yg akan saya kongsikan bersama.

{Kepada Pn Sri Pabiyen, Pn Sri Maziani, Pn Sri Roslina, Cik Sri Naza  dan Pn-Pn & Cik-cik Sri yg prihatin dan menyokong saya, tolong "backing" sikit kalau saya kena "FIRE" nanti, ek! - Nie special request ni we}

Senario 1 (Pemandu teksi lelaki yg kurang ajar)
===


Bila cakap pasal pemandu teksi, majoriti pemandu teksi adalah LELAKI.  Depa ni lah yg mencemar nama baik pemandu lelaki lain yg BAIK-BAIK!  (Macam Mencelah Sikit, dia "baik" punya driver kot, - saja nak "bodek" dia!}

Pagi semalam, Isnin 5 June 2000 saya sedang memandu dari jalan Batu Tiga ke Glenmarie.  Elok kat traffic light simpang nak ke Glenmarie Golf & Country Club, seorang pemandu teksi tiba-tiba aje buat U-turn (so ABRUPT), yg membuatkan semua kereta terpaksa buat emergency break!  Elok saya tengah laju masa tu..Ya Allah!  Saya betul-betul terkejut sebab kereta depan saya tu tak ada lampu break ketiga!  Saya punya break sampai tayar saya "screetching", sampai hangit bau!  Mujurlah saya ni jenis tak panik.. Masa tengah break... saya membayangkan betapa teruknya kereta saya kalau terlanggar kereta depan ni  Huh!  Lagi dua inci aje nak terhentak kereta depan... Mujur saya baru habis baca ayat Kursi sebab saya tiba-tiba teringat bahawa pagi tu anak saya yg start enjin kereta, entah dia ingat baca "Bismillah" ke tidak  So, bila dah teringat macam tu; terus baca bismillah 7 kali & ayat Kursi.  Elok habis baca aje ayat Kursi, tengok kereta depan semua buat emergency break.  Tengok kat cermin belakang tak ada kereta.. Alhamdulillah!  Kecut perut saya!  Kurang ajar punya driver teksi... muka dia selamba "derk" aje lepas tu.  Saya punya maki berbakul-bakul!  Bila lah depa ni nak sedar yg tindakan mereka buat U-turn kat tempat yg tak sepatutnya akan membahayakan orang lain??

{Pagi tadi saya lalu tengok ada kesan tayar saya pagi semalam!}



Senario 2 (Tempat ada "sign" berhenti, tapi tak nak berhenti)
==


Saya cukup sakit hati betul pada driver yg tak nak berhenti bila ada sign berhenti.  Suatu petang saya memandu nak balik dari office.  Lepas bangunan "Auto Bavaria" kat Jln Glenmarie ada simpang; ke kanan akan menuju ke traffic light Proton Casting, kalau kiri akan lalu jalan ke rumah setinggan which leads to Telekitchen.  Siapa yg nak ke jalan menuju Telekitchen, lepas bangunan Auto Bavaria (BMW) tu lencong ke kiri & kita mesti BERHENTI.  Orang dari arah bertentangan ada hak untuk jalan dulu sebab itu jalan depa!  Yang saya bila tengok ada kereta kat depan, saya berhenti.  Rupanya lori kat belakang saya TAK MAU BERHENTI!  Dia bunyi hon kuat-kuat sebab marah saya berhenti!  Lepas tu driver lori ni (orang Keling), bersaing dengan saya.  Dia pandang saya, saya pandang dia.  Dia tunjuk tangan kat saya seolah

H-Net* Kesan Filem Hindustan Dalam Masyarakat Melayu - Reply

2000-06-05 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title:  H-Net* Kesan Filem Hindustan Dalam Masyarakat Melayu - Reply





Assalamu'alaikum kepada semua netters..


Kalau Pn Pabiyen setuju ngan Sdra Raseet, saya pulak setuju dengan Pn Pabiyen..


Yang sebenarnya, hati saya ni dah lama nak menulis tentang filem Hindustan dan tentang hero pujaan mereka; Shah Rukh Khan (SRK). 

Suatu ketika dulu saya perna menulis kepada Muslimat net  bahawa saya pernah terbaca dalam "Mingguan Perdana" kalau tak silap saya yg memaparkan sebuah artikel yg mengatakan bahawa "SHAH RUKH KHAN berpuasa tapi minum susu sahaja"!  Puasa kepala hotak dia!  Saya baca artikel tersebut ketika saya pergi beraya kat rumah jiran yg menunjukkan kepada saya betapa teruknya akhbar tersebut menyiarkan cerita begitu yg mana dah sah-sah akan mempengaruhi fikiran anak-anak muda kita yg meminati hero tersebut. 

Dalam artikel tu ada menyebut bahawa SRK tidak lagi berpuasa mengikut cara Islam setelah kematian ibunya.  Dulu, sewaktu ibunya masih hidup, dia & ibunya taat membuat ibadat mengikut cara Islam.  Tapi, setelah kematian ibunya, pada pandangannya, amalan seperti itu sudah tidak penting!  Astaghfirullah'al-adzim!  Saya mengucap besar bila baca artikel tersebut.   Apa yg jiran saya pertikaikan ialah; mengapa artikel sedemikian ditulis; tidak kah mereka tahu bahawa ramai muda-mudi kita yg begitu meminat SRK akan terpengaruh dengan apa yg diulas dalam artikel tersebut?  Yg keduanya, jiran saya kata; mengapa akhbar berkenaan boleh dijual - isi kandungannya bukan ada quality sangat; sedangkan Harakah pada masa tu dah pun diambil tindakan undang-undang?  Saya sungguh tak faham!

Di manakah seronoknya menonton filem Hindustan?  Saya tak rasa seronok pun!  Apa tidaknya?  Bila bergaduh (adegan bertumbuk) depa berdusyum-dusyum bertumbuk, sepak, terajang, tapi tak mampuih jugak!  Cuba kita tengok filem orang putih, sekali "swing" aje dah jatuh!  Apa; kulit mat salleh dengan kulit hindustan ni beza ke?  Agaknya kulit HIndustan ni "tebal" sikit kot!  Dah berdarah-darah, dah nak patah-patah tulang belulang; tapi mampuihnya tak jugak!

Meh kita tengok cara depa menari; kalau lagu yg "rancak" sikit, bagai nak rak habis semuanya bergoyang; yg perempuan buah betik habis berkocak-kocak; nasib baik pakai coli kuat tali punya, pusat dah tentu terjojol-jojol; kepala tu depa "swing" sampai nak tercabut kepala tu bila kita tengok  pergerakan mereka terlalu "aggressive"... lagu rancak tak seberapa jadi macam rancak bagai nak rak!  Kalau lagu sedih pulak, tang berguling-guling dari atas bukit, berpusing-pusing balik pokok, naik pening kepala; lepas tu pergi sembah to'kong, sembah patung dewa-dewi depa; sampai anak saya tanya; "mengapa dia sembah-sembah patung tu ibu?"  Sejak dari tu, saya larang anak saya tengok cerita Hindustan.  Takut saya!

Terus-terang saya katakan, saya TAK TENGOK filem "Kuc-kuc Hota Hei"; tapi sebab lagu tu selalu sangat keluar kat ERA, terhafal pulak!  Problem betul!  Hari tu ada kawan perli saya; "Hai... kata tak suka tengok hindustan, tapi bila tang lagu, terror pulak?"  Apa tak terrornya?  Tiap-tiap hari telinga asyik di*pantak"kan dengan lagu KKHH!  

{Perkataan *pantak* adalah bahasa kasar yg bermaksud "kena sumbat".  Saya pinjam perkataan yg mak saya selalu cakap pada anak-anak saudara saya.  Sorry ya!  Bukan mencarut tau!}

Lagi satu pasal anak-anak remaja perempuan kita yg memuja-muka si SRK & rakannya Salman Khan.  Hari tu saya "warning" anak saudara saya yg baru Tingkatan 2 - dia simpan gambar SRK dalam "wallet" dia.  Saya cakap, kalau saya tahu dia simpan lagi gambar SRK, siaplah!    Saya cakap kat depa, tak ada pekdahnya menyimpan gambar orang yg dulu Islam, tapi sekarang ni entahkan Islam ke tidak!  Kahwin pun ikut cara Hindu... nama bini dia pun "Gowri".  Dia kata dia islam, tapi puasa boleh minum susu, orang puasa siang, dia puasa malam pun ada!   Apa yg korang minat sangat kat dia tu?  Bila saya cakap macam tu, barulah anak sedara saya bukak mata!  Sekarang ni dah kurang sikit depa tu memuja SRK.  Saya kata, bukan gambar SRK tu yg boleh bantu korang lulus periksa tau!  

Kalau diberi pilihan antara nak tengok filem Hindustan atau cerita Cina, saya TERPAKSA pilih cerita Cina (kungfu).  Ini kerana, kungfu Cina memang make sense, Cina selalunya kalau gaduh pun depa berkungfu; bila yg jahat pandai kungfu, yg baikpun pandai kungfu, pergerakan kungfu tu memang ada logiknya.  Tapi, bila hero hindustan kalau kena langgar kereta pun masih boleh bangun & berlawan bagai nak rak..; saya rasa itu dah hilang logiknya!  Tapi, kalau tak diberi pilihan, dua-dua saya tak suka tengok.  Anak-anak saya pun macam anak-anak Pn Pabiyen, tengok  Teletubbies ataupun Antz, Toy Story atau Baby's Day Out, dan cerita-cerita pasal baby. yg ni lebih selamat.

Untuk pengetahuan Pn Pabiyen, perkataan "swami" tu adalah sama macam "sami".   Kalau boleh, janganlah sebut perkataan tu selalu..orang Hindu memang cukup respect "swami" mereka.  Saya rasa, pertanyaan Pn Pabiyen yg No. 4 tu

H-Net* BREAKTHROUGH RALLY: DOES ANY OF YOU - HIZBI NETTERS KNOW ABOUT THIS?

2000-05-26 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: BREAKTHROUGH RALLY:  DOES ANY OF YOU - HIZBI NETTERS KNOW ABOUT THIS?






Assalamu'alaikum,


Berikut ini saya "cut & paste" suatu artikel dari seorang rakan muslimat yg telah sudi memberi butir-butir tentang suatu "Breakthrough Rally" yg terang lagi jelas tujuan diadakan adalah untuk MENYESATkan orang-orang Islam...

Nampaknya, semakin hari semakin MELAMPAU!  


Seperti yg rakan kita katakan, mengapa bila nak buat majlis keagamaan kita, sibuk dihalang & tidak diberi permit, tapi bila nak buat "rally" besar-besaran oleh kafir laknatullah tu boleh pulak?  What is this?  Inikah yg dikatakan bahawa DI MALAYSIA NI BEBAS BERAGAMA?  Kalau dah terlalu bangga akan  "kebebasan beragama", mengapa mengaku ISLAM adalah AGAMA RASMI negara ni?  Nama aje agama rasmi ISLAM, tapi bila nak buat ceramah Islam kat Stadium tu berbagai alasan diberi; eeeii  dah sesat ke mereka ni semua?  Siapa yg bertanggung jawab meluluskan permit "rally" puak Kristian ni?

Ya Allah, moga-moga Kau turunkanlah malapetaka kepada orang-orang yg sesat pada hari "rally" ini diadakan, Amin!


What say you all, netters?  Tak ada saranan nak buat solat hajat ke?  Ada tak pihak-pihak yg memprotes?  Nak biarkan saja?

Mana dia golongan seperti "antiharakah" dalam Hizbi net - Syazana & Co, Ali , tak nak beri perhatian ke akan perkara macam ni?  Suka kah kamu tengok agama lain BEBAS berdakwah sedangkan agama kita langsung tak diberi peluang?  Mana kamu semua?  Dont' hide behind the bush... JANGAN HANYA PANDAI membongkar perkara-perkara remeh, tapi bila perkara BESAR macam ni you all "mengecilkan diri" pulak!  Mana?  Keluarlah, bagi pandangan!

Pesanan kepada Kumpulan "Antiharakah" kat dalam mailing list ni; jangan pandai nak tempelak orang bila orang bagi "point" yg terkena batang hidung sendiri; nahhh!  Ini peluang baik untuk kamu bagi membuktikan kamu semua adalah "hero" dalam hal agama.  Buktikan yg pihak kamu benar-benar concern tentang Islam, jangan kamu hanya pandai mendakwa bahawa pihak parti lawan cuma mempergunakan Islam dalam politik...  SELAMAT BERJUANG! 

To me, it's an insult to ISLAM!  Astaghfirullah'aladzimmm!
===


Assalamualaikum rakan muslimah & the rest..


just nak tanya.. sape dia Br Anacondia ni...???  


Okay.  I just found the ads... it was on page 11 , 24/5/2000 wed... what 
an irritating .. I just wonder..  which minister yg approved ...  it's really 
a BIG Challenge to us muslim.. 


okay let me just type all the words that inside the ads..


---
A Christian event 
Breakthrough Rally [dgn lambang salib in b/ween this words ]
Bringing the milleniums with the Fire of God


Putra Stadium 
Bukit Jalil
26, 27, 28 May 2000
7.30pm nightly
Fri/Sat/Sun - 3 nights only  **3 Malam "SAJA"?  Kalau ceramah ISLAM, boleh ka buat 3 malam?**
in Englisg, Chinese, Bahasa Malaysia & Tamil
 *Free Admission *  ***Fuh!  Siap ngan "Bahasa Malaysia" lagi, nak berdakwah dengan orang Melayu ka?**


Come worship & celebrate with a full  music band & hundreds of 
singers, tamborine dancers, banner carriers, praise hand & flag twirlers!


Special "Selamat Datang" cultural dance.


Come & Experience 
 - a breakthrough in your life!
 - the love & power of Christ!
 - renewal & revival!


Speakers :
Carlos Annacondia
Claudio Freidzon


*renewal of life*healing of sickiness*deliverance from 
evil*experiencing miracle*
Breakthrough Rally @ Putra Stadium
Organized by the NECF Malaysia in partnership with churches. 
http:/www.necf.org.my Tel 603-7727 8227


-


As a muslim saya rasa betul2 SAKIT HATI.. kalau this time the 
kristian can do this kind of aktiviti.. why cant kita pulak nanti anjurkan 
yang seumpama ni.. program motivasi remaja.. dgn qiam, and all those 
riadah, usrah, or aktiviti marhaban, berzanji ke, nasyid ke, mlm 
kesenian Islam ke.. ..dgn kerjasama seluruh masjid2 dlm m'sia ni [tak 
pun cukup le setakat dgn kerjasama masjid negara ke  :) ]..  tak 
payahlah sampai 3 hari.. cukuple 2 hari semalam je... agak2nya sape yg 
nak approve yaaaeee.. ???


So cam ne ni nak BOIKOT ke ???  kita buat solat hajat ke...





H-Net* Haram & Halal .. Please take NOTE. Quite IMPORTANT

2000-05-16 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title:  Haram & Halal .. Please take NOTE. Quite IMPORTANT





Assalamu'alaikum kepada netters budiman.


Kepada netters yg belum tahu lagi khasnya, ini diforwardkan senarai "consumable products" atau/dan makanan yg telah didapati HARAM atapun HALAL kandungannya (ingredients).  I got this from my brother.

Mungkin ada manfaatnya.


Wassalam



-Original Message-
From: F.T. D. Eusoff 
Sent: 16 May, 2000 10:44 AM
To: 'Undisclosed recipients'
Subject:  Haram & Halal .. Please take NOTE. Quite IMPORTANT



Colgate Toothpaste: Have now registered their dental creams
(toothpastes)with SANHA and we can now confirm that all
their toothpastes are HALAL compliant. Only palm kernel oil
glycerine is used.


The following products were found to contain HARAM ingredients:


(A)ORAL CARE PRODUCTS
1) Macleans toothpastes: Freshmint, Baking Soda, Spearmint
2) Aqua Fresh toothpastes: Whitening, Bambino, Strawberry
3) Oral-B Ultrafloss and Unwaxed Floss
4) Oral-B Minute-Gel and Disclosing Tablets


(B) MEDICATION
1) Spasmo-Canulase - contain pancreatine from pig and/or cows
2) Pankreoflat - contains preservative of animal origin
3) Sanatogen Multivitamin - contains Shellac - an insect-based rasin
4) Sanatogen Vitamin B Complex - contain glycerine, stearic acid and
   palmatates from animal tallow
5) Karemore B12 Spray - contain animal liver extract
6) Timjan Wonder Juice (aloe extract) - contains 16.5% port wine
7) Salusa 45 - contains extract of PIG LIVER
8) Vita Thion - contains extract of BEEF BLOOD


(C) LEATHER PRODUCTS (shoes, health sandals, etc)


All animal hides (skins) are rendered Taahir (Paak - pure and clean) by
virtue of the tanning process it undergoes. Pigskin, however remains impure
even after undergoing the tanning process.


The following were found to contain pigskin:
1) Hushpuppies - certain ranges are manufactured with pigskin uppers
   lining
2) Green Cross Health Shoes - some ranges use pigskin lining/foot bed
   linings
3) Attache Cases etc. - at times, the inner lining of genuine leather
   attache cases is at times also from pigskin


How to identify pigskin:


Take a close look at the item and if it reveals a porous surface like
the pores of one's skin, then it is most likely pigskin.


(D) COSMETICS
1) All/Most AMWAY PRODUCTS containing PIG hydrolyzed collagen/beef
   tallowate / elastin:
2) Nutriedge Antioxidant Supplement Pack
3) Nutrilite Beta Carotene
4) Nutrilite Natural Source Beta Carotene
5) Nutrilite Wheat Germ E
6) Nutrilite CoEnzyme Q10 Complex
7) Nutrilite Chromium Picolinate
8) Nutrilite Antioxidant Complex with Pycnogenol
9) Nutrilite Leading Edge Pack 1
10) Nutrilite Herbals saw Palmetto and Nettle Root
11) Nutrilite Primrose Plus
12) Nutrilite Herbals Bilberry with Lutein
13) Nutrilite Salmon Omega 3
14) Nutrilite Herbals Womena?(tm)s GLA Blend
15) Hour Guard Insect Repellent
16) Nutrilite Herbals Ginkgo Biloba and DHA
17) Satinique Styling Mousse
18) Nature Shower Hand and Body Lotion
19) Grooming Gear After Shave Treatment Lotion
20) Grooming Gear Hymm / Eparray After Shave Moisture Lotion
21) Satinique Non-Aerosol Styling Spray
22) Satinique Styling Spray with Protein
23) Nutrilite Natural Multi-Carotene
24) All/Most REVLON PRODUCTS (containing Proteins of animal origin)
25) Absolutes Anti-Ageing Firming Cream
26) Charlie Nail Ename
27) Dry Skin Relief Anti-Ageing Body Lotion
28) Double Thick Mascara
29) Dry Skin Relief Original Cream
30) Dry Skin Relief Hydro Lotion
31) Dry Skin Relief Intensive Lotion
32) Dry Skin Relief Hand Cream
33) Dry Skin Relief Unscented Cream
34) Innerlash Mascara
35) Flex & Go 2-1 Shampoo / Conditioner
36) Flex Net Regular and Firm
37) Moondrops Hand Cream Tube
38) Revlon Hand Cream
39) Special Feeling Super Soft Activator
40) Streetwear Hair Highlights
41) Wash & Go Shampoo


(E) GENERAL
1) Royal Chiffon Fridge Cake - contains PIG GELATINE
2) Kellogg's Mini-wheats Refer to carton inside panel Kellogg cereal,
   rice krispies, which reads 'imported by' = Canada cereal bars -
   contains pork gelatin
3) Kellogg's Rice Krispies Refer to carton inside panel Kellogg squares
   cereal bars which reads 'Made for' = Canada - contains beef gelatin
4) Kellogg's Frosted Pop- Refer to carton inside panel Kellogg Tarts
   which reads 'Imported by' or Canada 'Made for' - Canada contains
   pork or beef gelatin
5) Pringles Potato Chips Made from USA and contain 471 has pork
   substance or pork fats (MUIS)
6) Starbucks/Coffee Bean (espresso Frapucchino) Chocolate substance
   - contains ALCOHOL (MUIS)


These emulsifiers are HARAM:
120, 141, 160(A), 161, 252, 300, 301, 422, 430, 431, 433,435, 436,
441, 470, 471, 472(A,E), 473, 474, 475, 476, 477, 481, 482,483,
491,492, 494, 542, 570, 572, 631, 635, 920


RENNET in the cheese is of animal origin is HARAM too unless otherwise
stated.


For those who are unaware. I got this info from a friend,please let
it be known to our "un-informed" muslim friends. This is what it reads.


I bought this parti

H-Net* REPLY BERKENAAN MENUTUP AURAT - FATIMAH KELANA JAYA

2000-05-15 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: REPLY BERKENAAN MENUTUP AURAT - FATIMAH KELANA JAYA





Assalamu'alaikum netters budiman.


Ni saya forwardkan artikel yg dihantar ke Muslimat Net berkenaan dengan jawapan kepada Fatimah.


Sesiapa yg nak tambah, silakanlah


Wassalam


===
Sent by a Muslimat's netter:


asm,


I sent fatimah's article to my husband and here is his
reply. i really hope, this reply would eventually
finds its way to this very confused fatimah of kelana
jaya. 



> I read this from malaysiakini several days ago,
> malas nak layan actually.
> Foremost, this 'Fatimah Kelana Jaya' is jahil to the
> highest standard by
> equating her religion Islam (I presume) with other
> religions. Secondly her
> arguments against PAS and (indirectly) Islam are
> mostly unsubstantiated and
> lame even though the English is okay. Maybe she
> comes from a writer
> background but not a solid religious background.
> 
> 
> 1. 'Fatimah' is ASSUMING her Chinese sister-in-law
> will be divorced and
> after that will go back to her old religion bcoz her
> Muslim husband is bad.
> So she is implying her friend became a muslim for
> marriage only. Instead of
> trying to convince her friend to become better
> muslimat even in the event of
> divorce, she is like encouraging her to quit Islam
> upon divorce. It may be a
> mistake for that Chinese woman to marry the brother,
> but she should tell her
> it is not a mistake to become a muslim. But if the
> Chinese sister-in-law
> thinks it is also a mistake in becoming a muslim,
> she has to take
> responsibility for her 'mistake' .
> 
> If I am a certified engineer, I am responsible to be
> prosecuted under the
> country's law if something happens due to my design
> mistake. Same thing
> here.
> 
> 2. Who said PAS follows Pakistan? I think this
> 'Fatimah' tembak aje and
> confused. In hudud there are procedures for ACCUSING
> someone of zina. If a
> person is raped, she doesn't have to produce
> witnesses but if she is
> suspected of lying and committing zina, the onus is
> on the ACCUSER to
> produce witnesses. With modern technology, the
> culprit can be traced, either
> from the DNA or positive identification by the
> victim. Then the normal
> course of investigation and law will take place. So,
> whoever is lying or
> making fitnah people will know sooner or later.
> 
> 3. The Qoran speaks of hudud law by mentioning its
> principles. Hudud law's
> details are up to the interpretation of the syariah
> authorities. If she is
> an authority in Islamic law, 'Fatimah' is welcome to
> give her input. But to
> condemn against the hudud law without authority, is
> like a villager who
> never goes to US and yet condemning the constitution
> of US.
> 
> 4--onwards, this 'Fatimah' is losing her head
> totally, accusing PAS of being
> anti-women and anti-development without producing an
> iota of evidence, like
> PAS treats women as sex object (4), PAS is the
> orthodox who thinks a husband
> has the right to beat her wife (5), PAS discriminate
> against women (6), PAS
> is against all forms of entertainment (7&8), PAS
> beat women who do not wear
> tudung (9), PAS is actually against democracy and
> will eliminate partners in
> BA (10), PAS is against Malays being progressive
> (11), PAS is going to
> segregate and destabilise this country (12) etc. No
> point continuing if in
> the first place she is making plenty of wrong
> assumptions against PAS.
> 
> If Malaysia is the only place to live for 'Fatimah
> Kelana Jaya', it is also
> true for PAS supporters. Let the only place we know
> be the best place for
> our family and future generations -- no drugs, no
> vices, no crimes, no high
> taxes, good education, high moral values, high
> self-esteem, balanced life
> for every individual. If you listen to PAS closely,
> that is what it is
> preaching all this while, and that is what it is
> practising, starting with
> its leaders like Fadzil Nor, Hadi Awang and Nik
> Aziz. See for yourselves.
> 
> Compare to one Malay-based party who happens to be
> ruling this country. They
> talked as if they are concerned, but the moment they
> leave the rostrum and
> out of camera's focus, their world changes upside
> down. Cakap tak serupa
> bikin.






H-Net* Kualiti Kereta Nasional, kongsi pengalaman - Antara Pepatah & Pesanan Orang-orang Tua

2000-05-15 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Kualiti Kereta Nasional, kongsi pengalaman - Antara Pepatah & Pesanan Orang-orang Tua





Assalamu'alaikum Adinda & netters sekelian,


Biarlah apa-apa pun yg nak diperkatakan.  Masing-masing mempunyai persepsi masing-masing.  Masing-masing ada hak untuk memperkatakan apa sahaja & berkongsi pengalaman, etc, etc.  Kita tidak mahu nanti dikatakan sebagai "menafikan" hak untuk pihak umum bersuara.  

Saya telahpun mengambil langkah untuk memforwardkan segala rungutan kepada customer service.  See what they can do  InsyaAllah, I'll try to get some feedback from them.

Anyway anyhow, saya teringat akan pesanan orang-orang tua.  Mungkin ini berguna diamalkan especially dalam mailing list begini.  Kata orang-orang tua, "Nak cari gaduh memang senang, tapi bila dah bergaduh, nak baik balik memang SUSAH!".  Pasal tu kita tak berapa nak ambil "pot" dengan kata-kata "manis" terhambur dari Hamba Allah yg terkenal dengan sifat sopan santun dan pandai pula dalam bab-bab agama.   After all, PROTON & EON bukan kepunyaan Mak & Ayah kita!  Ya tak?  Kita cuma membantu menyalurkan informasi yg tepat untuk masa-masa yg akan datang.  Bermakna, jika ada sebarang masalah, at least dalam mailing list ni kita ada kawan-kawan yg boleh membantu.


{**Yang saya timbulkan pesanan orang tua-tua ni ialah kerana saya dapati ada beberapa individu seolah-olah melahirkan "rasa benci" kepada certain individu dalam topik yg dibincangkan ini!   Apa "dosa" individu tersebut, ya?**}

Kita dah beri laluan yg baik, kita terima segala komen dengan hati yg terbuka, tapi at certain "angle" jika kita berbunyi atau bernada seperti agak "keras", kita minta berbanyak-banyak MAAF.  Bernada "keras" bukan bermakna kita TIDAK terima pendapat orang, asalkan kita tak menggunakan perkataan yg "bisa" dan penuh beracun!  Namun, kesemua yg di"luahkan" kita ambil kira untuk dijadikan suatu iktibar agar boleh memperbaiki mutu perkhidmatan.  Ini bukan suatu individual effort, ini adalah suatu "collective effort".  Semua pihak kalau perlu terlibat, mesti terlibat.  InsyaAllah, kita cuba atasi dengan sebaik mungkin.  Nampaknya e-mail-email  sebelum ni telah disalah-ertikan sebagai "tidak menerima pandangan & nasihat?"  Tak terlihatpun ada e-mail "nasihat" dari mana-mana individu dalam konteks "kualiti kereta".  Mengutuk lagi adalah!  Mungkin kita ter"overlooked" akan "nasihat" tu agaknya!  Minta maaf lah ya!

Sayugia diingatkan, the poor quality in our service industry does not limit itself to the automative industry only, it is also affecting   the rest. You just name it, from Pos Malaysia, Telekom, TNB, banks, hotels, and such a long list. Everybody is talking about Total Customer Satisfaction( TCS). TCS has always been exaggerated. The result is still the same. We end up having a department, so called Customer Service. Likewise, we also have Quality Assurance personnel. Still the same.   Nevertheless, it's still up to the individual company to upgrade its Customer Service Quality to ensure that Customers' satisfaction is very well taken care of.

There is no short cut way to improve the service. It is a concerted effort by everybody , the companies and service industry itself. The management and the staffs.  Kita yg sebenarnya masih jauh beyond expectation, walaupun kita cuba berbangga dengan "kejayaan" yg dicipta.  Mungkin "kejayaan" yg digembar-gemburkan itu hanya semata-mata kepentingan beberapa individu, siapa yg tak tahu kan??

So, pengakhir kata, bagi yg "pakar" dalam pepatah pepitih orang Melayu, renungkanlah "Ular menyusur akar tidakkan hilang bisanya", "mengalah bukan erti kalah".  Dan lagi satu pesanan yg terlalu berharga ialah:  "Rezeki jangan ditolak, MUSUH jangan dicari".   Setiap dari kita berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, tapi tujuan kita bukan untuk mencari "musuh".  Kita nak cari seramai kawan yg boleh.  Lagipun, tak bagus kalau kita nak "label"kan mana-mana individu dalam Hizbi Net ni sebagai "singa kelaparan" atau "harimau yg simpan kuku".  Kata orang tua-tua, "harimau simpan kuku" ni lagilah bahaya!  Ini cuma pepatah aje, bukannya nak mengata kat sesiapa!  

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan-Puan Sri muslimat yg ambil berat juga hal-ehwal berkenaan kualiti kereta.  Especially kat Puan Sri Pabiyen yg banyak memberikan "guidance".   Juga tak ketinggalan beberapa individu yg mahu berkongsi memberikan pandangan dalam hal ini.  Nampaknya tugas kita semakin berat, bukan sekadar membancuh teh saja!

Wassalam.


-Original Message-
From: Adinda [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 11 May, 2000 4:50 PM
To: Rose; Rumah Kecil Tiang Seribu; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Kualiti kereta keluaran Proton tidak ada!sekadar
ingin berkongsi pengalaman.




--- Rose <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net }
>  {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAI

H-Net* {KERETA NASIONAL - KOMEN DARI STUDENT PULAK } - Reply.... Aduhai...!

2000-05-14 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: {KERETA NASIONAL - KOMEN DARI STUDENT PULAK } - Reply Aduhai...!





Assalamu'alaikum Chow Sin & the rest of netters,


Memang senang untuk mengata orang "melatah" sana sini!  Orang ni "melatah", orang ni "melenting".  Whatever they want to say, let them say..   Bukan apa, orang tu cakap macam ni, orang ni cakap macam tu, lama-lama benda tak jugak settle-settle!

Macam ni lah orang Malaysia..  Kadang-kadang nak beri pendapat, fakta tak berapa nak betul, tapi bila kita sangkal, dikatakan kita MELATAH!  Melatah tak apa lagi Chow Sin; dikatanya pulak kita MELENTING!  H  manusia, oh.. manusia, memang susah nak puaskan hati manusia.  Bila kita buat design macam Ferrari, dikatakan kita tiru Ferrari; bila kita buat design macam Ford Focus, nanti dikatakannya kita meniru gaya Ford Focus; bila dibuat macam ada rupa Porsche, dikatakan pulak meniru Porsche lama-lama buat apapun rupa bentuk, dikatakan MENIRU!  Habis tu, ada cadangan nak buat rekabentuk macam mana dari mana-mana pihak?  Takkan kereta penumpang nak direka macam kapal angkasalepas? Nanti dikatakan kita meniru NASA punya angkasalepas pulak!  Pening, pening!  Tak tahulah...  cuma saya nak habaq katalah, pastinya orang-orang PROTON lepas ni tak tiduq lena sebab asyik kena kutuk siang malam.  Kesian jugak.   "Tempias"nya terkena jugaklah kita ni sikit-sikit.

Bukan kita tak "consider" pandangan dari student, kalau kena gayanya dan disertakan KRITIKAN itu dengan CADANGAN yg bernas, kita boleh jugak ambilkira pandangan mereka.  Yalahh, siapa yg tak tahu student adalah bakal pemimpin negara, tapi kita nak BAKAL PEMIMPIN NEGARA YG BERWAWASAN & BERWIBAWA.  Bukan bakal pemimpin yg HENTAM KEROMO seperti yg dok ada sekarang, betul tak Chow Sin?  Kalau bakal pemimpin negara HENTAM KEROMO tanpa ada sebarang fakta yg kukuh, samalah seperti yg dok ada sekarang ni!  Kita pi kutuk-kutuk pemimpin yg ada sekarang yg dikatakan selalu buat statement tanpa ada fakta kukuh, tapi yg "PELAPIS'nya pun serupa jugak!?   ish ish!   Tak patut, tak patut!   Perkara-perkara serious begini tak boleh diambil ringan  bagi saya, ini merupakan suatu "under-estimating" kewibawaan sesebuah syarikat!

Sepatutnya, sebagai student yg dianggap PELAPIS pemimpin negara buatlah research yg betul supaya yg tidak betul boleh diperbaiki.  Bukan sekadar membuat perbandingan secara "at glance" lepas tu nak hentam orang kiri kanan, atas bawah...!   Senang-senang aje menuduh orang meniru tanpa ada sebarang bukti.  Kita mengata orang memfitnah tanpa bukti, habis tu kita sekarang ni tuduh orang PROTON meniru tanpa bukti itu ADILkah?  Come on Malaysians.!  Orang Melayu khususnya..  ini adalah suatu cabaran buat kita.  Kalau kita TAK "support" usaha yg dibuat oleh orang-orang kita, bangsa lain BERTEPUK TANGAN tau!  Mereka bersorak ria kerana kita berlaga sesama kita!  Macam mana kita nak maju?  Sedangkan bangsa lain sokong-menyokong baik dalam bidang bisnes mahupun bidang ilmu  habis tu kita ni macam mana?

Saya rasa, kalau mentaliti orang Melayu tidak diubah, maka memang sukarlah untuk orang Melayu sendiri mencapai kejayaan.  Ini kerana banyak buruk sangka dari betul-betul ikhlas untuk menegur!  Saya tak lihatpun mana-mana pihak yg betul-betul ikhlas nak menegur.   (Maafkan saya sekiranya saya ter"overlooked")  Ada pulak yg kata, ORANG MALAYSIA SENTIASA BERLEMBUT bila meluahkan rasa hati, tapi saya rasa  idak... l...!  Saya tak nampak dah orang Malaysia sentiasa nak berlembut, bahkan dalam Hizbi net ni pun makin banyak e-mail yg kita tengok perkataan yg digunakan terlalu "beracun" & "berbisa".  Kalau tidak, takkan Penyelenggara asyik dok bagi "warning" aje? 


Lagi satu. kita kena pandang dari semua sudut.  Memang kereta jenis lain tiada mirip mana-mana kereta.  Tengoklah depa tu pulak establish macam mana!   Tengoklah negara mereka macam mana, kita ni macam mana!  Nampak aje macam semua BOLEH, tapi at certain angle, masih ada benda yg TAK BOLEH!  Walau bagaimanapun, bagi sahabat-sahabat kita di PROTON, anggaplah ini sebagai suatu cabaran yg hebat buat kalian.  Jadikanlah ia sebagai suatu "panduan" ataupun "guideline" untuk kebaikan di masa-masa depan.  KEEP UP THE GOOD WORK!  Itu saja yg termampu untuk diungkapkan.

Well Chow Sin & the rest, berkenaan dengan kereta nasional kita ni.  LET THE CAR SPEAKS FOR ITSELF.  {Saya meminjam perkataan dari orang PROTON}.  Kita alu-alukan sebarang komen dari pengguna berkenaan dengan rekabentuk luar.  Tapi, kalau dah di"cap" sebagai meniru CEDIA..  Hanya Allah Ta'ala sahajalah yg maha mengetahui...

Renung-renungkanlah.


Seandainya saya bernada "keras", saya minta maaf banyak-banyak.  Saya tidak bertujuan nak mengecilkan hati mana-mana pihak.  Saya juga memberikan teguran yg ikhlas kepada BAKAL PEMIMPIN NEGARA.

Wassalam


P/S:  Sekali-sekala teringat pulak lagu Allayarhamah Saloma:  "Pandanglah, lihatlah,  TIRU MACAM SAYA!"  hehehehe...





-Original Message-
From: chow 

H-Net* Proton New Model - Proton tanpa Invosai - Kesian kat Orang PROTON...

2000-05-08 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
u dah janji nak simpan rahsia syarikat, so kenalah simpan elok-elok!

Wassalam




P/S:  Mencelah, mana ubat kamu hari ni?  Tolonglah aku yg kena hentam depan belakang nihhh!


-Original Message-
From: Hang Jebat [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 08 May, 2000 2:09 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Proton New Model - Proton tanpa inovasi




Alah Cik Nor Ain, apalah yang nak dikisahkan dengan confidentiality Proton 
tu. Semua model yang lepas dan akan datang Proton termasuk Perodua semuanya 
ciplak model kereta syarikat lain bulat-bulat. Sekadar ubahsuai sana sikit, 
tukar bumber, taruk lampu kat tepi dah boleh taruk insignia proton. Tak malu 
langsung. SIapa yang tak tahu model Perdana, Wira dan Satria termasuk Iswara 
yang koman tu berasaskan Mitsubishi series. Kancil dan RUsa tu Daihatsu 
model. Dahlah tak original, tekan harga mahal-mahal sampai terjelir lidah 
membayarnya bagi kereta koman macam Iswara yang sama harga dgn Honda City 
(tanpa tax).


Entah manalah daya keupayaan inovasi Proton. Mana ada lagi syarikat kereta 
dalam dunia yang jual kereta powered window hanya cermin depan aje dan masih 
hand powered steering (ISwara). Terjelin lidah memutornya bila parking-kata 
orang Kuala. Lepas tu siap ada type I, type III dan macam-macam type lagi 
untuk memaksimumkan keuntungan selepas memaksa pembeli membeli accesories 
yang cekik darah harganya dan tak berlkualiti pulak tu. Harga sport rim 
bodoh Proton sampai RM1500 sedangkan kat kedai keling tayar boleh dapat 
lebih baik punya dnegan harga yang lebih bersifat kemanusiaan.


Kalau dalam dunia berekonomi berasaskan knowledge di mana daya kreativiti, 
orginiality dan innovation menjadi daya penggerak syarikat bagi mengeluarkan 
produknya dan Proton masih ambik model lain dan tampal cap proton, sampai 
bilapun takkan maju. Sekadar mengharapkan perlindungan tariff kerajaan, 
sampai bila boleh bertahan bila AFTa dan WTO come full force.


Jebat


>From: "Nor'ain Eusoff" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Proton New Model - Tak baik Pecah Rahsia tau!
>Date: Thu, 4 May 2000 16:37:42 +0800
>
>Assalamu'alaikum Pakcik-pakcik & makcik-makcik dalam Hizbi ni...
>
>Saya harap sangat... tolonglah jangan sebar-sebarkan gambar kereta-kereta
>model baru kat mailing list macam Hizbi ni.  Ya lah... setiap syarikat tu
>mempunyai etika ber"e-mail" nya sendiri.  Setahu saya, apa-apa model yg
>hendak dilancarkan, selalunya mesti di"undisclosed" dari pengetahuan umum,
>sehinggalah ke hari pelancaran.  Macam tu barulah thrill!
>
>Lagipun, jika pihak atasan PROTON dapat tahu yg gambar baru ni disebarkan,
>saya pasti mereka akan "cari" siapa punya "kerja' yg memandai-mandai dok
>forward ni.  Bukankah nanti kawan-kawan kita yg kat PROTON tu yg akan dapat
>akibatnya?  Kalau dah tengok tu tengoklah, tapi jangan sebarkan kepada
>mailing list yg popular macam Hizbi Net ni.
>
>Tapi, seandainya pihak PROTON sendiri tak keberatan   maafkanlah
>saya.  Saya cuma concern dengan "CONFIDENTIALITY" sesebuah syarikat, itu
>saja!  Kita kena jagalah juga periuk nasi orang lain, jangan fikirkan diri
>kita aje!
>
>Sekadar memberi teguran ikhlas.
>
>Wassalam
>



Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com





H-Net* Complaints about your PROTON CAR? Do it Professionally!

2000-05-08 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Complaints about your PROTON CAR?  Do it Professionally!





Assalamu'alaikum.


Kepada Tuan-tuan & Puan-puan,  pakcik-pakcik & makcik-makcik  sekelian;  terima kasihlah kerana memberikan "List" panjang-panjang berkenaan dengan your faulty cars.

Apa yg ingin saya sampaikan, jika tuan-tuan, puan-puan, pakcik-pakcik & makcik-makcik tak puas hati dengan keadaan kereta, cara yg kalian buat dengan MEMANJANGKAN list seperti di bawah ini, ADAKAH IA AKAN MEMBAIKI KEADAAN?  

Mudah saja, biar saya terangkan beza antara PROTON & EON.  Mungkin ramai yg masih tak tahu ataupun masih "ignorant" about the differences antara dua syarikat ini.

Tujuannya adalah kerana tuan-tuan & puan-puan faham sedikit tentang PENGURUSAN & PENTADBIRAN PROTON & EON adalah berbeza...

PROTON:
Adalah sebuah syarikat yg MEMBUAT kereta itu.  Semua pemasangan kereta dibuat di sana termasuklah aksesori-aksesori  yg diluluskan oleh kerajaan.   Itu saja yg boleh saya cerita, yg lain tu minta tolong orang PROTON sendiri yg cerita.

EON:
Syarikat ini merupakan syarikat yg MENGEDARkan kereta-kereta yg DIBUAT di PROTON.  Dulu, at one time kami merupakan pengedar tunggal, but now, we ARE NO LONGER.. So, jangan kata kami nak "DOMINATE" ataupun "MONOPOLIZED" the domestic market of the national car.   EON  BERSEDIA bersaing dengan mana-mana syarikat, InsyaAllah.

Begitu juga dengan after sales service.  EON juga menyediakan AFTER SALES SERVICE.  So, jika tuan-tuan, puan-puan, pakcik-pakcik & makcik-makcik rasa ada "something wrong" dengan kereta anda sama ada anda baru ambil 5 minit ka, 10 minit ka...jika ada apa-apa yg tak kena, RUJUKlah segera kepada "sales attendant" yg berurusan dengan anda sebelum itu.  Kalau masih tak puas hati, sila salurkan komplen anda kepada:

[EMAIL PROTECTED]  - Pls provide your name as in IC, address, your car plate No... for any complaints!



{RASANYA SAYA DAH FORWARDKAN KE HIZBI TIDAK BERAPA LAMA DAHULU}


Mengapa tak serious untuk komplen tentang kereta anda?  Sila tujukan segala ketidak-puasan hati anda kepada customer service EON.  Kan lebih senang?  

Saya amat menghormati hak anda untuk komplen itu & ini.  Tapi, jika setakat nak komplen dalam e-mail dan list-kan "faulty" pada kereta anda, adakah kereta anda akan "baik" dengan sendirinya?  So, why don't you be more serious about it; salurkan ketidakpuasan hati dengan cara professional agar anda boleh dilayan dengan LEBIH PROFESSIONAL!  InsyaAllah.

{MAAFKAN SAYA, SAYA CUMA "TEA LADY" AJE KAT EON NI, SO DEFINITELY BUKAN DI CUSTOMER SERVICE DEPT... TOLONG TUJUKAN SEGALA MASALAH KERETA ANDA DI ALAMAT E-MAIL SEPERTI DI ATAS, TERIMA KASIH!}

Kadang-kadang saya heran dengan SIKAP manusia...  Mampu beli cuma PROTON, tapi masih tak mahu menerima buruk baik kereta buatan tempatan... Ingatlah.  kita bukannya advance sangat.sampai boleh buat itu & ini  ITU ADALAH HAKIKAT YG SEBENAR!  Tapi, dari hari ke hari saya yakin kedua-dua syariakt tidak mendiamkan diri dan hanya berpuas hati dengan keuntungan yg diperolehi.  Masing-masing mempunyai strategi perniagaan sendiri demi untuk MEMPERBAIKI MUTU (QUALITY) barangan (kereta) dengan adanya teknologi canggih & moden yg ada sekarang.

Saya rasa, jika nak jadi "patriotik", tak semestinya beli kereta PROTON.  Itu bukan alasan kalau kata "saya ni patriotik, so saya beli kereta PROTON..."  itu bagi saya alasan lapok!  Yang sebenarnya, bagi yg mahu berkereta baru, rasanya kereta PROTON atau PERODUA saja lah yg boleh dimiliki.  Ini bukanlah bermakna saya cuba katakan bahawa anda tidak berhak untuk menyuarakan rasa tak puas hati setelah memiliki PROTON, tapi kot ya pun biarlah dengan KRITIKAN YG MEMBINA!  Dan KRITIKAN TU BIARLAH KENA PADA TEMPATNYA!  Kalau nak kritik after sales service, silalah rujuk kepada EON.  

{Tapi, mengapa setelah 3 tahun anda miliki kenderaan itu sedikit pun anda tak perasan akan "kelebihan" yg ada padanya sebagai tempat berteduh dari panas matahari & hujan?    Hairannya saya!}

Let me tell you all something, there is a "Tuan Haji" dari NST yg telah menghantar e-mailnya kepada saya yg AMAT BERPUAS HATI dengan PROTON WIRAnya yg saya harap saya masih simpan e-mail itu.  His PROTON WIRA was the first batch yg keluar pada tahun 1993.  Tuan Haji, jika anda masih berada dalam list ini, terima kasih saya ucapkan atas segala positive feedback tempohari!

Janganlah bila saya menyentuh tentang hal "kerahsiaan" maka semuanya cuba nak "mengejek" dengan cemuhan & hinaan seolah-olah kereta PROTON tak BERGUNA WALAU SESEN PUN!

Renungkanlah wahai kawan-kawan...!


Well customers, YOU ARE ALWAYS RIGHT!   Anyway anyhow, saya ucapkan terima kasih atas kritikan yg diberikan.  Moga pihak customer service akan memperbaiki mutu perkhidmatan, InsyaAllah we can make it!  Sebagai pengguna, "gunakanlah" hak anda sebaik-baiknya, jangan hanya mengeluh setakat mahu melepaskan batuk di tangga.

Wassalan.






-Original Message-
From: mulan [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 08 May, 2000

H-Net* Proton New Model - Tak baik Pecah Rahsia tau!

2000-05-04 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title:  Proton New Model - Tak baik Pecah Rahsia tau!





Assalamu'alaikum Pakcik-pakcik & makcik-makcik dalam Hizbi ni...


Saya harap sangat... tolonglah jangan sebar-sebarkan gambar kereta-kereta model baru kat mailing list macam Hizbi ni.  Ya lah... setiap syarikat tu mempunyai etika ber"e-mail" nya sendiri.  Setahu saya, apa-apa model yg hendak dilancarkan, selalunya mesti di"undisclosed" dari pengetahuan umum, sehinggalah ke hari pelancaran.  Macam tu barulah thrill!

Lagipun, jika pihak atasan PROTON dapat tahu yg gambar baru ni disebarkan, saya pasti mereka akan "cari" siapa punya "kerja' yg memandai-mandai dok forward ni.  Bukankah nanti kawan-kawan kita yg kat PROTON tu yg akan dapat akibatnya?  Kalau dah tengok tu tengoklah, tapi jangan sebarkan kepada mailing list yg popular macam Hizbi Net ni.  

Tapi, seandainya pihak PROTON sendiri tak keberatan   maafkanlah saya.  Saya cuma concern dengan "CONFIDENTIALITY" sesebuah syarikat, itu saja!  Kita kena jagalah juga periuk nasi orang lain, jangan fikirkan diri kita aje!

Sekadar memberi teguran ikhlas.  


Wassalam






-Original Message-
From: Amran Rostam [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 04 May, 2000 3:09 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Fwd: FW: Proton New Model (sorry)







RE: H-Net* Hari boroh.....Gaji boroh - Sabar Mencelah, Sabarrr......"SENANG BUKAN SYARAT TENANG..."

2000-05-04 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* Hari boroh.Gaji boroh - Sabar Mencelah, Sabarrr.."SENANG BUKAN SYARAT TENANG..."





Wa'alaikumsalam & salam kembali...


Aduh... Mencelah oi!  Patutlah tersedak-sedak kita masa hari buruh hari tu! Rupanya Mencelah sebut nama kita!  Kita bercuti, berkemas rumah yg asyik bersepah - disepahkan anak-anak (anak-anak jugak yg kena tuduh, mak bapak pun kadang-kadang buat sepah gak, tak ngaku ya!).  Macam tu lah, kalau tak ada maid  hari cuti aje, mulalah tungkus lumus berkemas &  memasak untuk suami & anak-anak tersayang.  Tup-tup anak yg kecil tu demam pulak, kena refer ke Selangor Medical Centre (SMC) tu, sebab demam terlalu panas.  Ambik cuti pulak emergency sehari nak jaga anak.  macam tu lah... ibu sayangkan anak, berkorban - kenalah berterus-terang dengan boss apa yg menimpa diriku...


[Chup! Chup!  Kita nak ucapkan terima kasih kepada yg respond kat kita pasal BAKSO tempohari]



Mencelah!  Mana awak tahu kita ni  pendek hah?  Heran gak ke kita pernah mentioned dulu?  Tapi tak apalah.  biar rendah, tapi comel & bijak, betul tak Mencelah?  Alahhh Mencelah, orang perempuan pendek/rendah tak jadi hal, kecik-kecik lagi senang husband nak angkat kot-kot pengsan ka kalau tinggi/gemok macam Puan Sri Mawar Berduri (Thorny Rose) kita tu, kan ke susah?  Buat leceh aje. masa "emergency" nak bersalin ka, satu hal pulak kena panggil jiran mintak tolong usung!  Leceh, leceh!  Mujurlah husband kita dapat orang macam kita, angkat dengan satu tangan aje!  Kalay saiz macam Malek Noor tu... lagi lah.; satu jari aje angkat kita!  Tak caya?  Tanya Puan Sri Pabiyen  dia tahu sangat hal ni!

Back to the topic - cakap pasal gaji pulak  kita terharulah dengan geromal Mencelah   Alahhh... Mencelah, "SENANG BUKAN SYARAT TENANG".  Kalau senang pun hati tak tenang, tak guna, Mencelah!  Cuba Mencelah renungkan orang yg senang-senang & gaji mahal-mahal tu?  Ingat depa tu tak dikelilingi hutang ka?  Lagi banyak gaji, lagi bertimbun hutang!  Bila kita fikir balik, masa kita baru kerja tahun awal 90-an gaji taklah banyak mana, tapi  mengapa kita boleh rasa cukup?  Itu dulu sekarang ni susah sikit sebab dah ada anak  pasal tu, gaji ribu-ribu pun tak cukup!  Misalnya, dulu kereta satu sekarang ni berhutang pulak lagi dengan 2 kereta, dulu tak ada anak, sekarang dah ada anak, dulu duduk rumah FAMA (Father & Mother), sekarang duduk ngan keluarga sendiri... so, sampai bila-bila pun memang tak cukup!

Bila bercakap pasal gaji dah cukup & senang wang ringgit ni.  seperti yg kita dah sebut, TENANGKAH kita dengan duit yg banyak tu?  Silap-silap tidur pun tak lena, asyik memikirkan keselamatan kita, yalah... banyak duit, tentu hati pun tak tenang!  So, Mencelah nak senang ke nak tenang?  Kalau kita, kita nak tenang.  Kalau senang pun tak tenang  duit tu balik akan "musnahkan" hidup kita!  Dan "senang" atau mewah belum boleh MENJAMIN kebahagiaan rumahtangga.  Sebabnya??  Orang lelaki ni, kalau SENANG sikit aje, mulalah nak pasang 2, 3 bini!  Itu yang aku meluat tu!    Ha.. enko tu Mencelah, besok kalau gaji engko dah naik 10 - 15%, janganlah pulak nak pasang 2 ke 3 ke, reti?  Doalah banyak-banyak semoga boss Mencelah "murah hati" bagi Mencelah kenaikan gaji seperti yg dihajati!  Pesan kita jangan Mencelah lupa, tau?

Kita nak cerita sikit pasal kakak kita.  Kakak kita tu taklah "pandai" macam kita, dia tu "cikgi" aje, tapi sebab rupa dia macam Cina (dia tu putih melepak kalau nak compare dengan kita), so jodoh dia pun ngan seorang engineer kayalah, sebab husband dia buat business sendiri pulak  kereta dia Pajero sebijik, Prado sebijik, Kancil sebijik... banglo mewah, ada apartment, ada rumah "resort" kat Melaka, tanah pun banyakhai... maklumlah husband dia pulak buat business International (dia ajak kita joint, tapi kita tak "ngam" dengan abang ipar tu  atas sebab-sebab tertentu), so contact dia pun ramai!  Tapi Mencelah... ni nak bagi tahu.  baru-baru ni mak kita kata, rumah dia tu pukul 12.00 malam pun ada orang ketuk pintu nak pinjam duit dari dia RM40,000!  Mak haaa!  Kalau semalam dua tak apa, ni boleh dikatakan tiap-tiap malam ada aje orang datang nak pinjam duit!  Dahlah tu, kalau orang lain tak apa jugak, boleh dihalau balik, tapi kalau dah sedara-mara sendiri?  Tak ke haru???  TAK TENANG HIDUP KAKAK aku dibuatny !   Baru-baru ni ada orang pinjam duit dia RM20,000 - janji nak pinjam sebulan, tapi ni dah 3 bulan!  Kalau bagi kat kita, lagi bagus, kan Mencelah?

Yang pentingnya Mencelah, gaji mandur ka, gaji buroh ka... asalkan itu adalah hasil titik peluh kita yg halal.  InsyaAllah, hidup kita berkat.  Kalau hidup dah berkat, InsyaAllah, kita hidup tenang walaupun kita tak berapa senang.  Kita sendiri pun taklah SENANG sangat.  Kita tak pandai "mengorat" engineer macam kakak kita   Kita ni dulu "low profile", sebab tu kita tangkap "cikgu" sebagai husband.  Ada doktor meminang, tapi kita TAK CINTAKAN dia!  Tapi OK

H-Net* Pertanyaan kepada Yg Tahu: Apakah itu "Bakso"? -

2000-05-01 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Pertanyaan kepada Yg Tahu:  Apakah itu "Bakso"? - 





Assalamu'alaikum warga Hizbi sekelian,


Semalam saya sekeluarga pergi ke Seri Muda Shah Alam mencari perabot.  Cari punya cari kedai, saya ternampak sebuah restoran makanan (yg saya kurang nampak "tanda niaga" dia samada restoran Islam ke tidak) yg ada menjual "Bakso", "Soto" & "Rojak".  Saya jeling-jeling jugak ke dalam restoran, tengok ada "kakak" bertudung jadi cashiernya, so saya buat kesimpulan sendiri yg restoran tu restoran makanan Islam lah, kot!

Yang jadi persoalan saya  apa benda "Bakso" tu?  Bukankah "Bakso" tu makanan orang Indonesia?  Ada tak sesiapa yg pernah makan "Bakso"?  Saya tahu itu makanan Indonesia sebab saya pernah menontong VCD filem Indonesia yg mana dalam satu adegan tu si pelakon utama ada meng"order" bakso ni.  Dalam filem tu, penjual bakso tu "mengandar" jualannya macam penjual nasi kandar - macam si Wahid Satay dengan Mat Sentul jual satay dalam filem "Pontianak di Gua Musang" tu laa.  Dalam filem Indonesia tu, saya tengok pelakon tu makan macam SEDA sangat "bakso" tu!

Soalan cepumas hari ni:


Apakah bakso tu halal?  
Apakah "ingredient"nya?


E... nasib baik kita tak "mengandung", kalau tidak. sure semalam kita dah paksa husband kita singgah kat  restoran tu we...!  

Saya rasa salah satu sebab mengapa ada "bakso" dijual kat situ ialah kerana Seri Muda Shah Alam tu ramai Minah & Mat-mat Indon serta kaum kerabat si "Dant Tut" - Bangla.  rasa macam berjalan kat pekan Jawa atau Dhaka aje!  Anak saya yg umur 6 tahun pun pandai tengok rupa mamat Bangla & Indon..  dia kata:  "Ibu, kita ni kat negeri orang Bangla, ya?!"...  Kami husband & wife tergelak bagai nak rak sebab kalau tengok betul-betul, muka si mamat-mamat Bangla ni semuanya "se-pesyen" aje!

Back to BAKSO jika ada warga Indonesia dalam mailing list ni ataupun sesiapa yg tahu, tolonglah e-mail kepada saya, saya "curious" sangat!

Segala info yg diberi itu didahului dengan ucapan:  Jazakallah


Wassalam





RE: H-Net* mencuba - Cuba, Jangan tak cuba!

2000-04-25 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* mencuba - Cuba, Jangan tak cuba!





Wa'alaikumsalam adik!


Selamat Datang ke Hizbi Net ni...  kamu budak baru belajar?  Dah akil baligh ke belum?  Kalau belum, banyakkk kena belajar tu!

Tapi tak apalah, kat Hizbi Net kita ada macam-macam jenis orang.  Kena "tahan" sikit la  Kat dalam mailing list ni kita ada abang-abang Wahabi & Sufi (sedang hangat perbincangan mereka buat masa ni), kita juga dihidangkan dengan penyampian ilmu yg berguna dari Ustaz Jamil Lam, kita ada Pengalisa Politik semasa seperti Encik Ahmad Baharudin Kasbi (Pakdin), tak ketinggalan juga komentar-komentar isu semasa dari Pak Engku, kita ada "pengkritik" pembangkang yg dah sah-sah pro-pemerintah yg tak bertauliah seperti "Incik" Syazana Hamzah & Co. ("& Co" tu kena cari sendiri dia punya "geng-geng" - antaranya "Anti Harakah" dll), kita ada abang-abang yg menulis tentang bermacam-macam topik semasa, kita ada kiriman keratan akhbar dari internet yg disumbangkan oleh "Abang" Counterbalance/krqxz (nama baru dia ni susah nak sebut, tapi ingat XPDC pun OK gak...!), kita ada Abang Mencelah sikit yg memang asyik mencelah ajee dan suka menyakat...  kejap lagi, mesti dia respond punya!  Kita ada Puan Sri Mawar yg asyik me"laser" orang aje kerjanya; kita ada Puan Sri Pabiyen tapi entahlah, kurang sihat kot dah lama tak muncul.  mungkin dalam sehari dua nanti dia muncul leee...

Oh yaa... tak lupa, kat sini nama macam-macam artikel tau dik Sazli!  Ada nama macam bunyi "lanun" ada nama ber"tut"tut", entahlah pening gak nak nyebut namanya.  Pendek kata, macam-macam ada kat dalam Hizbi ni,  cuma nak terima dengan tak nak terima aje.  Yang mana dirasakan berguna, baca.  kalau rasa tak faham, KIV dulu, lepas tu tanya sesiapa yg arif.  Kesian gak, dengar kamu kata budak baru belajar, akak terharu!  Akak pun "mak budak baru belajar"  sama-sama lah kita belajar, OK?  Pandai-pandailah sesuaikan diri dalam Hizbi net ni, kalau tak tahan, susahlah sikit.  Maklumlah, kita ni masuk dalam rumah orang kenalah pandai-pandai bawak diri..  

Welcome...  akak bukan tuan rumah, tapi bagi pihak lahh.. gitu!  Akak pun "menumpang" gak ni!


Wassalam


-Original Message-
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 26 April, 2000 11:40 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* mencuba




Assalamualaikum..


Maaf mengganggu ruangan diskusi nie buat seketika..
saya baru lagie kat sini jika ada silap dan salah tolong tunjukkan jalan yang betul.. 


budak baru belajar..



wassalam 
__
Make A Buck Or Two @ TheMail.com - Free Internet Email
Sign-up today at http://www.themail.com/ref.htm?ref=534459 






H-Net* GARA-GARA FITNAH, ISTERI CEMBURU LALU SANGGUP BUNUH DIRI! Suatu Kisah untuk Dibuat Iktibar.....

2000-04-24 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: GARA-GARA FITNAH, ISTERI CEMBURU LALU SANGGUP BUNUH DIRI!  Suatu Kisah untuk Dibuat Iktibar.






Assalamu'alaikum wbkt... kepada semua warga hizbi tak kira di mana saja anda berada.


Kisah yg akan saya paparkan ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang kenalan saya sewaktu kenduri tahlil di salah sebuah kawasan perumahan yg tak jauh dari rumah saya.

Kenalan saya, iaitu Puan J telah bercerita sewaktu kami makan selepas tahlil, biasalah; dah lama tak jumpa tu, macam-macam cerita yg timbul.  Antara topik-topik yg menarik ialah bila sampai ke bab "FITNAH". Kisahnya bermula begini; di tempat kerja suaminya (suami Puan J) ada seorang lelaki yg telah berkahwin dan mempunyai anak (2 orang).  Isterinya pun kerja di kilang yg sama, iaitu Puan X.  Pasa suatu hari, seorang kakak (Puan Kaypoh - yg juga bekerja di kilang yg sama) telah bercerita pada si isteri ni (Puan X) bahawa dia (si Kaypoh ni) telah ternampak suami Puan X "bergesel-gesel" di dalam bas dengan seorang wanita.    Masa tu, suami Puan X bekerja di syif yg lain dengan Puan X tu, so balik pun asing-asing lah, tak balik sekali.  Jadi si Puan Kaypoh ni pun berceritalah macam tu kepada Puan X.

Yang sebenarnya, niat Puan Kaypoh memberitahu kepada Puan X akan cerita ni tidaklah diketahui sangat.  Tapi, bila mendengar cerita-cerita begini, isteri mana yg tak "bara"?  Hakikatnya, suami Puan X ni tidaklah buat seperti yg didakwa oleh Puan Kaypoh.  Biasalah. manusia ni, bila dia nampak sikit, dia tambah lebih-lebih.   Tambah-tambah yg memang kaki Kaypoh tu, suka sangat "membawa mulut" sampai porak peranda rumahtangga orang!  Ish... rasa nak bagi pelempang aje kat si Kaypoh tu!

Bila si Puan X ni dengar cerita, dia pun "geeam" lah dengan husband dia.  Tup-tup ada suatu hari tu depa pi keluar dengan anak-anak depa.  Entah macam mana, si Puan X ni pun "check" dengan husband dia, betul ke dia dengar cerita dari "somebody" yg husband dia tu "bergesel-gesel" dalam bas ngan pompuan lain?  Jadi, si husband ni pun menafikanlah.  lalu bertanya:  "Bergesel-gesel macam mana?"  Betul jugak husband dia tanya macam tu?  Ya tak?  "Bergesel-gesel" ni kan banyak makna?  Kalau setakat "bergesel" dalam bas, saya pun penah kena "gesel"... tapi tak ada apa-apa pun!  Kena "siku" lagi si jantan tu adala!  

Dalam kes ni, "bergesel" tu mungkin membawa maksud si suami tu berdiri, si pompuan tu pun berdiri, bila bas penuh, biasalah kalau "tergesel"!  So, husband si Puan X sudah tentu "defend" diri dia habis-habisan, takkan nak biarkan isteri dia buruk sangka pulak kepada dia?  Lelaki.;  mana nak ngaku salah dia?  "Defend" tetap "defend".

Semasa dalam kereta, si isteri ni jadi "histeria", dia naik berang sebab si husband ni tak nak ngaku..!  Dia ugut husband dia yg dia nak bunuh diri..  entah macam mana, bertengkar punya bertengkar, bergelut punya bergelut, si isteri ni tiba-tiba bertindak membuka pintu kereta yg sedang berjalan dan terjun ke luar!  Astaghfirullah'aladzi!

Suaminya terpaksalah buat "emergency break".  Dilihat dari cermin sisi sebelah kiri si isteri sedang terguling-guling ke tepi jalan.  Mujur kereta belakang tidak melanggar kereta mereka.  Dengan cemas, si suami ni membawa Puan X ke hospital (Klang)  dengan harapan Puan X masih hidup.  Sesampai di hospital, pihak hospital Klang tidak mahu menerima kes itu, kerana tiada kemudahan Puan X masih hidup, tapi tinggal nyawa-nyawa ikan.  Puan X dimasukkan sekejap saja di ICU tapi setelah diperiksa dengan teliti, pihak hospital Klang tidak mempunyai kemudahan yg berkaitan dengan kecederaan yg dialami.  Puan X mengalami pendarahan otak yg teruk.  Dia terpaksa dipindahkan ke HKL...  Sewaktu Puan J menceritakan kepada saya kisah ni, dikhabarkan Puan X masih tidak sedarkan diri lagi dan sudah tentu masih di ICU.


Bila saya dengar cerita ni, tak jadi nak menyuap nasi... terfikir di benak saya; mengapalah manusia ni sanggup buat fitnah dan exaggerate cerita sampai orang yg difitnah tu jadi huru-hara?  Kalau yg difitnah tu orang beriman tak apalah juga, sekurang-kurangnya boleh menduga sejauh mana keimanannya.  Ni pergi buat cerita bukan-bukan pada orang macam Puan X, silap banyaklah!  

Bagi si pembuat fitnah; PUAS HATIKAH KAMU SETELAH BUAT FITNAH?  Tak terfikirkah kamu akan nasib anak-anak yg baru nak hidup dan memerlukan kasih sayang ibu?  Dahlah tu, puaskah hati kamu melihat orang lain bunuh diri kerana fitnah kamu?  Tak ada kerja lain ke?

Itu dari sudut si pembuat fitnah, yg saya sedih ialah tindakan si Puan X tu sendiri.  Kot ya pun.  takkanlah kerana "bergesel" aje dah nak bunuh diri?  Entahlah... kita tak tahu apa sebenarnya yg ditengkarkan lagi dalam kereta; mungkin soal-soal lain pun berbangkit yg mana mungkin suaminya tidak mahu menceritakan kepada kita; tapi secara rational; kalau sayalah yg jadi Puan X, tak kuasa aku nak bunuh diri dek kerana "bergesel" punya pasal!  Dia bergesel, esok lusa kita naik bas, kita bergesel pulak ngan j

H-Net* Ooohh.... ada orang "Ngumpat" kita yaaa!

2000-04-09 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Ooohh ada orang "Ngumpat" kita yaaa!






Assalamu'alaikum


Bila masuk office pagi ni tertengok ada satu posting dari "Puan Sri Mawar" yg banyak duri tu pasal "uban".  Salah seorang dari mangsanya ialah saya  Aduh!  Tensionnnya!   Nasib baik Puan Sri Pabiyen "defend" kita, kalau Puan Sri Pabiyen ada satu uban aje, saya yg muda sikit dari Puan Sri Pabiyen langsung tak ada tau!  Puan Sri Mawar, tolong betulkan statement Puan Sri tu ya!

Setahu saya, Puan Sri Mawar yg dah tua bangka tu yg dah berlambak ubannya!  Tapi tak apalah Puan Sri, janji hati Puan Sri masih muda.   tua umur dan beruban tu tak jadi masalah yg sebenarnya; cuma saya nak suggest kepada Puan Sri, kalau susah-susah sangat, "celup" ajelah rambut Puan Sri yg penuh uban tu dengan inai.  Tapi make sure bila "mencelup" tu Tan Sri tak ada kat rumah, takut nanti Tan Sri tak "selera" pulak dengan Puan Sri yg berserkup kepala sementara nak menanti rambut Puan Sri tu jadi merah dek inai tu!  Baru-baru ni ada jugak saya suruh "Tan Sri" saya periksa uban... tapi katanya "awak masih muda lagi, mana nak ada ubannya!".  Ini "Tan Sri" saya yg cakap, bukan saya!

Saya katakan Puan Sri Mawar mengumpat saya sebab saya dah 2 minggu terlantar sakit  MC 2 minggu duduk kat rumah, tunggu jugak jambangan bunga dari Puan-puan Sri semua, tapi yg dapat hanya panggilan telefon dari salah seorang "Datin Seri".  Puan Sri pun ada gak.  Terima kasih kepada Puan-puan Sri & Datin-datin Seri yg mengingati saya ya!

By the way saya nak cerita sikit pasal masa saya sakit hari tu...   Saya kena bela anak saya yg kecil yg juga sakit macam saya.  So, sama-sama kena sakit serupa, mestilah jaga anak sendiri, takkan nak bagi orang jaga pulak!  Tapi masalahnya, sakit saya ni tak boleh memasak.  Tak larat nak bangun.  Menggigil-gigil.. nasib baik anak yg tua tu "independent",  (dia tak sakit), so saya suruhlah dia tolong buatkan air milo & sapukan roti dengan marjerin & jam.  Kepala ni memang berat sangat.  Kalau bangun aje macam nak terpengsan balik.  tak larat sebab tak boleh makan, tekak sakit sangat.  One thing for sure, anak saya yg sulung tu saya ajar dia bila ambil air panas tu hati-hati..  saya suruh dia bawa flask ke tempat saya berbaring dan saya tolong tuangkan air panas tu...  lepas tu pandai-pandai dia lah bancuh milo atau horlicks untuk saya & adiknya.   Alhamdulillah, boleh harap anak dara saya tu.  walaupun baru tadika.  (So, Puan Sri Mawar, awak boleh agak-agak umur saya ni berapa kalau baru ada anak tadika, saya kahwin muda you!!!  For sure belum ada uban lagi tau!). 

Bila jiran-jiran saya tahu (kerana kereta ada kat rumah, dah pasti saya tak kerja)... depa pun datanglah tengok-tengok.  ramailah yg simpati, siap ada yg tolong basuhkan pinggan!  Malunya saya!  Sebabnya saya tak suruh anak saya basuh pinggan, anak saya tu kalau basuh pinggan,  baju dia habis basah kuyup, singki tinggi lah katakan!  Kesian pulak kat budak tu bila fikir balik, masa ni lah saya teringat; kalau ada "maid" kan bagus?   Apa nak buat, hari tu dah berkeras tak mau ada maid tanggunglah sendiri.  Akibatnya, jiran tetanggalah yg tolong masak untuk saya & anak-anak.

Syukur Alhamdulillah.  dah memang sifat saya yg kalau waktu saya sihat, kalau saya rajin buat makanan, saya selalu buat lebih-lebih dan saya sedekahkan kepada jiran.  Masa saya sihat, saya tak pernah lupa kepada jiran saya sama ada mereka suka atau tidak pemberian saya, saya ikhlas memberi untuk dirasa apa yg saya masak.  Kadang-kadang saya buat mee kari, mee goreng, mee hoon sup, kuih-muih lain yg saya selalu buat untuk suami pun saya sedekahkan kepada mereka.  Bila saya sakit, tibalah masa mereka menghantar semula pinggan-mangkuk & piring saya tempohari.  (Walaupun saya sedikitpun tak minta dibalas pemberian saya tu).   Jadi, semasa saya sakit baru-baru ni dengan tak payah disuru-suruh, jiran-tetangga yg rapat dengan saya pun tiap-tiap hari menghantarkan lauk-pauk kepada saya untuk dimakan.  Mujurlah saya ni berjiran dengan 2, 3 orang suri rumahtangga, kalau jiran yg bekerja jugak.  suruh suami beli ajelah!  Apa yg saya lakukan (untuk mengelakkan rasa malu), saya suruh suami saya beli barang-barang basah seperti ikan & sayur & saya hantarkan ke rumah jiran.  Suami saya pandai masak, tapi disebabkan dia memang tak boleh cuti & kerjanya "overload" sangat, nak tak nak kenalah minta tolong dengan jiran. 

Message saya ialah; kalau kita berbaik dengan jiran tetangga & tak sombong, InsyaAllah jiran akan datang menjengah kita dan membantu serba-sedikit apa yg mereka mampu.  Ketika hari nak hujan ada yg tolong angkatkan baju di ampaian kat belakang rumah yg dijemur oleh suami & anak , ada yg tolong basuh pinggan.   Lagi satu message saya ialah, kalau kita latih anak-anak kita untuk rajin, InsyaAllah dia tak akan menyungut bila kita suruh dia buat sesuatu.  Saya rasa bertuah sebab anak saya ni boleh diharap.   Saya juga berterima kasih kepada abang sulung saya yg ting

H-Net* Antara Air Basuh Tangan & "Squeaky Clean"...RAJA BERSIUNG ALAF BARU!

2000-03-22 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Antara Air Basuh Tangan & "Squeaky Clean"...RAJA BERSIUNG ALAF BARU!






Assalamu'alaikum kepada netters sekelian,


Bila Sdra/i "azzehra" menimbulkan isu tentang "Air Basuh tangan"  ni, maka rakan-rakan kita pun memberikan bermacam-macam pendapat & cerita.  Saya pun tak nak ketinggalan jugalah dalam hal ini, sebab saya rasa, yg baik eloklah kita kongsi bersama, mana yg tak baik tu kita tinggalkan saja.

JAWAPAN BAGI SESIAPA YG MENGGUNAKAN AIR LIUR BASI SEBAGAI "PELARIS" JUALAN


Saya ada terbaca satu e-mail dari "Bedal bin Bedil" yg menceritakan pasal seorang makcik yg ada warung kopi membasuh mukanya kemudian menggunakan air basuh mukanya itu untuk membuat kopi.   Berdasarkan pengalaman saya, tauke warung memang selalunya membuat sesuatu yg "pelik-pelik" untuk "melariskan" jualan mereka.

Saya baru saja menelefon seorang Ustaz dari JAWI yg bernama Ustaz Ramli Endut berkenaan dengan cerita Si Bedal Bedil Bedol (ooops!  Sorry haaa..!) ni.  Kata ustaz, orang Islam yg berniaga & menggunakan cara seperti makcik itu adalah khurafat & untuk pengetahuan semua, AIR LIUR BASI ITU ADALAH NAJIS.  Najisnya walaupun najis ringan (mukhafaffah), tapi dari segi amalan, ia boleh merencatkan amalan, yg mana sembahyang kita pun mungkin tidak akan diterima oleh Allah Ta'ala  So, di sini bukan ke dah 2 kesalahan yg makcik tu buat?

1.  Khurafat kerana PERCAYA bahawa dengan menggunakan air liur basi itu sebagai "pelaris" dan "pelaris" itulah yg   memberikannya rezeki, bukan Allah Ta'ala.

2.  Since air liur basi adalah najis  kamu semua tahu apa hukumnya memberi orang lain makan najis dan   mengharapkan kentungan pula dari situ?  Wallahu'alam, biarlah Allah Ta'ala yg mengadilkannya nanti.

TAPI, TAPI, TAPI, TAPI.


Berbalik kepada e-mail asal dari "azzehra" tu berkenaan dengan air basuh tangan sahaja  cuba kita consider the following scenario:

Ginilah, pendapat dari saya yg taklah pandai sangat ni, bila kita bercakap tentang "air basuh tangan", dari aspek masak-memasak rasanya IA ADALAH SUATU PERKARA YG BIASA  Memanglah dah lumrah, bila kita memasak tu, tangan ni memang tak akan kering dari basah dek air.  Tapi apa yg Sdra/i azzehra timbulkan ialah tentang air basuh tangan yg digunakan dalam masakan itu sendiri.  Saya akan berikan contoh-contoh dan mengulas beberapa artikel yg pernah dihantar ke ruangan Hizbi sebelum ni


Dari aspek Agama, dah memang kita ni sebagai orang Islam, sebelum masuk dapur dah baca Bismillah, bila pegang aje ikan dan sayur, sambil basuh ikan & sayur, kita dah  berselawat ke atas Nabi Junjungan, lepas tu baru disiang/dipotong ikan & sayur tu.  Jadi, apa masalah jika kita guna air basuh tangan?  Tangan dah basuh lebih dulu, bila basuh sayur, tangan pun basuh jugaklah, bila basuh ikan, tangan basuh lagi!  Nak bersih macam mana lagi agaknya ya!   Dahlah tu, siap baca selawat, dengan Bismillah  bukan saja bersih, bahkan BERKAT tu yg kita hendak.   Katalah kita nak buat gulai tempoyak ikan; kerja "menggaul" tu memang kena guna tangan, lepas tu kita cuci tangan tu.  Kita cuci tangan yg sebenarnya untuk kita "selesa" memegang benda lain.  Takkan kita nak pegang periuk dengan tangan berlumuih dengan tempoyak kot??    So, tak salah kalau air yg digunakan untuk basuh tangan tadi tu kita campurkan pulak untuk buat kuah/gulai ikan kita, ya tak?  Lagipun, buat apa membazir  Agama Islam kan melarang kita membazir?  Itu salah satu cara jimat air, kan?  Bagi saya  dah selamat dah rasanya...  dah siap selawat sayur & ikan, tak ada problem apa pun!  


Malah, ada seorang ustazah mengatakan bahawa jika isteri memerah santan untuk dibuat gulai, pastikan tangan kita benar-benar memerah santan tersebut dan ia hendaklah keluar ke celah-celah jari isteri.  Barulah suami rajin makan kat rumah dan tak berapa nak makan kat luar!  Lagipun, suami pasti akan merindui masakan kita.  Kita bukan niat apa, cuma itu adalah prosedur biasa untuk memerah santan.  Bagi isteri yg pemalas saja yg beli santan segera.  Ohhh!!!  Saya tak main lah santan segera-segera, rasanya kalau main segera-segera ni, "segera" jugalah bila sampai tang cerai-berai!  Na'uzubillah!

(Dalam hal ni saya terbaca Sdr Abu Hanif punya reply yg beliau dah jarang makan kat restoran.. semenjak berumahtangga..)

OK, mari kita lihat dari aspek kesihatan.  Seingat saya, Sdra Tebuan ada menghantar satu artikel yg bertajuk "squeaky clean".  Sdra Tebuan mengatakan bahawa dari pembacaannya didapati bahawa "squeaky clean" tu bukanlah elok sangat.  Ia akan mengurangkan daya imun kanak-kanak yg terlalu membasuh bersih tangan mereka (betul ke Tebuan?  Correct me, if I'm wrong, sebab dah "ter"delete mail tu!).   Masa saya remaja dulu pun pernah baca juga artikel yg lebih kurang sama.  Bersih sangat pun tak bagus, sebab badan kita tak boleh produce hormon yg boleh menghalang sebarang kuman secara semulajadi.  (Maaf, saya bukan saintis, jauh lagilah doktor, ini "solely" based on bacaan aje)..

Jadi.. sekarang ni, bila k

H-Net* KHAS BUAT SYAZANA DAN RAKAN-RAKAN YG SEWAKTU DENGANNYA......Jangan cari Publisiti Murahan!

2000-03-21 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: KHAS BUAT SYAZANA DAN RAKAN-RAKAN YG SEWAKTU DENGANNYA..Jangan cari Publisiti Murahan!





~Salam buat semua,


Memandangkan isu "Pasar Babi di KB", "Pusat Maksiat di Jln Limau Manis KB", "JIHAD" (topik baru yg ditimbulkan sebentar tadi) dan entah apa-apa lagi yg dipersoalkan oleh Syazana saya rasa dah banyak dah respond dari semua nak menerangkan kepada Syazana perkara-perkara yg dibangkitkan.    Saya setuju dengan Cik Puan Pabiyen bahawa Syazana & Co ni mungkin orang yg sama guna ID yg berlainan.  Mungkin juga apanama "Ali" pun sama lah tu!   Suka hati kamulah..

By the way, sedikit nasihat saya kepada rakan-rakan yg lain tu  Ingatlah, tulisan dari Syazana tak lebih dari PROVOKASI yg mana jika kita layan, akan bertambah menjadi-jadi dan kita balik yg akan sakit hati.  Bila kita sakit hati, kita akan mula mengeluarkan perkataan-perkataan yg tak sepatutnya dikeluarkan.  Ini akan melanggar tatacara kita berkomunikasi dalam HIZBI Net, pening pulak kepala si Penyelenggara nanti!  Why not, kita ignore aje tulisan dari depa (Syazana & Co) tu ?  Lebih baik rasanya, kalau nak baca, apa yg difikirkan tu boleh diperbaiki, kita perbaiki.  Yang mana "nonsense" dan "tak masuk akal", ignore ajelah.  Saya hanya anggap, orang-orang seperti Syazana & Co ni tak lebih dari MELUKUT DI TEPI GANTANG, buang tak luak masuk tak penuh!  Kalau ya pun nak kritik, biarlah bercara sikit, ni macam tak "berjenis" langsung!  

Adalah penting untuk kita berhati-hati bila menyuarakan atau membalas e-mail dari mereka-mereka ni sebab jangan nanti depa kata, we are the same, tak boleh nak kata-mengata!  So, supaya kita tidak dilihat sebagai "sama dengan mereka", jangan gunakan perkataan-perkataan yg akan mencerminkan peribadi yg negatif pada diri kita.  Let them use whatever words they like, but we have to remain "calm", unless dah teruk sangat, kita terpaksa jugalah gunakan "kiasan".

Saya append di bawah ni suatu kiasan juga untuk Syazana & Co.  KALAU KAMU FAHAM, FAHAMLAH, KALAU TAK FAHAM, BERITAHU KAT KAMI DAN KAMI YAKIN AKAN ADA PAKAR-PAKAR BAHASA KAT DALAM HIZBI UNTUK MEMBANTU SYAZANA & CO... Kiadan ni AMAT MENDALAM MAKSUDNYA tau!

Yalah... kita guna bahasa "direct", tak faham; kot-kot guna bahasa kiasan mungkin faham, kalau SEMUANYA SYAZANA & CO TAK FAHAM,   h    (sambung sendirilah!)


Wassalam
===


Biar buta penglihatan
Jangan buta hati & fikiran
Biarpun miskin harta
Jangan papa adat & bahasa


Terang-terang cahaya
Jangan lupa saudara tetangga
Bila hujung dijumpa
Jangan pula pangkal yg kau lupa


Harumnya bunga rampai 
Oleh kerana ramuan yg pandai
Indahnya sang pelangi
Tapi sayang tiada beerti


Si Penyair atau Pujangga
Bermadah kerana dunia begitu juga
Dahulu mahupun sekarang 
Tiada bezanya, pucuk pangkal hati juga


Namun kenyataan hidup masih tetap sama
Tidak kira walau di mana...
Tepuk dada, tanya selera
Amalan biasa


KALAU EMAS, EMAS JUA,
DIBUANG TETAP BERHARGA
KALAU BESI, BESI JUGA
KAN BERKARAT AKHIRNYA


Dunia... banyak ceritanya
Selagi bernyawa, ada saja kerenahnya
Dahulu, kini dan selamanya
Selagi tak berubah, tidakkan bermakna!






RE: H-Net* Sembang-sembang Pasal Makanan Mahal?

2000-03-21 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* Sembang-sembang Pasal Makanan Mahal?





Salam buat semua,


Bila bercakap pasal makan kan, ni saya nak bagi tau pada Sdra Yunos, bahawa kalau lah Sdr makan banyak tu harganya RM26.00, maka itu bagi saya masih murah.

Cubalah Sdra pergi makan ke Port Klang (Muara) ataupun makan kat Bagan (juga di Port Klang), baru Sdra tahu nanti betapa "bezanya" harga yg akan dikenakan untuk makan 3 orang.  Cuba bayangkan, saya cuma ambil ketam 3 ekor, udang galah 3 ekor, ikan sekor yg sederhana aje besarnya.  makan untuk 3 orang, nak tahu berapa?  RM160.++ hah!  Ambik!!! Itu 7 tahun yg lepas tau!!?  Sekarang ni, tak tahu lah berapa agaknya.  Ke entah saya ke yg kena tipu.  Tapi, tak apalah sebab memang dah janji nak belanja kawan dan kami datang beserta dengan driver (dengan driver dia sekali saya belanja).  Kadang-kadang kita kena tengok jugak tempat yg kita pergi tu, mungkin dah "standard" dia macam tu, sebab saya tengok yg datang ke MUARA tu bukan kecik-kecik anak  yg datang naik Merc, naik BMW, semua yg "high class" punya tauke datang.  Tapi, ada lagi satu tempat di Port Klang yg juga menyediakan makanan laut tapi itu untuk semua golongan yg pada saya, harganya amat berpatutan.

Tempat-tempat makan di Port Klang yg dikatakan "eksklusif" seperti di Muara, Bagan, Yatch Club, Thandoori, semua tempat ni harga makanan memang agak mahal.  Salah satu sebabnya ialah kebanyakan syarikat-syarikat di Port Klang kalau ada function, depa memang selalu booking tempat-tempat sebegitu.  Dulu, zaman-zaman "anak dara" about 7 years ago, selalu pergi makan kat tempat ni.  Bagi yg penggemar  makanan laut yg tinggal di luar Selangor, saya cadangkan makanlah kat Port Klang, memang seronok (pada saya, orang lain tak tahulah!).  Sambil-sambil tu bolehlah menghirup "udara" segar di Tanjung Harapan (dulu orang panggil "Tanjung Gila") dan memancing ikan kat situ.  Tapi, saya tak galakkan datang di waktu malam bawa anak-anak sebab kawasan tu tempat "kereta rosak".   Silap-silap haribulan, anak-anak nanti tanya, "apa yg orang dalam kereta tu buat ibu/ayah??".  Itu tempat maksiat No. 1 kat Port Klang, lagi semenjak BADAR dah dimansuhkan, bermaharajalela remaja kita buat maksiat kat situ!  Masih ramaikah agaknya pasangan yg lepas makan terus lepak dan "bercengkerama" dalam kereta di Muara atau Tanjung Harapan?{Dalam bincangkan hal makan, sempat jugak bagi info pasal kawasan maksiat di Port Klang ya!}.  

By the way cakap pasal makan lagi, kalau tak suka restoran  yg mahal, boleh juga pergi ke restoran terbuka kat Port Klang tu yg juga menyediakan makanan laut yg quality nya masih OK, boleh tahan.  Kalau nak mee Jawa special dan Kerang Rebus dengan sos yg sungguh enak, ada sebuah restoran/gerai yg menyediakannya sewaktu ketika dulu.  Tak tahulah sekarang ni masih wujud ke tidak, sebab dah lama tak pergi Port Klang.  Ada tak orang Port Klang dalam mailing list Hizbi Net ni?  Dah "rindu" rasanya nak ke sana!   Bukan nak tengok "kereta rosak", tapi nak makan "sea food" dan mee Jawa yg sedap tu...hehehehe...

Wassalam


-Original Message-
From: Yunos Permin [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 19 March, 2000 2:34 PM
To: Pabiyen Sitok
Cc: roslina mamat; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
[EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Sembang-sembang




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
assalamualaikum netters semua,
ade sesiapa yg pernah makan kat Pantai Batu Buruk Tgg.
sebagai org JB , saya terkejut dgn harga makanan disana.
sotong bakar 2,udang bakar 2,nasi `o`, teh `o`*&#@"$26.00
taubat tak nak singgah sana lagi


Pabiyen Sitok wrote:


>  *~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
>  {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
>  {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>  *~*
>   PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~
> Raya baru-baru ni saya ada juga balik ke Kelantan, tengok nenek dan mak
> sedara yang dah uzur.  Ada gak menyinggah ke Pasar Siti Khadijah dan
> sempat pula ke Pasar KEdai Payang dalam perjalanan pulang.  Saya setuju
> dengan pendapat En Aliff, tak ada bezanya Pasar Buluh Kubu, Pasar Kedai
> Payang dengan Pasar Chow Kit.
>
> Baru-baru ni Aishah dari Canada(yang kita buat kutipan untuk dia dulu
> tu), ada hantar satu artikel yang dia dapati dari internet tentang
> kebersihan negeri Kelantan.  Artikel tu menyentuh te

RE: H-Net* SELAMAT HARI RAYA KORBAN

2000-03-14 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* SELAMAT HARI RAYA KORBAN





Salam buat semua,


Saya pun tak mahu ketinggalan nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.


Bila Mencelah tulis pasal "hulubalang" dalam bas ni.. ngeri pulak saya!  "Hulubalang" ni of course bawak parang, cari mangsa sebagai "korban".  Ni nak raya Korban ni, tak pasal-pasal pulak kita yg jadi korban "hulubalang" tak bertauliah ni!  

Oleh itu, sukalah saya ni mengingatkan agar netters yg balik kampung naik bas tu bacalah ayat Kursi banyak-banyak (sebanyak yg mungkin) sebagai zikir sebelum tidur.  Kalau boleh, jangan tidur... sebab banyak bahayanya.  Kalau tengok ada muka-muka yg dicurigai, berawaslah selalu.

Baru-baru ni saya telah dengan sengaja menyuruh kakak ipar saya bawa anak-anak saya balik kampung naik bas.  Sebab budak-budak ni tak pernah naik bas, jadi jakun pulak budak-budak tu!  Bila mak saya tahu, dia punyalah marah kat saya, Tuhan saja yg tahu!  Dia ingatkan saya tentang peristiwa beberapa orang ditetak dengan parang oleh orang yg kurang siuman dalam bas yg terjadi baru-baru nih.   Berderau darah saya!  Saya betul-betul terlupa akan peristiwa tu kerana saya excited dapat latih anak-anak saya supaya tahu bersusah sikit, tengok keadaan dalam bas yg agak sempit & kurang selesa.  Asyik naik kereta aje, sekali-sekala naik bas, apa salahnya?   Saya terpaksa "cool" my mother down sebab dia terlalu marah dan mengatakan saya "careless"!   Bagai nak rak saya yakinkan yg kakak ipar & biras saya tahulah menjaga anak-anak saya tu dengan baik.  Aduhhh  Syukur Alhamdulillah, tak ada apa-apa yg terjadi.

So kepada netters yg akan balik kampung tu, yg drive sendiri cubalah "tukar-tukar" memandu dengan wife.  Bagi wife yg tak tahu memandu, layan-layanlah husband tu bercakap-cakap, jangan biar dia terlena.  Husband saya cukup marah kalau saya tidur  silap-silap, dia suruh saya yg drive!  To all of you, have a pleasant journey back, semoga selamat pergi & selamat pulang kembali bertugas.

Wassalam



-Original Message-
From: mencelah sikit [mailto:[EMAIL PROTECTED]]


Mencelah pun nak ucap samaselamat hari raya. Pesanan mencelah kepada 
kawan-kawan yang balik dengan bus...bukannya berhati-hati di 
jalanrayatetapi berhati-hati di dalam bas, sewaktu tidur 
ye...takut ada Hulubalang..,nanti kurang pulak jumlah netters 
hizbi..kan!





H-Net* LAWAK SUAMI ISTERI....

2000-03-03 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: LAWAK SUAMI ISTERI





Assalamu'alaikum.


Oppsss... beri laluan sikit untuk buat lawak kejap, boleh tak?  Asyik berleter aje, nanti orang benci pulak kat kita...   Sambil-sambil reply e-mail dari beberapa netter, elok juga kita berlawak jenaka.

Ini lawak BUKAN COPYRIGHT mana-mana net, OK?



Lawak 1 -    PELUK



Sepasang suami isteri pun "signal-mensignal" nak ajak masuk tidur..   Si suami pun dengan penuh romatisnya memeluk si isteri sambil berkata:

Suami (S)   :   "Yang, yang  Abang nak cerita sikit, nanti Yang marah tak?"
Isteri (I)  :   (Dengan penuh manjanya berkata:)  "Ish... takkanlah Yang nak marah  apa
            bendanya bang cakaplah apa pun, Yang tak marah punya...!"
(S)     :   (Dengan teragak-agak)  "ErrrYangerr  yang sebenarnya kan Yang.  e.."

(I)     :   (Dengan "curious" & "excited")  "Apa dia ni bang??  Cakap la cepat!  Yang nak dengar ni, Yang tak           marah punya!"

(S)     :   (Dengan masih tergagap-gagap).  "Yang sebenarnya..  dulu abang pernah cakap, yang Yang-lah          wanita pertama yg abang peluk..  tapi yg sebenarnya Yang-lah orang yg ke-dua!"

(I)     :   (Dengan muka merah padam, dengan jantung yg berdetup-detap secara spontan terus menolak                 pelukan  suaminya seraya berkata:)  "HAPA???  Hiii..   Tipah tertipu bang, Tipah tertipu!  Abang            jangan dekat dengan saya lagi!  Pergii  sanaa!!"  (Sambil tu dia menepuk-nepuk,                 mencubit-cubit dan menolak-nolak suaminya)

(S)     :   (Dengan perasaan "bengang" & terkejut dengan reaksi isterinya:)  "Ish.. Sayang... apa nih?  Abang tak           habis cerita lagi l...tunggulah bagi abang habis cerita dulu!"

(I)     :   (Dengan perasaan yg sedih campur marah dan mula nak nangis):   "Tak nak... tak nak  Yang tahu,          Yang tahu..  Abang  sebelum ni dah kahwin orang lain ya?  Ataupun abang pernah "merendek"               dengan perempuan lain ya?  Abang JANGAN KAWAN SAYA LAGI!!  Abang pergi san...!              haaa... waaa..!!"

(S)     :   (Sambil ketawa) "Hei.. relaxlah Yang?  Bila pulak abang pernah kahwin sebelum Yang... tak daaa...           lah!  Bila pulak masa nak merendek dengan orang lain kalau dulu asyik dengan Yang aje??  Errr           yang sebenarnya... MAK ABANGLAH YG PELUK ABANG... HABIS TU?  MAK ABANG              BUKAN PEREMPUAN KA???  Yang LUPA KA?   Ekekekekekekekeke"

(I)     :   (Dengan malu & tersipu-sipu):  "Kureng asam punya abang,...!   Awak tak habaq dari tadi"   (Sambil tu           menarik balik suaminya...)

Moral:  


1.  Lain kali, dengar habis-habis dulu apa yg husband nak cerita dan jangan cepat nak berburuk sangka dengan    husband, buat malu aje! Ekekekeke...(tapi siapa tak suspen bila dia cakap macam tu, ya tak?)

2.  Bagi ibu & bapa yg penyayang - PELUKLAH ANAK ANDA SELALU DAN CIUMLAH SEMENTARA MEREKA   MASIH KECIL, sebab bila mereka DAH BESAR, MEREKA AKAN DIPELUK OLEH SUAMI ATAU ISTERI    MASING-MASING!


Lawak 2 - CERMIN MATA


Sepasang suami isteri yg rabun telah "tercari-cari" cermin mata mereka pada waktu pagi ketika mereka bangun dari tidur.  Suaminya telah bangun terlebih dahulu dan telahpun ambik wuduk untuk solat.  Mereka ni dalam lingkuangan 60-an.

(I) :   Kanda, mana pulak perginya cermin mata dinda ni?
(S) :   Laaa.  entahlah!  Kanda pun tengah carik cermin mata kanda. heran gak, mana perginya!
(I) :   (Sambil "membongkok-bongkok" dan menyelongkar katil tempat mereka tidur)  "Ish... susahnya tak ada          cermin mata nih!  Nak carik pun tak nampak!"

(S) :   (Yang si suami ni dah ready nak sembahyang):  "Ha... cepatlah, ambik wuduk!  Ke... nak sembahyang asing-        asing?"

(I) :   "Ish... Kanda ni... tolonglah aku ni carikan cermin mata aku dulu!"  (Dah "geram"lah tu gamaknya, tu yang       cakap "aku" aje tu!)

(S) :   (Masih tak "perasan" akan dirinya yg lebih "nampak" dari isterinya):   "Nanti Kanda tengok" (sambil teraba-     raba atas almari perhiasan)   "Hah!  Ini pun.  eh..eh.. bukanlah!  Ish!  Apasal pulak?  Ni cermin mata aku!         Habis, yg aku pakai ni siapa yg punya???"

(I) :   (Dengan geram):  "Ish kanda ni apa lah!  Itu yg awak pegang tu cermin mata awaklah!  Yang awak      tengah pakai tu cermin mata saya!!!"

(S) :   "L.. sorry... sorryy. aisey, tak perasan yg kanda terpakai cermin mata dinda"!   Ekekekeke..            cepatlah ambil wuduk, kita sembahyang sesama"

**Yang sebenarnya... "power" cermin

H-Net* SUKA DUKA BERUMAHTANGGA - Gambaran Realiti & Hakikat yg harus diterima oleh Suami... [RESEND]

2000-03-02 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title:  H-Net* SUKA DUKA BERUMAHTANGGA - Gambaran Realiti & Hakikat yg harus diterima oleh Suami... [RESEND]





Assalamu'alaikum...


Mengapalah agaknya bila saya hantar ke kedua-dua mailing list selalunya akan diterima di satu mailing list aje?


Saya terpaksa me"resend" semula jawapan saya kepada e-mail Pak Engku..  tak acilah kalau Muslimat dah dapek, tapi Muslimin tak dapek!  Saya ni nak adil, bukannya apa.   

-Original Message-
From: Nor'ain Eusoff 
Sent: 02 March, 2000 1:30 PM
To: 'Engku Hamid'; [EMAIL PROTECTED]
Cc: '[EMAIL PROTECTED]'
Subject: RE: H-Net* SUKA DUKA BERUMAHTANGGA - Gambaran Realiti & Hakikat
yg harus diterima oleh Suami...
Importance: High



Assalamu'alaikum kepada Pak Engku dan netters yg lainnya,


Maafkan saya Pak Engku dan netters yg lain, sebab saya "terpaksa" juga mengulas  lebih lanjut apa yg ditulis oleh Pak Engku untuk memberi gambaran sebenar dalam beberapa perkara yg dibangkitkan oleh Pak Engku.   Apa yg hendak saya tulis ini moga-moga akan dapat memberikan manfaat kepada suami khasnya...  agar kalau tak berubah 100% pun, berubahlah sedikit demi sedikit, jika masih belum lagi sedar akan hakikat berkenaan dengan hal-ehwal rumahtangga.

Alhamdulillah.  jika SEMUA SUAMI mempunyai kesedaran seperti Pak Engku. aduhai...!  Ya Allah.. rasanya akan aman dunia!   Apa yg ditulis oleh Pak Engku semuanya benar belaka.   Itu dari segi teori, tapi bagaimanakah perlaksanaannya?  Mampukah para suami menyempurnakan tanggungjawab seperti yg disyorkan?  Kalau mampu, Alhamdulillah syukur kita kerana Allah izinkan, tapi kalau tak mampu, bagaimana?  Saya cuma nak sentuh tentang saranan Pak Engku kepada netters yg berpeluang untuk menyaksikan saat-saat isteri sedang "bertempur" di medan perjuangan ketika hendak "mengeluarkan zuriat suami".

Ha ni yg saya nak perjelaskan kepada semua agar para suami dapat gambaran yg sebenar dari segi KEPAYAHAN ISTERI seperti yg disebut tadi.   Terimalah hakikat ini dengan hati yg terbuka dan renungkanlah realiti di sebalik kesakitan yg kami alami ketika hendak melahirkan zuriat yg para suami taburkan benihnya sembilan bulan 10 hari yg lepas.


Sebelum tu, saya nak "extract" balik apa yg Pak Engku tulis,:


[Pak Engku wrote:] -


Saya cuma nak kongsi bersama kalian tentang beberapa
cadangan yang mungkin boleh menjadikan kita semua ini
berada dalam "win-win situation".


Untuk para suami, jika anda berkesempatan
melakukannya, cuba-cubalah berada di sebelah isteri di
"labour room" sehingga selesai proses
kelahiran anak. Anda wajib berkongsi bersama akan
keperitan dan kesusahan isteri anda bertarung nyawa
untuk melahirkan anak yang benihnya anda taburkan
sembilan bulan sebelumnya. Cuba bayangkan jika
di saat itu, Allah ambil nyawanya. Bukankah dia
mendapat syahid dunia? Jika selama ini isteri anda
hanyalah umpama kilang untuk mengeluarkan
bayi anda, cuba ubah paradigma. Anggaplah isteri anda
adakah sebahagian dari nyawa anda. Insyaallah, setitik
air mata anda yang jatuh ke
pipinya tatkala dia "meneran" untuk melahirkan anak
anda, tak setanding dengan mana-mana air yang anda
titiskan selama anda hidup bersamanya. 
(message snipped)-
===


Untuk pengetahuan Pak Engku & netters yg lain, bila baca para ini, saya pula yg menitiskan air mata.  Sayunya hati saya, Allah Ta'ala sahaja yg tahu.   Saya sayu kerana masih ada suami yg tahu penderitaan yg dialami oleh isteri.  Tapi itu bagi suami yg berpeluang untuk MELIHAT SENDIRI SECARA "LIVE"  what about those yg tak dapat lihat?  Bagaimanakah nak berikan gambaran agar you all (para suami) tahu akan kesengsaraan kami?  Sebelum saya berikan gambaran yg jelas, biarlah saya sendiri yg bagi alasan bagi pihak suami mengapa mereka tak berpeluang untuk melihat sendiri isteri ketika melahirkan;

1.  Sebab mereka ni kurang mampu - isteri melahirkan anak di hospital gomen, so gomen ni biasalah, mana dibaginya  suami "menyibuk"?  Silap-silap, suami kena "halau" macam kucing kurap.  {Bab yg ni, saya simpati kat suami sebab ada tu "curious" nak tengok bini dia kat labour room, tapi apakan daya...  "Nurse" yg ada lebih "berkuasa".}

2.  Sebab isteri mereka melahirkan anak secara "caesarian", iaitu melalui pembedahan.  Ini lagilah tak boleh tengok, kalau suami tengok saya pasti suami akan pengsan lihat perut kami yg terburai dibelah untuk mengeluarkan anak.  Ada sesiapa yg berani tengok?? {Kat sini, saya simpati kat suami saya, sebab dia sendiri tak boleh tengok saya ketika saya dibelah perut untuk keluarkan kedua-dua anak kami}

OK, disebabkan 2 alasan di ataslah maka itu telah menghalang suami yg bercita-cita nak tengok isteri dia melahirkan.  Apatah lagi nak berada disisi!  Nak tengok tak leh, nak berd

RE: H-Net* SUKA DUKA BERUMAHTANGGA - Gambaran Realiti & Hakikat yg harus diterima oleh Suami...

2000-03-01 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* SUKA DUKA BERUMAHTANGGA - Gambaran Realiti & Hakikat yg harus diterima oleh Suami...





Assalamu'alaikum kepada Pak Engku dan netters yg lainnya,


Maafkan saya Pak Engku dan netters yg lain, sebab saya "terpaksa" juga mengulas  lebih lanjut apa yg ditulis oleh Pak Engku untuk memberi gambaran sebenar dalam beberapa perkara yg dibangkitkan oleh Pak Engku.   Apa yg hendak saya tulis ini moga-moga akan dapat memberikan manfaat kepada suami khasnya...  agar kalau tak berubah 100% pun, berubahlah sedikit demi sedikit, jika masih belum lagi sedar akan hakikat berkenaan dengan hal-ehwal rumahtangga.

Alhamdulillah.  jika SEMUA SUAMI mempunyai kesedaran seperti Pak Engku. aduhai...!  Ya Allah.. rasanya akan aman dunia!   Apa yg ditulis oleh Pak Engku semuanya benar belaka.   Itu dari segi teori, tapi bagaimanakah perlaksanaannya?  Mampukah para suami menyempurnakan tanggungjawab seperti yg disyorkan?  Kalau mampu, Alhamdulillah syukur kita kerana Allah izinkan, tapi kalau tak mampu, bagaimana?  Saya cuma nak sentuh tentang saranan Pak Engku kepada netters yg berpeluang untuk menyaksikan saat-saat isteri sedang "bertempur" di medan perjuangan ketika hendak "mengeluarkan zuriat suami".

Ha ni yg saya nak perjelaskan kepada semua agar para suami dapat gambaran yg sebenar dari segi KEPAYAHAN ISTERI seperti yg disebut tadi.   Terimalah hakikat ini dengan hati yg terbuka dan renungkanlah realiti di sebalik kesakitan yg kami alami ketika hendak melahirkan zuriat yg para suami taburkan benihnya sembilan bulan 10 hari yg lepas.


Sebelum tu, saya nak "extract" balik apa yg Pak Engku tulis,:


[Pak Engku wrote:] -


Saya cuma nak kongsi bersama kalian tentang beberapa
cadangan yang mungkin boleh menjadikan kita semua ini
berada dalam "win-win situation".


Untuk para suami, jika anda berkesempatan
melakukannya, cuba-cubalah berada di sebelah isteri di
"labour room" sehingga selesai proses
kelahiran anak. Anda wajib berkongsi bersama akan
keperitan dan kesusahan isteri anda bertarung nyawa
untuk melahirkan anak yang benihnya anda taburkan
sembilan bulan sebelumnya. Cuba bayangkan jika
di saat itu, Allah ambil nyawanya. Bukankah dia
mendapat syahid dunia? Jika selama ini isteri anda
hanyalah umpama kilang untuk mengeluarkan
bayi anda, cuba ubah paradigma. Anggaplah isteri anda
adakah sebahagian dari nyawa anda. Insyaallah, setitik
air mata anda yang jatuh ke
pipinya tatkala dia "meneran" untuk melahirkan anak
anda, tak setanding dengan mana-mana air yang anda
titiskan selama anda hidup bersamanya. 
(message snipped)-
===


Untuk pengetahuan Pak Engku & netters yg lain, bila baca para ini, saya pula yg menitiskan air mata.  Sayunya hati saya, Allah Ta'ala sahaja yg tahu.   Saya sayu kerana masih ada suami yg tahu penderitaan yg dialami oleh isteri.  Tapi itu bagi suami yg berpeluang untuk MELIHAT SENDIRI SECARA "LIVE"  what about those yg tak dapat lihat?  Bagaimanakah nak berikan gambaran agar you all (para suami) tahu akan kesengsaraan kami?  Sebelum saya berikan gambaran yg jelas, biarlah saya sendiri yg bagi alasan bagi pihak suami mengapa mereka tak berpeluang untuk melihat sendiri isteri ketika melahirkan;

1.  Sebab mereka ni kurang mampu - isteri melahirkan anak di hospital gomen, so gomen ni biasalah, mana dibaginya  suami "menyibuk"?  Silap-silap, suami kena "halau" macam kucing kurap.  {Bab yg ni, saya simpati kat suami sebab ada tu "curious" nak tengok bini dia kat labour room, tapi apakan daya...  "Nurse" yg ada lebih "berkuasa".}

2.  Sebab isteri mereka melahirkan anak secara "caesarian", iaitu melalui pembedahan.  Ini lagilah tak boleh tengok, kalau suami tengok saya pasti suami akan pengsan lihat perut kami yg terburai dibelah untuk mengeluarkan anak.  Ada sesiapa yg berani tengok?? {Kat sini, saya simpati kat suami saya, sebab dia sendiri tak boleh tengok saya ketika saya dibelah perut untuk keluarkan kedua-dua anak kami}

OK, disebabkan 2 alasan di ataslah maka itu telah menghalang suami yg bercita-cita nak tengok isteri dia melahirkan.  Apatah lagi nak berada disisi!  Nak tengok tak leh, nak berdiri sebelah pulak??   

Di sinilah saya nak berikan gambaran kepada suami yg tak berpeluang itu kepada para Muslimah, saya MINTA MAAF KERANA TERPAKSA MENDEDAHKAN "RAHSIA" KITA, tapi ini adalah untuk kebaikan agar pihak suami yg masih "blur" tu lebih memahami keadaan kita masa bersalin.   Ini semata-mata untuk menyedarkan mereka, kerana jika 'KEFAHAMAN" itu ada, mungkin kuranglah rasa "ego" mereka terhadap kita, para isteri.

Let me start... bermula dari "pecah ketuban" ataupun keluar tanda darah itu maknanya dah sampai masa-lah isteri itu akan "bertarung nyawa"   

No doubt, suami akan kata:  "ALAH... ORANG PEREMPUAN TAK RUGI BERANAK UNTUK LAKI DIA!  ALLAH BAGI PAHALA KAT DIA BERLIPAT-LIPAT GANDA"!   Saya cukup bengang bila orang lelaki suka cakap macam tu!.  Ini ja

H-Net* JAWAPAN BUAT HANG NAWA.....DAN INFO BERGUNA UNTUK NETTERS YG LAIN

2000-03-01 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: JAWAPAN BUAT HANG NAWA.DAN INFO BERGUNA UNTUK NETTERS YG LAIN





Assalamu'alaikum Hang Nawa & sekelian warga Hizbi


Hari tu Hang Nawa ada bertanya kepada saya kenapa ada dealer yg boleh jual Iswara (Taxi Spec) dan ada yg tak nak jual...  So, saya lampirkan di bawah jawapan dari pihak Customer Service kami.

Untuk pengetahuan, pihak customer service kami akan melayan semua komplen, kerosakan aduan atau sebarang ketidak-puasan hati tuan-tuan & puan-puan sekelian berkenaan dengan KERETA NASIONAL YG ANDA BELI DARI EON SAHAJA.  Ingat!  DARI EON ATAU WAKIL JUALAH SAH EON SAHAJA.   Kalau dari "cherry tree" punya dealer, kami "bo layan", maaf la manyak-manyak...!

Aduan anda akan lebih cepat dilayan sekiranya tuan-tuan & puan-puan menggunakan nama asal, VSO No, tarikh beli kereta dan butir-butiran di mana tuan-tuan & puan-puan  buat tempahan atau pengambilan kereta  tuan-tuan & puan-puan  So, kalau ada sesiapa yg nak komplen pasal kereta yg telah tuan-tuan & puan-puan beli dari kami, gunakan e-mail address seperti yg tertera dalam e-mail di bawah.  

Please take note that you all tak payahlah cc kepada saya... I'm absolutely not in customer service.  I am just helping you all to voice out your dissatisfaction over your new car.   

Saya berharap agar jawapan di bawah telah menjawab soalan Hang Nawa sorry for the delay.


So, "happy complaining!".    



*This is the answer for HANG NAWA
===


Dear Nor'ain


Iswara (taxi specs) are supposed to be sold only as taxis.  Occasionally, some dealers will try to beat the system and make a quick profit by selling taxi specs for private use.  There will be problems that may arise from this arrangement, as the Excise 7 document will stipulate the car is a taxi but the registration will state its not.  

Secondly, please advise your friends to e-mail us at [EMAIL PROTECTED]  We're ready to help.


Thanks for the feedback!


Regards,




SR MANAGER
Customer Service and Quality Division


-Original Message-
From: Hang Nawa [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 18 February, 2000 11:04 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* KHAS BUAT PEMBELI KERETA NASIONAL DARI KALANGAN
WARGA HIZBI T ERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..!



Assalammualaikum..


Boleh saya tanya sikit... baru² ini, kawan saya berminat nak beli kereta 
proton iswara 1.5s (versi teksi)... pengedar EON kata ia tak dijual kepada 
orang ramai... tapi kalau untuk teksi ada dijual... tetapi yang peliknya... 
kawan saya yang lain dapat membeli model yang sama masa awal zaman gawat 
dulu (1998)... kenapa macam nie?... sekejap jual sekejap tak jual?... tolong 
jawap sikit...





H-Net* Isteri Nak Mengomel....i.... Rasa terkilan kepada suami yg anggap kami seperti hamba & Orang Gaji

2000-02-29 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title:  Isteri Nak Mengomeli Rasa terkilan  kepada suami yg anggap kami seperti hamba & Orang Gaji





Assalamu'alaikum kepada semua warga Hizbi yg dihormati, semoga kalian dirahmati Allah.


Ekoran dari e-mail saya yg bertajuk:  Gebang-gebang Kes Pembantu Rumah:  Antara Pahit Manis & Dilemma Majikan Wanita..." maka ramailah netters yg respond.  Terima kasih atas "feedback" yg diberi.  Bila saya telitikan kandungan-kandungan e-mail dalam Hizbi yg dihantar oleh beberapa netters, yg sebenarnya tajuk-tajuk yg dibincangkan dewasa ini ada kaitannya antara satu sama lain, seperti tajuk yg "hot" sekarang ialah "Perkahwinan yg boring", "Antara Isteri & orang Gaji"... "alahai bini Pakcik Din"    Tajuk-tajuk ni semuanya mempunyai kaitan yg unik, kerana ia adalah berdasarkan hal-ehwal rumahtangga.  Bagi yg telah berumah tangga, sudah tentu berbagai dugaan dan cabaran yg telah dihadapi sama ada pahit, manis ataupun yg menyakitkan itu adalah semuanya ketentuan Illahi

1.  Introduction...


Ya!  Tiada siapa yg boleh menafikan bahawa jodoh pertemuan itu ditangan Tuhan.  Sama ada kita dapat pasangan yg sesuai itu memang sukar untuk kita ketahui, kerana itu urusan dan ketentuan Allah.  Jangan sangka bahawa setelah bertahun-tahun bercinta kita ingat kita dah "menyelami" hati pasangan kita, TIDAKKK!  Mungkin sewaktu bercinta pasangan kita tak "tunjuk belang" lagi  Yalah. bak kata orang "belum dapat, semuanya elok belaka; dah dapat nanti, semuanya tak jadi apa!"

Namun, segala kekurangan yg ada pasangan kita tu hendaklah kita kena terima dengan hati yg terbuka.  Nak terima dengan hati terbuka sajakah?  Tidak... kita kena usaha pulak nak "tutup" kelemahan yg ada.  Bagaimana caranya?  Ada banyak cara yg positif untuk memperbaiki kelemahan, itu bergantung kepada apa jenis kelemahan yg kita ada.

Apa yg saya tuliskan ini BUKAN UNTUK MENGUNGKIT email-email yg lepas, tapi sekadar meluahkan rasa sayu dan nak mengomel bagi pihak wanita/isteri yg mana daripada penelitian saya, rata-rata Netters lelaki dalam Hizbi Net ni nak kahwin lagi satu daripada ambil orang gaji...   apakah alasan mereka yg sebenarnya??

2.  Alasan nak kahwin lagi  isteri yg suruh???


Sdra Michel Mick kata, wife dia ada juga suruh kahwin lagi sebab wife dia tak suka masak So, wife Sdr Michel doesn't mind kalau Sdr Michel kahwin sorang lagi   Minta maaf ya, Sdr Michel... saya bukan nak tempelak saudara, tapi saya "salute" wife Sdr kalau dia benar-benar maksudkan begitu.  Namun, saya faham yg Sdr Michel sekadar mengkhabarkan kepada kami akan hasrat hati wife Sdr dan juga diri Sdr sendiri  

Kita ambil satu contoh  toksah pergi jauh-jauh, ambil diri saya sebagai "model" dalam hal ni.  Isteri Sdr Michel tak suka masak; yang saya pulak, suka masak... tapi husband saya lebih suka kalau saya pandai mengemas.  Bab makan dan masak ni dia tak kisah sangat, masak cincai-cincai pun dia makan - kalau kena dgn seleranya!  Kelebihan saya ialah... saya pandai masak & suka masak.  Bab masak-memasak memang "terror".  Bagilah resepi apapun, InsyaAllah menjadi punya!  Tapi yg LEMAH ialah bab LIPAT KAIN, GOSOK BAJU, mengemas yg amat kemas (selalunya susah nak tengok rumah terlalu kemas sebab anak-anak tukang MENYEPAH aje!), bab yg ni saya rasa isteri Pakcik Din tu memang terror lah kot!   Saya tak boleh "challenge" dengan bini Pakcik Din yg diceritakan dek si Mawar tu!   Gosok baju sampai "side" boleh luka tangan!  Fuuuhhh   itu pakai kanji ka?   OK lah.  tang basuh pinggan  saya masih larat lagi...  menyidai baju yg dah dibasuh oleh "minah washing machine" pun masih larat lagi. 


3.  Antara Madu, Orang Gaji dan Peranan Suami..(Suami nak kahwin lagi nak jadikan isteri kedua tu orang gaji?)


So... macam mana sekarang?  Kalau saya nak cari madu, apakah saya kena cari madu yg pandai mengemas, dan saya hanya memasak?    [Nampaknya husband saya kena berebut dengan "Hantu Raya" yg nak meminang isteri Pakcik Din ka?   Ish!  Minta disiahkan 44 malaikat!]  Kalau macam tu, apakah tugas suami dan peranannya? Habis tu nanti, kalau dah dua-dua isteri memainkan peranan penting dan boleh membahagiakan suami yg sorang tu, kami yg berdua ni macam mana?  Suami boleh senang-lenang duduk baca suratkhabar, minum kopi, makan cekodok (yang saya buat), manakala rumah kemas pulak setelah dikemas oleh "madu"   Senang banyaklah lelaki?   Lepas tu bila rasa bosan, boleh keluar rumah macam tu aje???  Bila rasa nak bersama dengan bini tua, masuk bilik No. 1 - bila bilik No 1 ada "bendera merah" kat depan pintu, masuk pintu No. 2?  Gitu kah??? 

Bukanlah ISTERI DENGKI  kalau suami tu bahagia, kami teramatlah bahagia sekiranya suami-suami kami bahagia tapi kalau dah semuanya bini-bini yg buat, SUAMI BUAT APA?  Goyang kaki?  Pergi kerja, balik kerja, lepas tu kalau rasa macam "nak" boleh pilih mana yg dia suka aje, habis tu yg lagi sorang ni nak letak mana bang  Terkulat-kulat kat luar pintu, de

RE: H-Net* KEKESALAN - SIAPA YG HARUS DIHUBUNGI BILA BERLAKU PEMBUANGAN KERJA SESUKA HATI?

2000-02-28 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* KEKESALAN  - SIAPA YG HARUS DIHUBUNGI BILA BERLAKU PEMBUANGAN KERJA SESUKA HATI?





Assalamu'alaikum kepada semua,


Membaca e-mail di bawah dari Sdr Ab Rahman ni, rasa geram bertambah-tambah!  Geram kat puak-puak yg langsung tak ada hati perut yg memberhentikan orang kerja sesuka hati

Macam ni lah..  kalau ada sesiapa yg telah diberhentikan kerja  tanpa alasan yg kukuh dari pihak pengurusan tertinggi syarikat, saya syorkan pergi mengadu kepada Pejabat Perhubungan Industri (Industrial Relations) di Kuala Lumpur.  Bagi area lain, kena tanya pejabat di KLbagaimana nak hubungi cawangan.   Selalunya, kes-kes pembuangan kerja bagi eksekutif ataupun kakitangan yg berpendapatan lebih dari RM2,000 akan dirujuk terus ke Mahkamah Industri.  

Anyway, nampaknya sahabat Ab Rahman ni kes dia macam "constructive dismissal" aje!  Entahlah ya kekadang tu bila fikir balik, nak mengadu kat pejabat "depa" jugak, takut kes kita ni "hanging" aje nanti..hai... maklumlah, kat "situ" semua "orang-orang dia" aje!

Tak apalah, ni saya bagi alamat Pejabat Perhubungan Industri, di:


Tingkat 14, Wisma Tun Sambanthan, Kuala Lumpur 


(dia tak jauh dari bangunan UMBC yg di roundabout menghala ke bus stand Klang.  apa nama jalan tu??)  Saya ni KL tak berapa tahu sangat, kalau "tercampak" kat KL tu sorang-sorang ada yg meraung!  Ni pun ada kawan yg expert dalam HR yg bagi tahu tapi dia sendiri kurang tahu jalan yg ada Wisma Tun Sambanthan tu...  sesiapa yg expert area KL, mungkin boleh bantu dapatkan alamat penuhnya.

By the way, just in case kalau nak telefon Pejabat Buruh, No Telefonnya ialah:  2557200 (tapi tak ada siapa yg bother nak angkat tipon tu bila call! - Ish... gomen, gomen!)

Moga boleh membantu sedikit sebanyak, kalau bukan kepada kawan Sdr A Rahman pun, mungkin kepada sesiapa lagi yg dalam list kita ni.

Wassalam



 


-Original Message-
From: Ab Rahman [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 28 February, 2000 11:21 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: RE: H-Net* KEKESALAN 




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamualaikum...


Membaca e-mail yang saya terima membuat saya rasa terpanggil untuk
menyingkap satu peristiwa yang berlaku di salah sebuah kolej swasta yang
dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputra. Apa yang ingin saya katakan disini saya
harap boleh menjadi iktibar bagi kita dan menyedarkan kita, siapa pemimpin
yang sebenar.


Peristiwa ini berlaku di kolej yang terletak di sebuah bandar baru
berhampiran sepang. Kolej yang dimiliki oleh sebuah konsortium, konsortium
yang majoritinya dimiliki oelh Bumiputra. Pada awalnya saya rasa bangga
kerana ini boleh membela nasib bangsa saya. BAgaimanapun, peristiwa ini
memebuat saya rasa sungguh sedih dan marah.


Seorang ketua jabatan dikolej tersebut telah dibuang kerja!!!. Kenapa?
Peristiwa bermula apabila beliau (yg merupakan salah seorang orang kuat UMNO
telah dituduh menyokong pembangkang. Ketika pilihan raya, beliau telah
memarahi sekumpulan pemuda yang menampal poster calon Barisan dikolej
tersebut. Niat beliau adalah baik, untuk mengelak daripada orang menyangka,
kolej tersebut kolej BN sedangkan kolej tersebut adalah terbuka.


Akibat kejadian itu, pemuda yang menampal poster telah melaporkan kejadian
kepada pihak atasan mereka. Tambah memeritkan apabila ada orang kesayang
yang berhormat bekerja dikolej tersebut tetapi sebenarnya tidak membuat apa2
kerja @ sumbangan pun pada kolej. Kerja keras yang dibuat untuk memajukan
kolej adalah daripada ketua jabatan yang telah dibuang.


Oleh kerana adanya yang berhati busuk, maka ada manusia yang melaporkan
kepada pihak atasan mengatakan ketua jabatan tersebut telah bersekongkol
dengan pembangkang walaupun hakikitnya adalah tidak benar. Tetapi disebabkan
peristiwa penampal poster telah dimarahi oleh beliau, beliau telah diarah
berhenti kerja notis 24 jam.


Saya tidak dapat memberi apa2 bantuan kerana saya tidak di dalam organisasi
tersebut. Bagaimanapun, syaa telah menasihatkan kepada beliau supaya merujuk
perkara tersebut kepada perkeso memandangkan sebab beliau dibuang kerja
adalah tidak menasabah dan tidak boleh diterima. Ini berdasa kepada
pengalaman saya yang telah pergi ke perkeso untuk menyelesaikan satu kes
yang melibatkan rakan saya sendiri. Kerana itulah, saya tidak terperanjat
atas e-mail yang telah saya baca tetapi saya memang rasa amat simpati.


Saya harap, apa yang saya sampaikan ini dapat dikongsi oleh para netters dan
boleh menjadi panduan untuk rakan2 melindungi diri kita bersama supaya kita
tidak diperlaku sewenang-wenangnya oleh majikan dan 

H-Net* PEMBENTANGAN SEMULA BELANJAWAN NEGARA SEDANG BERJALAN SEKARANG!

2000-02-25 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: PEMBENTANGAN SEMULA BELANJAWAN NEGARA SEDANG BERJALAN SEKARANG!





Salam buat semua,


Tahukah anda bahawa pembentangan semula belanjawan negara sedang berjalan sekarang, Friday 25 Feb '00 @ 4.00 pm?  Siapa yg ada radio tu, bukalah sekarang...  semua channel sedang menyiarkannya.  Kalau dah tahu sorry ya!

Wassalam





H-Net* Gebang-gebang kes pembantu Rumah: Antara Pahit Manis & Dilemma Majikan Wanita - Bhgn. 2

2000-02-18 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Gebang-gebang kes pembantu Rumah:  Antara Pahit Manis & Dilemma Majikan Wanita - Bhgn. 2





Sambungan dari Bahagian 1 yg lepas


===


"Extract" dari  Bhgn 1 :  Mak mertua saya telefon dan mengatakan bahawa maid saya tu tak dapat datang... APAKAH ALASANNYA?

Jawab mertua saya:  "BUDAK TU DAH KENA TANGKAP BASAH DENGAN BOYFRIEND DIA!, Ada satu malam tu dia berdating dengan boyfriend dia. entah macam mana  katanya kena "cekup"...   Jadi dah menikahlah sekarang ni!"   Astaghfirullah!  Mengucap besar saya...  Fuh!  Minta disiahkan 44 malaikat !  Di benak saya... saya teringat balik kata-kata kakak saya:  "Engkau tak sayang laki ke?"  Aisey...  saya terfikir-fikir:  Apakah jika sekiranya saya ambil dia "terus" selepas pantang maka  Ah!  Tidak!  Tak mungkin husband saya BEGITU RENDAH tastenya!.  Saya memandang tinggi kepada husband saya.  Takkanlah "selera"nya jatuh kepada seorang "maid".  Tapi..  kalau dah digoda, siapa yg tahan?  Mujurlah kena tangkap basah dengan boyfriend dia di kampung, kalau kat sini macam mana?  Naya aje kena "bersoal jawab" dengan ibu bapa dia!    

[Maaflah jika saya ni macam "takut" tak tentu hala... tapi bagi saya, ada hikmah saya menangguhkan kedatangan maid saya tu mungkin Allah menggerakkan hati saya supaya JANGAN ambil dia dulu, takut saya tak sanggup hadapi ujian sekiranya maid saya buat hal pulak!)

3.  PI MAI, PI MAI,  TANG TU JUGAK!


    Jadi, pi mai, pi mai, tang tu lah!  Maid Indon ke, India ke, Melayu ke... semua sama aje!  Semuanya kalau menyakitkan hati, menyakitkan hati jugak!  Yang penting adalah SIKAP maid tu sendiri.  Kalau betul-betul nak cari makan secara halal, keikhlasan tu lah yg penting.  Kalau bekerja tapi ada "Niat" sampingan, contohnya:  "aku kerja dengan majikan, tapi kalau laki dia kacak, handsome, kaya, aku nak ngorat mana tahu bisa jadi isteri kedua!"  Ishbukan tak ada, ADA. yg pasang niat macam ni!  Saya rasa, inilah yg paling ditakuti oleh ramai MAJIKAN WANITA.  Mungkin ada yg tak setuju... itu terpulanglah pada budi bicara anda!  Itulah yg saya katakan. bertuah lah majikan wanita jika dapat maid yg TAHU BAWA DIRI MEREKA.  Tahu hormatkan majikan lelaki. takut nak mendedahkan aurat dan faham apa perasaan kita.

    Yang sebenarnya, ada banyak lagi kisah antara majikan baik yg terkena dengan maid yg jahat.   Kawan saya  bercerai-berai gara-gara maid yg "mengadu untung nasib" dengan suami dia.  Apa perasaan anda jika depan mata sendiri terlihat suami anda sedang memadu kasih dengan maid, dalam kamar tidur anda?  Kalau maid tu cantik tak apa jugak... ni jauh panggang dari api dengan kawan saya.  Bukan menghina, tapi itulah kenyataan!

4.  DILEMMA JIKA TIADA MAID PULAK.


    Saya adalah antara wanita yg berkerjaya, at the same time merupakan isteri, ibu & pelajar separuh masa di salah sebuah U tempatan.

Oh tida!!!   Saya, buat masa sekarang tak payahlah ada "full time" maid.  Cukuplah sekadar "weekly" maid.   Dulu, saya ambil bangsa Keling jadi "part time" maid saya.  Tapi husband saya pulak tak senang nak duduk rumah  sepanjang waktu si maid ni ada kat dalam rumah, dia duduk bersiar-siar kat luar kawasan rumah. nampak resah, gelisah,  ajak minum tak mau...  ajak makan pun tak mau!  Selagi si maid tu ada kat rumah, selagi tulah duduk kar luar.  Silap-silap Maghrib kat surau, tak dalam rumah...  itu lagi bagus!

Dah begitu reasksi suami... sampai duduk aje kat luar rumah... saya buat keputusan muktamad.  TAK PAYAH ADA MAID LANGSUNG!  Tapi  susahnya sendirilah yg tanggung!   Bagaimana nak selesaikan masalah?   

1.  Tak ada orang jaga anak - CARI BABY SITTER... (nak cari yg baik bukan senang we.! Satu lagi masalah)
2.  Tak ada orang nak kemas rumah - buat sendiri, tapi "schedule" very tightterkejar-kerja sana, terkejar-kejar sini..

3.  Tak ada orang masak - makan kat luar masa week days, masa hari yg tak ada kelas, dan weekends baru masak sendiri

4.  Soal kain baju - Saya memang cukup malas nak lipat baju.  yg ni,  to me it's "non value-added" job.  Cukup benci!  Saya selalunya upah anak-anak saudara saya untuk lipat baju.  Sorang saya bagi RM10.00 ataupun kalau sikit aje, saya beri RM5 each.  Masa hujung minggu saya akan mengangkut semua baju saya ke rumah mak & upah pembantu mak yg lipatkan.

 
5.  Gosok baju - saya hantar ke dobi  baju saya sahaja.   Saya jarang pakai baju yg perlu bergosok, sebab saya hanya menggosok baju suami.    Husband saya tak suka baju digosok oleh orang lain.  Husband saya pernah menyarankan agar saya pergi kursus menggosok baju!   Heheheheh

[Suatu hari tu saya bergurau dengan suami saya:  "Bang, saya cakap terus terang. saya boring nak gosok baju abang.abang kahwinlah lagi satu, tapi suruh dia gosok baju aje tau!"  Lalu suami saya jawab:  "Habis tu, kang dia minta nafkah batin macam mana?" 

H-Net* Gebang-Gebang Kes Pembantu Rumah: Antara Pahit Manis & Dilemma Majikan Wanita - Bgn 1

2000-02-18 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title:  Gebang-Gebang Kes Pembantu Rumah:  Antara Pahit Manis & Dilemma Majikan Wanita - Bgn 1





Assalamu'alaikum


Yang sebenarnya, saya ni bila baca pasal kes pembantu rumah memang nak sangat meluahkan apa yg pernah saya alami begitu juga dengan keluarga saya.

Bertuahlah majikan yg baik mendapat pembantu rumah yg "dedikasi" dan memenuhi citarasa tanpa memberi banyak masalah kepada majikan itu.   Mana-mana majikan yg dapat "pembantu rumah idaman", bersyukurlah pada Allah.   Bak kata orang, bagai cincin dengan jari manis, si majikan berhati mulia, si pembantu rumah pula mendengar kata.   Syabas & tahniah kepada majikan yg baik  anda sebenarnya "deserve" pembantu yg baik juga.   Tapi bagaimana pula majikan yg baik tapi dapat pembantu rumah "macam setan"?    Bila terjadi "conflicting personality" antara majikan & pembantu rumah..  seandainya majikan itu baik, tapi  "ter"dapat pulak pembantu rumah yg "menyetan", ibaratnya macam nak menduga kesabaran kita.  Namun begitu, sejauh manakah tahap kesabaran kita?   Inilah yg jadi dilemma majikan especially yg wanita...  bagaimana dan apakah tindakan yg sesuaijika terdesak, apakah perlu diberhentikan saja maid kita?

E-mail saya kali ni selain dari nak kongsi cerita, nak juga memberikan beberapa cara bagaimana nak mengatasi masalah bagi wanita yg membuat keputusan untuk TIDAK MEMPUNYAI PEMBANTU RUMAH.

Oleh kerana e-mail saya ni agak panjang, maka saya "break" into 2 parts, di mana, saya akan mengupas balik perihal masalah pembantu rumah ni..

1.  ULASAN DARI E-MAIL YG LEPAS-LEPAS...


    OK, kita dah dengar betapa kejamnya majikan Mak cik Nurjannah lakukan terhadapnya!  Dari apa yg saya perhatikan, mostly majikan yg BUKAN ISLAM cara dera mereka ni bolehlah saya simpulkan kepada bentuk FIZIKAL.  Mungkin kerana dirasuk setan ataupun perasaan kurang sabar tu menguasai diri, maka depa ni mudah sangat agaknya memukul, menumbuk, menggigit (tokak), menjirus dengan air panas dan macam-macam penderaan FIZIKAL.  Seperti yg Sdr Putera Sulong katakan, sikap "racism" memang masih ada di kalangan orang-orang Cha-ya-nun-alif ni   Dan one thing, kadang-kadang mereka ni tak ada agama... so, bagi mereka memenuhi nafsu mereka dengan memperkosa maid tu tak jadi dosa, cuma bersalah di sisi undang-undang sivil sahaja.

    Tapi bagi majikan yg ISLAM pulak. mungkin mereka ni tak tergamak nak dera secara fizikal!  Lain pulak caranya... seperti yg diceritakan oleh Pakdin, majikan yg bakhil mengalahkan HJ BAKHIL tu, bentuk dera nya adalah dari segi "mental" ataupun "material".  [Ini cuma pendapat kerdil dari saya].  Yang mana, jika makanan dicatu (material items), maka secara "mental"nya, bila dah kekurangan zat makanan, sudah tentu maid ni tak boleh nak buat kerja berat dan badan pun semakin susut (kurus kedengkiang)!   Cara dera macam ni memang tak nampak ganas, tapi lama-kelamaan "makan diri" bagi maid malang itu!  Inilah yg dikatakan "penderaan secara halus".  Memang tak patut.. tapi kalau nak dibandingkan dengan penderaan fizikal, yg ni kurang sikit sakitnya, ia akan mengambil masa juga untuk lihat "kesan" dera mental & material ni.  Agaknya majikan yg berhati "kaudu" ni kena pergi kursus khas dulu sebelum betul-betul layak mengambil maid.

2.  MEMANG SUKAR NAK CARI MAID YG SESUAI DAN FAKTOR YG MENJURUS KEPADA MAJIKAN  MENDERA


    Ya... inilah yg jadi dilemma kebanyakan wanita.  Nak "hire" maid yg muda, takut menggoda suami.   [Jangan tak tahu, ada kisah yg mana maid dia suka berkemban lepas mandi, keluar dari bilik mandi "menayang" peha & betis, serta dada yg menggiurkan!  Kalau husband "tertengok", tak ke naya punya kes???]   Ini selalu terjadi bagi maid yg muda & "gedik".   Nak "hire" maid yg tua, takut banyak penyakit pulak!  Dahlah tu... nanti kita balik yg dimarahnya... memang ada kisah begini.   Yang muda berbangsa Melayu memang susah sebab mereka sekarang lebih suka kerja kilang..  mau tak mau... terpaksalah cari minah Indon ataupun Filipina.   Itulah dilemma pertama dalam memilih maid.  Kalau melalui agensi, silap-silap agensi tu menipu.  Konon maid ni "the best".  Tup, tup... tengok-tengok maid ada kurap kat punggung!  Astaghfirullah!  Kan dah susah pulak si majikan kena asingkan pakaian dia dari pakaian kita...?  

    Ada tu pulak maid yg kurang faham bahasa kita.  Kalau maid tu dari Indon, kadang-kadang bahasa dia lain sikit maksudnya dengan kita.  Contoh yg paling ketara ialah perkataan "P*nt*t".  Bagi  depa, perkataan tu maknanya "punggung", tapi bahasa kita???  Tak ke haru kalau dia dok cakap kat depan anak-anak kita:  "Buk!  p*nt*t saya kok berkurap!"   Kan dah terpaksa mengajar dia pulak yg perkataan tu "forbidden" bagi orang Melayu.  kalau tak diajar, silap-silap, anak kita dikatakan suka mencarut nanti!

[Maaf, saya tak ada niat nak mencarut suka-suka tapi itulah yg terjadi kepada rakan baik saya yg mana maid dia ada kurap kat punggung tu!  Dia menyebut perkataan fo

H-Net* KHAS BUAT PEMBELI KERETA NASIONAL DARI KALANGAN WARGA HIZBI.... TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..!

2000-02-17 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: KHAS BUAT PEMBELI KERETA NASIONAL DARI KALANGAN WARGA HIZBI TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK..!





Assalamu'alaikum Warga Hizbi yg dihormati sekelian,


Tumpang saya menulis ni, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada warga Hizbi yg merupakan pembeli KERETA NASIONAL yg di pasarkan oleh EON Berhad.  Sebagai seorang kakitangan yg bertanggungjawab, saya rasa amat wajar untuk saya mengucapkan terima kasih ini kepada semua rakan-rakan Hizbi Netters (baik yg saya kenal personally ataupun tidak), baik yg se"consensus" dengan saya ataupun tidak, itu tak jadi masalah - tapi semuanya berhak untuk menerima ucapan terima kasih yg tak terhingga.  Tanpa kalian, siapalah kami!

Selalunya kita ni asyik bercakap pasal politik lah, itulah, inilah. namun di sebalik itu, saya tak mahu lupa bahawa pengguna/pembeli kereta Nasional edaran kami adalah asset yg paling penting  dan saya rasa, Hizbi netters juga merupakan asset kami yg penting yg tak patut dilupakan.

Sehubungan dengan itu, pihak Perkhidmatan Pelanggan kami akan sentiasa menghargai semua pelanggan dengan memberikan perkhidmatan selepas jualan yg cekap dan memuaskan.

Ya... tanpa kalian, siapalah kami!  Untuk menghadapi cabaran yg akan datang, kami akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pelanggan kami dan mempunyai hubungan baik dengan "pembeli/pelanggan setia".

Harap pihak Penyelenggara Hizbi tak "ban" saya, ini bukan promosi  tapi suatu penghargaan secara peribadi dari saya kepada Hizbi Netters yg menggunakan Kereta Nasional edaran kami.

Untuk pengetahuan dan demi mengelakkan sebarang kekeliruan, izinkan saya senaraikan model-model yg diedarkan di samping model yg dipasarkan oleh pesaing kami:

EDARAN OTOMOBIL NASIONAL BERHAD:


1.  Proton Perdana V6 (ini yg paling baru)
2.  Proton Perdana biasa berbagai versi (World Cup Golf, etc)
3.  Wira SEDAN (1.3, 1.5, 1.6 both Manual & Auto, except 1.3)
4.  Iswara Aeroback (1.3 - Manual, 1.5 Auto & Manual)
5.  Iswara SEDAN (1.3 - Manual, 1.5 Auto & Manual juga)
6.  Wira 1.8 (SOHC & DOHC, Auto & Manual)
7.  Wira 2.0 (Diesel - Manual saja)
8.  MTB TRuck (HICOM Perkasa)


Lagi apa?  Itu ajelah..



USPD (Usahasama Proton DRB)


1.  Putra 1.8 (Auto/Manual)
2.  Satria 1.3 & 1.6 (Auto hanya model 1.6 shj)
3.  Tiara
4.  Wira Aeroback 1.3, 1.5 & 1.6 (Manual & Auto)


So far, itu saja yg saya tahu.


PERODUA:


1.  Kancil 660 & 850 (Auto, Manual)
2.  Kembara 1.3  (Auto, Manual)
3.  Rusa 1.3 & 1.6 (kalau tak silap saya)


Orang Perodua, bila lagi nak produce "Gajah" pulak?  Ekekekeke.


Dengan info yg saya beri, saya minta sangat-sangat, janganlah minta saya tolong untuk "quote" price bagi model yg bukan dipasarkan oleh EON Berhad.   Tak dapek den nak nolong hah!  Bukan apa, pernah tu ada netter minta saya quotation untuk harga Satria - itu kena tanya orang USPD (tapi depa belum ada e-mail lagi).  

Syukur saya panjatkan pada Allah Ta'ala kerana dengan rezeki pemberianNya, maka kalian mampu untuk membeli kereta & syarikat kami  pula mampu untuk memberikan faedah yg baik kepada kami, kakitangan. SINCERE THANKS from me.  YOU ALL DESERVE IT!

Akhir kalam, inilah pantun saya kepada semua warga Hizbi(muslimat & "siber" tak ketinggalan)



Setinggi penghargaan, seikhlas ucapan 
Kepada pelanggan dan pembeli  budiman
Perkhidmatan pelanggan akan kami pertingkatkan
Demi kepuasan pelanggan dan mencapai visi impian


Wassalam


AIN


P/S:  Saya tidak mewakili syarikat, tapi suatu penghargaan purely  atas dasar semangat setiakawan.





H-Net* Lulusan Oversea...... Beruntunglah Hangpa! [Aku yg Ketinggalan....]

2000-02-16 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Lulusan Oversea.. Beruntunglah Hangpa! [Aku yg Ketinggalan]





Assalamu'alaikum kepada semuanya


Maafkan saya, teringin pulak nak menyampuk.  Yang sebenarnya, tajuk e-mail yg asal ialah "Lulusan UK Versus Lulusan US".  Disebabkan tajuk tu dah nak "lari" dari apa isi yg dibincangkan, terpaksalah saya membuat inisiatif untuk menukarnya.  Saya harap tak jadi kemarahan kepada sesiapa... especially kepada "empunya asal" tajuk ni..

Tak boleh jadi..  nak juga luahkan pendapat, tambahan pula terbaca e-mail dari Sdr Adam... semuanya saya agree belaka, begitu juga dengan Sdr Tebuan dan Sdr RA Batubara. pendapat yg diberi bernas belaka.   Apa yg saya nak sentuh point No. 4...   Ha... yg ni saya memang nak tambahkan lagi komen dari Adam.   Meh kita "extract" apa yg Adam tulih:

-Original Message-
From: Adam 


4. Apek- apek yang tak pi ke US atau UK ( atau mana
mana U) tu pun malah lebih berjaya dari kebanyakan
dari kita semua. Apakah rahasia apek ni semua ? Lagu
mana depa ni semua tak ada degree sedangkan kita penuh
degree/diploma/sijil di dinding tak boleh berjaya sama
dengan depa ni??? Cuba mai kita pakat pakat renung sat
??





Memang betul Adam... sama ada kita sedar atau tidak, kita ni yg bangsa "MIM", kalau kita lihat dalam "resume" applicant bangsa "MIM" kat mana-mana syarikat pun, boleh dikatakan semuanya lulusan dari luar negeri ataupun U-U tempatan belaka.  Dahlah tu, kadang-kadang tu depa "over-qualified", sepatutnya jagi Manager tapi cuma dapat jadi Sr Executive ajeTapi mengapa bila tang "Apek-apek & Nyonya-nyonya", depa tak ada kelulusan even dari U-U tempatan tu boleh cepat naik sampai boleh jadi GM???  Apa rahsia kejayaan mereka?  Ada tak sesiapa kawan-kawan kita yg "MIM" yg pernah cuba-cuba "korek" rahsia ni dari kengkawan "Cha-ya-nun"alif"?  Adakah ini dikatakan "diskriminasi" kaum?  Kaum yg "itu" boleh dapat kerja baik walaupun without any qualification.  Bukan nak kata... kat sini pun apa kurangnya!   Yang hanya lulus SPM pun boleh jadi Manager!   (Saya rasa Haslim - bekas rakan sepejabat saya yg juga Hizbi netter pun tahu, kan?)  Tapi tak mau lah komen tang ni, kang kena tangkap bawah akta "Sedition" pulak kang...!  

Saya katakan "beruntung" sebabnya, kalau difikirkan balik, tak rugipun hangpa ni sama ada qualified dari UK ka, US ka, Jordan ka...  hangpa semua beruntung, dapat belajaq jauh-jauh (saya bukan tiru cara Adam atau Pakdin cakap, tapi husband saya memang orang Utara, hehehehe!).  Kalau balik Malaysia lepaih tu, paling cekai pun dapat jugak jadi atas sikit aje dari "Clerk".   Itu paling "cekai".. maaflah kalau ada yg lebih dari tu. Semuanya sama aja...  pokok pangkal hati kita, jika kita dah "set" goal untuk ada wawasan dalam hidup kita, maka berjayalah kita.  Kalau kita nak bandingkan dengan apek-apek & nyonya-nyonya yg tak ada kelulusan tu walaupun depa tu dari segi kerjaya better than us, itu REZEKI depa.  Advantage yg kita ada ialah; kita mempunyai kelulusan.  Kadang-kala tu rasa "sakit hati" jugak bila kita tengok depa tu senang-senang aje naik pangkat, naik gaji, tapi kita jugak yg melopong, walhal tak kurang degree kita.  Tak apa, rezeki belum ada, tapi InsyaAllah, in future, kita tak tahu... .mungkin giliran kita belum masa lagi kot...

OK... itu satu hal, lagi satu hal yg saya katakan "beruntung" tu ialah  hangpa semua boleh jugak nak pi UK ka, pi US ka, pi Australia ka, mana-mana pun tak apa, janji bila kata "tak lama lagi aku pi oversea sambung belajaq", sure orang kampung pandang tinggi punya!  Kiranya macam kita ni di"upgrade"kan oleh orang kampung.  Mesti "terror"... tak kiralah, mana-mana pun, orang pasti respect punya.  Dari segi syllabus atau subjek-subjek tu, orang kampung apa yg depa tahu sangat?  Bukanlah kita nak rendahkan mentaliti orang kampung, tapi itulah hakikatnya.   Pasti depa lebih hormat kat kita sebab belajar kat oversea.  Itulah beruntungnya you allorang kampung semua tahu hangpa ni otak "terror", sejuk perut mak mengandungkan hangpa!

Saya ni bukan apa saya cuma terkilan.  Dulu, masa lepas dapat result SPM, Pengetua sekolah saya "suggest" saya buat "A" level kat  UK.  Gedebuk, degebak. dapatlah peluang nak buat "A" level kat UK.   Balik dari sekolah, beritahu kat mak..  yeah... seronoknya bila dapat berita tu.  Tup-tup bila terdengar oleh arwah Wan (orang Selangor panggil "nenek" tu "Wan", orang Kedah panggil "Tok") yg saya ni nak pergi oversea, beriya-iya dia "objected" hasrat saya.  Katanya, saya ni anak dara, mentah lagi pulak tu... lepas tu anak manja, tak pernah berpisah dengan mak bapak hai, anak bongsulah katakan!  Pot-pet, pot-pet, pot-petorang tua tu "lecture" mak saya mak saya pun give up.  SAYA LAGI GIVE UP!

Bila saya teliti balik memang benar apa yg arwah Wan saya katakan.  Saya ni terlalu manja, tak boleh berpisah dengan keluarga.  Arwah Wan masa tu, ungkit

RE: H-Net* Fw: Popiah Daging Anjing - Sate Anjing pun Ada juga!

2000-02-01 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* Fw: Popiah Daging Anjing - Sate Anjing pun Ada juga!





Assalamu'alaikum,


Terima kasihlah kepada Halimatun kerana memforwardkan info pasal popiah kecil ni.. nampaknya lepas ni ada yg "geli geleman" pulak nak makan popiah kecil.  Memanglah menjadi kesukaan ramai gamaknya si popiah tu.   Yang penting, kalau kita tahu siapa yg buat, tak apalah  


Bercakap pasal anjing ni, saya teringat di masa saya sedang bersekolah dulu di Klang mak saudara saya menceritakan bahawa jirannya termakan sate daging anjing.  Kisahnya begini, suatu hari tu adalah seorang yg kalau tengok sekali lalu, macam Melayu.  Dia bermotosikal aje dan terpekik-pekik menjual apa benda entah..  alih-alih sampai kat depan rumah mak ngah ni, barulah tahu dia jual sate.  Heran gak orang tua tu sebab petang-petang buta dah ada orang jual sate, dahlah tu naik motosikal pulak.  Jadi, yg jiran mak ngah ni tahanlah pak cik jual sate... tanya punya tanya... katanya dia jual sate petang dari rumah ke rumah sebab malam nya nanti dia akan berniaga kat restoran pulak.  Sambil tu, katanya isterinya di rumah sedang menyiapkan sate yg akan dijualkan pada waktu malam pulak.  So yg jiran ni tanpa ada syak wasangka, belilah beberapa cucuk (konon nak cuba, kalau sedap lain kali boleh beli lagi!).   Dah tu, kawan ni pun makanlah sate..  Wow!  katanya, boleh tahan sate si "Wak" tu.  So, dia cakap kat wife dia, esok beli lagi sate tu sebab esoknya dia akan kerja.  Balik dari kerja nanti, bolehlah dia makan untuk minum petang sekembali dari pejabat.

So... the next day wife dia pun tunggulah si penjual sate.  Lega sebab dia datang pada masa yg sama, tak payah nak tunggu lama.  member pun belilah lebih sikit kali ni sebab sedapnya bukan main!  Begitulah setiap hari.. .sampai mak saudara saya ni jadi "curious", nak tahu sedap sangat ke sate yg dibeli tiap-tiap hari tu.  Tapi, mak ngah saya memang cerewet.  Dia bukan boleh kalau sembarangan aje..  dia ni "suspicious" sikit orangnya.  Mulalah dia rasa tak sedap hati, walaupun deep inside her heart she really wanted to taste the satay.  So, dengan teragak-agak, tak terjamah jugak sate tu.  Tuhan tu maha kaya..  tengah dia nak menjamah, datanglah anak kecil jiran ni menyergah dia, langsung sate tu jatuh... kotorlah... so tak jadilah mak ngah makan  Kata Mak Ngah, "tak ada rezeki aku agaknya".  mmm...

Dipendekkan cerita, si suami jiran ni pun dah mula rasa "suspicious"... kenapa bila makan aje satay tu, lepas satu nak dua, lepas dua nak tiga  and then bila habis mesti ingat nak beli lagi!  Dah kes parah ni!  One thing, dia memang perasan, everytime Wak tu datang jual, dia adalah pembeli yg terakhir,  seolah-olah kawasan itu memang kira "last kopek" punya area yg nak di"cover".    Dia ni pun, pada satu hari Allah Ta'ala gerakkah hati dia, secara senyap-senyap dia mengekori si  "Wak" tu dengan seorang kawan..   alangkah terperanjatnya dia bila dia tengok tempat tinggal wak tu penuh dengan anjing; berbagai rupa anjing, anjing kurap, anjing kecik, anjing besar, yg "sheppard" tapi dah berkurap, and then depa tu main tetak-tetak aje nak matikan anjing tu. Nampaklah jugak tempat dia membakar satay & memang ada tempat yg khas untuk "mengerjakan" daging anjing tu jadi satay.  Ada 2 orang pekerja nampaknya...!  Apa lagi, kawan tu termuntah-muntah kat kereta dia dan terus pengsan!

Rupa-rupanya... barulah dia tahu sate yg dia makan sedap tu adalah sate anjing.   Balik rumah nak cerita kat wife dia pun serba salah, tapi cerita jugaklah tu yg mak ngah dapat tahu & cerita pada kami.  Mulai dari cerita mak ngah, kami semua takut nak makan sate, terbayang-bayang daging tu daging anjing... walaupun kita tahu siapa yg jual.  "Phobia" yg amat sangat.  Kes yg tadi tu jadi kes polis.    Dia adalah orang Indonesia yg loghat dia macam loghat Jawa biasa, tak macam loghat Indonesia yg pekat.  Penjual tu menjual satenya di kawasan mak ngah sebab  dia dah banyak jual kat area Cina, jadi yg last-last kopek punya dia jual kat area Melayu/Islam.  That was why bila nak habis, baru dia datang ke area Melayu, saja nak kenakan... hah.. padan muka, kena tangkap!   Kalau tidak, sedap aje makan sate anjing, ish geli geleman teman, o!

Jadi hati-hatilah jangan ingat yg "sedap" tu SEMUA nya halal check dulu...


OK  Wassalam






-Original Message-
From: Halimatun [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 02 February, 2000 1:59 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Fw: Popiah Daging Anjing




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
> - Original Message -
> From: Aid

H-Net* SUN REPORTED: "RUMOURS WORK OF OPPOSITION & PUNDITS" - Katan Pee Em... Kan dah kena!!!

2000-01-27 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: SUN REPORTED:  "RUMOURS WORK OF OPPOSITION & PUNDITS" -  Katan Pee Em...  Kan dah kena!!!





Assalamu'alaikum kepada netters budiman,


Tadi terpandang dalam akhbar The Sun melaporkan bahawasanya PM yg amat kita kasihi(?) berkata seperti dalam tajuk di atas.  Siap dengan gambar dia nampak "fresh" lagi, macam sayur yg baru dipetik dari ladang gamaknya.

Look.  sejak dua tiga hari ni dalam Hizbi pun ada juga "khabar angin" yg mengatakan macam-macam tentang kesihatan PM.   Tapi sejauh manakah berita yg mengatakan "itu ini " tentang PM itu benar?  Well.  kita tak tahu sebenarnya, tapi kita cuba juga nak tahu & risik-risik dari sumber yg boleh dipercayai.   Kalau boleh, semua orang mahu menjadi "orang pertama" untuk mengetahui cerita sebenar, saya gerenti punya!  Ya lah, termasuk sayalah juga, tapi apakan daya, kita ni rakyat marhain aje...  

Lalu, desas-desus dan sok sek itu merebaklah ke serata mailing list, laman-laman web dan sewaktu dengannya.  Tup-tup, berita lain pulak, keluar gambarnya yg saya katakan "fresh" tu (this is from my personal judgement, other people may look at it differently).   Persoalannya ialah; SIAPAKAH YG BETUL?  Sebelum ni kita dengar "dia" jatuh kudalah, tak sihatlah dan macam-macam lagi.  Berdayakah kita "trace" siapa yg dapat berita ni dulu?  "Juang-juang kita" ke atau "puak-puak dia" dulu yg sebarkan berita macam tu?

Kenapa saya tanya?  Sebabnya, cuba kita fikir balik..  kita tak tahu apa agenda & perancangan "the other party" - so, dalam menerima berita, kita kena buat analisa juga.  Kadang-kadang, berita tu datangnya dari sumber "dia" juga.  Tapi sengaja disebarkan kepada "juang-juang" sebelah sini.  jadi, bagi kita yg "juang-juang" sebelah sini, rasa "seronok" pulak dengan berita seperti itu, dan berharap ia adalah benar, bukan rumours kerana sumber itu datang dari "puak-puak" sebelah sana.  TAPI...  tak terfikirkah kita bahawa itu mungkin suatu perangkap yg pasti akan memakan diri "juang-juang" kita?  Lihatlah..  sekarang ni "dia" pulak kata "it's the work of opposition & pundits".   Haaa kan dah kena!   Tak pasal-pasal "dia" ada "points" untuk kenakan pihak sebelah sini pulak!  Tak pasal-paal kita pulak yg dikatakan memulakan berita-berita palsu pasal "dia", sedangkan entah siapa yg punya kerja, kita tak tahu, betul tak???

Jadi... kita ni berhati-hati dengan "permainan" seperti ini.   They can come up with any tactics. untuk membuktikan kebenaran di pihak mereka, tapi "kepalsuan" dari "juang-juang sebelah sini".   Boleh dengar, ,tapi jangan percaya.  Sekarang ni memang susah nak percaya sesiapa pun.  Especially bila bab-bab politik sebegini cerita-cerita tentang "dia" memang mudah untuk disensasikan, tapi kita jangan terburu-buru bagi komen apa-apa  Ini penting kerana, kalau kita rasa diri kita mulia, tak macam "pihak sebelah sana" atau "puak-puak dia", kita kena "maintain" kita punya "tone" supaya kita TIDAK dikatakan atau "DI-COP" menjadi PENYEBAR FITNAH No. Wahid pulak!  Kan lebih baik cara begini. 

Cuma saya bimbang, jika ada para pemimpin alternatif yg "terikut"ikut" dengan berita yg disebarkan, yg mana saya rasa tak mungkin, ini adalah kerana pemimpin "juang-juang sebelah sini" lebih rational & lebih berwibawa.  

Waspadalah, kita tak tahu apa agenda seterusnya, walau siapapun yg benar, kalau kita rasa KITA TETAP DI PIHAK YG BENAR, maka kita jangan terikut-ikut rentak pihak yg kita sendiri memang dah tahu sebagai PEMBAWA FITNAH.  Jadi, "keghairahan" yg timbul kerana mendengar berita-berita yg belum tentu sahih ni akan beri peluang pulak kepada "puak-puak itu" menampakkan kesilapan kita.   Mahukah kita dituduh sebagai pembawa fitnah?

Secara kesimpulannya, nak salurkan berita tu memang boleh, tapi berhati-hatilah dengan sebarang komen.  Takut nanti tak pasal-pasal orang boleh tuduh atau dakwa kita balik sebagai penyampai berita palsu. dan suka mencarut.  Kita just tunggu & lihat sahaja.  Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui, dan adalalh perancang yg terbaik.  

So, saya pun nak minta maaflah kalau sebelum ni saya pernah menghantar sebarang berita yg tak tentu sahihnya kepada rakan-rakan dalam Hizbi ni yg mungkin dihantar secara personal.  Dengan apa yg berlaku sekarang, I really learned my lesson!  Cuba Tuan-tuan & Puan-puan fikirkan"Reverse Psychology" yg dimainkan akan mempunyai "adverse impact" pada "juang-juang" sebelah sini.

Saya tak mahu komen apa yg "dia" kata sebagai "works of opposition & pundits", dan saya juga tidak berminta untuk membaca berita dalam 'The Sun" lebih lanjut kerana sudah pasti akan memihak kepada "puak-puak dia".   Saya cuma ingin berpesan sahaja kepada netters semua agar berwaspadalah dengan berita-berita yg akan menyebabkan kita pulak yg kena tuduh sebagai "pembawa fitnah".  Itu saja.




RE: H-Net* Cerita Sebenar DSAI

2000-01-26 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* Cerita Sebenar DSAI





Assalamu'alaikum.


Saya cuma mampu tersenyum sambil geleng-geleng kepala bila baca artikel dari Azizul ni   Sampai colleague saya yg "terperasan" saya tengah tersengih-sengih ni jadik heran... apahal pulak ya?  

Something that I would like Azizul to ponder..  why must you refer to the people from "the other side" if you can get the "real picture" from "another side"? 

Ya lah... bak kata orang, nak dapat cerita sahih ni kenalah tengok pada tempatnya.   Kalau kamu bertanyakan personaliti seseorang itu daripada musuhnya, maka jawapan yg akan anda terima adalah NEGATIF.  Itu sudah pasti.. tapi AWAS  juga, mungkin musuhnya akan memberikan gambaran yg positif, tapi mempunyai muslihat yg tertentu.   Yg ni saya dah pernah kena dah.

Story yg macam Azizul bawakan ini pasti akan boleh didengar juga oleh mana-mana pihak yg bertanyakan hal sebenarnya daripada ahli from "the other side".  It will be definitely the same version.  Ataupun mungkin ada tokok tambah  "exaggerating" kata orang putih.  Dan yg pasti, kalau betul DSWA betul-betul "menghadap" PM kita, mengapa pula Si Ummi Felda kena berhempas pulas juga untuk mendakwa itu ini, begitu begini terhadap DSAI & abangnya, YB Azmin Ali?  Why don't they  (Ummi Felda & DSWA) "team up" together dan fitnahkan terus-terusan manusia yg bergelar DSAI itu???  Boleh tak kawannya si Azizul yg bawa cerita ni explain pulak??

Sorry..., senyuman saya tak boleh kekal lama  tapi cukuplah saya katakan bahawa cerita-cerita sebegini pasti akan jadi satu tajuk yg akan menarik ramai para Hizbi netters ke arah suatu pertengkaran pulak.   Saya harap, hizbi netters semua boleh berfikiran RATIONAL, InsyaAllah.  And don't maki-maki, kalau boleh.

Azizul, you may expect to get many answers and versions of stories that you bring up later!!  Believe me.  Kot ya pun nak bawakan sesuatu isu, cuba elakkan dari orang merasa marah atau kutuk anda kemudiannya...  entahlah, tepuk dada tanyalah selera.






-Original Message-
From: azizul mohd shariff [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 27 January, 2000 1:12 PM
To: hizbi net
Subject: H-Net* Cerita Sebenar DSAI




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Beberapa hari yg lalu saya telah men-chit-chat dgn
seorang hamba allah yg begitu rapat dgn big-shots
umno.  So, utk memulakan cerita dia telah membuka
"rahsia" sebenar mengenai DSAI, DSWA & Mahathir, yg
mana lawyer-lawyer DSAI pun tak tahu. Mengikut
katanya, semasa DSAI masih jadi TPM, DSWA telah
berjumpa dgn PM utk mengadu mengenai suaminya DSAI.
DSWA pun mengadu yg DSAI telah melakukan perkara2 yg
tak baik spt menendang muka beliau, meliwat,
womanising, dsb...


Mengikut kata hambaallah ini, dirumah PM diSri Perdana
(rumah lama), ada 3 bilik khas iaitu satu 'unofficial
room', satu 'official room' dan satu lagi 'secret
room'. So, semasa DSWA mengadu kpd PM, PM telah bawa
DSWA ke bilik 'secret room' dimana didlm nya ada
equipment yg paling canggih spt hidden camera, hidden
microphone, recorders dsb. Dan PM, kata hambaallah ini
masih ada rakaman perjumpaan nya dgn DSWA.


So, utk memendekkan cerita, hambaallah ini memberitahu
bahawa sebab-sebabnya laywers DSAI tidak dapat
mengheret PM kemahkamah sebagai saksi kes DSAI adalah
atas nasihat DSWA supaya rahsia pengaduan nya kpd PM
dahulu tidak dibocorkan kpd umum. 


I'm relaying this story is just to let everybody
ponder. Perhaps, some of you might have better 'true
story' than what I have. 


=
Azizul Mohd Shariff



__
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    )
 


Pengirim: azizul mohd shariff <[EMAIL PROTECTED]>





H-Net* Mencari E-mail Address Rakan Hizbi.. MHS... please repond!

2000-01-26 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Mencari E-mail Address Rakan Hizbi..  MHS... please repond!





Assalamu'alaikum!


Maafkan saya kerana menggunakan ruangan Hizbi ni juga untuk mencari seseorang.   Saya "ter"hilangkan e-mail address salah seorang penjaring Hizbi yg menggunakan nama "[EMAIL PROTECTED]".   

Kepada "mhs", pls respond to me, I have few tazkirah to forward to you.


Saya betul-betul tak sengaja terhilangkan e-mail address tu.


Sorry for any inconveniences caused.


Wassalam






H-Net* Skim kereta murah..... (Reply)

2000-01-25 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Skim kereta murah.  (Reply)





Assalamu'alaikum kepada para netters sekelian


Izinkan saya beri komen saya.   Sebagai seorang kakitangan dari sebuah syarikat pengedaran kereta tempatan (local distributor of the national cars)  saya rasa skim kereta murah yg dimaksudkan oleh kawan kita Affiq ni adalah lebih merupakan kepada suatu bentuk "kereta sewa" atau "kereta pajak".  Tapi saya tidak mewakili pihak syarikat saya, cuma in pendapat peribadi atas dasar pengalaman saya bekerja di sini.   So far, syarikat kami tidak menggalakkan sebarang skim yg berbentuk begini ataupun seperti yg Affiq katakan.

Saya katakan kereta sewa/pajak kerana anak saudara saya membeli 2 buah kereta Kancil.  Satu "dipajak"kan kepada sebuah syarikat kereta sewa yg "menyewa/memajak" kereta Kancilnya itu.  Yang sebuah lagi dia guna untuk kegunaan sehariannya seperti biasa.   Apa yg menarik ialah, (bagi saya memang tak menarik langsung); kereta tu memang kita tak bayar bulanannya, in fact, "maintenance" dia pun kita tak payah nak risau-risau  so, bagi sayalah, kalau kita ada kereta, tapi jangan kata nak guna, "bayang"nya pun kita tak nampak (hanya nampak selepas 7 tahun), nak buat apa??  Anak saudara saya cuma membayar RM1,900 sahaja sebagai "downpayment", the rest will be borne by the "penyewa/pemajak".  We call it in English as "rental services".  Kata anak saudara saya tu, dia mempunyai "valid agreement" dengan pihak penyewa kereta itu. 

Saya nasihatkan, BERHATI-HATIlah dengan skim yg tak tentu hala ni...  Unless you all betul-betul ada "agreement" yg boleh diketengahkan ke mahkamah seandainya berlaku sebarang "descrepancies" kelak , maka you all bolehlah fikir 2 kali untuk dapatkan kereta murah sebagini.   Tapi, jika TIADA sebarang dokumen berbentuk "agreement" dan "agreement" yg ada hanya akan memihak kepada the other party ataupun tidak boleh diketangahkan ke mahkamah. JANGANLAH terburu-buru.. ya lah.. tengok kereta murah, jadi ghairah pulak kita.   Bagi saya...  kereta Wira Aeroback yg paling murah pun kalau tengok market value nya sekarang ialah RM30,000 untuk model tahun 1993 - 1.5 Automatic (ini adalah "quotation" dari EON Motoria).  Model Wira Aeroback yg paling "lama" ialah 1993, bulan Oktober. itulah market value nya.   Harga yang terbaru hanya orang di USPD sahaja yg tahu sebab kami di EON tak distribute Wira Aeroback, hanya Sedan sahaja.   If I am not mistaken, it will be around RM53,000 to RM56,000 untuk kereta Aeroback yg baru.

Jadi kengkawan semua.  fikirlah baik-baik jika di"datangi" oleh "tawaran-tawaran" lumayan sebagini.  It might be just a "corn" man nak tipu kita.  Saya bab-bab menipu dengan skim kaya ni belumlah terkena lagi (Na'uzubillah!), tapi kena tipu cara lain adalah.  Kawan sendiri yg menipu, melibatkan lebih kurang RM2,000 duit saya.

Berhati-hatilah, kerana apabila "orang-orang yg suka menipu" atau tersepit ni sedang desperate, apa cara sekalipun depa akan tipu jugak.

Wallahu'alam.


Salam hormat.



-Original Message-
From: M.Affiq Hakimi [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: 26 January, 2000 5:43 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* awas skim tipu nak kaya.Skim kereta murah




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Saya ada kawan offer kalau nak Wira AB new brand dlm harga RM15K..dan tak 
payah bayar bulan-bulan...after 7 years dpt geran...semua urusan adalah 
seperti proses pembelian kereta biasa cuma tidak ade monthly payment...apa 
komen para netters semua.



>From: "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* awas skim tipu nak kaya
>Date: Tue, 25 Jan 2000 22:28:12 GMT
>
>
>*~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
>{    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
>{    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
>*~*
>  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~
>Tipu.
>
>Assalamualaikum,
>
>Skim 3 in 1 , atau 3 bagi aku dan satu untuk engkau , yang bergiat aktif
>diKelantan sebelum Ramadhan baru baru ini didapati skim tipu.
>
>Skim ini ialah , peserta diminta membeli sesuatu barang dengan harga yang
>agak tinggi , dan pehak pengusaha akan membayar balik wang sebanyak 3 kali
>ganda harga barang berkenaan, contoh sekiranya kita membeli barang bernilai
>RM50.00 pehak pengusaha akan membayar kepada kita selepas 40 hari dengan
>nilai RM100 ke RM150.00.
>
>Skim ini beribupejabat di jajahan pasir mas , d

H-Net* FW: H-Muslimat-Net* FW: Pernyataan Terimakasih Dari Aishah

2000-01-19 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: FW: H-Muslimat-Net* FW: Pernyataan Terimakasih Dari Aishah





Assalamu'alaikum sekali lagi


Ini e-mail message dari Aishah terus kepada Puan Salwani dan dipanjangkan kepada Hizbi Net.


Moga ada manfaatnya, especially kepada sesiapa yg masih "was-was" dengan kami di Muslimat.


Wassalam



-Original Message-
From: SALWANI ALI [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: 20 January, 2000 1:52 PM
To: 'Mukminat Net'; 'Nor'ain Eusoff'
Subject: H-Muslimat-Net* FW: Terimakasih 



Ain, pls forward to hizbi net.  A thank you message from Aishah
 
 
-Original Message-
From: aishah [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: 20 January 2000 13:37
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Terimakasih 



Bismillah Arahman R-rahim 


Asalaamu Alaikum Semua, 



Fa inna maal  yusri yusra 
inna maal yusri yusra. 



Terimakasih ,  Alhumdullilah, first of all I thank Allah, for everything
that is good comes from Him. 



I thank Allah for this test, for this test has taught me about Love.
Without this test I would not have realized how much love there is amongst
the muslim ummah.  There has been so much outpouring of love, generosity and
sympathy for our plight.  From both sides of the world from family, friends
and strangers we have recieved friendship, kind words, donations of
different sorts, information (islamic and cultural),Hari Raya greetings,
invitations, introductions, employment opportunities and the list goes on.
Someone even took the time to visit my in-laws (you know who you are).  Our
hearts have been touched in many ways. 



I would especially like to thank Fareha of Waterloo, Ontario, Canada who
told our story to the malaysian sisters.  Although the story had been told
many times before to different email groups with Fareha's special touch it
became a blessed action.  Also I would like to thank the sisters in Malaysia
who took the time to spread the story and collect the donations (not to
mention kept me company!). 



To  all the donaters and sympathizers, May Allah bless you.  You are truly
the Ansar of our hijrah.  Insha Allah one day we may even meet and create
new friendships. 



Most of all I thank Allah for guiding me to the straight path by sending me
a Malaysian Muslim student to do dawah with me and show me the Truth. 
May Allah continue to bless my husband with more barakah like he has
recieved from all of you. 



Terimakasih from the bottom of my heart. 



Wa Salaamu Alaikum 
Aishah dan keluarga. 



 Laman Muslimat Net di http://members.tripod.com/~muslimatnet/


 ==
 = Melanggan? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: SUBSCRIBE MUSLIMAT =
 = Berhenti? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE MUSLIMAT =
 = Segala pandangan dan pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan =
 = pandangan rasmi dan bukan tanggungjawab Hizbi-Muslimat-Net =
 ==


 
 Pengirim: SALWANI ALI <[EMAIL PROTECTED]>$
 





H-Net* Tabung Aishah : Terima Kasih Kepada semua & Tarikh Akhir Bagi Penutupan Akaun

2000-01-19 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title:  Tabung Aishah : Terima Kasih Kepada semua & Tarikh Akhir Bagi Penutupan Akaun





Assalamu'alaikum kepada para Hizbi Netters yg dirahmati Allah sekelian:


Bagi pihak Muslimat Net, saya ni diamanahkan untuk mem"forward"kan e-mail dari pihak Muslimat ke Hizbi net.  Kepada semua yg telah menderma, terima kasih banyak-banyak.  Kepada yg belum tu.  sila-sila lah buat sesuatu semampu yg boleh, mengikut keikhlasan hati.

OK. saya rasa tak perlu saya membebel banyak-banyak, cukuplah sekadar Tuan-tuan & Puan-puan yg budiman sekelian membaca messages yg tertera di bawah.  Tarikh akhir penutupan akaun ni ialah pada 31 January, 2000 bersamaan hari Isnin.

Kepada Bib, I think you can expect more.  Kepada sesiapa yg "tertinggal keretapi" (mungkin ada "netters" yg baru join Hizbi Net ni), silalah menulis kepada Cik Habibah Yahya, Akauntan yg dilantik sebagai pemegang amanah projek tabung derma ini untuk cerita yg telah kami siarkan sebelum ni.   Manalah tahu  Cik Bibah ni "Cik" lagi... hai faham-faham ajelah; gara-gara mengendalikan projek ni, kot-kot DAPAT PAHALA KITA SEMUA,  jika terbinanya satu masjid pulak nanti, berganda-ganda pahala kita.  Satu sebab menolong seorang muallaf berhijrah ke Malaysia dan hidup dalam suasana Islam di Malaysia dan kedua sebab. kerana projek ni, ahaaa!  Tak salah, kan?  Hehehe.

Bib jangan marah yagurau aje.   Kalau nak marah jugak, please call me! Siap lah aku!


Wassalam



P/S:  Yang dah kahwin tu dinasihatkan "ingat-ingat sikit", cek yg nak dihantar bolehlah dihantar kepada Puan Salwani ke, atau write personally to my e-mail address untuk pertanyaan selanjutnya. 



-Original Message-
From: SALWANI ALI [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: 20 January, 2000 9:36 AM
To: 'Mukminat Net'
Subject: H-Muslimat-Net* FW: Tabung Aishah : Terima Kasih & Jumpa Lagi..




Ain, tolong forwardkan ke Hizbi Net.


-Original Message-
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: 19 January 2000 17:08
To: salwani ali
Cc: aishah
Subject: Tabung Aishah : Terima Kasih & Jumpa Lagi.. 



**[kak wani, tolong fwd ke mus-net & pihak2 yg berkenaan.. tima acih.. ;) ]


Assalmualaikum wr wbt muslimin muslimat yang dirahmati AlLah,


Alhamudillah.. syukur nikmat kepada AlLah yang memberi Rahmat..


It seems now, CONFIRM we can close this Tabung Aishah project by end of
January 2000.
Sehingga ke tarikh ini, Tabung tersebut telah berjaya mengumpul RM1,760.00
[dalam tempoh satu bulan.. bermula pada 16/12/1999 ]


To those yang menderma either yang direct bank-in ataupun yang telah
menghantar cash 
money dan cheque(s) kepada Bib..., Bagi pihak Sis Aishah - Bib ingin
mengucapkan TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA., hanya AlLah yang mampu
membalas..  tanpa jasa baik anda semua tak mungkin kami dapat merealisasikan
hasrat murni ini.  Insya Allah kebaikan yang anda 
hulurkan hari ini akan dibalas pada suatu ketika yang lain dan mungkin ianya
bukan dari 
keluarga Sis Aishah.. Ingatlah firman Allah dalam surah al-Insyirah ayat 5
[kalau tak silap] yang bermaksud "Setiap kebaikan yang dikerjakan walaupun
sebesar zarah, akan dibalas dengan kebaikan". Itulah janji Allah.


Boleh dikatakan 60% daripada jumlah yang diterima datangnya dari "unknown
donor".. I wish I know who they are. Yang hantar cheque (s) dan cash money
pada Bib pun cuma  menulis nota ringkas, without address dan identiti..
Kalau dapat tahu siapa orangnya bagus juga, sekurang2nya bila Sis Aishah
balik ke M'sia nanti bolehlah beliau bersua muka dengan mereka yang membantu
mencukupkan wang tambang hijrah beliau.


Bib juga nak mengucapkan terima kasih kepada sahabat2 yang telah bersusah
payah menjadi 'agen' untuk Tabung Aishah ini, yang mana terpaksa mengulang
cerita Sis Aishah  berkali2 demi untuk menyakinkan pihak yang bertanya..
kerana ramai yang musykil akan kesahihannya. Alhamdulillah, the mission is
almost complete now.


Akhir kalam, Bib berharap semangat bantu-membantu sesama saudara seIslam ini
akan berterusan dipraktiskan.. jika tidak dapat membantu dengan wang
ringgit, bantulah dengan 
kudrat yang ada, jika masih tidak mampu.. panjangkanlah doa untuk
kesejahteraan mereka.. 
biarpun sedikit yang kita sumbangkan, ia sebenarnya memberi penuh makna
kepada yang 
menerima..


Jazakallahukhairan katheera..
Pemegang Amanah [nak pencen dah..:)]
Habibah Yahya..
Ipoh, Perak


petikan nasyid Nahwan Nur dari album Bila Hati Bercahaya
~~
MANIS bicara indah tutur kata
MANIS kalimah pengikat ukhuwah
Hati yang MANIS bercahaya
KeMANISan iman terasa
~~



On 19 Jan 00, at 14:56, SALWANI ALI wrote:


> Alhamdulillah berita terbaru fresh from oven dari Aishah
> 
> -Original Message-
> From: aishah [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
> Sent: 19 January 2000 14:45
> To: SALWANI ALI
> Subject: Re: FW: Shipping
> 
> 
> SALWANI ALI wrote:
> 
> Asalaamu Alaikum
> 
> > I've made the correction.
> >
> > At this moment altogether we need

H-Net* UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA....

2000-01-03 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA





Assalamu'alaikum kepada rakan-rakan netters sekelian,



Dengan akan berakhirnya Ramadhan yg mulia ini, tibalah masanya kita menyambut kedatangan Syawal.  Sedih kerana Ramadhan hanya akan menjelma hujung tahun ni (sebab kita raya 2 kali tahun ni, jika umur panjang; InsyaAllah.

Memandangkan saya dah mula nak bercuti, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya" kepada semua sekali dan saya juga ingin minta maaf sekiranya ada salah & silap sepanjang menulis ke Hizbi net dan juga Muslimat Net.


Kepada rakan-rakan Muslimat saya minta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan beberapa netters yg meminta saya untuk membuat kek permaisuri kerana saya betul-betul sibuk.   Disebabkan sepanjang minggu lepas saya tak sihat, asyik demam (I think Puan Salwani kita tahu sangat akan hal ni), saya hanya boleh buat kek itu untuk mak & kakak-kakak sahaja.  Minta maaflah banyak-banyak.


Kepada yg dah beri address tu... harap bersabar tunggu. kami diberi kad raya lambat dari "person-in-charge", so lambatlah menghantarnya.  Kad pun tak berapa menarik, entah-entah terselit-selit aje di sebalik kad-kad yg besar-besar tu!   Ish  sempat mengutuk kad raya pulak!   Kalau tak sampai, jangan marah tau!  Ni dah minta maaf awal-awal lagi nih!

OK.. kepada yg jauh di perantauan tu.. bersabarlah banyak-banyak Saya faham bagaimana rasanya.. atau mungkin ada yg dah biasa kot.., entahlah!   Kali ni saya tak dapat "konvoi" dengan ipar-duai saya kerana saya akan beraya di KLANG, tanah tumpah darahku.  Wuuushh... seronoknya dapat beraya di rumah ayahbonda, menangislah husband saya kali ni!  Tapi tak apa  raya kedua kita balik juga rumah mertua di Utara, InsyaAllah.  Cumanya mak mertua saya kali ni tak ada menantu sulung dia untuk sibuk-sibuk ke dapur, biasanya setiap kali bila giliran ke Utara dulu, pasti  saya merampas takhta di dapur dari mak mertua saya.  hehehehehe!   Especially bila time buat ketupat daun palas... bagai nak rak belajar balik sebab jarang buat!   Bila bersembang on the phone dengan mak mertua hari tu mulalah dia rasa sedih sebab saya tak ada nak tolong ke dapur sebelum Raya... apa nak buat, dapat menantu jauh-jauh memanglah gitu, kan??  Sekali balik sana, sekali balik sini... 

Teringat pulak last year balik beraya konvoi dua buah kerata.  Kali ni, biras saya bawalah kereta kami dengan kakak ipar saya  Kami akan menyusul pada Hari Raya kedua.  Nak raya kat rumah saudara mara di sekitar Klang, Banting & Shah Alam...   Jika ada kelapangan, sudi-sudilah jemput ke rumah ayahbonda di malam raya pertama di Klang.  Alamat?  Bagi Muslimat netters, tanyalah orang kuat Muslimat Net!  Hehehehe..

Bonda sayalah yg paling seronok nampaknya..  Hai.. maklumlah kali ni anak bongsu dia beraya di rumahnya, tentulah seronok.  Sakanlah tolong mak masak.  Silap-silap takhta dapur rumah mak pulak saya rampas!  Tak sabar nak makan rendang carek-carek dan ketupat pulut.  Orang Selangor tak buat ketupat daun palas, kalau ada pun jarang.  Balik Utara baru boleh makan ketupat daun palas.

Akhir kata, kepada yg nak memandu nanti  berhati-hatilah di jalan raya.  Semoga semuanya dalam rahmat Allah.  Semoga berbahagia di samping keluarga masing-masing.

Wassalam






H-Net* INFO SETERUSNYA BERKENAAN DENGAN TABUNG UNTUK SIS AISHSH..... SEDIKIT LAPORAN PERKEMBANGAN

1999-12-20 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: INFO SETERUSNYA BERKENAAN DENGAN TABUNG UNTUK SIS AISHSH. SEDIKIT LAPORAN PERKEMBANGAN





Assalamu'alaikum para netters budiman,


Berkenaan dengan e-mail saya yg terdahulu yg bertajuk:  "TABUNG DERMA UNTUK SAHABAT - Kisah Aishah.  ",
Alhamdulillah saya telah menerima beberapa mail yang bersetuju untuk
menyumbang kepada tabung tersebut.  Tabung yang kosong nampaknya dah berisi.
Ada juga beberapa netters yang menghubungi saya sendiri.  Terdapat cadangan
untuk memasukkan perkara ini ke dalam Harakah.  Ada sesiapa yang boleh
bantu?


OK.  lagi satu... ada juga netter yg "syak wasangka" kat saya (mungkin netter tu tak pasti saya ni "genuine" kot!) dia tanya sama ada saya ni dapat "komisyen" ke kerana mengiklankan/mewar-warkan tabung derma ni!  Ish ish SAMPAI HATI cakap saya macam tu!  (Siapa yg makan cili, dia terasa pedas yaaa.!)  Saya masih "belum papa kedana" lagi untuk even menerima apa-apa pun dari tabung ni... (Alhamdulillah, semoga Allah terus memberkati saya)  kalau tak caya, saya kepilkan pulak address si Akauntan yg dilantik sebagai pemegang amanah, yg juga merupakan AJK Muslimat Net.   Kepada netter berkenaan apa tunggu lagi?  Meh lah sama-sama menderma, tak caya meh datang jumpa!

Kepada netters semua, segala pertanyaan dalam e-mail cik Bibah ni tolonglah jawabkan, bagi yg arif dalam hal-ehwal pertukaran sekolah.  InsyaAllah, balik rumah nanti tanya kat husband saya, manalah tahu kot-kot kawan tahu procedures persekolahan di sini.  Dulu kat sekolah husband saya pun ada budak "mat salleh" tumpang sekolah dia kejap.

Menjawab persoalan Pabiyen, memang dua orang anak Aishah sekarang ni sedang
Home Schooling.  Dibawah adalah petikan dari jawapan Cik Habibah.


Lastly but not least, "SELAMAT MENDERMA".  Dan juga minta sangatlah kepada netter yg tahu bagaimana nak approach Harakah minta jasa baik depa untuk initiate derma ni untuk diketengahkan kepada public.

P/S:  Tiada orang kuat Harakah ke yg subscribe to Hizbi Net??



From:   [EMAIL PROTECTED] | Block address

36_1158_1930_0&inc=&num=&Search=&YY=5780&order=down&sort=date&pos=0>


To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], Shafinaz Mohd Saad
<[EMAIL PROTECTED]>        
Date:   Fri, 17 Dec 1999 14:01:35 +     
Subject:    RE: H-Net* TABUNG DERMA untuk sahabat       
Organization:   Yee Lee Edible Oils Sdn Bhd     


Assalamualaikum wr wbt kak finaz, kak Ain & pabiyen..


is it necessary to hv my add...?


btw, kak Ain dah call me early this morning.. 


in case le ape2 ke here is my add direct to my office ; 


Yee Lee Edible Oils Sdn Bhd, 
Lot 85, Jalan Portland, 
Tasek Industrial Estate, 
31400 Ipoh


Pabiyen, FYI Yes, it's true that both of sis Aishah daughter [Maryam 12
& Yasmin 7] 
are homeschooling. Sis Aishah get the Ontario school curricular from the
internet.. and she also join the Islamic homeschooling email group.. so, she
has tape & book to help the teaching.. she teachs a lot of things, all the
school subject, and Arab, Vietnames culture [ Maryam is mix vietnamese, so
she still want maryam to learn abt vietnam], Bahasa Malaysia [sis Aishah
cant speak BM but tahu sikit.. sepatah dua] .. 
I get a first hand info, so you can rely on my story.. we used to exchange
email 
everyday..  even until today, she knew that we hv launched this donation
fund.. She hope to comeback to M'sia by Raya Qurban.. I also email Maryam,
but we still
dlm peringkat ta'aruf.. 


I need help is anyone can check on schooling procedure.. since ketiga2 org
anak sis 
Aishah ni memang buta bahasa Melayu.. so, I dont think ddepa akan senang2
terus masuk 
sekolah w/out going to any kelas peralihan.. I've email my fren yg kerja di
Kem. 
Pendidikan tapi my fren ni jarang check email dia.. I did get some feedback,
tapi bila 
cuba nak contact pegawai yg terbabit, emailnya bounce as undelivery.. I did
email again my fren tu, tapi sampai la ni masih tak dapat feedback... 


 
Dengan itu sekali lagi diingatkan sesiapa yang ingin menderma bolehlah
menyumbang ke tabung tersebut seperti berikut


Habibah binti Yahya
Bank Islam Malaysia Berhad , 
A/C No 08-013-02-018720-0


Sekian





H-Net* RESEPI KEK PERMAISURI BUAH-BUAHAN...... KHAS UNTUK SEMUA

1999-12-16 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RESEPI KEK PERMAISURI BUAH-BUAHAN.. KHAS UNTUK SEMUA





Salam buat semua, 


Resipi kek permaisuri ini saya telah hantar ke Muslimat Net & telahpun tersiar.  Namun, elok juga saya forwardkan kepada Hizbi-netters, kot-kot boleh print & suruh isteri masing-masing cuba buat.  Saya guarantee kek ni memang sedap dan rasa-rasanya tak sempat Raya lagi dah "licin"!  

Kek Permaisuri inilah yg telah saya kirimkan kepada bakal mertua saya & mereka terus beri lampu hijau pada bakal husband saya supaya cepat-cepat meminang.. Hehehhehe. kiranya kek ni "kek penambat hati bakal mertua".  Gurau ajelah!!   OK, saya perturunkan resepinya seperti berikut:

Bahan-bahannya:


1 tin butter yg diberi nama "Churn" made in New Zealand   Butter ni rupa tin dia keemasan dan biru, harga lebih kurang RM4.50 - 5.00.

1 tin gula halus (untuk menyukat gula & tepung, kita MESTI GUNAKAN tin butter ini juga, jangan guna penyukat yg lain.
2 tin tepung kek naik sendiri 
9 biji telur (yg dipukul hingga gebu segebu-gebunya)
1 kotak buah-buahan campuran (kotak warna merah tu apa nama? "Sun Maid" kalau tak silap la)
Jangan lupa kertas kek yg kecik-kecik tu - about 100 (satu adunan ni boleh dapat more than 100 biji, you know!)
1 kotak kecil manik gula yg warna-warni tu untuk hiasan
1 sudu kecil perasa vanilla
½ cawan gula hangus - cara nak buat gula hangusnya ialah dengan menggunakan setengah cawan gula dan setengah cawan susu cair Ideal.  (nak buat gula hangus ni memang susah tau, sebab dibuat dengan susu cair)

Jangan lupa gunakan petitin kek untuk buat "cup cake"  (kalau tak guna petitin kek macam ni, nanti macam mana kek kita nak naik dengan cantik...  kembang macam bunga kantan pulak!)

Tips & Pantang Larang untuk membuat kek permaisuri ni.


Tepung kek naik sendiri tu hendaklah terlebih dahulu diayak beberapa kali setelah disukat.  Ini amat penting kerana the more kita ayak tepung tu, lebih ringanlah jadinya, dan kek kita akan naik gebu macam tuan yg buat tu lah (kalau tuannya kurus, tak tahulah, kan?  Hehehe.. gurau sikit!)**

*Buah-buahan tu kalau boleh jemur dulu untuk memastikan ia kering & ringan, kemudian taburkan sedikit tepung, agar ia tidak bercantum-cantum***

*Gula hangus tu JANGAN buat awal-awal, takut ia terlalu sejuk.  Gula hangus yg baik ia tak beku setelah sejuk, namun jangan pula ia terlalu panas bila hendak dicampurkan dengan adunan nanti***

*Kacau/pukul mentega dengan gula tu satu hala aje... jangan kejap hala kiri, kejap hala kanandan lagi satu, masa nak taruh tepung dalam adunan, balik-balikkan ia agar ia jadi ringan dan bila naik nanti dia tak turun balik/kek tak jadi lesut

Ingat pesan mak guru, OK?


Cara-caranya:


1.  Mula-mula, seperti biasa, kita pukul hingga kembang (sekarang ni kita pakai mesin aje) butter dengan gula. 


2.  Masukkan telur satu persatu atau sedikit demi sedikit  - telur tu mestilah telah digebukan (fluffy) terlebih dahulu.

3.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan balik-balikkan .


4.  Masukkan buah-buahan kering tu dan pastikan buah-buahan tu tak mendap ke bawah adunan itu.


5.  Masukkan vanila beserta gula hangus tadi.


6.  Gunakan sudu kecil untuk memasukkan adunan itu dan make sure jangan terlalu penuh, sebab kek ni kalau naik  nanti tak cantiklah melempah pulak kek melebihi sarung kek tu!

7.  Taburkan manik-manik gula yg berwarna-wani sebagai hiasan.  Manik-manik gula ni kadang-kadang akan jadi     kembang dan tak berapa menonjol sangat.  Tapi warnanya tetap cantik.  

8.  Bakar dalam oven yg tidak terlalu panas.    Kalau panas sangat, kek akan cepat naik tapi lesut mendadak/jadi    hangus pun ya jugak!

Perlu saya ingatkan bahawa kek ni adunannya terlalu ringan dan nampak macam agak cair.  Tapi, don't worry.  Jangan pandai-pandai pergi tambah lagi tepung...  aduh... nanti kek tu jadi berat & keras.  Ia akan jadi kurang gebu.

SELAMAT MENCUBA BUAT RAKAN-RAKAN MUSLIMAT SEMUA!


Wassalam


AIN





H-Net* * TABUNG DERMA untuk sahabat - Kisah Saudara Baru Aishah yg Ingin Kembali Ke Malaysia.

1999-12-16 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: * TABUNG DERMA untuk sahabat - Kisah Saudara Baru Aishah yg Ingin Kembali Ke Malaysia.





Assalamu'alaikum kepada semua rakan netters Hizbi sekelian (and also my siberian friends), semoga anda semua berada dalam lingkuangan RahmatNya.

Berikut saya kepilkan e-mail dari seorang sahabiah dari Muslimat Net yg meminta saya forwardkan message ini.


Memandangkan kita semua memang takut jika saudara se-Islam kita dimurtadkan, tapi dalam cerita "Aishah" ini agak berlainan sedikit.  Dulu sebelum memeluk agama Islam, Aishah sebenarnya telah cuba memurtadkan saudara kita dalam Islam, iaitu Sdr. Sham.  Instead, bukan Sham yg diKristiankan, tetapi Aishah yg telah diIslamkan... Alhamdulillah, berkat usaha Sham...(Tuan-tuan & Puan-puan sila ikuti kisah selanjutnya dalam message dari rakan muslimat kita, Puan Salwani Ali).

JIKA ADA ANTARA TUAN-TUAN & PUAN-PUAN yg BERMINAT nak sumbangkan derma, untuk pengetahuan, kami di Muslimat Net telah "appoint" seorang Akauntan  untuk menjadi pemegang Amanah tabung ini.  Berikkut saya berikan butir-butirnya:

Nama Pemegang Akaun:    Cik Habibah binti Yahya, Akauntan di Yee Lee Edible Oil S/B
                    Bank Islam Malaysia Berhad , A/C No 08-013-02-018720-0


Jadi sebagai "tukang forward", bagi pihak Muslimat besarlah harapan saya jika ada antara Tuan-tuan & Puan-puan yg bermurah hati untuk menderma bagi membolehkan Aishah berada di dalam kelompok kita, InsyaAllah.  Segala sumbangan tuan-tuan & puan-puan itu saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.   Untuk pengetahuan, saya hanya bertugas untuk memforwardkan saja message ini, ia adalah satu dari projek Muslimat buat masa ini.   

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saya personally melalui e-mail ataupun boleh juga diajukan pertanyaan kepada Puan Salwani Ali sendiri e-mail address beliau ialah:  [EMAIL PROTECTED] ATAU terus kepada Pemegang Akaun, Cik Habibah sendiri di:  [EMAIL PROTECTED]

Semoga usaha kita ini diberkati oleh Allah s.w.t.  InsyaAllah.


Wassalam


==


KISAH AISHAH DIISLAMKAN...


-Original Message-
From:  "Undisclosed Sender"
Sent: 16 December, 1999 3:50 PM
To: 'Nor'ain Eusoff'
Subject: FW: H-Muslimat-Net* TABUNG DERMA untuk sahabat



Ain, boleh tak tolong forward ke hizbi net?  Tujuan kita hanya nak membantu muallaf berhijrah ke
negara Islam.




-Original Message-
From:   SALWANI ALI 
Sent:   16 December 1999 15:29
Cc: [EMAIL PROTECTED]; <mailto:[EMAIL PROTECTED];>  'aishah'
Subject:    RE: H-Muslimat-Net* TABUNG DERMA untuk sahabat


Sis Aishah ini adalah rakyat Kanada.  Suaminya bernama Shamalisham Sulaiman.
Kedua-duanya berusia 31 tahun.  Sebelum berkahwin dnegan Sham, Aishah sudah
mempunyai 2 orang anak dengan suami terdahulu.  Tujuan dia berkawan dengan
Sham pada mulanya ialah untuk mengkristiankan dia, tetapi perkara sebaliknya
terjadi bila dia tak nampak satupun kecacatan pada Islam.  Dia sekarang
sedang mendalami Islam melalui kuliah-kuliah yang diadakan ditempatnya,
Sarnia, Ontario, Kanada.


Aishah dari keluarga yang kurang care.  Ibu-bapanya tidak pernah melawat
beliau begitu juga adik-beradiknya yang lain.  Bukan sebab dia Islam, tetapi
memang keluarganya bukan jenis caring.


Aishah sekarang sudah mempunyai 6 orang anak termasuk anak terdahulu.
Anaknya yang sulung Adam 14 tahun menjadi imam bagi remaja di tempatnya.
Kedua Maryam.  Yasmin adalah anak sulung Sham.  Diikuti Najmi, Taslim dan
terbaru dah lupa namanya, lahir minggu lepas.  Kak Wani masih simpan gambar
mereka anak-beranak kecuali Sham.


Suaminya kebetulannya adalah junior kak wani di Teknik Terengganu.  Beliau
mendapat pinjaman JPA untuk melanjutkan pelajaran ke Kanada.  Batch-mate
Shafinaz Saad.  Beliau fly kalau tak silap 1991.  Selepas dua tahun kena
pindah U, macam kita kat ITM le agaknya.  Di U baru beliau tak dapat
transfer kredit sebab tak cukup dan tak memenuhi syarat U baru tersebut.
Beliau terpaksa tukar kursus dari Civil Engineering kepada Mining
Engineering.  Of course terpaksa mula dari awal.  Kerana dah lebih tempoh,
JPA telah menamatkan pinjaman.  Beliau belajar dengan dibantu oleh Aishah.
Setelah tamat pengajian dalam tahun 1997, sekali lagi JPA enggan memberikan
tiket pulang (mungkin kerana keluarganya yang besar)[EMAIL PROTECTED]


Sham tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan ijazahnya kerana
diskriminasi. Namanya pelik bagi orang Canada untuk menjadi seorang
eksekutif, agamanya juga pelik.  Lainlah kalau dia penghijrah yang dah punya
pengalaman bertahun-tahun bekerja.  Beliau bekerja di departmental store.
Dengan anak 6 orang, tentulah gaji tersebut tidak mencukupi.  Aishah cuba
bekerja, tapi beliau terpaksa membuka tudung jika ingin bekerja.  Sesuatu
yang dia tak suka.  Beberapa kali dia bekerja dan berhenti kerana rasa
bersalah.  Akhirnya dia membuat perniagaan menjual jubah

H-Net* PAK DIN HANCO DI UH, SESIAPA ADA PERGI MENZIARAH?

1999-12-08 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: PAK DIN HANCO DI  UH, SESIAPA ADA PERGI MENZIARAH?






Assalamu'alaikum rakan netters,


Sepanjang ingatan saya  semenjak saya berlanggan Hizbi, saya pernah terlihat Pakdin Hizbinet (pakdin@iname) menceritakan tentang Pak Din Hanco.  Ada sekali dulu...  maafkan saya Pakdin@iname, jika saya tersilap ya!

Saya terbaca dalam Harakah hari Minggu lepas bahawa Pak Din Hancur sedang sakit tenat di UH.  Personally, saya cuma dengar cerita about Pak Din Hanco (PDH) ni melalui Pakdin kita aje.   Actually saya memang berhajat nak memberitahu netters about this, tapi akhbar Harakah tu tertinggal kat rumah mak ayah di Klang.  So, kalau tak cukup fakta  takut salah pulak.  Disebabkan e-mail di bawah yg diforwardkan oleh seorang rakan Muslimat.Net, maka saya berani jugalah memforwardkan ke Hizbi.

Maaflah jika artikel di bawah sememangnya berasal dari Hizb.  Memandangkan belum ada netters yg menghantar sebarang makluman tentang PDH ni, e-mail ni saya hantar untuk makluman bagi yg belum tahu..

Kalau ada sesiapa yg menziarahi PDH, sampaikanlah salam  kita nak pergi kena minta izin husband dulu.  Just curious nak tahubukan kaypoh, tapi saya ada tak sesiapa netters Hizbi yg telah menziarahi PDH ni??

Semoga kita semua mendoakan agar PDH cepat sembuh, InsyaAllah.


Wassalam







***Forwarded e-mail from Undisclosed Sender"



Assalamu'alaikum wr wb


Saya memohon kepada semua yang sudi agar mendoakan kesejahteraan Pak Din 
Hanco (dialek Perak untuk hancur)
yang kini sedang koma di Wad 7, Tingkat 7, Hospital Universiti di PJ. 
Sesiapa yang ada kelapangan tolonglah ziarahi
beliau. Tidak seperti pesakit-pesakit lain yang sedang koma, Pak Din tidak 
ditemani oleh ahli keluarganya. Kalau tak
salah ingatan saya, kira-kira lima enam tahun dulu, Pak Din pernah merungut 
bahawa isterinya masih menyokong
Umno.


Pak Din bukanlah pimpinan PAS atau tokoh handalan parti Islam itu. Dia 
terkenal kerana slogannya setiap
kali ceramah PAS diadakan atau semasa tunjuk perasaan. Beliau pasti akan 
melaungkan slogan yang
seakan-akan menjadi 'trademark' baginya: "Hanco Umno!" atau dalam bahasa 
baku "Hancur Umno!".


Sebenarnya, sumbangan Pak Din kepada perjuangan Islam bukanlah setakat 
slogan "Hanco Umno" sahaja. Tanpa
publisiti dan buat gempar sana-sini, Pak Din pernah menyumbangkan sehingga 
berpuluh-puluh ribu ringgit termasuk
untuk membina markaz PAS di kampungnya.


Pak Din juga tidak pernah absent dalam tunjuk-tunjuk perasaan yang 
dianjurkan oleh orang-orang PAS. Slogan
"Hanco Umno" sentiasa bergema dalam hampir kesemua tunjuk perasaan 
orang-orang PAS itu. Malah, Pak Din pernah
ditangkap dalam satu tunjuk perasaan anti-tolol (atau dalam bahasa BN celaka 
dipanggil tol) bersama-sama, antara
lain, Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam sekarang.


Cerita Pak Din ditangkap memang masyhur di kalangan orang-orang PAS. Dah 
kena tangkap dah, Pak Din tak
henti-henti bersyarah dalam balai polis. Antara lain, katanya (dalam dialek 
orang Parit, Perak) , "Kene (kena) tangkap
kite tak kire, kalau deme bunuh, kite syahid macam Tok Guru kite di Memali".


Oleh kerana dah tak tahan dengan syarahan Pak Din dalam balai polis itu, 
seorang inspektor bertanya Pak Din, "Apa
hal ni Pak Cik?" Pak Din dengan selamba terus menjawab, "Awak tak tau, ini 
hal orang beso-beso (hal orang
besar-besar)". Tak terkata apa inspektor itu dan pergi begitu sahaja.


Pak Din terus bersyarah. Datang seorang ASP bertanya, "Pak Cik nama apa, 
orang mana?" Pak Din jawab, "Name
saye Mat Din bin Uda Batas, saye orang Pulau Tige (tak silap dalam kawasan 
Parlimen Pasir Salak). Paspot saye
telupe (terlupa) nak bawak. Pegi ambik di rumah saye tingkat 11 (Flat 
Kerinci)".


Bila ASP itu menjawab, "Saye pun orang Pulau Tige juge," Pak Din terus 
bersyarah, "Huh! Anak siape kamu? Kamu
balik habo (khabarkan) apak kamu aku lawan tol! Suruh apak kamu lawan tol ni 
semue!".


Semasa tunjuk perasaan anti-Israel di Masjid Al-Rahman dekat UM, Pak Din 
tidak ketinggalan. Bagaimanapun, entah
macam mana, Pak Din tak tertangkap semasa Ops Kriket tu.


Antara kenangan saya dengan Pak Din ialah semasa makan di sebuah gerai. Dia 
minta tauke gerai itu kira semua dia
nak belanja. Oleh kerana saya tak dikenalinya dan lagak pun macam orang 
Umno, Pak Din terus kata, "Ha! Die punye
tak payah. Kalau orang Umno kite tak bayo (bayar)". Naik berkarat muka saya 
masa tu!


Kepada sesiapa sahaja yang sudi, doakanlah Pak Din Hanco dan kalau ada masa, 
sudi-sudikanlah
menziarahi pejuang yang tidak pernah meminta kedudukan dan jawatan itu, 
hatta di peringkat cawangan
sekalipun. Cukuplah Allah sebagai saksi (wa kafa biLlahi syahida), saya 
yakin Pak Din adalah pejuang yang
ikhlas yang tak pernah meminta namanya dipuji dan dikenang jauh lagi meminta 
dilantik apa-apa jawatan
sekalipun.


Wassalam. -


Penarik Beca
0

H-Net* SELANGOR STATE GOVERNMENT DECLARES 27 DECEMBER 1999 AS PUBLIC HOLIDAY - NUZUL AL-QU'RAN

1999-12-08 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: SELANGOR STATE GOVERNMENT DECLARES 27 DECEMBER 1999 AS PUBLIC HOLIDAY - NUZUL AL-QU'RAN





Assalamu'alaikum kepada semua rakan-rakan netters sekelian,


Saya cuma ingin menyampaikan sedikit maklumat kepada rakan-rakan yg berada di Selangor khasnya, iaitu Kerajaan Negeri Selangor telah mengisytiharkan CUTI UMUM bagi Negeri Selangor sempena HARI NUZUL AL-QUR'AN pada 27 December, Isnin.

Ini adalah kerana Nuzul Al-Qur'an jatuh pada hari Krismas, iaitu 25 December 99.  Oleh kerana hari itu memang Cuti Umum, maka hari gantiannya adalah 27 December.  

Please refer to today's STAR @ Metro Section with headings read as " Public Holiday".


SELAMAT BERCUTI PANJANG , kalau shopping untuk persiapan raya nanti, JANGAN MEMBAZIR... sekadar mengingatkan diri saya yg sentiasa lupa!

Wassalam





H-Net* SELAMAT BERPUASA.....

1999-12-08 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: SELAMAT BERPUASA.





Assalamu'alaikum


Kepada Muslimin & Muslimat Sekelian,


Saya ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yg mulia ini kepada semuanya.  Moga dianugerahkan segala keberkatan oleh Allah kepada kita semua.

Ramadhan mulia menjelang tiba
Bersama menahan lapar dan dahaga
Iman dijaga, nafsu terpelihara
Pertingkatkan amalan, jauhi mencela


That's all from me.. 


Wassalam


P/S:  Kepada yg memberi address pada saya last year yg tak dapat kad raya, minta maaf banyak-banyak; memang ada yg "ter"overlooked.  InsyaAllah, kepada rakan muslimat di Muslimat Net, kalau sudi berilah alamat, kot-kot boleh hantar kad.




H-Net* Non Muslims not ready yet to leave sinfull life style - An Interesting Report.....

1999-12-05 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Non Muslims not ready yet to leave sinfull life style - An Interesting Report.





Assalamu'alaikum kepada semua warga Hizbi, Muslimat & Siber (my personal mailing list),


Bacalah laporan di bawah ini.   Lihatlah betapa orang-orang yg takut jika PAS memerintah, maka sudah tiadalah kegiatan maksiat dan tidak dapatlah manusia yg tidak bertanggungjawab "meratah" kegadisan gadis-gadis Melayu yg kerap menjadi mangsa bila dapat ke tangan lelaki mabuk!

Undilah Bee End lagi!  Nescaya mereka tidak akan bendung kegiatan-kegiatan tak bermoral begini dan akhirnya, orang Islam juga yg rugi!!  Apa taknya kalau pertandingan minum air setan pun orang Islam/Melayu yg menang?!??  Dahlah tu, daging bab* pun tak boleh nak bezakan dengan daging lembu!

Syukurlah di Terengganu semua itu telah dihapuskan beransur-ansur.  InsyaAllah, akan berkuranganlah maksiat dan selamatlah gadis-gadis yg tak berdosa.  kita sendiri tahu kan, betapa buruknya kesan dari mabuk arak ni!  Silap-silap haribulan, menyesal seumur hidup gadis yg diperkosa oleh lelaki mabuk - satu malam punya hal  penyesalannya seumur hidup!  Perkara ini memang pernah terjadi, bukan impian atau khayalan... tapi siapakah yg dapat menyelesaikan masalah kegiatan tak bermoral ini?

Maafkan saya jika ada perkataan yg kurang sopan dalam laporan, tapi ia memang saya biarkan "as original as it is".


Renung-renungkanlah


Saya rasa, seeloknya bagi orang Islam yg bekerja di syarikat Bukan Bumpiutera (yg rata-rata juga adalah Non-Muslim) supaya tidak hadir ke majlis-majlis annual dinner seperti ini, untuk mengelakkan kejadian yg tidak diingini.

Wassalam


=
-Original Message-
From: Undisclosed Sender
Sent: Monday, December 06, 1999 1:29 PM
To: 'Undisclosed recipients'
Subject: FW: Non Muslims not ready yet to leave sinfull life style.





(Non Muslims not ready yet to leave sinfull life
style. Read on you will realise why they voted the way
they did.  It was certainly not because peace,stability
or progress but due to the fear of all the Maksiat
Joints will be closed by a more islamic government.)


A few days ago I had the opportunity to find out what
scares the Non Muslims out of their shoes on the
mention of PAS.  I have an insight what makes the Non
Muslims love Barisan Nasional.


This opportunity came in the form of a Company Annual
Dinner which was held in a prestigous Hotel located
Tanjung Bungah, Penang Island (Not Mainland of Penang
Seberang Perai).


When I walked in I realised that I was among the few
wearing the Muslim Headscarves.  Most of the people
inside the Ballroom were Chinese upper management and
Middle management.  There was a table of Malay man.  I was
accompanied by a few of my male PAS collegues who had
managed to get in through waiters.


We were serving the company staff their food.  I managed
to ask the chief waiter who was on our side whether the
food was Halal.  The chief waiter explained since most
of the attendees were non muslim the question of Halal
food did not arise.  It did not make economic sense to
cater for Halal food.   I was able to notice a few malay
man who were taking some sliced pork balloney
mistaking it for beef.   When one of the man asked the
waiters what was the meat,the waiter promptly answered
beef.   A few minutes later the malay man were munching
on pork balloney.


Then I got more shock as I saw liquor and alcoholic
beverages were served freely and almost every table
had one.   Even the Malays were drinking it after being
asked to Yamseng by their MD.After a while the guest
DJ asked everyone for their attention.   He was about to
start a games session.   The game was who could drink
more iced liqour.   A few of the Upper management and a
few of their female staff went on stage and started
drinking gulp after gulp.   One of the female chinese
staff could not take anymore and had to be carried down
back to her seat.   On the way back many man took
advantage (they were very drunk at this point) fondling
her breasts and putting thier hands between her
thighs.   The other chinese women just laughed and
laughed.


Well, this was over when a winner was confomed    His name
was Abdul Said bin Mohammed Noor,yes a muslim working
in Non Muslim company can drink alcohol better than a
Chinese.  MasyaAllah!!!


With this over they played Mambo NO 5 and had a Mambo
stick contest, more like limbo stick from hell.  They got
everyone in action man and women. Here again I saw a
few man take advantage of women who were leaning back
to pass the mambo stick.  I could not belive woman who
naturally resist man touching them in Private parts
just let them,even seem to be enjoying it.  Even in this
event the Malay man won.  Ya Rabbi!!


Then they had a dancing session where both the man
and woman who had been just sitting were called
up. This was when I noticed as there were some Malay
girls among this hell bound motley crew.  I could
clearly see few very drunk

H-Net* SUATU ARTIKEL UNTUK TATAPAN......Luahan rasa Hatiku....

1999-12-02 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: SUATU ARTIKEL UNTUK TATAPAN..Luahan rasa Hatiku






Assalamu'alaikum kepada netters Hizbi yg dirahmati Allah.


Mungkin belum terlambat bagi saya untuk mengucapkan tahniah kepada parti-parti Komponen Bee A yg menang - especially yg telah dapat menwan Terengganu & mengekalkan kuasa di Kelantan.  Syabas rakyat Kelantan kerana membuka mata & minda untuk terus bernaung di bawah pimpinan Ulamak yg amat kita sanjung tinggi.

Saya memang dah lama tak hantar artikel ke Hizbi  Senyapnya saya kerana hanya memerhati & mengikuti sahaja tulisan dari kawan-kawan.  Namun, saya bukan berdiam diri begitu sahaja...  Apa yg saya buat, cuma Allah yg tahu.  Bila keputusan diumumkan, hanya Allah jugalah  yg tahu bagaimana perasaan saya, especially bila Shah Alam Ezam juga kalah...   Saya menitiskan air mata sebak, kerana sebelum tu husband yg berada di Dewan MPSA telah pun menelefon memberitahu keputusan tak rasmi..  Bayangkan keringat saya sehari suntuk bertugas dengan muka yg berminyak-minyak, "sunburn", kulit jadi gelap, muka berbelak-belak, kaki lenguh - itu semua boleh saya lupakan kerana itu adalah khidmat ikhlas yg saya berikan tanpa sesen pun dibayar!  Itu adalah semangat saya yg saya bawa bersama ketika bersama-sama membantu petugas-petugas Bee A yg lain di salah sebuah pusat pengundian di Shah Alam.  Saya redha dengan keputusan yg diumumkan, tapi heran macam mana boleh jadi begini?  Mungkin ada rahmat di sebalik kekalahan agaknya, jadi redha saya itu mengatasi segala-galanya  termasuklah rasa heran yg sebelum itu menghantui saya!

Yalah turun padang dan duduk di office berhawa dingin adalah 2 perkara yg amat berbeza.  Orang jenis macam saya yg memang jarang berpanas,apatah lagi nak duduk di bawah sinaran matahari yg amat terik - tapi disebabkan semangat yg berkobar-kobar disertakan dengan rasa sakit hati kerana tak dapat mengundi telah mendorong saya untuk menyumbangkan keringat bersama-sama pihak yg benar dari pukul 7.30 pagi hinggalah ke titisan peluh terakhir, 5.30 ptg.  Walaupun panas, namun angin yg bertiup kencang seolah-olah menandakan bahawa kawasan tempat saya bertugas itu sudah boleh membantu kemenangan.yakin sekali!   Tapi tak apa, muka berbelak dan gelap boleh diputihkan semula, kulit terbakar sebab panas boleh disapukan losyen, kepala pening sebab terlalu panas boleh diubati dengan Panadol/ubat sakit kepala, hati sakit boleh diubati dengan REDHA,  tapi perjuangan HARUS DITERUSKAN!  Yang nyata saya lihat dengan mata & kepala saya, antara petugas Bee A & Bee End (I thought that it would be the end of the world for them) - jauh panggang dari api dari segi sikap, perangai, toleransi dan kerjasama.  Kami terlalu banyak mengalah & berlembut dengan mereka yg kasar dan memaki kami dengan perkataan "BULLSH*T".  Yang saya sedih ialah mereka terdiri dari kakak-kakak yg layak menjaga cucu sahaja, tapi buang masa merayu undi untuk Bee End.  Berbanding dengan kami yg muda-muda dan jauh lebih bertenaga.  Ya.. kami banyak bersabar berhadapan dengan kerenah si kakak-kakak tua tu!  Ini bukan mengutuk, tapi ia adalah REALITI, saya berhadapan dengan mereka, mentaliti mereka amat jauh beza dari kami!

Syabas "budak-budak PROTON"  saya dikelilingi oleh mereka semua.


Akhir kata, sebelum rakan-rakan membaca komen yg saya sertakan di bawah, tolonglah jangan bercakaran sesama kita - kekalahan  di Johor tu janganlah pula kita salahkan orang Johor bulat-bulat, jangan kutuk-mengutuk, renungkanlah semula..  mana-mana cadangan yg baik dari rakan tu kita jadikan panduan untuk masa depan.  

WALAU APAPUN, KITA JADIKAN CONTOH ORANG-ORANG KELANTAN & TERENGGANU YG BERANI MEMILIH PUCUK PIMPINAN ULAMAK TANPA PAKSAAN!  ALHAMDULILLAH, ini mungkin petanda awal & bunga-bunga kemenangan di masa akan datang.

Artikel di bawa ini kalau panjang sangat, print dan bacalah kemudian!  It's good untuk kita komen & ulas, jika perlu   Saya panjangkan kerana tak terlihat pun komen ini keluar dalam Hizbi lagi.  Moga ada manfaat.

Wassalam



-Original Message-
From:  Undisclosed sender
Sent: Thursday, December 02, 1999 8:46 AM
Subject:  UNTUK SAHABAT KU DALAM PAS DAN KEADILAN



Dipanjangkan mail yang diterima dari Ahmad Zamir.


UNTUK SAHABAT KU DALAM PAS DAN KEADILAN


Assalamualaikum warbth,


Segala puji dan syukur pada Allah SWT yang telah memberikan kejayaan pada
PAS dan KEADILAN walaupun ada sesetengah individu menganggap ianya
"insignificant" (biasalah...nafsu manusia manalah mengenal erti "puas"... )
Suatu yang unik pada pilihanraya kali ini ialah bilamana semua keputusan
telah diperolehi...di saat itu pihak BN berada di puncak
keseronokkan/kelegaan kerana dapat mempertahankan 2/3 kerusi parlimen
manakala PAS dan KEADILAN meredhai keputusan itu sebagai keputusan dari
Allah SWT. Walaupun berbagai penipuan dan putar belit berlaku dalam
pilihanraya ini tetapi tetap keputusan pilihanraya hak mutlak Allah SWT.
Maka mereka yakin dan redha pada Allah SWT.


Sehari selepas pilihanraya...kehan

H-Net* WEB SERVER SPR; TANDA TANYA - APAKAH SPR BENAR-BENAR TELUS? SENARIO YG AMAT MENYAKITKAN HATI..

1999-11-24 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: WEB SERVER SPR; TANDA TANYA - APAKAH SPR BENAR-BENAR TELUS?  SENARIO YG AMAT MENYAKITKAN HATI..





Assalamu'alaikum,


Izinkan saya mencelah tentang hal ehwal SPR ni.  saya terpaksa juga luahkan apa yg terbuku di hati ni, dah tak sanggup dipendamkan begitu saja!  Rasa nak "mendugai" rasanya!

Dari sejak seminggu yg lepas  setelah rakan-rakan meberitahu saya bahawa web server telah ditutup, maka saya pun cubalah menelefon SPR pula..

Senario yg berlaku ketika saya menelefon:  No. Tel:  2938000 & 2934111


Saya telefon mula-mula No. yg pertama tu..  engage OK, let's try the second one:  - Dahlah sampai nak dekat habis ringing tone baru nak angkat, lepas tu bila diminta sambung ke pegawai yg bertugas, depa bagi kita dengar "muzik" sampai 10-15 minit.. hooi.. mana tahan!  Bila kita letak kemudian ring again, "engage" pulak... cuba lagi, kot-kot boleh pulak kali ni...   Boleh tu boleh, tapi macam tak ada orang yg nak angkat, kalau angkat pun bila transfer ke extension yg diminta.  bagai nak rak pulak kita kena "hold on" dengar muzik sampai 10-15, and then bila somebody picked up, senang-senang aje dia cakap:  "Maaf cik ya... orang yg bertugas tu pergi minum!"  Hah???  Pergi minum apanya pepagi buta lagi?   Takkan pukul 8.45 pagi masa call sebelum tu tak ada, lepas tu dah pukul 11.00 pagi masih pergi minum??  Herannya!!!

Apa ni??  Nampak sangat yg mengelak dari bercakap dengan kita..!  Belum pun sempat nak tanya apa-apa, lepas cakap "pergi minum", terus letak?  Macam ni kah pegawai SPR bertugas?  Atau takut untuk menghadapi sebarang pertanyaan dari kita semua?  I am sicked & tired being treated like that!  Kita sikit punya sopan nak minta bercakap dengan si polan si polan, tapi jawapan macam tu yg kita dapat!  Sakit jiwanyaaa!!!

Saya betul-betul heran.. sewaktu mak bapak saya bergiat aktif dalam UMNO dulu, depa memang dah siap daftarkan nama saya, dah dapat kad putih tu pun...  Seperingatan saya, Ketua Cawangan UMNO tempat lama saya dulu (yg kini telah menjadi arwah) pun pernah mentioned nama saya telah ada  Bulan September lepas, saya  checked nama saya memang ada, locality kat mana pun semuanya ada, tup-tup bila check balik... tak ada!  Ke mana hilangnya?  Saya daftar untuk mengundi di tempat baru pada bulan Mac 1999 lepas, tapi sebelum ni nama saya berada di Bukit Raja  sekarang kat mana???  Kat Kubang Pasu ka???  Atau tak ada langsung!   Memang tak ada kot, saya cuba IC lama & baru, memang tak ada  Tapi memang sah saya telah didaftarkan pada tahun 1994, bapa saya (yg merupakan salah seorang orang kuat UMNO) masa tu yg daftarkan untuk saya.  Bila saya beritahu kat bapa, dia terkejut, dan suruh saya check balik.  Dah check dah  dapat tengok sekali aje, saya siap print tunjuk kat husband, sebab bangga dapat mengundi kat kawasan sendiri, tapi sekarang habuk pun tak dak!  Yen-nadey SPR?  Apa lu bikin sama saya punya nama?  

Saya benar-benar tak puas hati...  sepatutnya dah zaman canggih IT ni, semuanya boleh beres dan dikemaskini dengan cekap, ni tidak!  Alasan yg diberikan langsung tak masuk akal!  What a shame!  Shame on you, SPR!  Don't talk about MSC lah kalau benda-benda macam ni pun tak boleh nak settle!

Tak pa saya tak boleh mengundi kali ni, tapi saya pastikan 10 orang akan mengundi bagi pihak saya.   Bukan pengundi hantu, tapi orang-orang yg dekat ngan kitalah yg akan mengundi bagi pihak kita... spouse, mak, bapak, abang-abang & kakak-kakak serta rakan-rakan rapat.  InsyaAllah melebihi 10 orang!

Ada sorang jiran saya minta saya check nama dia, alangkah terkejutnya dia bila mendapati namanya "dihantar" balik ke Melaka!  Sedangkan sebelum ni beliau pernah mengundi kat PJ!  Dahlah kawan tu tak boleh nak balik Melaka sebab husband dia masih mengundi kat PJ...  tak ke dah rugi satu undi??  Ni lagi satu senario yg saya rasa SPR tak telus!   Buatlah. tak berkat duit gaji yg engkorang makan tu!   Buat naya kat orang banyak-banyak, sehingga hak warganegara yg layak pun dipermain-mainkan, buatlah, buatlah!!!    Hanya Allah saja yg tahu bagaimana perasaan orang-orang seperti kami yg dinafikan hak untuk mengundi!

InsyaAllah, Tuhan itu Maha Kaya.  sekarang ni boleh lepas, jawablah kat akhirat nanti!


Wassalam
  
-Original Message-
From: Perak Man [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Wednesday, November 24, 1999 1:33 PM
To: Abdullah Ahmad; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Web server SPR, satu tanda-tanya 




 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {    Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {    Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~


Tambahan.


Terdapat banyak halaman utk check spr...tetapi sekarang telah ditutup.
Antaranya


http://202.186.12

H-Net* PAGI ISNIN YG BERDARAH... FATAL ACCIDENT & SEDIKIT PESANAN, BERHATI-HATILAH DI JALANRAYA...!

1999-11-22 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: PAGI ISNIN YG BERDARAH...  FATAL ACCIDENT & SEDIKIT PESANAN, BERHATI-HATILAH DI JALANRAYA...!





Assalamu'alaikum kepada semua netters yg dihormati...


Al-fatihah untuk Allahyarham Mohd Azmi bin Ayob, kakitangan kami di Jabatan Perbedaharaan.


Sebelum saya memulakan cerita, biarlah saya mengingatkan abang-abang, adik-adik dan kakak-kakak (jika ada lah) - yg menunggang motosikal, tolonglah berhati-hati yaa..  Saya juga akan mengingatkan husband saya sendiri yg kadang-kadang pun menunggang motosikal ni(bila keadaan terpaksa).

Pagi Isnin, 22 November 1999 pukul 8.30 pagi, mula bertugas seperti biasa.  Alih-alih dapat panggilan telefon dari seorang Eksekutif di Jabatan dalam Bahagian saya berkenaan dengan seorang staff kami yg meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya di USJ 12, Subang Jaya pagi tadi, on the way to the office.

Alangkah terkejutnya saya, sebab tak menyangka sama sekali  terbayang wajahnya yg sentiasa memberikan senyuman setiap kali saya masuk ke Dept itu.  Last sekali saya dan staff-staff yg lain bergurau dengannya - saya makan kuih kapit (love letter) dengan arwah sambil buat lawak, hari Jumaat yg lepas.

Begitulah takdir yg menentukan  arwah baru saja menghantar cincin untuk merisik bakal tunangnya.  Arwah dijadualkan melangsungkan pertunangan pada 4 Disember ini  tapi Allah itu maha mengetahui dan perancang segala-galanya, kita hanya perlu REDHA.  Tapi yg amat saya sedih ialah cara kematiannya, dah lah dilanggar sebegitu rupa, on the spot meninggal pulak tu!  Arwah telah terlanggar sebuah kereta yg tiba-tiba membuat "emergency break" di depannya, lalu terpelanting dari motorsikalnya dan kemudian dilanggar oleh lori tangki Petronas  (lori tangki Petronas ni dah banyak makan nyawa orang!)..  Nauzubillah!   Ya Allah!  Kemalangan berlaku di depan surau di USJ 12 tu, kata orang ramai yg kebetulan berada di surau, beliau sempat mengucap setelah diajar oleh orang ramai yg menyaksikan kejadian kerana melihat keadaanya yg betul-betul parah (tangan kiri kanan putus dan hancur, tulang terkeluar), pinggang patah dan kaki kirinya juga lembik (mungkin patah teruk).   Selepas dilanggar, arwah masih lagi bergerak sedikit, on that basis, orang ramai terus mengerumuni arwah dan mengajarnya mengucap.

Kami dapat berita pengesahan akan hal kemalangan ini pukul 9.30 pagi.  Kebetulan, salah seorang pengurus kami yg berdepan dengan kemalangan tu (selang beberapa buah kereta sahaja di belakang tempat kejadian)..  Setelah berhenti, atas ehsan, beliau periksa keadaan arwah yg ketika itu memang sedang nazak (dan telahpun diangkat ke tepi jalan untuk ditutup dengan suratkhabar).   Lalu beliau terlihat "call card" salah seorang Eksekutif di Jabatan yg sama dengan arwah.  Kami yg dapat berita teruslah berhubung dengan HR kami dan bertanya sama ada keluarga telah dihubungi atau belum.  Menurut pihak HR, keluarga arwah telah dihubungi (di Penang) dan keluarga terdekat di Port Klang.  

Saya, dengan segera meminta izin dari "big boss" untuk menemani Departmental Manager saya (boss kepada arwah) untuk ke hospital beserta dengan beberapa staff kami yg lain.  One thing, panik tu memang panik tapi kami semua bertenang, kumpulkan semua staff yg nak pergi dan bertolak sama-sama.  Bakal tunangnya pun ada sekali. kesian saya tengok  saya dapat rasakan bagaimana kehilangan orang yg disayang, sedangkan saya dulu semasa dapat berita kematian adik ipar kesayangan saya, saya terus terjelepuk ke lantai, terkaku tak boleh nak cakap apa-apa dah!  Itu baru adik ipar!   Belum yg lebih rapat lagi, tambahan pulak kematian kerana kemalangan jalanraya ni terlalu "sudden", rasanya malam sebelum tu kita boleh sembang-sembang, tup-tup pagi tu dah "tak ada" can you all imagine??  Nau'zubillahh...  yg Allah, tak sanggup nak hadapi keadaan itu.tapi kena tabah jugak untuk menghadapinya.  

Sesampai di hospital, kami terus ke bilik mayat (sebab sebelum pergi, saya sempat menelefon hospital & balai polis untuk mengesahkan bahawa mayat telah dihantar ke hospital).  Sedih pilu rasanya  kami terus minta izin untuk melihat mayat.  Kata abang yg bertugas, merangkap "penolong bilal" kat situ, hanya orang kuat semangat saja yg dinasihatkan boleh tengok, yg tak kuat, JANGAN!  Dari situ, saya tahu.  saya dapat bayangkan...  lebih baik saya tengok, saya "mengepalai", konon berani... tapi patah balik.. rasa macam tak sanggup nak tengok.  Tapi hati saya ni tak boleh, mesti nak tengok, saya pergi juga.. di celah-celah staff yg lain, saya pun melihat mayat   Sebelum tu, saya tanya tunangnya tu, nak tengok tu sanggup ke?  Kalau saya pun saya tak sanggup, saya cuba papah si tunang itu, tapi dia kata "tak sanggup"... so saya biarkan dia dulu dengan boss tunangnya. Saya lihat terlalu banyak darah  saya amat sedih, rasa macam kalau boleh, nak segerakan urusan untuk mengendalikan jenazah itu.

One thing, suka saya cadangkan, jika staff tuan-tuan & puan-puan tidak mempunyai keluarga di da

H-Net* MINTA PENDAPAT DARI NETTERS YG ARIF.....

1999-11-08 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: MINTA PENDAPAT DARI NETTERS YG ARIF.





Assalamu'alaikum kepada para penjaring budiman


Saya ingin meminta pendapat dari netters yg arif dalam hal yg akan saya kemukakan ini.


Kakak saya berkahwin dengan warganegara asing (yg sebelum berkahwin dulu merupakan penganut agama Buddha yg kuat).   Sekarang ni, Alhamdulillah, abang ipar saya tak ada masalah untuk menjadi Muslim yg baik dan beliau sudahpun mendapat "PR" status setelah bertahun-tahun berada di Malaysia dan mempunyai nak masuk 4 orang anak hasil perkahwinan dengan kakak saya  ni.

Apa yg menjadi masalah ialah, baru-baru ni bapa mertua kakak saya (yg merupakan penganut agama Buddha yg kuat) telah dihantar oleh adik-beradik abang ipar saya untuk tinggal bersama abg ipar dan kakak saya  di sini.  Untuk pengetahuan netters, bapa mertua kakak saya ni dah terlalu uzur dan bak kata orang "menunggu hari" sebab memang dah senja sangat, nak tunggu waktu isyak dah!

OK...  setahu kakak saya, kata adik-beradik iparnya, bapa mertua ni di negara asalnya memang dah siap lubang kubur.  So, bila difikirkan balik, kenapalah dihantar ke Malaysia seandainya memang telah siap ada lubang kubur untuk orang tua ni?   Rupa-rupanya, depa kat negara asal tu, malas nak membela orang tua tu, jadi oleh kerana orang tua ni pernah mention ke depa (anak-anak dia kat negara asalnya) yg dia sayangkan kakak saya kerana budi pekerti yg baik, jadi depa ni jadikan kakak saya "mangsa'.  Kakak saya taklah pulak rasa keberatan, tapi bimbang sebab seandainya orang tua tu mati kat sini, manalah nak di"so-called" campakkan "body" orang tua ni, sebab mengikut katanya, depa TAK  "bakar" mayat macam yg selalu dok orang Cina lain praktis!   Kakak saya tengah "fenin", fenin satu sebab dia sedang berbadan dua, fenin No. dua sebab dek orang tua ni.  

Siasat punya siasat, rupanya depa kat sana jangan kata nak bela orang tua tu, nak bela diri sendiri pun tak lepas, itulah sebabnya depa hantar ke Malaysia, yalah. orang Malaysia ni baik hati belaka!  Senangnya kesian kat kakak aku!  Dulu, orang tua tu merupakan salah seorang "pejuang" yg meminta kemerdekaan negara asal mereka dan menuntut "demokrasi".    Umur dalam awal 90-an.  Memang kuat Buddhanya, sebab kat negara dia sendiri, selalu pergi kuil.  Depa tak sembah tokong yg macam orang Cina buat kat rumah tu (bakar colok, ada "rumah kecil" warna merah tu) - dia tak main benda-benda tu.   One thing, dia ni vegetarian, tak makan four-legged animals, so binatang ba alif ba ya tu memang tak dimakannya.  (Tapi, setelah banyak kali ke Malaysia, so far dia tak pernah susahkan kakak saya untuk pergi ke kuil).  Bahkan, dia kritik orang Cina kat sini, dia pelik sebab depa makan binatang tu!

Soalannya, 
1.  Apakah hukumnya dalam Islam membela/menjaga/memelihara bapa mertua yg BUKAN ISLAM yg memang dalam   keadaan uzur begitu?   Jika dia mati kelak, jika kakak saya tidak dapat uruskan agar mayatnya dihantar ke negara    asal, apakah procedures yg perlu (kerana dia BUKAN warganegara) agar mayatnya itu dibakar?  Maklumlah, kat  sini penganut Buddha (orang-orang Cina khasnya) telah "menempah" kubur mereka.  Nak tanam, sure kena    "book" awal-awal kot!

2.  Saya pernah bertanya kepada kakak saya, "tak pernah ke akak dakwahkan dia supaya masuk Islam?"  Kata kakak  saya, nak dakwah macam mana, cakap Melayu dahlah KO, nak cakap omputih pun sikit-sikit aje yg faham, kena   cakap bahasa dia juga lah, abang ipar saya kata, nak ajar mengucap - lidah orang tua tu dah kelu dah keras, nak     kena "kikis" lidahnya tu agar boleh mengucap.  Itulah problem yg dihadapi.  Actually, kata abang ipar tu bukannya   tak boleh "convert" bapanya itu memandangkan dia adalah penganut Buddha yg taat, tapi dah boleh mengajar    orang tua tu mengucap dua kalimah syahadah  lidahnya tu kelu.  Apa pandangan netters dalam hal ini?  Apakah     masih belum terlambat untuk mengajak orang tua yg uzur begitu untuk memeluk agama Islam?    Apakah ikhtiar yg   sesuai untuk dakwahkan orang sebegini agar dapat menerima Islam?  Kami bimbang diri orang tua tu sendiri yg     TAK MAHU kan Islam sebagai agamanya sebelum mati.  Yalah, orang kuat Buddha lah katakan!

Saya juga pernah cadangkan kepada kakak saya (melalui ibu) supaya belikan buku-buku agama Islam dalam Bahasa Inggeris. tapi problem orang tua ni dia tak boleh berbahasa Inggeris sangat.  Kena cari penterjemah ke bahasa ibunda dia jugak!  Saya suruh juga abang ipar saya untuk belikan buku Agama Islam dalam bahasa dia, abang ipar saya pun sedang mendalami agama Islam.  aduhai...macam mana nak tarbiahkan bapanya?

Saya alu-alukan segala pendapat bernas dari netters yg arif lagi budiman.  Untuk pengetahuan, saya langsung tak dapat bertemu dengan orang tua ni sebab kakak saya ni tinggal agak jauh dari kami semua, dan saya pula cuma mengikuti perkembangan melalui ibu saya sahaja, tidak secara langsung.   Kalau boleh, berilah contoh-contoh kisah Rasullah berdakwah kepada 

RE: H-Net* Perihal "Bersumpah" - Kenyataan dari orang yg MENIDAKKAN KEBENARAN

1999-11-03 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
ngakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, 
cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah 
Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit 
dengannya. 
 
 
 

- Original Message - 
From: 
ali183 

To: Nor'ain Eusoff 
Cc: 'Concorde' ; Hizbi 
Sent: Saturday, September 04, 1999 
10:10 PM
Subject: Re: H-Net* Noryati - Gadis yg 
mendakwa di ROGOL oleh Rahim TC
Kenapa lah bodoh sangat siperempuanh tu tak pernah dibawa 
sebagai saksi dalam mahkamah atau didakwa dlm mahkamah yg dikaitkan 
dengan Rahim Tamby Chik. 
Jangan sedap angan-angan menulis dalam hayalan cik oiii. 
Nor'ain Eusoff wrote: 


Salam buat 
semua,Kalau begitulah pengakuan 
tak bertanggungjawab ni, tiadakah kemungkinan si perempuan ni boleh 
didakwa pula membohongi mahkamah dahulu?  Atau dengan 
"statutory declaration" ni bermakna dia terlepas dari 
segala-galanya selepas ini?Kesian, 
kesian..!   Sia-sia aje nenek dia dok merayu-rayu peguam 
dulu, macam ni balasan dia.  Sia-sia aje LGE masuk penjara kerana 
dia!  OK tak apa, kita beri peluang pula pada GURU dia dan 
DOKTOR yg bertanggungjawab memaksa dia dulu..  tengok, takkan 
depa nak diam kot?  Do something, jangan biarkan orang-orang macam 
ni sewenang-wenangnya berleluasa dengan kenyataan bersumpah mereka 
tu!Tak heranlah kalau lepas ni 
ramai lagi yg akan mengeluarkan kenyataan "bersumpah" dan 
kita-kita semua menyumpah-nyumpah sebab MELUAT dan MENYAMPAH!!!  
Saya harap orang yg SUKA BERSUMPAH PALSU  akan jadi SUMPAH-SUMPAH, 
baru dia tahu langit ni tinggi ke 
rendah.Inilah lumrah dunia bagi 
orang-orang yg amat tersepit dan terdesak!  Hal-hal akhlak dan 
kesucian diri sudah tidak perlu diambil kira!  Semoga diturunkanlah 
balasan yg sewajarnya  bagi orang yg bersumpah palsu 
ni.Jangan redha dan jangan 
biarkanWassalam


RE: H-Net* Noryati - Gadis yg mendakwa di ROGOL oleh Rahim TC....

1999-11-02 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff




Salam 
buat semua,
 
Kalau 
begitulah pengakuan tak bertanggungjawab ni, tiadakah kemungkinan si perempuan 
ni boleh didakwa pula membohongi mahkamah dahulu?  Atau dengan 
"statutory declaration" ni bermakna dia terlepas dari segala-galanya 
selepas ini?
 
Kesian, kesian..!   Sia-sia aje nenek dia dok merayu-rayu 
peguam dulu, macam ni balasan dia.  Sia-sia aje LGE masuk penjara kerana 
dia!  OK tak apa, kita beri peluang pula pada GURU dia dan DOKTOR yg 
bertanggungjawab memaksa dia dulu..  tengok, takkan depa nak diam 
kot?  Do something, jangan biarkan orang-orang macam ni sewenang-wenangnya 
berleluasa dengan kenyataan bersumpah mereka tu!
 
Tak 
heranlah kalau lepas ni ramai lagi yg akan mengeluarkan kenyataan 
"bersumpah" dan kita-kita semua menyumpah-nyumpah sebab MELUAT dan 
MENYAMPAH!!!  Saya harap orang yg SUKA BERSUMPAH PALSU  akan jadi 
SUMPAH-SUMPAH, baru dia tahu langit ni tinggi ke 
rendah.
 
Inilah 
lumrah dunia bagi orang-orang yg amat tersepit dan terdesak!  Hal-hal 
akhlak dan kesucian diri sudah tidak perlu diambil kira!  Semoga 
diturunkanlah balasan yg sewajarnya  bagi orang yg bersumpah palsu 
ni.
 
Jangan 
redha dan jangan 
biarkan
 
Wassalam


RE: H-Net* Isteri Sayang Suami??? - Reply....

1999-10-08 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE: H-Net* Isteri Sayang Suami??? - Reply





Assalamu'alaikum kepada semua.


Alahai. tersedak-sedak saya pagi ni bila ter"peep" satu message yg sebut nama saya...  Saya ke?  Maaf kalau saya terperasan, ya!  Entah kenapa, pagi ni saya berkesempatan kejap "peep" message dari Hizbi Net folder saya... sebab cadangnya saya ni nak "unsub temporarily" kerana akan bercuti panjang next week.   In fact, Saudara Harisfazillah telahpun mengajar saya bagaimana nak unsub temporarily, cuma belum "attempt" lagi!  Thanks to Haris and thanks to Sdr Pabiyen kerana mengingati saya (if I'm the person lah, kalau tak segan juga).

Disebabkan topik ni bila tengok tajuk aje memang interesting... itu sebablah "excited" nak tengok reply dari pihak lelaki mahupun pihak perempuan.  Sdr Mohd Ibrahim cukup bijak memilih topik yg boleh memberi "kehangatan" dalam H-Net ni.   Yang sebenarnya lepas habis dari buat kerja office yg kurang sibuk, saya sedang "menyelak" buku saya (tengah nak habiskan topik on "Leadership"), tapi sempat juga tengok topik yg interesting ni  so luangkanlah juga sekejap.

Bagi saya, dalam topik ni kalau nak dapatkan suatu luahan hati yg betul-betul ikhlas dari seorang isteri, it takes time to think.  Sebabnya, untuk tidak mengecilkan hati mana-mana pihak, tapi at the same time luahan hati isteri itu boleh menyedarkan pihak lelaki - it must be carefully worded.  Pertama; sebab takut nanti netters kata pihak isteri "bias", kedua  segala pandagan nanti tidak diberikan perhatian serious sangat, sebab selalunya pihak lelaki akan kata "dia perempuan, sure dia pihak ke orang perempuan".   Tapi saya cuba juga

Saya ingin katakan di sini bahawa saya memilih suami BUKAN kerana HARTANYA.   Obviously...  mungkin bagi rakan-rakan personal saya (dalam "chat list" berasingan) tahu siapa husband saya dan saya datang dari keluarga yg macam mana.  Dan ternyata saya adalah antara isteri yg berpendapatan lebih dari suami.  Dari situ, adakah masih segelintir pihak lelaki mahu mengatakan bahawa "Isteri hanya sayang suami bila suami ada duit"?  TIDAK bagi saya  

Saya mengahwini suami saya adalah atas dasar "PURE LOVE".   In fact, saya pastikan bahawa tiada seorang lelaki pun pernah saya sayangi dan cintai sebelum suami saya.  I am a "one-man woman".   Husband saya tahu bahawa dialah first love saya.  Saya pernah cakap pada husband saya bahawa "saya tidak perlukan wang ringgit dilimpahkan pada saya, cukuplah sekadar kasih sayang dan perhatian sewajarnya serta bimbingan agama yg secukupnya untuk bekalan di akhirat kelak". Saya mempunyai prinsip yg berlainan dalam soal memilih suami.  Saya tidak pernah terlintas untuk mengahwini lulusan luar negeri atau jauh sekali mengidamkan suami yg kaya-raya.  Jauh sekali nak mengharapkan duit-ringgitnya for I know that my parents can give me all that.  Tapi sampai bila nak hidup dengan mak ayah?  Nasib saya sungguh baik sebab mak ayah tidak mencampuri urusan memilih jodoh saya sendiri.  Walaupun saya pernah dipinang oleh seorang bakal doktor (saudara "bau-bau bacang" dari Melaka), namun kerana mak ayah sudah tahu bahawa saya mempunyai "buah hati" pengarang jantung yg amat saya kasihi, mereka tidak langsung bercita-cita nak menerima lamaran si doktor tu.  Kalau nak ikutkan masa depan lebh terjamin dari segi wang ringgit, sudah pasti saya akan "gelap mata" dengan pinangan bakal doktor.  Namun disebabkan kasih sayang yg amat tebal, saya tak sanggup melukakan hatinya hanya semata-mata nak mengejar insan yg lebih tinggi pangkat dan darjatnya.

So, saya minta sangat pada suami semua.  jangan terburu-buru menganggap bahawa isteri anda hanya sayang anda jika anda berduit.  Teliti dulu, masa awal perkahwinan, apakah isteri anda telah menunjukkan tanda-tanda begitu perangainya sejak dari mula anda kenal dirinya.. 

Tidak semua isteri begitu.  Saya  merasakan bahawa wang ringgit itu boleh dicari, tapi kasih sayang sebenarnya dari suami itu yg susah nak cari.  Bukti:  Suami lebih mudah menduakan isteri apabila tengok isteri dah mula tak lawa lagi atau kurang "bergetah" atau "service dah tak OK, tak macam dulu" sedangkan perkara-perkara kekurangan pada isteri itu masih BOLEH diatasi... kalau isteri kurang lawa, cari punca mengapa dia kurang lawa; kalau isteri "service makin tak OK", cari di mana silapnya, kalau perlu makan jamu banyak-banyak, suruhlah isteri makan jamu banyak-banyak - atau mungkin sebab beranak terlalu kerap akan juga menyebabkan "service tak OK" dan kurang penjagaan dalaman.  Itu MESTI diambil kira oleh suami jika benar-benar sayangkan isteri.  Tapi, sebaliknya, suami kurang mengambil kisah akan hal ini.  Mungkin mereka anggap remeh.  Si isterilah yg sibuk menjaga badan sendiri, cari cara sendiri supaya "maintain" lawa - badan masih ikut shape yg disukai suami, etc, etc.!  So, siapakah yg lebih sayang siapa?  Isteri bukan setakat sayangkan diri sendiri, tapi sayangkan diri itu memberi kesan dua kali ganda bahawa dia sayangkan suaminya 

H-Net* SHORT BREAK: LAWAK PETANG-PETANG

1999-09-29 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: SHORT BREAK:  LAWAK PETANG-PETANG





Assalamu'alaikum.  


Asyik  bicara pasal hal politik dan hal-hal semasa, apa kata kita lawak kejap?


Happy reading, yg mana terkasar bahasa tu minta maaf siap-siap, noo!





Lawak 1:  Hadiah Harijadi


Sepasang suami isteri sedang berehat di balcony rumah mereka.  Hari itu adalah harijadi si suami yg ke-40 tahun.  Mereka minum petang bersendirian kerana anak-anak ke sekolah.

Isteri:     Bang, selamat ulangtahun ke-40.  Dah 12 tahun kita kahwin.  Hadiah pun dah macam-macam saya beri err... apa yg tak beri lagi?  Kasih, sayang, anak-anak, wallet, kasut, minyak wangi, cincin suasa berbatu delima, baju, semua kesukaan abang dah saya beri.   Kali ni tak ada apa-apa yg istimewa, unless abang beritahu sayalah apa yg abang mahu..!

Suami:  Alah hai Yang oi. abang tak minta apa-apa  tapi, kalau yg ni Yang boleh bagi kat abang, kecil tapak tangan stadium Bukit Jalil abang tadahkan.

Dengan nada "excited" isteri pun berkata:  Ha... cepatlah bagi tahu bang kalau mampu, saya sediakan!


Dengan muka selamba, si suami menjawab:  Boleh abang kahwin lagi satu??


Si isteri dengan muka merah padam terus berlalu dari situ dan berkata dalam hati:  Kurengg asam betul laki aku ni!!  Menyesal aku tanya!

Moral:  Jangan suruh husband beritahu apa lagi yg dia hendak untuk hadiah harijadinya!


=


Lawak 2:  Perang Dingin


Sepasang suami isteri berselisih faham... perang dingin pun melanda.  Depa berdua ni pun tak bertegur sapa  kira "silent war" lah ni.  Pada malamnya, si suami telah menulis nota berbunyi begini:

"SAYA HARAP AWAK BOLEH KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.45 PAGI SEBAB NAK PERGI KERJA AWAL SIKIT!"  dan nota itu diletakkan di sebelah bantal si isterinya.

Pada pagi esok...si suami terjaga  Di atas dadanya ada nota dari si isteri yg berbunyi:  "ABANG, ABANG, BANGUN!  DAH PUKUL 8.30 PAGI, SAYA DAH NAK PERGI KERJA.  KALAU AWAK TAK BANGUN NASIB AWAKLAH!"  Alangkah terkejutnya si suami bila mendapati bahawa waktu yg sebenarnya ialah pukul 9.00 pagi!!!

Moral:  Jangan ajar itik berenang, OK suami?



Sekian semoga release tension anda hari ini.


Wassalam





H-Net* RE: Sedarlah - HAIRAN! SEJAK BILA "SEDARLAH" JADI BEGINI??

1999-09-22 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: RE:  Sedarlah - HAIRAN! SEJAK BILA "SEDARLAH" JADI BEGINI??





Assalamu'alaikum! kepada semua, 


Kepada penjaring Hizbi yg mungkin juga penjaring "Sedarlah", di sini saya kepilkan beberapa messages yg mengelirukan dari "Sedarlah" yg selama ini tidak pernah saya terima sebegitu rupa.

Siapakah yg punya angkara  ini?  Bukan kah "Sedarlah" selama hari ni memperjuangkan sebaliknya dari message di bawah ini?

Atau ini kerja hackers yg tak bertanggungjawab?


SEMOGA ALLAH MELINDUNGI SEMUA HAMBANYA YG TERANIAYA DAN DIZALIMI


Hentikanlah kerja-kerja keji yg tidak mendatangkan manfaat.  Kepada Tuan Penyelenggara "SEDARLAH",  something MUST BE DONE TO CLARIFY THESE MESSAGES!

Kepada penjaring Hizbi yg juga penjaring Sedarlah, did you all receive the same messages?


Makin hari, saya perhatikan makin giat usaha-usaha pihak-pihak yg tak bertanggungjawab cuba memperorak-perandakan semua laman-laman yg mahukan PERUBAHAN dan berbau "turn over" yg amat mengelirukan bagi yg tidak menggunakan akal sepenuhnya!   Come on!  It's time for PARADIGM SHIFT!

ALLAH ITU MAHA MELIHAT LAGI MAHA MENGETAHUI (Peringatan bagi mereka yg terlupa)


Serangkap pantun dari saya buat hackers atau pihak-pihak yg tak bertanggungjawab itu!


Jangan bicara soal perjuangan
Jika risiko tak berani ditanggung
Jangan persenda soal kebenaran
Jika titik peluh tak mendatangkan UNTUNG!!!


Wassalam


P/S:  Bacalah messages yg amat mengelirukan di bawah ini. harap dapat penjelasan dari pihak yg benar!!





Message 1


-Original Message-
From: Sedarlah [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Thursday, September 23, 1999 10:52 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Sedar* Sedarlah.



Kini baru saya sedar. Sesungguhnya Perjuangan DSAI adalah palsu semata mata.
Dia penipu besar pada alaf ini. Kita semua tertipu dengan lakunannya. Marilah
wahai reformist. Kembalilah ke pangkal jalan. Tinggalkan perjuangan DSAI yang
sia sia itu. Dia sebenarnya gila kuasa.


=


Message 2


-Original Message-
From: Sedarlah [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: Thursday, September 23, 1999 10:53 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Sedar* Jom Tolak BA



Jom kita tolak barisan A--Tenat-if. BA adalah mementingkan diri sendiri.
Perjuangan kosong yang akan menemui kehampaan. BA akan tersungkur sebelum
pilihanraya ini.



=


Message 3



-Original Message-
From: Sedarlah [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: Thursday, September 23, 1999 10:57 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Sedar* Keadilan..



Saya baru dapat satu rahsia dari sumber sumber yang boleh di percayai. Parti
Keadilan sedang menerima bantuan kewangan dari Yahudi Zionist dan USA bagi
pilihanraya akan datang. Segala strategi menghadapi pilihanraya akan datang
adalah didalangi oleh puak puak Yahudi yang berpusat di Israel dan USA.





Message 4


-Original Message-
From: Sedarlah [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: Thursday, September 23, 1999 10:55 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Sedar* DSAI Sihat???



DSAI sihat walafiat.. Berita mengatakan dia tenat adalah palsu semata mata.
Ini adalah bagi menarik simpati orang ramai. Lihatlah rusuhan berlaku kerana
berita ini.


===



-Original Message-
From: Sedarlah [mailto:[EMAIL PROTECTED]] 
Sent: Thursday, September 23, 1999 11:14 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Sedar* Keadilan..



LABUAN-Kalau PAS menjadi Kerajaan Malaysia maka cukai arak dan rokok akan
dinaikkan lagi sekali ganda.Ini adalah cara yang sebaik baiknya untuk
menambahkan
hasil negara Malaysia.


Demikian Menteri Besar Kelantan,Tok Guru Nik Aziz memberi tahu dalam satu
ceramah
ugama diKampung Layang Layang Labuan.





H-Net* Azizan! Oh... Azizan, berbulan madu ke mana? - JIKA AKU MENJADI IBU MERTUAMU.....

1999-09-21 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff
Title: Azizan!  Oh... Azizan, berbulan madu ke mana?  - JIKA AKU MENJADI IBU MERTUAMU.






Assalamu'alaikum para penjaring yg dihormati,


Saya terbaca komen dari saudara "Michel Mick" berkenaan dengan Si Azizan berbulan madu di(dalam sangkar)!  Bukan nak ketawakan macam mana, tapi ia adalah sesuatu yg paling patut kita jadikan IKTIBAR  ALLAH Ta'ala itu MAHA AGUNG, MAHA PENGASIH, MAHA ADIL tapi bukan MAHA-"THIR"!  Sedikit demi sedikit akan terus KEBENARAN ditunjukkan olehNya.  ALLAH IS THE BEST PLOTTER  MasyaAllah!

Saya terfikir, setelah sejenak "melayar" sebentar ke Laman R4MC, saya tiba-tiba "imagine", seandainya saya menjadi ibu kepada Norhayati soalan pertama yang akan saya tanyakan Azizan ialah:

"Azizan, enko ni nak kahwin dengan anak aku, apa enko betul-betul ke boleh jadi suami yg baik, tak buat perangai lama yg biarkan orang t*t*h p*ngk*k enko.??"  Jika anda Azizan (yg memang "terdesak" juga untuk berkahwin), apakah jawapan anda kepada ibu mertuanya itu??

OK, siapa boleh jawab, baru boleh kahwin dengan anak saya!  (Kononnya saya ni ibu pada Noryahati, lah ya!)


Next  sebagai ibu (yg berfikiran rasional), sudah tentu saya TERAMATlah  MALUnya kerana mendapat seorang menantu yg kredibilitinya BOLEH dipertikaikan, jadi sudah tentu saya sebagai seorang ibu akan bertanya kepada bakal menantu saya ini:

"Azizan. mak cik TAK  boleh terima enko sebagai menantu seandainya enko masih nak berdalih.  Beritahu mak cik sama ada benar ke tidak enko diliwat oleh Datuk Seri seperti yg enko dakwa?".    Jika anda adalah Azizan, apakah jawapan terbaik yg akan anda beri?

Jawab, jangan tak jawab!  Lepas tu baru boleh kahwin dengan anak saya!


Nextsebagai seorang ibu yg tidak mahu anaknya disia-siakan hanya kerana nak melepaskan "anjing tersepit" dari didakwa, sudah tentu saya akan mendesak Azizan untuk mengaku di depan tetamu-tetamu saya supaya Azizan berkata saja yg benar, agar nama baik keluarga saya (sebagai ibu Norhayati) tidak terus tercemar, tambahan lagi bila anak saya si Norhayati tu ditangkap basah.  So, next question will be:

"Azizan, sekiranya enko benar-benar jujur dan ikhlas, untuk mengelakkan mak cik dari terus menanggung malu yg teramat sangat bolehkah enko membuat pengkuan terbuka secara IKHLAS dan JUJUR?"  Jika anda adalah Azizan, apakah anda akan menjawab perkara yg sebenarnya?  

Ya, sesungguhnya Azizan telah berkahwin. kita memang tidak boleh pertikaikan.  TAPI, seandainya Azizan benar-benar jujur ingin memperisterikan Norhayati (jika kita bersangka baik)...  MENGAPA MESTI TIDUR SEKATIL TANPA NIKAH DULU?  Nak "test drive" ke?  PROTON Wira bolehlah nak test drive sebelum beli, tapi ANAK DARA orang, engkau nak test drive juga, alamat nak kena pelangkung kepala tu!

KESIMPULAN yg dapat saya gambarkan ialah:  Sebagai seorang ibu (yg rasional), sudah pasti saya amat malu kerana anak saya akan berkahwin dengan orang yg telah diliwat.  Jadi, cuba saudara-saudara fikirkan; tidakkah keluarga Norhayati terfikir untuk menanyakan soalan-soalan sebegini kepada Azizan???  Takkan dengan sewenang-wenangnya membenarkan Norhayati berkahwin, walaupun kerana hanya hendak menutup malu??  Apakah perkara MENUTUP malu itu menjadi ASAS UTAMA kepada pernikahan itu??  Kalau begitu, perkahwinan itu bukanlah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w Junjungan kita.

Jadi, sesiapa jua yg terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung; kongsilah pengalaman dengan kami; tidak adakah pengakuan Azizan semasa hendak khutbah nikah?

Ini saya petik dari LR:

"Azizah telah mengaku bahawa diia TIDAK diliwat oleh DSAI di depan bapa mertuanya ketika upacara akad nikah hendak dijalankan".  




***Jika pengakuan ini adalah benar, apakah peguam-peguam DSAI boleh menggunakannya sebagai suatu advantage di mahkamah??***

 Fikirkanlah wahai tuan-tuan dan puan-puan!



Sekadar meluahkan rasa musykil dan ingin tahu, maaf jika ada perkataan yg kurang sopan.  



Wassalam










H-Net* DAKWAAN "RASUAH" KERAJAAN KELANTAN BERKENAAN DENGAN "KONSESI PEMBALAKAN" YG DIBUAT OLEH IBRAHIM ALI......ADAKAH IA BENAR? ATAU....

1999-09-21 Terurut Topik Nor7;ain Eusoff




Assalamu'alaikum kepada ahli-ahli PAS khasnya dan semua para penjaring 
Hizbi amnya, doa dan harapan saya agar semuanya yg berhasrat untuk menegakkan 
kebenaran dan keadilan direstui dan diberkati oleh Allah 
s.w.t.
 
Apa yg 
hendak saya tuliskan adalah berdasarkan suatu komen yg disiarkan dalam berita 
pada Hari Ahad, jam 8.00 malam (saya tak ingat TV3 ke, NTV7), tapi rasanya TV3 
(sebab depa ni lah yg bukan main kuat lagi peranan untuk "membakar 
semangat" orang ramai membenci PAS) berkenaan dengan dakwaan puak-puak itu 
tentang wujudnya rasuah dalam pemberian permit pembalakan di 
Kelantan.
 
Apa yg 
menggeramkan saya (saya cukup meluat tengok muka-muka orang yg sama, especially 
si "katak" tu) tentang MEMINTA BPR untuk MEMBUAT SIASATAN SEGERA akan 
hal ini.  Soalan saya, apakah dakwaan mereka ini benar, dan jika TIDAK, 
apakah tindakan Kerajaan Kelantan terhadap dakwaan mereka ini?  Saya ingin 
menyuarakan rasa tidak puas hati saya terhadap Si Katak itu kerana dengan 
sewenang-wenangnya "instruct" BPR melaksanakan siasatan dengan segera, 
sedangkan laporan-laporan salah laku pemimpin TERTINGGI KERAJAAN tu tak pula dia 
sibuk suruh buat SIASATAN SEGERA!  Apa jenis manusia dia ni?  Bila hal 
yg melibatkan PEMBANGKANG, bukan main cepat lagi dia suruh BPR menyiasat, but 
what about those reported cases yg telah dibuat oleh Ezam sebelum 
ini?   Apakah tindakan yg telah dibuat oleh POLIS yg "MESRA 
RAKYAT" tu?
 
Bila 
kita sebut tentang "PENDAKWAAN TERPILIH", depa bermati-matian 
menafikan.  tapi, bila kesalahan PEMBANGKANG/PARTI ALTERNATIF, bukan 
main cepat lagi "tocang" dia naik!  Yang saya nak tergelak bila 
tengok muka Al-Katak (suatu gelaran yg DIA sendiri AKUI) yg memang langsung 
tidak menunjukkan KEJUJURANNYA meminta BPR bertindak segera agar menyiasat 
perkara rasuah ini!
 
Oleh 
yg demikian, kepada para pejuang keADILan di luar sana..  saya minta 
"confirm" sama ada benar ke wujudnya rasuah sedemikian ATAU ini 
merupakan salah satu helah puak-puak itu untuk TERUS MENCARI KESILAPAN pihak 
pembangkang, khususnya PAS.  Saya amat berharap agar pihak PAS teruskan 
usaha untuk memberikan penjelasan yg baik beserta bukti untuk menafikan segala 
dakwaan, bukan setakat kes permit/konsesi pembalakan, bahkan dalam APA JUA hal 
pun..  
 
Perkara ini penting demi mengelakkan kekeliruan rakyat yg masih 
"atas pagar" untuk terus menyokong usaha murni yg sedang dilaksanakan 
oleh PAS serta BARISAN ALTERNATIF yg lain.  Maaf seandainya perkara ini 
terlalu remeh untuk dibincangkan, but I am very concerned of what Ibrahim Ali 
had said!
 
SALAM 
PERJUANGAN BUAT RAKAN-RAKAN SEKELIAN!
 
Wassalam
 
 
 
-Original Message-From: Dewan Pemuda PAS Pusat 
[mailto:[EMAIL PROTECTED]]Sent: Monday, September 20, 1999 6:05 
PMTo: [EMAIL PROTECTED]; hizbinet; [EMAIL PROTECTED]; 
[EMAIL PROTECTED]Cc: [EMAIL PROTECTED]; 
[EMAIL PROTECTED]Subject: H-Net* MEMORANDUM MENGUTUK KEJADIAN 
KERACUNAN DATO? SERI ANWAR


YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi,
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,
Pejabat Menteri Dalam Negeri,
Jalan Dato’ Onn,
KUALA LUMPUR. 
 
20 September 1999

 
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri,

MEMORANDUM MENGUTUK KEJADIAN KERACUNAN DATO’ SERI 
ANWAR

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius kejadian 
keracunan arsenik yang dialami oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, YB 
Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam tahanan kerajaan Barisan 
Nasional yang dilaporkan baru-baru ini. Kejadian seumpama ini tidak sewajarnya 
berlaku di sebuah negara yang mendakwa mengamalkan demokrasi dan memberikan 
keadilan serta perlindungan keselamatan kepada rakyat. 

DPP Pusat mengutuk keras kegagalan kerajaan BN untuk 
mempastikan keselamatan tahanan yang berada di 
bawah kerajaan. Jabatan Penjara dan Jabatan Polis yang berada di bawah 
tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri ternyata gagal berfungsi dengan berkesan 
bahkan boleh ditembusi oleh konspirator-konspirator jahat dalam kes Dato’ 
Seri Anwar Ibrahim ini.

DPP Pusat melihat kejadian keracuan ini sebagai suatu 
konspirasi politik untuk membunuh Dato’ Seri Anwar. Peristiwa demi 
peristiwa yang berlaku membuktikan wujudnya konspirasi menjatuhkan beliau dan 
Jabatan Polis, Jabatan Penjara serta Jabatan Peguam Negara telah diperkosa oleh 
pemimpin BN di dalam mencapai matlamat jahat mereka. Bermula dengan serangan 
fitnah yang memalukan yang dilancarkan oleh BN dengan diketuai oleh Perdana 
Menteri sendiri, diikuti pula oleh peristiwa kecederaan Dato’ Seri Anwar 
di lokap Bukit Aman akibat pukulan yang boleh membawa maut oleh Ketua Polis 
Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Nor. Tuduhan penyalahgunaan kuasa dan 
tuduhan liwat dijadikan medium oleh pemimpin BN untuk menjatuhkan maruah 
Dato’ Seri Anwar. Beliau juga dituduh tanpa asas sebagai agen negara asing 
yang menggadai masa depan negara.

Kejadian terbaru dengan keracunan arsenik yang dialami 
oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuktikan kewujudan usaha-usaha melakukan 
pembunuhan politik. Kandungan arse